PH BAKAL GHUYUB??







PH BAKAL GHUYUB?? 


Setelah 3 PRN - Sabah, Johor, N9 - prestasi PH nampaknya merudum wpun tampil sebagai parti yang memerintah, mengapa??? 


Mengikut pengamatan ambo, ianya disumbang oleh beberapa faktor:


1. Ramai pemimpin atau aktivis PH kecewa dengan PH atas berbagai sebab, kekecewaan ini sedikit sebanyak boleh mempengaruhi penyokong bawahan untuk berkongsi kekecewaan. 

2. Kegagalan jentera kerajaan dan parti membuat counter attack kepada diayah, propaganda dan fitnah pembangkang. 

3. "Penyatuan" melayu Islam (baca Pas, umno dll) yang menyerang PMX dan Kerajaan Madani secara bertubi tubi melalui berbagai media massa. 

4. Kebencian yang amat tinggi kepada Dap akibat hasutan atas mana melayu Islam. 

5. Dasar dasar kerajaan yang tidak menyenangkan rakyat, walaupun mungkin ianya baik untuk negara, tapi rakyat masih belum bersedia untuk menerimanya. 

6. Reformasi yang makan diri.



Che Ibrahim



 PMX kena buat sesuatu dalam tempoh penggal yang berbaki untuk mengukuhkan PH, kalau pun PH tewas juga dalam PRU 16 nanti, sekurang kurangnya ramai pemimpin PH sempat "merasa" nikmat jadi kerajaan, jangan dok biarkan parti lain sahaja menikmati habuannya. 


Maaf, status nampak berkepentingan, tapi ambo kesian ke aktivis parti yang habis pitis, habis tenaga, tapi tak dapat apa apa walaupun jadi kerajaan, ambo takpe la ada dah elaun dok ssaja.





E INVOICE....MELAYU TAK NIAGA BANYAK MANA PUN.

 E invoice..


Sekarang ni ramai yang cakap pasal ni, tapi apa sebenarnya E invoice ni? Kenapa bende ni boleh masuk dalam salah satu sebab penolakan rakyat terhadap PH?












E invoice ini adalah satu sistem yanh memastikan setiap transaksi perniagaan direkodkan secara digital dan disahkan oleh LHDN secara terus (real-time), bagi mengelakkan ketirisan cukai serta memudahkan urusan percukaian rakyat dan peniaga.


Maksudnya, selepas penggunaan sistem E invoice ni setiap transaksi jual beli diantara penjual/ vendor/ pembekal kepada pembeli akan terus direkodkan dan terus masuk sistem LHDN. Takdek dah pakai bill of sales, invoice pakai kertas tu.


Kenapa kerajaan bertegas nak buat sistem ni?


Melalui sistem ini kerajaan akan dapat mengelakkan ketirisan cukai. Dulu, ada peniaga yang buat jualan secara tunai tapi tak laporkan kepada LHDN untuk elak bayar cukai. Ini merugikan negara dan menguntungkan hanya sesetengah pihak. 


Duit cukai yang dikutip inilah kerajaan inilah yang kerajaan akan guna untuk menampung perbelanjaan negara seperti Pembangunan kemudahan awam (jalan raya, sekolah, hospital) dan ​Pemberian bantuan dan subsidi kepada rakyat.


Kenapa ada sesetengah pihak tak suka?


Ramai yang tak suka sebab ianya dikatakan akan menambah kos, nak upgrade sistem pos yang integrated dengan sistem LHDN lah, nak train staff lah.. susah nak lari cukai lah sebenarnya. 😅😅


Tapi sebenarnya tak semua peniaga wajib guna sistem ni pun, hanya peniaga yang jualan tahunan melebihi RM1juta keatas sahaja yang wajib.


peniaga kedai makan kecil kecilan, jual kuih tepi jalan, peniaga pasar malam yang kecil kecilan tu semua tak wajib guna pun. 


Hakikatnya, tindakan kerajaan hari ini adalah untuk mengelakkan ketirisan dan juga memastikan keadilan kepada semua peniaga. Tak fairlah ada peniaga yang jujur meniaga membayar cukai dengan betul tapi ada peniaga yang mengelak dari  bayar cukai. 


Ramai yang salah faham seolah-olah kerajaan memperkenalkan cukai baharu melalui e-Invois. Hakikatnya, kadar cukai tidak berubah. Yang berubah hanyalah kaedah merekod dan mengesahkan transaksi supaya lebih telus serta mengurangkan peluang penipuan dan ketirisan.


Ramai juga di media sosial  menganggap semua peniaga akan terkesan, sedangkan pelaksanaannya dibuat secara berperingkat mengikut nilai jualan tahunan dan bersasar.


Pada saya secara peribadi, saya setuju sangat sistem ini diperkenalkan. Selama ni berapa banyak duit kita ditipu segelintir peniaga? Mereka caj kita dengan SST la.. service Tax lah.. tapi mereka tak bayar pun pada kerajaan tax tu. Kita rela bayar tax sebab kita fikir ianya akan dipulangkan semula pada kita dalam bentuk pembangunan, kemudahan awam dan subsidi petrol kita tapi tak berlaku.. akhirnya kerajaan menghadapi masalah sebab terpaksa berhutang untuk tanggung subsidi dan perbelanjaan pembangunan.


Begitulah





PARTI JALANG PUN CAKAP SOAL PERPASUAN RUPANYA.


Syihabuddin 


 Ini adalah ucapan negarawan yang bagus. 

Saya harap, ia berkekalan.




RM51.4 BILION & KES SOLAR! Najib Disaman, Rosmah Cuba Nasib di Mahkamah Rayuan?


 

KES SIVIL 1MDB BERMULA! APA YANG ANDA KENA TAHU


 Bayangkan sebuah kes yang bermula lebih sedekad lalu, tetapi sehingga hari ini masih belum benar-benar selesai. Kini, 1MDB sendiri telah memfailkan saman sivil terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan beberapa pihak lain, dengan mendakwa kira-kira US$5.64 bilion, bersamaan hampir RM25 bilion, telah diseleweng melalui pelbagai transaksi yang didakwa bersifat penipuan. Ramai orang keliru, bukankah Najib sudah dibicarakan sebelum ini? Jadi kenapa ada pula perbicaraan sivil? Dalam video ini, kita akan kupas dengan bahasa yang paling mudah faham apa sebenarnya yang sedang berlaku, kenapa kes ini berbeza daripada kes jenayah yang pernah dihadapinya, dan mengapa perbicaraan ini boleh menjadi satu lagi episod penting dalam usaha mendapatkan semula wang yang didakwa hilang daripada 1MDB.




PART 2: KPU BIADAP! SAMAN FITNAH RM25 JUTA TERHADAP AKMAL YANG SOMBONG & BIADAP TERHADAP YB TERESA!


 

UZTAZ MUALAF DI LAPOR POLIS

 

Ahli PKR lapor polis terhadap Ridhuan Tee, didakwa sentuh isu 3R
Diterbitkan:  Aug 4, 2026 2:36 PM
Dikemaskini: 2:36 PM
1

Satu laporan polis telah dibuat terhadap pendakwah Ridhuan Tee Abdullah atas beberapa catatan media sosial yang didakwa menyentuh isu sensitif kaum, agama dan raja (3R).

Laporan yang dibuat oleh ahli PKR Batu, Rozan Azen Mat Rasip, telah diserahkan kepada ibu pejabat polis daerah Ampang Jaya pada jam 10 pagi hari ini.

Dalam salinan laporan yang dilihat oleh Malaysiakini, Rozan memetik beberapa catatan Facebook yang diterbitkan oleh Ridhuan antara 17 Mei dan 3 Ogos tahun ini, mendakwa ia mengandungi retorik perkauman dan kenyataan provokatif.

Dia mendakwa catatan tersebut menggunakan bahasa yang menghina dan menghasut yang "melebihi batas wacana awam yang boleh diterima" dan boleh mengancam ketenteraman awam.

"Laporan polis ini dibuat setelah dilihat beliau sering cuba adu domba para pengguna pembaca media sosial/netizen dengan muat naik status yang mahu timbulkan provokasi perkauman dan perbezaan agama selain menggelirukan masyarakat dengan perkembangan isu semasa termasuklah hukum-hakam sudut pandangan agama yang jelas salah dalam konteks negara Malaysia sebagai sebuah negara masyarakat majmuk dan berdaulat,” kata Rozan.

Rozan juga mendakwa bahawa ruangan komen pada beberapa catatan Facebook pendakwah itu mengandungi penghinaan yang ditujukan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, arwah bapanya, pemimpin kerajaan, mufti negeri dan institusi diraja.

Dia menggesa polis untuk menyiasat Ridhuan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Seksyen 233 AKM menjenayahkan penyalahgunaan kemudahan rangkaian, manakala Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan membincangkan kenyataan yang boleh menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang ramai.




PENGANALISIS: PH DIJANGKA KALAH 2016, NAMUN BOLEH BUAT COMEBACK PRU17.

 



ANALISA | Kita semua tahu kerjasama PNBN bukanlah satu kerjasama yang akan kekal, samada putus cepat atau putus lambat tetap akan putus juga.

PAS dan BERSATU juga sebelum ini melaungkan penyatuan Melayu-Islam dan gabungan mereka berjaya rampas banyak kerusi BN dalam PRU15, namun akhirnya PAS putus jua dengan BERSATU berpunca sebab berebut jawatan dan kuasa.

Kali ini PN bersama BN membawa taktik yang sama untuk PRU16, memang berpotensi untuk kalahkan PH namun sifat semula jadi parti politik tetap akan bergaduh apabila melibatkan jawatan dan kuasa, dan gabungan BNPN akan berdepan dengan pengakhiran yang sama.

Jika misi mereka sekadar nak tumbangkan PH, misi itu boleh dicapai dalam PRU16 ini, namun apa yang bakal berlaku sementara menuju ke PRU17?

