Pertengkaran panas antara menteri tercetus selepas MITI benar 95,000 syarikat beroperasi
PETALING JAYA: Pertengkaran panas melibatkan beberapa menteri tercetus baru-baru ini berhubung tindakan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) membenarkan kira-kira 95,000 syarikat beroperasi walaupun perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan, menurut sumber.
Menurut sumber, pertelingkahan tercetus awal minggu ini apabila sejumlah menteri tidak berpuas hati kerana begitu banyak syarikat dibenarkan beroperasi walaupun persetujuan dicapai sebelum ini untuk melaksanakan “total lockdown” atau sekatan penuh.
“Sebelum ini, kebanyakan menteri bersetuju dengan pelaksanaan sekatan penuh tetapi berita 95,000 syarikat mendapat persetujuan MITI untuk beroperasi menimbulkan bantahan, dan pertengkaran tercetus,” kata sumber itu.
Sumber itu berkata, ramai menteri bimbang tanpa “lockdown” penuh, pandemik Covid-19 tidak akan dibendung dan penguatkuasaan SOP akan menjadi lebih mencabar.
“Namun, kebimbangan utama adalah kebenaran diberikan untuk begitu banyak kilang meneruskan operasi walaupun hakikatnya, kilang-kilang ini adalah ‘titik panas’ untuk jangkitan Covid-19,” kata sumber itu.
Seorang lagi sumber mengaitkan pertelingkahan itu kepada muat naik terbaharu Menteri Umno, Ismail Sabri Yaakob di Facebook yang menjadi perbualan hangat di media sosial, sekali gus menimbulkan pelbagai tanda tanya.
“Saya dah tutup pintu depan tapi…,” kata Ismail, yang menutup catatan itu dengan emoticon menangis.
Catatan itu turut melampirkan gambar beliau, dengan pelitup muka, menutup pintu pejabat Menteri Pertahanan.
Kelonggaran diberikan MITI kepada pelbagai sektor untuk beroperasi semasa PKP3.0 dikritik pelbagai pihak di media sosial dan ahli politik, dengan bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak harus merujuk sekatan sekarang sebagai “total lockdown.”
JUMPA FATWA KAPIR TERUS...LAIN KALI KATA TAKDIRRR...DAH PUN SESAT..
YANG INI TAK IKUT SOP JATUH HUKUM APA PULAK? BERDOSA
DENGAR CERITA MACAM HEBAT.TAPI KERJA LEMBAB NAK MAMPOS
HAMDAN TAHA
Kita ada menteri yang orang kata hebat
menantu pada bekas pm dan belajar di universiti hebat....orang kata
dia
hebat....walaupun sejarah membuktikan dia jadi menteri tak ada yg
hebatdia buat...Thailand dalam diam mereka dah mula nak buat vasin
sendiri....kita nak beli vaksin pun carca merba dan kalut....tu menteri hebatjaga tu...
Duit dah di sediakan pun teruk lagi
Ismail Sabri, Azmin celaru?
By Wartawan MalaysiaGazette - 2 June 2021
A. Kadir Jasin
KUALA LUMPUR – “Bercelaru!,” kata Datuk A. Kadir Jasin.
Ini kerana soalnya, apakah tugas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengarahkan kilang arak ditutup.
“Bukankah ini bidang kuasa Menteri MITI (Datuk Seri Mohamed
Azmin Ali)?,” tanya bekas penasihat media kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sambung beliau lagi, kalau ikut tugas, tanggungjawab Ismail
mempertahankan wilayah negara dari diceroboh.
Azmin pula menjaga industri termasuk kilang arak.
Kadir berkata, beliau bimbang Ismail Sabri yang sibuk tentang
operasi kilang arak hingga wilayah negara diancam dan diceroboh.
Semalam, Ismail Sabri dalam kenyataannya berkata, semua sektor
perkilangan ditutup kecuali 12 kategori sahaja dibenarkan beroperasi sepanjang
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.
Katanya, kilang minuman keras tidak termasuk dalam kategori
keperluan asas, oleh itu semua kilang-kilang berkenaan di seluruh negara perlu
ditutup serta-merta.
