UMNO Tidak Akan Berubah? Tetap Rasuah Dan Salahguna Kuasa?
Kenali pasangan saintis pencipta vaksin Covid-19 pfizer yang jadi pilihan Malaysia
Tahukah anda, vaksin Pfizer adalah hasil usahasama syarikat milik Dr Ugur Sahin, seorang pakar onkologi dengan PhD dalam bidang ‘oncology chemotherapy’. Beliau telah mengabdikan hidup mereka dalam bidang onkologi dan penyakit berjangkit. Bahkan sudah bertahun-tahun dalam penyelidikan rawatan imunoterapi khusus untuk penyakit kanser.
Dalam mausim pandemik Covid-19 ini mereka memutuskan untuk mencipta satu vaksin yang boleh mencegah daripada jangkitan virus Covid-19 ini.
Pengasas Vaksin Pfizer ini merupakan orang Turki yang beragama Islam. Dr Ugur Sahin yang berhijrah ke Jerman semasa usia masih kecil dan belajar bersama-sama seorang doktor wanita iaitu Dr Ozlem Tureci yang juga berketurunan Turki
Difahamkan, vaksin ini menggunakan teknologi mRNA iaitu bebas daripada khinzir dan ia hasil daripada penyelidikan di syarikat BioNTech milik beliau dan syarikat Pfizer. Pada asalnya, makmal ini hanya menumpukan kajian imunoloterapi dalam pasakit kanser.
Memetik daripada laporan CNN mengatakan bahawa 90 peratus daripada calon sukarelawan vaksin Pfizer berkesan menggunakan ubat ini sebelum dipasarkan ke dunia.
“Saya rasa mesej ini sangat penting untuk masyarakat dunia tentang kepentingan vaksin ini sangat berkesan untuk mencegah Covid-19,” jelasnya pada wartawan CNN.
Untuk pengetahuan anda, pasangan suami isteri ini antara individu yang terkaya di Jerman dengan nilai aset sebanyak RM 20 billion. Menariknya, walaupun mereka adalah billionair, namun mereka tidak memiliki kereta dan hanya menggunakan basikal untuk ke tempat kerja.
Dr Sahin dan Dr Tureci sama-sama menanam minat untuk penyelidikan tentang kanser dan imunisasi badan manusia.
Sehubungan dengan itu, BioNtech telah menugaskan 500 kakitangannya untuk berganding bahu bersama-sama dua pasangan ini untuk mengkaji vaksin yang bersesuaian untuk melawan Covid-19.
Menurut Dr Sahin, tujuan BioNTech berkolaborasi bersama Pfizer adalah untuk meningkatkan produksi vaksin ini dan berharapdapat menghasilkan 1.3 millian dos pada akhir tahun 2021 ini jika diberikan izin.
Tiga perkara besar berjaya dibuat oleh Mujahid untuk perkasakan Mahkamah Syariah
Semalam bila aku menulis dan kritik pasal RUU 355 ada kelompok Pentaksub PAS tanya, Amanah dalam sebutan depa PAN buat apa perkasakan Mahkamah Syariah.. Bagi Soalan tu.. Sebab ia mengambarkan cara kedua parti ini berfikir..
Pada pemimpin PAS dan pentaksub depa, Memperkasakan Mahkamah Syariah ini mesti meningkatkan Hukuman.. Mesti tambah sebatan, Denda dan Penjara..Itu saja lambang memperkasakan Syariah.. Inilah pemikiran Taliban..
Untuk mudah faham..Kalau diibaratkan seorang Ayah dan Ketua Keluarga.. Antara Tok Hadi dengan Pak Mujahid.. kalau ditanya bagaimana nak mendidik anak, Jawab Tok Hadi.. anak kena wajib Kena pakai Tudung Labuh, tutup aurat..Kalau nak anak baik kena rotan selalu.. Kena kurung depa dalam rumah..jangan biarkan depa keluar rumah.. nanti Jadi jahat.
Kalau tanya Pak Mujahid, jawapan dia akan kata.. Nak didik anak, bentuk Akhlak dan peribadi depa supaya dihormati dan pandai jaga diri diluar…. Kita kena bagi depa Pelajaran, Bagi kebajikan, jaga makan minum depa.. hantar ke kelas Tambahan Quran untuk tambah Ilmu….. Nampak tak? satu tujuan tapi cara berbeza..
Walaupun aku ni berbeza pandangan dengan kebanyakan hal ehwal agama, Berbeza pandangan pendekatan dengan Dr Mujahid dalam hal pentadbiran…. Sekurang kurangnya kita kena akui, dalam tempoh 2 Tahun banyak Perkara yang dia buat..
bezanya, PAS fikir pasal menghukum manusia.. Tetapi Amanah berfikir dalam kerangka Maslahah dan memenuhi keperluan Ummat Islam walaupun keduanya adalah jalan memperkasakan Mahkamah Syariah.. bezanya Dr Mujahid melebihkan proses tanfiz(perlaksanaan) disamping ia satu bentuk tasyri’… PAS dok sibuk pasal Tasyri’..
Aku bagi beberapa contoh mudah mudah.. 3 Perkara Utama dilakukan Dr Mujahid dalam Konteks Mahkamah Syariah hanya tidak sampai 2 tahun..
1- Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019..
