Che Ibrahim
YB Azizi adalah ADUN Nenggiri dan juga MP Gua Musang. Partinya (Bersatu) telah memecatnya kerana dikatakan melanggar arahan parti dan kedudukannya sebagai YB dikatakan telah terhenti kerana lompat parti. Di sudut pandang partinya, YB Azizi bukan lagi Adun Nenggiri Dan bukan lagi MP Gua Musang.
Dun Kelantan telah isytihar kerusi N43 Nenggiri adalah kosong, SPR telah tetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi. Parlimen pula isytihar YB Azizi masih kekal sebagai MP Gua Musang, tidak ada kekosongan luarjangka seperti yang partinya umumkan. Maknanya YB Azizi masih kekal sebagai MP Gua Musang, tidak ada perbuatan lompat parti telah berlaku.
Kita tunggu apa pula keputusan Dun Selangor dalam isu yang sama.
Kalau ikut tilikan ambo, BN atau PH tidak perlu meletak calon dalam PRK Nenggiri, biar Pas atau PN sahaja yang bertanding. Kemudian kita tunggu apa keputusan mahkamah berkaitan status YB Azizi sebagai Adun Nenggiri. Dalam masa yang sama kita tunggu juga apa status YB Azizi sebagai MP Gua Musang apabila Parti Bersatu mencabar keputusan Speaker Parlimen di mahkamah nanti.
Sedap juga cerita ni.....