Mekanisme pelarasan gaji penjawat awam diumum bulan depan



 Penjawat awam yang hadir di Himpunan Aspirasi MADANI Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 14 Jun 2024. - Foto fail NSTP
Penjawat awam yang hadir di Himpunan Aspirasi MADANI Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 14 Jun 2024. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Perincian berkenaan mekanisme pelarasan gaji penjawat awam akan diumumkan serentak dengan pelancaran Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang dijadualkan bulan depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, berkata perkara itu dijangka diumumkan pada Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) ke-19.

"Jabatan Perkhidmatan Awam akan mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan berkenaan pelaksanaan SSPA yang menjelaskan mekanisme berkenaan," katanya dalam jawapan bertulis disiarkan di sesawang Parlimen.

Beliau menjawab soalan Tan Sri Muhyiddin Yassin (PN-Pagoh) yang meminta Perdana Menteri menyatakan perincian berhubung mekanisme kenaikan gaji penjawat awam termasuk kajian kebolehlaksanaan yang telah dijalankan serta sumber tambahan yang dianggarkan mencecah RM10 bilion bagi tujuan menampung unjuran peningkatan belanja mengurus.

Dr Zaliha berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sambutan Hari Pekerja 2024 telah mengumumkan pemberian pelarasan gaji kepada penjawat awam.

Beliau berkata pemberian pelarasan gaji kali ini juga dijangka lebih tinggi berbanding pelarasan gaji terakhir yang diterima oleh penjawat awam pada 2012 iaitu sebanyak 13 peratus.

"Keputusan ini telah mengambil kira pelbagai aspek sosial dan ekonomi serta kemampuan kewangan kerajaan," katanya.

Perdana Menteri pada bulan lalu dilaporkan berkata perincian berhubung kenaikan gaji penjawat awam akan diumumkan sebelum pembentangan Belanjawan 2025 pada Oktober ini.

Anwar berkata, perkara itu penting kerana sudah terlalu lama penjawat awam tidak menikmati kenaikan gaji yang setaraf dengan kerja keras mereka selama ini.




YIDDIN KATA ADA MASAALAH. TAPI EKONOMI BUKTIKAN.JP MORGAN KATA OK.





Pelabur asing mula bertumpu kembali ke Malaysia selepas dasar-dasar ekonomi Kerajaan Madani memberi keyakinan.


Sebelum ini, satu masalah utama ekonomi negara adalah isu kredibiliti selepas skandal-skandal kewangan yang menyebabkan pelabur antarabangsa lari dari Malaysia.


Ini bukan saya yang kata.


Ini pandangan pengurus-pengurus dana antarabangsa.


PN akan terus membina naratif yang ekonomi merudum tetapi tidak disertakan bukti.


Ini resit mengenai pemulihan ekonomi Malaysia setelah firma kewangan dunia JP Morgan menaik taraf prospek ekonomi Malaysia.



ISSSHHHH... TUDIA NO- TUHAN TUNJUK CASH.

 

Zuwairi Md Yusof


Menantu Idris Ahmad, Naib Presiden PN PAS terlibat dalam salahlaku kutipan derma awam? Wah wah wah https://www.facebook.com/100083573852153/videos/1194845618533980







Sama tak dengan orang dalam gambar? Menantu Idris Ahmad terlibat? Menantu Hantu:


1.Menantu Hadi Awang anak MB PERLIS PN PAS 

2.Menantu Mahiaddin 

3.Menantu Idris Ahmad 


Aisyah adalah menantu Timbalan Presiden PAS merangkap bos JomDonate merangkap bos Jam Buruj merangkap bos InfaqKurma yang upah pempengaruh dengan komisen 20% dari kutipan derma



OK LA BOLEH LAGI GI JALAN...

 


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan isteri bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, Toh Puan Na'imah Abdul Khalid bagi mendapatkan pasport antarabangsanya buat sementara untuk pergi ke London dan Venice.



Hakim Azrul Darus membenarkan permohonan itu selepas peguam M. Puravalen yang mewakili Na'imah memaklumkan anak guamnya memohon untuk mendapatkan pasport bermula Ahad ini hingga 25 Julai dan ia tidak dibantah oleh pihak pendakwaan.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews





IA BERLAKU ZAMAN PN... 2021-2022...



 Kalau dia ni cerdik, tak mungkin dapat jawatan dalam PN. Sebab PN memang 𝗺𝗲𝗿𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻.



