CARA MENGKAFIR TERJADI


Ahmad Mursi


 Cara kafir mengkafir berlaku.. kemudian nanti walaun kata: Siapa makan cili, dia terasa pedas... begitulah masyarakat jadi pecah belah bila agamawan buka Pintu Takfir kepada masyarakat...




SAH DIA NI KURANG CERDIK

 

Norman Daud


Dr Akmal ada mengepost satu video mengenai tawaran dari Sunway Group untuk membeli kepentingan di IJM. Tawaran ini bukan lah satu rahsia kerana ianya telah diwartakan oleh Bursa Malaysia pada 12 Januari 2026 yang lalu.





Walaupun tawaran rasmi telah dilakukan, ini bukan bermakna Sunway automatik ambil alih IJM. Tawaran tersebut bergantung kepada persetujuan pemegang saham IJM  khasnya institusi besar seperti KWSP, KWAP, PNB dan lain-lain yang menguasai lebih 50% saham  serta syarat lain yang perlu dipenuhi sebelum urus niaga menjadi sah sepenuhnya.


Tapi kalau baca komen dalam video Dr Akmal itu, kebanyakkan pengomen dah memaki kerajaan dan PMX DS Anwar Ibrahim  dengan komen kononnya kerajaan madani menjual kepentingan Bumiputera.


 Kat sini kita kena jelas, sesiapa pun boleh buat tawaran membeli mana-mana syarikat yang disenaraikan dalam Bursa Malaysia. Ini perkara normal. Tawaran tak sama dengan penjualan, dan tuduhan bahawa kerajaan sudah “menjual kepentingan Bumiputera” adalah mengelirukan.


Perlu difahami, IJM bukan syarikat biasa. Ia memegang aset strategik penting seperti lebuh raya, Pelabuhan Kuantan, konsesi infrastruktur dan projek jangka panjang. Sebarang keputusan yang melibatkan saham IJM mesti memastikan kepentingan pencarum, Bumiputera dan aset strategik negara sentiasa terpelihara.


Selain itu, tindakan pemegang saham awam seperti GLIC menunjukkan mereka menjalankan tanggungjawab fidusi secara telus dan profesional. Mereka tidak boleh bertindak atas dasar emosi atau tekanan politik, sebaliknya mesti membuat keputusan yang memberikan pulangan optimum kepada pencarum dan rakyat serta menjaga kepentingan bumiputra.


Kesimpulannya, tuduhan konon kerajaan dah mengadaikan kepentingan bumiputra ni dibuat tanpa sebarang justifikasi yang tepat. Saya faham apa yang Dr Akmal tegaskan iaitu keperluan kerajaan menjaga kepentingan ekuiti bumiputra, tapi ianya perlulah lebih jelas supaya rakyat tak salah faham dan tahu kerajaan dan GLIC yang terlibat belum membuat sebarang keputusan mengenai tawaran tersebut. 


Jadi tenang tenang la dulu..





TUUJU DIAAAA... 4 KAPAI TAK LANTIK LANTIK LAGI


 

JANGAN LA DOK KALUT PASAI UMNO.. SUKAN PUN DIAM.. AYAQ NAK BASUH BERAK PUN DOK KALUT LAGI.

 


PAS TAKUT SENDIRIAN ..

 Che Ibrahim.


Hanya Pas yang berjuang untuk kalah, boleh hidup tanpa kuasa. Sebab itu kalau boleh mereka mahu UMNO jadi pembangkang seperti mereka.


Sebab tu Pas tidak minat dengan cadangan balas UMNO untuk tuboh kalaborasi agung parti parti melayu Islam.





BIAR PAS BERSENDIRIAN JA.

 Che Ibrahim


Baru ambo tahu Pas hanya nak cari kawan untuk lawan Dap jah. 




Sebab itu cadangan UMNO untuk buat penyatuan melayu dalam sekala yang lebih besar tidak mendapat respon segera dari Pas.


Beza sakan dengan Bersatu...




PENYATUAN MELAYU HANYA RETORIK

Che Ibrahim


Kalau benar benar ikhlas inginkan penyatuan melayu, bubarkan semua parti politik, ngo atau apa apa kesatuan melayu, ayuh kita hanya berada di bawah satu payung!!


Namun jika laungan penyatuan melayu hanya didondangkan sekadar meraih sokongan politik, atau bila ada kepentingan tertentu, baik kita kekal dengan apa yang ada dengan meraikan perbezaan sesama kita.


Tidak pernah ummat boleh berada di bawah satu penyatuan kecuali di zaman Khulafa' Al Rasidin, tu pun hanya berlaku di zaman Abu Bakar dan Omar




BUKAN SEMUA MELAYU AKAN MENERIMA JIKA RASUAH MENJADI AMALAN SEMULA

 


UMNO JUARAI PENYATUAN MELAYU


18 January 2026


Isu perlunya penyatuan Melayu, terutama melibatkan UMNO dan PAS, selama ini hanya sering dibangkitkan oleh Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh.


Bahkan kerana gesaan penyatuan Melayu yang digesanya itu tidak dipersetujui oleh UMNO, itulah yang menyebabkan beliau meletakkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Melaka.


Dr Akmal berpendirian beliau wajar meletakkan jawatan kerana suara akar umbi yang cuba diketengahkannya melalui konvensyen khas pada 3 Januari tidak mendapat tempat di hati UMNO.


Tetapi berdasarkan ucapan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi dalam penggulungan PAU2025 semalam, adalah jelas isu penyatuan Melayu itu tidak ditolak oleh UMNO.


Bahkan melalui beberapa pengumuman yang dibuat oleh Ahmad Zahid semalam, penyatuan Melayu yang cuba diterokainya adalah lebih luas lagi dan tidak semata-mata melibatkan UMNO dan PAS saja.


Pertama, beliau mengemukakan usul pembentukan satu gabungan besar kerjasama atau “kolaborasi agung” bagi menyatukan semua parti Melayu dan Islam di negara ini.


“Saya mohon persetujuan sidang perwakilan sekalian untuk kita membentuk grand collaboration atau kolaborasi agung bagi menyatukan seluruh parti Melayu dan Islam di negara ini untuk berada di bawah satu gabungan.


“Yang saya bayangkan memang ada yang merisik dan meminang, dengan ini risikan dan pinangan itu diterima dengan rasminya, dengan syarat tidak mengganggu-gugat kerajaan perpaduan yang ada dan kita mahu supaya grand collaboration itu dapat benar-benar menyatukan roh dan perjuangan parti-parti Melayu- Islam dalam kerangka yang lebih besar,” katanya.


“Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) jangan risau, saya tidak akan ada agenda untuk tepuk atap atau mahu menggugat kerajaan perpaduan tapi semata-mata bertujuan untuk menterjemahkan keikhlasan UMNO untuk merangkul semua parti-parti Melayu-Islam berada dalam satu bumbung demi kepentingan dan agenda Melayu-Islam,” katanya lagi.


Ahmad Zahid berkata, pada peringkat awal ini perbincangan mengenai kerjasama agung itu akan melibatkan 10 pemimpin utama pelbagai parti politik.


Dalam waktu yang sama, sambil menolak kolaborasi agung itu untuk mengambil alih peranan payung besar yang diusahakan Tun Mahathir Mohamad, Timbalan Perdana Menteri itu juga mengesahkan beliau telah mengadakan pertemuan dengan PAS dan Bersatu tidak lama sebelum ini.


Kedua, mengumumkan penubuhan Musyawarah Nasional bagi mengurus selia dan membincang agenda politik Melayu yang menyentuh soal kedudukan agama Islam, politik, ekonomi, pendidikan, perpaduan dan masa depan anak-anak bangsa.


Beliau juga memohon persetujuan perwakilan PAU2025 untuk melantik bekas Menteri Besar Johor, Ghani Othman sebagai Pengerusi Musyawarah Nasional itu.


Ketiga, dalam ucapan awal penggulungan semalam, Ahmad Zahid turut mengumumkan penubuhan Majlis Perundingan Ummah yang penubuhannya dipersetujui dan mendapat restu daripada kabinet.


Katanya, kabinet juga bersetuju untuk melantiknya sebagai pengerusi majlis tersebut.


“Dulu sewaktu saya menjadi Timbalan Perdana Menteri (kali pertama), saya telah menubuhkan Majlis Perundingan Islam yang menyatukan pelbagai NGO, parti politik ke dalamnya untuk membincangkan tentang agenda-agenda Islam.


“Kabinet (kali ini) telah meluluskan penubuhan Majlis Perundingan Ummah dan saya selaku pengerusinya akan mewujudkan 11 kluster.


“Ia akan mengumpulkan para pemikir strategik, ulama, ahli akademik, pemimpin, NGO, tokoh korporat, wakil kerajaan serta tokoh-tokoh politik rentas kepartian bagi membincangkan isu-isu penting yang berkaitan dengan ummah Islam di Malaysia,” tambahnya lagi.


Ahmad Zahid mengumumkan Majlis Perundingan Ummah  itu akan dilancarkan penubuhannya secara rasmi pada bulan depan.


Selain tiga perkara di atas, Ahmad ketika merasmikan PAU2025 telah mengumumkan penubuhan Rumah Bangsa sebagai platform  bagi menerima penyertaan secara beramai-ramai mana-mana pertubuhan parti politik atau badan bukan kerajaan (NGO) Melayu atau individu termasuk ahli profesional untuk menyertai UMNO.


Rumah Bangsa akan dipengerusikan oleh Naib Presiden UMNO, Khaled Nordin yang juga merupakan Menteri Pertahanan.


Walaupun sebelum ini Ahmad Zahid mengumumkan UMNO akan kekal bersama kerajaan perpaduan sehingga habis penggal, tidak diragui lagi semua pengumuman berkaitan Melayu/Islam yang dibuatnya semalam adalah sebagai persediaan untuk menghadapi PRU16 akan datang.


Sama ada semua pendekatan yang cuba dilakukannya itu akan berjaya atau tidak, atau adakah parti-parti Melayu dan NGO Melayu/Islam sedia menyertainya, hakikatnya Ahmad Zahid sedang berusaha meletakkan dirinya sebagai juara penyatuan Melayu.


Tentunya harapan beliau juga ialah agar UMNO pada PRU16 nanti mampu menang lebih daripada 26 kerusi Parlimen.


Dalam keadaan orang Melayu berpecah dan tercari-cari hala tuju, setidak-tidaknya usaha Ahmad Zahid menggerakkan penyatuan Melayu dalam skala yang lebih besar dan menyeluruh ini memang wajar diberi pujian. – ShahbudinHusin 18Januari2026.


https://shahbudindotcom.net/2026/01/umno-juarai-penyatuan-melayu/



RUGI PKR HILANG RAFIZI


 

KEJAYAAN KERAJAAN BILA RASUAH PERINGKAT ATASAN BERJAYA DIBANTERAS


 

PANDANGAN RAKYAT IKUT TAFSIRAN MASING MASING

 


PERTEMBUNGAN DALAM PAS SERTA PAS MEMBERI AHLINYA KERJA DALAM ERAJAAN NEGERI


 

DIN AYAM..TU DIA...MENANTU HADI LEBIH BERKUASA..MANA KAJIAN DIA TAK TAU LA.


 

DOK PEMBOHONG BUDAK BUDAK WALAUN..KONON DAP MUSUH...