4 MAHASISWA DI TAHAN






seramai empat orang pelajar daripada kumpulan "Jentera Mahasiswa PRK Galas" hari ini ditahan selepas membuat satu sidang media di Gua Musang.

Kumpulan seramai 200 orang itu tiba pagi ini di Gua Musang sebagai pemerhati dalam pilihan raya kecil DUN Galas.

Keempat-empat pelajar berkenaan ditahan pada kira-kira jam 1.50 hari ini ketika mengedarkan risalah di bandar lama Gua Musang.

Wakil dari kumpulan terbabit Shukri Kamaruddin berkata, pihak polis yang mendekati kumpulan mahasiswa terbabit telah mengarahkan kesemua mereka supaya pergi ke IPD Gua Musang.

Selepas rundingan selama kira-kira 15 minit, anggota polis berkenaan hanya membawa empat orang pelajar bersama mereka, katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Kesemua yang ditahan merupakan anggota Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) iaitu Syukri Razak, Mohd Syahrulden Ahmad Rosdi, Mohd Yusof Hadhari serta Mohd Rijaluden Mohd Anwar.

HIDUP GERILA-AMIN ISKANDAR



Lebih kurang tujuh tahun lalu, saya bernasib baik kerana diperkenalkan dengan Mohd Yunus Lebai Ali yang lebih dikenali dengan panggilan Yunus Ali. Mungkin ramai yang mengenalinya dan ramai juga yang tidak pernah mengetahui tentang kewujudan manusia hebat ini. Yunus adalah bekas aktivis mahasiswa sekitar tahun 70-an. Beliau juga seorang 'korban' Operasi Lalang yang menyaksikan lebih 100 orang pemimpin parti pembangkang dan NGO menjadi mangsa kerakusan kerajaan pada ketika itu.
Selain seorang pensyarah sambilan, tidak ramai yang tahu bahawa beliau merupakan satu-satunya rakyat Malaysia yang menjadi anggota unit komando Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) di bawah pimpinan Yaser Arafat! Senator Yusuf Husin, Mohamad Sabu, Lim Guan Eng dan Datuk Mahfuz Omar adalah teman-teman baik beliau semasa di Kem Tahanan Kamunting.


Selain itu di pihak pemerintah, Ahmad Zahid Hamidi, Ismail Sabri Yaacob dan Ahmad Shabery Cheek adalah teman rapat beliau sewaktu bersama dan selepas memimpin Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM). Saya tidak pernah menyangka bahawa pertemuan itu akan mengubah perjalanan hidup saya. Pada ketika itu, Amerika Syarikat sudah setahun dua menjajah Iraq. Ayat pertama Yunus Ali kepada saya sebaik saja kami diperkenalkan adalah: "Kalau aku muda macam kamu ini, dah lama aku pergi Iraq." Kenyataan itu menyebabkan saya berminat untuk mengenali beliau dengan lebih mendalam.

Yunus pada waktu itu adalah pengarah eksekutif kepada Pusat Janadaya atau Empower, sebuah NGO yang melaksanakan kerja-kerja mempromosi demokrasi dan hak asasi manusia. Selain itu, NGO tersebut turut menjalankan program-program bagi membantu mangsa tsunami di Kuala Muda, Sungai Petani dan Pulau Langkawi, Kedah. Yunus mengundang saya dan kawan-kawan untuk membantunya menjayakan program-program Empower di Kuala Muda dan Langkawi. Pada waktu itu, fokus Empower untuk menjalankan program untuk kaum ibu dan remaja. Menubuhkan NIEI Sewaktu bekerja, saya dapat melihat kehebatan Yunus. Sifatnya yang lemah-lembut menawan hati peserta-peserta program termasuklah kami di pihak penganjur.


Yunus juga seorang penyabar dalam mengurus organisasi. Saya dan kawan-kawan yang agak "liar" pada ketika itu dapat beliau tangani sehinggakan kami berubah untuk menjadi manusia yang lebih baik. Hubungan beliau dengan peserta tidak kurang hebatnya.
Sehingga kini, jika kami beritahu Pak Teh di Kuala Muda tentang niat untuk ke kampungnya, beliau akan pastikan ikan-ikan laut yang terbaik hasil tangkapannya di masak oleh Mak Teh untuk kami. Begitulah hebatnya saudara Yunus Ali. Saya berani katakan jika pilihan raya diadakan di Kuala Muda atau Pulau Langkawi terutamanya di kawasan-kawasan dimana program-program dilaksanakan oleh Empower, sesiapa yang menentang Yunus pasti akan hilang "wang depositnya".


