PERUTUSAN MAAL HIJRAH - ANWAR

 





Perutusan Maal Hijrah 1444H

Salam Ma'al Hijrah.

Alhamdulillah, hari ini bermulanya penghijrahan tahun baru bagi umat Islam di seluruh dunia. Di kesempatan yang sama, marilah kita bersama meningkatkan keimanan, amal soleh, serta terus bertaqwa kepada Allah SWT.

Syukur kita ke hadrat Illahi kerana masih diizinkan untuk kita bernafas dan dilimpahi nikmat rezeki di atas muka bumi ini.

Justeru itu jangan kita lupa akan tanggungjawab untuk membantu insan-insan yang kurang bernasib baik.

Awal Muharram mengingatkan kita tentang kepentingan untuk berhijrah kerana setiap penghijrahan adalah suatu perubahan, dan setiap perubahan boleh membentuk ke arah kebaikan. Oleh itu, perubahan harus dilakukan untuk mewujudkan anjakan yang bermakna.

Selamat menyambut Awal Muharram 1444H.

Semoga tahun baru ini dapat menjadikan kita insan yang lebih baik dan terus bertaqwa dalam mencari keredhaan Allah S.W.T.

ANWAR IBRAHIM

 

 


MAHKAMAH RAYUAN LARANG TANGGUH KES SRC


MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFF




Alhamdulillah, satu lagi berita gembira lepas RUU lompat parti. Taktik nak delay tak berjaya dengan tukar peguam. Moga urusan di permudah ke sungai buluh.

Next tunggu ROS suruh buat pemilihan parti pula.

 

LULUS AKTA ANTI LOMPAT PARTI ERA BARU KERJASAMA KERAJAAN – PEMBANGKANG


BACHOK SOKONG SOSMA


 

TIKTOK PART TWO ANWAR BALUN ISU BAWA MENTERI KE TAIWAN ZAMAN PAK LAH DAN ISU TANDATANGANI KE YDPA


 

SHAH ALAM TIBAI ROMPIN BAB KHIANAT


 

TIKTOK SEKALI KIANAT SELAMANYA AKAN KHIANAT




 

HUSAM MUSA : Siapa Pemimpin Pas Kelantan Di Belakang Balak Tebang Habis dan Beri Milik Hutan Simpan?






Siapa Pemimpin Pas Kelantan Di Belakang

Balak Tebang Habis dan Beri Milik Hutan Simpan?

1. Asik-asyik salahkan Husam. Kononnya Husam mulakan. Kononnya di zaman Husam pun perkara ini berlaku.

Susah sangat kah untuk menentukan siapakah yg sebenarnya yg bertanggung jawab dengan dasar balak tebang habis dan beri milik tanah dalam Hutan Simpan di Kelantan?

2. Senang sekali.

Buka semula semua minit mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan Negeri Kelantan.

Tengok tarikh mula amalan ini.

Tengok siapa ahli Jawatankuasa terlibat dari mula sampai sekarang.

Tengok jumlah keluasan ikut tahun sampai sekarang.

Beranikah penyokong tegar Pas yg masih nak kambing hitamkan saya buat cabaran atau cadangan ini kepada Kerajaan Pas yg ada sekarang?

3. Lihat semula garis masa saya dalam Kerajaan Kelantan.

a. Ketika saya menjadi Ahli Parlimen di antara 1999 - 2004, Dato Takiyudin dan Allahyarham Dato Mohd Daud Iraqi sudah berada dalam Jawatankuasa Kecil Perhutanan pada masa itu.

Atas kapasiti mereka sebagai Exco. Saya tak ada kerana saya di Parlimen.

b. Ketika saya menjadi Exco dan dipaksa menerima keahlian dalam Jawatankuasa Kecil Perhutanan di antara tahun 2004 sampai 2013, Dato Takiyudin, Dato Mohd Amar dan Dato Anuar Tan adalah turut menjadi anggota.

Dalam tempoh ini ada 'pergelutan'' atas dasar dan kelulusan sebegini.

Ada kalanya mesyuarat yang dijadualkan ditangguhkan oleh Tok Guru selaku MB atas bantahan saya adanya agenda ladang dalam Hutan Simpan dimasukkan semula selepas sebelumnya telah dibekukan.

Ada kalanya dibekukan, kemudian dihidupkan balik.

Ada kalanya ditubuhkan jawatankuasa kecil di dalam jawatankuasa kecil dengan tujuan asalnya mengurangkan kelulusan sehabis kurang tetapi akhirnya tak berkesan.