Bagi aku Penyeragaman Undang-undang Berkaitan Profesion Guaman Syarie bukan sahaja dapat mengangkat profesionalisme Peguam Syarie di negara ini, malah dapat menjadi pencetus ke arah memartabatkan institusi Mahkamah Syariah, malah ia akan jadi badan yang dihormati kamar peguam negara.. depa ada kedudukan..
Dr Mujahid meletakkan profesion Peguam Syariah setanding dengan Peguam sivil iaitu mempunyai badan seperti Majlis Peguam.. Sekurang sekurangnya, Badan Peguam Syariah ini dihormati.. nampak kecil, tetapi ia meletakkan keutamaan..
2- Idea Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah
Bagi aku ini idea dan Proses yang baik, terutama melindungi suri rumah tangga dari kebanyakan Ummat Islam yang tertindas dari kezaliman suami terutama dari kes penceraian dan Poligami.. berbeza dengan PAS, idea mereka..adalah memudahkan poligami.. membiarkan perkahwinan bawah umur kononnya atas nama Sunnah.. Inilah punca masalah atas nama Sunnah..
Hujung tahun lepas..Kerajaan sedang mengadakan rundingan dengan beberapa pihak berkepentingan termasuk Bank Negara dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mencari penyelesaian supaya setiap keputusan dibuat oleh Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah berkenaan sesuatu kes dapat dilaksanakan dengan sempurna dan terikat dengan Undang2…
Nampak tak..dari Permasalahan, Dr Mujahid mencari jalan dan berfikir solusi penyelesaian.. Bukan dok fikir mcm mana nak sumbat suami dia dalam Penjara atau sebat..itu bukan menyelesai masalah….inilah tugas pemerintah.. bukan kerja menghukum..
sebagaimana kaedah Fiqh..
تصرف الإمام على الرعية منوط بالمصلحة..
“pengurusan imam terhadap rakyat itu bergantung kepada kemaslahatan ”
3- Mahkamah Utama Syariah Di Perak
Sebagai contoh di Perak sendiri.. sebagai satu-satunya negeri yang mewujudkan Mahkamah Utama Syariah, dan mempunyai empat lapisan mahkamah dalam sistem kehakiman syariah di negeri itu.. Biarpun dalam bab ini aku berbeza pandangan.. Tetapi ia satu kejayaan kerajaan PH..
Bulan ini Mahkamah itu sudah mula beroperasi.. walaupun tak sampai 2 tahun.. Bagi aku ini jasa Asmuni Awi sebagai Exco Agama ketika membentangkan Enakmen Mahkamah Syariah (Perak) 2018 pada sidang DUN Negeri dua tahun lalu… bukan bagi idea mengarut kempen Poligami.. atau tilawah online..
Bukankah 3 Contoh diatas antara usaha Kerajaan Pakatan Harapan..Pemimpin Amanah memartabatkan Mahkamah Syariah… ? Jadi sudah sudah lah berbohong..
Dalam Sejarah Negara kita ini, Entah mana jasa PAS dalam perlaksanaan Islam.. ? Sekurang kurang Ds Anwar yang depa tuduh liberal, Dia antara watak yang memperkasa badan Tabung Haji di parlimen pada tahun 1995..biarpun idea penubuhannya datang dari Prof Engku Aziz.. Akhirnya ia memberikan manfaat kepada jutaan Ummat Islam.. begitu juga Idea penubuhan perbankan Tanpa faedah/riba..Perbankkan Islam .. hatta Penubuhan UIA adalah jasa Ds Anwar yang diakui Sheikh Yusuf Qaradawi sendiri..
Apa idea dan jasa Haji Hadi..Dari dulu kerja Kapirkan(Takfirkan) orang… lepas tu takda idea lain,antara gambaran negara Islam mesti sebat orang..potong tangan orang..Tak habis habis cerita pasal Hudud.. Sampai hari ini dia dok sibuk nak tambah Hukuman dan Denda di Mahkamah Syariah sebagai lambang pemerkasaan Mahkamah Syariah..
Kalau banding jasa dan idea Ds Anwar, Dr Mujahid dengan Haji Hadi.. Bagai langit dengan bumi.. Faqih lagi Dr Mujahid dan Ds Anwar dari yang dikata Ulama Dunia.. Berhimpun berpuluh ribu kat padang merbok itu bukan cara perkasakan Mahkamah Syariah..Itu cara kelompok Khawarij menipu pengikut dia sebagaimana slogan Negara dan daulah Islam ISIS.
Ipohmali
YANG SOMBONG ITU SIAPA?
RENTASAN 835 | KEABSAHAN MUHYIDDIN YASSIN BAKAL DICABAR DI PARLIMEN?
SPV tidak sesuai untuk bina rangkaian 5G, rencatkan daya saing
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil mempersoalkan pengumuman
kerajaan berkenaan program MyDIGITAL, khususnya mengenai cadangan penubuhan
sebuah entiti khusus (SPV) yang dikawal kerajaan bagi pembinaan rangkaian 5G di
negara ini.
Beliau juga meminta kerajaan mengambil kira respon negatif Fitch Solutions Country Risk & Industry Research terhadap cadangan tersebut.
"Tidak boleh dinafikan pembinaan ekosistem 5G akan memberi kesan positif kepada ekonomi digital negara dan mampu memberi kelebihan daya saing buat Malaysia terutama di rantau ASEAN.
