BILA TUA KENA TERIMA HAKIKAT DAH NYANYUK
Ada setengah orang bila dah tua jadi nyanyuk. Jadi tak ingat atau mudah lupa apa pernah dia kata dulu.
Kadang-kadang tak nyanyuk, bukan lupa tapi sebab hati memang dah hitam, jadi tak malu nak bercakap perkara yang berbeza dengan apa dia cakap dulu.
Sebab nyanyuk atau sebab hati hitam, bukanlah ia sesuatu yang menghairankan. Tapi yang peliknya bila ada orang waras yang masih mempercayainya.
Orang yang berani buat apa yang dia pernah kutuk satu masa dahulu, bukan sebarangan orang. Cuma yang kulit setebal 18 inci saja sanggup buat begitu.
Biarlah. Itu soal peribadi. Soalnya kita ni. Sanggup ke nak percaya dan berketuakan orang demikian? Fikirkanlah. Guane boh?
Raja Gelap
.
SEBELUM JADI MP JASIN
MIQDAD ZAKARIA.
Sebelum jadi MP Jasin:
"Perlulah difahami dengan sejelas-jelasnya supaya mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat dan terhindar pula dari kecelakaan dunia dan akhirat bahawa PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN SEKULAR INI ADALAH HARAM DIIKUTI DAN HARAM DITERIMA SEBAGAI PANDUAN BERNEGARA BAGI UMAT ISLAM DI MANA JUA MEREKA BERADA. Islam sebagai ajaran yang lengkap dan sempurna telah pun menyediakan panduan yang jelas kepada manusia tentang cara-cara pemerintahan dan bernegara yang selaras dengan sifat-sifat kehambaan manusia kepada Allah SWT. Mematuhi dan mengikuti Perlembagaan tersebut yang merupakan undang-undang ciptaan manusia sebagai ganti dari undang-undang dan peraturan yang Allah SWT. mewajibkan kita mematuhinya adalah dari perbuatan-perbuatan syirik yang membatalkan Dua Kalimah Syahadah."
Petikan Ancaman Bahaya Sekularisma
Karya Ust Zulkifli Ismail
Halaman: 291
Selepas jadi MP, semua jadi halal. Siap bersumpah menjunjung perlembagaan sekular lagi.
Ek elehh..
🥴🥴
Miqdad Zakaria
SANUSI PUNYA HEBAT...DARI NO 3 MISKIN, SEKARANG KEDAH JATUH NO 2 MISKIN DI MALAYSIA.
Akhirnya aku akui kehebatan Sanusi. Dalam tiga tahun Sanusi jadi MB Kedah, dia berjaya perbaiki kedudukan Kedah dalam senarai negeri termiskin.
Kalau dulu Kedah di tempat ketiga, sekarang Sanusi dah berjaya membawa Kedah menjadi negeri kedua termiskin. Peningkatan satu anak tangga. Hebat!
Bukan senang nak buat tu. Hanya seseorang yang berkaliber seperti Sanusi je mampu. Tahniah rakyat Kedah. Guane boh?
Raja Gelap
.
EEHHH....MOKHTAR SCUD DENGAN MOTTO BANGSA ,AGAMA DAN NEGARA......
NORSHIDAH MOHD DAUD
Ehhhhh Bangsa dulu la
korankkkkk
Bangsa, Agama &
Negara
Lain maciam sekarang
Ahaksss.....
RUMAH DISERBU.
Rumah Hamzah di Damansara diserbu LHDN
Menurut sumber beberapa dokumen dirampas dari rumah pemimpin
pembangkang itu.
Berita berkenaan:
https://www.freemalaysiatoday.com/.../rumah-hamzah-di.../
MENANG 112 KERUSI DULU JIKA UMNO MAHU NAJIB DIBEBASKAN MELALUI KUASA POLITIK
Berikutan ucapan Presiden UMNO,
Ahmad Zahid Hamidi pada PAU2023 baru-baru ini berkenaan penegasan untuk terus
membela serta memperjuangkan pembebasan Najib Razak, kemudian disusuli ucapan
beberapa perwakilan, seterusnya diikuti tweet terbaru Zaid Ibrahim yang meminta
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim segera membebaskan bekas Perdana Menteri itu,
ternampak bahawa perkara ini akan terus menjadi agenda yang berpanjangan.
