AKIBAT TAK SETUJU.

 

Zuwairi Md Yusof


Sudahlah PN ini tiru warna biru BN,Bersatu tiru merah milik UMNO,kini menunjukkan kebodohan mereka di depan anda semua secara jelas dan nyata akibat perbuatan mereka sendiri sewaktu mereka berkuasa mutlak 3 tahun = 33 bulan lamanya.Johari Abdul selaku speaker buat keputusan yang betul dan terbaik untuk semua pihak berdasarkan undang2 sedia ada.PN bawa ke mahkamah pun mahkamah takkan layan kerana terang2 Bersatu gubal akta untuk pedajal 6 MP berkenaan yang menyokong PMX dan Madani bagi mendapatkan peruntukan seperti MP2 kerajaan selepas Ketua pembangkang PN Hamzah lebih sibuk buat hal sendiri.


6 ahli parlimen ini tak berparti sebab telah di Pecat bukan Lompat parti.Mereka automatik jadi ahli parlimen Bebas.Tak timbul kerusi tersebut nak di kosongkan.Syabas dan Tahniah Speaker.







ELOK CARI SUMBER BARU

 

Najib Bakar


Syabas Menteri Besar Terengganu atas tindakan yang pantas ini.




Enam tahun merupakan masa yang amat sesuai untuk mula mencari inisiatif mengurangkan kebergantungan terhadap royalti petroleum.


Bak kata pepatah Inggeris, slow and steady wins the race.


Pastinya rakyat Terengganu bertuah kerana memiliki seorang Menteri Besar yang bukan sahaja seorang cendekiawan, bahkan seorang pemikir ulung.


Umum tahu, kerja memikir memerlukan tempoh yang lama sementara badan menyesuaikan diri dengan keadaan persekitaran.


Tanpa kerjasama cuaca yang bersesuaian, kerja memikir tidak mudah, malah kadangkala memerlukan persekitaran baru, di negara yang cuacanya lebih sejuk.


Kerana itulah Auckland menjadi destinasi paling sesuai untuk kerja-kerja memikir.


Hasil pemikiran yang rumit itu menatijahkan belanjawan negeri Terengganu tahun 2024 dengan nilai besar, RM1.86 billion.


Daripada jumlah itu, 86.5% atau RM1.61 billion datangnya daripada hasil petroleum yang disumbangkan Kerajaan Persekutuan.


Sungguh hebat Menteri Besar Terengganu.


Siapa lagi yang mampu menyediakan belanjawan sebesar itu?


Tanyalah Menteri Besar Perlis.


Atau tanya anaknya yang mungkin cuma mampu menelan air liur, teruja dengan nilai tersebut.


Tanya juga kepada Menteri Besar Kedah yang ternyata kalah dengan nilai belanjawan Terengganu walaupun mempunyai nilai trillion hasil bumi.


Kerja memikir ini lebih rumit tambahan pula berdepan cabaran untuk menyelesaikan masalah pengangguran yang ada di kalangan anak muda Terengganu.


Namun, pimpinan Kerajaan Terengganu yang diterajui beliau berjaya menyelesaikan masalah pengangguran dengan kebijakan yang tidak setara orang biasa-biasa.


Mereka menyediakan bas-bas untuk menghantar anak muda Terengganu bekerja di Selangor.


Bijak. Syabas.


Bermakna amat sesuai sekali Menteri Besar Terengganu ini menjadi calon Perdana Menteri untuk Perikatan Nasional.


Bayangkan, jika beliau mengambil alih Malaysia, selepas enam tahun baru kita mendapat isyarat daripada beliau untuk mula mencari inisiatif melonjakkan ekonomi Malaysia.


Dalam tempoh memikir itu, jualan tanah negara akan semakin meningkat kerana sifat berkebajikan yang ada pada beliau.


Apalah sangat jualan tanah yang lebih murah kepada persatuan isteri wakil rakyat sebagai sistem kebajikan yang paling ulung dasawarsa ini?


Najib Bakar



MENGAKU TU BAGUS, KENAPA TAK BERSEDIA AWAL UNTUK MEMUDAHKAN.



 Kerajaan mengakui berlaku isu kelewatan dalam pengeluaran ‘fleet card’ di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) dan memberi jaminan proses itu akan dipercepatkan.



Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, masalah itu timbul berikutan kelewatan daripada syarikat minyak.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



BLACKROCK, KENAIKAN DIESEL AKAN JADI ISU BERPANJANGAN…



10 July 2024

Dua isu utama yang dikesan menyumbang kepada kekalahan memalukan diterima PH pada PRK Sungai Bakap ialah Blackrock dan kenaikan harga diesel.

Pengundi Melayu dilihat menolak calon kerajaan di Sungai Bakap kerana isu Blackrock dan kenaikqn harga diesel secara mendadak sebanyak RM1.20 sen yang disebabkan langkah penyasaran subsidi bahan bakar tersebut.

Isu Blackrock menjadi sebab calon kerajaan ditolak kerana kaitannya dengan Israel, manakala kenaikan harga diesel memberi kesan secara langsung kepada kos sara hidup dan kenaikan harga barang.

Pengundi bukan Melayu pula menolak calon kerajaan sebagai tanda protes terhadap kenaikan harga diesel yang menyukarkan lagi perniagaan mereka.

Dalam keadaan kedudukan ekonomi yang masih lembab, kenaikan harga diesel adalah beban tambahan bagi komuniti bukan Melayu, khususnya orang Cina yang sebahagian besarnya terlibat dalam dunia perniagaan.

Tanpa dua isu tersebut, kalau pun calon kerajaan tetap tidak menang di Sungai Bakap, tetapi ia dijangka tidaklah dengan undi yang jauh lebih besar berbanding PRN lalu.

Dengan adanya dua isu tersebut, kerajaan perpaduan sendiri seolah-olah memberi laluan mudah kepada PN untuk menang di Sungai Bakap.

Begitu pun, meski pimpinan PH dilaporkan menghormati suara rakyat, bersikap terbuka dan ingin bermuhasah dengan kekalahan itu, namun ternampak tidak ada usaha pembetulan dan langkah sedar diri yang diambil setakat ini.

Yang pasti, kerajaan nampaknya tetap ingin mengekalkan penjualan saham MAHB kepada GIP yang dikuasai oleh Blackrock.

Dalam jawatan bertulis di Parlimen, Kementerian Kewangan menyatakan Blackrock tidak terlibat dalam mesyuarat antara GIP dengan MAHB.

Gambaran ini memperlihatkan kerajaan tetap tidak berganjak daripada hasrat untuk menjual saham MAHB kepada GIP, meskipun menyedari GIP adalah milik penuh Blackrock.

Begitu juga dengan kenaikan harga diesel, tiada apa-apa petunjuk bahawa kadar kenaikannya akan disemak atau diturunkan.

Ini bermakna, dua isu ini akan terus berada dalam masyarakat dalam tempoh yang lama lagi.

Sekaligus bererti kerajaan akan terus menerima kesan penolakan yang kian membesar daripada orang Melayu dan juga bukan Melayu, sehinggalah PRU16 akan datang.

Jika itu pilihan kerajaan dan Anwar Ibrahim, hadaplah nanti apa juga bencana yang bakal menimpa. – ShahbudinHusin 10 Julai2024.

 


BILA DAH TAK LAKU DAN HILANG KREADIBILITI, FITNAH TETAP DIMAINKAN.

 


Aku terima kiriman pautan yang membawa ke satu video PapaGomo. Kalau dah Gomo, kita pun tahu pastinya tiada lain yang diucapkan selain 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂𝗮𝗻.


Begitu jijik fitnah yang disebut sampai tak tergamak aku nak kongsikan. Walaupun ada seorang yang pro DS Anwar buat penjelasan terhadap tuduhan Gomo itu, tetap aku rasakan ia 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗲𝗻𝗴𝗸𝗲𝗹𝗸𝗮𝗻 untuk dikongsi.


Secara amnya video Gomo itu 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝘁𝗶𝘁𝗮𝗵 𝗬𝗗𝗣 𝗔𝗴𝗼𝗻𝗴 yang mahukan perbuatan mendedahkan aib orang di media sosial dihentikan. Tapi Gomo tetap nak 𝗺𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶𝗼𝗻𝗮𝗹𝗶𝘀𝗮𝘀𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗿𝗯𝘂𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁𝗻𝘆𝗮 𝗶𝘁𝘂.


Bagi aku, titah YDP Agong tu berkecuali. Baginda tak berkata secara spesifik tentang sesiapa pun. Bukan mesti DS Anwar je. 𝗚𝗼𝗺𝗼 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶 𝗽𝘂𝗻 𝗱𝗶𝗱𝗲𝗱𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗶𝗯𝗻𝘆𝗮 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝗲𝗸𝗮𝘀 𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗮𝗿𝗶𝗯𝗻𝘆𝗮 𝗦𝗮𝗹𝗶𝗺 𝗜𝘀𝗸𝗮𝗻𝗱𝗮𝗿.


Baru je tadi aku tengok video di platform 𝗫 si 𝗦𝗮𝗹𝗶𝗺 𝘁𝘂𝗱𝘂𝗵 𝗚𝗼𝗺𝗼 𝗸𝗮𝗸𝗶 𝗮𝗿𝗮𝗸 (dia sebut koroi dan aku agak koroi tu arak) empat lima botol sehari. Salim juga kata si Gomo tu 𝘀𝘂𝗸𝗮 𝗺𝗲𝗹𝗶𝘄𝗮𝘁.


Tapi biasalah. Gomo sebenarnya 𝗿𝗮𝘀𝗮 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗽𝗮𝗿 dek titah YDP Agong tu. Sebab tu dia beriya nak 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗵 𝘁𝗶𝘁𝗮𝗵 𝗕𝗮𝗴𝗶𝗻𝗱𝗮. Sebelum ni pun Gomo dah banyak kali 𝗸𝗮𝗻𝘁𝗼𝗶 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂.


Kerajaan nak jatuh la, 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗽𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮 la yang kemudian diakui oleh penceritanya sebagai rekaan semata-mata, DS Anwar 𝘀𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗔𝗜𝗗𝗦 la dan tidak ketinggalan cerita  kononnya YDP Agong 𝗺𝗮𝗵𝘂 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗹𝗲𝘁𝗮𝗸 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻.


Gomo tahu dia semakin kehilangan pengikut. Yang tinggal 𝗰𝘂𝗺𝗮 𝗽𝗲𝗻𝘁𝗮𝗸𝘀𝘂𝗯𝗻𝘆𝗮 𝘀𝗮𝗷𝗮. Orang yang berakal semua tak termakan lagi cakapnya. Titah YDP Agong menyulitkan lagi keadaannya. Apa lagi dia kini sedang diserang oleh kawannya sendiri.


Orang yang cari makan dengan fitnah ni, dia perlukan jumlah view yang tinggi. Kalau view rendah, tak boleh la nak  𝘥𝘦𝘮𝘢𝘯𝘥 𝗯𝗮𝘆𝗮𝗿𝗮𝗻 𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶. Mungkin sebab itulah Gomo kelihatan menggelabah.


Ada yang kata Gomo ni 𝗽𝗲𝗹𝗶𝗵𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿. Aku tak pasti sejauh mana kebenarannya. Tapi susah aku nak percaya kalau Mahathir yang dikatakan 𝗵𝗲𝗯𝗮𝘁 𝘀𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 tu boleh 𝘂𝗽𝗮𝗵 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗱𝘂𝗻𝗴𝘂 𝗚𝗼𝗺𝗼 untuk jalankan rancangan jahatnya.


Orang yang rapat dengan Mahathir baiklah nasihatkan Mahathir untuk keluarkan kenyataan menafikan dia ada hubungkait dengan mamat Gomo ni. Apa yang dia buat sekarang ni selalu dikaitkan dengan Mahathir.


Walaupun Gomo cuba burukkan nama DS Anwar, tapi 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗹𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗯𝘂𝗿𝘂𝗸 𝘀𝗲𝗸𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗶𝗻𝗶 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿. Kalau Mahathir tak jauhkan diri dari Gomo, nama baik Mahathir akan terus dimusnahkan oleh Gomo. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


SIASAT DAN CARI MENANTU BOS PERIKATAN NASIONAL ABAHCOW MUHYIDDIN!

PENDEDAHAN MENMGEJUTKAN RUPANYA KES INI SEMASA KERAJAAN PAS & BERSATU!

MP MACHANG DISEKOLAHKAN OLEH TIM SPEAKER! KATANYA AKAN JADI POLEMIK SIAP...

Rafizi Ramli menjawab soalan mengenai punca kekalahan PH dalam PRK Sunga...

