MOHD MUKHLIS MOHD SYARIFF
Seperti biasa PM perutusan kembali bersama nombor bombastiqnya
40billion, tapi berdasarkan previous pattern, nombor itu sengaja bagi nampak
mengelembung sebab nak kasik gempaq. ( macam karipap inti angin). Tu yang kalau
di lihat secara jelas hanya 5 billion sahaja suntikan dana dari kerajaan, yang
35 billion lagi maybe insentif dari pihak bank etc.
Masalah yang saya ada ialah kita tak tahu details tentang
bantuan tersebut. Dia kata moratorium dapat secara automatik, tapi perincian
tak ada. Silap-silap bukan semua dapat tapi golongan B40 sahaja. Depa lupa nak
kaji bab geng-geng yang dah jatuh kelas, yang T20 yang dah jadi M40 dan M40
yang dah jadi B40.
Itu belum bab masuk inflasi yang mencanak lebih dari 5%.
Sudah tentu inflasi ini perlu untuk pembangunan maybe dalam
(1%+-) tapi kalau contohnya minyak masak jadi sampai 33 ringgit untuk 5kg dari
20 ringgit itu sudah isim.
Bila bentang dalam parlimen akan ada akauntibility. Ambil contoh
kata nak bagi laptop 150K, punya gempaq sembang dalam parlimen, tapi details
tak ada. In the end kata yang sponsor GLC bawah program CSR; itupun loan bukan
terus bagi. Tapi yang di kata pinjaman pun sampai sekarang tak dapat.
Belum lagi saya sentuh bab sumber mana dapat 5 billion tu, kita
bukan tahu kalau kerajaan meminjam dari EPF ke, Tabung Haji ke ( kan CEO kena
tukar oleh menteri Nikah Kawin). Silap-silap depa cekau lagi dari dana KWAN.
Itu yang sahabat saya Dr Mohd Zaidi Md Zabri
kata, antara cara-cara nak biayai semua dana ini ialah dengan kerajaan naikkan
lagi limit hutang negara dan terbitkan bon yang baharu sementara pelabur asing
masih lagi berminat dengan bon kita.
Tapi bila parlimen tak bersidang, semua boleh melopong ajelah
dengar Muidin sembang dalam TV, accountability tiada. Lepas tu nak tutup rasa
bersalah sembang kata tak ambil gaji 3 bulan. Hello, awak tak berkerja 14
bulan, semua bagi berjalan atas autopilot, nak suruh kami sympathetic dengan
tindakan tu? Terutama sekali duta wali yang makan gaji buta.
Tak semua orang boleh hadapi kuncitara dengan situasi yang sama.
Ekonomi sekarang ini bergerak secara K-shape recovery, yang mana sektor yang
saya berkerja (teknologi) masih lagi stabil, tapi kerajaan perlu ada satu plan
yang rigid untuk bantu mereka yang berada di dalam industri-industri yang
sakit.
Cumanya, kalau website MITI pun pakai google form lepas itu
crash, how confident are you that they can help the people when they themself
is helpless in the first place??