Selepas selesai program membantu mangsa Tsunami di Kedah, saya mendekati Yunus untuk bersama-sama menubuhkan sebuah NGO yang bekerja untuk demokrasi dan pilihan raya. Kami menubuhkan Institut Integriti Pilihan Raya (NIEI) bersama dengan berberapa rakan-rakan aktivis yang lain. Pada 4 Julai 2007, NIEI secara rasminya didaftarkan. Pada waktu itu, Yunus hanya memberikan satu pesan kepada saya iaitu, perlu ada istiqamah dalam perjuangan. Pada mulanya, saya tidak faham mengapa beliau berkata demikian, akan tetapi apabila waktu bergerak seiring dengan perjalanan NIEI, barulah saya faham apa yang beliau maksudkan.


Di dalam perjuangan untuk membangunkan NIEI sebagai sebuah organisasi, banyak pengorbanan yang dilakukan oleh Yunus. Beliau memberikan tumpuan sepenuh masa kepada NIEI dan meninggalkan kerja-kerja lain. NIEI mula mendekati masyarakat dengan menganjurkan program pendidikan pengundi di Sabah. Sebulan selepas itu NIEI memulakan program yang pertama di Sabah dengan kerjasama PACOS-Trust, sebuah NGO besar di Sabah. Program kami mendapat sambutan dan diperluaskan ke daerah-daerah lain. Pada tahun 2008, program dikembangkan ke Sarawak.

Kami berjaya menganjurkan program di Kuching, Bintulu dan Miri. Selain itu, NIEI turut melibatkan diri dalam melakukan pemantauan terhadap perjalanan proses pilihan raya kecil (PRK) seperti di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Penanti dan banyak lagi. Tidak kira ada dana atau tidak, Yunus akan mencari wang termasuk menggunakan wang peribadinya untuk memastikan NIEI ikut turut serta dalam setiap PRK. Arena antarabangsa Di arena antarabangsa, NIEI dijemput menjadi ahli kepada Asian Network for Free Election (ANFREL).

Kami menghantar wakil untuk bersama-sama ANFREL ke Afghanistan, Bangladesh, Cambodia, Filipina, Indonesia, Korea Selatan, Nepal, Pakistan, Sri Lanka, Singapura, Taiwan dan Timor Timur. Pada tahun 2007, sewaktu membantu ANFREL menjayakan misi pemantauan di Autonomous Region of Muslim in Mindanao (ARMM) di Filipina, Yunus memperlihatkan kepimpinannya di arena antarabangsa. Kefahamannya yang mendalam terhadap masalah yang berlaku di Mindanao menyebabkan pemerintah Filipina, media dan pihak yang bertelagah senang hati dengan kehadiran ANFREL. Sidang akhbar ANFREL selepas selesai misi pemantauan dibanjiri oleh media tempatan dan antarabangsa. Yunus diwawancara secara langsung oleh BBC dan Channel News Asia. Yunus sebenarnya menghidap penyakit SLE atau digelar "lupus". Penyakit ini sama bahayanya dengan penyakit leukimia. Selain itu, Yunus turut menghidap penyakit gout yang menghalang dirinya untuk sering makan daging kambing bakar kegemaran. Yunus kegeringan Namun semangat yang ada pada Yunus sangat tinggi. Setiap kali sebelum NIEI mempunyai kerja-kerja penting baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa, Yunus pasti akan menjaga kesihatannya bagi memastikan beliau dapat bersama.


Begitulah kuatnya semangat orang yang bernama Yunus Ali. Penglibatan terakhir Yunus dalam misi ANFREL adalah sewaktu pilihan raya presiden pada tahun 2009. Saya pada ketika itu membantu ANFREL sebagai penyelaras bagi pemantau-pemantau jangka panjang (LTO). Sesampainya Yunus di Kota Kabul sebagai ketua delegasi dari Malaysia, beliau terus jatuh sakit. Sepanjang misi, seorang pemantau dari Thailand, Air telah menjaganya dengan baik seperti mana anak gadis menjaga seorang ayahnya. Menurut isteri kepada Yunus, Maria Chin yang juga seorang aktivis hak wanita yang terkenal di Malaysia, semenjak pulang dari Afghanistan, kesakitan Yunus tidak pernah sembuh. Pada pertengahan bulan September tahun ini sewaktu saya berada di Beijing, China bagi mengikuti program Building a Better Asia (BABA) anjuran The Nippon Foundation, saya menerima SMS dari seorang teman, yang juga anggota NIEI. SMS tersebut berbunyi, "Yunus sudah berhenti bernafas, doktor sudah mengesahkannya".

Saya terus lari keluar dari International Center, University of Peking, tempat program berjalan. Saya membuat panggilan kepada berberapa orang termasuk Hishamuddin Rais, teman seperjuangan Yunus semenjak zaman mahasiswa. Selepas sah Yunus meninggal dunia, saya berjalan perlahan-lahan menggelilingi universiti. Sedar tak sedar air mata berlinang akhirnya tangisan menjadi semakin kuat sepertimana tangisan Michael Corleone dalam filem The Godfather 3 apabila anak perempuannya mati ditembak. Gadis-gadis cantik, mahasiswa universiti yang tinggi lampai yang berada berhampiran turut bersedih tetapi pasti tidak mengerti mengapa saya menangis. Selepas Yunus tiada lagi Sehingga kini saya masih belum percaya bahawa Yunus telah meninggal dunia.