Di mana-mana saja ketika ada peluang dan kesempatan, UMNO
dipercayai akan terus menuntut agar Najib segera dibebaskan.
Zaid yang merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri
berkaitan hal ehwal undang-undang dan pernah menjadi peguambela Najib dalam tweetnya
berkata, membebaskan Najib adalah “demi rakyat”.
“Ke hadapan Perdana Menteri, anda perlu ubah fikiran tentang
Najib – demi rakyat. Biarkan dia bebas.
“Dalam PRN akan datang ini, (kerajaan) Madani perlu menang dan
anda perlu jadi Perdana Menteri untuk beberapa tahun lagi,” kata Zaid lagi
dalam tweetnya itu.
Tambah beliau, jumlah RM42 juta, iaitu nilai dalam kes rasuah
SRC International yang Najib disabitkan bersalah hanyalah angka yang kecil,
berbanding kes-kes rasuah lain dalam negara ini.
Zaid seterusnya berkata, UMNO kini dalam keadaan lemah dan hanya
Najib yang mampu membantu parti itu menang dalam PRN yang akan diadakan di enam
negeri tidak lama lagi.
Memahami gesaan itu, adalah jelas ia bermaksud Zaid mahu Anwar
menggunakan kuasa politiknya sebagai Perdana Menteri untuk membebaskan Najib
sebagaimana Presiden PKR itu dibebaskan daripada penjara sebaik saja PH
memenangi PRU 2018 lalu.
Meskipun kuasa pengampunan adalah atas budi bicara Agong, tetapi
usul berkenaan boleh dibawa oleh kerajaan melalui Perdana Menteri, selain
seketariat kepada Lembaga Pengampunan adalah sebuah agensi di bawah Jabatan
Perdana Menteri.
Anwar selaku Perdana Menteri dan selaku pihak yang
bertanggungjawab terhadap Jabatan Wilayah Persekutuan atau Kementerian Wilayah
Persekutuan sebelum ini, turut juga menganggotai Lembaga Pengampunan.
Ertinya, melalui kuasa dan kedudukan Anwar itulah yang
diharapkan Zaid dapat digunakan oleh Perdana Menteri untuk membebaskan Najib.
Soalnya, logikkah Najib dibebaskan sekarang?
Sebagaimana ditekankan dalam beberapa tulisan sebelum ini,
keadaan Najib adalah berbeza dengan Anwar dan langsung tidak kena untuk
diusulkan pembebasannya dalam waktu terdekat ini.
Ini kerana beliau belum sampai setahun lagi menjalani hukuman 12
tahun penjara yang telah dijatuhkan keatasnya, berbeza dengan Anwar yang telah
menjalani penjara lebih tiga tahun daripada hukuman lima tahun ketika dipohon
pembebasannya pada 2018 lalu.
Anwar akan menjadi gelak ketawa serta pertikaian dunia jika
mengusulkan pembebasan Najib, bahkan amat bertentangan dengan komitmen beliau
memerangi rasuah yang kerap diulang-ulangnya dalam banyak ucapan terbuka sejak
memegang kuasa.
Memerangi rasuah mestilah turut disertai dengan ketegasan enggan
bertolak ansur terhadap pesalah rasuah yang telah dijatuhi hukuman oleh
mahkamah.
Anggapan bahawa hanya Najib mampu memainkan peranan memastikan
UMNO, seterusnya gabungan parti kerajaan perpaduan memenangi PRN tidak lebih
sekadar andaian tanpa fakta semata-mata.
Najib, ketika mengetuai BN pada PRU13, pencapaiannya adalah
lebih buruk iaitu hanya menang 133 kerusi Parlimen berbanding 140 kerusi
Parlimen pada PRU12 yang ketika itu dipimpin oleh Tun Abdullah Badawi.
