Syam Ghaz.
Pas nak pertahankan Tabung Haji seperti pertahankan Baitul Maqdis ?
Belum apa-apa dah cabut lari dari bahas di Sidang Khas Tabung Haji di Parlimen 11 Ogos 2026 lepas.
Teringat kisah geng-geng Perang Uhud.
Syam Ghaz.
Pas nak pertahankan Tabung Haji seperti pertahankan Baitul Maqdis ?
Belum apa-apa dah cabut lari dari bahas di Sidang Khas Tabung Haji di Parlimen 11 Ogos 2026 lepas.
Teringat kisah geng-geng Perang Uhud.
✍️ Ahmad Mursi
Pelaku qazaf dianggap fasiq dan hilang sifat ‘adalah (adil) yang merupakan salah satu syarat sah untuk menjadi wali, walaupun dia bapa kandung. Oleh itu, hak wali berpindah kepada wali lain mengikut turutan (misalnya: datuk, abang kandung, pakcik sebelah bapa, atau akhirnya wali hakim).
𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗖𝗨𝗞𝗨𝗣𝗞𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗨𝗕𝗔𝗧 𝗕𝗘𝗥𝗦𝗘𝗡𝗗𝗜𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗧𝗨𝗞 𝗕𝗢𝗟𝗘𝗛𝗞𝗔𝗡 𝗗𝗜𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗪𝗔𝗟𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗨𝗟𝗔?
Taubat peribadi (antara dia dan Allah) tidak mencukupi untuk menggugurkan kesan hukum dunia, kerana qazaf ialah jenayah hudud (hukuman 80 kali sebatan) dan bukan sekadar dosa peribadi. Taubat nasuha hanya menghapuskan dosanya di akhirat, tetapi untuk memulihkan kelayakan di dunia (menjadi wali atau diterima kesaksiannya), dia perlu bertaubat dan membuktikan dirinya sudah memperbaiki akhlak (islah) secara zahir, sehingga masyarakat atau hakim boleh menerima dia semula sebagai orang yang adil.
𝗝𝗜𝗞𝗔 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗡𝗜𝗞𝗔𝗛 𝗧𝗔𝗛𝗨 𝗔𝗬𝗔𝗛𝗡𝗬𝗔 𝗣𝗘𝗟𝗔𝗞𝗨 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗟𝗔𝗬𝗔𝗞 𝗠𝗘𝗡𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗪𝗔𝗟𝗜?
Akad nikah itu batal dari awal (bukan hanya fasid atau rosak) kerana rukun nikah (wali) tidak sah. Hubungan suami isteri selepas itu dikira zina kerana kedua-duanya tahu akad itu tidak sah. Anak yang lahir dari hubungan ini tidak boleh dibinkan kepada bapanya, tetapi hanya kepada ibunya. Anak itu juga tidak boleh mewarisi harta bapa secara faraid. Walau bagaimanapun, anak tetap diiktiraf sebagai manusia yang mulia — wajib dijaga, dinafkahi, dan tidak boleh dihina walaupun status nasabnya harus mengikut hukum syarak. Untuk memperbaiki keadaan, mesti segera dilakukan tajdid akad (akad semula) dengan wali yang sah atau wali hakim. Namun, tajdid akad hanya menghalalkan hubungan untuk masa depan; status anak yang lahir sebelum itu kekal sebagai anak tidak sah taraf, tidak boleh dibinkan kepada bapa, dan tidak mewarisi faraid.
𝗝𝗜𝗞𝗔 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗕𝗘𝗥𝗡𝗜𝗞𝗔𝗛 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗛𝗨 𝗪𝗔𝗟𝗜 𝗧𝗜𝗗𝗔𝗞 𝗦𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗡𝗔 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙?
Nikah dihukum fasid (rosak) tetapi tidak batal secara automatik kerana kedua-dua pihak tidak tahu. Perlu segera diperbaiki dengan tajdid akad. Ini dikira nikah syubhah (nikah yang disangka sah ketika itu), maka anak yang lahir tetap sah taraf, boleh dibinkan kepada bapa, dan berhak menerima pusaka bapa melalui faraid. Wali tetap berdosa kerana menyembunyikan ketidaklayakan dirinya.
𝗧𝗔𝗣𝗜 𝗛𝗨𝗗𝗨𝗗 𝗧𝗔𝗞 𝗗𝗜𝗝𝗔𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚-𝗨𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗗𝗜 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔?
Walaupun hudud belum digazetkan sebagai undang-undang di Malaysia, hukum syarak tetap berjalan dari sudut dosa, kesan fasiq selama-lamanya, status wali, dan kesaksian di sisi Allah. Maksudnya, walaupun pelaku qazaf tidak dikenakan hukuman rasmi (seperti sebatan), dia tetap berdosa, tetap hilang kelayakan sebagai wali atau saksi dalam hukum agama, dan tetap wajib bertaubat. Hanya hukuman rasmi hudud yang tidak boleh dijalankan kerana tiada peruntukan undang-undang. Di Malaysia hanya ada ta'zir yang berbeza mengikut negeri.
Faisal Rahman.
Kelayakan akademik bagi bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad (yang berkhidmat dari 2017 hingga 2019), tertumpu dalam bidang sains politik dan pengurusan sumber manusia, bukan dalam bidang perakaunan atau pengauditan profesional.
Kelayakan Akademik:
* Ijazah Sarjana Muda: Sarjana Muda Sains Sosial (Kepujian) dalam bidang Sains Politik dari Universiti Sains Malaysia (USM) (1979).
* Ijazah Sarjana: Sarjana Sains (M.Sc.) dalam bidang Pembangunan Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia (UPM) (2003).
* Ijazah Kedoktoran (PhD): Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia (UPM) (2012).
Latar Belakang & Pengalaman:
* Beliau merupakan seorang bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dengan pengalaman selama 35 tahun dalam perkhidmatan awam.
* Pernah memegang jawatan penting sebagai Ketua Setiausaha (KSU) di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta KSU Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum bersara wajib pada September 2016.
* Beliau tidak mempunyai kelayakan profesional khusus dalam bidang audit atau perakaunan (seperti akauntan bertauliah atau ahli Malaysian Institute of Accountants). Pelantikan beliau pada Februari 2017 dibuat mengikut Perkara 105(1) Perlembagaan Persekutuan melalui perkenan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri tanpa syarat mandatori latar belakang akaun/audit pada ketika itu.
P/S: perkongsian ini Adalah carian umum di platform Google. Boleh ditambah mahupun ditolak sekiranya terdapat sebarang maklumat baru.
Kesimpulan:
Saya akan berpegang kepada laporan SURUHANJAYA SIASATAN DIRAJA; di atas kelayakan dan merit setiap pesuruhjaya yang di lantik di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan Diraja 1050 [Akta 119].