Menjelang akhir 2012, atas desakan sesetengah pihak, se orang anggota tambahan dimasukkan iaitu Dato Hanifa Ahmad.

Ini bagi menukar imbangan sebelumnya di mana Tok Guru banyak berkecuali sementara saya dan Dato Anuar Tan pada masa itu banyak membantah kelulusan ini.

Jadi seri. Saya bersama Dato Anuar Tan menolak sementara Dato Takiyudin dan Dato Mohd Amar menyokong kelulusan.

Bila Dato Hanifa Ahmad mula-mula masuk mesyuarat yg pertama, se ingat saya lebih dari 100 kelulusan diberikan.

Korum menyokong menjadi tiga dan yg menentang tinggal dua.

Sejak itu, kalau tak silap ingatan saya, saya tidak lagi menghadhiri mesyuarat Jawatankuasa Kecil Perhutanan sehingga Dun dibubarkan pada 2013.

c. Saya dah tak jadi Exco dan anggota Jawatankuasa Kecil Perhutanan Kelantan dah masuk sembilan tahun.

Kenapakah kelulusan seperti ini semakin rancak kalau dikatakan saya adalah di belakang kelulusan seperti itu?

Fakta seperti ini pun para pentaksub Pas tak boleh fikirkan?

4. Saya telah menjadi mangsa keadaan atau menerima 'collateral damage'.

Orang lain makan nangka sejak dulu sehingga sekarang, tapi getah dilekatkan pada saya.

InsyaAllah saya konsisten menolak amalan ini dulu, sekarang dan akan datang.

Ia satu polisi paling buruk bagi Negeri Kelantan dan Negara atas banyak pertimbangan.

Ia memberi peluang manipulasi yang sangat luas :

- hutan banyak balak dikelaskan kononnya miskin atau tak ada kayu.

- kawasan gagal dijadikan ladang yang diluluskan sebelumnya digunakan pula untuk meluluskan kawasan balak baru dalam Hutan Simpan Kekal. Kawasan dulu dah gondol kawasan baru pula jadi ratahan. Memungkin akhirnya seluruh Hutan Simpan akan binasa

- tidak ada tender terbuka dilakukan

- banyak keadaan orang yg sama dapat berulang kali

- kroni mendapat kesempatan

- Kerajaan rugi. Hutan musnah

- tidak nampak adanya pengakhiran kepada penjarahan ini kerana banyak pihak telah ketagih

Fikir sendiri implikasi dasar ini. Fikir baik buruknya pada Rakyat dan Negeri.

Sekalipun kalau Husam terlibat sekali, jangan peduli pada Husam.

Peduli pada baik buruk dasar tebang habis balak begitu luas dan beri hak milik tanah dalam Hutan Simpan.

Sehingga seluruh good governance perhutanan negara menjadi binasa buat selama-lamanya.

5. Salah satu Piagam Save Kelantan yang akan dicadangkan ialah untuk menghentikan serta merta kelulusan tebang habis dalam Hutan Simpan Kekal - sekiranya Kerajaan Pas Kelantan sekarang dapat diganti.

(Sesiapa yang terlepas rakaman wawancara saya dengan sebuah portal berita mengenai tajuk ini boleh menontonnya semula di pautan

https://youtu.be/PyplEFLCr9o )

Husam Musa

27 Julai 2022

27 Dzulhijjah 1443H

#SaveKelantan

#SelamatkanKelantan

 


JAWATAN PM TAK LEBIH 10 TAHUN,MEMINTA MESYAUARAT PARLIMEN DAN KEBEBASAN INSTUTUSI KEHAKIMAN

 

83% janji dipenuhi, 3 perkara dalam MoU belum dilaksana, kata PH








Pakatan Harapan berkata, MoU yang dimeterai dengan kerajaan pada
 13 Sept 2021 akan terus berkuat kuasa selagi Parlimen penggal ke-14
 tidak dibubarkan.

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) berkata, terdapat tiga perkara yang perlu dilaksanakan kerajaan, selepas lebih 80% janji dalam memorandum persefahaman (MoU) dimeterai dengan Putrajaya dipenuhi.

Majlis Presiden PH menyifatkan kelulusan Rang Undang-undang pindaan Perlembagaan melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti yang disokong 209 Ahli Parlimen adalah kemenangan besar buat rakyat.

“Ia merupakan salah satu tiang seri kepada MoU antara kerajaan dan PH. PH percaya dengan lulusnya pindaan Perlembagaan semalam, maka keyakinan rakyat terhadap proses pilihan raya dan demokrasi itu sendiri akan mulai pulih.

“Namun begitu, masih banyak yang perlu dilakukan untuk memperbetul keadaan politik dan demokrasi dalam negara, serta menjamin episod khianat seperti Langkah Sheraton tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Ads by Kiosked

“Dengan lulusnya pindaan Perlembagaan ini, maka 15 daripada 18 perkara yang dipersetujui dalam MoU telah dilaksanakan, bersamaan 83.3%,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu ditandatangani Presiden PKR, Anwar Ibrahim, Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Loke Siew Fook dan Presiden Upko, Madius Tangau.

PH berkata, tiga perkara yang belum dipenuhi ialah mengehadkan jawatan perdana menteri tidak lebih 10 tahun, membentang dan meluluskan RUU Perkhidmatan Parlimen serta meminda Peraturan Mesyuarat Parlimen bagi memastikan prosiding lebih teratur dan lancar.

“Pada masa sama, perkara 4, iaitu kebebasan institusi kehakiman perlu terlaksana sepanjang masa.”

Oleh itu, ia menggesa wakilnya dalam Jawatankuasa Pemandu MoU berbincang dengan kerajaan berhubung tiga perkara yang belum dilaksanakan itu.

Katanya, MoU yang dimeterai pada 13 Sept 2021 akan terus berkuat kuasa, selagi Parlimen penggal ke-14 tidak dibubarkan, seperti dinyatakan dalam Perkara 2.1 MoU.

Dulu tak sokong sebab tak jadi kerajaan dan menteri, sekarang sokong sebab dah dapat dedak. Susah ke nak jawab tanpa jual agama?


W.FAUDZIN




 

KAMPUNG IBOI BALING MENANGIS LAGI - MUSANG IS KING

 POLITIK SEMASA

 






KAMPUNG IBOI BALING MENANGIS LAGI - MUSANG IS KING

Kejadian petang tadi, jambatan Bailey yang baru di bina dah tengelam 3 kaki dan hujan masih lagi turun. Rasanya Ford Raptor MB Kedah pun tak lepas, bukan sebab banjir tapi takut nak bawa ke Baling.

Kemarahan Gunung Inas belum lagi reda lebih pada MB yang hanya tahu berkata kata, rakyat bersedih tapi bagi dia kira buat lawak jenaka tak kira masa. Belum lagi reda dan belum habis tarik nafas lega bencana datang kembali secara tiba tiba memberi peringatan penyakit di puncak gunung belum lagi lega. Dah tak tau nak kata apa, ada MB pun ibarat melepaskan batuk di tangga.

Maka tinggal lah rakyat hidup sengsara......

OMN KD

#tolakpnbnpru15

 

KINI KATAK BEBAS DARI CEMOHAN BERSEKONGKOL DENGAN MP YANG SUKA MELOMPAT.


Zunar cartoonist fan club.

Kartunis zunar kembali dengan masej KATAK . Bagi beliau isu lompat katak bukan lah sesuatu yang baru..tetapi ianya menifesto para ahli parlimen yang suka melompat demi kepentingan politik mereka sendiri.

Melalui kartun beliau kali ini, zunar melakarkan seekor katak sebenar yang bebas kerana tidak lagi dikaitkan dengan katak katak jahat yang digambarkan oleh manusia kerana melompat ini disitilahkan sebagai katak.Jadi katak katak yang terkait dengan manusia jahat yang merosakkan alam demokrasi manusia berpolitik ,terkait sama dengan nama si katak.

Bila RUU anti lompat telah diluluskan.ianya membawa makna bagi haiwan katak sebenar untuk tidak fitnahkan dengan tabiat asal mereka yang sememangnya melompat.

Kini haiwan katak bebas untuk melompat tanpa difitnah lagi dengan perangai jijik ahli politik jahat yang suka melompat.







PUTUS HUBUNGAN SAUDARA MARA KERANA FATWA PIMPINAN PAS


 

SOSMA- PAS DULU DAN PAS SEKARANG




 

TIK TOK : ABANG KAWASAN UGUT PENIAGA KECIL KE BALAI ...



ABANG KAWASAN TAK BAGI ORANG AWAM BERNIAGA




ABANG KAWASAN DIIRINGI POLIS KE BALAI...KAH...KAH


 

WALAUNS...JOM BUAT REPOT POLIH.....BAH BESAQ NI.....

 






Banjir Kilat | Mangsa di PPS bertambah

Bilangan mangsa banjir di Baling meningkat selepas 58 orang mangsa dari 19 keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Terbuka Kampung Padang Empang, sehingga jam 8 pagi tadi. Menurut Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Lefternan (PA) Dzulhaidy Mohd Khalil, berkata, kesemua mangsa dari Kampung Padang Empang, Kupang dipindahkan selepas air lebih satu meter memasuki rumah mangsa.

RUU Antilompat Parti: Sokongan Ahli Parlimen yang 'bersekongkol' itu lucu, tapi menyenangkan - Anwar Ibrahim

 


Firdaus Azil
RUU Antilompat Parti: Sokongan Ahli Parlimen yang 'bersekongkol' itu lucu, tapi menyenangkan - Anwar Ibrahim
Dewan Rakyat semalam mencatatkan satu lagi sejarah apabila meluluskan RUU dengan majoriti melebihi dua pertiga. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Biarpun tindakan Ahli-ahli Dewan Rakyat yang terlibat dalam ‘aktiviti lompat parti’ menyokong Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No 3) 2022 di Dewan Rakyat pada Khamis adalah melucukan, namun ia juga menyenangkan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam kiriman video terbaharunya, Ketua Pembangkang itu berkata, keputusan majoriti dua pertiga terhadap RUU, yang beliau gambarkan sebagai antikhianat, antibelot, antimenipu rakyat semalam, jelas memberikan kemenangan buat rakyat.
Kata Ahli Parlimen Port Dickson itu lagi, kelulusan tersebut juga merupakan sebahagian ketetapan Memorandum Persefahaman (MoU) yang diputuskan antara pihak Pembangkang dengan Kerajaan.
“Tapi yang melucukan semalam kita dapati daripada kalangan 209 Ahli Parlimen, termasuk pendirian Pakatan Harapan yang memang konsisten, orang-orang yang bersekongkol dalam komplot khianat ini dan kata-kata orang yang dianggap melompat pun turut mengundi.
“Jadi itu satu perkara agak lucu, tapi menyenangkan Alhamdulillah. Ini satu kemenangan kepada rakyat, apabila kita pilih, kita yakin InsyaAllah tidak lagi belot kerana ugutan, takut dengan tindakan atau wang ringgit atau juga kedudukan,” katanya lagi.
Dewan Rakyat semalam mencatatkan satu lagi sejarah apabila meluluskan RUU mengenai Peruntukan Larangan Ahli Dewan Rakyat Bertukar Parti itu, dengan majoriti melebihi dua pertiga.
Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Azhar Azizan Harun sewaktu membacakan keputusan itu berkata, seramai 209 Ahli Dewan Rakyat bersetuju, manakala 11 lagi tidak hadir.
Dalam sidang akhbar susulan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, RUU itu dijangka berkuat kuasa pada minggu pertama September depan.
Kata Ahli Parlimen Santubong itu lagi, berkata, ia selari dengan pembentangan di Dewan Negara untuk bacaan kali pertama yang dijadual pada 9 Ogos ini.
RUU Antilompat Parti akan dibawa ke Dewan Negara pada 9 Ogos ini



JANGAN KITA LUPA, TERGUBALNYA RUU ANTI LOMPAT PARTI ADALAH ATAS ‘JASA JAHAT’ TUN MAHATHIR


 Ramai yang memuji Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob atas kejayaan membentang dan seterusnya beroleh kelulusan dalam RUU Anti Lompat Parti yang sebelum ini tertangguh beberapa kali.

Kesungguhannya terhadap RUU itu tidak lain adalah kerana beliau ingin memastikan kemelut politik yang menjejaskan nama negara selepas peristiwa Langkah Sheraton tidak berulang kembali.

Di samping itu, pujian juga tidak harus dilupakan kepada PH kerana melalui MOU yang dimetrai dengan Perdana Menterilah yang dianggap memungkinkan RUU itu menjadi kenyataan akhirnya.

Melaksanakan RUU Anti Lompat Parti adalah antara persetujuan yang terkandung dalam MOU itu.

Tanpa MOU dan sokongan PH, Ahli-Ahli Parlimen lompat parti yang berada dalam kerajaan sekarang mungkin akan menggunakan pelbagai cara untuk menggagalkan undang-undang tersebut daripada menjadi kenyataan.

