MOHD MUKHLIS
Orang kata kalau time puasa ini jangan berpolitik nanti kurang
pahala. Tapi macam mana kita boleh senyap kalau ekonomi makin teruk, ramai yang
kena buang kerja, makin banyak gerai tumbuh bak cendawan tapi pembeli semua
kurang, yang ada kuasa lepas tangan bagi negara jalan atas auto pilot. Pelabur
lari, conference perubahan iklimpun kena sisih, apalah lagi ujian Allah nak
bagi akibat dari pengkhianatan dan sertuan agawaman su'.
Kalau itulah cakna bab kemanusiaan pun di kira sebagai
berpolitik waktu berpuasa, biarlah orang kata kurang pahala puasa sekalipun,
kerna syurga itu bukan milik orang berkuasa dan kaya raya, tapi neraka itu
sudah pasti memanggil mereka yang berkhianat dan melanggar perjanjian.
GINO MARVELA
Selamat menyambut ramadhan kpd kalian di sini. Tenang & aman
apabila tidak berkarya seketika. Ada 3 perkara yg perlu di sampaikan.
1) Pertamanya kita sdg berusaha utk buka jalan melalui sang
kuning. Ya benar, mereka bukan endah pun apa yg rakyat utarakan kepada umum.
Nak suruh buka parlimen ja pun susah. Marah mcm mana rakyat pun dok buat pekak
ja, tenang ja di sana pasai semua cara hidup dr hujung rambut & hujung kuku
kaki terjamin. Harap mereka sedar akan peranan dan masalah kritikal yg melanda
ekonomi negara.
2) Keduanya, sehari dua lepas mp Pagoh sdra Mahiaddin itu kata
negara dh tidak ada wang & telah belanjakan RM600bilion ekoran situasi
covid19.
Nak ada duit mcm mana, pelabur masuk pun puak tebuk atap pi
sekat kunun kata pelabur yg di pilih (selective) saja layak masuk. Kemudian dgn
segala perjanjian yg di meterai... cukup sangat berani guna pintu belakang guna
Amla kununnya pengubahan wang haram.
Dan yg paling menyampah kami dengar, pihak pelabur di luar sana
nyatakan Miti yg di pegang oleh sdra Azmin meletakkan syarat setiap kemasukan
wang pelabur hanya akan di beri kelulusan bayaran keluar 10% berdasarkan kos
kerja secara berkala.
Contohnya, kalau pelabur bawa masuk RM10bilion untuk buat projek
pembangunan... kerajaan akan luluskan bayaran kewangan pelabur itu sendiri 10%
berdasarkan progres kerja. Kemudian progres kerja capaai 20%, kerajaan luluskan
lagi 10% pengeluaran.
Haramjadah apa yg kerajaan tebuk atap ni buat ?
Duit pihak pelabur asing sendiri, duduk di perbankan yg masuk
melalui BNM... nak luluskan duit keluar milik mereka sendiri 10% berdasarkan
setiap kali progres kerja ? Hoiii mangkuk, itu bukan dana kerajaan nak bayar kontraktor
tempatan. Itu wang milik pelabur itu sendiri.
Dah tahu Malaysia kekurangan wang, yang hampa buat sekatan demi
sekatan tu buat apa ?
Ya ada tesis journal mengatakan Malaysia negara pilihan pelabur.
Perangkaan itu hanya bersifat sementara, sebaik saja sumber kewangan mereka
mula masuk... kebanyakan antara mereka serta merta mula menyedari
ketidakbijakan tebuk atap yg menyusahkan mereka di mana akhirnya mengalihkan ke
negara jiran.
Rasuah adalah sebahagian kanser yg merebak lebih parah di zaman
tebuk atap memerintah. Itu adalah fakta & salahsatu faktor yg nyata.
3) Ketiga, hal audio itu kalau benar pun bukanlah masalah besar
sangat. Benar @ tidak itu urusan Anwar & Zahid yg perlu jawap.
Pokok utama yg kami sedia maklum ialah sdra Anwar sdg berusaha
mengumpulkan sokongan utk persembahkan kpd MRR agar Parlimen itu di buka.
Penjajaran yg pertama, ya suatu ketika beberapa bulan lepas Anwar berusaha utk
ambil semula pentadbiran dr tebuk atap. Itu pun setelah saranan dari DAP &
Amanah kpd Anwar utk berunding dgn sesiapa jalankan agenda. Ketika berunding,
hat 2 orang yg jaga teloq tadi buleh pula bising dan serang kembali.
Itu yg GM tak berapa faham. Dia dh suruh, dah buat kenyataan
media... pusing balik serang. Lani Mahathir dh mula cakap bukan2 pd DAP...baru
dok tersedar koma.
Bukan sekali dua kami cakap PH yg ada Keadilan, Parti Tindakan
Demokratik & Amanah ini perlu bersama kukuhkan dlm satu gabungan. Apabila 3
pimpinan dh kembali bersama, masih ada lg beberapa pimpinan bawahan yg
berseteru kpd Mahathir cukup anti kpd usaha yg Anwar lakukan.
Banyak kali dh kata, kali ini PH yg lead. Bukan org yg takda
parti & ranting itu yg nak lead sampai abg jamil mampoih!
Jika mereka yg tidak berparti nak masuk, mereka perlu terima
syarat dan konsensus PH. Bukan sebaliknya berlaku. Menggelarkan abg besar itu
tidak sepatutnya berlaku saat 2 pihak lg asyik dok pegang teloq yg di picit
pihak lain. Buat kerja taknak, arahkan org lain kemudian serang balik pasai tak
ikut keinginan hatinya. Pi lah jumpa YDPA & MRR usulkan Parlimen di buka...
bukan cakap berdegar dalam media sosial & serang pimpinan lain dalam
gabungan parti politik yg dirinya anggotai sendiri.
Cukup setakat ini dahulu...
Yang berkarya:
Gino Marvela
aka Gin Marvel.