PULAK DAH....HABIS MAKAN KAPIAQ BALIK LA UMNO YA....

 May be an image of 1 person and text that says "Pemimpin Umno fitnah saya, kata Khairuddin Dikemas kini 35 minit yang lalu Diterbitkan pada 2 Jun 2021 12:08PM 0 Komen"

Pertengkaran panas antara menteri tercetus selepas MITI benar 95,000 syarikat beroperasi


Kebanyakan menteri bersetuju dengan pelaksanaan penutupan penuh tetapi kecewa apabila 95,000 syarikat diberikan kebenaran beroperasi.

PETALING JAYA: Pertengkaran panas melibatkan beberapa menteri tercetus baru-baru ini berhubung tindakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membenarkan kira-kira 95,000 syarikat beroperasi walaupun perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, menurut sumber.

Menurut sumber, pertelingkahan tercetus awal minggu ini apabila sejumlah menteri tidak berpuas hati kerana begitu banyak syarikat dibenarkan beroperasi walaupun persetujuan dicapai sebelum ini untuk melaksanakan “total lockdown” atau sekatan penuh.

“Sebelum ini, kebanyakan menteri bersetuju dengan pelaksanaan sekatan penuh tetapi berita 95,000 syarikat mendapat persetujuan MITI untuk beroperasi menimbulkan bantahan, dan pertengkaran tercetus,” kata sumber itu.

Sumber itu berkata, ramai menteri bimbang tanpa “lockdown” penuh, pandemik Covid-19 tidak akan dibendung dan penguatkuasaan SOP akan menjadi lebih mencabar.

“Namun, kebimbangan utama adalah kebenaran diberikan untuk begitu banyak kilang meneruskan operasi walaupun hakikatnya, kilang-kilang ini adalah ‘titik panas’ untuk jangkitan Covid-19,” kata sumber itu.

Seorang lagi sumber mengaitkan pertelingkahan itu kepada muat naik terbaharu Menteri Umno, Ismail Sabri Yaakob di Facebook yang menjadi perbualan hangat di media sosial, sekali gus menimbulkan pelbagai tanda tanya.

“Saya dah tutup pintu depan tapi…,” kata Ismail, yang menutup catatan itu dengan emoticon menangis.

Catatan itu turut melampirkan gambar beliau, dengan pelitup muka, menutup pintu pejabat Menteri Pertahanan.

Kelonggaran diberikan MITI kepada pelbagai sektor untuk beroperasi semasa PKP3.0 dikritik pelbagai pihak di media sosial dan ahli politik, dengan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak harus merujuk sekatan sekarang sebagai “total lockdown.”

DAH GADUH DAH GAMAKNYA


 

VIDEO : Anwar Ibrahim: Ulasan Dan Pandangan Terkait "Total Lockdown" Yang Diumu...

BODOH LA KAU...DAH TAK NYANYI , JADI JURUCAKAP PULAK KE?GUNA LOGIK AKAL LA...

 May be an image of 1 person

JUMPA FATWA KAPIR TERUS...LAIN KALI KATA TAKDIRRR...DAH PUN SESAT..

 May be an image of text that says "Fahmi Reza 21h. Takebeer! Muhammad Syazwan Ustaz. akhir2 ni nmpk ada yg tulis di medsos mcm nk mempersendakan syiar islam seperti tulis take beer utk mempersendakan takbir.. adakah jatuh kufur mereka yg menulis begitu. na uzubillah arlsberg Ustaz Azhar Idrus Muhammad Syazwan jika sengaja tulis takbir dgn take beer mmg nak persenda jadi kafir murtad serta merta.."


YANG INI TAK IKUT SOP JATUH HUKUM APA PULAK? BERDOSA

May be an image of 6 people, people sitting and text that says "Kompaun majlis tahnik anak Siti Nurhaliza RM10,000 Siti Nurhaliza Datuk K RM2,000 Zulkifli Mohamad Azhar Idrus Don Daniyal Iqbal Zain"

DENGAR CERITA MACAM HEBAT.TAPI KERJA LEMBAB NAK MAMPOS

 

HAMDAN TAHA


Kita ada menteri yang orang kata hebat

menantu pada bekas pm dan belajar di universiti hebat....orang kata dia

hebat....walaupun sejarah membuktikan dia jadi menteri tak ada yg

hebatdia buat...Thailand dalam diam mereka dah mula nak buat vasin sendiri....kita nak beli vaksin pun carca merba dan kalut....tu menteri hebatjaga tu...

