By Wartawan MalaysiaGazette - 2 June 2021
A. Kadir Jasin
KUALA LUMPUR – “Bercelaru!,” kata Datuk A. Kadir Jasin.
Ini kerana soalnya, apakah tugas Menteri Kanan Pertahanan, Datuk
Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengarahkan kilang arak ditutup.
“Bukankah ini bidang kuasa Menteri MITI (Datuk Seri Mohamed
Azmin Ali)?,” tanya bekas penasihat media kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sambung beliau lagi, kalau ikut tugas, tanggungjawab Ismail
mempertahankan wilayah negara dari diceroboh.
Azmin pula menjaga industri termasuk kilang arak.
Kadir berkata, beliau bimbang Ismail Sabri yang sibuk tentang
operasi kilang arak hingga wilayah negara diancam dan diceroboh.
Semalam, Ismail Sabri dalam kenyataannya berkata, semua sektor
perkilangan ditutup kecuali 12 kategori sahaja dibenarkan beroperasi sepanjang
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan 3.0.
Katanya, kilang minuman keras tidak termasuk dalam kategori
keperluan asas, oleh itu semua kilang-kilang berkenaan di seluruh negara perlu
ditutup serta-merta.
Pembukaan kilang arak menjadi persoalan umum selepas ia antara
kilang yang diberi kelulusan MITI untuk dibuka. –MG