KES JANA WIBAWA PN MUHYIDDIN! PMX “TAK PAYA BERLARI @ BERJOGGING”



Permohonan Muhyiddin Yassin, untuk menyemak keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat tuduhan salah guna kuasa yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa akan diketahui pada 20 Ogos ini. Keputusan itu ditetapkan oleh panel lima hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Azizah Nawawi hari ini. Turut bersidang sama adalah Hakim Mohd Ruzima Ghazali, Ahmad Zaidi Ibrahim, Azman Abdullah dan Azhahari Kamal Ramli. Azizah berkata, panel memerlukan masa untuk membuat keputusan kerana ia membabitkan isu yang serius. Pada Mac tahun lalu, Muhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berhubung empat pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa. Dia didakwa di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009, atas pertuduhan menggunakan kedudukannya sebagai perdana menteri ketika itu dan presiden Bersatu untuk dorongan RM232.5 juta daripada tiga syarikat dan seorang individu, antara 1 Mac 2020 dan Ogos 20, 2021. Tiga syarikatberkenaan ialah Bukhary Equity, Nepturis Sdn Bhd, dan Mamfor Sdn Bhd, manakala individu terbabit pula adalah Azman Yusoff. Tiga pertuduhan pengubahan wang haram itu dibentangkan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 - dibaca bersama Seksyen 87(1) akta sama. Muhyiddin, 77, didakwa menyalahgunakan kuasa untuk Bersatu menerima RM125 juta hasil daripada aktiviti haram daripada Bukhary Equity antara 25 Feb 2021 dan 8 Julai 2022. Tuduhan itu tidak mendakwa bahawa pembayaran dibuat kepada Muhyiddin tetapi wang berkenaan didakwa digubah dengan dimasukkan ke dalam akaun Bersatu. Pada Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan empat pertuduhan salah guna kuasa, yang membawa kepada pembebasan terhadapnya. Bagaimanapun, pada Februari tahun ini, Mahkamah Rayuan mengembalikan semula pertuduhan, dan membatalkan pembebasan tersebut. Muhyiddin hari ini memohon Mahkamah Rayuan menyemak keputusan sebelum ini, dengan alasan bahawa pertuduhan jenayah itu adalah kabur dan cacat dari segi undang-undang. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu juga berhujah bahawa kes terhadapnya adalah satu bentuk penganiayaan politik.








TIM. SPEAKER BERI KEJUTAN! YB BERBAHAS MEMANG TERBAIK & JAWAPAN PADU!

6 bekas MP Bersatu kekal ahli parlimen, speaker bagi alasan dangkal - Mu...



Enam bekas ahli Parlimen Bersatu yang sebelum ini mengisytiharkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, kekal sebagai wakil rakyat. Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mengesahkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Johari Abdul membuat keputusan itu semalam. Keenam-enam ahli parlimen itu sebelum ini melanggar pendirian Bersatu sebagai pembangkang, dengan menukar sokongan mereka kepada Anwar.


Dr Zaliha jawab soalan Arau mengenai status terkini projek pembangunan s...

KERAJAAN PERPADUAN SUDAH JADI KERAJAAN PERGADUHAN, NENGGIRI MENANTI UNTUK GILIRAN UMNO PULA TERIMA KECAMAN



Kerajaan yang terbentuk dan diketuai Anwar Ibrahim sekarang ini adalah kerajaan perpaduan.


Atas titah Yang di-Pertuan Agong ketika itu, kerajaan perpaduan dilihat sebagai usaha untuk menyatu-padukan parti-parti yang berbalah setelah tiada satu pun parti mendapat majoriti yang mencukup untuk membentuk kerajaan secara sendirian.


Tetapi berikutan serang menyerang sesama sendiri makin rancak selepas PRK Sungai Bakap ini, khususnya melibatkan pemimpin UMNO, PKR dan DAP, kerajaan perpaduan ini semacam sudah bertukar menjadi kerajaan pergaduhan.


Selepas keputusan diumumkan yang menyaksikan calon PKR mewakili PH bukan saja kalah, malah majoriti kekalahan lebih besar berbanding PRN lalu, paling dijadikan sasaran ialah Rafizi Ramli, Menteri Ekonomi merangkap Timbalan Presiden PKR.


Atas kapasitinya sebagai Pengarah kempen PRK tersebut, beliau seolah-olah dipersalahkan sepenuhnya atas kekalahan calon PKR itu.