Saya belum kuat untuk bertemu dengan Maria Chin dan anak-anak Yunus. Saya akan cuba kuatkan diri untuk pergi bertemu dengan mereka secepat mungkin untuk menyelesaikan segala perkara yang tertunggak. Janji saya kepada diri, cita-cita Yunus Ali untuk melahirkan sistem pilihan raya yang baik dan demokratik akan saya teruskan. NIEI akan terus berdiri sebagai sebuah badan yang independen tanpa dipengaruhi oleh mana-mana parti politik. Kami tidak peduli soal siapa yang akan memerintah, yang penting, perjalanan pilihan raya di Malaysia, bebas dan adil untuk semua pihak. Segala pelajaran yang diberi oleh Yunus akan saya kongsikan kepada anak-anak muda yang berminat untuk bersama perjuangan NIEI. Dalam usia yang masih muda dan terkontang-kanting membina hidup, bukanlah satu perkara yang mudah untuk menjadi pengerusi NIEI. Akan tetapi, berkat tunjuk ajar dan bimbingan yang diberi oleh Yunus Ali, seorang sahabat dan pemimpin yang amat dikasihi, cabaran akan disahut untuk terus berjuang bagi memastikan Malaysia akan menjadi lebih baik pada masa akan datang.

Untuk pengetahun semua pembaca, ini adalah artikel yang paling susah untuk disiapkan. Ianya memakan masa hampir dua bulan. Artikel ini mula di tulis di China, kemudian diteruskan di Malaysia dan alhamdulillah akhirnya berjaya disiapkan di Thailand. Selamat jalan Yunus Ali. Kita pasti akan bertemu lagi. Kami akan terus merinduimu. Al-Fatihah. Pelajaran yang paling penting yang saya pelajari dari Yunus Ali adalah bagaimana untuk melaksanakan segala kata-kata. Sepertimana kata Rendra, seorang penyajak ulung dari Indonesia, "perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata". Semoga Yunus aman disana. Bersama-Nya. Bersama Dr Burhanuddin Helmy, Ahmad Boestamam, John Lennon Che Guavara. Dan yang paling penting bersama Muhammad SAW dan Ali bin Abi Talib.


GUNA SEKOLAH DI GALAS

KIRIMAN SHAHPUDIN

MACAM BIASA UNTUK MENARIK GOLONGAN BELIA DAN SEKOLAH DIGUNAKAN..

Brickfields local traders losing out to foreigners.mp4

UMNO TERDESAK DI GUA MUSANG

PAS-DAP: Kempen Umno makin terdesak di Galas
Nazri Abdullah

GUA MUSANG, 30 Okt: Siri kempen Pilihan Raya Kecil Galas memperlihatkan Umno terus terdesak apabila cuba menyamakan bentuk kerjasama Umno-MCA dengan PAS-DAP.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, bentuk kedua-dua kerjasama tersebut adalah sangat jauh berbeza di mana Umno perlu wala' (patuh) kepada MCA biarpun terpaksa menggadai perinsip Islam.

Manakala dalam hubungan PAS-DAP, kedua-duanya hanya bertahaluf (berkerjasama) atas perkara yang sependapat, tanpa menyentuh atau menggadai perinsip Islam.

"Ada dua kerjasama- kerjasama tahaluf, iaitu satu kesefahaman di dalam menentang kezaliman dengan tidak menggadaikan prinsip Islam yang telah ditetapkan oleh Allah.

"Kerjasama kedua ialah kerjasama wala' yang memberi kelonggaran kepada Islam dengan menggadaikan ketetapan Islam sehingga sanggup menentang Islam," katanya.

Beliau menjawab dakwaan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika berkempen di kawasan masyarakat Orang Asli Galas bahawa, PAS hanya membuat fatwa ‘ikut suka’ demi kepentingan diri.

Timbalan Perdana Menteri itu merujuk kepada kenyataan Abdul Hadi pada satu ceramah di sini yang menjelaskan kerjasama PAS-DAP adalah tidak salah dan berbeza dengan kerjasama Umno-MCA.

Semalam, memberi respons isu sama, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz melahirkan rasa hairan di atas sikap ‘buat-buat tak faham’ Umno melihat perbezaan tersebut.

"Kadang-kadang terfikir juga pasal apa tak faham sangat Umno ini pada hal telah berkali-kali kita beri penjelasan.

