PAS PEMBOHONG- MENGHANCING JUGA...JADI KERAJAAN SENYAP SUNYI-UNDI LAGI .TUNJUK MANA NEGERI YANG DITADBIR PAS BOLEH MAJU.


 

TERBAIK LA WEE KA SIONG- MASA HANG JADI MENTERI PENGANGKUTAN DULU BANYAK YANG MELINGKUP TERUTAMANYA DI STESEN MRT LRT- LA HANG DOK KALUT BAB TELOQ.


 

APA KEPENTINGAN AMAZON KEPADA MALAYSIA


 

BAB BEZA PANDANGAN POLITIK TU TAK APA- TAPI BAB HALANG DAN HINA MAKANAN NAMPAK SANGAT TAK ADA ILMU DAN MISKIN HATI BUDI DAN LEKEH


 

PM10 SOLAT JUMAAT DI UPM


 

WALAUN BODO BUAT CONTENT NAK PULANG PAKU BUAH KERAS


 

MAMAT NI KUTUK JABATAN MATEOROLOGI TAK BOLEH JAGA- TUDUH PULAK AMBIK BARANG LARANGAN- KALAU NAK SAMAN DIA NI MULUT MACAM PELAQ ELOK JUGA LA..


 

INISIATIF PENDAPATAN RAKYAT- INI SALAH SATU CARANYA-BAGI DUIT HABIS BELI ROKOK DAUN SAJA...AJAR MACAMANA NAK JANA PENDAPATAN


 

KEH KEH...ELOK LA SEBAB AWANG BOLEH MELALAK LAGI- HANG AJAK TAKIYUDDIN BELA HANG. JANGAN MAIN DENGAN PEGUAM ANWAR- BUKAN KALENG KALENG DEPA BELA DIA DULU


 

EXCO KERAJAAN TERENGGANU- DULU KATA UMNO TERUK. DAPAT KE PARTI AGAMA, MAKANAN PUN DIA HINA

 


Hah...parti islam ? isshhh dak kot perangai macam gini....dulu kecik kecik lupa kot ....susah......Ajarlah anak anak kita supaya hargailah makanan...orang susah hargai walau makanan itu tak sedap macam kayangan makan....tapi hargailah walau pun tak sesedap mak ayah masak. Biasa sesiapa yang pernah belajar di pusat pengajian tentu merasainya....sebab tu kena dan perlu belajar tinggi tinggi...kalau tidak jadi macam ini....

Firdausi



 

Jaga Hal Kebajikan tapi sifat empati orang yang cakna ehwal kebajikan orang lain

 pun  macam tak wujud Dia berani dan angkuh buat macam ni sebab dia faham

penyokong  dia  akan tetap kukuh sokong dia Saya harap diri saya dan keluarga

jauh dari jadi  golongan  penyokong orang macam ni

 


BELUM KENA LAGI- TUNGGU MASA- RASUAH KEMENTERIAN PERTAHANAN-SIAPA BERTANGGUNGJAWAB-KENAPA TIADA TADER-DAN HISHAMUDDIN KENA JAWAB


 

LAAA ATOK- ORANG DAH TOLAK- BAGI 2 KALI DAH JADI MELINGKUP SAJA-


 

AMAZON LABUR 25.5 BILLION


 

ZAMAN KAMU MEMERINTAH-TAK BERCAKAP PUN ....AIIIKKK...


 

JIHAD BUAT BANGGUNAN TINGGI TINGGI TAPI MININDAS LAIN...


 

Apa Kaitan Pandora Papers, Bekas Speaker Azhar & Rakyat? (Pandora Papers...


Why did former Speaker, Azhar Harun, stop the Pandora Papers debate? Was he ordered to ban this specific debate? Was he protecting certain individuals?

PM ANWAR ZALIMI KELANTAN? Aktivis Royalti, SYAM GHAZ jawab! #BeraniJawab...


KELANTAN & TERENGGANU TIDAK DAPAT ROYALTI. KENAPA AGAKNYA? SHAM GHAZ ADA JAWAPANNYA

Kes audit 1MDB: Najib, Arul Kanda dilepas, dibebaskan


Datuk Seri Najib Razak dan Arul Kanda Kandasamy dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi, di sini, atas pertuduhan meminda laporan audit syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang kini Hakim Mahkamah Rayuan di Putrajaya membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan wujud kes prima facie bagi pertuduhan itu.



KAMU YANG TOLAK, KENAPA KAMU PULA KOYAK?


Rakan-rakan daripada Perikatan Nasional memilih untuk jadi pembangkang. Saya tak risau. kerana itu proses demokrasi yang baik. Kalau cadangan Yang di-Pertuan Agong disambut diterima ia jauh lebih baik.” Namun, menurut beliau, Abdul Hadi tidak menganggap Kerajaan Perpaduan ini bukan sebenarnya Kerajaan perpaduan. “Ia tidak jadi kerana kamu yang tolak. “Kamu yang tolak kenapa kamu yang koyak?”


INGATAN UNTUK WALAUN-WALAUN, AKTA ANTI LOMPAT ADALAH PENYELAMAT TEBUK ATAP


Sama ada sebelum atau selepas Hadi Awang menjadi tukang ramal dengan mendakwa kerajaan perpaduan akan tumbang tidak lama lagi, perkara itu sebenarnya sudah lama bertebaran di mana saja sebagai bahan perbualan harian.


Perbagai versi dan cerita digentayangkan untuk menggambarkan bagaimana Anwar Ibrahim boleh dijatuhkan sebagai Perdana Menteri.


Antaranya dikatakan GPS dan GRS akan menarik sokongan kerana wakil Borneo ditawarkan jawatan Perdana Menteri dan disertai kemudiannya dengan sebahagian Ahli Parlimen UMNO menyusul penarikan sokongan mereka.


Dikatakan lagi, sebaik saja pemilihan UMNO selesai 18 Mac nanti dan dengan sebahagian besar Ketua UMNO Bahagian dan ahli MT sedia ada berjaya dikalahkan, akan menyusul gerakan menjatuhkan Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO melalui desakan memanggil mesyuarat khas atau perhimpunan agung luar biasa.


PN yang mempunyai 74 Ahli Parlimen disebutkan hanya menunggu masa untuk menyertai semua perkembangan itu.


Pokoknya, kata pihak yang menyebarkan cerita, riwayat politik Anwar pasti akan berakhir tak lama lagi.


Di media sosial, khususnya Twitter pula turut bersepah-sepah poster yang bertulis – “PMX akan jadi XPM dalam waktu terdekat, doakan kejayaannya”.


Dan selepas Hadi Awang yang dianggap ulama politik tersohor serta masin mulutnya dalam meramalkan kejatuhan Anwar dua tiga hari lalu, cerita-cerita berkenaan pertukaran kerajaan itu makin meriah disebar serta ditokok-tambah untuk lebih sedap ia dikisahkan.


Saya sendiri dihubungi oleh pelbagai kawan, termasuk yang sudah lama tidak membuat panggilan untuk turut bertanyakan sama ada benar Anwar akan jatuh tidak lama lagi.


Begitulah hebatnya propaganda dimainkan dan politik persepsi dijadikan modal oleh mereka yang sebetulnya sakit hati dengan Anwar dan seperti menikmati makanan tanpa garam setelah kehilangan kuasa sebagai kerajaan.


Tidak habis-habis dimainkan sentimen dan perasaan seolah-olah mereka akan jadi pengganti kerajaan dalam waktu terdekat ini.


Sebenarnya, jika kita memahami bahawa sekarang sudah berkuatkuasa undang-undang anti lompat parti, menukar kerajaan tidak lagi semudah seperti sebelum ini.


Menjual sokongan secara peribadi dan menjaja akuan bersumpah sudah tidak laku lagi sekarang ini.


Kuasa paling tinggi ialah keputusan parti.


Jika sokongan secara peribadi akuan bersumpah atau SD Ahli Parlimen masih laku, selepas PRU15 lalu sudah pasti Mahiaddin Md Yasin berjaya kembali jadi Perdana Menteri.


Disebabkan kuasa parti adalah paling tinggi dan SD tidak lagi laku, Mahiaddin akhirnya tergucil dan kena potong di selekoh oleh Anwar.


Bersama kuasa adalah pada parti dan selain PH, BN, GPS, GRS dan Warisan sudah menandatangani perjanjian untuk kekal bersama sebagai kerajaan, cerita-cerita kononnya kerajaan akan bertukar tak lama lagi tidak lebih sekadar hiburan penglipur lara semata-mata.


Setakat dengar saja bolehlah, nak percaya hanya buang masa.


Orang yang hilang gaji buta dan tanpa melakukan apa-apa kerja mungkin dapat menghiburkan hati sendiri bila dapat menyebarkan cerita sedemikian.