Selain disindir oleh beberapa pemimpin UMNO sebagai “Raja Formula” yang gagal, ungkapan “bahlul” dan “bodoh” yang diucapkan Rafizi ketika berkempen turut dijadikan sebab dan punca kekalahan.


Kononnya ungkapan tersebut memperlihatkan Rafizi sebagai pemimpin yang sombong dan angkuh, lalu pengundi menolak untuk memberi undi kepada calon PKR.


Rasanya ramai lupa, walaupun Rafizi adalah Pengarah kempen bagi PKR, tetapi oleh kerana Dr Joohari Ariffin adalah calon mewakili kerajaan perpaduan, beliau bersama Setiausaha Agung BN, Dr Zambry Abd Kadir adalah Pengerusi Bersama Jawatankuasa Induk PRK Dun Sungai Bakap.


Dengan itu, khususnya bagi beberapa pemimpin UMNO yang suka menyindir dan mempersalahkan Rafizi, mereka juga patut menyalahkan Dr Zambry atas kekalahan calon kerajaan perpaduan di Sungai Bakap itu.


Tambahan lagi, antara punca kekalahan itu ialah kerana calon kerajaan perpaduan gagal mendapat sokongan daripada pengundi Melayu, termasuk pengundi UMNO sendiri.


Kenapa Dr Akmal Salleh dan Dr Puad Zarkashi misalnya tidak menuding jari sama kepada Dr Zambry?


Di samping kecenderungan beberapa pemimpin UMNO menyalahkan Rafizi, veteran UMNO pula menyalahkan DAP atas dakwaan gagal menarik pengundi Cina.


Sebagaimana telah diketahui, pengundi Cina yang keluar mengundi di Sungai Bakap amat rendah iaitu hanya 47 peratus daripada jumlah 8,642 orang keseluruhannya.


Maknanya, bagi UMNO, punca kekalahan di Sungai Bakap adalah kerana kegagalan Rafizi dan juga disebabkan kegagalan DAP menarik pengundi Cina untuk keluar mengundi, seterusnya menyokong calon PKR yang mewakili PH itu.


Tidak pula kedengaran mereka menyalahkan UMNO dan Zahid Hamidi yang turut berkempen di Sungai Bakap, tetapi masih gagal menarik pengundi Melayu dan ahli UMNO sendiri untuk menyokong Dr. Joohari.


Yang UMNO nampak hanyalah Rafizi sebagai penyebab kekalahan.


Dalam hal ini, sementara beberapa pemimpin UMNO tampak seronok menyalahkan Rafizi, mereka jangan lupa bahawa selepas ini ada PRK Dun Nenggriri di mana giliran parti itu pula meletakkan calonnya.


Situasi Sungai Bakap dan Nenggiri boleh dikata hampir sama – kedua-dua kerusi itu ditandingi calon PKR dan UMNO dalam PRN lalu dan kedua-duanya juga ditimpa kekalahan.


Dalam PRN lalu, calon UMNO tewas di Nenggiri dengan kekurangan 810 undi, sementara calon PKR tewas di Sungai Bakap dengan tak cukup undi sebanyak 1,563.


Sebagaimana PKR berusaha sehabis baik mahu menang di Sungai Bakap, UMNO juga sudah tentu tidak mahu tewas lagi di Nenggiri.


Meski dipersalahkan, Rafizi ketika ini hanya mendiamkan dirinya saja, tetapi kalau UMNO kalah lagi Nenggiri, malah dengan jumlah undi yang lebih besar, maka UMNO haruslah bersiap sedia juga menerima kecaman.


Walaupun mungkin bukan Rafizi yang akan memulangkan paku buah keras kepada UMNO, penyokong-penyokong Rafizi yang terluka ketika ini, tidak mungkin mendiamkan diri lagi.


Sekali lagi nanti, kerajaan perpaduan akan terus menjadi kerajaan pergaduhan.


Bayangkan jika berlaku lagi PRK di enam kawasan Parlimen di mana semua kerusi itu juga akan ditandingi oleh UMNO? – ShahbudinHusin 09Julai2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/07/09/kerajaan-perpaduan-sudah-jadi-kerajaan-pergaduhan-nenggiri-menanti-untuk-umno-pula-terima-kecaman.html



DR NORDIN DARUS BSRI AMARAN SCAMMER.












