SUDAH SAMPAI MASANYA PEMIMPIN PERLU DIBERI KURSUS BERCAKAP



Apakah yang boleh kita pelajari daripada cadangan makan ubi yang dilontarkan oleh Speaker Parlimen baru-baru ini?


Paling jelas, ia meunjukkan tidak semua pemimpin itu cerdik yang hanya mengeluarkan “mutiara” daripada kata-kata pengucapan mereka.


Ini bukan kali pertama pemimpin di negara kita ini memuntahkan “sampah” daripada mulut mereka.


Hampir setiap masa, ada saja kedapatan cakap pemimpin yang memualkan telinga mendengarnya lantaran kata-kata ucapan mereka itu langsung tidak selari dengan keinginan serta keperluan rakyat.


Tidak perlu disebut satu persatu contohnya kerana ia terlalu banyak kalau mahu dikutip jika kita rajin memeriksanya di arkib internet dengan bantuan enjin carian “google”.


Di era kerajaan mana sekali pun, pasti ada pemimpin yang seperti itu.


Tidak terkecuali yang kerap mengeluarkan “sampah” itu termasuk pemimpin yang bergelar menteri yang gaji mereka dibayar lumayan daripada tabung perbendaharan negara melalui kutipan cukai yang diambil daripada poket rakyat miskin dan golongan B40.


Sebab itu, bila ada pemimpin bercakap “sampah” dan merapu, netizen tidak menunggu lama untuk membelasah mereka.


Hakikatnya, rakyatlah yang membayar gaji pemimpin itu dan rakyat adalah majikan kepada pemimpin.


Sebagai pemimpin, mereka yang berkenaan, selain harus menunjukkan kualiti dalam bekerja untuk rakyat, cadangan yang ingin dikemukakan pula biarlah yang munasabah dan dapat menyejukkan telinga siapa yang mendengarnya.


Kalau hanya “sampah” yang mampu diluahkan, lebih baik diambil tukang angkat sampah jadi pemimpin.


Sebelum bercakap mesti guna akal lebih dulu, jangan mulut lebih laju daripada akal berfikir.


Lebih baik bercakap yang biasa-biasa dan tidak ekstrem asalkan terlihat rasional daripada bercakap yang bukan-bukan dan merapu, bahkan didapati bertaraf sampah saja.


Dalam cadangan makan ubi kayu sebagai ganti nasi misalnya, ia terlihat “sampah” kerana selain tiada ladang ubi kayu yang luas di negara kita untuk menampung keperluan, harganya juga jauh lebih mahal daripada beras.


Dengan itu, di mana logiknya cadangan Speaker itu yang rasanya gaji beliau juga agak lumayan melalui jawatan tersebut.


Nak bagi cadangan alternatif, apa yang harus difahami oleh mereka yang bergelar pemimpin ialah benda yang dicadangkan itu mestilah lebih murah daripada harga beras yang dimakan ruji selama ini.


Mendepani hal ini, lantaran dipercayai akan terus berlaku pemimpin bercakap yang bukan-bukan dan bertaraf “sampah” selepas ini, sudah sampai masa sebenarnya untuk mereka diberi kursus dalam bercakap, apa yang perlu dicakap, bila masa perlu bercakap, bila masa perlu diam dan yang penting sekali, mesti sentiasa berfikir dahulu sebelum bercakap.


Sesuai dinamakan pemimpin, mereka mesti bercakap yang baik-baik, membina, ada logik dan mampu memberi harapan kepada rakyat.


Dengan itu, barulah kehadiran mereka itu berguna kepada rakyat serta sesuai dengan gaji mahal yang dibayar kepada mereka.


Jika tidak, rakyat sendiri akan melihat pemimpin tidak ubah seperti “sampah”. – ShahbudinHusin 07/04/2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/04/08/sudah-sampai-masanya-pemimpin-perlu-diberi-kursus-bercakap.html



RAMAI KATA ZAMAN 2021- ZAMAN TU APA PUN TARAK AIHH.. ZAMAN MADANI NI USAHA LEBIH UNTUK KESEJAHTERAAN.

 


Ramai juga marah Mat Sabu sebab kononnya claim tanam bawang. Katanya projek ni dah mula sejak 2021. Ok baik. Bagi saya link Menteri zaman PN umum projek bawang?


Ada?

Ada?



Kenapa zaman Mat Sabu tuaian pertama je bertan-tan jumlahnya?


Sebab ...banyak je institut, universiti buat kajian.


Tapi, arahan dan peruntukan dari Menteri lah yang menjayakan sesuatu projek.


Mardi dah kaji awal, yes kita setuju.

Mardi dah tuai beribu kilogram dan jual dipasaran? Ini tiada.


Jadi yang dengki dengan Abg Mat kenapa? Sebab 33 bulan langsung tiada benda baik nak dikenang kan ...betul?


Berita

Siapa sangka, Malaysia akhirnya berjaya menuai hasil bawang merah tempatan melibatkan berat sekitar 2.3 tan di Kampung Ladang Bikam, Tanjung Malim, Perak.


