PETRA ALIH ISU. SD YANG DITUNJUKKAN TIDAK BENAR. HANYA ACAH ACAH. DAKWA ADA SD LAIN PULAK.


 

PMX MEMPENGERUSIKAN MPN

 



Hari ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Bilangan 1 tahun ini yang membincangkan mengenai strategi dan hala tuju bagi meningkatkan pelaburan dalam negara.

Mesyuarat memutuskan bahawa pelaburan hijau (green investments) adalah antara bidang yang berpotensi untuk negara dan perlu dipertingkatkan. Dalam hubungan ini, Kerajaan akan membangunkan kerangka dasar beserta pelan khusus bagi menjadikan Malaysia sebagai destinasi dan hab pelaburan hijau utama serantau. Ini juga merupakan kesinambungan pelbagai inisiatif di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) untuk menggerakkan pelaburan ke dalam sektor pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi.

Terkait dengan penekanan terhadap pelaburan hijau, diputuskan juga bagi menjenamakan projek Kerajaan Persekutuan yang diumumkan di dalam Belanjawan 2024 iaitu Kerian Integrated Industrial Park, sebagai Kerian Integrated Green Industrial Park. Ianya diharap akan menjadi pencetus kepada peralihan kepada tenaga boleh diperbaharui secara sepenuhnya oleh industri-industri yang bakal dibangunkan di taman perindustrian tersebut.

Mesyuarat juga membincangkan kepentingan industri semikonduktor yang menyumbang kepada 7.1% daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara. Sehubungan itu, diputuskan penubuhan National Semiconductor Strategic Task Force (NSSTF) sebagai satu platform khusus untuk membangunkan ekosistem semikonduktor dan menarik pelaburan strategik dalam sektor ini.

Kesemua usaha ini adalah langkah-langkah dalam memastikan pelaksanaan pelaburan ke dalam negara akan mencapai objektif Ekonomi MADANI, termasuk meletakkan Malaysia pada kedudukan 30 teratas dari segi ekonomi terbesar dunia, dan 12 teratas dari segi daya saing global dalam tempoh 10 tahun.

#MalaysiaMADANI

 

DAKWAAAN SD HANYA MAHU MENGGUGAT KERAJAAN YANG KUKUH

 


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan melayan dakwaan Perikatan Nasional (PN) yang kononnya sudah mempunyai jumlah akuan bersumpah (SD) yang mencukupi untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan.

Sebaliknya katanya, beliau mempunyai banyak tugasan penting yang perlu diselesaikan.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

 

YDP AGONG-ISTANA TIDAK TERLIBAT URUSAN POLITIK.TITAH ANWAR DAN KERAJAAN MADANI TERUSKAN USAHA MENGURUSKAN NEGARA

 


Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini bertitah bahawa Istana Negara tidak akan terlibat dalam sebarang percaturan politik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim

Seri Paduka juga menitahkan Anwar dan Kerajaan MADANI untuk meneruskan kerja mengurus negara.

Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews

 

PMX KUNJUNGI YDP AGONG- BUKAN NAK BUBAR- NAK TERUSKAN KERAJAAN.

 




Kenyataan Media

Perdana Menteri
9 Januari 2024
Hari ini seperti kelazimannya saya menghadap KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bagi menyembah maklum urusan kertas-kertas kabinet esok dan turut mengulas beberapa perkembangan semasa.
Baginda juga bertitah supaya saya selaku Perdana Menteri dan Kerajaan MADANI untuk meneruskan kerja mengurus negara. Baginda juga bertitah bahawa pihak istana tidak akan terlibat dalam sebarang percaturan politik.
Saya juga menambah seandainya ada cadangan mana-mana pihak untuk menyampaikan derma sebanyak RM500 juta atau RM750 juta, ia hendaklah disalurkan terus kepada asnaf dan golongan miskin dalam negara.
Daulat Tuanku!
ANWAR IBRAHIM


Masalah air UMS : Peruntukan RM3j diberi, PM minta laporan penuh

 



Oleh: Helmi Mohd Foad



Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu pihak berkaitan menghantar laporan berhubung masalah bekalan air yang masih berlarutan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) meskipun sedangkan kerajaan telah meluluskan peruntukan RM3 juta tahun lepas bagi tujuan tersebut.



