Beliau berkata pelbagai kecaman bahkan tuduhan kafir dilemparkan jika pihak lain beralasan untuk tidak menguatkuasakan undang-undang itu. “Beribu-ribu alasan pemimpin parti itu bawa untuk mengabsahkan sikap mereka kini yang tidak lagi mengambil tahu agenda pelaksanaan hudud yang mereka sendiri laungkan dulu. “Jika alasan yang mereka bawa hari ini diguna oleh pihak lain, berbakul-bakullah sumpah seranah mereka terhadap pihak itu. Sumpah paling masyhur ialah khadam kafir," katanya dalam satu kenyataan di Facebook. Beliau membangkitkan tentang Muktamar Pemuda PAS Pusat ke 60 pada Jun 2019 mengambil frasa Demi Islam sebagai tema.
PAS MEMPERDAGANG ISLAM, KATA PEMIMPIN AMANAH
Beliau berkata pelbagai kecaman bahkan tuduhan kafir dilemparkan jika pihak lain beralasan untuk tidak menguatkuasakan undang-undang itu. “Beribu-ribu alasan pemimpin parti itu bawa untuk mengabsahkan sikap mereka kini yang tidak lagi mengambil tahu agenda pelaksanaan hudud yang mereka sendiri laungkan dulu. “Jika alasan yang mereka bawa hari ini diguna oleh pihak lain, berbakul-bakullah sumpah seranah mereka terhadap pihak itu. Sumpah paling masyhur ialah khadam kafir," katanya dalam satu kenyataan di Facebook. Beliau membangkitkan tentang Muktamar Pemuda PAS Pusat ke 60 pada Jun 2019 mengambil frasa Demi Islam sebagai tema.
MUHYIDDIN TAKUT.SAH TIADA MAJORITI
Speaker Parlimen, Mohamad Ariff Md Yusof memaklumkan Sidang Parlimen pada 18 Mei ini hanya untuk istiadat pembukaan dan Titah Diraja oleh Yang Dipertuan Agong saja.
Tiada sama sekali sidang Parlimen selepas Titah Diraja selesai dilangsungkan.
Sebelum ini, selepas Titah Diraja, Parlimen dijadualkan akan bersidang selama sehari yang antara lain untuk pembentangan rang undang-undang dan menyelesaikan usul-usul kerajaan.
Tetapi, minggu lalu Mohamad Ariff turut menerima usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin yang akan dibawa oleh Tun Mahathir Mohamad.
Turut diterima ialah usul daripada Liew Vui Keong, Ahli Parlimen Batu Sapi yang memohon Sidang Parlimen selama sehari itu dilanjutkan kepada lapan hari.
Mohamad Ariff memaklumkan perubahan terbaru ini selepas menerima surat daripada Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin selaku Ketua Majlis Dewan Rakyat yang menegaskan Sidang Parlimen 18 Mei ini dipendekkan berikutan ancaman wabak Covid-19 masih lagi belum reda.
Sebenarnya apakah sebab Muhyiddin berbuat demikian, sedangkan baru semalam beliau mendapat jaminan sokongan secara en-bloc daripada Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi?
Adakah beliau tidak percaya dengan sokongan 43 Ahli Parlimen BN sebagaimana diumumkan Zahid Hamidi itu?
Atau benarkah ancaman Covid-19 masih lagi berbahaya?
Jawapan yang tepat tidak lain ialah kerana Muhyiddin masih belum mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen untuk berlawan dengan usul undi tidak percaya yang dibawa oleh Tun Mahathir terhadapnya.
Jika sudah ada sokongan yang cukup, tidak ada sebab beliau perlu membatalkan sessi Parlimen di saat-saat akhir, sebaliknya hanya membenarkan acara pembukaan dan Titah Diraja saja.
Ini bermakna Sidang Parlimen seterusnya ialah pada bulan Julai dan bererti usul tidak percaya terhadapnya juga dapat ditangguhkan selama dua bulan lagi.
Dalam tempoh dua bulan ini, pasti saja macam-macam usaha boleh dilakukan oleh Muhyiddin untuk mencukupkan sokongan kepadanya.
Dalam erti kata lain, Muhyiddin sebetulnya takut kehilangan jawatannya sebagai Perdana Menteri.
Walaupun tidak boleh ke mana-mana, tidak boleh ke saja ke sini dan tiada rumah terbuka akan diadakannya, setidak-tidaknya Muhyiddin mahu juga merasai nikmat menyambut Hari Raya sebagai seorang Perdana Menteri.
Sebaliknya, kalau Sidang Parlimen diteruskan pada 18 Mei nanti dan beliau kalah dalam usul undi percaya itu, Hari Raya tahun ini tentu akan disambutnya dengan muram sebagai seorang yang baru kalah dalam perang.
(ShahbudinHusin 13/05/2020)
Bapa Adib mohon pendirian terkini Peguam Negara!