Selanjutnya, pada PRU14 tahun 2018, BN di bawah pimpinan Najib
buat pertama kali pula telah hilang kuasa mentadbir negara yang dimulai sejak
merdeka lagi.
Lalu, di mana logik dan munasabahnya Najib didakwa mampu
mencipta kejayaan?
Untuk menang, baik dalam PRN atau PRU16 akan datang, Anwar yang
mengetuai kerajaan perpaduan mesti tampil dengan perkara-perkara yang baik yang
boleh menggembirakan hati rakyat melalui kesepaduan seluruh jentera dan anggota
pentadbiran kerajaan, bukan bergantung kepada personaliti mana-mana individu.
Bagaimana jika setelah Najib dibebaskan, tapi akhirnya UMNO dan
parti kerajaan perpaduan kalah juga dalam PRN, adakah beliau perlu dimasukkan
ke dalam penjara semula?
Tetapi, yang penting sekali, jika ingin mengharapkan Najib
dibebaskan melalui pengaruh politik sebagaimana berlaku kepada Anwar sebelum
ini dan itulah keinginan Zaid, UMNO kenalah menang terlebih dahulu pada PRU16
akan datang.
Dengan UMNO hanya menang 26
kerusi dan melalui BN 30 kerusi, kemudian cuba mendesak Anwar membebaskan
Najib, itu sudah dikira terkeluar daripada norma kewajaran.
Parti-parti yang ada dalam kerajaan perpaduan sekarang tidak
pernah sama sekali menjadikan pembebasan Najib sebagai agenda mereka pada PRU15
lalu.
Malah, jika UMNO dan BN dikira memperjuangkan nasib Najib,
perkara itu dikira telah ditolak rakyat berdasarkan hanya kemenangan 30 kerusi
Parlimen diperolehi pada PRU15 lalu.
Senang cerita, sekadar UMNO berada dalam kerajaan melalui kaedah
menumpang kasih – meminjam ayat Tok Mat, Timbalan Presiden UMNO – tidak memberi
apa-apa justifikasi untuk parti itu memasukkan agenda membebaskan Najib sebagai
sebahagian daripada keutamaan.
Jika mahu mengulangi sejarah
bagaimana Anwar dibebaskan sebelum ini, UMNO dan BN tiada pilihan lain
melainkan mesti menang setidak-tidaknya 112 kerusi Parlimen pada tahun 2027
akan datang, sebagaimana PH berjaya menjadi kerajaan pada PRU14 dahulu.
UMNO dengan 30 kerusi Parlimen sedia ada ini sepatutnya berhenti
dan ada sedikit rasa malu untuk berteruan serta tidak henti-henti menuntut
Najib dibebaskan.
Biar PRU16 akan datang menjadi saksi dan referendum sama ada
rakyat mahu Najib dibebaskan atau kekal dipenjarakan.
Rakyat pasti akan memberikan BN kemenangan sekurang-kurangnya
113 kerusi jika mereka benar-benar mahu Najib dibebaskan.
Lagi pula, dengan Najib dipenjarakan, sudah ada tiga anaknya
muncul di persada politik negara dan membiarkan karier mereka berkembang
sebagai pewaris perjuangan adalah lebih baik bagi UMNO daripada terus berharap
serta bergantung kepada pokok lama yang entah mampu berbuah lagi atau
sebaliknya. –
ShahbudinHusin 15/06/2023.
TEMURAMAH ANWAR BERSAMA TV AL JAZEERA : 'The most corrupt forces are ganging up': Malaysia's PM Anwar Ibrahim sp...
Jun 15, 2023 #Anwar #Malaysia #Interview
After a
divisive election led to Malaysia’s first hung parliament, Anwar Ibrahim has
secured the nation’s top job. But at what cost? With uneasy alliances, racial
and religious tensions and political rivals waiting in the wings, Malaysia’s
new prime minister faces challenges on multiple fronts as he promises to crack
down on corruption and unite the nation. He’s overcome obstacles before on a
tumultuous political journey, in which he's twice been imprisoned on
controversial sodomy charges. Well-known for his reform agenda, can he deliver
the change he says Malaysia needs? Anwar Ibrahim speaks to 101 East.