Pembukaan kilang arak menjadi persoalan umum selepas ia antara
kilang yang diberi kelulusan MITI untuk dibuka. –MG
Moratorium: Kerajaan ada kuasa batal keputusan BNM – Asyraf
By
-
2 June 2021
Asyraf Wajdi Dusuki
KUALA LUMPUR – Pemuda UMNO kecewa dengan alasan mudah Menteri
Kewangan kononnya kerajaan tidak boleh mengarah institusi perbankan di negara
ini untuk memberikan moratorium automatik kerana kerajaan tidak memiliki bank
atau menteri pula tiada kuasa mengarahkan bank-bank.
Sedangkan Seksyen 72 dalam Akta Bank Negara Malaysia 2009 (Akta
701) secara jelas memberikan peruntukan kuasa kepada Jemaah Menteri (Kerajaan)
untuk ‘overrule’ (mengatasi) atau membatalkan sebarang keputusan yang dibuat
Bank Negara Malaysia (BNM), manakala BNM sebagai pelaksana dasar perlu patuh
kepada sebarang arahan menteri bertanggungjawab.
Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi
Dasuki berkata, Seksyen 6 dan 7 dalam Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Akta
758) juga memberikan peruntukan kuasa yang jelas untuk Menteri Kewangan
mengarahkan BNM berkenaan dasar-dasar yang berkaitan dalam kewangan dan
perbankan.
Malah, Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 memberikan
kerajaan kuasa penuh untuk mengadakan sebarang peraturan baharu mahupun
mengatasi (overule) sebarang undang-undang bertulis sedia ada demi mencapai
matlamat Proklamasi Darurat.
Kata beliau, tiga kuasa utama ini memberi peruntukan besar untuk
kerajaan melalui Menteri Kewangan untuk mengarahkan bank-bank menawarkan
moratorium automatik.
Hakikatnya, tanpa Ordinan Darurat pun,
dua undang-undang sedia ada memperuntukkan kuasa Menteri Kewangan yang amat
besar hingga boleh mengarahkan mahupun mengatasi sebarang keputusan BNM apatah
lagi bank-bank komersil, tambah Asyraf yang cukup berpengalaman dalam polisi-polisi
kewangan Islam.
”Selain kuasa yang diperuntukan oleh undang-undang bertulis,
kerajaan juga boleh menggunakan kuasa melalui pegangan saham yang dimiliki
dalam bank-bank utama melalui GLC/GLIC.
”Contohnya: Tabung Haji, KWSP, PNB dan KWAP memiliki 82%
pegangan saham dalam Bank Islam. Khazanah Nasional pula memiliki 30% dalam Bank
Muamalat. PNB, KWSP dan KWAP memiliki 62% dalam Maybank dan 62.1% CIMB Bank,”
terang Asyraf.
Justeru, Pemuda UMNO menyarankan kerajaan
memanfaatkan sepenuhnya kuasa yang ada sebagaimana yang dinyatakan untuk
mengarahkan bank-bank yang ternyata mencatat keuntungan mencecah berbilion
ringgit hanya pada suku tahun pertama 2021 sahaja, untuk menawarkan moratorium
secara automatik kepada rakyat tanpa caj atau faedah tambahan selama tiga bulan
dan tidak terhad kepada hanya golongan B40, ujar beliau.
Beberapa kawasan di P Pinang, Sabah, Pahang bawah PKPD
PETALING JAYA: Perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di beberapa kawasan di Pulau Pinang, Sabah dan Pahang.
Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob, berkata PKPD selama 14 hari bermula 4 hingga 17 Jun ini susulan berlaku peningkatan jangkitan Covid-19.
Ia membabitkan 13 lokaliti sekitar Pekan Bayan Lepas, Mukim 12, Barat Daya, Pulau Pinang iaitu, Sri Bayu, Bayu Tiara, Bayu Nyaman, Halaman Murni, Bayan Permai, Bayan Tiara, Taman Ara Indah, Kampung Bukit, Kampung Perlis, Kampung Masjid, Jalan Mahkamah, Jalan Kampung Pak Lah dan Lebuh Kampung Bukit.