 Amaran!🚨 Scammers yg gunakan muka saya akan disaman dan direport kpd KPDNK & KKM..

Untuk anda semua tolong berhati-hati kalau nampak iklan-iklan gunakan muka saya ni kena berwaspada! Apa2 pun boleh whatsapp admin dulu kalau nak syorkan original ok!


HQ Admin WhatsApp:

017-5770773

012-2060773


Shopee DND:

https://my.shp.ee/ZdbsPiR


Utk semua social media n contact HQ

👉 Linktr.ee/dndworldofficial



KEH.. KEH.. KEH

 


Tersilap sebab dah terkantoi, Entah2 larian 200km dari muar ke parlimen hari tu pun dia kencing juga kot?  Lgsung tak tunjukkan rekod strava dia masa buat larian hari tu.



SELAMA NI PUM TAK BEROPERASI GAYANYA NI.

 

 Che Ibrahim. 


Alhamdulilah... Pum Air Kemubu 2 dah dua hari beroperasi, kelmarin paras air 4.24m, hari ni 3.82m, ada sedikit penurunan.






Harap air sungai dapat bertahan di paras 3.5m ke atas untuk membolehkan air terus di sedut masuk ke sawah sawah.



PELABURAN SOLAR KINI MENJADI TUMPUAN

 


Saya mulakan lawatan ke negeri Terengganu hari ini dengan meluncurkan Loji Janakuasa Solar 100 MW pemasangan hybrid Cypark di Merchang. 






Usaha seumpama ini adalah penting dalam menjayakan rencana kritikal negara terkait soal transisi tenaga.


Marcapada menuntut kita supaya merebut peluang mengaplikasikan penyelidikan terkait soal transisi tenaga seperti yang telah dilaksanakan oleh negara-negara maju. 


Hatta, saya mengggesa kesemua institusi pendidikan yang menjalankan penyelidikan agar bekerjasama dengan kementerian dan sektor swasta bagi menbangunkan bidang-bidang baharu khususnya tenaga solar.


Dalam konteks yang sama, syarikat yang mempunyai kepakaran kemudiannya harus  melatih anak-anak dalam bidang TVET nan dapat menyediakan pekerjaan kepada masyarakat untuk dimanfaatkan demi kemajuan ekonomi dan juga negara.


Saya percaya, pengukuhan ekosistem ini adalah bertepatan dan seiring dengan sasaran negara untuk mencapai karbon sifar bersih pada tahun 2050. 


#MalaysiaMADANI



Mmmm.. TAK PAYAH LA.. SAMPAI BILA PAS NAK TUMPANG ORANG SENTIASA.

 

MSO


MB Terengganu Samsuri Mokhtar bersama PM Anwar Ibrahim mereka bersama ketika Anwar melawat Terengganu hari ini. 



Samauri adalah antara sosok yang disebut sebut atau diletakkan oleh Pas untuk jadi Perdana Menteri. Apa kata sebelum sampai ke kerusi itu Samsuri didendangkan dahulu untuk jadi timbalan perdana menteri. 


Rasanya angan angan ini tercapai kalau tiba tiba Pas berubah arah bekerjasama dengan PH dan meninggalkan PN. Trims.



MAK AIHH..... M225 RIBU UNTUK KOS MENARA SAHAJA?


Ezreen 


111 RM225 RIBU UNTUK KOS MENARA SAHAJA?


Syiar agama sekarang banyak dizahirkan secara kosmetik.


Banyak perkara lagi yang boleh digunakan untuk mengimarahkan masjid ini kelak jika telus pada cara tadbir dalam membangunkannya.


Bil elektrik, bil air, naik gaji guru agama, biasiswa pengajian anak² madrasah, upgrade keperluan tempat tinggal mereka dll.



Kerana ini adalah duit sumbangan orang ramai.


Kalau duit sendiri, nak buat menara setinggi KLCC pun buatlah, 


walaupun ia tetap membazir.



LA.... KENA.. KEH.. KEH.. KEH

 


Jabatan Peguam Negara (AGC) menolak representasi dikemukakan bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT), UMNO Isham Jalil yang didakwa menghina mahkamah berhubung kenyataan mengenai kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak.



Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Mohamad Mustaffa P Kunyalam memaklumkan perkara itu ketika sebutan kes hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Noorin Badaruddin.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



NAK JAGA HATI SAPA LAK NIH.?