Audit PAC ke atas HRD Corp (Kesuma) untuk tahun kewangan 2020 - 2022. Kalau benda tu satu skandal pun, ia berlaku 𝗱𝗶 𝘇𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗣𝗡 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝗮𝘀𝗮𝘂 𝗣𝘂𝘁𝗿𝗮𝗷𝗮𝘆𝗮. Masa tu 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗣𝗠.


Skandal sebesar 1MDB katanya. Bermakna dia sendiri akui 𝗸𝗲𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝗶𝗻𝗴𝗶 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗮𝗸𝗮𝘂 𝗱𝘂𝗶𝘁 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁. Agaknya apa lagi yang disakau zaman Mahiaddin PM dulu ek? Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

PETRA DEDAHKAN PERANGAI WALAUN


 

TAK TAHAN JUGA MP PEMBANGKANG


 

PERSEPSI YANG DITANAM OLEH MP PEMBANGKANG


 

PERANGAI KAKI FITNAH


 

YB STEVEN SIM TERUS MEMBANTU


 

KAKI FITNAH LAM DUN


 

PEGUAM PN YANG SOKONG YAHUD


 

KXP: KONGSI PERKEMBANGAN PROJEK, ELAK JANJI KOSONG


KIGIP TINGKAT EKONOMI PENDUDUK UTARA PERAK, SELATAN P PINANG



TERKINI- Enam bekas MP Bersatu jadi wakil Bebas, tidak boleh sertai mana-mana parti



Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman, menegaskan keenam-enam mereka akan terus berkhidmat di kawasan masing-masing sebagai ahli parlimen bebas. Malah katanya, peruntukan 49(A) Perlembagaan Persekutuan adalah jelas iaitu mereka tidak boleh menyertai parti lain kerana ia akan menyebabkan kedudukan mereka terbatal. Suhaili berkata ini adalah salah satu usaha untuk mendapatkan peruntukan bagi kawasan mereka kerana katanya setelah hampir setahun tiada maklum balas oleh presiden parti Bersatu itu terhadap rayuan permohonan peruntukan yang telah dikemukakan oleh mereka berenam.







Saifuddin Nasution - Ucapan Penuh Penggulungan Perbahasan RUU Penagih Da...

Kecoh isu menantu Muhyiddin, 6 bekas MP Bersatu kekal!, PN gelar 'tafsir...



1) 'Tanpa video 'bahlol, bodoh' Rafizi memang liabiliti, tak perlu ke Sungai Bakap' - KJ 2) PRK Sg Bakap: Letak KJ, Kian Ming keputusan tetap kalah, kata Rafizi 3)Mahathir berusia 99 tahun hari ini 4)RUU Mufti WP: Raja Perlis tak berkenan nama Majlis Raja-raja digunakan 5)Cemas seketika - Loke batuk, tercungap-cungap 6)6 MP kekal: PN kecewa ‘tafsiran songsang’ speaker 7)Dewan Rakyat panas isu menantu Muhyiddin



CELAH MANA EKSPORT KEDAH PALING TINGGI 2023: SEMAK DATA SECARA MENYELURUH

PROJEK KXP BELUM DAPAT KELULUSAN, SANUSI USAH BUAT PENGUMUMAN’


RENTASAN 1616 | AKHIRNYA PSMB KANTOI SELEWENG DANA AWAM?



MENARIK DALAM RENTASAN 1616
1. MALAYSIA UTAMAKAN EKONOMI NEGARA DAN RAKYAT 2. LAGI PAUS DAN JERUNG BAKAL DICEKUP SPRM? 3. PERLU LAGIKAH MAJLIS PROFESOR NEGARA?



Rafizi Ramli jawab soalan Beluran mengenai penyasaran subsidi petrol, PA...

Dengar dahulu menteri bagi jawapan - Rafizi nasihat MP PAS



Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli menasihatkan Ahli Parlimen Kuala Terengganu Ahmad Amzad supaya baca dan meneliti dahulu ucapan Menteri sebelum bertanya soalan. Ahmad Amzad sebelum itu menimbulkan persoalan sama ada geran untuk usahawan bumiputra sudah dihentikan. Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata, kerajaan masih meneruskan geran kepada bumiputra tetapi dikelaskan mengikut kumpulan penerima-penerima.


POLITIKUS SAMPAH PEMBANGKANG KELUAR DEWAN LAGI! RUGI RAKYAT BAYAR GAJI!

PM PERTAHAN TINDAKAN SPEAKER.



 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan yang dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengenai kedudukan enam Ahli Parlimen Bersatu yang dikekalkan.



Beliau juga meminta Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membaca tafsiran undang-undang Perlembagaan Persekutuan mengenai Akta Anti Lompat Parti secara menyeluruh dan bukan sebahagiannya sahaja.