"Namun beberapa perkara yang dibangkit pakar-pakar teknologi termasuk Fitch Solutions perlu diambil kira secara serius.
"Memandangkan ekosistem 5G adalah prasarana yang amat penting bagi masa depan negara, Kerajaan tidak harus terburu-buru melaksanakannya. Silap langkah sekarang bererti kerugian berbilion ringgit wang rakyat, serta pelbagai masalah yang bakal terjadi.
"Kerajaan perlu pelihara daya saing berasaskan prasarana (infrastructure-based competition) di Malaysia yang terbukti berkesan serta bermanfaat kepada pengguna dari segi kualiti perkhidmatan dan harga yang berpatutan," katanya.
Fahmi juga memaklumkan bahawa laporan akhir hasil kaji selidik Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berkenaan spektrum 5G pada 31 Disember 2019 juga tidak mencadangkan penggunaan SPV, tetapi melalui kaedah konsortium.
Beliau menyenaraikan beberapa aspek penting yang perlu dilihat kerajaan supaya memilih cara konsortium dan bukannya SPV.
Ketelusan dan ketirisan
Sebuah SPV yang dikawal sepenuhnya oleh kerajaan pasti menimbulkan tanda tanya berkenaan ketelusan dalam proses pemberian kontrak, kos, ketirisan, dan masalah pelaksanaan, terutama pada ketika darurat sedang berkuatkuasa. Tanpa proses semak imbang di Parlimen termasuk oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), kebarangkalian peningkatan kos dan ketirisan berlaku tidak dapat diketepikan.
Teknologi dan inovasi
Dari segi teknikal, pembinaan rangkaian berbeza oleh sebuah SPV bererti bakal wujud isu teknikal seperti kelancaran penyerahan (seamless handover) antara rangkaian 5G baharu dan 4G sedia ada, serta isu penyewaan tapak dan pelaburan jangka panjang terhadap rangkaian oleh syarikat telekomunikasi. Ini akan membantut inovasi syarikat telekomunikasi terutama dalam menyediakan perkhidmatan 5G yang disesuaikan (customised services) kepada pelanggan terutama perusahaan.
Kesan pada pengguna
Saya amat risau pelaksanaan pembinaan rangkaian 5G secara SPV dan bukannya konsortium akhirnya akan merugikan pengguna, apabila kos yang tidak dapat dikawal - termasuk akibat pemberian kontrak yang nilainya lebih tinggi dari yang patut, serta ketirisan - yang akhirnya mengakibatkan harga dibayar pengguna untuk perkhidmatan 5G menjadi lebih tinggi. Dari segi teknikal, penyelesaian masalah di tapak juga bakal mengambil masa lebih lama kerana tapak-tapak tersebut kemungkinan besar diselia SPV sendiri dan bukannya syarikat telekomunikasi. Kelewatan ini pasti merugikan pengguna.
Justeru, Fahmi berpendirian bahawa kerajaan perlu mengikuti pandangan SKMM dalam laporan 31 Disember 2019 dengan menyerahkan pembinaan rangkaian 5G kepada sebuah konsortium syarikat telekomunikasi dan bukannya sebuah SPV.
"Malah, saya berpandangan pembinaan rangkaian 5G tersebut boleh diusahakan dua konsortium yang saling bersaing. Saya percaya konsep konsortium akan membantu menyelaras keperluan teknikal, dan persaingan sihat di antara konsortium akan membantu mengurangkan harga perkhidmatan buat pengguna nanti.
"Oleh itu, saya menggesa kerajaan untuk tidak meneruskan cadangan SPV ini. Pihak kerajaan, SKMM dan industri telekomunikasi juga perlu segera duduk semeja dan runding semula proses pelaksanaan pembinaan rangkaian 5G demi masa depan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia," katanya.
Maszlee fail saman terhadap Asyraf dan tuntut permohonan maaf secara terbuka
Bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik akan memfailkan saman fitnah terhadap Ketua Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi susulan dakwaannya bahawa Pakatan Harapan (PH) cuba mengagungkan pengkhianat komunis sebagai pejuang kemerdekaan di dalam buku teks Sejarah tingkatan empat.
Maszlee menerusi satu siri Twitternya hari ini berkata, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar surat tuntutan kepada Asyraf atas kenyataan fitnah yang dikeluarkan.
Ahli Parlimen Simpang Renggam itu juga menuntut Asyraf membuat permohonan maaf secara terbuka.
“Saya memberi arahan kepada peguam supaya surat tersebut menuntut Dr Asyraf Wajdi membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar pampasan kerana memfitnah.
“Budaya politik fitnah jahat ini perlu dihentikan kerana ia sedikit pun tidak menguntungkan rakyat.
“Sepatutnya sekarang ahli politik perlu fokus bantu rakyat dan memulakan budaya politik khidmat, bukan mencari salah, menuduh dan menfitnah sesuka hati,” katanya
Terdahulu, Asyraf mendakwa Maszlee cuba memanipulasi fakta sejarah dalam buku teks tingkatan empat semasa pentadbiran PH selama 22 bulan.
Dakwaan itu disangkal Maszlee yang menjelaskan bahawa Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) bagi tingkatan empat telah diperkenalkan pada tahun 2017 lagi yang ketika itu Menteri Pendidikannya dari parti Umno sendiri.