Perdana Menteri berkata beliau mendapat tahu mengenai masalah itu di media sosial sebelum merujuk perkara itu kepada Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Zambry Abdul Kadir semalam.



“Saya nak dapat laporan, mungkin KSP (Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican) boleh tanya ketua setiausaha kementerian berkenaan. Apa berlaku sejak kelulusan saya dan tindakan yang diambil oleh kementerian dan universiti,” katanya ketika berucap dalam perhimpunan warga Kementerian Kewangan di Putrajaya hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pihaknya tidak faham mengapa projek itu mengambil masa dan enggan menghukum kepada mana-mana pihak.



"Saya minta laporan teliti apa jadi sejak Menteri Kewangan luluskan peruntukan segera untuk selesaikan masalah air di universiti itu," kata beliau yang juga Menteri Kewangan," katanya.



Pada 31 Mei tahun lalu, Kerajaan Persekutuan meluluskan peruntukan RM3 juta kepada UMS bagi membantu menyelesaikan masalah bekalan air.



Semalam, Zambry ketika melawat UMS turut mengumumkan peruntukan tambahan RM2 juta kepada universiti tersebut sebagai penyelesaian jangka pendek dan panjang agar masalah bekalan boleh diatasi segera.

 


GLC perlu tumpu pelaburan dalam negara - PM








 Oleh: Helmi Mohd Foad



Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengurangkan pelaburan di luar negara sebaliknya meningkatkan pelaburan dalam negara.



Perdana Menteri berkata sekiranya tiada alasan menarik, tumpuan pelaburan di seberang laut perlu dikurangkan dan kelonggaran akan diberikan sekiranya terdapat keperluan.



"Saya beri beberapa arahan untuk harus juga ada penekanan pengurangan pelaburan di luar negara kerana kalau alasannya tidak menarik maka apa kemunasabahan kita mengadakan kempen menarik pelabur asing ke Malaysia," kata beliau ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Warga Kementerian Kewangan (MoF) di Putrajaya hari ini.



Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata GLIC dan GLC juga perlu melaksanakan tanggungjawab korporat lebih besar dalam pembangunan negara termasuk meningkatkan kebajikan pekerja mereka.



"Ada 15,000 pekerja, 5,000 pekerja tiada rumah, tak mungkinkah kita fikir ada rencana untuk membina perumahan untuk pekerja sendiri?



"Kita catat keuntungan dengan cakap soal pengkomersialan dan kita bebankan kelompok yang agak pendapatan rendah ini kepada kementerian dan kerajaan untuk menangani, saya tidak fikir itu munasabah," kata beliau.



Perdana Menteri turut meminta GLIC dan GLC memberikan laporan kepada kerajaan berkaitan perancangan mereka mengenai rencana pelaburan, Bumiputera, perumahan pekerja dan pendidikan termasuk meningkatkan mutu pendidikan.



Terdahulu Anwar merakamkan penghargaan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kerana berjaya melepasi sasaran kutipan hasil yang ditetapkan tahun lepas.



Pada tahun lepas, LHDN berjaya mengutip sebanyak RM183 bilion berbanding RM175 bilion pada 2022 manakala JKDM pula mengutip hasil mencecah RM55 bilion berbanding RM53 bilion pada tahun sebelumnya.

 


MAFHUMNYA.

 


Mustaffa Kamal

"Barangsiapa memanggil seorang lelaki dengan panggilan kafir atau mengatanya musuh Allah, sedangkan orang itu tidak sedemikian, maka tuduhan itu akan kembali semula kepadanya".-Muttafaq 'Alaih



TAFSIR MUDAH WAT ORANG TAK CERDIK


Che Ibrahim


Dato',


Lo ni orang tak tunggu masak dah, buah putit lagi orang kerat dah. 

Kalu dang masak, biasanya takdang gugur, pakat berebut nak makan, wat gugur tu buah buruk atau buah wat orang taksir.




KALAU BENAR SUDAH CUKUP ANGKA, NAK TUNGGU LAGI LAMA BUAT APA?


Selain blogger pelarian dan dua tiga TikTokers yang ghairah bercakap mengenai sudah cukup angka untuk menjatuhkan kerajaan, satu-satunya pemimpin PN yang sama terghairah ialah Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor.


Beberapa hari lalu, beliau dipetik sebagai berkata bahawa jumlah SD atau Akuan Bersumpah bagi tujuan itu sudah pun mencukupi.


Bagaimanapun, tambahnya, blok pembangkang hanya menunggu masa saja untuk mengumumkannya.


“Cukup sudah (jumlah SD) semua, tunggu hari sahaja,” katanya.


Di sini agak pelik kenyataan Sanusi itu, jika benar sudah cukup angka, nak tunggu lagi lama buat apa?


Ia patut diumumkan segera supaya kerajaan perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim dapat dijatuhkan serta-merta.


Nak simpan angka itu sampai bila?


Logiknya, tiada sebab sama sekali untuk menangguhkan apa jua gerakan kalau benar Anwar sudah boleh dijatuhkan.


Tambahan pula, dengan menangguhkannya lagi bermakna membiarkan Anwar lebih lama kekal sebagai Perdana Menteri.


Tak pedih hatikah melihat Anwar terus duduk sebagai Perdana Menteri?


Lihat bagaimana Anwar melakukan gerakan untuk menjatuhkan Mahiaddin Md Yasin bila beliau sudah cukup angka sebelum ini.


Sebaik saja cukup angka dalam genggamannya, beliau tidak berlengah atau bertangguh lagi, sebaliknya terus mengadakan sidang media di sebuah hotel di ibu kota.


Sambil itu, surat memohon mengadap Yang Dipertuan Agong juga turut dipersembahkankan.


Itu baru betul jika benar sudah cukup angka.


Ini tidak, walaupun Sanusi kata sudah cukup angka, tapi katanya, mereka hanya menunggu masa untuk melakukan gerakan mejatuhkan kerajaan.


Ehhh…benarkah sudah cukup angka?


Atau sekadar propa? ShahbudinHusin 09/01/2024)


https://shahbudindotcom.net/2024/01/09/kalau-benar-dah-cukup-angka-nak-tunggu-lagi-buat-apa.html



TAK JATUH PUN MARUAH MERENDAH DIRI.


 

TIANG KEKAYAAN MAHATHIR ADALAH DAIM


 

YB. VIRAL YANG PENAKUT TU TAK. BERANI ISI BORANG


 

KERAJAAN MELAYU ISLE. APA PUNYA ZALIM. DAP PUN TAK ROBOH MACAM NI.,TAKDIRRRRR.










 Akhirnya 53 Buah Rumah Penduduk Jalan Atas Paloh, Kota Bharu Dimusnahkan Oleh Kerajaan PAS Kelantan.


Harini 7 Januari 2024, 4 buah rumah terakhir dari 53 buah rumah terlibat pengambilan tanah di Jalan Atas Paloh dirobohkan secara total oleh PKINK.


Lokasinya belakang Masjid Muhammadi, berhampiran tambatan diraja.


Setiap rumah hanya diberikan pampasan RM1,000 sahaja! Sadis dan Zalim!


Penduduk disini menetap disini sejak tahun 1920, waktu sebelum Merdeka. Selepas Merdeka mereka momohon tanah ini untuk jadi hakmilik persendirian, tapi dinafikan hak mereka.


