Kita memasang telinga
mendengar sekelompok rakyat Malaysia yang kisah berkongsi cerita bagaimana mahu
membina Malaysia untuk semua
10 Dec 2021
Sembang kedai kpi - ALFRED/UNSPL
Join us on Telegram and Instagram for
the latest.
Anu: Ada yang baca
berita ini? Tentang kes dua orang pegawai polis yang khabarnya
melihat saja bagaimana orang awam menangkap seorang yang dituduh melakukan
jenayah, yang mengakibatkan tertuduh kemudiannnya meninggal? Nampak gaya, macam
apa jadi pada George Floyd di Amerikalah.
Mavis: Adakah polis itu bersalah kerana tidak
mengambil tindakan atau kecuaian? Tak faham bagaimana semua orang hanya melihat
apa yang berlaku.
Saras: Saya rasa hanya yang berani dan yakin
saja dapat masuk campur tangan, lagi-lagi bila ada individu dari pihak berkuasa
di sekitar. Saya rasa saya boleh faham kenapa ia berlaku.
Mavis: Melihat apa yang jadi, mereka yang
melihat ini nampaknya membuat keputusan sendiri ketika membuat tangkapan,
sehingga orang yang tertuduh itu meninggal, dan pihak berkuasa serta orang awam
yang lain melihat saja.
Parveen: Teruknya. Mengapa anggota polis tak
menghentikannya?
Support the struggle to build a Malaysia based
on Justice, Freedom, Solidarity:
·
Sign up for Aliran's free daily email
updates or weekly newsletters or both
·
Make a one-off donation to Persatuan Aliran Kesedaran
Negara, CIMB a/c 8004240948
·
Schedule an auto donation to Aliran
every month or every quarter
·
Become an Aliran member
Saras: Bagi orang keliling, mungkin melihat
kepada polis sudah ada di sana, jadi semuanya okay. Yang menjadi persoalan…
kenapa polis tak hentikannya.
Nak berkongsi sedikit
– waktu saya mengajar di sebuah sekolah miskin di pedalaman, saya jalankan soal
selidik untuk tahu apa cita-cita pelajar yang mereka ada.
Hampir 90% mahu jadi
anggota polis. Mereka tak ada cita-cita lain. Pelajar ini tidak mahu jadi
doktor atau peguam atau jurutera atau guru sekalipun. Bagi mereka, menjadi
anggota polis adalah apa yang dimahukan mereka.
Bila saya tanya
kenapa, jawab mereka kerana anggota polis ada duit dan kuasa. Mereka nakkan hal
ini. Pelajar ini merasa perlu untuk ada hal ini bagi mereka untuk keluar dari
kemiskinan dan ada kuasa.
Saatnya kita tak
merasa kuasa, jadi anggota polis mungkin buka ruang untuk jadi lebih ‘tegas’
atau barangkali, agresif.
Barangkali fenomena
sama terjadi pada anak-anak kaum India di Malaysia. Masuk geng mungkin memberi
kuasa pada mereka.
Anu: Waktu darjah satu, saya pun nak jadi
polis juga. Nak tangkap semua orang jahat. Lagi pun, saya pun suka kereta
dengan lampu berkelip-kelip waktu tu!
Harry: Aiyoh, kalau awak teruskan dengan
cita-cita, sekarang mungkin dah jadi ketua polis sekarang!
Saras: Tapi ni semua pelajar sekolah menengah.
Anu: Mungkin sebab pengaruh filme juga.
Hollywood dan siri televisyen macam Gerak Khas menggambarkan kerja polis
sebagai glamor.
READ MORE: Mengapa tiada pendakwaan dilakukan ke
atas polis melakukan jenayah?
Harry: Ya, Saras. Tak terkejut ramai yang
bercita-cita mahu ada kuasa dan peluang untuk ‘buat duit’.
Saras: Mungkin – ini apa yang terjadi pada
masyarakat miskin. Keluarga yang tiada televisyen. Ada juga mereka yang
mendakwa ‘diganggu’ oleh pihak polis. Itulah… saya sendiri pun takut dengan
polis sebenarnya.
Baru-baru ini, ada
ahli akademik yang menyeru agar mereka yang bukan bumiputera untuk sertai
pasukan polis dengan harapan ia akan menyumbang kepada pembangunan menyeluruh
dengan lebih efektif kepada penguatkuasaan undang-undang.