Beliau juga menasihatkan Asyraf untuk bertanya sendiri kepada menteri pendidikan Umno waktu itu sebelum mengeluarkan tuduhan melulu tanpa usul periksa.
Dalam pada itu Maszlee menerusi ciapannya berkata, tindakannya memfailkan saman itu diharap dapat menyedarkan semua pihak tidak kira parti, agar budaya fitnah jahat berunsur perkauman segera dihentikan.
27 POSTING HINGGA KINI. LAGI BERITA MEYUSUL. BOLEH BUKA PARLIMEN...HOI ORANG KAMPUNG..PARLIMEN DAH BOLEH BUKA ......
HAMZAH RIE NA
Annuar Musa..
ABAH
Takiyuddin..
Lebai²..
Mewaun walaun walauntit kayu²..
Sekarang semuanya Krik..Krik..Krik.. jadi setan bisu tu kenapa?
Kenapa Annuar Musa & kerajaan PN takut benar sidang Parlimen
diadakan ketika darurat ??!
SR
ALOOOOO....MINYAK NAIK..MINYAK NAIK...TAK PANDAI URUS KA...ATAU MACAMANA?
NIZAM AKA
Ello lebai kelarah
mulut longkang..Bukan main kutuk Dap dan Dsai,last-last HARGA MINYAK NAIK LAGI
UNTUK 13 MINGGU BERTURUT-TURUT..
Ingatkan kjaan PN yang
tiada Dap dan Dsai,yang hampir 100% Melayu isle,rakyat makin selesa,harga minyak
akn turun menjunam.. Rupa-rupanya hampeh..Tapi dah tentu puak-puak lebai kelaroh
gembira dan ceria sangat-sangat dengan kenaikan harga minyak ni..Dah tentu
puak-puak lebai jadian itu akan buat sujud syukur berjemaah..
11,000 TAHUN BOLEH KENALPASTI....YANG NI BELUM LAGI KAH ?
HAMZAH RIE NA
Tulang boleh cam, tapi video Semburit Sandakan Menteri Kanan tak
kan tak boleh cam. Ker nak tunggu 11,000 tahun lagi baru dpt tahu cam mukanya..
Malaysia Boleh !!
NAK LIHAT RUU 355 LAKSANA MACAMANA KALAU YANG INI PUN DIAM BISU...
Menteri agama ‘kunci mulut’ keputusan mahkamah berkait seks luar tabii
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Mohamad Al-Bakri terus “mengunci mulut” berhubung keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang undang-undang syariah mengenai seks luar tabii tidak berperlembagaan.
“Saya tidak mahu ulas lagilah kerana mahu bercakap bab vaksin Covid-19 dulu hari ini,” katanya selepas menerima suntikan vaksin itu bersama Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Ronald Kiandee di Pejabat Kesihatan Putrajaya.
Semalam, Mahkamah Persekutuan memutuskan badan perundangan Selangor tidak mempunyai kuasa meluluskan undang-undang syariah yang menjadikan seks luar tabii satu kesalahan.
Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat, yang mempengerusikan panel sembilan hakim, dalam penghakimannya berkata, hanya Parlimen mempunyai bidang kuasa untuk menggubal undang-undang yang menjadikan seks luar tabii sebagai jenayah.
Katanya, Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 yang memperuntukkan seks luar tabii boleh dihukum, bercanggah Perlembagaan Persekutuan, bahkan Seksyen 28 juga dilihatnya tidak konsisten dan tidak sah.
Dalam perkembangan lain, Zulkifli menasihatkan golongan anti-vaksin melihat secara mendalam impak vaksinasi kepada keluarga, masyarakat dan negara.
“Kami juga mengajak mereka sama-sama berlapang dada dan buat yang terbaik untuk diri kita yang akhirnya akan menatijahkan kebaikan kepada keluarga dan masyarakat secara keseluruhannya.
“Kita boleh fikir sendiri lebih meluas lagi dan insya Allah kita akan menemui jalan penyelesaian terbaik.”
Tindakan Ahmad Maslan hantar surat kepada Agong terbukti betul, Annuar yang tak faham – Puad
Tindakan Setiausaha Agung Umno, Ahmad Maslan meminta ahli Parlimen Umno menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong memohon perkenan supaya Dewan Rakyat bersidang terbukti bukan satu “penderhakaan”.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Mohd Puad Zarkashi, berkata ia terbukti apabila Yang di-Pertuan Agong perkenan supaya Parlimen bersidang ketika darurat.
Secara sinis Mohd Puad berharap Annuar Musa faham dengan situasi berkenaan dengan surat dikeluarkan Ahmad.
“Semoga Tan Sri Annuar Musa faham perkara ini. Jelas surat Ahmad Maslan tidak silap. Dengan sendiri menolak tuduhan Annuar bahawa mohon perkenan YDP Agong untuk sidang khas Parlimen dianggap ‘menderhaka’.
“Fahamlah rakyat sekarang. Semoga PM (perdana menteri) tidak berdolak dalik. Semoga YB YB bila dah bersidang nanti janganlah bergaduh kenapa Rina Harun makin cantik dan ramping,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya, hari ini.