Di Sabah PKPD membabitkan Lorong Taman Utama 5, 6, 7 dan 8, Taman Utama, Sandakan, Kampung Sepagaya Hulu, Silam, Lahad Datu, Rumah Murah Kepayan, Kampung Tanjung Aru Baru di Kota Kinabalu.
Sementara itu, 15 lokaliti baharu dalam Mukim Pekan, Kunak, Sabah juga dikenakan PKPD membabitkan, Bajau Laut – Palauh, Kampung Cina, Kampung Selamat, Kampung Kunak Jaya, Kampung Singgah Mata, Kampung Kunak Kecil, Kampung Bagiang, Kampung Jaya Baru, Kampung Datuk Haji Zainal Gunong, Kampung JKR Lama, Kampung Haji Mohd Noor, Kampung Pangkalan Lama, Kampung Pangkalan Laut, Kampung Sungai Atas dan Pekan Kunak.
Di Pahang PKPD membabitkan empat taman perumahan di Mukim Bentong iaitu Taman Bentong Makmur C, Taman Harmoni, Taman Kolej dan Taman Desa Damai.
Dalam pada itu, Ismail berkata PKPD di SMU Pantai Manis, Papar, Sabah, yang sepatutnya tamat esok dilanjutkan hingga 17 Jun susulan masih berlaku penularan jangkitan selepas 940 ujian saringan dibuat.
Beliau memaklumkan PKPD di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) kampus Skudai, Johor, akan tamat esok dan PKPD di Gugusan Mendi, Bera, Pahang, ditamatkan hari ini.
“Semalam, polis turut menahan 792 individu atas kesalahan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, seramai 781 individu dikompaun, 10 direman manakala seorang lagi dijamin.
“Antara kesalahan direkodkan ialah tiada penjarakan fizikal (180), tidak memakai pelitup muka (170), gagal merekod butiran diri/daftar masuk premis (135), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran/makan di premis (102), tidak patuh arahan kawalan pergerakan (88), membawa penumpang berlebihan (88), premis gagal patuh arahan (9) dan lain-lain (20),” katanya dalam kenyataan.
PAKSA ORANG LA BODOH...
DMPM ucap terima kasih kepada penjawat awam
Diharap dengan pengisian tabung ini rakyat yang memerlukan dapat dibantu sebaik mungkin.harakahdaily.net
Sesungguhnya hanya Allah dapat membalas sumbangan lebih 800,000 penjawat awam.
Translate Tweet
Syed Sadiq kecam kerajaan tak arah bank laksana moratorium
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mempersoalkan tujuan perisytiharan darurat sekiranya kerajaan tidak dapat menggunakan kuasanya untuk mengarahkan bank melaksanakan moratorium pinjaman menyeluruh.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu mengulas kenyataan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz pada sidang media semalam, mengenai skop terhad moratorium pinjaman yang diumumkan sebagai sebahagian daripada pakej bantuan Permerkasa Plus.
Tidak seperti perintah kawalan pergerakan pertama (PKP) pada Mac 2020, moratorium kali ini tidak automatik dan tidak dilaksanakan secara menyeluruh.
Tengku Zafrul berkata, kerajaan tidak punya kuasa untuk menentukan apa yang dapat disediakan oleh moratorium bank atau bagaimana ia dilaksanakan.
Sebaliknya, beliau berkata moratorium pilihan yang baharu diumumkan itu adalah hasil perbincangan antara Bank Negara Malaysia (BNM) dan bank-bank.
Dalam catatannya di Facebook hari ini, Syed Saddiq berkata, jika pengisytiharan darurat memberikan kerajaan kuasa yang komprehensif untuk menyediakan keperluan rakyat, seperti meluluskan penggunaan dana tanpa perbahasan Parlimen, membenarkan moratorium pinjaman menyeluruh sepatutnya tidak banyak berbeza.
“Bukankah itu dibenarkan? Apa tujuan darurat jika ini adalah satu-satunya tindak balas yang dapat diberikan oleh menteri kewangan? ” soal Syed Sadiq.
“Adakah orang-orang hanya miskin, lapar dan sakit semasa PKP 1.0, tetapi tidak pada PKP 3.0?”