Pak Ya Siam


 PMX buat baik semua nak bangkang !!



Satu Malaysia dah sokong sebab kita fahaman ASWJ  dia pulak dok kalut lebih nak jaga hati sapa??


Syiah ka??


Peliaq betoi !!




BOLEH JA TUKAR.

 

MMMS


Boleh tukar dari my first podium kepada my first DNF, don't worry YB, there is always a first time for everything.




PINDAAN AKTA AUDIT

 




Pindaan terbaru kepada Akta Audit menandakan komitmen untuk memastikan tadbir urus yang lebih baik dalam sektor awam dan swasta. Dengan penguatkuasaan yang lebih ketat dan penambahbaikan prosedur audit, langkah ini bergerak ke arah ketelusan yang lebih tinggi dan akauntabiliti yang kukuh.


Langkah-langkah ini bukan sahaja memperkukuh keyakinan rakyat terhadap institusi-institusi negara, tetapi juga memastikan bahawa setiap ringgit yang dibelanjakan adalah untuk manfaat semua. Pindaan ini termasuk peningkatan kebolehcapaian maklumat audit dan kawalan terhadap penyalahgunaan kuasa serta penyelewengan.


Dengan pindaan ini, integriti dan kecekapan dalam pengurusan kewangan negara dapat dipastikan.



LEBAI TU PATUT TANAM KAT JERAT CINA TU.

 

Qasas Ana Tahu


Jadi sebenarnya boleh lah pertikai, bahas dan bincang sebarang RUU berkaitan Islam ni sebenarnya. Tak de lah kena tanam kat jirat....




Kenyataan balas berhubung pelaksanaan rangkaian 5G yang kedua.

 

Pendakwah Teknologi


Kenyataan balas berhubung pelaksanaan rangkaian 5G yang kedua. 


Bagi yang tidak tahu cerita, saya cuba jelaskan secara ringkas apa yang dibuat oleh pihak kerajaan (dulu/sekarang) dan apa yang dipersoalkan oleh Dato Wan Saiful Wan Jan. 


- Dulu-dulu 1G sampai 4G, pihak telco (syarikat telekomunikasi) yang menyediakan infrastuktur dan servis. Contohnya Celcom akan bina menara telekomunikasi dan sediakan pelan 4G untuk anda. Pada waktu Tun M, 5G juga akan dilaksanakan oleh Telco, (waktu tu demo 5G dibuat di Putrajaya dan Langkawi).


- Semasa DS Muhyiddin Yassin menjadi PM, beliau telah memperkenalkan Digital Nasional Berhad (DNB) sebagai syarikat milik kerajaan yang akan membangunkan dan menjaga infrastuktur telekomunikasi di seluruh Malaysia. Mula dengan 5G dan akan berterusan dengan 6G, 7G dan seterusnya. DNB buat infra, telco-telco sewa infra tersebut untuk beri servis 5G, 6G, 7G kepada anda.


- Sebelum menjadi PM, DS Anwar Ibrahim berpendapat DNB adalah satu bentuk monopoli. Dan setelah Beliau menjadi PMX, beliau memperkenalkan Rangkaian 5G Ke-Dua sebagai 'alternatif' kepada DNB untuk pelaksanaan 5G dan mungkin 6G seterusnya di Malaysia. 


Jadi berbalik kepada isu DNB dan Rangkaian ke-2. 

- Salah satu syarat yang dikenakan oleh pihak kerajaan sebelum membenarkan telco-telco mewujudkan rangkaian 5G kedua adalah, mereka kena ambil pegangan dalam DNB. Mereka kena beli saham DNB.


Secara mudahnya, Dato Wan Saiful mempersoalkan kenapa telco-telco yang menjadi pemilik DNB, dibenarkan pula untuk mewujudkan satu lagi infrastuktur rangkaian 5G di Malaysia.


........Panjang nak tulis ni...baik saya buat video. Lama dah tak buat video serius.



BETOI KA SYED SADIQ

 Drama King Saddiq. Komuniti IronMan sedang pertikai kemenangan tempat ketiga Syed Saddiq.


Sepanjang event Triathlon ni, larian, berenang, dia di belakang, tengok-tengok boleh menang.


Kayuhan basikal perlu tiga pusingan, setiap satu pusingan 30km, tiga pusingan jadi 90km.