Pada 24 Feb lalu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah bertitah parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat berkuatkuasa pada suatu tarikh yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat perdana menteri.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Dato’ Indera Ahmad Fadil Shamsuddin memaklumkan perkara ini pada satu kenyataan hari ini.
“Perkara ini termaktub di dalam sub perenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa Kuasa Perlu) 2021 yang menyatakan bahawa parlimen hendaklah dipanggil, diprorog dan dibubarkan pada suatu tarikh sebagaimana yang difikirkan sesuai oleh Seri Paduka Baginda atas nasihat perdana menteri.
“Oleh hal yang demikian, tanggapan sesetengah pihak bahawa pelaksanaan proklamasi darurat menghalang parlimen untuk bersidang adalah tidak tepat.
“Perlu ditegaskan di sini bahawa perkenan Seri Paduka Baginda kepada nasihat perdana menteri berkenaan Pengisytiharan Proklamasi Darurat pada 12 Januari 2021 adalah semata-mata sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak Covid-19 yang telah meragut lebih 1,000 nyawa setakat ini,” kata kenyataan Istana Negara.
Dalam pada itu, Mohd Puad berkata selepas persetujuan Agong kini ia terpulang kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk memanggil sidang Parlimen.
“Menjunjung kasih Tuanku. Keprihatinan Tuanku agar demokrasi di Malaysia terus subur disanjung tinggi oleh rakyat. Mohon rakyat baca kenyataan media Istana Negara.
“YDP Agong bertitah, Parlimen boleh bersidang semasa tempoh darurat pada tarikh yang difikirkan sesuai oleh Tuanku ‘atas nasihat perdana menteri’.
“Justeru diharap TS Muhyiddin bertindak segera memberikan tarikh untuk diperkenan oleh YDP Agong. Ini termaktub di dalam sub perenggan 14(1)(b) Ordinan Darurat (Kuasa- Kuasa Perlu) 2021,” katanya.
Perkasa dan Ibrahim diarah bayar ganti rugi RM150,000 kepada Guan Eng
Mahkamah Persekutuan mengarahkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) dan Presidennya, Datuk Ibrahim Ali untuk membayar ganti rugi RM150,000 kepada bekas ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung kenyataan fitnah kumpulan itu yang diterbitkan pada Oktober 2011.
Memetik Malay Mail, panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Datuk Nallini Pathmanathan pada September lalu telah mendengar rayuan Lim terhadap Perkasa dan Ibrahim, dengan dua hakim hari ini memutuskan untuk memihak kepada setiausaha Agung DAP itu.
Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Harmindar Singh Dhaliwal ketika membacakan ringkasan majoriti penghakiman berkata, pampasan sebanyak RM150,000 yang perlu dibayar oleh Perkasa adalah lebih dari wajar dan tidak berlebihan.
“Sebagai kesimpulan dan atas alasan yang disebutkan, pegawai awam ketika memfailkan saman sebagai individu, sama ada saman secara peribadi atau atas kapasiti rasmi, tidak menghalang untuk mengemukakan tindakan fitnah,” kata hakim ketika membaca ringkasan dalam talian melalui Zoom.
“Oleh itu, rayuan dibenarkan. Perintah Mahkamah Tinggi yang berkaitan dengan responden, telah ditetapkan,” katanya, ketika menetapkan jumlah RM150,000 yang telah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi terhadap Perkasa dan Ibrahim Ali.
Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Rahman Sebli juga membacakan keputusan minoritinya, di mana dia mengatakan bahawa rayuan Lim harus ditolak.
Terdahulu pada 2012, Guan Eng memfailkan saman fitnah terhadap Perkasa, Ibrahim, Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kassim, The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) dan Utusan Melayu (M) Sdn Bhd.
Saman difailkan atas kenyataan yang dibuat oleh Ruslan dan disiarkan di laman web Perkasa pada 1 Oktober 2011 yang membayangkan Guan Eng membahayakan keselamatan negara dengan mendedahkan rahsia negara kepada Singapura.
Kesemua mereka kemudiannya mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan dan pada 2016, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa Guan Eng yang ketika itu Ketua Menteri Pulau Pinang tidak boleh menyaman media kerana memfitnah atas kedudukan rasmi beliau.
Ini menyebabkan Guan Eng memfailkan permohonan mendapatkan kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan tahun berikutnya.
Bagaimanapun, Utusan Melayu dan NSTP tidak mahu meneruskan tindakan mahkamah dan bersetuju membayar ganti rugi masing-masing berjumlah RM200,000 kepada Guan Eng.
Pada 2019, Mahkamah Persekutuan memberikan kebenaran merayu yang dipohon Guan Eng untuk merujuk isu undang-undang dalam kes saman yang dikemukakan terhadap tiga pihak iaitu Perkasa, Ibrahim Ali dan Ruslan Kassim.
Kemudharatan hasil dari perbuatan mufti yang menghasut
KEMUDHARATAN HASIL DARI KEJAHATAN MUFTI YANG MENGHASUT..
Tengah makan pagi tadi, Tiba tiba ada sahabat berkongsi kenyataan seorang Mufti yang membicarakan Soal Mudarat.. Seolah olah, Kerajaan hari ini adalah mudharat yang ringan pada sebelumnya.. Memang benar, Berdasarkan satu kaedah Fiqh disebut..