"Kerjasama PAS dengan DAP dalam Pakatan tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

"PAS masih dengan agenda Islamnya bahkan kami di Kelantan setiap tahun meraikan Hari Hudud," katanya.

Mengulas lanjut, Nik Aziz berkata kerjasama dengan DAP yang dikatakan sebagai chauvinis Cina tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam.

Beliau menyifatkan Umno masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit sehingga tidak tahu menilai kesyumulan Islam secara keseluruhan.

"Melayu pun tidak terbela, Islam pun tidak terjaga. Umpama Lebai Malang, ke hilir pun berlapar, ke hulu pun tidak kenyang. Kononnya, bila Melayu dan Islam ialah perkara yang sama.

"Apa yang mereka tahu, hanya mengkritik orang saja," jelasnya.

Mahkamah putuskan 22 November

1. ADANYA LAPORAN AWAL SEBELUM 13 JULAI YANG INGIN DILIHAT DAN DIKAJI.



2.INI ADA UNSUR PEMBOHONGAN KATA PEGUAMBELA.AKAN TETAPI DIBERIKAN LAPORAN PADA 10 JULAI SEBAGAI GANTINYA.


3. Bukan mudah untuk menjalankan pemeriksaan “proctoscopy” ke atas Saiful meskipun dengan menggunakan bahan pelincir.

4. Pada akhir Jun 2008, Saiful mengunjungi Hospital Pusrawi, pusat perubatan swasta, untuk pemeriksaan ekoran sakit di bahagian dubur sebelum dirujuk kepada HKL.

5. Laporan perubatan dari Pusrawi, yang bocor tahun lalu, mendedahkan bahawa Saiful tidak buang air besar selepas dia diliwat.


6. Pakar bedah Am Dr Razali Ibrahim yang memeriksa Mohd Saiful Bukhary Azlan untuk mengenal pasti kesan-kesan diliwat memberitahu mahkamah, beliau mendapati rektum pengadu itu “kosong.” .

7.PADA PERBICARAAN 14 OKT LALU DR KHAIRUL MENYATAKAN ADANYA BERLAKU KES KERANA ADANYA KESAN PADA JUBUR "saya menjumpai air di kawasan b5,b7,b9 tetapi tidak di kawasan lain" SAIFUL.


8...HE..HE..HE........AUTA....

KUALA LUMPUR 29 Okt. - Sama ada percubaan terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendapatkan nota-nota klinikal yang dibuat sewaktu pemeriksaan selama tiga jam ke atas bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan berjaya atau sebaliknya, hanya akan diketahui pada 22 November ini.

Pada tarikh itu, Mahkamah Tinggi di sini akan turut memutuskan sama ada laporan perubatan yang telah dikemukakan ke mahkamah boleh terus diterima sebagai bahan bukti atau sebaliknya.

Ini ekoran laporan toksikologi yang dinyatakan sebagai rujukan tidak pernah dibekalkan kepada pihak pembelaan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan dalam kes tersebut hari ini.

Terdahulu, peguam bela utama, Karpal Singh berhujah, pihaknya wajar dibekalkan dengan nota-nota klinikal bagi membuktikan wujud percanggahan dalam keterangan yang diberikan saksi pendakwa kedua, Pakar Bedah Am dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Mohd. Razali Ibrahim dalam perbicaraan tersebut.

Ujarnya, Mohd. Razali dipanggil untuk memberi keterangan selaku seorang pakar yang tugas utamanya adalah untuk membantu mahkamah dalam membuat keputusan.

"Yang Arif boleh memeriksa melalui nota keterangan bahawa saksi ini berulang kali enggan merujuk kepada nota-nota klinikal tersebut walaupun menyatakan dia tidak ingat.

"Nota-nota ini diperlukan bagi menyokong pembelaan. Kami mempunyai gerak hati bahawa sekiranya nota-nota ini dikemukakan, ia akan berbeza dengan apa yang dikatakan," ujarnya.

Merujuk kepada laporan perubatan, Karpal menyatakan, mahkamah wajar mengetepikan dan membatalkan kemasukan dokumen tersebut ekoran kegagalan pihak pendakwaan membekalkan mereka dengan laporan ujian toksikologi dan darah.

Jelasnya, hasil ujian tersebut merupakan sebahagian daripada laporan perubatan dan ia tidak pernah dibekalkan kepada pihak pembelaan.

"Pihak pendakwaan gagal mematuhi keperluan Seksyen 51A Akta Keterangan dalam membekalkan dokumen kepada kami. Seksyen ini diwujudkan bagi mengelakkan berlakunya perbicaraan secara serang hendap (trial by ambush)," ujarnya.

Ini secara tidak langsung menyebabkan laporan perubatan itu 'tercemar', katanya.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu masih ingin memohon nota-nota klinikal atas alasan Hakim Mohamad Zabidin keliru dengan permohonan asal dibuat oleh mereka Rabu lalu.