Orang Melayu belum mengenal diri sendiri


 PERIHAL LIM KIT SIANG

BAGI mereka yang bersikap terbuka, (open minded) mengenepikan soal sentimen bangsa yang sempit, tidak akan merasa apa-apa salah pun kenyataan dibuat Lim Kit Siang yang mengatakan sesiapa sahaja termasuk bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri negara ini.
Kit Siang mengatakan begitu berdasarkan fakta dan tidak bertentangan dengan Perlembagaan negara, sambil memetik frasa berbunyi, "Yang diPertuan Agong boleh melantik sesiapa sahaja jadi perdana menteri asalkan mempunyai majoriti, sokongan," tanpa menyebut syarat-syarat lain dengan jelas.
Bagi Kit Siang kenyataan tanpa sandaran bersyarat itu membawa maksud sesiapa sahaja boleh dilantik menjadi perdana menteri. Beliau mahu memahamikan rakyat ini terhadap roh Perlembagaan.
Tetapi kenyataan Kit Siang itu mudah ditafsirkan sebagai mengancam kuasa orang Melayu, lalu ia dibuat laporan polis menyebabkan pemimpin spiritual DAP itu telah dirakam percakapan oleh polis. Sebanyak 27 set soalan ditanya polis terhadap Kit Siang berhubung perkara itu yang dimasukkan dalam blognya.
Bagi saya, tindakan melaporkan Kit Siang berhubung kenyataan itu dibuat oleh mereka (baca Melayu) yang takut kepada bayang-bayang sendiri, serta yang buta dan jahil mentafsir Perlembagaan negara ini serta yang tidak tahu nilai kekuatan diri dan bangsa. Mereka yang mengakui adanya hantu, tetapi tidak pernah berjumpa pun dengan makhluk itu.
Disebabkan kelemahan itu, ditambah rasa takut menghasut diri sendiri menyebabkan mereka lantas melihat kenyataan Kit Siang itu sebagai mengancam kuasa politik mereka dan kedudukan mutlak oraang Melayu di negara ini.

Melayu tidak perlu takut.
Warasnya Melayu tidak perlu takut kepada sesiapa, atau mana-mana pihak sekali pun. Kit Siang tidak khilaf dalam soal ini, atau cuba menimbulkan sesuatu yang baru, tetapi Perlembagaan yang telah menyatakan dengan jelas tanpa syarat tentang siapa berhak dilantik jadi perdana menteri. Beliau hanya menyebut dan mengulangi apa yang dinyatakan dalam perlembagaan sahaja.
Sekiranya kita waras dan faham perkataan berbunyi "sekiranya ada majoriti" itu sudah jelas dan nyata untuk tidak membimbangi apa yang Kit Siang lafazkan itu. Bahawa orang bukan Islam tidak mungkin dilantik menjadi perdana menteri. Kenapa?
Iya, realiti politik dan demokrasi di Malaysia ini, orang bukan Melayu boleh memegang jawatan itu sekiranya mereka disokong oleh orang Melayu. Itu jaminan perlembagaan. Namun selagi orang Melayu tidak sedia menyokong orang bukan Melayu mereka tidak boleh jadi PM kerana tiada majoriti. Hakikat politik negara ini kaum Cina tidak akan memperolehi majoriti tanpa sokongan Melayu dan bangsa lain. Apa yang Lim Kit Siang kata itu berdasarkan fakta yang jelas. Dimanakah kesalahanya?
Sebelum bangkit dan marah kepada kenyataan Lim Kit Siang yang dianggap menghiris jiwa itu, orang Melayu perlu menepuk dada sendiri dan bertanya apakah mereka sedia melepaskan kerusi nombor satu kepada bukan Melayu atau tidak. Sanggupkah mereka? Apakah mereka sedia mengenapkan majoriti kepada mereka? Dan apakah mereka akan berkerat rotan dan berpatah arang dengan sesama Melayu semata-mata demi memuaskan nafsu politik.
Jika mereka tidak mahu, mereka tidak tergamak, mereka sudah ada senjata untuk menyelamatkan kekuasaan mereka. Mereka harus mengguna dan memegang senjata berupa kunci itu sekemas mungkin untuk memastikan kerusi itu milik Melayu selamanya. Kunci atau senjatanya ialah PERPADUAN, Melayu perlu bersatu, tidak berpecah dan tidak mudah pula dibela oleh bangsa lain lain. Ibarat kepada ayam atau burung jika bulu sayap pecah dan carik malanglah hidup kerana bila pecah dan carik maka kendalaah penerbangan.
Tidak sedia diperalat ataun dijual beli oleh bangsa lain seperti mana berlaku di zaman kolonial dahulu.
Kesimpulan tindakan ke atas Kit Siang itu mendedahkan kedangkalan cara kita berfikir, kita (baca Melayu) masih belum mengerti kekuatan dan rahsia yang ada kepada diri kita sendiri, belum mengenali diri sendiri, maka itu menyebabkan kita mudah ralat dan gobal bila ada orang seperti Kit Siang bercakap demikian walaupun ia berlandaskan kitab hidup negara ini dan hanya merupakan sesuatu "agahan" daripada seorang Cina tua yang cukup memahami akan lemah serta mudahnya Melayu melatah bila dicucuk pinggangnya.
Apabila ada laporan dan soal siasat keatas Lim Kit Siang bermakna beliau masih hidup, bertenga dan mampu menimbulkan sesuatu bagi mengombak politik negara ini pastinya bagi kepentingan kaum mereka. 