Setuju. Namun, apa
guna kalau seseorang masuk tapi peluang untuk naik pangkat di dalam sistem
sebenarnya cukup tipis? Semuanya disebabkan kaum. Hal ini pun patutnya berubah,
kan?
Patutnya semua cabang
perkhidmatan awam – termasuklah dan terutamanya pendidikan. Ini cabang paling
penting untuk kita jangkakan akan beri kesan dan perubahan kepada bagaimana
rakyat rasa, berfikir dan bertindak sebenarnya.
Salah ke apa yang
dikatakan oleh [Menteri Sumber Manusia M] Saravanan bila beliau katakana bahawa
kaum bukan Melayu tak dapat jadi ketua polis? Apa yang ditulis (atau tidak
tertulis di dalam Perlembagaan Persekutuan) dan apa yang dibuat seringkali dua
perkara berbeza.
Malik: Ya, naik pangkat ini juga merupakan isu
bagi bukan Melayu di dalam perkhidmatan awam.
Saras: Isu sangat serius sebenarnya. Kerana itu
ramai mereka yang berketurunan Cina dan India kelas pertengahan tidak cenderung
untuk masuk perkhidmatan awam sebenarnya.
Ramai yang merasakan
bahawa mereka terpaksa belajar untuk ‘hidup sendiri’ di luar sistem kerajaan
dan menjadi terasing di dalam kelompok bahasa mereka sendiri (hidup di dalam
sistem yang hanya mendukung bahasa Inggeris dan Mandarin sahaja). Mereka tak
rasa penting untuk belajar BM.
Apa yang ada dalam
sistem kita hari ini, semuanya terkait dengan hal ini – kaum!
Kita perlu perhalusi
dan tengok semula hal ni dengan mengutamakan isu B40 [berpendapatan rendah]
berbanding melihat semua perkara menerusi kaca mata kaum.
Malik: Bila cakap pasal tu, jangan lupa Melayu
pun ada yang menjadi mangsa diskriminasi sebegini.
Saras: Boleh terangkan tak, Malik? Saya pun
masih belajar. Saya rasa kamu maksudkan ‘Melayu liberal’ ke?
Malik: Melayu bukan Umno – [mereka] yang tak
kisah pada kaum dan agama yang dimainkan dalam sistem pendidikan kita,
termasuklah dalam universiti kita.
READ MORE: Wrong to retaliate against those who
highlight allegations of police torture
Saras: Ya, sistem sebegini pun beri kesan pada
semua juga. Saya ada perasan begitu juga. Akhirnya, ada yang hanya senyap dan
memilih diam saja.
Saya dari Johor dan
membesar dengan orang Melayu. Kawan sekelas saya hanya bersuara waktu bersama
dengan kami, dan kebanyakan mereka takut untuk bersuara di luar lingkungan.
Kita tak boleh harapkan perubahan kecuali jika mereka pun turut berubah.
Mavis: Ya, di universiti (di mana saya berada)
memang cukup banyak. ‘Liberal’ disalah guna dan dipesongkan maknanya, pada
pandangan saya. Saya kenal begitu ramai orang Melayu yang ada prinsip dan
berani untuk bersuara melawan diskriminasi dan ketidakadilan dan akhirnya
menjadi mangsa oleh mereka yang berkuasa, namun mereka tetap bersuara.
Sebab itu saya tak
selesa bila orang ‘tangkap muat’ soal diskriminasi agama dan kaum sebenarnya.
Cukup banyak faktor yang berselirat dan mempengaruhi satu sama lain sebenarnya.
Saras: Ya. Setuju, Mavis. Tak dinafikan hal
itu. Memang ada yang bersuara. Namun barangkali tidak cukup. Kerana itu
diskriminasi seakan-akan ditanggapi hanya terjadi kepada sebelah pihak saja.
Namun saya boleh
faham. Ramai yang terkesan dengan tekanan dari dalam sistem – oleh Napoleon
kecil. Begitu banyak ugutan kata-kata. Semua ini cukup menakutkan dan
menggusarkan. Akhirnya, ketakutan jugalah yang merajai kita semua.
Mereka yang
‘lain-lain’ (minoriti etnik) mungkin kurang terkesan dengan tekanan sebegitu.