Syed Saddiq berkata, walaupun melaksanakan moratorium tahun lalu, bank masih dapat mencatat keuntungan pada suku pertama tahun ini, sambil mempersoalkan bahawa bank tidak mungkin bermasalah untuk memenuhi langkah bantuan.
ANWAR TUNTUT KERAJAAN PN JELASKAN PENCEROBOHAN PESAWAT CHINA, ISRAEL
Anwar tuntut kerajaan PN jelaskan pencerobohan pesawat China, Israel
Penerbangan mencurigakan 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China (PLAAF) menghampiri ruang udara Malaysia pada 31 Mei lalu perlu penjelasan memuaskan daripada kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan PN perlu menjelaskan sikap Malaysia berhubung tindakan yang mempunyai unsur-unsur pencerobohan sedemikian.
“Kejadian seperti ini amat membimbangkan serta menimbulkan kecurigaan dan keresahan terhadap kedaulatan negara serta keselamatan ruang udara kita.
“Pujian saya terhadap ketangkasan pasukan TUDM yang segera menggerakkan pemintasan udara dalam mengenalpasti pesawat-pesawat tersebut.
“Saya menggesa Menteri Luar untuk segera laksanakan tugas dengan meminta penjelasan daripada Republik Rakyat China terkait insiden berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, Ahli Parlimen Port Dickson itu juga menuntut penjelasan lebih terperinci mengenai penerbangan pesawat pengintip Israel melalui ruang udara Malaysia yang dimaklumi dan dibenarkan oleh pihak berkuasa penerbangan negara ini.
“Saya ingin meminta penjelasan lanjut dari kerajaan PN tentang alasan kebenaran yang diberikan kepada pesawat Boeing 737-400 milik syarikat Israel Aerospace Industries-Elta (IAI-Elta) baru-baru ini kerana ini jelas suatu bentuk pengkhianatan kepada negara,” katanya lagi.
KISAH SIARAN LANGSUNG MUHYIDDIN YANG TERKANTOI
RAKYAT BUKAN BODOH
Tamrin Tun Ghafar
Ahad - 30/05/2021
( 1 - 25 )
1. 'Rakyat Bukan
Bodoh
Tapi Pemimpin
Percaya
Mereka Boleh
Terus
DiPerbodohkan'
'Rakyat Bukan
Miskin Jiwa
Dan Pemikiran
Tapi Sengaja
DiMiskinkan'
itu sebahagian kata - kata Presiden pertama Indonesia, Soekarno yang juga dikenali dengan panggilan Bung Karno ( Al Fatehah ).
2. Pada jam 8.30 malam hari Ahad lepas bersamaan 23hb Mei sebahagian rakyat menonton WAWANCARA KHAS Mahiaddin yang disiar KONONNYA secara langsung atau 'live'.
3. SEKALI LAGI RAKYAT DITIPU.
4. Wawancara yang kononnya 'live' itu SEBENARNYA telah dirakam lebih awal; ini berdasarkan waktu yang jelas tertera di jam tangan beliau yang menunjukan 6 petang BUKAN 8.30 malam.
5. Ini PERLU dilakukan bagi memperbaiki atau 'edit' rakaman tersebut.
6. Bukan sahaja rakyat Malaysia, malah hampir seluruh dunia sudah mula mengenali beliau sebagai
BAPA PERUTUSAN KHAS
dan
BAPA PINTU BELAKANG
7. Sejak menubuhkan Kerajaan PINTU BELAKANG sudah 43 kali beliau menyampaikan mesej secara SIARAN KHAS; ini bermakna
43 kali ÷ 14 Bulan =
3 kali sebulan.
8. Ada 2 sebab WAWANCARA KHAS itu diadakan :
i. bagi MENUNJUK DAN MEMBUKTIKAN KEBERANIAN beliau bersemuka dengan wartawan lantas MENANGKIS tuduhan ramai bahawa beliau HANYA GILAKAN JAWATAN tapi TAPI TAKUT berhadapan dengan pemberita walaupun pemberita tempatan.
ii. bagi MENAGIH SIMPATI sekali gus BERHARAP MENDAPAT SOKONGAN rakyat kepada beliau.
