Homeless man: Gov't has been denying us help




ADAKAH HAK PENENTU MB DI TANGAN PAS? ..

Apakah keputusan Pas mengenai isu MB Selangor?  

 Oleh:  MSO

MELONTAR RASA                                                                                

Khabarnya esok Pas Pusat akan mengadakan pertemuan dengan Pas Selangor untuk membincang mengenai isu MB Selangor Abdul Khalid Ibrahim yang kini ditekan agar melepaskan jawatan itu. Pas akan mendengar maklum balas daripada Pas Selangor mengenai apa yang berlaku sekarang ini. Mungkin juga Pas Pusat akan membincangkan ketetapan atau cadangan Pas Selangor berhubung isu MB.

Khalid timbul masalah.
Perkembangan yang berlaku di Selangor mutakhir ini tidak berapa baik dan mencemaskan. Ia lebih mencemaskan daripada ketiadaan air akibat banyang empangan takungan kekeringan disebabkan fenomena alam.

Semuanya berasas kepada soal Abdul Khalid yang tidak mahu berundur daripada kerusi MB walaupun beliau diminta berbuat begitu. Mesej-mesej politik yang dihantar kepadanya terutamanya dari partinya sendiri dipandang sepi oleh MB itu.



Paling malang ada tanda-tanda Khalid akan tetap berdegil dan mempertahankan kedudukannya. Menjadi lebih parah lagi apabila kedudukannya kini dipertahankan oleh sebahagian ahli berkenaan yang menanti habuan di sebalik kuasa Khalid sebagai MB. Dan Khalid menjadi lebih "agah" lagi apabila ada sesetengah ahli Pas mempersucikannya. Apakah motif ahli Pas pertahankan Khalid sukar difahami walaupun sikap sebegitu sepatutnya tidak berlaku jika dilihat dari sudut persahabatan yang memerlukan semangat setiakawan.

Atas konsensus jawatan MB adalah hak PKR, Pas sepatutnya tidak membuat kenyataan yang macam-macam. Kerana adanya tindakan itu maka Pas dituduh tidak hormat kepada konsensus. Sebenarnya sikap Pas ini bukan sembarang, sokongan oleh Pas kepada Khalid bukan datang dari Yang diPertua Pas kawasan atau ketua cawangan tertentu, tetapi ia juga ditunjuki sendiri oleh Presiden Abdul Hadi Awang.

Ketika projek Kajang Move hendak dilakukan Abdul Hadi dikatakan berjumpa dengan Khalid dan memberi jaminan kepada Khalid agar terus menjadi MB. Paling menyedihkan lagi Hadi dikatakan menawarkan kepada Khalid agar menyertai Pas. Mungkin tawaran Abdul Hadi itu dalam nada bergurau, tetapi ia adalah gurau biawak bukan gurau penyu.

Apa dilakukan Abdul Hadi itulah memburukkan lagi keadaan menjadikan niat PKR untuk memperkemaskan partinya gagal. Abdul Hadi dilihat bukan sahaja tidak jujur tetapi tidak bijak.

Memang begitulah ulah dan sifat politik Machiavelli dan Mahathirisme yang juga dipraktikan oleh parti Islam? Kesempatan yang diambil oleh Abdul Hadi bukan satu kesalahan. Tetapi ia tetap akan dilihat sebagai pengkhiatan. Dalam konteks ini atas prinsip politik itu buruk dan jahat, tidak salah bagi Abdul Hadi atau Pas Selangor kalau inginkan jawatan MB. Politik itu merupakan sebuah game.

Tetapi apa yang semua pihak patut fikirkan apakah dengan tindakan bakal diambil atau sedang dalam proses diambil itu ia tidak akan mendatangkan masalah. Bahawa selepas ini Pakatan Rakyat akan hancur? Memikirkan prospek PR itu lebih penting daripada memikirkan soal untung rugi diri secara peribadi.

Jadi perjumpaan Pas Pusat dengan Pas Selangor esok hendaklah memikirkan risiko dan kesan dibimbang ini sebaik mungkin. Tegasnya, kalau Pas masih percaya kepada kerjasama dengan PKR, nah.. jangan sesekali merombak konsesus awal. Soal menentukan MB serahkan seratus peratus kepada PKR.

Pas perlu memberi sokongan kepada siapa sahaja calon pengganti Khalid yang ditentukan oleh PKR. Kalau ianya jatuh kepada Dr Wan Azizah Ismail terimalah, begitu juga kalau ia jatuhkan kepada Azmin Ali terima lah. Atas semangat persefahaman Pas tidak boleh berpihak kepada mana-mana puak dan kumpulan di sebalik perbalahan PKR itu. Jangan pula kerana PKR "berkekah" sesama sendiri, Pas mahu mengambil kesempatan mahu mencuri kerusi MB, orang akan mengatakan Pas jahat walaupun ia tidak berdosa dalam konteks politik matlamat menghalalkan cara. Perangai itu adalah seperti menangguk di air keruh.

Pas atau DAP perlu membantu PKR dalam hal  ini. Pendapat mengatakan soal menentukan MB Selangor adalah ditangan rakyat tidak bijak. Kerana yang menentu MB adalah parti, setelah parti diberikan kuasa oleh rakyat. Begitu juga berkeras mengatakan Pas berhak kerana ia mendapat kerusi lebih tidak tepat dan menepati konsensus. Pas perlu waras dan bersikap profesional dalam hal ini. Pas perlu dilihat rakan yang setia dan boleh dipercayai bukan "keret ekor".

Diharap pertemuan dan perbincangan esok menatijahkan sesuatu yang matang, berpandangan jauh dan akan menamatkan isu yang bergeliwat di Selangor kini. Pakatan Rakyat tidak ada masa untuk bergaduh kerana tempoh kuasa yang ada sekarang ini terus berjalan. Masa yang ada baik digunakan perkuatkan PR.

Lainlan kalau Pas sudah mendapat "waridat" Tuhan mengarahkan Pas agar mengubah "tahluf syaisi" daripada PKR dan DAP kepada Umno, apa boleh buat... teruskanlah. Yang penting Pas terus mencari untung dalam kerugian orang lain. Apa sikap dan pendirian Pas berhubung MB Selangor itu akan diterjemahkan oleh pemerhatian politik dengan penuh minat. Pas akan dinilai soal integritinya.

Perjumpaan esok dikira penting kerana ia memberi signifiken kepada isu MB Selangor yang bergelodak sekarang ini. Dan adalah malang kalau perjumpaan itu merumuskan soal MB Selangor perlu dicampur tangan sepenuhnya oleh Pas. Didoakan jangan keputusan perjumpaan esok meletakkan keadaan Pakatan Rakyat persis semut dalam gula. [wm.kl.11:27 am 05/06/14]

NASIB KHALID DITENTUKAN SELEPAS RAYA. ATAU SECEPAT MUNGKIN


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjabat tangan dengan para penyokongnya di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Guar Perahu, Pulau Pinang, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 4 Julai 2014. 


Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjabat tangan dengan para penyokongnya di Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq di Guar Perahu, Pulau Pinang, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 4 Julai 2014.Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini kurang berminat membicarakan soal penyingkiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Ditanya mengenai "plot" menyingkirkan Khalid dan digantikan dengan Presiden PKR dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang, Datuk Seri Dr Wan AzizahWan Ismail, Anwar berkata mereka "sedar akan kebimbangan itu".

"Ia bukan berkenaan plot tetapi lebih kepada kebimbangan. Beliau sedar. Saya sedar.


"Tetapi apa sahaja keputusan yang akan diambil, akan dilakukan secara baik," kata Anwar selepas berbuka puasa di Taman Guar Perahu, Permatang Pauh.
  Anwar yang merupakan ketua umum PKR, seolah-olah mengelak apabila menjawab soalan mengenai kedudukan menteri besar Selangor itu.

Beliau berkata perkara mengenai Dr Wan Azizah mengambil alih kerajaan negeri "belum keluar lagi".
Beliau berkata, terdapat banyak kebimbangan di Selangor mengenai isu-isu seperti air dan projek Kinrara-Damansara Expressway (Kidex), yang secara meluas dibantah oleh rakyat.

"Saya mengambil kira semuanya. Saya amat menyedari dan mendengar semua pihak serta berbincang dengan rakan-rakan kami dalam DAP dan PAS.

"Tetapi ia perlu dilakukan secara baik dengan persetujuan semua pihak," kata beliau sambil menambah bahawa apa sahaja keputusan berkenaan, beliau bersetuju ia perlu dilakukan dengan cepat.

Bagaimanapun, Anwar tidak menyatakan sebarang tempoh.

Apabila ditanya jika rakyat Selangor akan diajak berunding, katanya ia dicadangkan oleh beberapa pemimpin negeri.

"Bagaimana untuk melakukannya? Menjalankan kaji selidik?

"Ia terpulang kepada pemimpin parti dan para Adun," katanya.

Anwar juga menafikan beliau baru-baru ini bertemu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk membincangkan kedudukan menteri besar itu.
Hadi dikatakan penyokong kuat Khalid.

"Saya pergi berjumpa beliau bersama isteri dan anak perempuan saya (Ahli Parlimen Lembah Pantai dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah) sebagai kawan.

"Kita bercakap tentang kesihatan dan keluarganya. Kami tidak menggunakan masa beliau tidak sihat untuk bercakap tentang politik dan isu lain," kata ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Dilaporkan tempoh Khalid sebagai menteri besar semakin suntuk kerana terdapat plot menyingkirkannya selepas Hari Raya.

Terdapat juga berita bahawa Dr Wan Azizah akan menjadi menteri besar yang baru.

Anwar juga diminta mengulas mengenai tuduhan Putrajaya terhadap beliau yang dikatakan mencemar imej Malaysia kepada media New Zealand, mengatakan negara ini cuba menutup kes serangan seksual melibatkan diplomat di Wellington.

Anwar berkata, beliau bercakap tentang surat dari Malaysia kepada Kementerian Luar Negeri New Zealand agar menggugurkan pertuduhan terhadap diplomat, Pegawai Waran 2 Muhammad Rizalman Ismail yang didakwa melakukan kesalahan pada Mei terhadap seorang wanita berusia 21 tahun.

"Saya rasa kerajaan perlu menjawab. Sekarang terdapat tekanan, ia tidak boleh... Konvensyen Geneva menyatakan kekebalan diplomatik ialah untuk melindungi kepentingan negara, bukan individu yang melakukan jenayah," katanya.

Putrajaya mengumumkan Rizalman dihantar kembali ke New Zealand untuk menjawab segala pertuduhan. – 4 Julai, 2014.