Duit dah di sediakan pun teruk lagi

 

May be an image of text that says "injection Vaccine Corona COVID-19 Only astro AWANI Dunia Thailand lancar ujian klinikal vaksin COVID-19 mRNA pertamanya ke atas manusia bulan ini"

Ismail Sabri, Azmin celaru?

 


MGF21022019_SUHAKAM-BERSAMA-MEDIA_25

By  Wartawan MalaysiaGazette  -  2 June 2021


A. Kadir Jasin

KUALA LUMPUR – “Bercelaru!,” kata Datuk A. Kadir Jasin.

Ini kerana soalnya, apakah tugas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengarahkan kilang arak ditutup.

“Bukankah ini bidang kuasa Menteri MITI (Datuk Seri Mohamed Azmin Ali)?,” tanya bekas penasihat media kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sambung beliau lagi, kalau ikut tugas, tanggungjawab Ismail mempertahankan wilayah negara dari diceroboh.

Azmin pula menjaga industri termasuk kilang arak.

Kadir berkata, beliau bimbang Ismail Sabri yang sibuk tentang operasi kilang arak hingga wilayah negara diancam dan diceroboh.

Semalam, Ismail Sabri dalam kenyataannya berkata, semua sektor perkilangan ditutup kecuali 12 kategori sahaja dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.

Katanya, kilang minuman keras tidak termasuk dalam kategori keperluan asas, oleh itu semua kilang-kilang berkenaan di seluruh negara perlu ditutup serta-merta.

Pembukaan kilang arak menjadi persoalan umum selepas ia antara kilang yang diberi kelulusan MITI untuk dibuka. –MG





Moratorium: Kerajaan ada kuasa batal keputusan BNM – Asyraf

 

MGF30032021_FORUM-DEMOKRASI51


By

 Wartawan MalaysiaGazette

 -

 2 June 2021


Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO kecewa dengan alasan mudah Menteri Kewangan kononnya kerajaan tidak boleh mengarah institusi perbankan di negara ini untuk memberikan moratorium automatik kerana kerajaan tidak memiliki bank atau menteri pula tiada kuasa mengarahkan bank-bank.

Sedangkan Seksyen 72 dalam Akta Bank Negara Malaysia 2009 (Akta 701) secara jelas memberikan peruntukan kuasa kepada Jemaah Menteri (Kerajaan) untuk ‘overrule’ (mengatasi) atau membatalkan sebarang keputusan yang dibuat Bank Negara Malaysia (BNM), manakala BNM sebagai pelaksana dasar perlu patuh kepada sebarang arahan menteri bertanggungjawab.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki berkata, Seksyen 6 dan 7 dalam Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta 758) juga memberikan peruntukan kuasa yang jelas untuk Menteri Kewangan mengarahkan BNM berkenaan dasar-dasar yang berkaitan dalam kewangan dan perbankan.

Malah, Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 memberikan kerajaan kuasa penuh untuk mengadakan sebarang peraturan baharu mahupun mengatasi (overule) sebarang undang-undang bertulis sedia ada demi mencapai matlamat Proklamasi Darurat.

Kata beliau, tiga kuasa utama ini memberi peruntukan besar untuk kerajaan melalui Menteri Kewangan untuk mengarahkan bank-bank menawarkan moratorium automatik.

Hakikatnya, tanpa Ordinan Darurat pun, dua undang-undang sedia ada memperuntukkan kuasa Menteri Kewangan yang amat besar hingga boleh mengarahkan mahupun mengatasi sebarang keputusan BNM apatah lagi bank-bank komersil, tambah Asyraf yang cukup berpengalaman dalam polisi-polisi kewangan Islam.

”Selain kuasa yang diperuntukan oleh undang-undang bertulis, kerajaan juga boleh menggunakan kuasa melalui pegangan saham yang dimiliki dalam bank-bank utama melalui GLC/GLIC.

”Contohnya: Tabung Haji, KWSP, PNB dan KWAP memiliki 82% pegangan saham dalam Bank Islam. Khazanah Nasional pula memiliki 30% dalam Bank Muamalat. PNB, KWSP dan KWAP memiliki 62% dalam Maybank dan 62.1% CIMB Bank,” terang Asyraf.