KUALA LUMPUR: Bapa anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim mengemukakan representasi kepada Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun, bagi mendapatkan pendirian Jabatan Peguam Negara (AGC), berhubung permohonan prosiding komital yang difailkannya terhadap bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas.
Peguam Aidil Khalid, yang mewakili bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid berkata, pihaknya menghantar surat representasi itu menerusi faks dan e-mel semalam.
Beliau berkata, representasi itu adalah bagi mendapatkan pendirian terkini AGC susulan pertukaran Peguam Negara pada 6 Mac lalu, sama ada masih berdiri teguh di belakang tingkah laku Thomas selaku bekas Peguam Negara, khususnya berkenaan kenyataan media yang menjadi subjek perkara prosiding menghina mahkamah, ataupun AGC menjarakkan dirinya dengan tindakan Thomas tersebut.
Menurut Aidil, AGC diharap dapat memberikan jawapan supaya pihaknya dapat menasihati Mohd Kassim untuk tindakan seterusnya terhadap rayuan yang difailkan anak guamnya itu pada 11 Februari lalu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 28 Jan lalu, yang membenarkan rayuan Thomas untuk mengetepikan prosiding komital itu.
Peguam itu juga berkata, pengurusan kes rayuan itu yang ditetapkan hari ini di Mahkamah Rayuan dilapangkan berikutan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.
“Sistem e-filing kehakiman menyenaraikan tarikh baharu pengurusan kes ialah pada 12 Ogos depan,” katanya kepada Bernama, hari ini.
Mohd Kassim memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding komital terhadap Thomas pada 16 Julai tahun lepas di Mahkamah Koroner Shah Alam, atas dakwaan menghina mahkamah berkaitan prosiding inkues bagi mencari punca kematian anaknya.
Mahkamah Koroner membenarkan permohonan itu dan Thomas kemudiannya menfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memutuskan Mahkamah Koroner telah terkhilaf ketika membenarkan prosiding komital dimulakan terhadap Thomas.
Dalam permohonan itu, Mohd Kassim, 66, mendakwa Thomas telah membuat penghinaan terhadap mahkamah menerusi afidavit yang difailkan AGC pada 3 April tahun lalu, berhubung punca kematian anaknya.
Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018, di Institut Jantung Negara ekoran kecederaan dialaminya dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun sama.
Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.
Peguam Aidil Khalid, yang mewakili bapa Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid berkata, pihaknya menghantar surat representasi itu menerusi faks dan e-mel semalam.
Beliau berkata, representasi itu adalah bagi mendapatkan pendirian terkini AGC susulan pertukaran Peguam Negara pada 6 Mac lalu, sama ada masih berdiri teguh di belakang tingkah laku Thomas selaku bekas Peguam Negara, khususnya berkenaan kenyataan media yang menjadi subjek perkara prosiding menghina mahkamah, ataupun AGC menjarakkan dirinya dengan tindakan Thomas tersebut.
Menurut Aidil, AGC diharap dapat memberikan jawapan supaya pihaknya dapat menasihati Mohd Kassim untuk tindakan seterusnya terhadap rayuan yang difailkan anak guamnya itu pada 11 Februari lalu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 28 Jan lalu, yang membenarkan rayuan Thomas untuk mengetepikan prosiding komital itu.
Peguam itu juga berkata, pengurusan kes rayuan itu yang ditetapkan hari ini di Mahkamah Rayuan dilapangkan berikutan pelanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan sebelum ini.
“Sistem e-filing kehakiman menyenaraikan tarikh baharu pengurusan kes ialah pada 12 Ogos depan,” katanya kepada Bernama, hari ini.
Mohd Kassim memfailkan permohonan untuk memulakan prosiding komital terhadap Thomas pada 16 Julai tahun lepas di Mahkamah Koroner Shah Alam, atas dakwaan menghina mahkamah berkaitan prosiding inkues bagi mencari punca kematian anaknya.
Mahkamah Koroner membenarkan permohonan itu dan Thomas kemudiannya menfailkan rayuan terhadap keputusan tersebut di Mahkamah Tinggi Shah Alam yang memutuskan Mahkamah Koroner telah terkhilaf ketika membenarkan prosiding komital dimulakan terhadap Thomas.
Dalam permohonan itu, Mohd Kassim, 66, mendakwa Thomas telah membuat penghinaan terhadap mahkamah menerusi afidavit yang difailkan AGC pada 3 April tahun lalu, berhubung punca kematian anaknya.
Muhammad Adib, 24, yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018, di Institut Jantung Negara ekoran kecederaan dialaminya dalam rusuhan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun sama.
Pada 27 September 2019, Mahkamah Koroner memutuskan kematian Muhammad Adib disebabkan perbuatan jenayah yang dilakukan lebih dua atau tiga individu yang tidak diketahui.