(الضرر الأشد يزال بالضرر الأخف)
” iaitu kemudaratan yang lebih berat dihilangkan dengan melaksanakan kemudaratan yang lebih ringan ”
2- KERAJAAN HARI INI JAUH LEBIH MUDHARAT..
Jika Mufti jahat itu cuba sampaikan Kerajaan hari lebih ringan Mudharatnya.. Apakah ianya lebih ringan, Jika lebih ringan kenapa Kerajaan yang kurang Mudharat ini perlukan Undang Undang Dharurat.. Sudah masti Mudharatnya bertambah..Bukan Mufti itu sendiri salah seorang ahli jawatankuasanya..
Maka cukuplah banding prestasi dan keupayaan Menteri PN dan PH, Cukup jika Mufti Utara membandingkan keupayaan Perdana Menteri zaman PH dan Menteri Kesihatannya.. Bukan dari hanya sudut Keupayaan Menteri dalam menghadapi krisis Ekonomi, malah dalam menghadapi Wabak Covid-19 ini,
Apakah Mufti lupa akan riwayat Makcik Teksi ? Cerita Bohong Israiliyyat yg cuba dibawa Mufti kononnya Kerajaan PN jauh lebih baik tangani Covid-19 ini..
Bukan kah hari ini Allah Zahirkan begitu teruk Covid-19 dibawah Kerajaan PN.. Sudah pasti angka 300 ribu Postif Covid sudah tidak terhitung dibanding 22 Kes di zaman Dr Dzul adalah menterinya.. Bayangkan Apa yang Mufti Jahat ini Hasut dulu ? Cerita berkenaan Pelancong China..Kes Covid-19 mengundang Mufti Serba tahu ini mengkritik Kerajaan.. Dan Sekarang diam membisu..
3- UKURAN MUDHARAT PERKAUMAN CIPTAAN MUFTI..
Jadi Apa ukurannya Mudharat yang diberikan contoh oleh Mufti jahat tadi ? Katanya sebab sekarang sudah tidak kedengaran sentimen dan api Perkauman kaum dan Agama.. Jika itu ukurannya, Jelas Mufti tersebut sungguh Jahil..Bukan sekadar Jahil, Bagi aku Jahat..!!
Mari kita tanya dengan jujur kepada Mufti Jahat tersebut ? Apa punca dan asas permainan Perkauman Agama dan Kaum ..Sila lah berikan jawapan.. Jika Mufti itu tidak jujur mari aku khabarkan akan Kejahatannya sendiri..
Antara sebab sentimen kaum dan Agama itu membarah dalam Kerajaan dulu disebabkan beberapa isu, Antara isu Adib, Isu arak, Isu Pemandu Mabuk, Isu SJKC, Isu Dong Zong, Isu LTTE, Isu BMF..Isu Hudud, Isu RUU 355.. Ini hanya sebahagian.. Apakah ia sudah tidak wujud sekarang ? Ia kekal wujud,
Sekolah Cina yang Mufti mahu haramkan dulu masih wujud, Jawi yang mahu diwajibkan kepada bukan Islam, Kini dasarnya kekal sama..Kes Adib masih tidak dijumpai pembunuhnya, kekal misteri.. BMF yang diperjuangkan kini kian mati..
Pemandu mabuk bukan semakin membarah, kini ia bukan lagi membunuh orang awam, Tetapi Anggota Polis yang sedang bertugas.. Dong Zong masih belum diharamkan.. Dan LTTE masih belum dibuktikan tuduhannya..
Bezanya tidak ada asatizah yang pro PH, tidak melabel Menteri atau dasar Kerajaan Sebagai Rahmatan LilKafirin atau setidaknya seburuk sindiran rambutan Pak Amin..
4- KEBENCIAN YANG DATANG DARI MUFTI SENDIRI
Jadi jika Mufti jahat ini jujur.. Segala sentimen dan Kebencian yang menjadi beban pada Kerajaan dulu.. Datang dari seruan kebencian dan hasutan bukan dari orang politik seperti PAS dan UMNO..Tetapi hasutan dan kebencian itu datang dari Mufti Jahat itu sendiri.. Kamu sendiri adalah pencetusnya..!
Nabi bila berlaku pergaduhan Ansar dan Mujahirin, Nabi menggunakan Kata “Seru” melibatkan Asahbiyah..Siapakah yang menyerunya.. sudah pasti ada yang menghasut..itu sebab Lafaz Nabi SAW..
مَا بَالُ دَعْوَى جَاهِلِيَّةٍ؟
“Ada apa dengan seruan jahiliyah itu?
Inilah Sifat yang menyesatkan Iblis..Iaitu Kebencian..Dan Sifat ini lah yang akan merosakkan Agama Mereka..dalam hadis Nabi disebut dikenal dengan Istilah Haliqah (حَالِقَةُ), iaitu Pemangkas Agama… sabda Nabi ﷺ..
، وَالْبَغْضَاءُ هِيَ الْحَالِقَةُ ، حَالِقَةُ الدِّيْنِ لاَ حَالِقَةُ الشَّعْرِ…
“Sifat Kebencian itu adalah pemotong; pemotong(Pemangkas) agama dan bukan pemotong rambut…”
5- HUKUM MENJATUHKAN KERAJAAN YANG SAH
Jadi Apakah Dosa bagi perampas ? apakah asas menjatuhkan kerajaan yang Sah ? Mufti yang datang aliran Imam Ahmad.. Aliran Wahabiyah mesti faham prinsip Taat kepada Pemimpin.. Maka Haram menjatuhkan Kerajaan jika bukan sebab Jelas terlihat tanda Kekufuran..