Justeru, Pemuda UMNO menyarankan kerajaan memanfaatkan sepenuhnya kuasa yang ada sebagaimana yang dinyatakan untuk mengarahkan bank-bank yang ternyata mencatat keuntungan mencecah berbilion ringgit hanya pada suku tahun pertama 2021 sahaja, untuk menawarkan moratorium secara automatik kepada rakyat tanpa caj atau faedah tambahan selama tiga bulan dan tidak terhad kepada hanya golongan B40, ujar beliau.

Beberapa kawasan di P Pinang, Sabah, Pahang bawah PKPD


Beberapa lokaliti di Pulau Pinang, Sabah dan Pahang diletakkan bawah PKPD selama 14 hari bermula 4 Jun ini.

PETALING JAYA: Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di beberapa kawasan di Pulau Pinang, Sabah dan Pahang.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD selama 14 hari bermula 4 hingga 17 Jun ini susulan berlaku peningkatan jangkitan Covid-19.

Ia membabitkan 13 lokaliti sekitar Pekan Bayan Lepas, Mukim 12, Barat Daya, Pulau Pinang iaitu, Sri Bayu, Bayu Tiara, Bayu Nyaman, Halaman Murni, Bayan Permai, Bayan Tiara, Taman Ara Indah, Kampung Bukit, Kampung Perlis, Kampung Masjid, Jalan Mahkamah, Jalan Kampung Pak Lah dan Lebuh Kampung Bukit.

Di Sabah PKPD membabitkan Lorong Taman Utama 5, 6, 7 dan 8, Taman Utama, Sandakan, Kampung Sepagaya Hulu, Silam, Lahad Datu, Rumah Murah Kepayan, Kampung Tanjung Aru Baru di Kota Kinabalu.

Sementara itu, 15 lokaliti baharu dalam Mukim Pekan, Kunak, Sabah juga dikenakan PKPD membabitkan, Bajau Laut – Palauh, Kampung Cina, Kampung Selamat, Kampung Kunak Jaya, Kampung Singgah Mata, Kampung Kunak Kecil, Kampung Bagiang, Kampung Jaya Baru, Kampung Datuk Haji Zainal Gunong, Kampung JKR Lama, Kampung Haji Mohd Noor, Kampung Pangkalan Lama, Kampung Pangkalan Laut, Kampung Sungai Atas dan Pekan Kunak.

Di Pahang PKPD membabitkan empat taman perumahan di Mukim Bentong iaitu Taman Bentong Makmur C, Taman Harmoni, Taman Kolej dan Taman Desa Damai.

Dalam pada itu, Ismail berkata PKPD di SMU Pantai Manis, Papar, Sabah, yang sepatutnya tamat esok dilanjutkan hingga 17 Jun susulan masih berlaku penularan jangkitan selepas 940 ujian saringan dibuat.

Beliau memaklumkan PKPD di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kampus Skudai, Johor, akan tamat esok dan PKPD di Gugusan Mendi, Bera, Pahang, ditamatkan hari ini.

“Semalam, polis turut menahan 792 individu atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, seramai 781 individu dikompaun, 10 direman manakala seorang lagi dijamin.

“Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (180), tidak memakai pelitup muka (170), gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (135), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran/makan di premis (102), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (88), membawa penumpang berlebihan (88), premis gagal patuh arahan (9) dan lain-lain (20),” katanya dalam kenyataan.

PAKSA ORANG LA BODOH...

 

DMPM ucap terima kasih kepada penjawat awam
Diharap dengan pengisian tabung ini rakyat yang memerlukan dapat dibantu sebaik mungkin.harakahdaily.net

Sesungguhnya hanya Allah dapat membalas sumbangan lebih 800,000 penjawat awam.


BAKSO UNTUK KERAJAAN PN....KEH ...KEH

 ImageImage

Syed Sadiq kecam kerajaan tak arah bank laksana moratorium


Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menegur Tengku Zafrul Abdul Aziz kerana tidak tegas terhadap pelaksanaan moratorium pinjaman automatik di bawah pakej bantuan terbaharu.

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mempersoalkan tujuan perisytiharan darurat sekiranya kerajaan tidak dapat menggunakan kuasanya untuk mengarahkan bank melaksanakan moratorium pinjaman menyeluruh.