Kerana itu mereka akan bersuara lebih.
Pandangan saya: kita
memerlukan lebih ramai pemimpin Melayu yang dinamik bagi memperkukuh dan
menguatkan mereka – untuk menunjuk kepada mereka jika mereka tidak menjadi
seperti Umno, itu tidak bermaksud mereka menolak agama dan kaum mereka sendiri.
Saya yakin yang hal
ini juga akan disambut oleh mereka yang ‘lain-lain’ juga. Saya masih ingat
bagaimana Anwar melakukannya ketika 1998 dari bumbung kereta waktu itu. Beliau
berani ambil risiko dan sanggup menempuhnya. Kita perlukan mereka yang
sedemikian.
Yang ‘lain-lain’ ini
tidak melawan kaum (kelompok kaum majoriti) seperti yang dikatakan. Kita perlu
lihat ke hadapan untuk semua orang!
Maaflah. Banyak
bercakap pula. Terlebih minum kopi!
Ramli: Mungkin, harapnya, dapat tambah dari
sudut pandang lain kepada perbincangan ini dan membesarkan pandangan, Mavis.
Jika kita letak ke tepi, untuk sementara waktu, sudut pandang etnik keagamaan,
situasinya bukan semuanya akibat tekanan.
READ MORE: Discrimination against non-bumiputera
students in public schools must stop now
Ada juga idea lain
tentang proses sosialisasi. Kedua-dua Melayu dan bukan Melayu dalam pendidikan
tinggi, seperti bidang lain juga, turut disosialisasikan untuk menerima
segala-galanya seperti apa adanya.
Ada yang menolak
sosialisi sebegini, ada yang tidak. Ada sesetengah percaya bahawa sistem ini
tidak adil; namun, barangkali – kerana disosialisasikan di dalam pemikiran di
mana mereka sepatutnya tidak mengganggu cara sedia ada – mereka hanya
menerimanya bulat-bulat sajalah.
Jika bukan begitu,
saya rasa sektor pendidikan tinggi di Malaysia pasti ramai revolusionari, namun
kita pun tahu ianya bukan begitu.
Dan juga, seringkali
ada perbezaan di antara ahli akademik (tidak mengira kaum) di dalam bidang
sains atau kejuruteraan serta di dalam sains sosial, di mana mungkin mereka di
dalam bidang sains atau kejuruteraan lebih menurut serta konservatif, manakala
mereka yang di dalam sains sosial lebih memikirkan tentang masyarakat secara
keseluruhannya. Banyak faktor yang berselirat.
Mavis: Saya juga cukup tidak selesa bila
mendengar bahawa “Oh, tak cukup ramai orang Melayu bersuara” atau “Orang Melayu
perlu berubah”, lebih-lebih lagi oleh bukan Melayu yang mereka sendiri tidak
mahu bersuara kecuali di bawah ‘tempurung’ Whatsapp serta juga mereka yang
tidak dapat melihat bagaimana biasnya pandangan kaum mereka sendiri.
Saya membesar dengan
lagu ini: “It only takes a spark to get the fire going.” Mungkin sebab itu saya
penuh harapan dengan masa hadapan.
Ramli: Sungguh, saya setuju dengan awak.
Mungkin mengapa mereka yang bukan Melayu tidak mahu bertindak ini, untuk
berlaku adil pada semua – barangkali disebabkan saya semakin tua! – saya rasa
kerana takut dan sering melihat semuanya dari sudut pandang kaum yang
mengakibatkan sesebuah kaum hanya menanti kaum yang lain untuk bertindak. Saya
lihat cukup banyak perbincangan “Oh, orang Melayu kena bersuara dahulu” di
dalam Whatsapp dan sebagainya.
Mavis: Di dalam pengalaman peribadi selama 45
tahun terlibat di dalam organsisasi masyarakat madani, tidak kiralah NGO atau
kumpulan keagamaan, saya sebenarnya melihat semakin ramai orang Melayu
bersuara, lebih-lebih lagi mereka yang muda.
Kita perlu bekerjasama
dan berjumpa dengan mereka lebih lagi, termasuklah dengan NGO Muslim yang
progresif.
Nama semua pembicara
sudah ditukar.
Terjemahan oleh: Zikri Rahman