Apakah ada Dalil baru menjatuhkan Kerajaan PH sebagaimana Dalil Muhammad Ibnu Wahhab yang menyokong Penyamun Padang Pasir keturunan Saud bersama Thomas Edward Lawrence juga dikenal Lawrence Of Arabia merampas kekuasaan bumi Mekah dari Keluarga bani Hashim dan akhirnya menjatuhkan dinasti Turki Uthmaniyah..
Apakah asas kepada Ketaatan dan Bai’ah dalam mengulingkan pemerintah dari pemiliknya ? Kata Nabi ﷺ..
وَأَنْ لاَ نُنَازِعَ الأَمْرَ أَهْلَهُ، إِلَّا أَنْ تَرَوْا كُفْرًا بَوَاحًا، عِنْدَكُمْ مِنَ اللَّهِ فِيهِ بُرْهَانٌ
Dan jangan menggulingkan pemerintahan daripada pemiliknya. Baginda berkata, ‘Kecuali jika kalian melihat kekufuran yang jelas telah kalian dapat buktinya dari Allah SWT.”
( Riwayat al-Bukhari )
Kerajaan PH adalah kerajaan yang Sah dipilih Rakyat.. Mereka adalah pemilik sebenar Kerajaan melalui proses demokrasi..Benci atau tidak suka sekalipun, Tidak menghalalkan tujuan merampas Kerajaan.. Atas apa pun alasan..
Kata Nabi ﷺ, Selagi pemimpin itu mendirikan Solat.. Haram kerajaan itu dijatuhkan..Apakah pemimpin PH dulu tidak beriman ? Tidak Solat.. ? kelemahan kepada mereka tidak menghalalkan seorang Mfuti mewajarkan mereka dijatuhkan melalui jalan yang salah..
Apa kata Nabi ﷺ hukum nmejatuhkan Kerajaan dengan cara yang salah hatta mengangkat pedang terhadap pemerintah yang masih dipimpin mereka yang Solat.. ? kata Nabi SAW
لَا، مَا أَقَامُوا فِيكُمُ الصَّلَاةَ، وَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْ وُلَاتِكُمْ شَيْئًا تَكْرَهُونَهُ، فَاكْرَهُوا عَمَلَهُ، وَلَا تَنْزِعُوا يَدًا مِنْ طَاعَةٍ
Baginda bersabda: Tidak, selagi mana mereka mendirikan solat bersama kamu. Jika kamu melihat sesuatu yang kamu benci daripada pemimpin kamu, maka bencilah perbuatannya, dan jangan meninggalkan ketaatan (kepadanya).”
( Riwayat Muslim )
6- ALLAH ZAHIRKAN KEJAHATAN ULAMA’..
Sudah pasti aku bersyukur.. Allah zahirkan Kejahatan hari ini bukan datang dari kalangan orang Politik..Hatta para Asatizah dan Mufti yang menghasut.. Rupanya Kebencian mereka kepada Arak, Pemandu Mabuk, SJKC, Dong Zong hanya menjadi alat Kebencian kepada Pemerintah..
Tapi harus diingat.. Kamu semua para asatizah, Ulama’ hatta Mufti.. Atas segala kejahatan yang dilakukan, Perhitungan Dosa dan Pahala kamu tidak akan terlepas darinya, hatta Kamu Mufti yang sentiasa dibibir menyebut Soal Sunnah..
Perhitungkan Kedudukan, jawatan kamu hari ini apakah atas jalan yang bathil ? jangan menganggap sebagaimana kelompok Khawarij..Mereka menghalalkan pembunuhan dan darah sesama Islam kononnya menantikan balasan Syurga, sebagaimana Pembunuh Uthman dan Ali.. Semuanya akan diperhitungkan..
Al-Ghasb(Perampas) adalah satu perbuatan yang zalim lagi haram. dengan mengambil hak orang lain secara Bathil.. Allah SWT berfirman:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا لاَتَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil………”
( surah An Nisaa’ Ayat 29 )
Sebahagian Fuqaha mengingatkan akan perbuatan merampas atau mengambil hak orang lain ini, Mereka yang bersama mereka..akan menanggung akibat dan Kebinasaaanya..
الْأَيْدِي الْمُتَرَتِّبَةُ عَلَى يَدِ الْغَاصِبِ كُلِّهَا أَيْدِيْ ضَمَانٍ
“Tangan-tangan yang muncul di atas tangan perampas semuanya adalah tangan tanggungan.”
Jadi bagaimana Sikap kita menghadapi orang yang Khianat ?
وَلا تَكُن لِلخائِنينَ خَصيمًا..
dan janganlah kamu menjadi Pembela.. bagi orang-orang yang khianat itu…
( An Nisaa ayat 105)
Bertaubatlah wahai Mufti..
Ipohmali
Tazkirah Khutbah Jumaat
26 FEB 2021
Tora Datang Lagi Dengan Sertu Yang Baharu.
Tora Datang Lagi Dengan Sertu Yang Baharu.
