PELABURAN SOLAR KINI MENJADI TUMPUAN

 


Saya mulakan lawatan ke negeri Terengganu hari ini dengan meluncurkan Loji Janakuasa Solar 100 MW pemasangan hybrid Cypark di Merchang. 






Usaha seumpama ini adalah penting dalam menjayakan rencana kritikal negara terkait soal transisi tenaga.


Marcapada menuntut kita supaya merebut peluang mengaplikasikan penyelidikan terkait soal transisi tenaga seperti yang telah dilaksanakan oleh negara-negara maju. 


Hatta, saya mengggesa kesemua institusi pendidikan yang menjalankan penyelidikan agar bekerjasama dengan kementerian dan sektor swasta bagi menbangunkan bidang-bidang baharu khususnya tenaga solar.


Dalam konteks yang sama, syarikat yang mempunyai kepakaran kemudiannya harus  melatih anak-anak dalam bidang TVET nan dapat menyediakan pekerjaan kepada masyarakat untuk dimanfaatkan demi kemajuan ekonomi dan juga negara.


Saya percaya, pengukuhan ekosistem ini adalah bertepatan dan seiring dengan sasaran negara untuk mencapai karbon sifar bersih pada tahun 2050. 


#MalaysiaMADANI