BN dan PN, kedua-duanya memiliki rekod khianat-mengkhianati, bermakna sesiapa sahaja boleh mulakan pengkhianatan antara mereka.

Kekalahan PH dalam PRU16 boleh membuatkan PH membina semula daripada asas kekuatan mereka sebagaimana BN membina kekuatan selepas tewas teruk PRU15.

Landskap politik negara sentiasa berubah sepanjang zaman. Gabungan politik datang dan pergi, hari ini bergabung esok bertarung.

Namun yang akan terima kesannya ialah negara dan rakyat.



PULAK DAH

 


Yang DiPertuan Besar dah buat keputusan, dok persoal apa lagi ? Ini kalau PH/DAP yg persoal, tak cukup tanah Akmal Salleh punya melompat ! Boleh dah kot buat laporan polis terhadap Rais Yatim .. terkait 3R dah ni





Eloklah PAS-PN dan UMNO-BN rampas Pulau Pinang daripada DAP-PH.

Aliff Jamil






 Eloklah PAS-PN dan UMNO-BN rampas Pulau Pinang daripada DAP-PH.

Kalau boleh, rampas sekali Selangor dari PH.
Dan saya harap selepas ini PNBN dapat kuasai kesemua negeri² di Semenanjung sementara gelombang penyatuan Melayu-Islam yg mereka jaja ini masih lagi berada di kemuncaknya.

Gunakan peluang keemasan ini sementara rakyat masih lagi “turn on” terhadap jenama politik Melayu-Islam yg dijaja melalui gagasan penyatuan ummah supaya PN dan BN dapat buktikan bahawa model pentadbiran kerajaan melayu islam yg mereka tawarkan itu benar² dapat diterjemahkan dan lebih baik dari apa yg ada harini.

Rakyat berhak tahu apadia model sebenar kerajaan melayu islam yg digembar gemburkan selama ini.

Namun , saya berharap gelombang penyatuan ummah ini tidak tersangkut diperingkat negeri sahaja.

Saya masih risau jika gelombang biru tu tak cukup kuat untuk menawan Putrajaya kerana politik dinegeri dan politik Persekutuan bukan gelanggang yg sama.

Di peringkat negeri, isu² tempatan seperti pentadbiran negeri, tanah, air, infrastruktur, kos sara hidup dan sentimen setempat lebih dominan.

Tapi diperingkat Persekutuan, rakyat akan menilai perkara yg jauh lebih besar.

Antaranya dasar fiskal dan ekonomi negara, pelaburan asing, kestabilan kewangan, hubungan diplomatik, keselamatan negara, pengurusan institusi, dasar pendidikan, kesihatan, pengangguran serta keupayaan pemimpin untuk mentadbir sebuah negara yg mempunyai masyarakat majmuk.

Sebab itu kemenangan di negeri tidak semestinya boleh diterjemahkan kepada kemenangan di Putrajaya.

Tapi , jika benar gelombang biru akhirnya berjaya menawan Putrajaya, saya sangat mengalu-alukannya.

Kerana saya betul² nak tengok apakah sebenarnya model “politik Islam” atau model pentadbiran kerajaan Melayu-Islam yg selama ini dilaungkan oleh gabungan PNBN ini.

Rakyat yg mengundi dan memenangkan mereka nanti juga adalah rakyat yg sama pernah memberikan mandat besar kepada Pakatan Harapan pada tahun 2018.
Maka apabila diberi peluang memerintah, PNBN tidak lagi mempunyai alasan untuk terus menyalahkan pihak lain.

Segala janji dan naratif yg dijaja selama ini wajib diterjemahkan kepada dasar, pentadbiran dan hasil yg boleh diukur.

Jika selama ini mereka kata bahawa pendekatan mereka lebih baik, lebih islamik , maka buktikan dengan tindakan.

Jika selama ini mereka kata mereka mampu mentadbir negara dengan lebih cekap, lebih bersih dan lebih berintegriti, maka buktikan dengan prestasi.

Jika selama ini mereka selalu kata DAP itu sama dgn pengganas komunis dan ideologi DAP itu berbahaya untuk negara , maka mereka wajib haramkan parti DAP berserta semua ahli² politik DAP dari menapak dalam arena politik negara.
Rakyat tidak akan menilai berdasarkan slogan atau retorik.

Rakyat akan menilai berdasarkan keputusan yg dirasai dalam kehidupan seharian.
Jika model yang dijanjikan itu benar² berjaya, tak mustahil rakyat akan terus berikan mandat.

Namun jika DAP masih gagal diharamkan , arak dan ladang babi juga masih berleluasa serta segala isu² terkait dgn agama islam dan melayu masih gagal diselesaikan , maka segala retorik kuasa politik melayu islam sudah tak terpakai lagi...

Dan pada ketika itu , segala laungan retorik melayu islam yg dijaja seperti sekarang sudah menjadi bahan lawak jenaka oleh rakyat.

Dan tak mustahil kamu akan kembali jadi pembangkang , malah kamu berisiko kalah lebih teruk dari apa yg terjadi pada tahun 2018..