LAGI LAGI KHALID....ADOIIIIII

PKR nafi tuduhan blackout di Ibu Pejabat untuk sabotaj Khalid Ibrahim

Datuk Johari Abdul bercakap semasa sidang media di pejabat Keadilan di Petaling Jaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 27 Jun, 2014.Datuk Johari Abdul bercakap semasa sidang media di pejabat Keadilan di Petaling Jaya. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 27 Jun, 2014.Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR menafikan tuduhan insiden blackout semasa proses pengiraan kertas undi pemilihan cabang Kuala Selangor di ibu Pejabat PKR, Petaling Jaya Rabu lalu merupakan tindakan sabotaj yang disengajakan bagi mengalahkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pengerusi JPP PKR Datuk Johari Abdul menegaskan insiden yang berlaku kira-kira jam 12 malam itu turut mempunyai laporan aduan kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan bukan hanya berlaku di pejabat PKR, tetapi di seluruh bangunan Merchant Square.
Beliau berkata sebaik sahaja mengetahui insiden blackout tersebut, JPP mengarahkan proses pengiraan dihentikan serta-merta.

"Tidak mungkin sabotaj kerana pengiraan adalah untuk cabang, bukannya pusat tambahan Khalid dilihat mendahului undi jawatan timbalan presiden jadi tidak timbul tuduhan begitu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor hari ini. Beliau berkata proses pengiraan semula bagi cabang Kuala Selangor itu diteruskan sebaik sahaja bekalan elektrik pulih pada jam 2 pagi.
Semalam, lapor The Star, Khalid dikalahkan oleh pencabarnya S Manikavasagam bagi jawatan ketua cabang PKR Kuala Selangor.
Namun bagi undian timbalan presiden, Khalid dikatakan mendahului penyandang Mohamed Azmin Ali.
Susulan daripada kekalahan itu, portal Perak News memetik daripada sumber pejabat menteri besar Selangor mempersoalkan insiden blackout tersebut.
Kata sumber ‎itu, dipercayai Khalid akan mengadakan bantahan terhadap keputusan itu.
Sementara itu, kata Johari  pengundian cabang Kuala ‎Selangor hanya keputusan awal di mana ianya masih belum disokong pada peringkat tertinggi.
Manakala Johari berkata pemilihan PKR yang sepatutnya selesai sebelum Ramadan terpaksa dipanjangkan.
Katanya terdapat lima pemilihan semua PKR dimana tiga akan diadakan pada 28 ini dan dua pada Ogos ini.
"Dengan permintaan, maka kita setuju adakan pemilihan semula ‎tiga cabang, Sungai Besar, Subang dan Sepang pada 28 dan 10 Ogos pula di Puchong dan Kelana Jaya," katanya.
JPP juga memaklumkan terdapat tiga calon di kawasan cabang PKR Sepang yang dibatalkan kelayakan kerana melanggar peraturan pemilihan.
"Ketiga ini didapati mela‎kukan tindakan yang melanggar pemilihan seperti mengoyak kertas undi," katanya. – 27 jun, 2014.

LAGI KUTUK PENTADBIRAN KHALID

Pua: Gangguan air tanda kurang cekap

Anggota Parlimen Petaling jaya Utara Tony Pua berkata, gangguan terbaru bekalan air di Selangor tidak boleh dimaafkan dan menyalahkan ketidakcekapan kerajaan negeri.

Katanya, dengan musim kering sudah lama diramal, tiada lagi alasan boleh diterima atas kurangnya persediaan atau rancangan luar jangka bagi berdepan cabaran bekalan air tidak cukup.

Beliau juga mengingatkan janji menteri besar dan exco bertanggungjawab pada 11 dan 17 Jun lalu bahawa tiada keperluan untuk mencatu lagi bekalan air.

“Hakikatnya gangguan bekalan air yang serius berlaku sepanjang minggu lalu, tidak lama selepas 'jaminan' kerajaan negeri, ia hanya mendedahkan sikap kurang serius dalam menyelesaikan isu itu dan kurang kecekapan pihak berkuasa relevan.



Dalam kenyataannya hari ini, Pua berkata, ia tidak boleh diterima kerana ia memalukan menteri besar dan kerajaan negeri serta merosakkan kewibawaan Pakatan Rakyat.


KISAH 2010..PROJEK LANGGAR HADI CUBAAN 3




Sehari dua ni dihebohkan kononnya ada program “Langgar Hadi” dalam PAS.
Hakikatnya, projek ini dah lama ada dan dah lama tamat. Tak payah nak kelentong la wahai Ketua Pemuda PAS Selangor woiii.

Ko bukan nak pertahan Presiden pun. Yg ko nak pertahan adalah Menantu Presiden.
Ia dimulakan oleh Aduka Taruna

Aduka Taruna adalah seorang blogger yang tiada kena mengena dgn PAS.

Tujuan projek Langgar Hadi diadakan adalah untuk mendapat penerangan secara terus “on camera” dari Presiden PAS berkenaan beberapa isu sensitive terutamanya isu KErajaang Perpaduang
Pada mulanya tampak Aduka Taruna tak mampu menempah kejayaan kerana telah ditipu oleh puak PAS Terengganu untuk datang ke Rusila. HAsilnya, Aduka Taruna telah dibelasah dgn teruknya oleh ahli2 Jemaah Masjid Rusila.

Aduka kena kelentong utk datang ke Rusila semata2 untuk dipukul dgn teruknya.
Tapi, akhirnya dapat juga Aduka menemubual Presiden PAS.


TULANG BESI