prdStnoose0g84c70l4aM72mt3y74g1:a 5 334 uc0 ·
Aku ambil benda ni dari Mag Malaya Ahmad
dan aku ada real life experience on business taska ni.
Business taska ni memang business yang margin sangat tipis dan
risky gila.
Mungkinlah rasa pengusaha charge RM500-RM1000 tu macam banyak
dan tengok pula ada 30-40 student. Kita pon kira congal, sorang student bayar
RM600 x 40 student dapatlah RM24,000. Fuh masyuk gila jadi pengusaha taska.
Tapi kos operasi tinggi. Sorang cikgu gaji RM1800-RM2200. Ada 4
orang cikgu kos dah dalam RM7200-RM8800. Pembantu taska RM1200-RM1500, 3 orang
dah dalam RM3600-RM4500. Tukang masak 1 RM2000.
Dkt staff je dalam RM12,800-RM15,300. Tinggal lah balance dalam
RM12k-RM9k. Nak bayar kos makan, kalau kira RM5 per student per hari. RM5x40x20
= RM4000. Tinggallah dalam RM8k - RM5k.
Tolak kos sewa bangunan, bil api dan air adalah balance dalam
RM1-2k sahaja.
Tipis gila margin. Kalau semester tu tak cukup 40student, memang
semester tu running at loss.
Aku tak cakap apa yang orang ni luahkan salah, cuma aku
menceritakan realiti pengusaha taska. Kalau taska yang charge RM5-6ratus
sebulan tu memang diorang main atas api.
Kalau dapat
50student, adalah untung sikit. Kalau tiba2 dapat bawah 40student, memang rugi.