HUSAM MUSA : AYUH MASUK HUTAN.BUKTIKAN BALAK TIDAK DICURI

 



Ayuh Masuk Hutan Buktikan Balak Tak Dicuri

Saya mencadangkan YB Dato Hanifa Ahmad@Kerajaan Kelantan membawa wartawan-wartawan melawat kawasan yg disyaki berlaku pencurian balak di HSK Nenggiri seberapa segera.

Buktikan tak berlaku kecurian balak di kompartmen 25 dan kompartmen sekitar.

Kenapa balak dan jentera disita kalau tak berlaku kecurian?

Isi-isi lain penjelasan YB Dato Hanifa seperti dilaporkan oleh Malaysiakini hari ini, tidak mengandungi kebenaran.

Masa akan membuktikan perkara ini.

Saya akan turut serta dalam lawatan pengesahan berlaku kecurian balak atau tidak itu nanti.

Berani kerana benar.

Telus tanda jujur.

Tidak mudah untuk silap mata rasanya dalam kes ini.

Ayuh!

Husam Musa

4 Jun 2022

#SaveKelantan

#SelamatkanKelantan

 

Cabaran Golongan Penternak Ayam




Cabaran Golongan Penternak Ayam

Keluhan demi keluhan yang diluahkan oleh golongan penternak dan pengeluar bekalan ayam semenjak kebelakangan ini. Antara enam (6) cabaran utama yang dinyatakan oleh golongan tersebut adalah;

1. Subsidi ayam bakal dihapuskan kepada golongan penternak mulai 1 Julai 2022.

Bagai sudah jatuh ditimpa tangga. Golongan penternak berhadapan dengan krisis yang pelbagai. Apabila subsidi dihapuskan, bukan golongan penternak sahaja menerima kesan bahkan pengguna juga akan berhadapan dengan kenaikan harga ayam. Sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk menghapuskan subsidi kepada penternak. Saya harap kerajaan mempertimbangkan balik keputusan ini berhadapan dengan cabaran inflasi.

2. Harga siling ayam

Apabila harga siling dinaikkan oleh kerajaan, perubahan kos pengoperasian dan pengeluaran terpaksa ditanggung oleh para penternak.

3. Kenaikan harga bahan mentah

Peningkatan pada harga dedak yang disebabkan oleh bahan buatan utamanya seperti jagung bijirin dan soya, akibat daripada krisis rantaian bekalan peringkat global.

4. Kenaikan harga anak ayam

Golongan penternak berhadapan dengan kerugian apabila harga anak ayam meningkat 75%.

5. Masalah kekurangan tenaga kerja

Stigma masyarakat terhadap pekerjaan di 'reban ayam' merupakan antara faktor kekurangan tenaga pekerja. Justeru, Malaysia banyak bergantung pada pekerja asing namun kebanyakan dari mereka sudah pulang ke negara asal sejak sempadan mula dibuka.

6. Peningkatan kos upah buruh

Apabila had gaji minima dinaikkan kepada RM1,500, ada juga perusahaan kecil yang mengalami sedikit kesukaran untuk menanggung kenaikan kos kepada pekerja, termasuklah golongan penternak dan petani lainnya.

YB DS Salahuddin Ayub

Timb Presiden AMANAH

 

 

'Tun Mahathir terlupa beliau letak jawatan, salahkan Anwar tidak sokong jadi PM ke 8'

 


Kenyataan bekas Perdana Menteri (PM) Tun Mahathir Mohamad bahawa Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan tokoh politik yang menjadi punca beliau gagal kekal sebagai ketua kerajaan sehingga hari ini amat menjengkelkan.

Bagi calon Naib Ketua Cabang KEADILAN Sungai Buloh, Zainurizzaman Moharam, ungkapan Tun Mahathir itu seolah olah memberitahu bahawa beliau 'terlupa' dirinya sendiri sebagai punca menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) terbubar.

Katanya, peletakan jawatan PM tanpa berunding dengan pemimpin PH itu menyebabkan sokongan ke atas Mahathir hilang dan bukannya tindakan Anwar.

"Kenyataan Mahathir mutakhir ini mendakwa beliau masih lagi PM jika tidak kerana langkah Anwar Ibrahim adalah suatu yang melucukan. Beliau agaknya terlupa beberapa perkara penting.