[bongkar] MAKLUMAT DIBONGKAR NETIZEN! SIAPA SEBENARNYA MP JASIN DARI PAS!
WALAUN TAHU PEMIMPIN MEREKA LEMAH
Toksah tipu la. Sebenarnya majoriti penyokong PAS sedar yang
parti mereka semakin hanyut. Mereka sendiri menjadi saksi hidup yang pemimpin
mereka kerap berdolak-dalik dan acapkali keluarkan fatwa songsang.
Tapi kenapa masih jadi walaun?
Pertamanya, kerana doktrin 'hanya PAS Islam' yang telah begitu
sebati dalam jiwa mereka. Mereka jadi takut untuk tinggalkan PAS kerana takut
seolah-olah meninggalkan perjuangan Islam.
Untuk atasi doktrin ini, kerajaan perlu kumpulkan segala ilmuwan
Islam yang hakiki dan neutral atau non-partisan dan gunakan semua saluran media
yang ada untuk bangkitkan kesedaran.
Kedua, kerana ego. Senang cerita, terlajak kata. Dah bertahun
memuji PAS, sejak dari zaman Almarhum TG Nik Aziz. Dan dah puas kafirkan orang
lain. Nak mengaku tersilap bererti pecahkan ego sendiri. Ini yang mereka tak
sanggup.
Yang ini, takkan bertahan lama. Jika kerajaan terus pamerkan
prestasi cemerlang, mereka pasti akan bertukar arah. Yang penting, kerajaan
perlu umum setiap perkara baik yang dilaksanakan agar terbuka mata mereka
seluas-luasnya.
Dan ketiga, kerana kaedah menyerang yang diguna pakai oleh parti
kerajaan. Bila kita menyerang, maka mereka on defensive mode. Dalam mode ini,
tidak ada apa penjelasan yang boleh akal mereka terima. Semuanya akan mereka
pusingkan.
Cara ofensif ini perlu. Tapi untuk penyokong mereka yang tinggal
di negeri tersebut. Sebab mereka ini puak yang alami sendiri segala derita dan
sengsara kesan kelemahan pentadbiran, kemandulan idea dan kebobrokan kerajaan
negeri.
Tapi bagi pengundi yang berada di luar, mereka tak rasa kesemua
itu. Jadi segala cerita yang tersebar akan dianggap berniat jahat. Mereka akan
rekayasa bermacam alasan untuk pertahankan PAS walau mereka sendiri rasa
sangsi.
Untuk golongan ini, mereka perlu dihampiri secara baik. Perlu
ajak mereka fikir. Jangan layan mereka seperti musuh tapi seperti sahabat yang
ingin kita selamatkan dari lembah kehancuran.
Sebab itu PH dan BN perlu pelbagaikan cara untuk memenangi hati
penyokong PAS. Tak boleh dengan aatu cara saja. Perlu bentuk pelbagai kumpulan
dan dilatih dengan pelbagai kepakaran. Kalau guna satu kaedah saja, susah nak
berjaya.
Paling penting, kena gunakan segala saluran media yang ada. Dari
media arus perdana hingga ke media sosial. Jangan biarkan pembangkang manipulasi
media hingga fitnah mereka terlibat seperti benar. Kena mulakan dari sekarang.
Guane boh?
SAT SAJA DIA BAGI KONTRAK PADA ANAK DIA
Cerita tahun 2018. Lepas PRU14. Masa tu PH yang memerintah tapi
Mahathir sebagai PM. Sekejapan masa Mahathir dah berjaya beri kontrak kepada
anak-anaknya.
Sebab itu Mahathir tak betah dalam PH. Sebab tak mudah nak buat
seperti ini. Sebab itu Mahathir nak jadi PM lagi dan tak mahu mengalah kepada
DS Anwar.