Tapi depa syak Saddiq cuma kayuh dua pusingan, 60km saja.


Peserta terpantas Sepanyol pun buat kayuhan tu dalam tempoh 2 jam 31 minit. Syed Saddiq yang bukan seorang atlit profesional boleh buat dalam 2 jam 37 minit.


Tapi masa IronMan dua bulan lepas, di track yang sama, Saddiq habiskan kayuhan dalam tempoh 3 jam 31 minit.


Dalam tempoh dua bulan, dia boleh improve kayuhan jarak yang sama hampir sejam beza. Ajaib.


Mind you, Sadiq baru saja "habiskan" 200km larian untuk "peruntukan Parlimen" yang tiada dalam rekod app Strava nya.


Power betoi, kononnyalah.


Kah!




WOIII.. CUKUP JOMLAH KE.

 


Kakak Kawasan dah sound tu!....


Parti cap bunga... Jwb... jgn tak jwb.


🤣🤣🤣🤣🤣🤣




KISAH MUSUH DALAM SELIMUT.

 


Hahaha....  tudia.


Ni baru betul2 'Musuh dlm selimut'....


Desa HM


So.... korang tak payah susah2 nak cari jwpn pasai apa kalah, nk buat post mortem bagai... jwpnnya ada kat sini...


Hmmmm...


🙄🙄🙄🙄🙄🙄


Alexender Thomprason


Suami puan yang bernama Fahmi Zainol dan jugak berjawatan sebagai exco pulau penang tu kah?





TAK PAYAH LA..



 UMNO 𝘁𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗔𝗦 selagi 𝗛𝗮𝗱𝗶 𝗺𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗽𝗿𝗲𝘀𝗶𝗱𝗲𝗻. Begitu menurut Presiden UMNO, DS 𝗭𝗮𝗵𝗶𝗱 𝗛𝗮𝗺𝗶𝗱𝗶. Keputusan yang betul tapi bukan yang paling tepat.


Seb


abnya selepas Hadi nanti, naik pula Tuan Ibharim, Zahid sedia bekerjasama? Tak banyak beza pun antara keduanya. Dan bukan Tuan Ibharim saja tetapi 𝘀𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗽𝗶𝗺𝗽𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗣𝗔𝗦 pun sama.


Malah berdasarkan pemerhatian aku, di masa ini pun aku berasakan keputusan Hadi 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗹𝗮𝗴𝗶 𝗱𝗮𝗿𝗶𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗳𝗶𝗸𝗶𝗿𝗮𝗻𝗻𝘆𝗮. Dengan keuzurannya, aku rasa Hadi hanya luahkan fikiran orang lain.


Tuan Ibharim, Takiyuddin, Idris Ahmad, Hashim Jasin dan kesemua pimpinan utama PAS semua 𝘀𝗮𝗺𝗮 𝘀𝗮𝗷𝗮 𝗰𝗼𝗿𝗮𝗸 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮. Tukar Presiden pun, PAS akan tetap jadi seperti sekarang.


Menipu, mengkhianat rakan, memutar belitkan dalil, semua itu adalah 𝗗𝗡𝗔 𝗣𝗔𝗦. Kalau mana-mana pihak nak kerjasama dengan PAS, biarlah pucuk pimpinan PAS 𝗯𝗲𝗿𝘂𝗯𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘁𝗼𝘁𝗮𝗹 𝗱𝗮𝗵𝘂𝗹𝘂. Melainkan kalau sedia dikhianati lagi. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


KUTIP DUIT... HA HA

 

Miqdad Zakaria


Kerja paling mudah adalah dengan mengutip derma. Lepas tu guna nama arwah mak ayah orang lain untuk penderma lembut hati.



Kenapa tak buat untuk arwah mak ayah kamu sahaja..?


Ingatlah tuan²,


Derma paling afdhal dalam Islam adalah diberi kepada ahli keluarga terdekat yang dalam kesusahan.


Jangan duduk mengarut derma sana sini ribu riban, sedangkan dengan keluarga sendiri tahi hidung masin..!


Pagi ini kes di Mahkamah Kuala Terengganu lawan mamat pengutip derma dalam isu Hadis Palsu bersambung lagi. 


Doakan ana kuat, sihat tubuh badan, diluaskan rezeki dan mendapat kemenangan.


🤗🤗


Miqdad Zakaria 

Rusila, Marang