"Antaranya beliau bersetuju untuk menjadi PM interim selama 2 tahun sehingga Anwar dibebaskan.

"Setelah PH berjaya dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 14, Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri ke 7 dengan mencatat rekod sebagai Perdana Menteri tertua di dunia, selain 2 kali dilantik ke jawatan nombor 1 itu.

"Namun kemudian Tun meletakkan jawatan pada Febuari 2020 selepas 'Langkah Sheraton' yang digerakkan oleh Tan Sri Mahiaddin dan Azmin Ali.

"Ini adalah langkah menghilangkan kepercayaan yang dibuat beliau, tetapi beliau masih meletakkan kesalahan kepada Anwar Ibrahim," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zainurizzaman yang dikenali sebagai Zack di dunia twitter itu menambah, Tun yang terkenal dengan ungkapan 'Melayu mudah lupa' itu mungkin juga telah lupa bahawa beliau sentiasa berdolak dalik untuk menunaikan janji menyerahkan jawatan PM kepada Anwar sehingga menimbulkan rasa tidak senang penyokong tegar PH.

"Beliau merupakan Pengerusi Majlis Presiden PH yang telah menandatangani surat perjanjian tetapi berdolak dalik untuk menyerahkan jawatan kepada Anwar Ibrahim. Sekejap 2 tahun, sekejap selepas sidang kemuncak APEC, sekejap lagi ikut suka saya!

"Tun juga terlupa beliau orang yang berunding dengan ketua-ketua parti Pas dan Umno sebelum tercetusnya Langkah Sheraton. Kemudian beliau menamatkan riwayat kerajaan PH dengan meletak jawatan

"Jika Tun Mahathir lupa semua ini ketahuilah rakyat tidak pernah lupa," sinisnya.

Bagaimanapun Setiausaha Politik Farhash Wafa Salvador itu mempersoalkan apakah motif Mahathir aktif semula menjelang PRU ke 15.

Tindakannya muktahir ini, kata Zack, seolah olah mahu memecahbelahkan pembangkang dengan bayangan ingin mewujudkan khemah besar tetapi menyerang Datuk Seri Anwar.

"Apa yang pasti, matlamat Tun kembali adalah untuk memastikan Anwar Ibrahim tidak menjadi Perdana Menteri.

"Anwar adalah mimpi buruk baginya jika berpeluang menjadi PM. Apa sahaja cara dan helah akan digunakan oleh Tun untuk menyekat Anwar.

"Justeru, negara ini perlukan perubahan total dan melantik kepimpinan yang benar-benar membela nasib rakyat bukannya untuk kroni, anak dan isteri. Insaflah Tun selagi hayat masih ada. Negara pasti aman tanpa Tun Dr Mahathir," katanya lagi.

Kelmarin, dalam temuramah Mahathir bersama Utusan Malaysia, beliau menyalahkan Datuk Seri Anwar sebagai punca kegagalannya menjadi PM buat kali kelapan apabila hanya memperolehi 62 sokongan ketika Yang di-Pertuan Agong meminta Ahli ahli Parlimen mengundi siapakah yang layak dilantik sebagai PM.

Bagaimanapun, kenyataan Tun itu ditempelak oleh Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang bertegas menyatakan janji PH hanyalah untuk Mahathir menjadi PM ke 7 dan bukannya PM selepas itu.



ALAHAI NUSI NAIK PUN SEBAB ADA PENGKHIANAT DALAM PH DULU...TAK LAMA MANA PUN NANTI DIA PEE BUAT BENDANG BALIK LA.NU ORANG KEDAH DOK KERIAU BAB AYIAQ NU..

 


Jangan perlekeh kemampuan parti lain mahu PRU awal, Pemuda Umno beritahu Sanusi






Selaku pemimpin politik bertanggungjawab, Sanusi Md Nor perlu sedar
 bahawa demokrasi wajar dikembalikan kepada rakyat susulan huru
 hara ketika kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, kata Pengarah
 Komunikasi Pemuda Umno Syed Mohd Johan Rizal Unan Mashri.
 (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Sanusi Md Nor tidak sepatutnya memperlekeh kemampuan parti lain mahu mengadakan pilihan raya umum lebih awal memandangkan beliau menjadi menteri besar Kedah menerusi “pintu belakang”.