‘Umno kuasai Exco, Peja kini jadi MB tempang’
IPOH: Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu kini telah menjadi “menteri besar tempang” susulan Umno yang berjaya menguasai majlis mesyuarat kerajaan negeri Perak dengan enam daripada 10 jawatan exco.
Malah, kata Ketua Pembangkang DUN Perak, Dr Aziz Bari, dengan kedudukan itu, Umno boleh menolak sebarang keputusan yang dibuat oleh menteri besar.
“Mulai 12 Mei, majlis mesyuarat kerajaan negeri Perak mempunyai 10 orang ahli exco, iaitu enam orang dari Umno, dua dari Bersatu dan dua lagi dari Pas.
“Dengan kata lain, parti Umno kini menjadi dominasi dan boleh membuat ketetapan menolak sebarang keputusan menteri besar yang kini jelas menjadi minoriti.
“Mengikut prinsip sistem demokrasi berparlimen, enam orang ahli exco Umno boleh mengundi sebulat suara untuk menolak keputusan menteri besar dan inilah hakikat politik setelah Perikatan Nasional membentuk sebuah kerajaan tanpa mandat dari rakyat,” kata Aziz seperti dilaporkan Malaysiakini.
Untuk rekod, semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH) bersama DAP, Keadilan dan AMANAH, parti Ahmad Faizal, Bersatu yang juga adalah parti minoriti tetapi tidak ada parti yang mempunyai jumlah majoriti seperti yang dimiliki oleh Umno.
Aziz – yang adalah exco pendidikan, persekitaran, teknologi hijau dan maklumat sebelum ini – menjelaskan bahawa penguasaan Umno kini juga diperluaskan dalam kerajaan tempatan.
“Seperti contoh, di Majlis Bandaraya Ipoh, Umno mempunyai lapan orang ahli majlis, sebaliknya Bersatu hanya mempunyai empat orang saja.
“Keadaan yang tidak seimbang ini bakal mengugat kedudukan menteri besar kerana tanpa sokongan Umno, Ahmad Faizal dijangka akan kehilangan jawatannya,” katanya.
Sehubungan itu, kata Adun Tebing Tinggi berkenaan, PH akan terus menumpukan fokus untuk menyemak dan mengimbang kuasa eksekutif kerajaan Perak demi memastikan mereka berlaku adil serta mengikut prinsip ketelusan, bersih, berintegriti dan bertanggungjawab.
Katanya, pada masa sama, PH akan terus menumpukan fokus menjadi alternatif kepada rakyat Perak supaya gabungan itu menjadi pilihan utama mereka jika pilihan raya negeri diadakan pada bila-bila masa.
Semalam, Speaker Perak Ngeh Koo Ham membuat laporan polis terhadap individu tidak dikenali, yang cuba mengeluarkan dirinya daripda persidangan DUN semalam, tidak lama selepas Sultan Nazrin Shah berangkat.
Ngeh mendakwa bahawa lelaki berkenaan berbuat demikian atas arahan wakil Perikatan Nasional (PN) yang kemudiannya dilantik menjadi Speaker baru.
TAK MALUKAH MERAMPAS MANDAT RAKYAT?ATAU LEBAI SUKA JUAL AGAMA?
Beliau kemudiannya mempersoalkan motif Tun Dr Mahathir memohon usul tersebut pada 18 Mei ini, sambil menyindir: "Apapun, jangan risau, di saat ada rakyat terkesan dengan perintah kawalan pergerakan ini, tembolok sendiri sudah terlalu penuh hasil ‘titik peluh’ perjuangan untuk rakyat marhaen." Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Mohd Yusof, memaklumkan bahawa usul Tun Dr Mahathir itu telah diterima. "Satu usul di bawah Peraturan Mesyuarat 27 (3) yang membangkitkan iaitu: Mengemukakan resolusi untuk membuat ketetapan bahawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Ahli Yang Berhormat Pagoh tidak mempunyai majoriti ahli-ahli yang berhormat Dewan Rakyat," katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam Facebook Parlimen Malaysia.