Bekas Menteri Belia dan Sukan itu mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz pada sidang media semalam, mengenai skop terhad moratorium pinjaman yang diumumkan sebagai sebahagian daripada pakej bantuan Permerkasa Plus.

Tidak seperti perintah kawalan pergerakan pertama (PKP) pada Mac 2020, moratorium kali ini tidak automatik dan tidak dilaksanakan secara menyeluruh.

Tengku Zafrul berkata, kerajaan tidak punya kuasa untuk menentukan apa yang dapat disediakan oleh moratorium bank atau bagaimana ia dilaksanakan.

Sebaliknya, beliau berkata moratorium pilihan yang baharu diumumkan itu adalah hasil perbincangan antara Bank Negara Malaysia (BNM) dan bank-bank.

Dalam catatannya di Facebook hari ini, Syed Saddiq berkata, jika pengisytiharan darurat memberikan kerajaan kuasa yang komprehensif untuk menyediakan keperluan rakyat, seperti meluluskan penggunaan dana tanpa perbahasan Parlimen, membenarkan moratorium pinjaman menyeluruh sepatutnya tidak banyak berbeza.

“Bukankah itu dibenarkan? Apa tujuan darurat jika ini adalah satu-satunya tindak balas yang dapat diberikan oleh menteri kewangan? ” soal Syed Sadiq.

“Adakah orang-orang hanya miskin, lapar dan sakit semasa PKP 1.0, tetapi tidak pada PKP 3.0?”

Syed Saddiq berkata, walaupun melaksanakan moratorium tahun lalu, bank masih dapat mencatat keuntungan pada suku pertama tahun ini, sambil mempersoalkan bahawa bank tidak mungkin bermasalah untuk memenuhi langkah bantuan.

ANWAR TUNTUT KERAJAAN PN JELASKAN PENCEROBOHAN PESAWAT CHINA, ISRAEL


KISAH SIARAN LANGSUNG MUHYIDDIN YANG TERKANTOI

 RAKYAT  BUKAN  BODOH


Tamrin Tun Ghafar

Ahad - 30/05/2021
( 1 - 25 )


1.   'Rakyat Bukan
       Bodoh
       Tapi Pemimpin 
       Percaya 
       Mereka Boleh
       Terus 
       DiPerbodohkan'

      'Rakyat Bukan
       Miskin  Jiwa
       Dan  Pemikiran
       Tapi  Sengaja
       DiMiskinkan'

itu sebahagian kata - kata Presiden pertama Indonesia, Soekarno yang juga dikenali dengan panggilan Bung Karno ( Al Fatehah ).

2.  Pada jam 8.30 malam hari Ahad lepas bersamaan 23hb Mei sebahagian rakyat menonton WAWANCARA  KHAS Mahiaddin yang disiar KONONNYA  secara langsung atau 'live'.

3.   SEKALI  LAGI  RAKYAT  DITIPU.

4.  Wawancara yang kononnya 'live' itu SEBENARNYA  telah dirakam lebih awal; ini berdasarkan waktu yang jelas tertera di jam tangan beliau yang menunjukan  6 petang BUKAN  8.30  malam.

5.  Ini PERLU  dilakukan bagi memperbaiki atau 'edit' rakaman tersebut.

6.  Bukan sahaja rakyat Malaysia, malah hampir seluruh dunia sudah  mula mengenali  beliau sebagai  

   BAPA PERUTUSAN KHAS
   
             dan

 BAPA PINTU BELAKANG

7.   Sejak menubuhkan Kerajaan   PINTU  BELAKANG  sudah  43 kali beliau menyampaikan mesej secara  SIARAN  KHAS; ini  bermakna

   43 kali ÷ 14 Bulan  =
   3 kali  sebulan.

8.  Ada 2 sebab  WAWANCARA  KHAS itu diadakan :

  i.  bagi  MENUNJUK  DAN  MEMBUKTIKAN    KEBERANIAN  beliau bersemuka dengan wartawan  lantas MENANGKIS tuduhan ramai  bahawa beliau   HANYA  GILAKAN  JAWATAN tapi TAPI  TAKUT  berhadapan dengan pemberita  walaupun pemberita tempatan.

  ii.  bagi  MENAGIH  SIMPATI  sekali gus  BERHARAP  MENDAPAT  SOKONGAN  rakyat kepada beliau.

