Kakitangan Awam 2013 bakal menerima kenaikan gaji (RM400) + Elaun Perumahan Naik - BETUL ATAU BOHONG?
Kenaikan gaji kakitangan awam 2013 +
elaun : Berdasarkan sumber dalaman yang kami baru terima sebentar tadi
dari Putrajaya di mana bahang Pilihanraya Umum ke 13 di sana semakin
terasa. Bilik-bilik gerakan yang bertempat di Jabatan Pendaftaran Negara
contohnya dikatakan telah bersedia. Dalam pada masa yang sama….
Gaji Kakitangan Awam + Elaun Perumahan Naik?
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri
Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan
gaji akkitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450).
Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam + elaun perumahan (ETP) akan
diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal
minggu hadapan.
P/S : Nantikan kemaksini berita seterusnya daripada Berita Semasa selepas ini….
PP/S : Dalam pada masa yang
sama, (CUEPACS) dilihat akan terus menekan supaya kerajaan mengkaji
semula faedah pinjaman perumahan kakitangan awam sebanyak 4 peratus
dengan menurunkan ia kepada satu peratus.
http://beritasemasa.com/kenaikan-gaji-kakitangan-awam-2013
Maklumat ini sehingga kini kenaikan gaji diberi hanya satu kenaikan tangga gajI.Maknanya jika kakitangan awam menerima kenaikan gaji tahunan bulan Januari, maka bulan Julai akan terima satu lagi kenaikan gaji.Itu pun kalau Bn menang lagi.Sehingga kini semua elauns belum di putuskan oleh kerajaan.Nampak sangat la nak ancing undi,
Inisiatif Baru Perkhidmatan Awam
Monday, 11 March 2013 06:52
media
@Harakahdaily
Saya difahamkan, esok Perdana Menteri akan bertemu dengan kakitangan
awam dan akan mengumumkan beberapa inisiatif baru untuk perkhidmatan
awam.
Antara inisiatif yang dijangka
diumumkan meliputi pelarasan gaji hingga 10%, peningkatan elaun cola
antara RM300 hingga RM500 dan menaikkan elaun perumahan kakitangan awam.
PAS Pusat yang bersidang pada hari
ini mengambil ketetapan, mana-mana pengumuman yang dilakukan oleh
Perdana Menteri untuk perkhidmatan awam akan diteruskan jika sekiranya
Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya.
PAS Pusat dalam masa yang sama mencadangkan beberapa langkah tambahan.
Antara lain, tumpuan juga harus
diberikan kepada kenaikan pangkat untuk semua kategori pegawai di mana
jawatan utama bukan hanya dikhaskan kepada PTD bahkan dipeluaskan kepada
perkhidmatan lain seperti guru, kastam, polis, tentera dan lain-lain.
Kedua, menerima pakai amalan di
Kelantan di mana semua pinjaman perumahan dan kenderaan kakitangan awam
dihapuskan kenaan caj bunga 4% bermula dari tarikh PR mengambil alih
Putrajaya.
Bagi pinjaman sedia ada, ia akan dikaji terlebih dahulu untuk menentukan samada kerajaan mampu membiayai implikasi kewangannya.
Ketiga, bagi faedah kakitangan awam
yang berpendapatan rendah serta rakyat Malaysia umumnya, kadar
pelepasan cukai yang ada sekarang dicadang dikaji semula untuk
dinaikkan.
Kadar perlepasan cukai yang rendah
untuk isteri dan anak-anak yang ada sekarang menyebabkan kakitangan awam
dan orang ramai tidak mendapat pendapatan benar yang cukup untuk
membiayai kos hidup yang tinggi pada hari ini.
PAS Pusat juga ada membincangkan
supaya kajian dibuat terhadap panalti yang di kenakan oleh Jabatan Hasil
Dalam Negeri kepada pembayar cukai sebanyak 45% bila jumlah cukai yang
diumumkan berbeza dengan yang ditafsirkan oleh Jabatan Hasil Dalam
Negeri.
Penalti tersebut membebankan
pembayar cukai. Kutipan cukai negara meningkat kerana penalti 45% itu
dikenakan. Pada tahun ini dijangka kutipan cukai termasuk penalti itu
akan menjadi yang tetinggi pernah dikutip.
Peningkatan kutipan kerana penalti wajib seperti ini menambahkan lagi tekanan terhadap rakyat jelata.
Cukai ke atas eksport sawit mentah
atau CPO sebanyak 23% yang menyebabkan harga kelapa sawit kita lebih
mahal di pasaran antarabangsa juga dicadangkan untuk dikaji. Indonesia
telahpun dua kali menurunkan cukai CPO menjadikan harga sawit mereka
lebih berdaya saing.
Langkah ini boleh membantu
meningkatkan harga sawit yang rendah pada hari ini dan ini memberikan
faedah termasuk kepada pekebun-pekebun kecil di seluruh negara.
Pada masa yang sama polisi kerajaan
Melaysia memberikan AP eksport sawit mentah bertujuan melepaskan cukai
eksport kepada syarikat kroni terpilih yang telah digunakan untuk
mengeksport 7 juta ton sawit mentah setahun tanpa cukai yang menyebabkan
kerugian kepada negara juga dicadang untuk dikaji semula.
Bagi tujuan tersebut sebuah
jawatankuasa ditubuhkan dan ia akan mencadangkan pendirian PAS terhadap
penalti cukai 45%, kadar cukai CPO yang baru dan menghapuskan sistem AP
eksport minyak sawit mentah.
Dato' Husam Musa,
Naib Presiden PAS