Status dan permainan Kit Siang sama taraf dengan cara dan permainan politik Mahathir Mohamad yang dimana kaedaan stail mereka berdua itu cuba pula diikuti oleh Tok Dor Hadi untuk menunjukkan dia masih berakal walaupun pandangan dan tanggapannya tentang sesuatu sudah tidak relevan lagi. Trims. [wm.kl. 7:38 pm 13/12/2023]




Kabinet mengukuhkan kedudukan bukan kerajaan ULASAN-MSO

 

Kabinet mengukuhkan kedudukan bukan kerajaan

ULASAN


Anwar Ibrahim ambil
hati semua pihak.
KIRA-KIRA pukul 11:15 minit pagi tadi Anwar Ibrahim telah menoktahkan persoalan mengenai rombakan kabinetnya yang pertama. Anwar mengumumkan jemaah kabinetnya dengan sedikit perubahan serta penambahan setelah genap setahun kerajaan Perpaduan. 

Rombakan itu dinanti dan ditunggu setelah setahun kerajaan dibentuk apabila disedari ada beberapa kelemahan kerana kegagalan menteri melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. 

Dalam rombakan tadi beliau mengumumkan kemasukan semula bekas anggota kabinet semasa kerajaan PH dan PN lalu ke dalam kabinetnya. Mereka ialah Gobind Singh Deo, Dr Dzulkifli Ahmad, Johari Ghani dan seorang muka baru Amir Hamzah Azizan. 

Rombakan itu juga membabitkan pertukaran portfolio dan juga tambahan dua kementerian. Dua kementerian baru diwujudkan, Kemterian Digital pecahan daripada Kementerian Komunikasi dan Digital, dipegang oleh Gobind Singh Deo, satu lagi ialah Tenaga dan Perubahan Iklim dipegang Nik Nazmi Ahmad dipecah menjadi Kementerian Peralihan Tenaga dan Dayaguna Awam dipindahkan ke Timbalan Perdana Menteri Fadzilah Yusof. 

Manakala satu lagi kementerian baru diwujudkan Kementerian Wilayah yang berada di Jabatan Perdana Menteri diwujudkan semula dipegang Dr Zaliha Mustapa yang sebelum ini menjadi menteri Kesihatan.  

Seorang lagi bekas menteri dizaman kerajaan BN dibawa masuk ke kabinet ialah Johari Ghani untuk memegang kementerian Perladangan dan Komoditi.

Dalam penyusunan tadi, seorang menteri digugurkan, Sivakumar Varatharaju sebelum ini menteri Sumber Manusia yang diganti dengan bekas timbalan Kewangan Steven Sim. 

Beberapa timbalan menteri juga digugurkan dan berubah potfolio, antaranya Aiman Atirah Sabu ke kementerian Kerajaan Tempatan, Akmal Nasir ke kementerian Peralihan Tenaga dan Dayaguna Awam.

Harapan kecewa.

