Liputan Berita :
Kerajaan Negeri Kelantan menjalankan siasatan dalaman berhubung
kebocoran maklumat sulit kepada individu tertentu bagi tujuan politik.
Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui
perkara itu berlaku dan mempercayai ia didalangi kakitangan pentadbiran negeri.
"Maklumat-maklumat ini dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi.
Kita sudah ada Akta Rahsia Rasmi. Dan kemungkinan, ada kalangan kita yang
membocorkan maklumat tersebut.
"Cuma sekarang ini kita belum ada bukti lagi. Kalau ada
bukti, kita akan ambil tindakan.