9.  Tanpa emosi  dan berat sebelah, Mahiaddin  sekali lagi  'GAGAL'  apabila semasa   Wawancara Khas  tersebut  beliau  MENEKANKAN  3 perkara  penting :

    i.  "nak kata saya bodoh , katalah, saya tak kisah"

ii.   "takkan saya nak jaga 32 juta rakyat"

iii.  "bukan senang  nak mengurus pendemik  COVID  ini"

10. i.  PENGAKUAN  TERBUKA  beliau itu dengan sendirinya MENGESAHKAN lagi tanggapan rakyat - memang dia ni bodoh tapi tak sangka lebih bodoh dari yang dijangka. 

       DAH  TERANG
       LAGI  BERSULUH

hanya mereka yang serupa dengannya menganggap dia cerdik.

   ii.  jika SANGGUP Merampas Kuasa , bukankah menjadi  TANGGUNGJAWAB  seorang Perdana Menteri menjaga kesemua 32 rakyat malah selagi ada gunung dan lautan kepunyaan negara  juga WAJIB  dijaga?

  iii.  jika tak tahu nak mengurus  wabak COVID 19, TUNGGU  APA LAGI, BERUNDUR  SAJALAH.

11.   Perlu di ingatkan  sekali lagi :

       PERKARA 43 ( 3 )        
         Perlembagaan

'Jika hilang sokongan MAJORITI Ahli.- Ahli
Dewan  Rakyat, maka Perdana  Menteri PERLU  letak jawatan serta merta MELAINKAN  Parlimen dibubar.

12.  Apakah selain dari TAKUT  KECUNDANG dan berbagai ROMPAKAN   dilakukan  menyebabkan  Parlimen digantung?

13.  Tidak dinafikan ada beberapa negara lain juga menguatkuasakan   darurat,  namun Parlimen mereka TETAP Bersidang seperti biasa.

14.   Tertanya juga di dalam hati apakah Menteri - Menteri , Timbalan dan Pengerusi-Pengerusi  GLC  dan Parti masih ada perasaan malu dan harga diri dengan mengutamakan rakyat khususnya pengundi  sehingga menyebabkan mereka sanggup

      MENCONTENG
      ARANG  DI MUKA

15.   Sah, mereka SEBENARNYA  adalah 'KATAK'  yang sanggup melompat dari satu kolam ke kolam lain   TANPA  PEDULI rakyat  marhaen ASALKAN boleh terus  MENDAPAT  KESENANGAN  DAN KEMEWAHAN  sama ada halal  mahupun  haram.

16.   Silap jika mereka, termasuk Mahiaddin  percaya bahawa tidak akan dihukum dan dipenjarakan atas segala kesalahan.

17.  Janganlah fikir undang - undang HANYA untuk rakyat biasa  saja  dan mereka yang diamanahkan  boleh terus melakukan apa saja.

18.  INGAT  SEBELUM  TERLEWAT kerana pada PRU 15 nanti rakyat yang DIPANDANG SERONG DAN  DI PERBODOHKAN selama ini akan menghukum anda melalui Peti Undi.

19.  Kini Parti BERSATU  mula BERKECAI.

20.  Sudah ada beberapa  orang Menteri Kabinet secara senyap  TELAH PUN  BERTEMU  Tun Dr. Mahathir.

21.  Bak kata orang Kedah :

     'HANG
      TUNGU....  !!'

22.  Apakah Agong dan Raja - Raja Melayu  TIDAK NAMPAK  DAN  TIDAK  TAHU  penderitaan  rakyat  kini  ATAU  apakah Agong dan Raja - Raja Melayu juga  serupa seperti  Menteri - Menteri  'MENANGGUK  DI AIR KERUH’?

23.  Apakah  Agong dan Raja - Raja Melayu  SUDAH  LUPA  SUMPAH mereka  hingga  TERLUPA penderitaan  majoriti 32 juta rakyat yang telah berkorban MEMBERI  KEMEWAHAN  DAN  KESENANGAN  HIDUP  kepada mereka selama ini?

24.  'PISAU
        DI TANGAN
        ANDA'

       'TEPUK DADA
        TANYA  SELERA'

               asalkan

        'NASI  TIDAK
         MENJADI  
         BUBUR'

25.   Saya menyampaikan keluhan  rakyat yang diANGGAP BODOH  tapi  sebenarnya  mereka  TIDAK  SEBEGITU; rakyat sedang melihat 'LAKONAN' mereka yang telah diAMANAHKAN  dengan  penuh KESABARAN.

