KEGAGALAN MENGURUSKAN EKONOMI BUKAN KERANA MINYAK SEMATA-MATA..TETAPI INILAH KEBOCORAN YANG ADA


Pembaziran projek-projek gajah putih seperti bangunan kastam Johor Bahru menelan belanja berjuta ringgit.

Ganguan projek dan urusniaga dari pihak tertentu yang rapat dengan Perdana menteri sehingga menyebabkan berlakunya urusniaga dengan kerajaan yang sangat merugikan seperti penjualan aset harta dan saham kerajaan.

Tidakan dari pihak tertentu menggangu tender dan projek-projek menyebabkan banyak kontraktor bumiputra dan bukan bumiputra rugi atau terpaksa bungkus tikar. Hanya syarikat yang mempunyai perhubungan dengan pihak tertentu mendapat kontrak.

Keputusan dasar-dasar yang merugikan syarikat kepunyaan kerajaan namun menguntungkan pihak tertentu terutama dalam bidang automotif dan pengangkutan.

Pembatalan projek mega yang dikatakan membazir namun digantikan dengan koridor-koridor yang memakan belanja yang lebih besar dari projek mega yang dibatalkan.

Pengubahan dasar, tindakan yang bertukar-tukar dan keputusan yang memperlihatkan Perdana Menteri adalah seorang pemimpin yang lemah.

Kegagalan menarik minat pelabur luar untuk melabur berbanding dari Vietnam dan negara Asean yang lain.

Dan yang paling kritikal ialah tidak nampak hala tuju atau wawasan yang jelas diberikan oleh Perdana Menteri untuk negara.

SANUSI DIPECAT SEBAGAI PRESIDEN UIA


Pemecatan beliau tidaklah mengejutkan.Beginilah sebagaimana Anwar Ibrahim di pecat dahulu 2 Sept 1998.Pada masa itu Sanusi menjadi menteri besar Kedah.Bukan main lancang beliau mengkritik Anwar ketika itu.Beliau kemudiannya dilantik ke UIA bagi menghadapi kebangkitan pelajar UIA era 90an dan para tenaga pengajarnya.Sanusi dilantik ke UIA atas daya usaha Mahathir...kini semuanya kembali kepada asal..