Tapi yang peliknya, PAS boleh suka orang perangai sebegini. Ini
bukan akhlak Islam tapi ini yang PAS pilih jadi kawan. Jujurkah pimpinan PAS?
Guane boh?
.
MERASMIKAN TILAWAH AL QURAN PADA 12 JUN 2023
Alhamdulillah, dapat hadir merasmikan Tilawah dan Hafazan
Al-Quran peringkat kebangsaan di Butterworth Arena.
Pastinya majlis ini ruang kesempatan untuk terus meningkatkan
kefahaman Al Quran.
Kitab suci ini seharusnya dimanfaatkan dengan membaca, menggali
muhazab dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita.
Di kesempatan ini juga saya telah meminta rakyat agar memberikan
ruang kepada kerajaan dalam melakar kerangka dasar pembangunan negara
berdasarkan teras Malaysia MADANI.
Apa sahaja gagasan dilontarkan atau prinsip dibicarakan seperti
rahmah dan amanah, ia boleh diterima bukan sahaja kepada masyarakat Islam
tetapi juga bukan Islam.
Malah, saya juga telah mengarahkan JAKIM untuk lebih memainkan
peranan agar selari dengan pembangunan dan pentadbiran negara demi kemaslahatan
umat.
SIAPA NAK PERCAYA LEBAI?
Dulu, sewaktu jadi Pembangkang dia bising pasal.judi, suruh
tutup kedai judi. Ditakdirkan lebai jadi kerajaan 33 bulan melalui tebuk atap,
cabutan judi yang kjaan PH kurangkan dari 22 kali kepada 8 kali saja, telah
ditambah oleh kjaan lebai kembali kepada 22 kali. Bukan hapus, bukan kurang
tetapi ditambah. Itulah lebai setan bisu.
Sewaktu PH jadi kerajaan, parti lebai jadi Pembangkang, dia
bising dalam parlimen tentang pramugari yang tidak menutup aurat. Bila lebai
jadi kerajaan 33 bulan, mereka tidak ambil tahu langsung tentang pakaian
pramugari. Kekal biasa. Itulah lebai setan bisu.
Nah, hari ini kerajaan perpaduan memerintah. Di parlimen hari
ini lebai timbulkan isu pakaian jururawat pula. Ketat sangat katanya meskipun
telah menutup aurat. Mata lebai2 ni asyik pandang pramugari dengan jururawat je
kah?
Peliknya, bila dia jadi kerajaan 33 bulan dulu, satu benda pun
dia tak usik. Pakaian jururawat tu kekal waktu dia jadi kerajaan hingga kini.
Nak percaya lagi kat lebai?
WFAUZDIN NS
DIA INGAT JURURAWAT MALAYSIA NI DUDUK SAJA KE ? KO TAK PERNAH PERGI LAWAT HOSPITAL BESAR KUANTAN KO ?
Jururawat ni kena tangkas. Kena cepat bergerak. Kalau longgar
sangat, susah nak buat kerja pula. Jururawat bukan macam duta khas tu, makan
gaji buta. Kerja mereka banyak pergerakan.
Aku pernah juga masuk wad. Seminggu jugalah. Tiap hari ada
jururawat datang ambil darah, beri ubat dan macam-macam lagilah. Habis dia
tebuk tangan dan jari aku. Kanan kiri kena.
Tapi masa tu tak ada pula terangsang aku tengok jururawat tu.
Tak terfikir yang kotor pula. Lagipun kebanyakannya bertudung. Baju pun
berlengan panjang ataupun pakai arm glove.
Jadi aku pelik juga kalau ada yang jadikan pakaian jururawat tu
sebagai isu. Nak kata jenis cepat terangsang, yang bising tu lebai. Adakah
memang lebai selalu berfikiran kotor ke?
Kalau dah memang fikiran tu jahat, pakai jubah pun, bertudung
labuh pun, akan nampak seksi jugalah. Pokok pangkalnya iman. Cuma pelik yang
berjubah ni lagi nipis imannya. Guane boh?