HA.. HA.. JANGAN SOMBONG DIK.



A. Mohd Afendi. 


 Bukan sekali saya mendapat ugutan apabila melawan golongan penjual agama. Bukan sekali adik…

.


Banyak kali, banyak sampai tak terkira, banyak sampaikan saya tidak cukup nak kira dengan kalkulator. Tiba riba seorang BBNU berwajah manja ini memberikan komen ala ala gangster sebegini.

.

Kerana dia orang Kedah, secara spesifik, duduk di Alor Setar, maka saya jemput lah dia datang ke Kubang Rotan, spesifiknya, di Masjid Kubang Rotan.

.

Abang ini dik, nak beri tahu kamu, bukan sehari melawan golongan penjual agama dan golongan khawarij dikalangan Melayu Islam yang terpesong akhlaknya disebabkan ketaksuban berpolitik. Bukan sehari dua dik.

.

Dan abang sangat kenal MB Kedah ini. Dia memang tak kenal abang, tapi abang sangat kenal dia. Kalaulah penerajang muka orang tidak dikategorikan sebagai jenayah, maka MB Kedah inilah orang pertama yang akan diterajang.

.

Cuba adik tanya, apa yang MB Kedah ini buat pada Almarhum MB Kedah dahulu, Ustaz Azizan sepanjang dia menjadi setpol Almahrum Ustaz Azizan? Apa kerja dibelakang Almarhum Ustaz Azizan yang dia buat yang kami tak tahu?

.

Kalau adik tak dapat bertanya, tak apa, selepas meninggalnya Ustaz Azizan, belaku pilihanraya kecil di DUN Sungai Limau. Adik tanya MB Kedah sekarang ini, siapa punya idea menggantung kaki palsu di pekan sungai limau, yan?

.

Apabila abang menulis perihal kenegaraan (baca: politik) abang memang melawan golongan khawarij dan golongan yang akan merosakkan masa depan negara ini. Kalau Mat Sabu akan merosakkan masa depan negara, maka Mat Sabu akan menjadi bahan kritikan abang.

.

FRU? LOD? Tak larat nak hadap dah adik.

.

Sebagai konsultan pemasaran, abang sangat tegas dengan client. Semua baik dan buruk strategi mereka akan dibentangkan agar mereka tahu setiap perbuatan dan pilihan mereka mempunyai risiko.

.

Orang tak mahu berurusan dengan abang sebab abang ini suka tulis politik? Tiada masalah adik. Itu menunjukkan pemilik bisnes masih ada minda campur aduk, dalam erti kata lain, masalah rumah tangga akan menjadi masalah bisnesnya. Dia tidak mampu mengasingkan masalah peribadi dengan masalah bisnes.

.

Bagaimana nak dilaksanakan strategi pemasaran kalau dia, pemilik bisnes, tidak dapat mengasing dan mengkategorikan masalah yang sedang dihadapi?

.

Orang bisnes sebegini lah mempunyai kecenderungan menganggap duit hasil bisnes sebagai duit peribadi. Kemudian menggunakan duit itu untuk membeli imej imej kekayaan. Kemudian hairan kepada staf sedia ada kurang perform?

.

Sebab dia suka beli kereta besar berbanding membeli mesin yang boleh meningkatkan output penghasilan.

.

Jadi, apabila adil menulis ayat acah acah gangsterisme ini, jangan ingat abang akan ketakutan dan akan terkencing dalam seluar. Jangan ingat abang akan menjadi murung dengan ayat ini. Sedangkan pengtaksub Hadi Awang pun abang tak bergoyang, tambahan pula dengan pengtaksub MB Kedah.

.

Yang mana akhlak beliau dari zaman beliau menjadi setpol Almarhum Ustaz Azizan semua orang Amanah Kedah tahu. Orang PAS Kedah pun bukan tak tahu, tapi itulah, Orang PAS kedah ingat Allah tak tanya di akhirat esok. Mereka ingat Allah hanya bertanya ban judi sahaja.

.

Abang ini, Nil Abduh dan Nik Amar pun abang kritik kaw kaw punya, cuba tanya mereka berdua, siapa yang tipu ATGNA kata istana Kelantan tak siap lagi untuk perlantikan MB Kelantan? Tau tau, lantik orang lain jadi MB Kelantan?

.

Kepada adik yang baru nak up ini, pesan abang, jangan terlalu taksub. Kedua, hati hati membuat ayat gangsterisme di ruang FB orang lain.

.

Abang seorang yang baik, abang tak block sesiapa pun untuk memberikan komentar dalam ruang komen FB abang. Malah komentar mengugut pun abang masih okay.

.

Tak tahulah kalau orang lain. Dengan ayat gangsterisme ini, akan membuatkan adik boleh merasa duduk lokap sehari dua.

.

Berhati hatilah, ikhlas dari abang yang mencintai Malaysia dan ingin hidup dalam negara yang makmur sejahtera.