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



DAH BAYAR

 


Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah masing-masing telah menerima bayaran hasil petroleum berjumlah kira-kira RM23 bilion bagi tempoh 1976 sehingga separuh pertama 2024, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).



Dalam jawapan bertulis disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Rabu, PMO berkata, Petronas juga sentiasa menjelaskan semua bayaran tunai hasil daripada pengeluaran petroleum itu berdasarkan peruntukan, perjanjian sedia ada serta mengikut arahan Kerajaan Persekutuan. 


Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/

#AWANInews



APA STATUS SEBENAR 6 MP BERSATU DAN 2 ADUNNYA??


Che Ibrahim. 







Fasal 2 (c), Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan menyatakan seorang Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat tidak terhenti disebabkan pemecatannya daripada menjadi ahli parti. 


Fasal 1 (a) Perkara 49A pula kata kerusi seorang ahli Parlimen menjadi kosong jika dia melepaskan keanggotaannya sebagai ahli parti atau tidak lagi menjadi ahli parti politik tersebut.


Dalam kes 6 MP Bersatu itu, adakah mereka dipecat

dari parti atau keluar parti?


Ambo bersetuju dengan keputusan Speaker Parlimen bahawa mereka bukan lompat parti atau keluar parti, selebihnya biar mahkamah yang putuskan.



ANWAR TERUS BEKERJA WALAU APA SEKALI PUN TANGGAPAN PUAK WALAUN.



Mohd Yusri Ibrahim





 Semalam Anwar Ibrahim sekali lagi membuat lawatan kerja ke Terengganu, disambut hangat oleh kepimpinan tertinggi negeri.


Bahkan Ahmad Samsuri turut dijemput menaiki pesawat rasmi kerajaan, kebetulan MB Terengganu juga akan ke KL.


Teringat bagaimana Anwar pernah menjemput almarhum Ustaz Fadzil Noor menaiki kereta rasmi TPM dan hantar beliau ke destinasi apabila terserempak di lapangan terbang.


Sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Anwar kelihatan tidak pernah berhenti bekerja, hanya berehat beberapa hari sewaktu menerima rawatan.


Selain itu beliau cergas ke sana sini dalam dan luar negara, bertemu dan berbincang dengan pelbagai orang untuk maslahah negara.


Beliau mempunyai iltizam, kemampuan dan komitmen tinggi untuk sekali lagi meletak Malaysia di persada dunia, sekurang-kurangnya unggul di rantau ini.


Namun, selain anak pelbagai bangsa, sudah tentu jantung hati Malaysia adalah Melayu-Muslim, kerana Melayu dan Islam adalah pendiri Malaysia Merdeka.


Anwar tidak boleh melangkah lebih jauh untuk membawa Malaysia ke puncak jaya selagi tidak mendapat dokongan tuntas daripada majoriti orang Melayu.


Selagi isu terkait sentimen Melayu-Islam dimomok dan dimanipulasi secara berterusan, bebanan ini akan terus merantai dan membelenggu langkah beliau, menghalang untuk bergerak lebih lancar dan pantas.


Dengan kata lain, untuk melaksanakan agenda pembaharuan secara menyeluruh terhadap Malaysia, beliau wajib mendapat dokongan majoriti orang Melayu, selain turut disokong oleh etnik lain sama ada Cina, India serta Bumiputera Sabah dan Sarawak.


Beliau boleh mengharap komponen parti bernuansa Melayu-Muslim sedia ada dalam PH untuk menarik sokongan orang Melayu, tapi parti tersebut masih gagal berfungsi buat masa ini.


Beliau boleh mengharap Umno iaitu rakan kongsi dalam Kerajaan Perpaduan untuk menarik sokongan, tapi parti tersebut semakin defisit sokongan orang Melayu.


Sehinga hari ini, majoriti orang Melayu memilih Pas sebagai payung besar untuk mereka berteduh, lindungan yang mereka letak pengharapan dan kepercayaan.


Sebahagiannya kerana yakin dan percaya sungguh2 terhadap aspirasi politik dan dakwah Pas, sebahagian lagi kerana meyakini Pas adalah alternatif terbaik kepada orang Melayu ketika ini.


Buat masa ini Pas adalah parti terkuat yang berupaya memobilasi pemikiran dan kepercayaan politik orang Melayu, Pas berada dalam kelas tersendiri dalam aspek ini.


Selain mengharap parti komponen PH dan rakan kongsi Umno, pilihan segera Anwar untuk mendapat dokongan orang Melayu adalah melalui Pas.


Anwar memerlukan Pas untuk mendapat sokongan Melayu, Pas yang mentadbir empat negeri Melayu pula sudah tentu memerlukan kerjasama erat daripada Anwar untuk terus membangun Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.


Masing-masing saling memerlukan, masing-masing boleh berkongsi kekuatan untuk memberi yang terbaik kepada rakyat yang dipimpin.


Sebab itu sangat wajar jika perdamaian politik antara Anwar dan Pas dapat dirintis, perdamaian nasional demi kepentingan rakyat dan negara.


Perdamaian itu tidak semestinya Pas perlu menyertai Kerajaan Perpaduan, banyak kerangka perdamaian lain boleh dirintis.


Contohnya melalui Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) antara kerajaan dengan Pas.


Namun jika kerjasama itu boleh mencapai sehingga Pas menyertai Kerajaan Perpaduan, why not?



HA.. HA.. JANGAN SOMBONG DIK.



A. Mohd Afendi. 


 Bukan sekali saya mendapat ugutan apabila melawan golongan penjual agama. Bukan sekali adik…

.


Banyak kali, banyak sampai tak terkira, banyak sampaikan saya tidak cukup nak kira dengan kalkulator. Tiba riba seorang BBNU berwajah manja ini memberikan komen ala ala gangster sebegini.

.

Kerana dia orang Kedah, secara spesifik, duduk di Alor Setar, maka saya jemput lah dia datang ke Kubang Rotan, spesifiknya, di Masjid Kubang Rotan.

.

Abang ini dik, nak beri tahu kamu, bukan sehari melawan golongan penjual agama dan golongan khawarij dikalangan Melayu Islam yang terpesong akhlaknya disebabkan ketaksuban berpolitik. Bukan sehari dua dik.

.

Dan abang sangat kenal MB Kedah ini. Dia memang tak kenal abang, tapi abang sangat kenal dia. Kalaulah penerajang muka orang tidak dikategorikan sebagai jenayah, maka MB Kedah inilah orang pertama yang akan diterajang.

.

Cuba adik tanya, apa yang MB Kedah ini buat pada Almarhum MB Kedah dahulu, Ustaz Azizan sepanjang dia menjadi setpol Almahrum Ustaz Azizan? Apa kerja dibelakang Almarhum Ustaz Azizan yang dia buat yang kami tak tahu?

.

Kalau adik tak dapat bertanya, tak apa, selepas meninggalnya Ustaz Azizan, belaku pilihanraya kecil di DUN Sungai Limau. Adik tanya MB Kedah sekarang ini, siapa punya idea menggantung kaki palsu di pekan sungai limau, yan?

.

Apabila abang menulis perihal kenegaraan (baca: politik) abang memang melawan golongan khawarij dan golongan yang akan merosakkan masa depan negara ini. Kalau Mat Sabu akan merosakkan masa depan negara, maka Mat Sabu akan menjadi bahan kritikan abang.

.

FRU? LOD? Tak larat nak hadap dah adik.

.

Sebagai konsultan pemasaran, abang sangat tegas dengan client. Semua baik dan buruk strategi mereka akan dibentangkan agar mereka tahu setiap perbuatan dan pilihan mereka mempunyai risiko.

.

Orang tak mahu berurusan dengan abang sebab abang ini suka tulis politik? Tiada masalah adik. Itu menunjukkan pemilik bisnes masih ada minda campur aduk, dalam erti kata lain, masalah rumah tangga akan menjadi masalah bisnesnya. Dia tidak mampu mengasingkan masalah peribadi dengan masalah bisnes.

.

Bagaimana nak dilaksanakan strategi pemasaran kalau dia, pemilik bisnes, tidak dapat mengasing dan mengkategorikan masalah yang sedang dihadapi?

.

Orang bisnes sebegini lah mempunyai kecenderungan menganggap duit hasil bisnes sebagai duit peribadi. Kemudian menggunakan duit itu untuk membeli imej imej kekayaan. Kemudian hairan kepada staf sedia ada kurang perform?

.

Sebab dia suka beli kereta besar berbanding membeli mesin yang boleh meningkatkan output penghasilan.

.

Jadi, apabila adil menulis ayat acah acah gangsterisme ini, jangan ingat abang akan ketakutan dan akan terkencing dalam seluar. Jangan ingat abang akan menjadi murung dengan ayat ini. Sedangkan pengtaksub Hadi Awang pun abang tak bergoyang, tambahan pula dengan pengtaksub MB Kedah.

.

Yang mana akhlak beliau dari zaman beliau menjadi setpol Almarhum Ustaz Azizan semua orang Amanah Kedah tahu. Orang PAS Kedah pun bukan tak tahu, tapi itulah, Orang PAS kedah ingat Allah tak tanya di akhirat esok. Mereka ingat Allah hanya bertanya ban judi sahaja.

.

Abang ini, Nil Abduh dan Nik Amar pun abang kritik kaw kaw punya, cuba tanya mereka berdua, siapa yang tipu ATGNA kata istana Kelantan tak siap lagi untuk perlantikan MB Kelantan? Tau tau, lantik orang lain jadi MB Kelantan?

.

Kepada adik yang baru nak up ini, pesan abang, jangan terlalu taksub. Kedua, hati hati membuat ayat gangsterisme di ruang FB orang lain.

.

Abang seorang yang baik, abang tak block sesiapa pun untuk memberikan komentar dalam ruang komen FB abang. Malah komentar mengugut pun abang masih okay.

.

Tak tahulah kalau orang lain. Dengan ayat gangsterisme ini, akan membuatkan adik boleh merasa duduk lokap sehari dua.

.

Berhati hatilah, ikhlas dari abang yang mencintai Malaysia dan ingin hidup dalam negara yang makmur sejahtera.



WOIII... SANUSI HANG JANGAN PERASAN LA.

 

Ahmad Mohd Afendi. 


Ingat sama MB, waktu PKP yang cabutan judi ekor dari 8 naik ke 22 cabutan, ingat Tuhan lupa ke?

.


Apa memerintah negeri ini sekadar tanggungjawab pelepas rakyat dari judi semata amat sahaja ke?

.

Lesen judi batal konon ikut perintah Tuhan, lesen jual arak bagaimana pula?

.

Rasuah makan komisyen projek di kalangan kawan kawan MB macam mana pula? Contoh projek Kedah Agro yang boleh melingkup itu, apa Tuhan boleh nego dengan MB tak payah tanya ka?

.

Yang projek MBI korek secara haram nadir bumi di Bukit Enggang itu, apa sudah nego dengan Tuhan ke?

.

Bila lah Melayu Islam ini nak cerdik untuk bertanya soalan soalan ini selepas MB Kedah menjadi sangat bertanggungjawab memansuhkan lesen premis judi di Kedah.

.

Saidina Umar RA punya takut dihisab Allah sampai takut kalau kalau seekor unta menuntut darinya jika tiba tiba unta itu jatuh akibat jalan Madinah yang berlubang.

.

MB Kedah kita hanya takut ditanya Allah bab judi sahaja. Bab lain? Tak takut kot noooo….

.

Imej dari Mohd Jaliil Jamil



AKTA LOMPAT PARTI TERANG-TERANG TELAH DIBAKUL-SAMPAHKAN, MP BLOK KERAJAAN KINI TERBUKA UNTUK TARIK SOKONGAN


Tidak ada rakyat Malaysia yang waras dan kepalanya tak masuk air yang dapat menerima keputusan Speaker Parlimen, Johari Abdul tidak mengosongkan enam kerusi Parlimen yang wakil rakyat telah terhenti keahliannya daripada Bersatu kerana tidak patuh kepada kehendak serta pendirian parti dengan menyokong Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.


Alasan Johari memutuskan tiada kekosongan enam kerusi terbabit dengan menyatakan peraturan Bersatu yang membatalkan keanggotaan ahli yang tidak mengikut kehendak parti adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan peraturan Parlimen yang menjamin kebebasan Ahli Parlimen untuk bersuara, berbahas dan mengundi, langsung tidak boleh diterima.


Johari terbukti telah membuat kesimpulan songsang dalam keputusannya tanpa mengambil kira kewujudan Akta Lompat Parti serta ketetapan dalam Akta Pendaftar Pertubuhan.


Terbukti juga Johari tidak bertindak adil dalam keputusannya, tetapi lebih ternampak untuk menyelamatkan kedudukan Anwar sebagai Perdana Menteri selepas calon PKR kalah teruk dalam PRK Dun Sungai Bakap, 6 Julai lalu.


Dengan hujah serta alasan yang diberi Johari, beliau secara terang-terang menunjukkan Akta Lompat Parti yang diperjuangkan PKR dan Anwar selepas Langkah Sheraton, sudah menjadi hampas yang layak diletakkan dalam bakul sampah.


Akta Lompat Parti sepatutnya difahami dan dihormati secara tersurat dan tersirat adalah bagi mengelakkan berlakunya Ahli-Ahli Parlimen yang khianat kepada parti.


Hakikatnya, pengkhianatan enam Ahli Parlimen Bersatu ini tiada beza sama sekali dengan Ahli Parlimen PKR yang khianat dalam Langkah Sheraton dahulu.


Malah, suatu kelebihan lagi apabila tindakan enam Ahli Parlimen ini semacam direstui oleh Speaker, sementara ketika Langkah Sheraton dahulu belum wujud lagi Akta Lompat Parti.


Harus difahami, mengikut Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan berkaitan Akta Lompat Parti, jika seseorang ahli Dewan Rakyat tidak lagi menjadi anggota parti politik, maka kerusinya adalah dikira kosong.


Perlembagaan Bersatu yang dipinda 2 Mac lalu pula membabitkan tiga perkara bawah Fasal 10 iaitu berkaitan hal-hal pemberhentian ahli parti, dengan memasukkan tambahan Fasal 10.4, 10.5 dan 10.6.


Fasal 10.4 memperuntukkan mana-mana ahli Bersatu yang menjadi wakil di Dewan Rakyat atau DUN yang tidak patuh apa-apa arahan dikeluarkan Majlis Pimpinan Tertinggi atau MPT selari dengan Fasal 10.5, disifatkan terhenti keahlian daripada parti itu secara serta-merta.


Perkara 10.5 menyatakan MPT boleh mengeluarkan arahan khusus kepada mana-mana atau semua wakilnya di Dewan Rakyat atau DUN dan ia hendaklah dibuat secara bertulis.


Perkara 10.6 merujuk Fasal 10.4, iaitu Setiausaha Agung atas arahan MPT hendaklah mengeluarkan notis kepada ahli berkenaan bagi memaklumkan bahawa keahlian beliau telah terhenti secara serta-merta dan namanya dikeluarkan daripada sistem pendaftaran keahlian parti.


Selain itu, peruntukan dalam Seksyen 18C Akta Pertubuhan dengan jelas menyebut bahawa sebarang keputusan sesuatu parti politik “adalah muktamad dan konklusif”.


Apa yang lebih buruk, Anwar, PKR dan PH yang memperjuangkan Akta Lompat Parti sehingga ia menjadi undang-undang, tetapi hanya setelah tidak sampai dua tahun, Speaker pilihan Anwar, PKR dan PH sendiri yang akhirnya mencabuli akta tersebut.


Sama seperti janji turun harga minyak dan janji reformasi yang telah dikhianati, nampaknya satu lagi perjuangan Anwar, PKR dan PH iaitu Akta Lompat Parti telah dicabuli demi ketakutan kehilangan kuasa sebagai kerajaan.


Selepas ini, Akta Lompat Parti tidak bermakna apa-apa lagi kerana sebagaimana Ahli Parlimen blok pembangkang boleh menyokong Perdana Menteri dan kerajaan, Ahli Parlimen blok kerajaan juga tidak terhalang lagi untuk menarik sokongan atau tidak mengundi sebarang Rang Undang-Undang yang dibawa kerajaan di Parlimen.


Keputusan Speaker ini dengan sendirinya telah membuka ruang untuk Ahli-Ahli Parlimen blok kerajaan menukar pendirian, malah menjatuhkan kerajaan.


Langkah permulaan mungkin boleh dilakukan dengan mereka tidak menyokong dan tidak mengundi Belanjawan 2025 sebelum hujung tahun nanti.


Ada ubi ada batas, Insya Allah kecurangan sikap dan kepuraan-puraan dalam perjuangan yang dipamerkan suci pasti akan ada balasannya. – ShahbudinHusin 10Julai2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/07/10/akta-lompat-telah-dibakul-sampahkan-mp-blok-kerajaan-kini-terbuka-untuk-tarik-sokongan.html



TAHNIAH SEBAB KO BOHONG.

 


SERUPA TAPI TAK SAMA, PELIK TAPI BIASA.


Che Ibrahim


YB Azizi adalah ADUN Nenggiri dan juga MP Gua Musang. Partinya (Bersatu) telah memecatnya kerana dikatakan melanggar arahan parti dan kedudukannya sebagai YB dikatakan telah terhenti kerana lompat parti. Di sudut pandang partinya, YB Azizi bukan lagi Adun Nenggiri Dan bukan lagi MP Gua Musang.


Dun Kelantan telah isytihar kerusi N43 Nenggiri adalah kosong, SPR telah tetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi. Parlimen pula isytihar YB Azizi masih kekal sebagai MP Gua Musang, tidak ada kekosongan luarjangka seperti yang partinya umumkan. Maknanya YB Azizi masih kekal sebagai MP Gua Musang, tidak ada perbuatan lompat parti telah berlaku. 