Pengarah Komunikasi Pemuda Umno Syed Mohd Johan Rizal Unan Mashri, berkata selaku pemimpin politik bertanggungjawab, Sanusi seharusnya sedar bahawa demokrasi wajar dikembalikan kepada rakyat.

“Sanusi dilantik ke jawatan menteri besar Kedah bukan sebab PAS menang PRU14 di Kedah. Beliau bernasib baik apabila berlaku huru-hara ketika kerajaan PH sebelum ini.

“Selain itu, Pesuruhjaya PAS Kedah, Ahmad Yahaya pula tewas di DUN Alor Mengkudu menyebabkan Sanusi dilantik sebagai menteri besar berdasarkan hierarki parti,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Syed Mohd Johan berkata, ia bukan soal siapa atau parti mana yang boleh menang untuk ‘kalut’ (kelam-kabut) mengadakan pilihan raya, sebaliknya ia berkait dengan mandat rakyat yang dikhianati sebelum ini.

“Selesa sangatkah kerusi menteri besar itu yang diperoleh tanpa mandat rakyat? Empuk sangatkah kerusi itu menyebabkan Sanusi lupa pada prinsip demokrasi yang menetapkan sesebuah kerajaan ditadbir oleh pihak yang benar-benar diyakini dan diberi mandat oleh rakyat?

“Mungkin Sanusi seronok sangat jadi ‘MB pintu belakang’ hingga lupa pada tanggungjawab itu?” soalnya.

Beliau yang juga ketua Pemuda Umno Alor Setar, menasihatkan Sanusi bahawa jawatan serta kedudukan politik yang ada bukan menjadi tiket untuk beliau lupa pada hak memilih oleh rakyat Kedah mahupun prinsip demokrasi dalam negara.

“Menafikan hak dan mandat rakyat itu akan ditanya Allah SWT di akhirat kelak. Lainlah jika Sanusi sendiri sudah kemaruk dengan kerusi empuk yang diperoleh secara percuma itu,” katanya.

Pada Rabu, Sanusi secara berseloroh mempersoalkan pihak yang sering mendesak agar PRU15 diadakan lebih awal, selain menyoal kemampuan parti mereka untuk memenangi pilihan raya akan datang.

Beliau turut mengulangi pendirian PRU15 wajar diadakan selepas tamat penggal, iaitu selepas Mei tahun hadapan.

Katanya, keputusan kerajaan negeri Kedah kekal seperti Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan untuk tidak membubarkan DUN sehingga tamat penggal ini.

SIDANG MEDIA HUSAM MUSA - ISU PEMBALAKAN BABITKAN 2 EXCO KELANTAN & KISA...


SIDANG MEDIA HUSAM MUSA - SKANDAL & KRONI PEMBALAKAN DI KELANTAN MEMBABITKAN 2 EXCO KELANTAN & BONGKAR KISAH LAMA TUN MAHATHIR KHIANAT ANWAR DAN KENAPA KENA IKUT SYARAT TUN MAHATHIR SERTAI "KHEMAH BESAR"? YBhg Datuk Husam Musa (Pengerusi Save Kelantan)


Didik pemimpin Umno ‘bermasalah dalam BM’ mengenai MoU, Loke beritahu Is...


Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook berkata, Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob perlu menjelaskan dengan lebih terperinci berhubung memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dengan Pakatan Harapan (PH) kepada pemimpin Umno.


DATO ZAHARIN "BONGKAR", SIAPAKAH 2 LEMBAGA "HITAM" UMNO? PRU15 - RAFIZI ...



DATO ZAHARIN "BONGKAR", SIAPAKAH 2 LEMBAGA "HITAM" UMNO? PRU15 - RAFIZI BAWA KEMENANGAN KEPADA PKR? UMNO AKAN KALAH PADA PRU15?



RENTASAN 1141 | GEMPAR!! PELAKSANAAN GST BERTUJUAN UNTUK BAYAR HUTANG 1MDB?



