KES JANA WIBAWA PN MUHYIDDIN! PMX “TAK PAYA BERLARI @ BERJOGGING”



Permohonan Muhyiddin Yassin, untuk menyemak keputusan Mahkamah Rayuan yang mengembalikan empat tuduhan salah guna kuasa yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa akan diketahui pada 20 Ogos ini. Keputusan itu ditetapkan oleh panel lima hakim Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Azizah Nawawi hari ini. Turut bersidang sama adalah Hakim Mohd Ruzima Ghazali, Ahmad Zaidi Ibrahim, Azman Abdullah dan Azhahari Kamal Ramli. Azizah berkata, panel memerlukan masa untuk membuat keputusan kerana ia membabitkan isu yang serius. Pada Mac tahun lalu, Muhyiddin didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berhubung empat pertuduhan salah guna kuasa dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa. Dia didakwa di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009, atas pertuduhan menggunakan kedudukannya sebagai perdana menteri ketika itu dan presiden Bersatu untuk dorongan RM232.5 juta daripada tiga syarikat dan seorang individu, antara 1 Mac 2020 dan Ogos 20, 2021. Tiga syarikatberkenaan ialah Bukhary Equity, Nepturis Sdn Bhd, dan Mamfor Sdn Bhd, manakala individu terbabit pula adalah Azman Yusoff. Tiga pertuduhan pengubahan wang haram itu dibentangkan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 - dibaca bersama Seksyen 87(1) akta sama. Muhyiddin, 77, didakwa menyalahgunakan kuasa untuk Bersatu menerima RM125 juta hasil daripada aktiviti haram daripada Bukhary Equity antara 25 Feb 2021 dan 8 Julai 2022. Tuduhan itu tidak mendakwa bahawa pembayaran dibuat kepada Muhyiddin tetapi wang berkenaan didakwa digubah dengan dimasukkan ke dalam akaun Bersatu. Pada Ogos tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Muhyiddin untuk membatalkan empat pertuduhan salah guna kuasa, yang membawa kepada pembebasan terhadapnya. Bagaimanapun, pada Februari tahun ini, Mahkamah Rayuan mengembalikan semula pertuduhan, dan membatalkan pembebasan tersebut. Muhyiddin hari ini memohon Mahkamah Rayuan menyemak keputusan sebelum ini, dengan alasan bahawa pertuduhan jenayah itu adalah kabur dan cacat dari segi undang-undang. Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu juga berhujah bahawa kes terhadapnya adalah satu bentuk penganiayaan politik.








No comments: