GAGAL MAJUKAN NEGERI .ALIH ISU LAIN.
Hang ni, nak majukan negeri Kedah tak mampu, selesai isu air pun terhegeh2. Cara mudah, hang sibuk ungkit negeri P.Pinang yang dah maju tu Kedah punya. Negeri yng dah maju tu hang nak ambik? Pemalasss !!
Jangan sampai Siam ungkit Kedah mereka punya....
hang bodo...hang bodo....kena balik kat hang.
PESARA UNISEL TUNTUT FAEDAH PERSARAAN.
Saya berharaplah selesaikan isu ini segera sebelum memberi kesan kepada kerajaan negeri hari ini. Ini isu rezeki yang nampaknya ada pihak cuba menjadi 'God' penentu
.
ANWAR PILIHAN TERTINGGI PALING SESUAI PIMPIN MALAYSIA
SILA JANGAN KOYAK.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi pilihan tertinggi sebagai individu yang paling sesuai untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia, ketika ini.
Dapatan tersebut diperoleh hasil tinjauan pendapat awam yang dijalankan oleh Endeavour-MGC membabitkan 1,068 responden semua kaum, dan 791 responden Melayu yang dipilih melalui persampelan rawak berstrata.
Menerusi dapatan tersebut, 46 peratus responden semua kaum dan 32 peratus responden Melayu mahu Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu memimpin negara untuk tempoh sekarang.
Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menjadi pilihan kedua dengan 25 peratus responden Melayu dan 17 peratus responden semua kaum berpandangan bekas Perdana Menteri itu sesuai untuk menjadi Perdana Menteri.
Ia diikuti dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Khairy Jamaluddin yang memperoleh enam peratus daripada responden semua kaum, manakala responden Melayu masing-masing sembilan peratus memilih Ismail Sabri dan lapan peratus (Khairy).
Sementara itu, PH memperoleh undian tertinggi dengan 39 peratus daripada responden semua kaum memilih gabungan itu sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan esok.
Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing memperoleh 18 dan 17 peratus undian daripada kumpulan responden tersebut.
Bagaimanapun, bagi responden Melayu, PN yang dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Pas dan Gerakan berada di kedudukan teratas dengan undian sebanyak 26 peratus, jika PRU diadakan esok.
Manakala, BN di tangga kedua dengan 24 peratus diikuti PH sebanyak 20 peratus.
Bagi soalan apakah pertimbangan yang paling penting untuk memilih parti yang hendak diundi, isu agama adalah paling tinggi dengan responden Melayu merekodkan 30 peratus, manakala semua kaum sebanyak 22 peratus.
Sementara faktor calon pula menjadi pilihan kedua dengan masing-masing responden Melayu dan semua kaum memberikan undian sebanyak 27 peratus.
Tinjauan pendapat awam itu dijalankan dari 4 hingga 18 April lalu, dengan margin kesilapan keputusan adalah antara tiga dan 3.5 peratus berdasarkan bilangan pemilih berdaftar di Semenanjung, setakat Jun 2022.
Dari segi demografi gender dan kaum, jumlah responden lelaki dan wanita masing- masing 50 peratus manakala kaum Melayu mewakili 62.2 peratus, Cina (28.7 peratus), India (8.2 peratus) dan lain-lain (0.9 peratus).
Kesemua mereka berumur antara 18 hingga 60 tahun ke atas dengan golongan yang berumur 30 hingga 39 tahun adalah paling ramai iaitu 26 peratus.
Sumber – https://www.astroawani.com/berita-malaysia/anwar-pilihan-tertinggi-sebagai-pm-kaji-selidik-endeavourmgc-421817
DAP Parti Yang Cukup Luar Biasa
Dituduh komunis, dituduh anti Islam, dituduh anti Melayu, dituduh anti Raja-raja Melayu, dituduh liberal, dituduh macam-macam tetapi…
Orang yang membuat pertuduhan sedemikian tidak pernah pun mengharamkan DAP semasa berkuasa.
Bahkan orang yang membuat pertuduhan sedemikian semuanya pernah bersama DAP.
PAS bersama DAP (1999 - 2001 zaman Barisan Alternatif; 2008 - 2015 zaman Pakatan Rakyat)
Bersatu bersama DAP (2016 - 2020 zaman Pakatan Harapan)
Pengerusi Pejuang bersama DAP (2016 - 2020)
Presiden PAS bersama DAP (1999 - 2001; 2008 - 2015)
Presiden Bersatu bersama DAP (2016 - 2020)
Ketua Armada Bersatu bersama DAP (2016 - 2020)
Ketua Pemuda PAS bersama DAP (1999 - 2001; 2008 - 2015)
Itulah dinamika politik.
Bosan dah dengar zikir “DAP DAP DAP”…… Next please
UNTUNG PERCUMA
Tak pastilah aku berlaku di negeri mana, syarikat apa yang terbabit. Cuma yang aku tahu, tak guna pun tapi kena bayar RM19.50. Aku pun nak bisnes macam ni. Atau jadi BOD pun cukup la. Paling tak pun boleh dapat bonus raya RM10,000. Ye la. Tak ada jual apa pun tetap dapat bayaran kan? Mana tak kaya. Guane boh?
Raja Gelap
.
DAP PUNYA SUSU, PAS AMBIL NAMA
Adriam Lim.
Pemilik-pemilik Majestic Plaza (Taman Terubong Indah) mengucap terima kasih kepada semua pihak dan wakil rakyat yang membantu mereka dalam pemilikan rumah pada baru-baru ini.
Mereka menyenaraikan beberapa nama pihak yang ingin dizahirkan penghargaan, termasuk Ketua Menteri DAP dan wakil-wakil rakyat DAP.
Tetapi PAS tidak bersikap jujur.
PAS membuang gambar banner pemilik rumah yang menyatakan “terima kasih Chow Kon Yeow (Ketua Menteri DAP Pulau Pinang)”.
Kemudian dibuat posting Facebook seolah-olah PAS seorang je yang menjadi hero dalam isu ini.
Amboi puak-puak PAS ni. Dia punya putar dan mainan persepsi betul-betul tahap pengemis ekstrim lah.
PEJA KOYAH DENGAN PENULISAN DI FB
Sorry la. Saya ni reactive.
Tambah seorang YB cuba nak membuli seorang penulis marhein tidak berparti.
Hujung minggu lepas saya bantai Kerajaan pasal Rampasan Swatch, geng dia jugak yang jaja. Geng Kerajaan cool saja.
Sekarang bila saya posting tak memihak pada dia, dia kata posting saya lawak saja.
Please la. Inikah kualiti MP kita?
The same MP yang kata penyokong PAS bodoh. Lepas tu menyembah kembali meminta maaf, hanya kerana nak jadi Wakil Rakyat.
Sorry YB, you’re not my kind of leader.
~LM~
TERKINI- KESEDAR - KELANTAN ..
KES KESEDAR.
Kes songlap RM24.8 juta: Polis ambil keterangan 9 kakitangan KESEDAR ..
N Faizal Ghazali
Diterbitkan: May 30, 2023 11:39 AM
⋅
Dikemaskini: 11:39 AM
Polis mengambil keterangan sembilan kakitangan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) bagi membantu siasatan berhubung kes pecah amanah membabitkan nilai RM24.8 juta.
Ketua Polis Kelantan Muhamad Zaki Harun berkata identiti sembilan individu berkenaan dikatakan digunakan oleh penolong akauntan Kesedar untuk tujuan pecah amanah.
“Ya sudah tentu kita rekod keterangan semua, sebagai saksi dan keterangan untuk kes berkenaan.
“Setakat ini tiada tangkapan dilakukan dan kita percaya jenayah ini dilakukan berseorangan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Semalam Malaysiakini melaporkan seorang lelaki ditahan atas dakwaan menggelapkan RM24.8 juta daripada Kesedar dengan menyalahgunakan pengenalan diri sembilan kakitangan lain untuk memindahkan wang berkenaan.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ahmad Zahid Hamidi berkata, penolong akauntan itu telah melakukan "perbuatan licik" itu selama lapan tahun.
Pendedahan timbalan perdana menteri itu susulan penahanan seorang penolong akauntan Kesedar selepas dipercayai pecah amanah berjumlah RM24.8 juta.
Sabtu lalu lelaki berusia 37 tahun itu ditahan pada jam 12.21 tengah malam oleh pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang.
SYARAT PUN MERAPU DEMAND...KERAJAAN PERPADUAN NI CERDIK DAN BIJAK UNTUK HADI NAK KELENTONG.
Ramai yang bincang tentang cakap Hadi kononnya ada yang tawarkan PAS sertai Kerajaan Perpaduan.
Tapi mungkin sebenarnya Hadi yang berminat nak join kerajaan. Bukan ada sesiapa pun tawarkan.
Yang aku fikirkan, kalau betul la, perkara ini berlaku selepas Hadi tandatangani Proklamasi Melayu.
Kenapa?
Kita pun kenal Mahathir dan taktiknya yang pandai hantar Trojan Horse ke dalam pasukan musuhnya.
Kalau betul PAS mahu sertai Kerajaan Perpaduan, mungkin sebagai agen Mahathir untuk musnahkan perpaduan ini. Guane boh?
Raja Gelap
.
KERAJAAN PUSAT TAK ZALIM LA,,
Bagus MOT buat projek pembangunan untuk rakyat Kedah walaupun berbeza parti. Tapi jangan lupa yang pihak tu pandai bab claim ni.
Pastikan rakyat Kedah tahu itu projek Pusat, bukan kerajaan negeri. Jangan nanti tiba-tiba yang tak reti malu tu kata projek ni hasil usaha dia.
Lembu punya susu, sapi dapat nama. Bukan boleh kira sangat puak jenis kulit tebal ni. Nak harap dia buat projek, memang tak la. Guane boh?
Raja Gelap
.
BARGAINING CHIP
Dalam kalangan pemerhati politik, dah mula bercakap. TG Hadi Awang sudah tidak nampak bersama PPBM. Kebanyakan Open House PPBM dia tak nampak bayang.
Termasuk di Rumah Terbuka Aidilfitri PN di Shah Alam. Katanya meriah tapi orang PAS tak datang. Sama juga dengan jamuan raya TSMY, langsung mereka hilang.
Ini berbeza dengan Open House CNY bulan Januari. Kesemua mereka pakai Samfu merah. Utuh sekali kita tengok ikatan.
Namun sekarang, ramai kata hubungan mereka seperti retak menanti belah. Open House masing2 pun bolayan.
Sebab utamanya, saya dapat dari banyak little birds. Duit sudah tiada. Tidak boleh bermewah2 lagi seperti PRU15. Perjanjian mereka simple, PPBM sediakan duit, PAS sediakan jentera. Seperti match made in heaven.
La ni, bila akuan PPBM dibeku dan disita. Pemimpin mereka pula join Kluster Mahkamah, PAS mula mengorak langkah. Benarlah kata orang, perkahwinan politik ni susah nak kekal lama. Sehati sejiwa tiada makna.
Makanya, PAS sekarang tengah meminang dan dipinang new partner. Hari tu nampak bersama Tun M. But everyone in politics knows, Pejuang dan GTA takkan ke mana. Susah mereka nak mendapat tempat dalam dunia politik negara.
Sekarang pula, TGHA sudah mula berbunyi, dia boleh bincang dengan siapa saja.
Tambah pula, kes rasuah pilihanraya beliau di Marang seperti nak lekat. Ada pula ura2 siasatan sudah bermula atas kes rasuah melibatkan kepimpinan tertinggi negeri Terengganu. Kes rasuah RM90juta PAS juga takkan ditutup buku.
Makanya, bunyi Presiden PAS kita dah lain kembali. Dah mula hint untuk sertai Kerajaan Perpaduan. Of coz dengan high demand. Katanya, PAS merupakan seat paling banyak. Patutnya parti ni ambil seat paling hadapan.
Firasat saya, melihat antics dia sebelum ini, he’s eyeing for TPM seat. Tu yang diminta dahulu ketika Kerajaan 33 bulan. He thinks he deserves it.
Namun, apa yang saya belajar dalam politik. Pemenang ialah mereka, with the biggest bargaining chip. At last, orang lain akan kena kompromi.
Jadi Kerajaan PMX kena pertimbangkan demand PAS ini. Whether worth it? Worse come to worst, PAS akan lari ke PN semula.
Atau sebaliknya, PMX sudah pegang, a bigger and better bargaining chip. Yang boleh buat TG dan PAS terciduk juga. Kita nantikan aja.
Ingat, kita dalam era fluid politic. Jangan taksub dengan mereka. Kita doakan yang baik2 untuk negara.
#LMgoss #MYpolitics
Salam hormat,
Liyana Marzuki
SANUSI CUBA KETEPIKAN PERANAN AULTAN KEDAH?
Dakwaan yang dibuat oleh Mr. Badut (MB) Sanusi bahawa Pulau Pinang milik Kedah, DS Anwar jawab dengan jelas. Walau ada perjanjian lama pun, tapi yang terpakai adalah perjanjian terakhir sewaktu penubuhan Persekutuan Tanah Melayu.
Perjanjian itu ditandatangani oleh Raja-raja Melayu termasuklah Sultan Kedah. Tindakan mempersoal kedudukan Pulau Pinang sama seperti menidakkan kuasa Sultan Kedah dalam membuat keputusan. Boleh baca di https://shorturl.at/qrwyU.
Kita pun dah kenal dah puak PN ni jenis macamana. Demi nak tipu Melayu, lawan Sultan pun sanggup. Contohnya masa isytihar darurat dulu. Sekarang isu ini pula. Pemimpin PN jenis mulut laju dari otak. Syukurlah bukan PN yang tadbir negara sekarang ini. Guane boh?
Raja Gelap
.
LEBAI INI MENGHASUT SOAL KALIMAH ALLAH. KAMU TAK FAHAM, TAPI KAMU MENGHASUT.
INI PENJELASAN PMX. 1986..LEBAI BAWAH NI PUN TAK BERANAK LAGI. DAN AKAN DIUSULKAN DAN DIPERKEMASKAN.
MASA PN DULU KAMU TAK USIK. TU SEBAB ADA NIAT JAHAT.#PDRM
BERNIAT JAHAT WALAU TELAH DIJELASKAN.SILA SIASAT.
INI PENJELASAN UAI
INI PULA PENJELASAN MUFTI PERLIS.
ORANG BANGI KALAU PERCAYA PUAK WALAUN. INILAH MEREKA YANG SUKA MEMFITNAH
Dalam beberapa hari ini, ramai yang padam/tarikbalik/mohon maaf hantaran yang memfitnah saya sebab politik.
Siapa yang masih berdegil, saya tidak akan teragak-agak untuk ambil tindakan undang-undang.
Sudah-sudahlah tu fitnah saya. Sebelum kempen, masa kempen dan sekarang 6 bulan lepas saya dipilih pun tetap main fitnah!
Daripada main politik macam ini, baik kita sama-sama kerjasama untuk rakyat tidak kira politiknya.
SELEPAS HADI, TUAN IBRAHIM PULA MENGAKU DIBERI TAWARAN - NAMPAKNYA USAHA MEMIKAT PAS BUKAN MAIN-MAIN
Aduhhh….kini Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man pula mengaku beliau dihubungi oleh seseorang untuk mengajak parti Islam itu menyertai kerajaan perpaduan.
Tuan Ibrahim berkata, tawaran itu disampaikan wakil kerajaan yang bertemu sendiri dengannya.
“Pertama saya sahkan apa yang dinyatakan oleh Presiden (Hadi Awang) sebelum ini, bahkan mereka (wakil kerajaan perpaduan) juga bertemu dengan saya menyampaikan tawaran itu.
“Namun, kami nyatakan pendirian kekal bersama Perikatan Nasional (PN) sebagaimana janji semasa kempen dan kami tidak akan berbohong dengan pengundi,” katanya sebagaimana dilaporkan Berita Harian.
Sebelum ini, Presiden Pas, Hadi Awang mendedahkan beliau dihubungi berkali-kali oleh orang tertentu untuk menawarkan parti itu menyertai kerajaan perpaduan.
Hadi bagaimanapun menolak tawaran tersebut dengan alasan Pas mempunyai jumlah Ahli Parlimen paling banyak sekali, dengan itu mahukan peranan yang lebih, termasuk mengetuai kerajaan, jika penyertaan Pas ingin dijadikan kenyataan.
Dengan dua pemimpin tertinggi Pas sekarang secara terbuka mengaku dihubungi dan ditawarkan untuk menyertai kerajaan, ini bermakna usaha ke arah itu bukan perkara main-main.
Bersungguh-sungguh nampaknya kerajaan perpaduan ini mahu memikat Pas dan tidak mustahil, ada pemimpin lain juga turut dihubungi dan diberikan tawaran.
Tidak mungkin Hadi dan Tuan Ibrahim sengaja mereka-reka cerita, berbohong atau mengalami halusinasi berhubung kemasukan ke dalam kerajaan perpaduan.
Yang nyata, ada pihak tertentu dalam kerajaan ini yang begitu bersungguh-sungguh dan amat tertarik hati untuk membawa Pas menyertai kerajaan perpaduan, meskipun majoriti sedia ada sudah pun cukup kukuh.
Siapakah mereka itu?
Sebagaimana desakan sebelum ini agar Hadi mendedahkan siapakah orang yang menghubunginya itu, tuntutan yang sama juga kali ini ditujukan kepada Tuan Ibrahim.
Beliau mesti berani mendedahkan siapa wakil kerajaan yang bertemu sendiri dengannya itu.
Kalau berani mengakui telah ditemui, bahkan sudah menolak tawaran tersebut, tiada sebab Tuan Ibrahim harus menyembunyikan lagi identiti orang berkenaan.
Pun begitu, lebih budiman lagi sebenarnya jika wakil kerajaan perpaduan yang menghubungi dan membuat tawaran kepada Hadi dan Tuan Ibrahim itu sendiri yang mendedahkan identiti dirinya.
Tiada guna lagi beliau berdiam diri atau menyembunyikan diri kerana misi tersebut – sekurang-kurangnya setakat ini – adalah dikira sudah tidak berjaya.
Kalau Pas menerima tawaran itu, tidak mungkin Hadi dan Tuan Ibrahim secara terbuka mengumumkan penolakan serta ingin terus kekal bersama PN.
Lagi pula, lambat laun nanti, identiti mereka akan tersedah dan diketahui ramai juga akhirnya. – ShahbudinHusin 30/05/2023.
https://shahbudindotcom.net/
HIMPUNAN KATA KATA BINATANG.
MMS
Saya bersolidariti dengan Un dalam kes ini; macam mana nak faham minda bercelaru kalau lingua franca yang digunakan semua dalam balagrah al-hayawan. Mungkin yang faham hanyalah anak-anak seluang bukan untuk orang kebanyakan,
TIADA BUKTI TUKAR KEPADA PAS , NEGERI LEBIH MAJU DI BAWAH PH MEMERINTAH.
MMMS
Antara benda yang paling pelik ialah bila PAS ajak rakyat Selangor\Penang & N.Sembilan supaya tukar kepada PN, lepas tu mereka minta supaya PAS di kekalkan di Kelantan, Terengganu dan Kedah. Bila di tanya lebih terperinci sebab apa, mereka tak boleh bagi penerangan, paling kuat mereka cuba tamsilkan sokong PAS = Sokong Isley. Lepas tu bila tanya apa negeri contoh PAS, rata-ratanya mereka tunjuk Terengganu. Pelik juga kenapa mereka tak tunjuk negeri yang ada tarikan Capucicino keluar dari kepala paip sebagai satu kelebihan?
Masalah dengan PAS ialah tak ada orang yang cerdik, jadi yang tinggal hanya pengampu dan walaun sahaja. Mana taknya, bila orang cerdik tegur dan kritik tatakelola, mereka tuduh lawan ulamak. Yang naik jadi pemimpin pula geng tak habis belajar, yang pakai pertahan dengan menjilat ada jua habuan lantikan politik, itu belum masuk nak kerja di dalam negeri wajib kena ada kabel.
Jadi bila kita tanya mereka, kenapa Negeri Selangor yang FDI\DI dia 60 billion kena contoh Terengganu yang invesment dia hanya 500 juta? Mana logiknya, 500 juta dan 60 billion mana yang lebih besar? Itu belum masuk bab perbelanjaan negeri Terengganu, 1.3 billion atau 77% dari jumlah 1.57 billion adalah dari royalti minyak. Kalau dana royalti, tak perlu PHD pun, tak habis belajar pun boleh jadi menteri besar. Cuba tengok negeri mereka di utara macam mana mereka nak perintah; next time belajar sikit baca belanjawan negeri jangan duk telan bulat-bulat dan pajak akal apa yang ketua lebai lebong.
Kalau tak ada royalti minyak tengok lah Kelantan dan Kedah macam mana mereka memerintah. Itu yang paling kelakar, mereka nak suruh ubah, biasa ubah ini dari keadaan yang tidak baik kepada yang lebih baik, tapi dalam kes mereka dari keadaan yang baik kepada tidak baik. Mungkin mereka ingat mood rakyat sama dengan PRU15 kut, masa PRU15 boleh la kempen fitnah sana sini, lepas PRU kena saman pakat minta maaf, baru tahu. Itu pun "bersih dan stabil" sambil jana bawah meja. Mereka sebenarnya dah terperangkap, tak ada rakyat yang atas pagar akan tertipu dengan permainan lebai ini lagi. Apa-apapun jangan sombong sangat, silap-silap dengan Kelantan itu sekali pun lebai boleh kalah.
MEREKA YANG KELUAR PAS BERJAYA DALAM KERJAYA MEREKA KINI. YANG TUNJUK KOTE, KUTIP DUIT TU TAK MOVE ON.
Mokhtar Senik tanya, siapa yang lawan jemaah (dia maksudkan PAS) yang berjaya? Jawapannya, Abg. Mad dan Salahuddin Ayub. Dua orang menteri ini tinggalkan PAS kerana dikhianati pimpinan sendiri dan sekarang mereka sangat berjaya.
Mereka ini bukan setakat berjaya bentuk kerajaan, bahkan berjaya jadi menteri dan berjaya selesaikan masalah rakyat yang ditinggalkan oleh PAS dan PN dulu. Mereka berjaya menjalankan tugas sebagai menteri, sesuatu yang MP PAS gagal buat.
Sekarang, cuba cerita siapa dalam jemaah PAS yang berjaya. Berjaya jadi kerajaan dulu pun dengan mengkhianat. Tebuk atap. Lepas jadi menteri, gagal jalankan tugas. PRU15, walaupun menang paling banyak kerusi, tetap gagal bentuk kerajaan.
MP PAS gagal selesaikan masalah rakyat. Setakat mampu baca doa. Mantan MP yang tak dapat elaun pula yang selesaikan masalah. Lebih daripada itu, sebahagian besar pemimpin PAS juga gagal dalam saman fitnah. Kena saman dia kalah, menyaman pun dia juga yang kalah. Apa cerita?
Mana ada kemenangan dalam PAS. Tak usah sebut menang di akhirat la. Kalau dah fitnah jadi makanan dan membela perasuah, nak menang macamana di akhirat? Dalam PAS cuma ada kegagalan. Di dunia mahu pun di akhirat. Maka selamatlah mereka yang tinggalkan PAS. InsyaAllah. Guane boh?
Raja Gelap
.
POLIS PASTI AKAN ANGKUT WALAUN KAKI FITNAH
MMMS
Masalah dengan walaun mereka suka lempar batu lepas tu sembunyi tangan. Dari post history sangat jelas dia yang sebar surat palsu lepas tu pura-pura bertanya konon tak tahu yang itu adalah palsu.
Mintak2 polis angkut aje walaun ini baru dia ada akal sebar surat palsu guna letter head kementerian yang satu kesalahan jenayah.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=727108682752055&id=100063587886305&mibextid=Nif5oz
MANA ADA KEMENANGAN DALAM PAS.
Mokhtar Senik tanya, siapa yang lawan jemaah (dia maksudkan PAS) yang berjaya? Jawapannya, Abg. Mad dan Salahuddin Ayub. Dua orang menteri ini tinggalkan PAS kerana dikhianati pimpinan sendiri dan sekarang mereka sangat berjaya.
Mereka ini bukan setakat berjaya bentuk kerajaan, bahkan berjaya jadi menteri dan berjaya selesaikan masalah rakyat yang ditinggalkan oleh PAS dan PN dulu. Mereka berjaya menjalankan tugas sebagai menteri, sesuatu yang MP PAS gagal buat.
Sekarang, cuba cerita siapa dalam jemaah PAS yang berjaya. Berjaya jadi kerajaan dulu pun dengan mengkhianat. Tebuk atap. Lepas jadi menteri, gagal jalankan tugas. PRU15, walaupun menang paling banyak kerusi, tetap gagal bentuk kerajaan.
MP PAS gagal selesaikan masalah rakyat. Setakat mampu baca doa. Mantan MP yang tak dapat elaun pula yang selesaikan masalah. Lebih daripada itu, sebahagian besar pemimpin PAS juga gagal dalam saman fitnah. Kena saman dia kalah, menyaman pun dia juga yang kalah. Apa cerita?
Mana ada kemenangan dalam PAS. Tak usah sebut menang di akhirat la. Kalau dah fitnah jadi makanan dan membela perasuah, nak menang macamana di akhirat? Dalam PAS cuma ada kegagalan. Di dunia mahu pun di akhirat. Maka selamatlah mereka yang tinggalkan PAS. InsyaAllah. Guane boh?
Raja Gelap
.
SIAPA JOIN DENGAN HADI . NASIB LAH.
Aku terbaca satu komen yang pada pendapat aku, ada rasionalnya.
Hadi bersama DS Anwar, DS Anwar kena penjara.
Hadi bersama Najib, Najib kena penjara.
Sekarang Hadi bersama Mahiaddin. Nampaknya begitu juga jalannya.
Lepas ni Hadi bersama Mahathir. Adakah...? Guane boh?
Raja Gelap
.
KPM bincang kenaikan gaji guru ada kelayakan akademik lebih tinggi ✅
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam perbincangan berhubung saranan menaikkan gaji guru yang memiliki kelayakan akademik lebih tinggi sebagai pengiktirafan kepada mereka.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata KPM memandang serius saranan tersebut dan berpandangan ia mestilah selari dari segi kualitifikasi bermakna integriti kualiti dan perkhidmatan perguruan yang menjadi tumpuan kerajaan.
"KPM ambil pandangan itu secara serius dan saranan berkaitan kenaikan gaji penjawat awam seperti yang diumum Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) akan jadi tumpuan awal sebaik saja ekonomi negara pulih.
"Ia juga tidak lari daripada hasrat KPM yang melihat perkara sama.
"Kami sedang berada dalam radar perbincangan (saranan itu) dan dalam konteks untuk menaikkan gaji guru serta dari segi kualitifikasi, maknanya integriti, kualiti dan perkhidmatan perguruan, ini menjadi tumpuan kita," katanya kepada pemberita di Nibong Tebal hari ini.
Dia ditemui selepas merasmikan Karnival Kita Madani daerah Seberang Perai Selatan di Sungai Duri, yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Penerangan Pulau Pinang Sabri Said.
Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung saran kepada kerajaan agar menaikkan gaji guru yang memiliki kelayakan akademik lebih tinggi sebagai pengiktirafan kepada mereka kerana berusaha memperkemaskan diri bagi memantapkan lagi pendidikan demi anak bangsa.
Setiausaha Kluster Pendidikan & Modal Insan Majlis Profesor Negara Anuar Ahmad dilaporkan berkata ketika ini gaji guru yang memiliki sarjana dan doktor falsafah (PhD) adalah sama, jsuteru ia wajar untuk dikaji semula.
Dia turut dilaporkan berkata kerajaan harus memberikan insentif kepada guru yang mempunyai kelayakan lebih tinggi agar mereka dapat merasakan pentingnya untuk sambung belajar bukan sahaja menambah ilmu, sebaliknya boleh meningkatkan gaji dalam bidang yang diceburi.
Mengulas lanjut, Fadhlina berkata KPM sentiasa memberi galakan dan tiada sebarang halangan untuk guru menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana intergiriti perguruan dan kualiti guru juga meningkat dari semasa ke semasa.
"Saya ingat dari segi guru nak sambung pelajaran tidak jadi halangan malah KPM menggalakkan.
"Saya juga membuka ruang yang luas untuk mereka (sambung belajar) lagipun guru sekarang ini sangat berkelayakan dan terlatih dalam bidang mereka," katanya.
- Bernama
INI HANYA PANDANGAN SAYA.
Seperti mana pos iswardi morni Jika pas nak join KP ni. Minta DSAI jgn sesekali terima. Mereka nak sokong kerajaan ini tanpa join dalam gabungan KP, boleh . Tak nk ada propaganda kotor yg di atur PAS untuk melingkupkan perpaduan KP ni dri dlm bila mereka dh join sekali dlm kerajaan.
Mungkin ini juga stategi BERSATU dan ATOK SAKA nk melingkupkan perpaduan dlm KP ini dari dlm dgn menggunakan PAS untuk berpura 2 sokong dan nk masuk join KP ini. Bla dh dpt masuk tkut mereka kucai bgi timbulkan ketidak tenteraman dlm KP yg akhirnya membawa kepada perpecahan KP maka atok akn dapat peluang berkuasa kembali bersama kuncu kuncunya. Itu mmg target mereka bila mana nk tebuk atap mcm sblm ni sudah tidak berjaya. Jadi mereka gunakan strategi baru pulak.
PAS sudah goyah di kedah dan terengganu dri kaji selidik terkini dan berkemungkinan besar hilang tampuk kuasa d negeri ni pada PH BN dalam prn tk lama lagi, itu pun salah satu sbb Hadi nk bertemu PMX dan berbincang untuk PAS kekalkan tampuk kuasa.
MP BERSATU yg sudah terpalit dgn pelbagai kes sekarang ini juga salah satu penyebab PAS semakin menjauhkan diri dari BERSATU kerana mungkin tidak mahu terpalit sekali nama buruk parti serta tempias kes JANAWIBAWA
Semua ini tidak mustahil berlaku kerana atok sedang kepanasan skrang ini slpas bnyak pndedahan dlm PANDORA PAPER tentang kekayaan keluarganya.
Pengalaman dri langkah sheraton harus di jadikan pengajaran dan panduan,musuh dlm selimut lebih merbahaya. PAS nk sokomg KP mcm PH sokong kerajaan mail sabri sblm ni tk ada masalah, bt satu perjanjian antara KP dengan PAS.jika betul PAS nk sokong. ttpi bkn menjadi sebahagian dlm KP sekarang ini. Sokong tnpa menuntut apa apa jawatan dgn syarat.
Tetapi nk terima PAS sbgai sbhgian dlm kerajaan, rasanya majoriti parti parti yg membentuk gabungan dlm KP ni tidak akan setuju sama sekali terutamanya DAP, PAN, GPS DAN GRS kerana hubungan PAS dgn parti parti ini adalah sentiasa bermasalah.
Oleh itu PMX usah layan sangat hal ini. Pastikan KP ini kekal smpai 2026 kerana sudah ada majoriti 2/3 satu kerajaan yg kukuh dan stabil. Tanpa penyertaan PAS kerajaan langsung tk terjejas, yg goyah skarang ni adalah PASBERSATU. Tunggu masa saja PN nk bercerai berai.
# JGN PISANG BERBUAH 2 KALI
# JGN JADI LANGKAH SHERATON 2.O
# HATI HATI
BAB INI OK LA. PRO KONTRA. TAPI BAB LAIN. KALAU BACA KOMEN KAT F.B SHAHBUDIN ..MEMANG DIA NI KENA KECAM HABIS. RAMAI YANG SEDAR.
Ini baru betul2 sembang kari namanya.
Shahbudin Husin
Negara perlu media benar2 bebas konon tetapi baru akhbar siarkan pandangan penganalisa ekonomi bahawa OPR dijangka naik tidak lama sebelum ini dan pandangan itu pula terbukti betul akhirnya, pengarangnya sudah pun dipanggil mengadap dia selaku menteri KKD.
Nak bebas macam mana, Fahmi Fadzil?
PANGLIMA PKR YANG HEBAT GAH MASA PEMILIHAN PARTI, PASTIKAN KAMU SEMUA BEKERJA KERAS JIKA TIDAK MAHU PMX DI MALUKAN.
CABARAN PRN BUAT PMX
Hanya kira-kira dua atau tiga minggu lagi, DUN enam negeri – Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan – akan dibubarkan bagi membolehkan PRN diadakan.
Walaupun tiga negeri ditadbir PH dan tiga negeri lagi dikuasai PN, tetapi kesepakatan telah dicapai antara semua ketua kerajaan negeri berkenaan agar pembubaran Dun dilakukan dalam waktu yang tidak banyak berbeza bagi membolehkan PRN diadakan secara serentak.
Dengan pembubaran dilakukan pada minggu kedua Jun, pengundian dijangka akan berlangsung sama ada penghujung Julai atau awal Ogos.
Apakah cabaran PRN itu nanti kepada kerajaan perpaduan dan kedudukan Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri?
Secara umumnya, PRN nanti tidak memberi apa-apa kesan kepada kedudukan Anwar dan kerajaan perpaduan yang dipimpinnya.
Apa jua perubahan di peringkat Dun dan siapa yang bakal menerajui kerajaan negeri, ia sama sekali tidak menjejaskan status kerajaan Pusat.
Begitu pun, untuk mendepani PRU16 akan datang dan sama ada Anwar mampu bertahan lagi atau sebaliknya, keputusan PRN nanti boleh diambil kira sebagai petunjuk utama dalam hal itu.
Berdasarkan dapatan awal setakat ini, daripada tiga negeri yang ditadbir PN – Kedah, Kelantan dan Terengganu – gabungan itu dilihat tidak ada masalah untuk kekal berkuasa lagi.
Meskipun ada beberapa isu sedang berbangkit ketika ini, pengundi di tiga negeri berkenaan dilihat akan terus memberi sokongan kepada Pas, salah satu komponen PN untuk menerajui ketiga-tiga negeri itu.
Berbeza dengan PH yang kini mentadbir Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, kesemua negeri itu boleh dikira berada dalam keadaan yang tidak selamat buat mereka.
Ada dua aspek yang membuatkan ia tidak selamat:-
Pertama, mungkin ada negeri tertentu yang gagal dipertahankan PH dan bakal jatuh ke tangan PN dengan tumpuan paling berisiko untuk bertukar tangan ialah Selangor.
Jika PH gagal mempertahankan Selangor, maka akan beraya besarlah PN dan ia sekaligus memberi semangat tambahan untuk gabungan itu memenangi PRU16 akan datang.
PN dijangka menggunakan pengaruh beberapa bekas pemimpin UMNO Selangor seperti Noh Omar dan Mohd Zin Mohamad bagi mencapai tujuan itu, di samping sedang menanti jawapan daripada Khairy Jamaluddin atau KJ bagi maksud yang sama.
Kedua, jatuhnya sebahagian besar kerusi-kerusi Melayu di tiga negeri PH itu ke tangan PN.
Apabila kerusi-kerusi Melayu itu jatuh ke tangan PN, ia bukan saja bermakna penolakan pengundi Melayu kepada gabungan PH/BN, bahkan juga menyebabkan calon-calon UMNO kecundang sebahagian besarnya.
Dengan kerusi-kerusi Melayu itu dikuasai PN, meskipun mungkin PH masih mampu berkuasa di tiga negeri berkenaan berikutan sokongan kerusi bandar yang dipegang DAP dan kerusi campuran yang ditandingi PKR, ia adalah isyarat buruk kepada PH untuk PRU16 akan datang.
Keadaan itu selain menyukarkan PH/BN untuk terus meyakinkan pengundi memberi sokongan kepada kerjasama dua gabungan itu di seluruh negara, malah tidak mustahil akan menyebabkan timbul gegaran daripada akar umbi UMNO sendiri yang mahukan parti itu menarik diri daripada kerajaan perpaduan.
Tujuan menarik diri itu adalah agar UMNO bertanding solo pada PRU16, sambil mendesak kepimpinan sedia ada mengundur diri bagi mengelakkan parti ditimpa kekalahan yang lebih buruk lagi.
Yang menjadi kebimbangan akar umbi UMNO, kiranya parti itu kalah teruk pada PRN nanti tetapi terus lagi berada dalam kerajaan perpaduan, sambil Zahid Hamidi kekal menerajui UMNO menghadapi PRU16, ia tidak mungkin mampu memperolehi keputusan yang lebih baik berbanding PRU15 lalu.
Ada kalangan dalam UMNO yang bimbang, berbanding 26 kerusi Parlimen dimenangi pada PRU15 lalu, takut-takut PRU16 nanti hanya tinggal 16 kerusi saja lagi mampu dimenangi jika tiada sesuatu yang drastik dilakukan andainya prestasi buruk dicapai pada PRN enam negeri nanti.