Harapan orang ramai untuk melihat berlaku perubahan atau pengguguran terhadap beberapa menteri yang sebelum ini diramal akan berlaku kerana prestasi mereka tidak memuaskan bagaimana pun tidak menjadi kenyataan apabila mereka masih dikekalkan sebagai menteri walaupun setengahnya dengan mengurangkan tanggungjawab mereka.

Saifuddin Nasution Ismail masih kekal di Kementerian Dalam Negeri, Mohamad Sabu di Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Fadzlina Siddiq di Kementerian Pendidikan, Fahmi Fadil di Kementerian Komunikasi dengan dikurangkan tanggungjawab apabila diwujudkan Kementerian Digital dipegang Gobind Singh Deo.

Begitu juga Nik Nazmi Nik Ahmad, yang memegang kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, kekal bagaimana pun kementeriannya dipecah dengan diwujudkan kementerian Peralihan Tenaga dan Dayaguna Awam yang diletak dibawah Fadzilah Yusuf. 

Hanya Mohd Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution, Fadzlina Siddiq tidak terbabit pertukaran dan perubahan kementerian. Pengurangan tugas dan tanggungjawab mereka itu menjelaskan perdana menteri tidak berpuas hati dengan prestasi mereka?

Sementara itu pengambilan muka baru, bekas menteri Johari Ghani, Noraini Ahmad dari Umno sebagai menteri dan timbalan menteri dilihat disamping untuk memantapkan kerajaan ia untuk mengukuhkan kedudukan presiden Umno. 

Begitu juga dengan pertukaran kementerian antara Zambery Abdul Kadir ke Kementerian Pengajian Tinggi mengambil alih tempat Khaled Nordin yang beralih ke Kementerian Pertahanan dan Mohamad Hassan yang kini ditukar ke Kementerian Luar mengambil alih tempat Zambery, lebih berdasar atau mirip kepada kedudukan mereka dalam parti semata-mata. 

Peralihan itu tidak memberi apa-apa kesan langsung kepada kerajaan sebaliknya mengekalkan status quo untuk mempertahankan kedudukan Zahid sebagai presiden parti.

Tampak dalam pembentukan dan pengambil muka baru dilakukan Anwar Ibrahim tadi berimbangan dari kalangan parti-parti gabungan PH dan BN. Anwar juga berhati-hati dan menjaga hati semua pihak. Dari parti Amanah, Dr Dzulkifli dibawa semula semula sebagai menteri. Kemasukan Dr Dzulkifli itu tidak menambah jumlah menteri daripada Amanah dan ia sebagai pengganti kepada Allahyarham Salahuddin.

Adly Zahri timbalan menteri pertahanan yang dikira akan dinaikkan pangkat menjadi menteri namun tidak berlaku dan beliau kekal di Kementerian Pertahanan sebagai timbalan. Sebaliknya tempat ditinggal Salahuddin itu diganti oleh Armizan Mohd Ali yang memangku jawatan itu.

Manakala dari DAP, pengguguran Sivakumar Varatharaju sebagai Menteri Sumber Manusia diganti oleh Steven Sim. DAP beruntung kerana mendapat tambahan seorang lagi menteri Gobind Singh Deo yang dilantik menjadi menteri Digital. 

Kesimpulannya rombakan kabinet hari ini tidak mempunyai signifikan untuk meperkukuhkan kerajaan sebaliknya lebih kepada pengisian jawatan dikosong yang ditinggal oleh Allahyarham Salahuddin Ayub sambil melakukan pertambahan anggota kabinet dari 28 orang 31 orang dan dalam situasi sama mengukuhkan kedudukan politik ketua parti politik masing-masing. 

Kalau pun ada perubahan ketara dan bakal diperhatikan ialah kemasukan tokoh teknokrat Amir Hamzah Azizan bekas Ceo KWSP yang dilantik sebagai Menteri Kewangan ke-II yang akan bertindak membantu Anwar. Yang lain tiada apa-apa perubahan ketara. Sudah pasti prestasi Amir Hamzah akan dinilai dan KPI akan diletakkan buatnya. 

Anwar memilih teknokrat untuk menjabat jawatan itu mungkin untuk memastikan hegemoni politiknya tidak tergugat dan terjamin daripada melantik individu dari kalangan parti politik yang tidak menjamin kedudukannya. Amir Hamzah sebagai teknokrat akan berkerja mengikut iktisadnya dan tidak memperhitungkan politik seperti mana Tengku Zafrul.  