PEMIMPIN PERIKATAN NASIONAL DAPAT DUA KERJA, MAKCIK KIAH NGANGA
"Setiap Ahli Parlimen terima gaji sebulan RM16,000 dan elaun sebulan RM8,300. "Kalau yang jadi Menteri, selain gaji dan elaun Ahli Parlimen, mereka terima anggaran gaji Menteri RM13,000 (tak termasuk elaun)," kata Nik Nazmi. Beliau juga menyentuh mengenai perlantikan Datuk Seri Mahdzir Khalid sebagai Pengerusi Tenaga Nasional Berhad (TNB). "Tahun lepas, Pengerusi TNB menerima bayaran elaun dan lain-lain berjumlah RM876,790.57 (setahun). Jadi pendapatan Mahdzir setahun akan mencecah RM1 juta!" jelasnya. Beliau menyarankan agar disenaraikan satu demi satu 80 Ahli Parlimen ini termasuk kelulusan mereka serta gaji dan elaun yang akan diterima. Layari Facebook kami untuk mendapat berita dan isu semasa di Malaysia. Berita Politik | Politik Malaysia Terkini | Parlimen Malaysia | Sidang Parlimen 2019 | Live Talk Show Bicara Najib Razak | Live Talk Show Bicara Yb Khalid Samad
EXCO KEDAH CADANG TUKAR KERAJAAN MELALUI SIDANG DUN
Exco Kedah cadang tukar kerajaan melalui sidang DUN
Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah mencadangkan agar pertukaran kerajaan kepada Perikatan Nasional (PN) yang mendakwa telah memiliki majoriti sejak semalam, diadakan melalui sidang DUN.
Menteri Besar (MB) Datuk Seri Mukhriz Mahathir memaklumkan keputusan mesyuarat Exco hari ini bahawa cadangan pengundian melalui Sidang DUN itu akan dihantar kepada Sultan Kedah dalam kadar segera.
“Pada hari ini dalam mesyuarat Exco, kami telah memutuskan bahawa untuk memastikan Menteri Besar masih mempunyai majoriti atau tidak, kami mensyorkan ke bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah bahawa perkara itu dipastikan melalui sidang DUN.
“Saya ingat cara itu lebih terbuka. Pihak pembangkang boleh usul undi tidak percaya terhadap MB. Atau pihak kerajaan boleh mengusulkan undi percaya.
“Di pihak sana sekiranya mereka mempunyai jumlah mencukupi maka hilang majoriti bagi pihak kerajaan,” ujar Mukhriz dalam sidang media tengah hari tadi.
Ditanya wartawan bahawa cara menukar kerajaan di beberapa negeri lain dibuat melalui Akaun Berkanun (SD), beliau menjawab terdapat pelbagai kaedah boleh dilakukan. Tafsiran Exco Kedah pula cara paling demokratik melalui pengundian.
“Intepretasi di pihak kami macam-macam cara boleh. Walaupun duluannya hanya kerajaan Sarawak (pernah lakukan undi tidak percaya).
“Ada intepretasi perkara itu diputuskan dalam sidang Dewan. Berbahas. Kita tak mau cara Melaka. Kita buat cara Kedah. Tertib dan Pembangkang boleh mengemukakan hujah-hujah (mengapa tidak yakin kepada kerajaan PH),” katanya lagi.
Mengenai sidang media semalam oleh Perikatan Nasional yang mendakwa kerajaan negeri telah tumbang, Mukhriz menafikan hal tersebut. Malah beliau berkata masih MB Kedah yang sah.
“Kita tidak buat keputusan berdasarkan sidang media. Kita perlu koresponden secara rasmi dari pihak berautoriti.
“Kita kena patuh kepada Undang-undang Tubuh Negeri Kedah,” tegasnya.
TETAP PILIH PAKATAN HARAPAN
TETAP PILIH PAKATAN HARAPAN
SHAH ALAM - Unit Kajian Pilihan Raya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) mendapati rakyat di negara ini masih tetap memilih Pakatan Harapan (PH) berbanding Barisan Nasional (BN) dan Pas.
Ketuanya, Prof Datuk Seri Dr Syed Arabi Idid berkata, berdasarkan kajian secara bersemuka dengan 1,400 responden mendapati, jawapan rakyat dari segi prestasi PH agak kritikal, namun mereka akan tetap memilih PH.
“Dari segi prestasi PH, responden sangat kritikal tetapi apabila memilih parti, mereka tetap pilih PH dan hasil dapatan ini selari dengan tinjauan umum yang dilakukan oleh Kajidata Research,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.
Kelmarin,Kajidata Research mendedahkan ramai melihat PH sebagai kerajaan yang berdaya maju berbanding kerajaan BN sebelum ini.
Tinjauan melalui telefon itu membabitkan 1,007 responden daripada pelbagai kaum, usia, pendapatan, negeri dan jantina menunjukkan 40 peratus lebih cenderung untuk mengundi PH berbanding Pas (16 peratus) atau BN (15 peratus).
Bagaimanapun, PH tetap mempunyai sokongan yang lebih besar jika dibandingkan dengan gabungan BN dan Pas.
Kajian yang dijalankan untuk membantu memahami persepsi rakyat terhadap PH juga menunjukkan 43 peratus daripada pengundi berpendapatan tinggi berpuas hati dengan cara PH menguruskan ekonomi tetapi hanya 30 peratus daripada golongan berpendapatan rendah berpuas hati.
Perbezaan itu mempunyai kesan politik yang jelas dengan pengundi berpendapatan rendah lebih berkemungkinan mengundi gabungan BN dan Pas berbanding PH.