MENARIK DALAM RENTASAN 1141

1. BN BELUM SEDIA KAWAL KUBU-KUBU MEREKA 2. KENAPA MENENTANG GST? 3. KERAJAAN BARISAN NASIONAL CAP AYAM, KATA FAIZ 4. BEKALAN UBAT-UBATAN PULA BERMASALAH



“USAHA PERKASA WANITA DIROSAKKAN ANAK PEREMPUAN PRESIDEN UMNO”


 Anak kepada Zahid Hamidi, Presiden UMNO, Nurulhidayah Hamidi, telah merosakkan usaha

 pemerkasaan wanita apabila dia mengatakan yang golongan wanita tidak dilahirkan untuk menjadi

 pemimpin. Kita pernah pun ada seorang Timbalan Perdana Menteri wanita, dan sepatutnya

 tidaklah terlalu sukar untuk kita mempunyai seorang Perdana Menteri wanita. Rakyat Malaysia

 perlu berusaha untuk memecahkan siling kaca ini dengan memilih seorang Perdana Menteri

 wanita.

Indonesia, Filipina, Singapura, Korea Selatan, India, Nepal, Taiwan, Sri Lanka, Tanzania, Argentina,

 Greece, Finland, Ireland, Iceland dan Brazil adalah antara negara yang sudah mempunyai

 Presiden wanita manakala India, Pakistan, Sri Lanka, Bangladesh, Turki manakala Thailand,

 Australia, New Zealand, United Kingdom, Perancis, Belgium, Israel, Tunisia, Norway, Kanada,

 Sweden, Finland, Denmark, Ireland, Iceland, Lithuania, Poland dan Portugal adalah antara negara

 yang pernah memilih Perdana Menteri wanita.

Jerman pernah melantik seorang Canselor wanita mana Ratu Elizabeth kini sedang meraikan jubli platinum sempena 70 tahun berada di atas takhta sebagai Ratu United Kingdom.

Nurulhidayah berhasrat untuk mengundurkan kemajuan ini tetapi dia perlu diingatkan kepada kata-kata Perdana Menteri wanita pertama Israel, Golda Meir:

“Sama ada wanita itu lebih baik daripada lelaki, saya tidak boleh katakan – tetapi saya boleh katakan mereka pastinya tidak lebih teruk.”

Nurulhidayah perlu ingat yang kita kini berada di dalam era pemerkasaan wanita, dengan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Rohana binti Yusuf kedua-duanya wanita, dengan tujuh orang lagi hakim wanita daripada dua belas orang hakim Mahkamah Persekutuan.

LIM KIT SIANG

Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Johor.


HARAP UMNO JANGAN AMBIL KAKI FITNAH INI SEBAGAI CALON.

 



Tiada lagi alasan PRU15 tidak diadakan selepas MoU tamat, kata Asyraf






Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Umno secara
 konsisten berpendirian bahawa segala polemik politik perlu dihentikan
 dengan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat.

PETALING JAYA: Tiada lagi alasan untuk pilihan raya umum ke-15 (PRU15) tidak diadakan dalam masa terdekat kerana memorandum persefahaman (MoU) antara kerajaan dengan pembangkang akan berakhir selepas Julai ini, kata Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata, PRU15 perlu diadakan bagi mendapatkan mandat baharu daripada rakyat kerana pandemik Covid-19 kini juga telah berakhir.

“Selagi mandat baharu tidak diperolehi, selagi itulah kerajaan yang terbentuk atas kerjasama longgar parti-parti politik dan ihsan pembangkang tidak akan mampu mencapai kestabilan dan menjamin kesejahteraan rakyat dari segi ekonomi, pentadbiran, kebajikan dan sosial,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Asyraf berkata, Umno secara konsisten berpendirian bahawa segala polemik politik perlu dihentikan dengan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat.

Katanya, ketidakstabilan politik di negara ini berterusan selepas berlakunya tiga kali perubahan kerajaan.

“Sebaliknya Umno konsisten sejak kejatuhan Kerajaan PH 22 bulan lalu apabila Tun Mahathir (Mohamad) yang berterusan ditekan oleh Anwar Ibrahim meletakkan jawatan sebagai perdana menteri pada 24 Feb 2020,” katanya.

Asyraf turut menyenarai beberapa kronologi pendirian Umno sejak Feb 2020 sehingga kini.