Sudah semestinya sebagai perdana menteri selain untuk melihat jemaah menterinya mantap dan melaksanakan tanggungjawab dengan mampan, beliau mahu mengawal kedudukan untuk tidak terdedah dengan manipulasi politik kepentingan mana-mana pihak. Sesungguhnya Anwar masih terus dilanda ujian dan kemampuan sebagai perdana menteri selepas ini kerana perubahan kabinet dilakukan itu tidak menjamin beliau diterima umum.  

Apapun rombakan kecil kabinet dan membawa masuk beberapa bekas menteri itu Anwar berjaya menokhtah persoalan mengenai kabinetnya. Suara pahat pasti akan berbunyi selepas ini dan itu adalah lumrah, pahat berkokok selepas rumah siap. Namun setidak-tidaknya Anwar telah membaiki kedudukan "rumahnya" yang kuat dikritik pembangkang dan penganalisa politik sebelum ini.

Rombakan dan penyusunan kabinet baru itu pasti tidak memuaskan banyak pihak kerana apa yang mereka harap-harapkan khusnya menggugurkan menteri yang lemah dan digantikan dengan tokoh idola yang mereka harapkan tidak berlaku.

HADI TERDESAK KELUAR DALIL




“Menyentuh hal berkaitan peruntukan, sejak bila kerajaan Persekutuan melakukan sekatan ekonomi bagi negeri-negeri yang ditadbir oleh Pas? Ia adalah satu fitnah yang sangat dahsyat." “Dalam hal royalti, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sendiri gagal selama 33 bulan untuk menyelesaikannya ketika berada di pundak kuasa.







Pemuda MCA kecewa kabinet PMX | Dusuki dikecam buka 'tin milo' | Rosmah ...




1. pemecahan kementerian mengecewakan - pemuda mca 2. tidak ke mana jika kita memusuhi kerajaan - mp gua musang 3. jadi contoh, ahli parlimen, senator diseru henti merokok 4. ustaz pas teruk dikecam, minta derma orang ramai untuk baiki kereta 5. rosmah mohon gugur 17 pertuduhan babitkan rm7 juta buat kali ketiga







1. pemecahan kementerian mengecewakan - pemuda mca 2. tidak ke mana jika kita memusuhi kerajaan - mp gua musang 3. jadi contoh, ahli parlimen, senator diseru henti merokok 4. ustaz pas teruk dikecam, minta derma orang ramai untuk baiki kereta 5. rosmah mohon gugur 17 pertuduhan babitkan rm7 juta buat kali ketiga




RENTASAN 1504 | GEMPAR!! LAGI MP BERSATU BAKAL UMUM SOKONGAN KEPADA PM10?






MENARIK DALAM RENTASAN 1504

1. JANGAN SAMPAI PEMIMPIN KITA TURUT DIJANGKITI VIRUS MELAYU MUDAH LUPA 2. HILANG KATA-KATA, KINI BERMAIN DENGAN PERSEPSI 3. MEMILIH JANGAN SAMPAI MENYISIH 4. DEMOKRASI NEGARA JANGAN DITUBA



[gempak] MP GUA MUSANG NASIHAT PN! MB REEFORNUSI MERAYU KEPADAKERAJAAN!



Tidak ada gunanya jika mana-mana Ahli Parlimen mahu terus memusuhi kerajaan, kata Ahli Parlimen Gua Musang, Mohd Azizi Abu Naim. Wakil rakyat Bersatu itu berkata, permusuhan itu tidak membawa keuntungan terutama sekali untuk membantu rakyat. Katanya, keputusannya menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini juga bertujuan membantu rakyat. “Kalau saya atau sesiapa sahaja yang bermusuh dengan Kerajaan Persekutuan, kita tidak akan ke mana… terutama sekali dalam kontaks bantuan untuk rakyat. ======================================================================== Semua keperluan yang menjadi syarat untuk membangunkan projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) telah hampir dipenuhi dan diharap dapat dipertimbangkan oleh kerajaan Persekutuan untuk direalisasikan. Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata keyakinan yang ditunjukkan oleh pelabur luar terhadap Kedah juga sangat memberangsangkan pada masa ini. Sumber Berita 1. https://harapandaily.com/tidak-ke-man... 2. https://www.malaysiakini.com/news/689940




[panas] USTAZ PAS DIKECAM MINTA DERMA BAIKI KERETA! SUBSIDI MINYAK DIHAP...