Perak difahamkan menjadi negeri pertama yang menuai hasil bawang varian BAW-1 tersebut di mana ia berada di dalam tempoh fasa satu di kawasan seluas 0.6 hektar.


Menurut Arthur Joseph, projek dengan kerjasama pihak Jabatan Pertanian Negeri itu akan dilaksana secara tiga fasa dengan hasil sekitar empat tan metrik setiap hektar.


Perkara ini dikongsikan Ahli Parlimen Pensiagan itu dalam Majlis Tuaian Hasil Projek Rintis Tanaman Bawang Secara Besar-Besaran di Kampung Ladang Bikam, lapor Berita Harian.


“Bagi penuaian pertama, ia membabitkan fasa satu di kawasan seluas 0.6 hektar dengan hasil pengeluaran sekitar 2.3 tan. Selepas ini, penuaian akan bersambung kepada fasa dua dan fasa tiga.



MAJLIS IFTAR - CERAMAH MENGUMPAT- SATUBAPA PUN TAK JADI. GEBANG LEBIH.


 

HANG DOK PEMBOHONG APA... IMBAU KEMBALI TAK PUAS HATI- SEKARANG TUNGGU LA KENA KES JANAWIBAW


 

THE FAILURE KEDAH....


 

KEH.. KEH.. KEH...


 

DIA JUAL TANAH NEGARA SENYAP SENYAP. PEMIMPIN PAS PN DIAM BISU TAK KATA APA.. PUNYA PENAKUTNYA


 

TAK PANDAI BERSYUKUR ATAU MALAS BEKERJA.

 

W. FAUDZIN

Jalan ke mana- mana pun jem...ertinya kita tak dikurung untuk beraya seperti di era Din cirit.  


Bazar ramadhan penuh sesak, ertinya rakyat boleh membeli makanan.  Yang hari-hari  mengadu sesak hidup hanyalah walaun sebab mereka tak pandai bersyukur.



TAZKIRAH RAMADAN BEBERAPA KEKELIRUAN YANG PERLU DIPERBETULKAN.


Che Ibrahim


Sebenarnya banyak kekeliruan amalan syariah yang berlaku dalam masyarakat akibat salahfaham atau sekadar ikut ikut apa yang telah dilakukan oleh mereka yang terdahulu, antaranya ialah:

1. Ziarah kubor pada hari raya.

Pada dasarnya ziarah kubor adalah sunnah yang digalakkan, namun ianya tidak terikat dengan masa atau hari tertentu.

Amalan ziarah kubor pada hariraya bukan antara perkara perkara yang sunat dilakukan pada hariraya, tetapi hanya sebagai satu kebiasaan, bahkan jika tidak dibendung, ianya bukan sahaja boleh menimbulkan salahfaham di sudut hukum, tetapi boleh menyebabkan masa yang sepatutnya untuk berhariraya, telah dihabiskan kepada perkara yang tidak dituntut dilakukan pada hariraya. 

2. Sujud Tilawah ketika solat Suboh pagi jumaat.

Di segi hukum, tidak disunatkan sujud sajadah/tilawah ketika solat suboh pagi jumaat, tetapi kita disunatkan sujud tilawah/sajadah apabila membaca ayat ayat yang disunatkan sujud sajadah/tilawah. 

Maknanya sujud sajadah/tilawah disunatkan bukan kerana solat suboh pagi jumaat, tetapi kerana ketika solat suboh pada pagi jumaat itu, antara surah surah yang dibaca oleh Rasulullah saw ialah Surah Al Sajadah yang di dalamnya ada ayat yang disunatkan kita sujud sajadah(bahkan kalau ayat tersebut dibaca bukan dalam suboh pagi jumaat pun, kita disunatkan sujud tilawah).

Ada qaul dari mazhab al shafiiyyah (imam al Ramly kalau tak Salah ingatan ambo) berkata adalah batal solat tersebut kalau dia niat nak sujud sajadah kerana solat suboh pagi jumaat, bukan kerana baca ayat sajadah.

3. Membaca Surah Yasin malam jumaat.

Membaca surah Yasin adalah baik dan memang disuruh, tetapi kalau baca surah Yasin kerana malam tu malam jumaat, maka perbuatan itu لا أصل له @ tidak ada dalilnya atau sumber hukum yang mengatakan disunatkan baca surah Yasin pada malam jumaat. 

p/s ambo bukan wahabi


RAMADHAN DAN RAYA YANG PELIK TAHUN INI

 

Mohd Fairul


Tahniah Menteri KPDN&KSH dan Timbalan Menteri Fuziah Salleh serta team kementerian dan juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu Timbalan dan team kementerian. 


Dah nak raya lusa..kiranya boleh istihar dah kejayaan tu.





DIMAKI DIHINA BELIAU TERUSKAN MEMBANTU PENJAWAT AWAM

 



Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata, berita baik untuk penjawat awam akan diumum dalam tempoh beberapa bulan lagi dengan memberi bayangan selewat-lewatnya ketika pembentangan Belanjawan 2025.