Ini kerana mereka itu mungkin ada hasrat untuk melompat lagi selepas PRU15 akan datang nanti.

Namun, dengan 90 Ahli Parlimen PH memberi komitmen sokongan, dicampur dengan wakil rakyat UMNO sendiri turut menyokong kerana mereka telah hilang ramai Ahli Parlimen sejak 2018, persefahaman itulah yang merupakan kunci kejayaannya.

Lain-lain parti yang berjiwa suci dan tidak memikirkan habuan duniawi pasti dengan senang hati serta tiada masalah menyokong RUU Anti Lompat Parti itu.

Sebab itu dalam undian yang dilakukan petang semalam, RUU itu mendapat undi menyokong sebanyak 209 dan 11 Ahli Parlimen tidak hadir.

Dengan RUU iru berkuatkuasa, negara kini menempa satu lagi sejarah besar yang bertujuan melindungi mandat rakyat, memastikan kestabilan serta untuk mengelakkan negara terus berdepan krisis politik yang tidak berkesudahan.

Tetapi, sedarkah kita apa yang sebenarnya menjadi punca utama sehingga tergubalnya RUU Anti Lompat Parti itu?

Sementara banyak pihak melihat peristiwa Langkah Sheraton yang menyebabkan kerajaan PH tumbang adalah penyebab utamanya, tetapi kejadian lompat parti sebenarnya bermula lebih awal daripada itu lagi.

Sebaik PH menjadi kerajaan dan Tun Mahathir Mohamad memegang jawatan Perdana Menteri, beliaulah yang memulakan usaha menarik beberapa Ahli Parlimen UMNO yang diketuai Hamzah Zainuddin untuk melompat menyertai Bersatu.

Selain kumpulan Hamzah seramai 16 Ahli Parlimen yang melompat parti, selepas itu UMNO Sabah juga berkecai apabila hampir keseluruhan pimpinannya secara beramai-ramai menyertai Bersatu.

Sebagaimana lompatan oleh Hamzah dan gerombolannya adalah sesuatu yang dirancang, apa yang berlaku di Sabah juga demikian sifatnya.

Tindakan Tun Mahathir menarik Ahli-Ahli Parlimen UMNO menyertai Bersatu ialah untuk menguatkan partinya yang hanya menang 13 kerusi dalam PRU14 berbanding PKR sebanyak 47, DAP 42 dan Amanah 11.

Muslihat menambah kekuatan Bersatu itu, terutama dengan membawa masuk gerombolan yang diketuai Hamzah adalah kerana Tun Mahathir memang sejak awal ingin memungkiri janji peralihan kuasa terhadap Anwar Ibrahim bagi membolehkannya berkuasa selagi hayat dikandung badan.

Dengan kedudukan kerajaan PH yang stabil dan selesa ketika itu serta jika benar berpegang kepada janji, hakikatnya tidak perlu sama sekali pun Tun Mahathir membawa Ahli-Ahli Parlimen UMNO melompat menyertai Bersatu.

Daripada lompatan berjemaah itulah akhirnya yang membawa kepada berlakunya peristiwa Langkah Sheraton.

Maknanya Langkah Sheraton hanyalah fasa kedua episod lompat parti di mana tapak mulanya ialah dalam hati Tun Mahathir yang membawa Hamzah dan gerombolannya melompat daripada UMNO kepada Bersatu.

Jika gerombolan Hamzah tidak dibawa melompat menyertai Bersatu dan Azmin Ali yang sudah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor tidak dijadikan Menteri Hal Ehwal Ekonomi oleh Tun Mahathir, bukan saja Langkah Sheraton tiada sebab untuk berlaku, bahkan PH masih lagi kekal sebagai kerajaan ketika ini.

Itulah “jasa jahat” Tun Mahathir yang akhirnya membawa kepada tergubal RUU Anti Lompat Parti di negara ini.

Tanpa “jasa jahat” Tun Mahathir, RUU Anti Lompat Parti mungkin kekal sekadar bahan penyedap ceramah saja kerana tidak pernah terbayang akan berlaku acara lompatan secara berjemaah sebagaimana yang digerakkannya melalui Hamzah.

Untuk itu, dengan tergubal RUU Anti Lompat Parti semalam, wajar juga sebenarnya dikenang “jasa jahat” Tun Mahathir itu buat kenang-kenangan generasi akan datang sambil dititipkan ucapan terima kasih tak terhingga kepadanya. – ShahbudinHusin 29/07/2022.