Katanya, ketika itu BN dan PAS selepas itu bersetuju untuk mencalonkan Muhyiddin sebagai perdana menteri selepas menerima nasihat Presiden PAS Hadi Awang bahawa lebih baik masuk sebagai kerajaan dahulu untuk sementara waktu bagi menghadapi pilihan raya.

“Menurut presiden PAS, rasionalnya lebih mudah untuk hadapi PRU sebagai kerajaan berbanding pengalaman panjang PAS sebagai pembangkang.

“Lima hari selepas kerajaan baharu terbentuk, mesyuarat jawatankuasa induk perundingan Umno dan PAS telah membuat ketetapan bahawa keberadaan dalam kerajaan hanya untuk sementara, paling lama enam bulan,” katanya.

Beliau berkata, pada 27 Ogos tahun lalu, Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno sebulat suara menyokong penuh Ismail Sabri Yaakob sebagai perdana menteri dan menggesa untuk diserahkan mandat semula kepada rakyat bagi PRU15 diadakan setelah ‘Herd Immunity’ dari segi vaksinasi dicapai.

“Datuk Seri Ismail menegaskan dalam mesyuarat, kelebihan sebagai PM (perdana menteri), beliau kini mempunyai ‘kunci’ untuk menentukan bila waktu sesuai untuk pembubaran Parlimen dan pastinya bila kunci hendak digunakan akan dirujuk kepada presiden dan MKT.

“Pandemik Covid-19 secara rasmi berakhir pada 1 Mei apabila kerajaan mengumumkan negara memasuki fasa endemik dan rakyat sudah mencapai imunisasi berkelompok, tiada lagi alasan untuk menangguhkan PRU15,” katanya.

HANTU RAYA HIDUP LAGI ?

 

HANTU RAYA HIDUP LAGI ?

HANTU  RAYA  HIDUP  LAGI  ?

 

Tamrin Tun Ghafar

 

Isnin - 06/06/2022

( 1 -  22 )

 

 

1.   Ingatkan 'Hantu Raya'  ini sudah tiada lagi  selepas lama bersembunyi menghilang dari umum

 

2.  Kerana  perangai dan sikap bodoh beliaulah yang menyebabkan  saya mula  menulis  sehingga  sekarang

 

3.  Apakah beliau menganggap mendiamkan diri maka umum akan lupa apa yang dilakukannya  ketika menjawat jawatan penting negara  dan menganggap  segala  kesalahan yang dilakukan dimaafkan ?

 

4.  Cakap - cakap bahawa 'Hantu Raya'  tidak bertuan  mungkin benar dan 'Hantu Raya'  juga akhirnya  akan makan tuan  pun ada kebenarannya

 

5.  Kemunculan 'Hantu Raya'  ini  secara tiba - tiba  dengan  menawarkan diri kepada mana - mana Parti  bagi bertanding dalam Piihanraya Umum akan datang  tak ubah seperti jalang  yang menawarkan diri  kepada  sesiapa yang kemaruk seks

 

6..  Baru - baru ini Dzulkifli Ahmad , mantan KP SPRM  yang dimaksudkan sebagai  'Hantu Raya'   menawarkan diri kepada  mana - mana parti  yang berkehendakan beliau  bertanding  di Kawasan Parlimen Tasek Gelugor ,  Pulau Pinang 

 

7.  Kepada saya hanya parti yang ketandusan calon sahaja seperti Parti Cinta Malaysia atau Parti Bangsa Malaysia  yang  akan menggambil orang yang tak siuman  ini bertanding

 

8.   Menyampaikan  bantuan tidak salah , malah  digalakan tetapi  janganlah  menggambil kesempatan  dengan bantuan  tersebut

 

9.  Dzulkifli Ahmad dipecat dari jawatan KP  SPRM  setelah melakukan beberapa perkara bodoh  yang  memakan diri

 

10.  Buat permulaan  perlantikan beliau kejawatan tersebut oleh Najib Tun Razak  ketika itu pun telah dipertikaikan

 

11.  Perlantikan tersebut  adalah 'hadiah istimewa'   setelah MEMBOCORKAN kandungan  Kertas Pertuduhan  Ghani Patail , Peguam Negara  terhadap Najib berkaitan kes 1MDB ( sila lihat lampiran ) 

 

12.  Najib yang  telah didapati  bersalah  mencuri wang Negara/Rakyat melalui 1MDB  oleh Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan terdiri dari 3 orang Hakim  dan sedang berusaha keras bagi melepaskan diri di Mahkamah  Persekutuan ,  dari dulu hingga sekarang  masih  memerlukan  apa saja  bantuan yang  boleh  termasuk  dari SPRM

 

13.   Kertas Pertuduhan  adalah RAHSIA  NEGARA  jestru membocorkannya  adalah satu kesalahan  jenayah yang  masih boleh diambil tindakan bila - bila masa  namun  ianya tidak berlaku kerana  beliau  ketika itu  dilindungi  Perdana Menteri  Najib

 

14.   Selepas  dilantik  beliau mula mengganas  dengan menunjukan belang sebenar

 

15.  Jika masih ingat ada 2  tindakan bodoh dan tidak bermaruah  yang dilakukan  :

 

i.  Melanggar Aturan dan Peraturan Perkhidmatan Awam  dengan menyelar / menyerang  dasar  kerajaan   secara umum -  Ali Hamsa ,  Ketua Setiausaha  Negara  atau  KSN   ketika itu  takut menggambil  tindakan disiplin  kerana hubungan beliau dengan Najib  TERLALU  intim dan tidak menghairankan juga berkemungkinan telah 'dibeli'  kerana masa itu  'CASH  IS  KING'  

 

ii.   Mengheret kesana sini  Hazreen Hatta  yang sewaktu itu masih bersuami ,  termasuk ke Bali , Indonesia 

 

16.   Yang menjadi tanda tanya sehingga kini :

 

i.  Apakah Dzulkifi telah menyalahguna wang SPRM  berseronokan dengan Hazreen dengan diiringi oleh 2 orang pegawai SPRM  -  mengapa tidak ada sebarang siasatan oleh Kerajaan  dulu dan sekarang  walaupun beliau sudah bersara

 

ii.  Mengapa Hazreen yang MASIH  bersuami dan mempunyai anak ketika itu SANGGUP  membohongi dan melakukan maksiat  ;  apakah  beliau terlalu berahi sehingga tidak takut balasan ALLAH  SWT nanti

 

17.   Perangai dan perbuatan Dzulkifli telah menjadikan ikutan oleh beberapa pegawai  SPRM  yang memalukan  dan susah hendak dipercayai ( sila lihat klip video Zahrin Yassin  )

 

18.  SPRM  kini yang diketuai Azam Baki  kini  BERSELIPUT  dengan rasuah dan isu moral

 

19.  Walaupun beberapa pegawai dihadapkan ke Mahkamah namun banyak lagi kes melibatkan  rasuah dan salahguna kuasa oleh pegawai - pegawai tinggi SPRM  termasuk kes Azam Baki  ditutup atau disenyapkan sahaja ( sila lihat lampiran )

 

20.   Tidak salah malah saya bersetuju SPRM  siasat sahaja  TANPA  PILIH  KASIH  DAN BULU  termasuk Hakim Nazlan Ghazali  tetapi  dalam masa sama  SPRM  dan Kerajaan  'Keluarga Malaysia'   sepatutnya  menggambil tindakan juga terhadap Azam dan Pegawai yang rasuah dan tidak bermoral

 

21.  Semoga rakyat khususnya pengundi di Kawasan Parlimen Tasek Gelugor atau dimana - mana Kawasan  berhati - hati agar  TIDAK  TERTIPU  dengan 'Hantu Raya'  ini ; beliau akan lakukan apa sahaja  termasuk berketubah atau mendeklarasikan sajak

 

22.  INGAT  'HANTU RAYA'  INI  PANDAI  BERPURA - PURA

 

 

Wassalam

Terima Kasih

TAMBRIN TUN GHAFAR

ELOK LA..KERJASAMA DENGAN NGO, MOGA BERJAYA JADI PM KALI KE 3-JNGAN SALAHKAN ANWAR LAGI

 

Pejuang kerjasama dengan NGO hadapi PRU15, kata Dr M




Pengerusi Pejuang Dr Mahathir Mohamad, berkata agenda utama ketika
 ini adalah untuk menjelaskan hala tuju sebenar partinya, selain enggan
 membincangkan soal kerjasama dengan parti politik. (Gambar
 Bernama)

PETALING JAYA: Pejuang akan bekerjasama dengan hampir 100 badan bukan kerajaan yang turut merangkumi badan profesional dalam berdepan pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata pengerusinya, Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, ia pembabitan pihak berkecuali itu termasuk kumpulan pesara tentera dan guru.

