KEADILAN PERKENALKAN CALON BERWIBAWA

Datin Seri Wan azizah dan Dato Zahrain





SEBERANG JAYA 22 FEB- Presiden PKR Datin Seri Wan Azizah semalam mengumumkan senarai penuh calon-calon yang akan bertanding di beberapa Parlimen dan DUN di seluruh Pulau Pinang .Kehadiran puluhan wartawan dari stesen-stesen utama berita termasuk wartawan upahan yang akan melaporkan berita-berita yang sudah pastinya tidak benar tentang Barisan Alternatif tetapi diberi layanan yang baik oleh Presiden PKR.











PKR Pulau Pinang akan bertanding di 16 DUN dan 4 Parlimen.Sementara itu Datin Seri Dr Wan Azizah mempertahankan kerusinya di Permatang Pauh yang mana pertandingan pada kali ini dijangka paling sengit kerana UMNO bercita-cita tinggi untuk merampas kerusi Parlimen "emas" ini dari PKR.
PKR juga meletakkan harapan tinggi dengan meletakkan 2 calon wanita di DUN iaitu Noorsiah binti Md Arshad dan juga Noorhayati binti Jaafar.Penglibatan golongan profesional didalam PKR ini adalah sebagai langkah cabaran untuk UMNO yang dilihat masih gagal menjaga kebajikan rakyat.Semua yang mewakili PKR adalah terdiri dari Peguam, Doktor, Ahli akademik,Pensyarah,Ahli perniagaan,dan juga tokoh pendidik.


Sementara itu Antara Parlimen yang diwakili PKR ialah :



P44 Permatang Pauh Datin Seri Dr Wan Azizah Bin Dato Hj Wan Ismail

P47 Nibong Tebal Tan Tee Beng

P52 Bayan Baru Dato Zahrain Mohammed Hashim

P53 Balik Pulau Yusmadi bin Yusoff




DUN

N35 Batu Uban Raveetharan A/L Subramaniam

N02 Bertam Noorsiah binti Md Arshad

N03 Pinang Tunggal Mahamad Bin Hashim


N06 Telok Air Tawar Noorhayati Binti Jaaafar


N10 Seberang Jaya Ramli Bin Bulat


N12 Penanti Mohammad Fairos Bin Khairuddin


N14 Machang Bubuk Tan Hock Leong


N17 Bukit Tengah Ong Chin Wen


N18 Bukit Tambun Law Choo Kiang


N20 Sungai Bakap Makhtar Bin Shapee


N21 Sg Acheh Dr Azhar Bin Dato Hj Ahmad


N24 Kebun Bunga Ong Khan Lee


N35 Batu Maung Malik Bin Abul Kassim


N39 Pulau Betong Dr Mansor Bin Othman


N40 Teluk Bahang Abdul Halim Bin Hussein

N36 Pantai jerejak Sim Tze Tzin



Dengan menyenaraikan calon-calon ini, termasuk antara nama-nama besar dalam PKR ialah Presiden sendiri Datin Seri Wan Azizah,Pengerusi Perhubungan Negeri Dato Zahrain, Setiausaha Politik kepada DSAI Sdr Sin Tze Tsin , Dr Azhar, Dr Mansor, Hj Makhtar, Peguam Ravee, Peguam Tan Tee Beng, Abd Malik kassim,Low Chong Kiang. Ini tidak bermakna calon-calon yang berwibawa yang lain tidak punya harapan, semua mempunyai peluang yang terbaik kerana PKR meletak kan hanya yang terbaik untuk menentang BN di Pulau Pinang . PKR dijangka memenangi beberapa kerusi Parlimen dan juga DUN kerana Pulau Pinang antara negeri yang dijangka jatuh ditangan Barisan Alternatif.

NURUL IZZAH AKAN LAWAN SHAHRIZAT JALIL


Nurul Izzah Anwar
Kuala Lumpur- Puteri Sulung Dato Seri Anwar Ibrahim kini sudah bersedia untuk berentap
menentang Shahrizat Jalil di Lembah Pantai. Beliau yang berkelulusan Sarjana dalam kejuruteraan Elektrik dikatakan akan bertarung habis-habisan untuk membuktikan cakap-cakap Sharizat bahawa beliau masih "mentah" dalam politik.



Puteri sulung Anwar ini mula menunjukkan kematangan beliau dalam politik seusia 19 tahun apabila turun ke padang membantu kempen Ibunya Wan Azizah yang sudah 2 penggal menjadi Ahli Parlimen di Permatang Pauh. Sebelum itu, parlimen ini ditandingi Anwar.Kelibat Nurul mula menjadi perhatian ramai apabila turun berkempen menentang penganiayaan terhadap bapanya bekas Timbalan Perdana Menteri yang dituduh Mahathir sebagai seorang yang tidak bermoral.Mahathir kini telah bersara , namun sekali sekala membuat 'comeback" dengan tuduhan sebagai seorang yang dikatakan sudah nyanyuk.

Kini Anwar telah bebas dari penjara dan bersedia untuk bertempur dengan bekas parti yang pernah beliau bimbing.Malah menurut pemerhati politik, Anwar akan kembali ke arena politik sebagai seorang tokoh yang paling terkenal dalam memperjuangkan keadilan dalam negara yang dikatakan mengamalkan demokrasi.Sebelum ini , Malaysia dipimpin oleh diktaktor Mahathir Mohammad.
Kini Malaysia dibimbing oleh Abdullah Ahmad yang dikatakan lemah dalam berbagai sudut. dengan kenaikan harga minyak, rasuh dalam negara, skandal kehakiman,dan kenaikan harga barang memberi tamparan yang cukup hebat buat Abdullah. Dijangkakan pihak pembangkang akan membuat kejutan dalam pilihanraya pada kali ini meskipun barisan pemerintah mengemukakan beberapa muka baru.