Tahun 2013, berberapa hari nak PRU13, Menteri Besar Kelantan bersama Exco Kerajaan Negeri Kelantan pada masa itu menjanjikan akan memberikan sebuah rumah bernilai RM160,000 kepada 53 keluarga terlibat dengan bayaran cuma RM50,000 sahaja.


Selepas bertukar MB, Kerajaan Negeri melalui PKINK dapat hakmilik tanah ini pada tahun 2019. 


Pada tahun 2020/21 waktu virus Covid 19 tengah memuncak, PKINK telah mengeluarkan arahan untuk merobohkan rumah orang kampung disini.


Ada yang dijanjikan Rumah Rakyat Kb Badang (yang tidak siap sampai sekarang) dan ada yang ditempatkan di rumah PPR yang terpaksa menyewa. 


Janji tinggal janji, tapak rumah di ambil alih, rumah transit kebanyakkannya tidak dapat, rumah dijanjikan hanya modal pilihanraya masa tu shja.


Kebanyakkannya yang tiada rumah terpaksa menyewa rumah sekitar dan masih ramai terpaksa menumpang di rumah jiran.


Hj Mat yang saya temui, seorang ahli PAS seumur hidup cukup kesal dengan apa yang dibuat oleh Kerajaan Kelantan. Disertakan sijil keahlian PAS beliau.


Waktu jentolak PKINK datang, beliau dan orang kg tengah merombak rumah mereka sendiri, pilih kayu-kayu yang elok dan simpan. 


Malangnya PKINK tidak hiraukan rayuan dia bagi rombak sendiri dan terus dirobohkan.


PAS tengah riuh kononnya nak bela penduduk Kg Setia Jaya, tapi di Negeri mereka perintah lagi zalim dan tidak berperikemanusiaan mereka buat kepada pengundi dan penyokong mereka sendiri.


Tonton lebih lanjut video Kekejaman Glc Pas Kelantan boleh tonton disini; 📸 Look at this post on Facebook https://www.facebook.com/share/v/KDsBespiQm1QaH5K/?mibextid=WC7FNe atau Like Page: Penduduk Jalan Atas Paloh.


Tadi hadir bersama YB Dr Hafidzah Mustakim, Adun Kota Lama dan Naqib Hassan dll.


Syam Ghaz


Nota: Mereka khabarnya dpt perintah Mahkamah, tetapi Penduduk tengah nak fail kan Rayuan lagi, penduduk minta tangguh dulu, tetapi PKINK gopoh, lepas dpt perintah Mahkamah terus terkam penduduk.



Mu nak lawan ulama? Berapa kitab dah mu tulis?




Biasa dengar ayat begini kan? Tapi sebenarnya, label ulama itu tak boleh diberi berdasarkan jumlah kitab yang ditulisnya. Tapi kena dinilai berdasarkan value kitab yang ditulisnya.


Kalau nak kira tulis kitab atau buku, Salman Rushdie pun ada tulis. Satanic Verses (Surah Iblis) tajuknya. Tu dah tulis buku tu dikira ulama ke macamana? Dah tentulah tidak. Kan?


Sebab itu kalau setakat banyak menulis kitab, belum boleh digelar ulama. Hingga kitabnya menjadi rujukan ramai, diajarkan di institusi pengajian Islam. Barulah boleh dikira dia ulama.


Kita kena pastikan gelaran ulama itu terpelihara. Agar tidak entah siapa-siapa pun digelar ulama. Akhirnya banyak fatwa salah yang dikeluarkan buatkan umat jadi terpesong. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


..


7 DALIL KENAPA “120 SD RPK” ITU SATU PEMBOHONGAN




1) Cara SD sudah tidak terpakai, kerana sebelum ini ada MP yang sign 3-4 SD berbeza.