Analisis tinjauan juga menunjukkan bahawa kesejahteraan ekonomi rakyat adalah antara faktor penting dalam menentukan kesetiaan politik.
Kajian yang dijalankan sejak Mac tahun ini juga mendapati PH tidak mendapat sokongan tinggi di Kelantan dan Terengganu, satu lagi petunjuk PH masih tidak dapat meyakinkan masyarakat luar bandar dan berpendapatan rendah bandar bahawa ia adalah pilihan yang lebih baik.
Bagaimanapun, PH mempunyai sokongan padu di negeri di bawah pentadbirannya termasuk responden Sarawak yang juga menyatakan keyakinan mereka kepada PH.
Sementara itu, Syed Arabi berkata, walaupun hasil kajian yang dilakukan oleh UIA mendapati golongan yang berpendapatan dan berpendidikan rendah memilih BN dan Pas sebagai satu entiti parti politik, namun secara keseluruhan masih lagi memihak kepada PH.
“Perlu difahami bahawa terdapat perbezaan antara memilih parti dengan suka kepada parti tertentu. Ini sesuatu yang berlainan.
“Memang benar responden kritikal terhadap isu tol, minyak dan kos sara hidup tetapi dalam membuat keputusan untuk memilih parti, nampaknya majoriti masih memilih PH,” katanya.
Ketika ditanya sama ada pihaknya ingin men-dedahkan hasil keseluruhan kajian, Syed Arabi berkata, mereka tidak berhasrat untuk berbuat demikian, sebaliknya untuk rujukan mereka sahaja.
DISEBABKAN SOKONGAN AHLI-AHLI PARLIMEN UMNO KEPADA MUHYIDDIN ATAS KAPASITI INDIVIDU, ZAHID HAMIDI TIADA HAK UNTUK ARAH UNDI EN BLOC
Pengerusi BN merangkap Presiden UMNO yang sedang berdepan 87 kes mahkamah, Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan, BN yang mempunyai 43 Ahli Parlimen sentiasa memberi sokongan penuh kepada kepimpinan Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri.
Katanya, BN adalah kelompok terbesar dalam memberi sokongan kepada Muhyiddin sehingga Presiden Bersatu itu dapat dilantik sebagai Perdana Menteri dan membentuk kabinet kerajaan atas nama Perikatan Nasional atau PN.
Seterusnya, Zahid Hamdii juga mengumumkan, BN akan mengundi secara en-bloc bagi menyokong Muhyiddin dalam usul undi tidak percaya di Parlimen pada 18 Mei depan.
Kenyataan Zahid Hamidi ini dengan sendirinya menunjukkan ada beberapa maksud tersurat dan tersirat daripadanya.
Apabila beliau mengatakan BN yang mempunyai 43 Ahli Parlimen adalah blok terbesar yang memberi sokongan kepada Muhyiddin, ia adalah peringatan tanpa berselindung Zahid Hamidi kepada Perdana Menteri agar jangan main-main dan tidak lupa kepada UMNO dan BN.
Dengan kedudukan sebagai blok terbesar yang disebutnya itu, ia bermaksud bahawa BN bukan saja boleh menyokong Muhyiddin, malah senang juga untuk menjatuhkannya.
Secara tersiratnya ia barangkali adalah ancaman halus kepada Muhyiddin agar selain perlu berlaku adil dalam pengagihan “harta rampasan perang” kepada UMNO, tetapi perlu juga melihat-lihat kes mahkamah yang sedang dihadapi oleh beberapa pemimpin UMNO, termasuk diri Presiden UMNO sendiri.
Selain itu, sokongan terbuka BN yang diumumkan Zahid Hamidi ini juga menunjukkan kedudukan Muhyiddin masih belum cukup stabil untuk berdepan usul undi tidak percaya daripada Tun Mahathir.
Kiranya kedudukan majoriti buat Muhyiddin sudah cukup selesa, sokongan daripada BN tidaklah perlu dizahirkan secara terbuka, lebih-lebih lagi dengan pengumuman untuk memberi undi secara en-bloc.
Adakah ini bermakna jika undian secara en-bloc tidak diberikan, Muhyiddin tidak mendapat sokongan yang penuh daripada Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan BN untuk terus kekal sebagai Perdana Menteri?
Tetapi, memberi undi secara en-bloc sebagaimana yang disebut Zahid Hamidi itu sebenarnya adalah bercanggah dengan status sokongan UMNO kepada PN itu sendiri.
Berikutan susunan kabinet oleh Muhyiddin yang tidak memuaskan hati UMNO sebelum ini, Zahid Hamidi pernah menegaskan sokongan Ahli-Ahli Parlimen parti itu kepada PN hanyalah melibatkan kedudukan mereka secara individu, bukan melibatkan UMNO sebagai sebuah parti.