“Kita akan bekerjasama kerana mereka juga berhak mengundi, sebenarnya kalau Umno pun kalau bergantung kepada ahli Umno sahaja, mereka tak boleh menang. Umno menang kerana orang ramai sokong. Kita pun macam itu juga, kita nak beritahu pada orang ramai apa dia Pejuang.

“Kalau mereka, mempunyai pendirian yang sama dengan Pejuang, kita boleh kerjasama dengan mereka. Pertamanya, kita nak hapuskan budaya rasuah ini, kebanyakan daripada mereka macam di Johor baru-baru ini, kita cuba nak tarik sokongan kepada Pejuang, mereka tanya, berapa Pejuang nak bagi. Ini kerana parti lain konon bagi RM200 pada pengundi.

“Kita tak bagi duit, kita kalau berjuang nak dapat sokongan bukan kerana duit,” katanya menurut laporan Awani.

Bekas perdana menteri itu berkata demikian selepas merasmikan Pemukiman Pejuang Melaka, di sebuah hotel, di Ayer Keroh, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau mengakui parti itu tidak akan bergerak solo bagi mempertaruhkan nasib pada PRU15 yang digambarkan bakal diadakan tidak lama lagi.

Namun, Mahathir berkata, ini bukan masa sesuai untuk membincangkan soal kerjasama dengan mana-mana parti politik, sebaliknya agenda utama parti ketika ini adalah untuk menjelaskan hala tuju sebenar parti, selain tumpuan kepada masalah dihadapi masyarakat Melayu.

Katanya, ini kerana masyarakat juga kecewa dengan kelakuan sesetengah ahli politik yang jelas tidak lagi berjuang untuk bangsa, sebaliknya merebut jawatan tertinggi di dalam parti mahupun kerajaan.


BENDA BERLAKU KOT- KALAU WARGA NET NAK SENSASI- DIPENANG SANA LAGI LA MELUAS PENGGUNAAN SEGALA MACAM MEDIA...SALAH WARGA NET PULAK...

 

Warganet sensasikan isu rogol, sumbang mahram di Kelantan, kata Mohd Amar




Timbalan Menteri Besar Kelantan Mohd Amar Nik Abdullah, berkata
 sikap warganet yang suka membesar-besarkan isu rogol dan sumbang
 mahram di negeri itu sehingga ke tahap disensasikan. (Gambar
 Facebook)

PETALING JAYA: Sikap suka mensensasikan kes rogol dan sumbang mahram khususnya membabitkan Kelantan menjadi punca negeri itu menjadi “sohor”, kata timbalan menteri besarnya, Mohd Amar Nik Abdullah.

Katanya, selain sikap warganet itu, laporan dibuat media juga dikatakan menambah kehangatan berhubung isu berkenaan.

“Kalau media tidak lapor, maka tiadalah isu ini. Kerajaan tidak nafi perkara ini, negeri lain mungkin kurang sebab tiada laporan.

“Saya lihat sikap netizen, bila isu Kelantan sahaja ia menjadi besar. Sedangkan masalah yang sama ada di tempat lain, seolah-olah di Kelantan mesti sempurna tiada salah dan silap. Itulah masalahnya,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Amar berkata, kerajaan negeri tidak pernah lari dalam isu tersebut malah sentiasa berusaha untuk mengatasinya.

Katanya, kerajaan negeri menjadikan “Membangun Bersama Islam” sebagai dasar utama dalam memberikan kefahaman berkait agama kepada masyarakat.

“Disebabkan dunia ketika ini terbuka semua bahan yang boleh mengundang kepada perbuatan tersebut mudah untuk dilayari.

“Bagi saya tidak wajar meletakkan kesalahan ini di bahu kerajaan semata-mata. Masing-masing ada tanggungjawab, sebagai orang Islam kita perlu hidup dengan ajaran agama yang sempurna,” katanya.