9. Tanpa emosi dan berat sebelah, Mahiaddin sekali lagi 'GAGAL' apabila semasa Wawancara Khas tersebut beliau MENEKANKAN 3 perkara penting :
i. "nak kata saya bodoh , katalah, saya tak kisah"
ii. "takkan saya nak jaga 32 juta rakyat"
iii. "bukan senang nak mengurus pendemik COVID ini"
10. i. PENGAKUAN TERBUKA beliau itu dengan sendirinya MENGESAHKAN lagi tanggapan rakyat - memang dia ni bodoh tapi tak sangka lebih bodoh dari yang dijangka.
DAH TERANG
LAGI BERSULUH
hanya mereka yang serupa dengannya menganggap dia cerdik.
ii. jika SANGGUP Merampas Kuasa , bukankah menjadi TANGGUNGJAWAB seorang Perdana Menteri menjaga kesemua 32 rakyat malah selagi ada gunung dan lautan kepunyaan negara juga WAJIB dijaga?
iii. jika tak tahu nak mengurus wabak COVID 19, TUNGGU APA LAGI, BERUNDUR SAJALAH.
11. Perlu di ingatkan sekali lagi :
PERKARA 43 ( 3 )
Perlembagaan
'Jika hilang sokongan MAJORITI Ahli.- Ahli
Dewan Rakyat, maka Perdana Menteri PERLU letak jawatan serta merta MELAINKAN Parlimen dibubar.
12. Apakah selain dari TAKUT KECUNDANG dan berbagai ROMPAKAN dilakukan menyebabkan Parlimen digantung?
13. Tidak dinafikan ada beberapa negara lain juga menguatkuasakan darurat, namun Parlimen mereka TETAP Bersidang seperti biasa.
14. Tertanya juga di dalam hati apakah Menteri - Menteri , Timbalan dan Pengerusi-Pengerusi GLC dan Parti masih ada perasaan malu dan harga diri dengan mengutamakan rakyat khususnya pengundi sehingga menyebabkan mereka sanggup
MENCONTENG
ARANG DI MUKA
15. Sah, mereka SEBENARNYA adalah 'KATAK' yang sanggup melompat dari satu kolam ke kolam lain TANPA PEDULI rakyat marhaen ASALKAN boleh terus MENDAPAT KESENANGAN DAN KEMEWAHAN sama ada halal mahupun haram.
16. Silap jika mereka, termasuk Mahiaddin percaya bahawa tidak akan dihukum dan dipenjarakan atas segala kesalahan.
17. Janganlah fikir undang - undang HANYA untuk rakyat biasa saja dan mereka yang diamanahkan boleh terus melakukan apa saja.
18. INGAT SEBELUM TERLEWAT kerana pada PRU 15 nanti rakyat yang DIPANDANG SERONG DAN DI PERBODOHKAN selama ini akan menghukum anda melalui Peti Undi.
19. Kini Parti BERSATU mula BERKECAI.
20. Sudah ada beberapa orang Menteri Kabinet secara senyap TELAH PUN BERTEMU Tun Dr. Mahathir.
21. Bak kata orang Kedah :
'HANG
TUNGU.... !!'
22. Apakah Agong dan Raja - Raja Melayu TIDAK NAMPAK DAN TIDAK TAHU penderitaan rakyat kini ATAU apakah Agong dan Raja - Raja Melayu juga serupa seperti Menteri - Menteri 'MENANGGUK DI AIR KERUH’?
23. Apakah Agong dan Raja - Raja Melayu SUDAH LUPA SUMPAH mereka hingga TERLUPA penderitaan majoriti 32 juta rakyat yang telah berkorban MEMBERI KEMEWAHAN DAN KESENANGAN HIDUP kepada mereka selama ini?
24. 'PISAU
DI TANGAN
ANDA'
'TEPUK DADA
TANYA SELERA'
asalkan
'NASI TIDAK
MENJADI
BUBUR'
25. Saya menyampaikan keluhan rakyat yang diANGGAP BODOH tapi sebenarnya mereka TIDAK SEBEGITU; rakyat sedang melihat 'LAKONAN' mereka yang telah diAMANAHKAN dengan penuh KESABARAN.
Wassalam
Terima Kasih.
