Pemuda PAS wajib hadir perhimpunan rakyat Sabtu ini, kata Salahuddin


OLEH: WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI



Beliau membuat arahan khas kepada ahli Pemuda seluruh negara supaya menyertai perhimpunan aman itu bagi memberi kesedaran kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan menjalankan pilihan raya secara telus.

Perhimpuanan aman anjuran (Bersih) itu akan diadakan di Dataran Merdeka, Sabtu 10 November ini, bermula jam 3 petang.

Beliau mengingatkan ahli Pemuda PAS seluruh negara, kehadiran dalam perhimpunan aman itu amat penting jika mereka benar-benar ahli Pemuda PAS dan mahu meneruskan perjuangan dalam Islam.

"Buktikan yang kita cintakan keadilan serta keamanan," tegasnya.

Menurut beliau, jika sami-sami Buddha di Burma (Myanmar) sanggup berdemonstrasi di jalan raya untuk menuntut keadilan tidak ada sebab bagi Pemuda PAS tidak hadir dalam perhimpunan aman itu.

Beliau mengingatkan Pemuda seluruh negara supaya berani dalam menghadapi apa sahaja cabaran dan halangan dan tidak perlu gentar amaran atau ugutan daripada pihak polis.

Dalam masa yang sama beliau turut mengingatkan seluruh Pemuda PAS supaya tidak melakukan sebarang provokasi dan mematuhi segala arahan daripada pihak .

.Gesaan ini berpatutan kerana setakat ini didapati pemuda PAS kebanyakkannya jika disebut demontrasi, berbagai alasan diberikan.Antaranya “tidak mendapat arahan dari Tok guru”,”Tidak mendapat arahan dari Presiden”,”Kita ikut arahan Tok guru”, malah jika di ikut keseluruhan ahli PAS, lebih ramai yang akan hadir tanpa alasan.

Jika kakitangan professional sangup hadir untuk demontrasi aman, apalah sangat kumpulan bawahan, pekerja biasa yang tidak punya majikan,” demikian jelas salah seorang yang akan hadir di acara tersebut.



http://www.wrlr.blogsports.com/