Jika sokongan kepada Muhyiddin dan PN hanya melibatkan kedudukan Ahli-Ahli Parlimen secara individu, bagaimanakah pula undian dalam usul tidak percaya mahu dilakukan secara en-bloc?
Tidakkah ini sesuatu yang bercanggah?
Yang nyata, selagi sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO kepada Muhyiddin adalah masih atas kapasiti individu dan tidak diubah kepada sokongan dalam bentuk parti daripada UMNO, Zahid Hamidi pada hakikatnya tidak ada hak langsung untuk mengumumkan undian secara en-bloc untuk mengekalkan kedudukan Perdana Menteri.
Yang boleh memberi unri secara en-bloc adalah Pas kerana sokongan meteka kepada Muhyiddin adalah atas kapasiti parti secara rasmi.
Sebagaimana sokongan yang diumumkan sebelum ini adalah atas kapasiti individu, Ahli-Ahli Parlimen UMNO dan BN seharusnya juga diberi hak secara individu untuk memberi undi mereka dalam usul undi tidak percaya itu nanti.
Lagi pula, tentulah tidak manis jika Ahli Parlimen veteran seperti Tengku Razaleigh Hamzah misalnya, turut dirampas hak untuk mengundi secara individu dengan diarah patuh kepada ketetapan mengundi secara en-bloc itu.
Begitu pun, Ahli Parlimen yang tidak setuju dengan ketetapan mengundi secara en-bloc yang diumumkan Zahid Hamidi itu masih boleh memilih tidak hadir ke Parlimen sebagai tanda protes bahawa hak mereka telah dicabuli.
Apa pun, pengumuman sokongan Zahid Hamidi semalam lebih menyerlahkan kedudukan Muhyiddin masih belum selamat, tetapi disaluti tekanan halus agar beliau tunduk kepada kehendak dan kemahuan UMNO. (ShahbudinHusin 13/05/2020)
SURAT TERBUKA BUAT SAUDARA ANWAR-HENTIKAN IKUT TELUNJUK MAHATHIR
Oleh
P Gunasegaram
Surat
terbuka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim
DEAR
Saudara Anwar,
Ini
adalah surat pertama saya kepada anda. Saya memanggil anda "saudara"
kerana
ketika anda mengadakan demonstrasi pelajar untuk pekebun getah Baling
pada tahun 1974, itulah yang dipanggil oleh pelajar universiti - saya adalah
salah seorang daripada mereka - ketika itu. Ramai yang memanggil anda dengan nama "saudara" ketika anda menjadi menteri sukan pada tahun 1982, di bawah pemerintahan Tun Dr
Mahathir Mohamad ketika itu. Kemudian mereka berhenti memanggil anda dengan panggilan itu - saya tertanya-tanya
mengapa.
Saudara,
saya menulis untuk memberitahu anda bahawa anda telah bingung sekali lagi
dengan bergantung nasib dan iman anda kepada lelaki ini yang telah mengecewakan
anda, mengkhianati anda, dan melakukan perkara paling keji yang dapat dilakukan
oleh seseorang kepada orang lain selama 22 tahun lamanya.
Lebih
dari itu, anda telah melepaskan tanggungjawab yang dipikul untuk memimpin
negara ini ke arah reformasi dan masa depan yang baru. Masa depan di mana
setiap orang mengetepikan perbezaan kaum dan agama untuk bekerja sebagai satu
untuk kemajuan
kita sendiri dan kemajuan warisan bersama kita, yang merupakan
negara kita yang kita cintai ini.
Oh, kami tidak begitu bodoh untuk berfikir bahawa ini akan dilakukan dalam semalamam,
secara kiasan, tetapi dengan kemenangan Pakatan Harapan (PH) yang bersejarah pada
9 Mei 2018, yang anda kenang dengan pernyataan bersama yang memperbaharui
hubungan dan pakatan anda dengan Mahathir , kami fikir permulaan akan dibuat dan
dilakukan dengan baik dan teratur.
Tetapi seorang lelaki ini telah merosakkan semua itu, dia dari cetakan Ketuanan Melayu,
yang berjanji akan menyerahkan kekuasaan kepada anda tetapi melanggarnya berulang
kali sambil masih mengulangi janjinya sehingga dia tidak dapat lagi menunaikannya dan
kemudian segera mengecam anda .
Dia membawa agenda reformasi kononnya , yang tidak pernah ia mulai selama dua
tahun ketika ketka memegang kuasa sebagai Perdana Menteri dan kemudiannya berhenti
tiba-tiba. Sekarang anda bekerjasama dengannya lagi untuk mengembalikan reformasi?
Ayuh, saudara, anda sudah tentunya bergurau. Tetapi saya lebih awal daripada diri
saya di sini untuk memahaminya. Mari kita berbica disini.