VIDEO PAS AMAL DUA DARJAT BERHUBUNG ISU HUKUMAN
Menjawab pertanyaan media, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, yang juga Menteri Undang-Undang sekadar berkata:
”Orang yang dituduh itu mempunyai hak bela diri. Prinsip undang-undang adalah seseorang tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah," katanya, dipetik beberapa media.
VIDEO TIADA MAAF BUAT SISTEM RM70 JUTA YANG PINCANG
Sekiranya dibayar penuh, adakah kerajaan bersedia mengambil tindakan undang-undang untuk dibayar semula (reimbursed) jika kerajaan tidak berpuas hati dengan perkhidmatan ini memandangkan prinsip undang-undang tidak membenarkan sesuatu kontrak yang mendapat keuntungan tak adil (unjust enrichment) sepertimana yang termaktub di dalam seksyen 71 Akta Kontrak 1950,” ujar Faiz yang juga seorang peguam.
Beliau berkata penjelasan oleh Khairy dalam isu ini amat penting kerana vaksinasi yang sangat diharapkan oleh rakyat dapat dilaksanakan dengan efisyen dan telus.
Kenapa Parlimen Perlu Bersidang ( Siri ke berapa tak tahulah)
MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFF
Seperti biasa PM perutusan kembali bersama nombor bombastiqnya
40billion, tapi berdasarkan previous pattern, nombor itu sengaja bagi nampak
mengelembung sebab nak kasik gempaq. ( macam karipap inti angin). Tu yang kalau
di lihat secara jelas hanya 5 billion sahaja suntikan dana dari kerajaan, yang
35 billion lagi maybe insentif dari pihak bank etc.
Masalah yang saya ada ialah kita tak tahu details tentang
bantuan tersebut. Dia kata moratorium dapat secara automatik, tapi perincian
tak ada. Silap-silap bukan semua dapat tapi golongan B40 sahaja. Depa lupa nak
kaji bab geng-geng yang dah jatuh kelas, yang T20 yang dah jadi M40 dan M40
yang dah jadi B40.
Itu belum bab masuk inflasi yang mencanak lebih dari 5%.
Sudah tentu inflasi ini perlu untuk pembangunan maybe dalam
(1%+-) tapi kalau contohnya minyak masak jadi sampai 33 ringgit untuk 5kg dari
20 ringgit itu sudah isim.
Bila bentang dalam parlimen akan ada akauntibility. Ambil contoh
kata nak bagi laptop 150K, punya gempaq sembang dalam parlimen, tapi details
tak ada. In the end kata yang sponsor GLC bawah program CSR; itupun loan bukan
terus bagi. Tapi yang di kata pinjaman pun sampai sekarang tak dapat.
Belum lagi saya sentuh bab sumber mana dapat 5 billion tu, kita
bukan tahu kalau kerajaan meminjam dari EPF ke, Tabung Haji ke ( kan CEO kena
tukar oleh menteri Nikah Kawin). Silap-silap depa cekau lagi dari dana KWAN.
Itu yang sahabat saya Dr Mohd Zaidi Md Zabri
kata, antara cara-cara nak biayai semua dana ini ialah dengan kerajaan naikkan
lagi limit hutang negara dan terbitkan bon yang baharu sementara pelabur asing
masih lagi berminat dengan bon kita.
Tapi bila parlimen tak bersidang, semua boleh melopong ajelah
dengar Muidin sembang dalam TV, accountability tiada. Lepas tu nak tutup rasa
bersalah sembang kata tak ambil gaji 3 bulan. Hello, awak tak berkerja 14
bulan, semua bagi berjalan atas autopilot, nak suruh kami sympathetic dengan
tindakan tu? Terutama sekali duta wali yang makan gaji buta.
Tak semua orang boleh hadapi kuncitara dengan situasi yang sama.
Ekonomi sekarang ini bergerak secara K-shape recovery, yang mana sektor yang
saya berkerja (teknologi) masih lagi stabil, tapi kerajaan perlu ada satu plan
yang rigid untuk bantu mereka yang berada di dalam industri-industri yang
sakit.
Cumanya, kalau website MITI pun pakai google form lepas itu
crash, how confident are you that they can help the people when they themself
is helpless in the first place??