1) Saya tak tahulah kalau tutup Parlimen dan buat perutusan
lebih 40 kali dalam kata TV tapi lari dari wartawan itu sebagai fit dalam
kriteria menguruskan negara
2) Orang lain mereka berani terus cabut jubah neutral dan masuk
dalam politik, bukan acah-acah sertu dari luar lepas apa yang di jamin tak jadi
cuci tangan dan mula pula dengan sertu baharu
4) Kritik dan bersangka buruk perkara yang berbeza. Siapa yang
kata Anwar rakus nak jadi PM tapi SSST sendiri sertu Din Pagoh yang namanya
tiada dalam perjanjian? Lepas tu habis Allah timpakan ujian ke seluruh negara
akibat dari pengkhianatan dan lantik orang yang cluless dan tidak tahu apa-apa
pegang amanah? Ingat tentang mereka yang rakus mengejar jawatan wahai SSST
Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya kalian nanti akan
sangat bercita-cita menjadi pemimpin, padahal kelak di hari kiamat ia akan
menjadi penyesalan." (Riwayat Bukhari)
5) Jadi ketegangan kaum waktu itu, siapa Menteri Keselamatan
dalam Negeri yang sengaja biar isu isu perkauman membara tanpa ada apa
tindakan? Ini zaman Kerajaan melayu isle, sikit2 akta hasutan yang di revive
dari kubur. Sujud dalam Gudwara pun masih belum terancam, liwat tak boleh
bicara di mahkamah syariah pun masih berbincang secara ilimiah kan? Kenapa tak
mahu demo? BMF mana? RUU355 mana?
6) Memang lah reda ketengangan kaum, sebab tukang hasut semua
sudah jadi kerajaan. Tak ingat ke? Orang yang mati pun jadi modal berhimpun?
Padang Merbuk jadi saksi para kazzab berdusta hendak gazet RUU355, Judi, arak,
pemabuk langgar orang, adakah sudah selesai? Zaman PN, pemabuk siap langgar
Polis lagi, tapi apa SSST buat? Betul ker tak ada bincang? Cer cerita macam
mana Musa Aman boleh bebas penuh dan bukan DNAA? Kalau orang itu ada agama, dia
tidak sesekali akan berkhianat.
7) Kira nak kata sokong PN ni adalah mudarat yang paling ringan
la? Ni sertu baharu ke apa? 72 kabinet mangkuk yang auto-pilot, SOP flip flop,
parlimen prorogue sesuka hati, pelabur lari, indeks rasuah makin teruk, banding
dengan Zibabwe ke apa? Macma mana SSST kata itu pilihan yang ada? Kiranya itu
logik SSST:
Antara Menteri Air Suam dan Dr Dzul, lebih aula pilih Menteri
Air Suam?
Antara Rinamon dengan Kak Wan, lebih bagus pilih Rinamon?
Antara Mazlee Malik dan Menteri Buka tutup sekolah, better pilih
Menteri Buka tutup sekolah?
Antara Mentega sibuk dengan bola dengan Dr Mujahid, better
Mentega?
Antara SSadiq dengan Menteri Masuk 10 cuci 30, better pilih
menteri kaki mesin kuda?
Antara makanan haram yang sedap dan yang halal tapi tak ada
garam, better pilih yang haram?
Pilihan itu jadi limited bila kita hidup dalam bubble sendiri,
bila SSST sudah bakar jambatan dengan kebenaran; memang option jadi limited.
Kalau jujur pada ilmu, jujur pada jawatan Mopti pasti Allah akan tunjuk jalan
keluar untuk mereka yang bertakwa.
8. Macam mana pula kata fitnah yang melanda hari ni bukan
pilihan SSST? Setahun lepas bila SSST jumpa Din Pagoh memberi sertu, ada
sesiapa yang paksa SSST sertu ke? SSST sendiri yang kata kerajaan PN ini bakal
dapat rahmat; tapi bila sertu tak menjadi tukar pula kata ini bukan kerajaan
impian. Walaun penat berdemo ke padang merbuk, tiba-tiba SSST kata ini bukan
kerajaan pilihan?
Ada sebab kenapa Allah suruh sempurnakan perjanjian! Ini adalah
salah satu daripadanya.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “… dan sempurnakanlah
perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan
ditanya.” (Surah Al-Israa’, ayat 3
9. Mudah mulut menutur kata "kurang mudarat" bila
hujung bulan check akaun bank masuk duit gaji. Senang berkata-kata bila setiap
petang ada makanan tersedia atas meja. Lembut lidah menyertu bila anak-anak
SSST boleh berlajar online semua peranti lengkap.
Wahai SSST, bersaksilah bahawa pengkhianatan dan kerosakan yang
terjadi pada hari ni, engkau adalah pemegang besar sahamnya. Engkau jamin apa
yang engkau tiada pengetahuan di sisiNya; lalu habis menderita rakyat akibat
dari menteri-menteri yang tak tahu buat kerja.
Ingat hadis Nabi di bawah ini wahai SSST Drmaza dan kenapa Allah
banyak bagi ujian pada kerajaan Melayu Isle yang engkau jamin.
Ya Allah, siapa yang mengurusi satu perkara umatku, lalu ia
menyulitkan umat, maka persulitlah ia. Dan siapa yang mengurusi perkara umatku,
lalu ia memudahkannya, maka permudahlah ia. (H.R. Muslim).
WAllhua'lam