Untuk mengelakkan semua kemungkinan mengerikan itu, PH/BN bukan saja tidak boleh kehilangan mana-mana negeri yang sedang dikuasainya sekarang pada PRN nanti, terutama sekali Selangor yang mesti dipertahankan dengan sesungguh hati, bahkan tidak boleh juga kalah semua atau sebahagian besar kerusi Melayu di ketiga-tiga negeri berkenaan.
Kalau PN menang semua atau sebahagian besar kerusi Melayu di tiga negeri dikuasai PH, selain berjaya kekal di Kedah, Terengganu dan Kelantan, ia juga bererti kekalahan buat PH/BN pada PRN itu serta suatu kekalahan awal yang hanya tunggu untuk disahkan pada PRU16 tahun 2027. – ShahbudinHusin 29/05/2023.
https://shahbudindotcom.net/
BARANG APA LAGI YANG NAIK ? KALAU KAU DUDUK PEDALAMAN MEMANG LAH NAIK SEBAB KOS PENGANGKUTAN.
RMS
Bila aku tanya, barang apa yang naik dan sejak bila mula naik, terus tak boleh komen dah, tu aku pakai akaun mole.. kalo akaun ni gerenti kena block..
😆😆
NAK BUAT MACAMANA - RASUAH JADI SEDEKAH
Mohd Affeindi Abas
Hakikatnya... kebenaran yang tengah menang sekarang, kezaliman dah jadi pembangkang… Tapi susahlah jugak akhir zaman ni… Fitnah dianggap kebenaran… Rasuah dianggap sedekah…
#PASik
RAMPASAN PELANGI
Ini tweet RPK, selalunya dijadikan sumber rujukan utama pihak Pembangkang.
Saya beri konteks ya.
Minggu ini, 172 jam tangan Swatch dirampas di 11 pusat beli belah di seluruh Lembah Klang. Rampasan dibuat dengan menggunakan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan. Bila reporter tanya kepada PMX, beliau katakan rampasan itu dibuat kerana ada kena mengena dengan promosi LGBT.
CEO Swatch Malaysia menafikan perkara tersebut. Katanya kempen ini mengenai kasih sayang, raikan perbezaan berlainan agama dan jantina. Swatch juga sahkan, tiada negara di dunia buat rampasan ke atas produk mereka ini, kecuali Malaysia.
Maka ini yang ditonjolkan oleh RPK dalam tweet beliau. Saya tengok ramai walaun dan penyokong pembangkang confuse. Sekarang, seolah2 mereka hentam Kerajaan pula. Hari tu kemain suruh batal konsert Coldplay sebab penyokong LGBT.
Sekarang ramai pulak yang sebelah CEO Swatch. Hakikatnya, bukan saja mereka wala pada pemimpin mereka. Dengan RPK pun mereka pajak sekali otak mereka.
Saya nak tengok akal pembangkang dan NGO Islam. HarakahDaily umpamanya. Apa pendirian mereka? Adakah mereka akan menyokong PMX dan Kerajaan? Atau menghentam?
Kalau rampasan pelangi ni mereka hentam, nampak sgt lah penunggang agama. Guna retorik agama sebab nak kuasa. Prinsip mereka berubah mengikut cuaca.
***********************************************
Kalau tanyakan pada saya, saya faham dan tahu. Budaya LGBT tidak diterima oleh semua agama. Tak sesuai pun di Malaysia dan kebanyakan negara.
Tapi satu yang saya tak berkenan, perlu ke sampai rampasan? Tak boleh ke tulis surat dan bagi amaran kepada syarikat. Tarik balik promosi dan keluaran. Kenapa perlu buat stunt? Kan Islam itu agama yang aman?
Saya tahu PRN nak dekat, tapi kenapa Kerajaan perlu buat macam negara Taliban. Banyak jalan tengah boleh diambil. Runding cara baik. Slow talk baik2. Saya tak rasa Swatch akan melawan, kalau kita sembang elok2 dengan mereka. Ada sensitiviti yang perlu dijaga.
Tu pandangan marhein saya.
Tak tahu la, set2 PN bagaimana, ntah2 tetiba perjuangkan hak asasi sejagat pulak. Hanya kerana nak lawan Kerajaan semata.
#manabaikkitasokong #manasalahkitabantah
Salam hormat,
Liyana Marzuki
PECAH MONOPOLI, GALAK PERSAINGAN SIHAT ANTARA INDUSTRI
Pecah monopoli, galak persaingan sihat antara industri
Kerajaan menggalakkan persaingan dalam kalangan industri bagi membolehkan harga barang dapat diturunkan, kata Perdana Menteri.
Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Selasa berkata, kerajaan percaya monopoli dalam kalangan industri tidak harus dibiarkan terus berlaku kerana tidak memberi manfaat kepada rakyat.
Melalui persaingan yang memberikan perkhidmatan dan produk terbaik dan murah kepada rakyat, usaha kerajaan memastikan pengguna tidak dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi akan berjaya.
“Kita (kerajaan) mencari jalan untuk memecahkan monopoli,” katanya.
Anwar menjawab soalan daripada Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) sama ada kerajaan akan memecahkan monopoli dalam sektor seperti tenaga elektrik bekalan air, dan penyelenggaraan lebuh raya.
Mengulas lanjut kepada bekas Ketua Penerangan Parti Bersatu itu, Anwar bagaimanapun menjelaskan tidak wujud monopoli dalam sektor bekalan air kerana ianya di bawah bidang kuasa kerajaan negeri masing-masing.
Begitu juga dalam sektor bekalan tenaga elektrik, dengan beberapa pengeluar tenaga bebas beroperasi, dan juga sektor penyelenggaraan lebuh raya.
Anwar pada 24 Mac lalu berkata, kerajaan menyemak semula semua monopoli yang wujud ketika ini bagi memastikan rakyat menerima perkhidmatan yang adil dan lebih baik.
Susulan itu semua kementerian diarahkan untuk mengkaji rasional di sebalik membenarkan sesuatu monopoli supaya ada penilaian yang adil terhadap isu itu.
PROJEK BEKALAN AIR KEDAH SIAP 10%, SALAH PAS KEDAH
Projek bekalan air Kedah siap 10%, salah Pas Kedah
Retorik Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Mohd Nor yang menyalahkan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan (PH) sebagai punca bekalan air sering terputus di negeri itu dibidas ADUN Suka Menanti Datuk Ir Zamri Yusof.