Seorang ustaz Pas dikecam selepas meminta derma orang ramai untuk membaiki kereta milik syarikatnya yang terlibat dalam kemalangan. Menerusi hantaran di Instagram, kereta milik pasukan media Ustaz Ahmad Dusuki Abdul Rani dikatakan terlibat dalam kemalangan dan memerlukan sekurang-kurangnya RM5,000 untuk kos pembaikan. Pas terkenal dengan jolokan parti ‘tin milo’ kerana sering meminta derma untuk membiayai segala gerak kerja parti mereka. Justeru tindakan Ahmad Dusuki meminta derma untuk membaiki kereta turut tidak disenangi pengguna media sosial. “Perbezaan bila ditimpa musibah. Orang susah, usahakan dapat duit. Ustaz (pula) minta orang,” komen lutfizulkifly “Ustaz, kereta saya pun tengah rosak. Boleh kutipkan derma untuk saya?,” sindir pengguna fairuzsaleh. “Tak dapat tuntut dengan insurans sebab beberapa masalah teknikal? Mengaku je lah insurans pun tak ada. Senang je nak kutip derma,” komen pula aimanmmg. Sumber Berita 1. https://harapandaily.com/ustaz-pas-te... 2. https://www.malaysiakini.com/news/689873




GEG: Dr Dzul mohon jutaan maaf pada Dewan Negara


Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad memohon maaf di Dewan Negara susulan peruntukan generasi penamat rokok (GEG) berkaitan rokok dan vape, yang digugurkan daripada Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023. Baru sehari mengambil alih tugas ditinggalkan Zaliha Mustafa, ahli parlimen Kuala Selangor itu tampil membentangkan RUU itu untuk diluluskan di peringkat Dewan Negara, hari ini.





PM pengerusikan mesyuarat Kabinet pertama pasca rombakan




 Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet yang pertama selepas beliau melakukan rombakan ke atas barisan Jemaah Menteri semalam di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya hari ini.


Dalam mesyuarat bermula pada pukul 10 pagi itu, Perdana Menteri difahamkan memberikan taklimat berhubung peraturan, naratif dan hala tuju baharu Kerajaan Perpaduan, lapor Astro AWANI.


Terdahulu kesemua menteri dan timbalan menteri yang baru dilantik atau bertukar portfolio susulan rombakan itu memulakan tugas masing-masing pada hari ini.


Kesemua mereka meluangkan masa beramah mesra bersama kakitangan kementerian masing-masing selain diberikan taklimat tugasan.


Semalam Anwar mengumumkan pelantikan masing-masing lima menteri dan timbalan menteri termasuk empat muka baharu dan penampilan semula lima bekas menteri dalam rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan.


Perdana Menteri yang mengekalkan portfolionya sebagai Menteri Kewangan turut mengumumkan pelantikan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan untuk memperkukuhkan pasukan di perbendaharaan.


Beliau turut memecahkan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar kepada Kementerian Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam yang diterajui oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof serta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam di bawah Nik Nazmi Nik Ahmad.


Kementerian Komunikasi dan Digital pula dipecahkan masing-masing kepada Kementerian Komunikasi yang kekal di bawah Fahmi Fadzil dan Kementerian Digital diterajui oleh Gobind Singh Deo yang sebelum ini pernah menerajui kementerian terbabit pada era Kerajaan Pakatan Harapan (PH).


Seorang lagi mantan era PH, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Zulkefly Ahmad dikembalikan semula ke portfolio itu menggantikan Dr Zaliha Mustafa yang kini memegang jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).


Rombakan itu menyaksikan jumlah Ahli Jemaah Menteri meningkat daripada 28 kepada 31 manakala Timbalan Menteri meningkat daripada 27 kepada 29 sekali gus jumlah keseluruhan anggota pentadbiran Kerajaan Perpaduan kini adalah 60 orang.


*Kredit foto: Afiq Hambali/PMO