Hubungan anda dengan Mahathir sudah lama. Pada tahun 1974, ketika Tun Abdul
Razak menjadi perdana menteri, dan Mahathir adalah menteri pendidikan, semasa
demonstrasi pelajar menyokong petani getah Baling, anda ditangkap di bawah
Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA yang terkenal.
Selepas pembebasan anda, anda terus menjadi pemimpin pemuda dengan semangat
Islam yang kuat. Sebagai langkah mengejutkan, Mahathir membawa anda ke Kabinet
sebagai menteri sukan, seolah-olah tauliah Islam anda dapat menangkis kesan yang
dibuat oleh PAS di kalangan orang Melayu.
Anda naik dengan pantas melalui barisan untuk menjadi timbalan terpilih Mahathir. Dan
kemudian berlaku kejatuhan antara anda berdua pada tahun 1998 ketika anda dilihat
mencabar kewibawaannya dan berusaha menggulingkannya semasa krisis kewangan
Asia.
Anda ditangkap di bawah ISA dengan senjata, kemudian didakwa melakukan kesalahan
liwat dan rasuah dan masuk penjara. Selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi
perdana menteri, anda dibebaskan dari tuduhan liwat anda yang terdahulu oleh
Mahkamah Persekutuan pada tahun 2004. Anda dipenjara kali kedua kerana kes
liwat di bawah pemerintahan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, salah
satu yang dipilih oleh Mahathir.
Walaupun sebelum ini Mahathir menyokong Umno dalam pilihan raya 2008 dan 2013,
gabungan anda yang dipimpin oleh PKR berjaya dengan baik dalam kedua-dua pilihan
raya, malah memenangi undi popular pada tahun 2013.
Tetapi ketika pilihan raya 2018 semakin hampir, di bawah tekanan yang teruk dari
ahli gabungan anda, terutama DAP, yang merasakan bahawa parti Melayu yang
dipimpin oleh Mahathir akan membantu mengatasi keseimbangan PH, anda
bersetuju untuk bergabung dengannya dan membiarkannya menjadi perdana
sementara menteri sehingga anda berjaya menjadi perdana menteri.
Itu adalah kesalahan yang buruk, seperti yang anda dan PH mula merasai dan
mengetahuinya kemudian.
PH menang dengan hebat tetapi angka-angka menunjukkan bahawa PH mungkin
menang tanpa Mahathir, yang Bersatu memenangi hanya 13 kerusi daripada 52 yang
dipertandingkan dengan kadar kemenangan yang tidak memuaskan 25%, yang terburuk
di kalangan rakan gabungan PH. Tetapi PH menepati janjinya.
Raja menawarkan kepada isteri anda Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hak untuk
membentuk kerajaan sebagai pemimpin PKR tetapi dia menolak, dengan mengatakan
bahawa janji itu adalah janji dan sebaliknya meminta pengampunan untuk anda, yang
dia setuju.
Senarai janji-janji Mahathir yang dimungkiri sudah panjang - tetapi saya akan menunaikannya
. PH hampir runtuh ketika Mahathir mengumumkan bahawa Lim Guan Eng akan menjadi
menteri kewangan dan kementerian penting lain yang sangat kurang mewakili PKR dan
Bersatu, parti Mahathir yang sangat banyak diwakili. Tetapi anda tetap mengikutinya.
Pada awalnya, dia membuat perselisihan antara PKR dan DAP dengan memberikan
kedudukan Menteri Kewangan sebagai hadiah kepada Lim dan Lim dan DAP yang
terlalu gembira menggunakan ungkapan - "hak prerogatif Perdana Menteri" ketika
ditanya mengenai pilihan PM. Tetapi anda tetap mengikutinya.
Dia membawa kawan lamanya, kroni dan kapten Tun Daim Zainuddin dan memberinya
lebih banyak kuasa daripada Kabinet melalui apa yang disebut Majlis Orang-orang
Yang Berhormat, melemahkan Kabinet yang sudah kurang diwakili dalam hal PKR dan
DAP, . Tetapi anda tetap mengikutinya.
Kemudian dia memanggil orang nombor dua PKR yang tidak dicalonkan kerana
menjadi Menteri besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, membawanya ke Kabinet
dan memberinya kuasa besar di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi. Tetapi
walaupun anda menjadi Ahli Parlimen Port Dickson pada Oktober 2018, tidak ada
langkah untuk memasukkan anda ke Kabinet. Anda sepatutnya dilantik sebagai
timbalan perdana menteri. Mahathir berjaya mewujudkan perseteruan antara
anda dan Azmin dengan meletakkan Azmin sebagai penggantinya. Tetapi anda
tetap mengikutinya.
Apabila anda memenangi pilihan raya Port Dickson dengan majoriti besar, anda
sudah bersedia untuk menjadi PM. Pada masa itu, Mahathir mengisyaratkan dua
tahun menjadi PM dan kadang-kadang bahkan sepenggal penuh, melemparkan negara
ke dalam ketidakpastian mengenai kepemimpinannya. Tetapi anda tetap mengikutinya.