Wassalam
Terima Kasih.

VIDEO MENARIK PERSIDANGAN PARLIMEN DI KANDANG LEMBU BUAT LEMBU LEMBU


 

VIDEO PAS AMAL DUA DARJAT BERHUBUNG ISU HUKUMAN



Menjawab pertanyaan media, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yang juga Menteri Undang-Undang sekadar berkata: ”Orang yang dituduh itu mempunyai hak bela diri. Prinsip undang-undang adalah seseorang tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah," katanya, dipetik beberapa media.

VIDEO TIADA MAAF BUAT SISTEM RM70 JUTA YANG PINCANG



Sekiranya dibayar penuh, adakah kerajaan bersedia mengambil tindakan undang-undang untuk dibayar semula (reimbursed) jika kerajaan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan ini memandangkan prinsip undang-undang tidak membenarkan sesuatu kontrak yang mendapat keuntungan tak adil (unjust enrichment) sepertimana yang termaktub di dalam seksyen 71 Akta Kontrak 1950,” ujar Faiz yang juga seorang peguam. Beliau berkata penjelasan oleh Khairy dalam isu ini amat penting kerana vaksinasi yang sangat diharapkan oleh rakyat dapat dilaksanakan dengan efisyen dan telus.




Kenapa Parlimen Perlu Bersidang ( Siri ke berapa tak tahulah)

 

MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFF


Seperti biasa PM perutusan kembali bersama nombor bombastiqnya 40billion, tapi berdasarkan previous pattern, nombor itu sengaja bagi nampak mengelembung sebab nak kasik gempaq. ( macam karipap inti angin). Tu yang kalau di lihat secara jelas hanya 5 billion sahaja suntikan dana dari kerajaan, yang 35 billion lagi maybe insentif dari pihak bank etc.

Masalah yang saya ada ialah kita tak tahu details tentang bantuan tersebut. Dia kata moratorium dapat secara automatik, tapi perincian tak ada. Silap-silap bukan semua dapat tapi golongan B40 sahaja. Depa lupa nak kaji bab geng-geng yang dah jatuh kelas, yang T20 yang dah jadi M40 dan M40 yang dah jadi B40.

Itu belum bab masuk inflasi yang mencanak lebih dari 5%.

Sudah tentu inflasi ini perlu untuk pembangunan maybe dalam (1%+-) tapi kalau contohnya minyak masak jadi sampai 33 ringgit untuk 5kg dari 20 ringgit itu sudah isim.

Bila bentang dalam parlimen akan ada akauntibility. Ambil contoh kata nak bagi laptop 150K, punya gempaq sembang dalam parlimen, tapi details tak ada. In the end kata yang sponsor GLC bawah program CSR; itupun loan bukan terus bagi. Tapi yang di kata pinjaman pun sampai sekarang tak dapat.

Belum lagi saya sentuh bab sumber mana dapat 5 billion tu, kita bukan tahu kalau kerajaan meminjam dari EPF ke, Tabung Haji ke ( kan CEO kena tukar oleh menteri Nikah Kawin). Silap-silap depa cekau lagi dari dana KWAN.

Itu yang sahabat saya Dr Mohd Zaidi Md Zabri kata, antara cara-cara nak biayai semua dana ini ialah dengan kerajaan naikkan lagi limit hutang negara dan terbitkan bon yang baharu sementara pelabur asing masih lagi berminat dengan bon kita.

Tapi bila parlimen tak bersidang, semua boleh melopong ajelah dengar Muidin sembang dalam TV, accountability tiada. Lepas tu nak tutup rasa bersalah sembang kata tak ambil gaji 3 bulan. Hello, awak tak berkerja 14 bulan, semua bagi berjalan atas autopilot, nak suruh kami sympathetic dengan tindakan tu? Terutama sekali duta wali yang makan gaji buta.

Tak semua orang boleh hadapi kuncitara dengan situasi yang sama. Ekonomi sekarang ini bergerak secara K-shape recovery, yang mana sektor yang saya berkerja (teknologi) masih lagi stabil, tapi kerajaan perlu ada satu plan yang rigid untuk bantu mereka yang berada di dalam industri-industri yang sakit.

Cumanya, kalau website MITI pun pakai google form lepas itu crash, how confident are you that they can help the people when they themself is helpless in the first place??