SIMBIOSIS
1. Simbiosis, satu perkataan sains yang bermaksud hubungkait rapat antara dua benda. Kalau satu tiada, maka satu lagi boleh mati jua.
2. Contoh dalam biologi, hubungan ikan badut dan kerumbu karang. Ikan badut perlu kekarang untuk makanan. Kekerang perlukan ikan badut untuk tumbuh mekar.
3. Dalam politik, amat penting hubungan simbiosis ini. Raja perlukan rakyat untuk naik takhta. Tiada rakyat maka tiadalah Raja. Sama juga, ahli politik perlukan pengundi untuk berkuasa.
4. Sebagai timbal balik, penguasa2 ini bertanggungjawab untuk menjaga negara dan lindungi rakyat jelata.
5. Yang pasti, parti politik suka hubungan simbiosis dengan rakyat jenis pentaksub. Jenis yang buta hati, percaya apa saja yang parti buat untuk mereka. Tanpa guna akal untuk pertimbangkan fakta dan auta.
6. Ajar anak kita, dalam hubungan simbiosis politik Rakyat dan Penguasa, kita lagi kuat sebenarnya. Tanpa undi kita tiadalah mereka. Kalau mereka salah wajib dihukum dan dinyahkan. Kalau mereka betul boleh diraikan.
7. Ajar anak kita jangan jadi pentaksub tegar parti politik. Jadilah pengundi atas pagar, yang senang nampak benda yang benar dan salah. Tanpa ada bias kepartian yang menjahanamkan minda.
8. Ingatkan dia, jangan sekali2 samakan kuasa kita macam IKAN BADUT. Hanya dapat makan sikit2. Kuasa rakyat sekarang ni patutnya level IKAN JERUNG. The highest in the food chain. Undi kita boleh membaham pemimpin yang lemah.
9. Hubungan simbiosis politik ini penting. Namun jangan sampai satu pihak jadi parasit, hanya untungkan mereka. Kita tak dapat apa.
10. Seperti Menteri yang tak tahu buat kerja, kalau dia ada pun serupa tiada. Seperti wakil rakyat yang tak nampak bayang, cuma keluar bila nak pilihanraya. Seperti ahli politik yang sembang kencang, bila dia bercakap khinzir pun terbang…
11 Kalau jenis2 begini, tak kira la parti mana wajib dihumban jua. Kita dok bagi undi lagi buat apa?
12. Masa mengundi nanti, tengoklah kualiti calon, bukan hanya pangkah ikut parti. Itu sebenarnya true democracy.
13. Bukan juga pangkah ikut yang paling banyak memberi. Harga undi kita bukan takat boleh dibeli dengan BRIM, wang salam RM50 atau janji pergi haji.
14. Undi kita berharga. Lebih dari wang ringgit yang ditabur. Ia untuk masa depan negara. Kepentingan anak2 kita.
15. Jangan lagi diberi kepada politikus durjana.
Wallahu alam…
Salam hormat,
Liyana Marzuki