2) UMNO pinda Perlembagaan parti, yang akan mengakibatkan sesiapa MP UMNO tidak ikut dasar parti dalam pembentukan Kerajaan akan hilang kerusi.


3) RPK jaja kononnya ada nama 3 MP Warisan, tapi dalam senarai dia sendiri Warisan dicatat sebagai menolak SD - dan sudah dinafi oleh MP Warisan kepada media


4) Hamzah sudah nafi terima perkenan untuk menghadap YDPA.


5) Tuanku Sultan Johor telah titah tidak akan menerima sesiapa menghadap sehingga 31 Januari.


6) GPS, GRS terbuka kata tak nak terlibat. “Paloi!” kata Abg Jo!


7) RPK kaki pembohong, sudah berapa kali dia terbukti salah sebelum ini. Dia juga ‘askar upahan’ - siapa bayar, maka cerita itulah dia jaja


RPK ni dah lah pembohong, pengecut pulak tu! Tak berani balik Malaysia!


@ybperpaduan



ANWAR DITANGGA KE 11









 

AKTA OMNIBUS IALAH AKTA YANG MEMBENARKAN MENGAMBIL DATA DARI PELBAGAI KEMENTERIAN


MMMS



 Semalam YBM ada sebut tentang Akta Omnibus dalam rancangan Yang Bakar Menteri. 


Akta Omnibus ini adalah satu akta baru yang mana akan membenarkan pengunaan pangkalan data dari pelbagai Kementerian. 


Selain dari Akta Omnibus, pilihan lain ialah gubal akta secara silo setiap pangkalan data yang sedia ada , tapi dengan jumlah 200 pangkalan data, ia tidak praktikal, tambahan pula temph masa nak gazet satu akta baru adalah dalam masa 3-4 tahun. YBM target nak gubal akta Akta Omnibus dalam masa setahun.


YBM juga ada sebut kenapa terus lancar PADU dan tak tunggu Akta Omnibus, sebab kekangan masa nak kejar tempoh laksanakan subsidi bersasar. 


Kenapa tak bayar konsultant luar untuk develop PADU? 

YBM jawap sebab pertama adalah kos, lepas tu akan ada service level agreement, kalau ada isu mungkin ambil masa dalam 3 hari untuk selesai. Bila penjawat awam yang buat, mereka guna AGILE approach, itu yang boleh betulkan bug dalam masa 1 jam berbanding kaedah tradisional waterfall SDLC. 


Nilai kos IT dalam kerajaan sekarang berjumlah 6-7 billion, long term, kalau pun kerajaan berhasrat untuk keluarkan tender untuk project IT, kakitangan kerajaan tadi boleh supervise kerja vendor to the highest degree, sebab mereka pun ada pengalaman yang setanding. 


Banyak lagi benda menarik yang dia sebut macam DATA LAKE ( make sense dengan 200 databases), Dasar Gaji Progresif; macam mana kerajaan nak distrupt market untuk swasta, methodology perlaksaan rasionalisasi diesel. Kalau ada masa boleh tengok, dari tengok cyrto UN claim PN claim dah cukup jhuumlah..



BSKL TERTINGGI DALAM SETAHUN

 


MMMS


1500 mata, tertinggi dalam masa setahun. Moga-moga boleh capai 1600 dalam tahun hadapan kalau tak ada yang nak tebuk atap.

NI BARU BUAT KERJA. HARAP KERAJAAN 33 BULAN HAPA PUN TAK JADI



 Hah tuddia! Inilah hasilnya kalau kerajaan dan menteri reti buat kerja. Pasti mendatangkan hasil.


Tahniah Madani. Tahniah juga Menteri Undang-undang Azalina Othman. Akhirnya kita bukan sahaja menang kes tuntutan Sulu ni, bahkan si pemberi award secara salah itu pun telah dihukum penjara.