Kita tunggu apa pula keputusan Dun Selangor dalam isu yang sama. 


Kalau ikut tilikan ambo, BN atau PH tidak perlu meletak calon dalam PRK Nenggiri, biar Pas atau PN sahaja yang bertanding. Kemudian kita tunggu apa keputusan mahkamah berkaitan status YB Azizi sebagai Adun Nenggiri. Dalam masa yang sama kita tunggu juga apa status YB Azizi sebagai MP Gua Musang apabila Parti Bersatu mencabar keputusan Speaker Parlimen di mahkamah nanti. 


Sedap juga cerita ni.....




SAJA DI NAK BUAT QAMAI



Nazri Hamdan


 YB Syed Saddiq dah puas kena troll dengan netizen. Tapi saya tak nak tambah perisa. Saya rasa nak bagi pandangan dengan adil.


Pertama, saya rasa apa yang beliau cuba buat ialah nak jadi fitness icon especially di kalangan orang muda.


Ini adalah strategi tarik perhatian. Imej beliau dah calar sejak keputusan mahkamah jatuh hukum kena sebat. 


Jadi dengan buat benda ni, boleh tenggelamkan sikit cerita mahkamah. Positifkan balik keadaan.


Pada saya tak salah promote fitness. Benda ni bagus. Kita sihat tak payah apply medical card kah kah kah. Medical inflation cost pun dah makin gila kat Malaysia ni.


Cuma apa yang berlaku pada triathlon tu membuatkan orang mula persoal integriti beliau especially pasal larian 200km tu.


Saya bukan atlet. Tapi kalau betul dia lari 200km dan lepas tu selang beberapa hari dia masuk pula triathlon memang power stamina dia. Tu pun kalau betul lah dia lari 200km. Jangan marah, cuma terkejut dengan kuasa stamina dia.


Geng-geng lahir 1980an mesti ingat citer The Six Million Dollar Man. Haa.. macam tu la power stamina dia.


Kenapa soal larian 200km ni penting? Jangan lupa sebab tu lah dia dapat kutip RM 160 ribu. Tu bukan sahaja duit. Itu adalah nilai kepercayaan orang.


YB SS cakap dia tak tipu masa triathlon tu. Tapi berlaku kesilapan di pihak dia. Tipu dan silap ni dua benda berbeza. Tipu sengaja. Silap tak sengaja.


Soal tipu ni saya tau kenapa. Sebab lepas acara triathlon tu YB Exco Belia dan Sukan Johor ada cakap dia nak penganjur senarai hitam mana-mana peserta yang menipu. Tu yang datangnya soal tipu.


Samaada YB SS tipu atau tak, I shall give him the benefit of the doubt. Dia pun dah explain macam mana dia silap. Takpelah YB, kita manusia memang selalu buat silap.


Cuma, saya rasa baik YB SS buat permohonan maaf juga pada the real third place winner pada haritu. Nama dia pun dah keluar dan dah tahu siapa dia. Apa salah minta maaf pada dia, belanja dia makan mee bandung Muar ke apa.


Sebab tempat dia kena rampas pada hari tu dengan YB SS. Dia sepatutnya naik podium bukan YB. Dia yang patut tayang gambar dia kat IG dan dapat like banyak bukan YB.


Apa pun terima kasih YB SS kerana mempromosi fitness. Semoga ada ramai orang bersemangat nak bersenam lepas ni.


Tahniah juga kepada Ann Pow seorang influencer yang menang acara wanita.



LAGI RISIKO MP BERSATU

 

Nazri Hamdan


Akibat dari keputusan speaker dewan rakyat: Mereka yang sebelum ni pasang impian nak sokong PMX tapi masih ragu-ragu sekarang ni mungkin akan berterus terang sokong PMX sebab mereka tahu kerusi takkan kosong. Ini membuatkan ketua pembangkang makin resah. Pilihan yang ada bagi ketua pembangkang ialah cepatkan rundingan. Dapatkan peruntukan. Ini akan mengurangkan kebarangkalian MP pembangkang sokong PMX. Buat damage control segera sebelum terlewat. Tak payah lari 200km. Itu pun kalau betul lari..



DIN - KENAPA TAK BACA PERLEMBAGAAN SEKERAT SAJA.

 


Milo Suam


Penunggang agama baca Al-Quran separuh-separuh, penunggang Perlembagaan baca undang-undang setengah-setengah dengan niat nak perbodohkan pengikut 😭




Kenyataan Abdul Hadi, Mohd Asri menyimpang dari prinsip Siyasah Syar'iyyah

 


Migdad Zakaria. 


Kenyataan Abdul Hadi, Mohd Asri menyimpang dari prinsip Siyasah Syar'iyyah






1. Pembentangan RUU Mufti Wilayah (2024) telah menimbulkan polemik dan kegusaran awam. 


2. Hal ini terjadi kerana ada pihak yang tidak senang dengan takrifan Ahlul Sunnah Wal Jama'ah (ASWJ) yang dinyatakan dalam RUU itu. Mereka menolak takrifan ASWJ berdasarkan manhaj al-Asya'irah dan al-Maturidiah dalam bab akidah, mazhab Syafi'e dalam feqah (terbuka kepada tiga mazhab Islam yang lain dalam sesetengah keadaan) dan aliran tasawuf Imam al-Ghazali dan Imam al-Junaid. 


3. Faktanya, RUU itu cuma terhad untuk jawatan mufti dan timbalan mufti dalam Wilayah Persekutuan sahaja (rujuk seksyen 3 dan 4 RUU tersebut seperti tangkap layar di bawah), BUKAN untuk menetapkan pegangan dan amalan umat Islam  penduduk Wilayah Persekutuan. Jauh sekali untuk menetapkan mazhab al-Asya'irah dan al-Maturidiah sebagai agama negara. 


4. Kenyataan Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mengatakan semua ulama Islam tidak membenarkan mazhab dijadikan sebagai agama negara adalah menyimpang daripada maksud asal RUU tersebut dan tersasar dari prinsip siyasah syar'iyyah yang membenarkan pemerintahan bertindak demi kemaslahatan rakyat. 


5. Cadangan RUU Mufti Wilayah hanyalah bertujuan menyelaraskan pentadbiran kefatwaan dalam Wilayah Persekutuan, bukan untuk menjadikan aliran al-Asya'irah dan al-Maturidiah, mazhab Syafi'e dan tasawuf Imam Ghazali sebagai agama negara. 


6. Penyelarasan pentadbiran kefatwaan adalah penting untuk mengelakkan fatwa-fatwa dikeluarkan pada masa akan datang akan mencetuskan porak-peranda dalam kalangan umat Islam. 


7. Bayangkan jika mufti Wilayah Persekutuan akan datang menfatwakan atau melarang pengajaran Sifat Dua Puluh sebagai satu manhaj pembelajaran akidah, melarang bacaan qunut dalam solat Subuh, menghalang majlis tahlil, talqin dan banyak lagi amalan yang selama ini dipertikai atau dipersenda oleh aliran yang menamakan diri mereka Salafi. Apa akan terjadi pada masyarakat Islam yang sudah berabad lamanya mengamalkan amalan itu? Kalau mereka benar-benar terbuka, kenapa mereka menyesatkan atau memperlekeh orang Islam yang  mengamalkannya, sedangkan amalan itu ada sandaran dan hujah bagi ulama yang menerimanya. 


8. Dakwaan Mufti Perlis bahawa "tidak wajar kerajaan meluluskan sebarang perundangan yang membelenggu pemikiran rakyat, merampas kebebasan berfikir dan akademik atas nama agama" juga menunjukkan beliau tersasar jauh dalam memahami fiqh siyasah syar'iyyah. 


9. Satu soalan untuk beliau, bolehkah dicadangkan DUN Perlis supaya meluluskan RUU yang menetapkan mufti Perlis mesti seorang yang tidak membid'ahkan atau melarang amalan-amalan yang tersebut di atas tadi? Jika jawabnya tidak, bukankah itu juga membelenggu pemikiran rakyat, merampas kebebasan berfikir dan akademik atas nama agama? 


10. Kemaslahatan umat Islam majoriti adalah lebih utama dipelihara berbanding membuka ruang perbalahan yang tidak berkesudahan. Cukuplah Perlis sahaja mengamalkan ajaran keras membid'ahkan amalan-amalan tadi dan melarangnya sama ada secara fatwa atau secara tidak menyambung kontrak imam yang tidak selari dengan fahaman mereka. 


11. Justeru, RUU Mufti Wilayah (2024) adalah satu langkah berhikmah untuk mengekalkan keharmonian umat Islam dan ia bertepatan dengan prinsip siyasah syar'iyyah bagi pemerintah. Maka wajar dan sepatutnya sekalian ahli Parlimen yang mengutamakan keharmonian rakyat menyokongnya agar diluluskan.