Menurut Zamri, MB Sanusi tidak boleh menyalahkan PH kerana semua dokumen dan proses tender untuk projek naik taraf bekalan air negeri berjumlah RM1 bilion yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan telah disediakan dengan rapi pada era pentadbiran PH.
“Rakyat Kedah sedang perhatikan apa yang Sanusi buat bila dia diberikan amanah tanggungjawab untuk mentadbir Kedah dalam 3 tahun ini, khususnya dalam urusan bekalan air yang menyebabkan ramai terjejas ketika raya baru baru ini
“Kita lihat perancangan secara menyeluruh tidak ada, atau pun perkembangan terbaharu yang disediakan oleh Sanusi. Yang ada ialah beliau meneruskan pembinaan 5 loji yang telah kita sediakan segara dokumen. Kita dah buka tender, iklan pada Disember 2019 termasuk lawatan, dan tender pada Januari 2020 (sebelum kejatuhan kerajaan PH).
“Bila dia masuk pada Mei, hanya perlu melantik kontraktor dan membina. Juga kerajaan haruslah menyelesaikan beberapa urusan pengambilan tanah.
“Tetapi kita tengok selepas 3 tahun beliau berada di kerusi itu sebagai pengerusi SADA (Syarikat Air Darul Aman), kita dapat lihat perkembangan pembinaan hanyalah sekadar 10% dapat dicapai,” kata Zamri dalam satu siaran media.
Selain itu, kata mantan Exco Kerja Raya, Bekalan dan Sumber Air Kedah itu, urusan pengambialihan konsesi bekalan air yang melibatkan SADA juga tidak diketahui kemajuannya pada era pentadbiran Sanusi.
Katanya, urusan pengambilalihan telah diatur dengan baik sewaktu beliau menjadi Exco pada 2019 lalu.
“Ketika kita masuk 2018, konsesi itu pada tahun ke 28 dan tamat pada Julai 2020. Jadi apa yang kita buat? Sejak Julai 2019 kita telah wujudkan jawatankuasa bersama yang terdiri daripada wakil konsesi, begitu juga pihak perancang ekonomi negeri dan SADA untuk berada dalam jawatankuasa menyemak aset aset yang akan diserah selepas tamat konsesi.
“Juga menyemak status hutang, bayaran belum dikemukakan untuk kita bersedia supaya menjelang Julai 2020 penyerahan boleh berjalan lancar
“Ini telah kita lakukan semua, bila dia (Sanusi) masuk bulan Mei, bulan Julai dia hanya sambung. Apa yang ada? Cuma dia claim kononnya kita tak buat. Sedangkan dia yang tak buat, kononnya kita tidak jelas, sebenarnya dia yang tidak jelas apa yang patut dilakukan,” katanya.
Sehubungan itu, pemimpin KEADILAN Kedah tersebut mahu tahu adakah pada ketika Sanusi dapat melakukan penjimatan wang keuntungan SADA selepas konsesi bekalan air diambilalih dan beliau menunggu jawapannya.
DASAR KERAJAAN PAS MISKINKAN KEDAH
Dasar kerajaan Pas miskinkan Kedah
Kenyataan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Sanusi Md Nor kononnya Kedah ‘diarahkan’ menjadi miskin lebih kepada mahu menutup kelemahannya mentadbir negeri.
Bagi Ahli Majlis Pimpinan Pusat Parti Amanah Negara (Amanah), Faiz Fadzil, amat pelik melihat data yang merekodkan kemiskinan mutlak di Kedah yang tinggi walaupun negeri berkenaan mempunyai hub teknologi Kulim Hi-Tech Park dan pusat pelancongan terkemuka dunia seperti Pulau Langkawi.
Menurut ADUN Permatang Pasir itu, Setakat 2019, kadar kemiskinan mutlak di Kedah adalah 8.8%, sedangkan, kata beliau, kadar kemiskinan mutlak di Selangor atau Pulau Pinang adalah masing-masing 1.2% dan 1.9%.
“Hakikatnya, kerajaan Pas Kedah tidak memainkan peranan secukupnya membangunkan industri tempatan dan menarik masuk pelaburan antarabangsa yang berkualiti.
“Pelaburan yang masuk ke Kulim Hi-Tech Park dicapai atas usaha agensi Kerajaan Persekutuan seperti MIDA dan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri, manakala Pulau Langkawi telah dimajukan oleh Lembaga Pembangunan Langkawi. Sejauh mana pula usaha kerajaan Pas Kedah dalam menarik pelaburan sebegini?
“Satu lagi, Kenyataan Sanusi seolah-olah menyalahkan industri penanaman padi atas kemiskinan Kedah ibarat menyalahkan para pesawah atas kemunduran negeri itu yang berpunca daripada kegagalan pentadbiran Pas sendiri.
“Sanusi mengeluh Kedah terpaksa menyediakan 130,000 hektar tanah untuk penanaman padi, iaitu 13.8% keluasan negeri tersebut. Namun, ini tidak jauh berbeza berbanding Pulau Pinang di mana tanah seluas 12,100 hektar ditanam padi, iaitu 11.5% daripada jumlah keluasan negeri,” kataya dalam kenyataan hari ini.
Tambah beliau, lebih mengagumkan Pulau Pinang mencatat purata penghasilan padi tertinggi di Malaysia pada tahun 2022, mengalahkan Kedah. Jika Pulau Pinang boleh menjadi salah satu penyumbang ekonomi utama negara tanpa mengabaikan sektor pertanian, mengapa perlu Sanusi mengeluh, ujarnya.
Oleh itu, Faiz mengingatkan rakyat Kedah masanya telah tiba untuk mereka ‘kalih’ dalam Pilihan Raya Negeri Julai ini dan melantik pentadbir yang benar benar berwibawa bagi menjamin masa hadapan anak negeri Kedah.
“Kesejahteraan hidup rakyat bergantung kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negeri. Satu undi untuk Pas dan PN adalah satu undi untuk anti-kemajuan.
“Kesungguhan politik Kerajaan Perpaduan membangunkan ekonomi negara dan kepesatan ekonomi kerajaan PH di Pulau Pinang dan Selangor perlu dijadikan sandaran PRN ini.
“Sanusi perlu berhenti mencari helah dan salahkan orang lain. Dia perlu belajar bermuhasabah diri yang sangat dianjurkan dalam ajaran Islam,” katanya lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)