ANWAR TERUS BEKERJA WALAU APA SEKALI PUN TANGGAPAN PUAK WALAUN.



Mohd Yusri Ibrahim





 Semalam Anwar Ibrahim sekali lagi membuat lawatan kerja ke Terengganu, disambut hangat oleh kepimpinan tertinggi negeri.


Bahkan Ahmad Samsuri turut dijemput menaiki pesawat rasmi kerajaan, kebetulan MB Terengganu juga akan ke KL.


Teringat bagaimana Anwar pernah menjemput almarhum Ustaz Fadzil Noor menaiki kereta rasmi TPM dan hantar beliau ke destinasi apabila terserempak di lapangan terbang.


Sejak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri, Anwar kelihatan tidak pernah berhenti bekerja, hanya berehat beberapa hari sewaktu menerima rawatan.


Selain itu beliau cergas ke sana sini dalam dan luar negara, bertemu dan berbincang dengan pelbagai orang untuk maslahah negara.


Beliau mempunyai iltizam, kemampuan dan komitmen tinggi untuk sekali lagi meletak Malaysia di persada dunia, sekurang-kurangnya unggul di rantau ini.


Namun, selain anak pelbagai bangsa, sudah tentu jantung hati Malaysia adalah Melayu-Muslim, kerana Melayu dan Islam adalah pendiri Malaysia Merdeka.


Anwar tidak boleh melangkah lebih jauh untuk membawa Malaysia ke puncak jaya selagi tidak mendapat dokongan tuntas daripada majoriti orang Melayu.


Selagi isu terkait sentimen Melayu-Islam dimomok dan dimanipulasi secara berterusan, bebanan ini akan terus merantai dan membelenggu langkah beliau, menghalang untuk bergerak lebih lancar dan pantas.


Dengan kata lain, untuk melaksanakan agenda pembaharuan secara menyeluruh terhadap Malaysia, beliau wajib mendapat dokongan majoriti orang Melayu, selain turut disokong oleh etnik lain sama ada Cina, India serta Bumiputera Sabah dan Sarawak.


Beliau boleh mengharap komponen parti bernuansa Melayu-Muslim sedia ada dalam PH untuk menarik sokongan orang Melayu, tapi parti tersebut masih gagal berfungsi buat masa ini.


Beliau boleh mengharap Umno iaitu rakan kongsi dalam Kerajaan Perpaduan untuk menarik sokongan, tapi parti tersebut semakin defisit sokongan orang Melayu.


Sehinga hari ini, majoriti orang Melayu memilih Pas sebagai payung besar untuk mereka berteduh, lindungan yang mereka letak pengharapan dan kepercayaan.


Sebahagiannya kerana yakin dan percaya sungguh2 terhadap aspirasi politik dan dakwah Pas, sebahagian lagi kerana meyakini Pas adalah alternatif terbaik kepada orang Melayu ketika ini.


Buat masa ini Pas adalah parti terkuat yang berupaya memobilasi pemikiran dan kepercayaan politik orang Melayu, Pas berada dalam kelas tersendiri dalam aspek ini.


Selain mengharap parti komponen PH dan rakan kongsi Umno, pilihan segera Anwar untuk mendapat dokongan orang Melayu adalah melalui Pas.


Anwar memerlukan Pas untuk mendapat sokongan Melayu, Pas yang mentadbir empat negeri Melayu pula sudah tentu memerlukan kerjasama erat daripada Anwar untuk terus membangun Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.


Masing-masing saling memerlukan, masing-masing boleh berkongsi kekuatan untuk memberi yang terbaik kepada rakyat yang dipimpin.


Sebab itu sangat wajar jika perdamaian politik antara Anwar dan Pas dapat dirintis, perdamaian nasional demi kepentingan rakyat dan negara.


Perdamaian itu tidak semestinya Pas perlu menyertai Kerajaan Perpaduan, banyak kerangka perdamaian lain boleh dirintis.


Contohnya melalui Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) antara kerajaan dengan Pas.


Namun jika kerjasama itu boleh mencapai sehingga Pas menyertai Kerajaan Perpaduan, why not?



No comments: