Setelah dikritik hebat oleh nitizen! MUDA terpaksa akur!
PAJAK ATAIH PAJAK NIH- AWAT JADI MACAM TU
Muda mungkin lupakan kerusi DUN Puteri Wangsa – Syed Saddiq
Nizam Zain - 11 February 2022
PETALING JAYA – Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mungkin terpaksa membatalkan hasratnya bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, walaupun Amanah memberi laluan kepada parti anak muda itu namun rundingan akan dilakukan semula susulan pihaknya menerima rungutan parti sekutunya, PKR.
“Saya menghormati pandangan sahabat dan terima kritikan anak muda, kena terima kritikan ini dengan hati terbuka.
“Saya sudah menghubungi Setiausaha Agung Muda untuk berhubung dengan wanita PKR Johor untuk cari kesepakatan, minta nasihat juga, pimpinan Muda jangan ego.
“Jika tidak dapat diselesaikan, hormati hak mereka untuk bersuara untuk tidak bersetuju dan kita teruskan gerak kerja,” katanya dalam Sesi Syed Saddiq Tanpa Tapis di pejabatnya di Kampung Tunku malam tadi.
Terdahulu, Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis melahirkan rasa kecewa dengan keputusan Amanah yang menyerahkan kerusi itu yang berpotensi dipertahankan kepada Muda pada PRN Johor, bulan depan.
DUN Puteri Wangsa salah satu daripada enam kerusi yang diserahkan Amanah dan DAP kepada Muda untuk ditandingi. – MalaysiaGazette
LEBAI KELARAH
Saya telah menonton sepotong video yang mencemuh saya dan Dato Mufti Perlis berkaitan isu kritikan kami ke atas Muhaizad.
Video tersebut menggunakan kata-kata yang kurang sesuai seperti perkataan "WABABI" dan selainnya. Siap dia mendoakan kehancuran untuk kami berdua seolah-olah kami ini musuh Islam. Dia doakan pula agar mata saya dibutakan. Allah al-Musta'an.
Namun, penceramah tersebut ada menyebut tentang kesediaan beliau perjumpaan bersama saya.
Semalam saya menerima jemputan daripada One Centre untuk menganjurkan dialog antara saya dan penceramah ini. Tajuk yang mereka berikan ialah:
Muhaizad: pembawa khurafat atau murabbi umat?
Saya menerima tajuk dialog ini dengan syarat ia mesti dilakukan terbuka. Format dan masa akan dibincangkan kemudian. Moga Allah beri kita semua petunjuk.
Dalam sesi soal jawab nanti saya nak tanya beliau, adakah menggelarkan orang wababi seperti yang beliau sebutkan itu termasuk dalam akhlak? Kerana beliau ada menyebutkan tentang kepentingan akhlak.
Cukuplah 1 soalan saya bagitau kali ini. Banyak lagi soalan nak ditanya dalam sesi dialog nanti. Terima kasih.
Dr Rozaimi Ramle
Konglomerat taja parti politik lemahkan agenda reformasi
Agenda reformasi politik dan pentadbiran di Malaysia akan menjadi lemah sekiranya parti parti politik menerima tajaan konglomerat sama ada dalam sumbangan dana pilihan raya atau pengoperasian parti.
Menurut Pengerusi Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, parti politik tidak seharusnya ditaja seperti itu yang akan menyukarkan usaha menghapuskan rasuah dan penyelewengan sekiranya sesebuah parti dipilih menjadi kerajaan.
Katanya, dalam kes beliau, keengganan berkompromi dengan konglomerat seperti itulah menyebabkan beliau tidak menjadi Perdana Menteri sehingga ke hari ini.
"Jadi jangan meremehkan kemungkinan dalam politik, dalam pilihan raya ada yang ditaja hanya untuk melemahkan agenda reformis.
"Saya akui tidak mudah. Ya, saya belum berhasil penuh. Tapi kalau saya kompromi, saya sudah berhasil. Jangan lupa, kalau saya kompromi, saya sudah jadi Perdana Menteri," katanya dipetik Wawancara Eksklusif bersama Sinar Harian.
Tambah Presiden KEADILAN itu, pendirian menentang rasuah sehingga ke akar umbi menyebabkan beliau dan partinya tidak popular di kalangan oligarki dan tidak banyak pihak yang sanggup membantu perjuangan KEADILAN.
"Saya tentu tidak popular, jadi tokoh-tokoh yang besar susah nak bantu PKR selagi Anwar jadi ketua.
"Terus terang saya boleh berkawan dengan semua, tetapi untuk kompromi soal ini (rasuah), akan menjahanamkan negara kita," ujarnya.
Anwar membawa contoh perbahasan beliau di Parlimen berkenaan isu Pandora Paper yang amat tidak disenangi pemimpin kerajaan dan tokoh tokoh perniagaan, kerana mendedahkan nama nama yang membawa keluar wang dan disimpan di tempat selamat serta boleh mengelak cukai.
"Saya masih ingat di Parlimen tatkala berucap tentang Pandora Paper yang melibatkan mantan Perdana Menteri, mantan Menteri Kewangan dan semua nama-nama besar dari pelbagai parti.
"Speaker larang saya bicara tetapi saya nak bicara sebab ini menyentuh kepentingan negara.
"Berbilion ringgit dibawa keluar dan orang-orang ini sekarang mahu jadi jaguh. Yang hendak menyelamatkan orang-orang Melayu itulah juga yang bawa ratusan juta keluar negara.
"Dia ada penyokong sebab dia ada wang. Sebab dia ada golongan korporat yang akan membantu," katanya lagi.
Konglomerat membantu parti politik pertama kali ditimbulkan Anwar dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak. Beliau mengingatkan agar pengundi tidak memberi sokongan kepada parti parti yang ditaja tauke balak yang akan menggonggolkan lebih banyak hutan sekiranya parti berkenaan dipilih menjadi kerajaan sedangkan rakyat tidak mendapat apa apa manfaat.
JOHOR PERLU SELESAIKAN MASALAH SETINGGAN, PENEROKA BANDAR
Johor perlu selesaikan masalah setinggan, peneroka bandar
Isu setinggan dan peneroka bandar tidak lagi menjadi masalah ketara di negeri maju seperti Selangor atau Pulau Pinang.
Namun isu ini masih membelenggu pentadbiran BN di Johor biar pun negeri itu dinobatkan sebagai negeri ketiga maju di Malaysia.
Menurut Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, isu setinggan dan peneroka bandar terseut berlegar di sekitar tiga bandaraya di dalam Daerah Johor Bahru seperti Bandaraya Johor Bahru, Bandaraya Iskandar Puteri dan Bandaraya Pasir Gudang yang menjadi kawasan perindustrian utama.
“Masih ramai rayat miskin dan golongan B40 yang tinggal sebagai setinggan di tiga bandaraya di Daerah Johor Bahru ini
“Kebanyakan peneroka bandar ini terdiri daripada golongan miskin bandar atau B40 dari kaum Melayu yang selama lebih 60 tahun menyokong Umno BN tetapi nasib mereka sampai hari ini tidak terbela.
“Golongan setinggan atau peneroka bandar juga terdapat di bandar-bandar lain di seluruh negeri Johor tetapi masalah golongan yang terpinggir ini amat ketara di lima kawasan Parlimen yang menempatkan 10 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Larkin, Stulang, Kempas, Perling, Skudai, Kota Iskandar, Tiram, Puteri Wangsa, Johor Jaya dan Permas,” katanya.
Hassan turut menyenaraikan nama nama kampung peneroka bandar yang sepatutnya telah diatasi sejak berdekad lalu tetapi masih wujud sehingga kini.
Antaranya ialah Kampung Hajah Hasnah dan Kg. Desa Melayu di Parlimen Johor Bahru; Kg Bakar Batu dan Kg. Skudai Kiri di Parlimen Pulai; Kampung Saujana, Kg.Plentong Tengah, Kg. Melayu Pandan dan Kg.Belantik di Parlimen Pasir Gudang
Manakala jumlah pengundi peneroka bandar itu, kata Hassan, sangat ramai. Mereka boleh menentukan parti politik yang mana akan menang di sesuatu DUN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.
“Dalam hal ini, Parti KEADILAN dan PH perlu mengemukakan pelan tindakan yang realistik dan berkesan untuk menyelesaikan masalah penempatan setinggan-setinggan dan peneroka bandar tersebut dengan adil dan segera sebab nasib mereka telah terbiar sekian lama.
“Masalah setinggan dan peneroka bandar di Johor hanya boleh diselesaikan jika kerajaan Johor yang terbentuk selepasPRN kali ini mempunyai keazaman politik.
“Saya percaya kerajaan KEADILAN dan PH mempunyai keazaman politik tersebut jika diberi mandat oleh rakyat Johor untuk mentadbir negeri Johor Darul Takzim ini,” katanya lagi.
PRN: TAK GALAKKAN RAKYAT UNDI, HAKIS KEYAKINAN DEMOKRASI
PRN: Tak galakkan rakyat undi, hakis keyakinan demokrasi
Oleh: Redzuan RF8 Media
Sikap Kerajaan BN sejak Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang seolah olah sengaja mengadakan pilihan raya tetapi tidak menggalakkan rakyat keluar mengundi telah menghilangkan keyakinan umum terhadap politik negara.
Menurut Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pontian, Aziz Shari, dengan adanya Jelajah Johor Bangkit ini diharapkan minat rakyat untuk menganbil bahagian dalam pilihan raya kembali segar sebagaimana pada Pilihan Raya Umum lalu.
“Sebenarnya matlamat kita untuk ajak keluar mengundi. Kita nak kembalikan kepercayaan terhadap politik.
“Kalau kita buat pilihan raya tetapi orang yang berhak mengundi tidak keluar, ini hanya menambahkan lagi ketidakpercayaan rakyat terhadap politik, terutama kepada orang seperti kami.
“Siapa lagi kalau bukan kita AMK yang menggerakkan agenda demokrasi ini. Dalam sistem ini semua orang ada hak untuk mengundi tetapi kalau dibuat dengan terselit agenda supaya orang tidak keluar mengundi ini menimbulkan masalah,” katanya.
Selain itu, beliau berkata, mesej jelajah akan disampaikan kepada pengundi bahawa anak muda yang dicalonkan oleh AMK adalah yang terbaik dan berwibawa untuk diangkat sebagai wakil rakyat dengan imej bersih.
“Sebab itu kita beri mesej calon kita adalah anak muda yang berintegriti, yang menggerakkan demokrasi pilihan raya dan akan mewujudkan kerajaan yang adil serta bersih.
“Beza kita daripada calon dari Umno BN ialah mereka tetap mahu kekalkan muka lama (yang terpalit pelbagai masalah). Mereka hanya semata mata mahu kekalkan kuasa dan memperalatkan demokrasi dan PRN,” katanya lagi.
PRN JOHOR BUKAN SUATU EKSPERIMEN
Ini bukan satu pilihanraya kecil di mana hanya satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang menjadi pertaruhan.
Ini satu pilihanraya umum di peringkat seluruh negeri Johor yang melibatkan 56 DUN. Ini pilihanraya untuk membentuk sebuah kerajaan negeri Johor bagi tempoh lima tahun dari 2022 hingga 2027.
Tiga gabungan parti politik yang besar terlibat dalam PRN Johor kali ini iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).
Ketiga-tiga gabungan politik ini mempunyai pengalaman dalam mentadbir kerajaan Negeri Johor. BN paling lama memerintah di Johor sehingga ia ditumbangkan pada tahun 2018 dalam Pilihanraya Umum ke-14.
Manakala PH mempunyai pengalaman mentadbir kerajaan Johor selama 22 bulan sehingga ia ditumbangkan angkara pengkhianatan melalui Langkah Sheraton pada bulan Februari tahun 2020.
PN yang terdiri daripada Parti Bersatu juga ada pengalaman mentadbir di Johor ketika berada di dalam gabungan PH dan kemudian dalam kerajaan campuran BN-PN selepas Langkah Sheraton.
Jadi tiga buah gabungan politik ini, BN, PH dan PN merupakan pencabar utama dalam Pilihanraya Negeri Johor kali ini.
PH ketika mentadbir Johor selama 22 bulan ada kelemahan dan kegagalan juga. Fakta ini tidak dinafikan malah perlu diakui. Tetapi PH berjaya dalam banyak perkara ketika mentadbir Johor kurang dua bulan selama dua tahun.
Satu perkara yang menjadi kejayaan utama kerajaan PH di Johor ialah dari segi menarik pelaburan asing (FDI).
Kerajaan PH telah mengadakan lawatan menarik pelaburan asing secara agresif dalam tempoh 22 bulan ia berkuasa. Hampir setiap bulan Exco Kerajaan Negeri Johor yang bertanggungjawab dalam Perusahaan Antarabangsa telah dihantar ke beberapa pusat ekonomi dunia untuk membawa pelaburan ke Johor.
Hasil dari usaha yang bersungguh-sungguh itu, maka negeri Johor telah muncul sebagai negeri yang paling banyak menarik modal asing dari pertengahan tahun 2018 sehingga awal tahun 2020 sebelum kerajaan PH Johor ditumbangkan angkara pengkhianatan politik.
Kejayaan ini adalah fakta, bukan retorik, bukan propaganda pilihanraya.
Jadi dalam Pilihanraya Negeri Johor sekarang ini, KEADILAN dan PH menawarkan diri supaya dipilih sekali lagi oleh rakyat Johor.
Hassan Abdul Karim
Ahli Parlimen Pasir Gudang
Sabtu 12 Februari 2022.
Umno - Pas berperang: Rakyat sedar lebih baik tolak kedua duanya - Azan
Perang
mulut antara dua parti terbesar Melayu, Umno dan Pas sehingga mengumpamakan
lawan masing masing dengan gelaran haiwan menyedarkan orang Melayu bahawa kedua
duanya sebelum ini telah memperdaya rakyat dengan penyatuan dalam Muafakat
Nasional.
Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Terengganu, Azan Ismail, perasaan tertipu sama juga semakin meluas di rasakan di Terengganu, dan tidak mustahil dua parti chauvinis Melayu itu akan ditolak dalam Pilihan Raya Umum ke 15.
Katanya, kedua dua Pas dan Umno pernah memerintah Terengganu dan mempunyai pengalaman tidak menunaikan janji pilihan raya selepas menang.
"Jika kita mengimbau pilihan raya 1999, masa itu rakyat Terengganu membuat keputusan menolak Umno kerana isu MB Wan Mokhtar, Pas menang banyak kerusi, hanya 4 kerusi Umno menang. Manakala pada tahun 2004, Umno pula menang sama banyak macam Pas sebelum itu.
"Jadi di Terengganu rakyat silap tafsiran. Masa Umno merosot, percaya pada Pas (yang dianggap) lebih baik.
"Namun untuk kali ini, rakyat dilihat Terengganu mula sedar (Pas dan Umno berperang mulut). Walaupun Umno cuba banyak kali (mahu menang semula)
"Saya rasa sudah makin ramai pengundi anak Terengganu yang berkira-kira, dan mereka kata yang belum dicuba adalah Pakatan Harapan ataupun KEADILAN," kata Azan ketika dihubungi.
Tambah mantan Ahli Parlimen Indera Mahkota itu, melihat kepada ekonomi Terengganu yang tidak bergerak dan harga barang pula melambung, pengundi mungkin tidak akan berpatah balik kepada Umno sebagaimana 'pendulum politik' di negeri itu sejak merdeka.
"Saya pasti rakyat Terengganu terbuka, dan beri pilihan pada pasukan atau parti yang belum pernah mereka cuba. Dan itu satu satunya pilihan yang mereka ada sekarang," katanya lagi.
Untuk rekod, peluang pekerjaan di Terengganu sejak diperintah Pas tidak menunjukkan peningkatan. Malah baru baru ini Kerajaan Negeri membuat upacara flag off atau perlepasan tenaga kerja Terengganu untuk bekerja di Selangor.
Begitu juga pelaburan asing yang hampir tidak menjejakkan kaki ke Terengganu sejak Pas mengambilalih pentadbiran pada 2018 lalu.
PEMBANGUNAN JOHOR PENTINGKAN BANDAR BESAR, YANG LAIN TERTINGAL
Pembangunan Johor pentingkan bandar besar, yang lain tertingal
Oleh: Redzuan RF8 Media
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pontian, Aziz Shari, menyifatkan perancangan pembangunan di Johor tidak seimbang dan lebih tertumpu kepada bandar bandar tertentu menyebabkan sebahagian daerah kekal miskin dan tiada peluang pekerjaan.
“Saya bagi contoh di kawasan Benut dan bandar Pontian, dapat lihat perbezaannya. Saya pernah berkhidmat di Majlis Daerah Pontian selama 3 tahun. Kita nampak bagaimana pembangunan ada perbezaan di kawasan Benut. Kurang peluang pekerjaan yang membolehkan penduduk mengembangkan skil mereka.
“Hal ini mungkin disebabkan beberapa faktor, mungkin YB DUN itu tak alert, saya lihat itu punca ketidakseimbangan pembangunan di Johor.
“Sedangkan Johor kalau kita tengok hampir sama dengan Selangor. Ada banyak kawasan yang boleh dibangun bersama. Tetapi perancangan pembangunan (di Johor) lebih tertumpu kepada satu satu bandar dan yang lain tertinggal,” katanya.
Menurut beliau, kawasan yang tidak dimajukan dengan perindustrian seharusnya dijadikan kawasan pertanian moden dan penduduk di kawasan itu tidak perlu pergi ke Johor Bahru mencari pekerjaan atau merantau ke Singapura.
“Sedangkan pertanian ada, perikanan ada. Ada peluang bagaimana kita boleh ubah kepada pertanian moden. Yang saya lihat di kawasan saya, anak muda keluar bekerja di Johor Bahru, balik pukul 8.00 malam di Benut. Cara kehidupan macam tak ada live.
“Kawasan Segamat pun sama. Ketidakseimbangan perancangan di Johor ini ada kaitannya dengan insfrastruktur dan pembangunan jadi tidak seimbang,” katanya lagi.
Untuk rekod, masalah dalam kalangan anak muda 18 hingga 21 tahun pula adalah peluang pendidikan yang terhad dan pekerjaan yang kurang di kawasan Johor lebih ke utara.
Selain kos sara hidup yang membebankan yang akan dijadikan isu kempen Pilihan Raya Negeri Johor sepanjang Februari dan Mac ini.
'Undi pos perantauan amat bernilai tolak rasuah, penyelewengan di tanah air' - Akmal
Undi
pos bangsa Johor yang bekerja di Singapura begitu berharga untuk menentukan
kerajaan seterusnya memerintah di negeri itu.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Akmal Nasir, dalam klip videonya menyeru agar perantau yang bekerja di luar negara segera mendaftar sebagai pengundi pos untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kerana kesukaran mereka pulang ke tanah air mengundi secara biasa ekoran sekatan prosedur pencegahan pandemik Covid 19.
"Walaupun ini merupakan PRN Johor, undi pos saudara saudari merupakan referendum untuk kita tolak rasuah, tolak salah guna kuasa, tolak penyelewengan yang mana semakin membarah dalam negara kita.
"Indeks Persepsi Rasuah atau CPI Malaysia terus jatuh merudum ke tangga 62, bukan sekadar tertinggal jauh daripada Singapura, kita juga kalah kepada negara seperti Bhutan, Namibia dan sebagainya.
"Sedangkan abang abang dan kakak kakak bertungkus lumus mencari rezeki di Singapura. Ada yang bertahun terpisah dari keluarga demi mencari sesuap nasi.
"Sebab itu kali ini, jangan kita lupa mengundi demi anak anak, demi keluarga, demi kawan kawan di Johor," katanya sambil membuat gimik membuka sampul surat kertas undi pos.
Menurut Ahli Parlimen Johor Bahru itu lagi, tempoh pendaftaran undi pos akan tamat pada 18 Februari ini tidak harus disia siakan. Peluang untuk membuang undi secara pos seharusnya diambil dengan mendaftar ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara di atas talian.
"Daftarlah di laman web SPR, lepas daftar SPR akan menghantar satu emel mengesahkan permohonan saudara sedari telah berjaya.
"Selepas penamaan calon nanti, SPR akan menghantar kertas undi pos ke rumah saudara saudari, tidak kira di Sembawang, di Tampines, yang penting apabila abang abang, kakak kakak dapat undi pos, pangkah pilihan calon kita dan kemudian hantar kembali ke alamat yang diberikan.
"Sebenarnya proses ini mudah cuma perlu komitmen daftar undi dan hantar balik kertas undi tersebut.
"Inilah peluang kita untuk lawan rasuah demi keluarga kita. Demi negara. Jangan lupa daftar undi pos sekarang," katanya.
Akmal juga menyeru agar seruan itu dipanjangkan kepada anak anak, saudara mara serta kawan kawan rakyat Malaysia di Singapura.
Katanya, undi mereka sangat penting untuk masa hadapan negeri Johor buat 5 tahun akan datang.
Subscribe to:
Posts (Atom)