#MalaysiaMADANI

#JabatanPenerangan




TALIAN HAYAT BARU MC D.

 

Asyraf Jeffry


Talian hayat baru untuk McD di Malaysia. Ramai yang tidak ingin memboikot McD kerana mereka tiada bukti yang wang pembelian McD Malaysia disalurkan kepada Israel. Namun, disebabkan McD Israel terlampau 'menganjing', sponsor makanan tentera mereka secara terang-terangan, emosi terganggu dan boikot diteruskan.

.



Dengan pembelian semula semua franchise McD di Israel,hal ini membolehkan McD HQ menentukan secara mutlak wang sumbangan disalurkan ke mana.

.


Maka selepas ini,tentera Israel tidak lagi dapat makan McD secara percuma. Saya yakin McD HQ akan bertindak professional, neutral,tidak berpihak ke mana-mana pihak.

.


Kepada kawan-kawan yang ingin memboikot,teruskan, saya menghormati anda. Tetapi usahlah pandang pekerja McD sebagai seorang pendosa. Mereka hanya cari rezeki yang halal.



.


PENGAJARAN PERLANTIKAN IMAM-IMAM HUFFAZ PADA RAMADAN AKAN DATANG


Hafiz Kodiang


1. Masjid dan surau perlu mencari calon imam yang benar-benar hafiz 30 juz al-Quran selain menguasai kualiti bacaan, ingatan dan suara serta pengetahuan hukum asas solat berjemaah. Jangan ambil secara tangkap muat dek kerana ingin bersaing dengan masjid dan surau lain yang lebih berdaya maju dari segi kewangannya.


2. Berikan tawaran secara hitam putih berasaskan kontrak al-Ijarah (al-ujrah lil khadamaat) kepada calon imam atau pihak pengurusan sekolah dengan menyatakan syarat-syarat yang perlu diikuti seperti memulakan imam solat Isyak, berapa rakaat tarawih dan witir. Dalam kontrak tersebut perlu dinyatakan dengan jelas kadar UJRAH sama ada mengikut bilangan hari atau secara pakej. Ujrah perlu dipertegaskan untuk setiap orang imam atau dikongsi sama banyak. Penetapan kadar ujrah boleh berbeza mengikut kekananan calon imam atau kewangan masjid/surau. Kedua-dua pihak perlu bersetuju (ijab dan qabul) secara al-taradhiyy. Jika tidak setuju, jangan terima atau tawarkan pula kepada sesiapa yang berminat. Jika melibatkan pihak ketiga seperti pengurusan sekolah yang membekalkan calon-calon imam, mereka mesti menyatakan caj yang dikenakan dalam bayaran imam untuk mengelak eksploitasi imam-imam berlaku.


3. Sebaiknya imam-imam huffaz membacakan setiap malam bilangan juz mengikut bilangan malam Ramadan. Malam pertama, bacalah juz pertama dan seterusnya sehingga tamat bertugas walaupun tidak membaca keseluruhan juznya. Saya dapati, terdapat imam yang masih membaca juz ketiga pada malam ke-27. Malah ada yang membaca surah-surah seperti al-Saf, al-Jumaah bersambung-sambung pada beberapa malam. 


4. Imam-imam juga terutamanya yang junior, jika membaca ayat ayat surah panjang, jangan main waqaf melainkan setelah habis kisah ayat-ayat yang dibacakan. Dahulu orang tua-tua panggil 'habis satu aiyn (ع)'. Barulah bacaan al-Quran tidak tergantung. Ini pentingnya imam yang mengetahui makna dan hukum bacaan waqaf-wasal al-Quran.


5. Bagi masjid atau surau yang tidak mampu memberikan ujrah kepada imam-imam huffaz luar, TIDAK PERLU mencari. Guna saja senarai imam sedia ada sambil boleh praktis menjadi imam. Pada masa sama, jangan kikir untuk tawarkan saguhati kepada imam-imam bidan terjun yang sedia ada apabila mereka volunture mengimamkan Tarawih setiap malam. Orang yang hanya biasa hadir sebagai jemaah tidak akan pernah rasai gedebup gedebab orang yang menjadi imam. Dia akan menjaga makanan semasa berbuka dan akan bergegas ke masjid-surau selepas berbuka. Tidak seperti orang lain yang boleh datang sesuka hati.


6. Jika kadar ujrah telah ditetapkan dan dipersetujui oleh pihak masjid dan pengurus imam-imam huffaz, maka tidak perlu lagi membuka tabung khas untuk saguhati imam. Jika banyak disumbang sudah tentu pengurusan masjid akan gusar kerana memikirkan banyak lagi bayaran lain yang perlu diuruskan. Justeru, biarkan sahaja jemaah masjid memberikan saguhati itu direct kepada imam by hand atau bank in.


7. Saya juga khuatir dengan sesetengah pihak sekolah yang menguruskan imam-imam huffaz mereka yang mungkin mengambil peratusan yang besar daripada kadar ujrah itu. Pihak masjid memberikan jumlah yang besar tetapi yang pihak pengurusan imam berikan kepada imam-imam mereka, adalah sedikit kerana selebihnya masuk ke tabung sekolah atau tabung mudir sekolah itu sendiri. Akhir sekali imam-imam muda ini menuduh masjid yang bagi saguhati sedikit. Hal-hal seperti ini perlu dipastikan agar tidak berlaku penyelewengan atau eksploitasi.


8. Kadar ujrah yang sesuai untuk imam semalaman antara RM150-RM200 bagi 8 rakaat termasuk 3 witir sekali (+-1 jam bertugas). Bagi imam yang membaca 1 juz setiap malam bagi 20 rakaat, kadar asasnya mungkin antara RM300-RM400 (+- 2 jam). Selebihnya terserah kepada suci hati jemaah untuk memberikan al-ihsan kepada para imam.


9. Para bilal juga perlu perbaiki sebutan zikir & solawat yang dibaca sebelum tarawih dan selepasnya. Sebut bagi penuh dan betul seperti di bawah :

صلاة التراويح من قيام شهر رمضان أثابكم الله 


Ini macam-macam disebutnya seperti (contoh) :

 الصلاة التراويح اثابكم الله

الصلاة القيام أثابكم الله


Jika tidak tahu kaifiyyat zikir dan solawat itu, tidak perlu baca. Cukup dengan sekadar bersolawat sahaja. Antara punca orang takut menjadi bilal ialah nak kena baca zikir dan solawat itu. Tiada bacaan itu pun tidak menjadi masalah.


10. Saya ingin mencadangkan setiap kali selepas satu tarwihah iaitu 4 rakaat Tarawih, habis berdoa, imam memberikan tazkirah ringkas  dalam satu-dua minit akan maksud dan pengajaran ayat-ayat yang beliau bacakan sebelum itu. Sekurang-kurangnya makmum tahu ibrah umum daripadanya. Saya teringat di Hayyu Sabiek, Mesir tahun 90'an dahulu, sesetangah imam Masjid Musa Nusayr akan pusing ke arah makmum selepas habis satu tarwihah. Beliau membuka soal jawab hukum kepada maklum. Selepas habis sesi soal jawab, disambung solat semula. Begitulah sehingga tamat 20 rakaat. Ini pentingnya kita melantik imam-imam senior berbanding budak-budak yang separuh hafiz.


11. Kepada sesiapa yang menjadi imam solat witir pada malam 16 Ramadan dan seterusnya, bacaan Qunut sewajarnya dibaca semua dengan kuat (jahar) termasuk فَاِنَّكَ تَقْضِىْ وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ. Pada lafaz itu, makmum diam tidak mengaminkan dengan membacanya secara sirr. Akan tetap imam tetap membaca secara jahar.


Semoga Allah SWT menerima semua amalan kita di sepanjang Ramadan 1445 ini.


Dr. HK

8 April 2024 / 

28 Ramadan 1445



MANUSIAKAH MEREKA INI HINGGA TAK INGAT PAHALA DOSA.

 𝗕𝗔𝗟𝗔𝗖𝗜 𝗣𝗔$ & 𝗣𝗔𝗥𝗧𝗜 𝗕𝗨𝗡𝗚𝗔, 𝗚𝗘𝗡𝗚 𝗪𝗔𝗟𝗔𝗧𝗢𝗞 𝗦𝗘𝗞𝗔𝗡𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗝𝗔𝗗𝗜 𝗣𝗡𝗬𝗘𝗕𝗔𝗥 𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗞𝗨𝗡𝗨𝗡𝗡𝗬𝗔 𝗣𝗠𝗫 𝗛𝗜𝗗𝗔𝗣 𝗔𝗜𝗗𝗦 𝗔𝗧𝗔𝗨 𝗗𝗜𝗝𝗔𝗡𝗚𝗞𝗜𝗧𝗜 𝗛𝗜𝗩

(Tolong #Sebarkan #Biar_Rakyat_Faham)







1) Sudah lama 𝗕𝗘𝗥𝗧𝗘𝗕𝗔𝗥𝗔𝗡 𝗱𝗶 𝗦𝗼𝗰𝗠𝗲𝗱 𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘁𝗼𝗸, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝗿𝗴𝗼𝗻, 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 & 𝘂𝗻𝘁𝗶𝘁 𝗞𝗨𝗡𝗨𝗡𝗻𝘆𝗮 𝗣𝗠𝗫 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗶𝗱𝗮𝗽 𝗔𝗜𝗗𝗦 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗱𝗶𝗷𝗮𝗻𝗴𝗸𝗶𝘁𝗶 𝗛𝗜𝗩. Samada tuduhan secara direct atau indirect mereka mencipta persepsi KUNUNnya bengkak tangan PMX itu ada kaitan dgn 𝗛𝗜𝗩 𝗱𝗮𝗻 𝗔𝗜𝗗𝗦.


2) Puak 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 ini tidak segan silu setiap hari melakukan 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 dan menyebarkan Fitnah terhadap PMX di SocMed terutama dalam whatsapp group. 𝗥𝗲𝗽𝗼𝗿𝘁 𝗸𝗲 𝗠𝗖𝗠𝗖 𝗽𝘂𝗻 𝗧𝗜𝗔𝗗𝗔 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗮𝗺𝗯𝗶𝗹. Sebab tu saya banyak mengkritik MenKom dan MDN. Tapi baru-baru ini MenKom mula bertindak mungkin baru tersedar dgn Fitnah terkait KUNUNnya tiada Tilawah Al Quran tahun ini.


3) Setakat ini hanya Papagomo yg disiasat oleh Polis kerana FITNAH PMX dijangkiti HIV atau sakit AIDS. 𝗪𝗮𝗹𝗵𝗮𝗹 𝗕𝗘𝗥𝗟𝗔𝗠𝗕𝗔𝗞 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 itu dimainkan di Whatsapp Group, FB dll platform SocMed. Baca : 𝗣𝗮𝗽𝗮𝗴𝗼𝗺𝗼 𝗱𝗶𝘀𝗶𝗮𝘀𝗮𝘁 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗣𝗠 𝗵𝗶𝗱𝗮𝗽 𝗔𝗜𝗗𝗦 News link : https://www.kosmo.com.my/2023/12/18/papagomo-disiasat-fitnah-pm-hidap-aids/


4) MenKom dan MCMCM baru mula bertindak terhadap fitnah. Saya ada ucapkan syabas dan terima kasih dgn tindakan MenKom dan MCMC itu sambil berberharap ia 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗧𝗔𝗠𝗔𝗧 𝗱𝗶 𝘀𝗶𝘁𝘂 𝘀𝗵𝗷 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗽𝘂𝗮𝗸 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 𝗶𝗻𝗶 𝘀𝘂𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗲𝗹𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗺𝗮𝗵𝗮𝗿𝗮𝗷𝗮𝗚𝗜𝗟𝗔. Baca : 𝗦𝗬𝗔𝗕𝗔𝗦 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗔𝗛𝗡𝗜𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗡𝗞𝗢𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗖𝗠𝗖, 𝗝𝗔𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗦𝗧𝗢𝗣 𝗗𝗜 𝗦𝗜𝗧𝗨...𝗧𝗘𝗥𝗨𝗦𝗞𝗔𝗡...!! Link : https://www.facebook.com/Zusdin3/posts/pfbid02CvJpXJKAiNPnqMi9g8sqGJvgNzEoM4j9FwjifJuWjYjHxWeCec18Hbm1ZgYHzE8ul


4) Dalam posting kali ini saya kongsikan jawapan Iswardy Morni Utama kpd FITNAH yg dilontarkan oleg Chegu Bardak secara berbelit-belit mahu membina persepsi KUNUNnya PMX dijangkiti HIV atau penyakit AIDS. 𝗠𝗲𝗻𝗮𝗿𝗶𝗸 𝗷𝗮𝘄𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗜𝘀𝘄𝗮𝗿𝗱𝘆 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝗰𝗮𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗱𝗶 𝗶𝗻𝘁𝗲𝗿𝗻𝗲𝘁 𝗺𝗲𝗻𝘂𝗻𝗷𝘂𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗻𝗴𝗸𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗽𝗲𝗹𝗯𝗮𝗴𝗮𝗶 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗱𝗮𝗻 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝘀𝗮𝘁𝘂𝗻𝘆𝗮 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗮𝗸𝗶𝗯𝗮𝘁 "𝗮𝗹𝗹𝗲𝗿𝗴𝗶𝗰" 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝗛𝗜𝗩 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝗔𝗜𝗗𝗦. PMX pula tenyata mengalami "allergic" sehingga memberi kesan kpd mata beliau.


5) Akibat kesan alergi itu PMX terpaksa memakai kecamata hitam ketika melawat Pulau Pinang. Dalam keadaan sakit pun PMX masih menghadiri program. Ini dilaporkan oleh The Star. Baca : 𝗔𝗹𝗹𝗲𝗿𝗴𝘆 𝗰𝗮𝗻’𝘁 𝗸𝗲𝗲𝗽 𝗣𝗠 𝗮𝘄𝗮𝘆 𝗳𝗿𝗼𝗺 𝗣𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴. News link :  https://www.thestar.com.my/news/nation/2024/04/06/allergy-cant-keep-pm-away-from-penang


6) 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝗮𝗰𝗮 𝗦𝗰𝗿𝗲𝗲𝗻𝘀𝗵𝗼𝘁𝘀 yg saya sertakan menunjukkan 𝗖𝗢𝗡𝗧𝗢𝗛 bagaimana 𝗯𝗮𝗹𝗮𝗰𝗶 𝗞𝗛𝗔𝗪𝗔𝗥𝗜𝗝 (kemudiannya diketahui ia Jantan yg menyamar sebagai betina) menyebarkan fitnah terhadap PMX dalam Whatsapp Group tapi terlepas Scot Free. 𝗠𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗷𝗲𝗸-𝗻𝗴𝗲𝗷𝗲𝗸 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝘆𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗴𝘂𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗶𝘁𝘂 𝗯𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝘆𝗮 "𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗣𝗢𝗟𝗜𝗦 𝗡𝗔𝗞 𝗧𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗣 𝗗𝗜𝗔" 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮 𝘀𝗮𝘆𝗮 𝗸𝗮𝘁𝗮 𝗶𝘁𝘂 𝗷𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗞𝗜𝗡𝗔𝗬𝗔𝗛 𝗱𝗮𝗻 𝗙𝗜𝗧𝗡𝗔𝗛. Saya jawap, itu 𝗜𝗦𝗧𝗜𝗗𝗥𝗔𝗝 - 𝗔𝘇𝗮𝗯 𝘆𝗴 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗵, enjoy lah dulu rasa seronok itu. Tiba masanya, satu hari nanti Allah 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗥𝗘𝗡𝗧𝗔𝗣 keseronokan itu. InsyaAllah.


7) Sudah dilapur kepada MCMC namun TIADA apa-apa tindakan so saya sertakan Screenshots ini ANDAI kata pejabat MenKom 𝗶𝗻𝗴𝗶𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗯𝘂𝗮𝘁 𝗹𝗮𝗽𝗼𝗿𝗮𝗻 𝗽𝗼𝗹𝗶𝘀 atau pegawai-pegawai PMO mahu melaporkannya di bawah 𝗦𝗲𝗸𝘀𝘆𝗲𝗻 𝟮𝟯𝟯 𝗔𝗸𝘁𝗮 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝗸𝗮𝘀𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗹𝘁𝗶𝗺𝗲𝗱𝗶𝗮 𝟭𝟵𝟵𝟴. 


8.) Saya syorkan kpd sahabat2 Penyokong PHBN dan Kerajaan yg ada akses terus ke MenKom 𝘀𝗶𝗹𝗮 𝗙𝗢𝗥𝗪𝗔𝗥𝗗 posting ini terutama Screenshots berkenaan kpd MenKom supaya YB Fahmi Fadzil faham bagaimana FITNAH seperti ini disebarkan oleh puak KHAWARIJ di Whatsapp Group.


9) Saya yakin jika MenKom bekerjasama dgn MDN atau MCMC (SKMM) bekerjasama rapat dgn PDRM, 𝗺𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 "𝗕𝗨𝗗𝗔𝗬𝗔" 𝘁𝗶𝗱𝗮𝗸 𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁, 𝗱𝗶 𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗯𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗺𝗼𝗿𝗮𝗹, 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗷𝗮𝗵𝗮𝘁, 𝗙𝗮𝗸𝗲 𝗡𝗲𝘄𝘀, 𝗰𝗲𝗿𝗰𝗮𝗮𝗻, 𝗷𝗲𝗻𝗮𝘆𝗮𝗵 𝗤𝗔𝗭𝗔𝗙, 𝗣𝗡𝗴𝗵𝗶𝗻𝗮𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗣𝗠𝗫 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗔𝗗𝗔𝗡𝗜 lama kelamaan akan dapat di atasi. Apa yg perlu MCMC dan PDRM buat ialah panggil, diambil keterangan, siasat, serah pd AGC utk pendakwaan jika ada bukti dan ulang proses ini dari masa ke semasa. MCMC dan PDRM patut mencubanya. 


Wallahualam.


- Zus Din 

08042024

***********

𝙉𝙤𝙩𝙖 𝘼𝙙𝙢𝙞𝙣 : 𝙏𝙤𝙡𝙤𝙣𝙜 𝙨𝙚𝙗𝙖𝙧𝙠𝙖𝙣 𝙗𝙞𝙖𝙧 𝙍𝙖𝙠𝙮𝙖𝙩 𝙛𝙖𝙝𝙖𝙢 𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙗𝙖𝙝𝙖𝙮𝙖 𝙥𝙪𝙖𝙠 𝙆𝙝𝙖𝙬𝙖𝙧𝙞𝙟 𝙙𝙖𝙣 𝙜𝙚𝙧𝙖𝙠𝙖𝙣 𝙛𝙞𝙩𝙣𝙖𝙝 𝙤𝙡𝙚𝙝 𝙢𝙚𝙧𝙚𝙠𝙖.



ORANG SAMA.. BODO BERTINGKAT.


Iswardy Morni


 Orang yang sama. Bodoh nya berbeza. Kalau ini level guru Malaysia, ghisau aku dengan masa depan budak-budak generasi akan datang.



ZALIM NI UN... KALAU MACAM NI


 Ini dikira menzalimi orang lain. Eloklah   masjid atau surau yang bertindak demikian. Boleh diboikot olej para imam terawih nanti. Minta bendahari masjid atau surau itu jadi imam sendiri.




TAMAT KA TUTUP TAK TAU LA SANUSI NI.... MELINGKUP HABIH... MB KAMI SEMPOI


 

PHOBIA KHALIMAH ALLAH


 

            Zunar Cartoonist Fan Club



IMAGINASI SEORANG PARANOID



Marwan Bukhari




 1. Penghinaan kepada kalimat Allah dan apa-apa simbol agama hendaklah dibendung. Malah menariknya al-Quran sendiri menyeru lebih jauh daripada itu iaitu melarang daripada mencela dan menghina sembahan agama lain, implikasinya Allah akan dihina dalam keadaan mereka marah dan jahil. Implikasi seterusnya ialah masyarakat berbeza agama akan hidup porak-peranda, saling bermusuhan dan menghina.


2. Tapi Islam mengajar supaya kita hidup dengan realiti. Pastikan penghinaan itu realiti, bukan sekadar imaginasi jauh seseorang, paranoid melampau ataupun tohmahan palsu terhadap sesiapa sahaja sama ada Muslim dan bukan Muslim. Dilarang menuduh orang lain menghina simbol agama kalau tiada bukti mereka berbuat demikian. Kaedah yang disebut dalam al-Quran ialah tabayyun atau semak dan teliti sebelum sebar dan tuduh. Bagi saya isu kalimah Allah di kasut sekarang hanyalah gambaran sikap berlebihan dalam berimaginasi dan paranoid. Sebabnya seseorang perlu mengambil selekoh jauh sebelum tiba ke kesimpulan itu adalah kalimah Allah di kasut!


3. Kalau menghina agama dilarang, menuduh orang menghina agama tapa sebarang bukti juga dilarang. Malah implikasinya sama iaitu menimbulkan suasana panas yang tidak perlu dalam hubungan antara masyarakat majmuk. Saya tidak tahu apa faedahnya tindakan menyebarkan hal sebegini. Banyak lagi perkara bermanfaat boleh diisi untuk kebaikan kita dan masyarakat.



AMARAN MCMC. PENCETUS ISU RASANYA LEBAI NI. PANGGE DIA SOH DIA JELASKAN. TAK PASTI JANGAN KONGSI









 

ISU LAGU PUN NAK TRY JADI POPULAR


 

KAH..KAH..TENGOK MAT JARGON. TAK PASAI PASAI KENA HENTAM BALIK. NI LA AKIBAT AMBIK K9NTENT DARI WALAUN

 


TIME DIA PENAIK CUKAI DIA GEBANG LAIN. KALAU ORANG PENAIK KALU..DIA HENNTAM MACAM MACAM....


 

VERN PATUT AMBIL JA TINDAKAN. JANGAN BIARKAN BUDAYA FITNAH NI BERLELUASA.


 

ORANG KEDAH KENA MUHONG. SATU APA PUN TAK JADI. SALAH ORANG JA PANDAI.


 

INI SEBABNYA ORANG PENCEN JANGAN LAGI BEKERJA.


 

JANGAN LAYAN ORANG BODO

 


Baru-baru ni bila aku post tentang jualan ratusan juta di TikTok dan kaitkan dengan ekonomi, 𝗿𝗮𝗺𝗮𝗶 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗿𝗼𝘆𝗮𝗻. Macam-macam komen diberikan.


Aku tak berminat sangat nak jawab walaun ni. Sebab kita semua tahu walaun tak boleh 𝗱𝗶𝗰𝗲𝗿𝗱𝗶𝗸𝗸𝗮𝗻 dengan fakta. Sebab mereka 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗴𝗲𝗺𝗮𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗮𝘂𝘁𝗮.


Tapi aku suka nak cerita. Tujuan aku buat posting tu sebab adanya pihak yang mengaitkan 𝘀𝘂𝗮𝘀𝗮𝗻𝗮 𝘀𝘂𝗿𝗮𝗺 𝗱𝗶 𝗝𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗧𝗔𝗥 dengan ekonomi yang merudum.


Jadi aku gunakan hujah yang serupa dengan mereka. Jika jualan kedai boleh dikaitkan dengan ekonomi, apa salah jualan di TikTok pun dikaitkan dengan ekonomi?


Tapi biasalah walaun. Dia boleh tapi orang lain jangan.


Tapi baca hujah walaun memang kelakar. Ada yang meragui jumlah jualan tu. 𝗔𝗻𝗴𝗸𝗮 𝘁𝗶𝗽𝘂, katanya. Ia data daripada TikTok. Jadi mungkin 𝗧𝗶𝗸𝗧𝗼𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗶𝗽𝘂.


Ada yang kata TikTok shop laku bukti rakyat tidak ada duit. Sebab tu cari barang murah. Mungkin. Tapi aku baru tahu yang selama ni orang ada duit 𝘀𝗲𝗻𝗴𝗮𝗷𝗮 𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗮𝗵𝗮𝗹.


Patutlah walaun tak suka harga ayam bawah RM10/kg sebab dia suka yang RM18/kg. Nak yang mahal. Jadi sebenarnya walaun orang yang berduit. Jadi tak ada la miskin hidup zaman Madani ni. 𝗞𝗲 𝗴𝘂𝗮𝗻𝗲?


Ada yang berhujah ini sebab dekat nak raya je sebab tu 𝗹𝗮𝗸𝘂 𝗸𝗲𝗿𝗮𝘀. Nanti lepas raya sunyi la. Mungkin juga. Tapi kalau betul orang tak ada duit, masa raya pun dia 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝗮𝗺𝗽𝘂 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗲𝗹𝗮𝗻𝗷𝗮. Kan?


Banyak hujah walaun yang mengundang ketawa. Aku tak baca sangat sebab takut 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝗻𝗴𝗸𝗶𝘁 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 mereka. Baca untuk cari hiburan je boleh la.


Dalam masa yang sama, orang JB boleh tengok 𝗣𝗮𝘀𝗮𝗿 𝗕𝗼𝗿𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗮𝗻𝗱𝗮𝗻 jem macam apa. Sepanjang 𝗵𝗶𝘄𝗮𝘆 𝗧𝗲𝗯𝗿𝗮𝘂 tu sesak sebab orang nak ke Pasar Borong.


Orang boleh kata warga Singapura. Tapi aku sendiri ke sana dan tengok banyak je kereta lokal. Lebih banyak dari kereta Singapura. Tapi yelah. Walaun mana nak terima kenyataan.


Aku juga tengok orang jual 𝘭𝘢𝘮𝘣 𝘴𝘩𝘢𝘯𝘬 dan pelbagai masakan lain yang 𝘃𝗶𝗿𝗮𝗹, yang dijual pada harga yang 𝘁𝗮𝗸 𝗺𝘂𝗿𝗮𝗵 tapi tetap laku. 𝗕𝗲𝗿𝗮𝘁𝘂𝗿 𝗽𝗮𝗻𝗷𝗮𝗻𝗴 orang nak beli. Tapi yelah. Mungkin sebab bulan puasa je.


Sebelum puasa pun orang kita ramai yang 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗻𝗰𝗼𝗻𝗴 𝗸𝗲 𝗦𝗶𝗮𝗺. Tapi pun bagi walaun itu tak melambangkan rakyat tak susah. Dia akan 𝘴𝘱𝘪𝘯 selagi boleh.


Sebab tu aku kata walaun takkan 𝗱𝗶𝗰𝗲𝗿𝗱𝗶𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗳𝗮𝗸𝘁𝗮. Bentangkanlah sebanyak mana pun fakta, tetap dia akan pusing bagi 𝗺𝗲𝗻𝗲𝗴𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗮𝘀𝗮𝗵.


Walaun memang spesis ajaib. Rakyat biasa memang suka ekonomi baik. Tapi bagi walaun, mereka 𝗹𝗲𝗯𝗶𝗵 𝘀𝗲𝗿𝗼𝗻𝗼𝗸 kalau ekonomi gawat. Dapat kepuasan.


Kesimpulannya mudah. Otak walaun dah kena pajak. Jadi mereka takkan terima kebenaran. Mereka akan cuba belitkan fakta untuk tunjuk konon mereka betul.


Tapi bila kita gunakan fakta yang serupa untuk 𝘤𝘰𝘶𝘯𝘵𝘦𝘳 hujah mereka, serta merta dia akan kata cara begitu 𝘁𝗮𝗸 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗶 walaupun sebelum itu dia sendiri pun 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗸𝗮𝗲𝗱𝗮𝗵 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗺𝗮.


Jadi usahlah layan walaun. Macam aku katakan tadi, 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗯𝗮𝗹𝗮𝗻 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝗲𝗿𝗷𝗮𝗻𝗴𝗸𝗶𝘁. Maka itu kalau nampak walaun, lebih baik 𝗱𝗶𝗮𝗯𝗮𝗶𝗸𝗮𝗻. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


CEPAT SANGAT NAK VIDAL. BAKAL MENDAPAT NI.


Najib Bakar


 Sebab ni la aku takkan melompat kalau ada isu panas. Faham, kalau dapat scoop paling awal, kemungkinan nak viral tu sangat tinggi.





Tapi kalau hampa ada rasa tanggungjawab yang mai dengan followers dan reach yang tinggi, hampa takkan sewenangnya belasah buat content.


Ni design sebenar logo Vern's tu, dia bersambung sebenarnya, bukan terputus seolah-olah huruf Alif.


Baca status bro Amin Idris dengan tenang. Baca komen Dr Sabri dengan tenang.


Aku pun tak nak ulas paling awal tadi, sebab aku bukan pakar dari segi tulisan khat. 


Mata aku pulak nampak tu design laces. Tu mata aku, takleh la hampa nak marah.


Takkan semua benda nak buat palatao demi populariti dan sopi link yang boleh diselitkan satu hari nanti?



MACAM KERA KENA BELACAN DAH... TAK GUNA OTAK.

 

Walaun ni dah macam KERA , ini kira KERA pergi sekolah boleh pikir mintak maaf tapi ramainya KERA tak sekolah dah diperintah bayar pun buat² bodoh.




FATWA SESAT BANYAK SANGAT

 

Che Ibrahim. 

Kalaulah fatwa ni digunapakai, 99% negara Islam di seluruh dunia tidak layak memungut zakat. Semua zakat hendaklah dibayar kepada "harakah Islamiah" sebagai ganti "khilafah Islamiah"