Katanya, manifesto PH dibuat tanpa memikirkan memenangi pilihan raya dan oleh itu
tidak sah dan tidak dapat dilaksanakan. Dia menyisihkan hampir semua program
reformasi dalam manifesto, terutama yang berkaitan dengan pertanggungjawaban
dan pemerintahan yang lebih besar. Tetapi anda tetap mengikutinya.
Dia membawa anggota Umno ke Bersatu untuk meningkatkan jumlah mereka yang
sedikit, secara beransur-ansur meningkatkan pangkalan kekuasaannya. Dia membawa
anggota parlimen yang tidak dapat dipertikaikan ke dalam PH hanya untuk mengubah
keseimbangan kuasa dalam gabungan PH yang memihak kepadanya. Tetapi anda
tetap mengikutinya.
Ketika dua tahun menjelang, anda dan PKR mula memberi tekanan kepadanya.
Dia tidak dapat terus menunda lagi. Dia membuat bising tentang terus, mengisyaratkan
bahawa orang tidak menginginkan anda. Dan kemudian langkah Sheraton bermula.
Tetapi anda tetap mengikutinya.
Dia tiba-tiba, tanpa sebarang amaran dan perbincangan , menyerahkan peletakan
jawatannya kepada Raja, bukan hanya dia tetapi seluruh Kabinet. Namun, dia
meyakinkan Raja bahawa dia harus menjadi perdana menteri sementara, keadaan
yang agak bertentangan. Terdapat perbincangan mengenai kerajaan perpaduan
tetapi tidak ada yang terwujud. Dia memerintah tanpa Kabinet. Tetapi anda
tetap mengikutinya.
Tetapi sekarang, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai rancangan lain.
Dia mengumpulkan semua para penyokongnya dengan pembelotan para pemimpin
Bersatu dan PKR dan tiba-tiba PH tidak lagi menjadi pemerintah. Tetapi anda tetap
mengikutinya.
Mahathir menyalahkan anda untuk semua perkara – bahawasanya anda tidak sabar,
katanya. Dia mengatakan perkara buruk lain tentang anda. Dan sekarang anda telah
menandatangani pernyataan bersama dengannya untuk mengembalikan mandat
rakyat. Bagaimana anda masih boleh terus menerus menyokongnya?
Mahathir telah mengkhianati PH berulang kali. Sekiranya dia menjadi PM lagi,
dia tidak lebih dari "musuh dalam selimut" sejak menjadi PM di bawah PH.
Dia adalah kuda Trojan yang menjatuhkan pemerintah yang dipilih secara sah dan
paling banyak disokong dalam pilihan raya yang lalu.
Saudara, bagaimana anda boleh bekerja dengan lelaki seperti itu dan merendahkan
reputasi dan muhibah anda? "Apa pilihan yang saya ada", anda mungkin bertanya
pada diri sendiri?
Anda selalu mempunyai pilihan dan sepatutnya anda semestinya telah
melaksanakannya sejak dulu. Cuma enggan bekerja dengan pengkhianat dan
supremasi apa pun. Kembalikan PH ke agenda reformasi.
Lupakan kesesuaian politik dan letakkan orang yang sebenar dalam jawatan penting.
Anda telah kalah sekarang tetapi kembali ke semangat dahulu sebagai calon pilihan,
buat rancangan untuk menang dalam pilihanraya akan datang.Itu memerlukan keberanian
dan kekutan melawan kesedihan.
Mula bekerja untuk kearah itu sekarang. Pilih rakan gabungan anda. Bincangkan
pembahagian kerusi. Pastikan setiap calon dari setiap parti bersih, tidak rosak dan
cekap.
Nyatakan dan jelaskan dasar anda, bagaimana anda akan melaksanakannya.
Yakinkan orang ramai bahawa anda boleh melakukannya, dan mungkin juga, mereka
akan memilih anda dan gabungan anda lagi. Tetapi ia mungkin perang yang anda perlu
mulakan, anda mungkin tidak melihat penyelesaiannya jika itu yag anda mahu ,
maka piihannya - bersiaplah untuk menyerahkan kepada orang yang lebih muda.
Gayakan pengganti anda dengan berhati-hati.
Sekiranya ada apa-apa yang seharusnya anda pelajari sekarang, Saudara, itu saja -
anda tidak boleh menangani yang telah berlaku dan tercemar dan mengharapkan
mereka tidak menikam anda dari belakang. Ingat juga, tanda pemimpin yang baik
adalah dia tahu bila harus mengurangkan kerugian, meneruskan dan membina
semula kekuatan. - 12 Mei 2020
P Gunasegaram adalah editor Focus Malaysia.
Subscribe to:
Posts (Atom)