Alhamdulillah. Kalau PN memerintah ni, jangan  harap la nak menang. Habis aset Petronas kena sita. Mujur negara kita dipimpin oleh pemimpin yang kompeten. Terbaik Madani. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


WIRA- CINA DAP SELAMAT MELAYU


Ahmad Jaafar


 Iktibar kepada mereka yang rasist mana tahu bangsa yang sangat kamu benci itu  nanti yang akan menolong kamu semasa dalam kesusahan.




HARI HARI KERAJAAN JATUH YANG 153/222 APA CERITA


 

IMBASAN 2017: PAPAGOMO BAYAR SAMAN RM950K KPD DSAI AKIBAT FITNAH



Hamdan Kepala Batas


Kuala Lumpur: Blogger Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris akhirnya membayar ganti rugi RM951,260.30 Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memenangi kes saman fitnah terhadap blogger itu, tiga tahun lepas. 


Peguam Irna Shahana Samsudin yang mewakili Wan Azri memberitahu anak guamnya membayar RM950,000 dalam bentuk bank draf dan RM1,260 tunai kepada Anwar ketika pendengaran petisyen kebankrapan Papagomo di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Husna Dzulkifli. 


Sebelum ini rumah milik Papagomo telah disita oleh pegawai mahkamah kerana tidak membayar saman itu.

(Harian Metro 5/12/2017)



DERMA BANTU PIMPINAN YANG DAH SENANG

SELESAI-SELAMA NI TAK BUAT APA



 

TAK HADIR POTONG ELAUN


 

Kenapa Ketua Setpol PM buat laporan polis?

 






Kenapa Ketua Setpol PM buat laporan polis?


Sebab mereka nak polis siasat perkara ini secara teliti dan mendalam.


Duit rasuah RM750 juta berjaya disekat bawa masuk ke Malaysia, tapi duit dalam negara milik kartel masih banyak.


Rahsia umum kartel bengang dengan kerajaan Perpaduan. 


Dulu telur tak ada zaman PN..siap tubuhkan jawatankuasa jihad tangani barang naik, apa pun tak jadi.


Mohamad Sabu naik, import telur, terus telur ada balik sebab apa?


Sebab telur tak boleh sorok lama-lama, busuk.

Menteri pulak dapat bekalan telur dari luar.


Tiba-tiba Wee Ka Siong tunjuk pandai kata Air Hitam banyak telur, ya lah banyak sebab Bang Mat berani lawan kartel.


Masa zaman PN Wee pun Menteri kugak..tapi telur hilang.


Kemudian kalau ingat lagi bila Kerajaan Perpaduan ditubuhkan,  Menteri KPDN&KSH Almarhum Salahudin Ayub jumpa semua pemain industri minyak masak.


Keluar lah berita, rupanya Malaysia eksport 95% hasil sawit, 5% je guna dalam negara. Itu pun kartel nak main harga sampai RM40 sebotol. 


Sekarang dah stabil.


Ini semua sebab Kerajaan Perpaduan berani lawan kartel.


Berani denda kartel sampai harga ayam walaupun diapungkan tetap stabil.


Kalau kerajaan Perpaduan ni jatuh, yang naik nanti ialah kerajaan pro kartel. Masa tu kita semua merana.


Moga yang terlibat disiasat dan didakwa. Kita tidak mahu lagi episod politik dan ekonomi yang terumbang ambing.


Tukang sabotaj ekonomi negara mesti diheret ke pengadilan.


Sekian.


Muhammad Fairul Al Qasas 

Jengka.



BERUBAH IKUT KEADAAN


 

PEGANG DIA NI LA. KAN DIA DAH DEDAH. MAKNA KATA DIA BOLEH JADI SAKSI


 

GAYA SIHAT DAH SIKIT. KESAN UBAT BIASA MEMBUAG ORANG MERACAU


 Siapa anak ayam, siapa bapa ayam, siapa ibu ayam, siapa helang dan siapa ayam betina lain dalam cerita ni?