Selagi PH, BN, GPS, GRS dan Warisan tidak berdepan masalah sesama sendiri, kerajaan perpaduan ini bukan saja kekal sehingga habis penggal, bahkan majoriti dua pertiga yang dimiliki juga tidak akan berubah.


Fantastiknya lagi, lihatlah juga bagaimana Anwar menjaga hubungan baik dengan GPS dan GRS serta sedaya mungkin cuba memenuhi intipati Perjanjian Malaysia 1963 dan ini tentu saja lebih memungkinkan mereka kekal bersama dalam kerajaan perpaduan ini.


Di waktu yang sama, gambaran kononnya UMNO akan bergolak dan Zahid Hamidi bakal digulingkan selepas pemilihan 18 Mac juga terlalu sukar untuk menjadi kenyataan.


Dengan Zahid Hamidi telah berjaya mengekang musuh-musuh politiknya sehingga berjaya menang tidak bertanding, usaha untuk menukar dua pertiga daripada 191 Ketua Bahagian kepada mereka yang anti Presiden, tidaklah semudah seperti makan kacang yang sudah siap digoreng.


Apa Zahid Hamidi tu tunggul kayu ke?


Kalau sebelum ini beliau mampu mengharungi semua cabaran daripada mereka yang ingin menjatuhkannya dan akhirnya berjaya kekal lagi menerajui UMNO, beliau pasti tidak pernah leka daripada memantau saki baki “hantu-hantu raya” yang cuba menggugatnya.


Selagi UMNO dalam kawalannya dan musuh-musuhnya pula sudah pun diletakkan di tepi, sokongan parti itu kepada Anwar dan kerajaan perpaduan tidak akan goyah.


Kepada yang masih ghairah dan tak jemu-jemu menjaja cerita tentang kejatuhan kerajaan dan PMX bakal jadi XPM, termasuk walaun-walaun, sedarlah bahawa undang-undang anti lompat merupakan penyelamat kepada aktiviti tebuk atap.


Bukan saja atap, bahkan dinding, pintu depan, pintu belakang, lantai dan segala struktur kerajaan sekarang ini lebih kukuh dan terjamin daripada segala perbuatan perampokan kuasa.


Yang jadi pembangkang, belajarlah untuk kekal sebagai pembangkang sehingga habis penggal dan jika ada pula kesalahan sewaktu jadi kerajaan dahulu, bersiap sedialah juga bukan saja untuk direman dan ke mahkamah, malah untuk berpindah ke penjara. – ShahbudinHusin 03/03/2023.



ISLAM AJAR KITA MEMAAFKAN






Saya menyeru kepada mana2 individu terutamanya PMX Dato Seri Anwar Ibrahim yg mungkin terasa hati, terkilan, atau merasa difitnah atau diaibkan oleh Sdr kita Ustaz Mohd Khalid  ini melalui hantaran2 di FB beliau agar segera memaafkan beliau.  Difahamkan beliau kini sedang diuji oleh Allah.  Mudah2an dengan memaafkan beliau boleh membantu meringankan ujian yang ditanggungnya.  Setiap manusia lakukan kesilapan dan amat besar pahalanya bagi yg memaafkan saudaranya.

W.Faudzin



Bila hasad menguasai diri, rela diri jadi dungu.


Lancar atau luncur?


Dari segi bahasa, lebih sesuai luncur berbanding lancar. Kalau bahasa Inggeris dipanggil launching. Luncur ni mcm melepaskan pada kadar yang laju.


Manakala lancar pula macam smooth. Perjalanan yang lancar, majlis berjalan lancar dan sebagainya. Untuk launching filem, perkataan lunch lebih sesuai.


Memang selama ni kita pakai pelancaran. Tapi tak semestinya dah lama pakai tu betul. Selama ni kita panggil goreng pisang, tapi goreng pisang itu satu perbuatan, bukan kata nama, contohnya.


Aku bukan pakar bahasa. Cuma aku pelik dengan sifat walaun. Benda takde isu pun sengaja dijadikan isu. Sedangkan istilah ni bukan benda baru pun.


Rakyat boleh lihat dalam PN seolahnya tiada yang berakal. Daripada yang paling bawah sampailah yang paling atas. Bersyukurlah bukan mereka yang tadbir negara. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


BUKAN KECIK ANAK NI AWS




 


Ada satu berita yang belum rasmi tapi sangat menarik perhatian kita terutama dalam hal pendigitalan serta usaha mengembangkan AI ke rantau ini. AWS bukan kecil anak tapi mereka datang kerana yakin Malaysia mampu menjadi kuasa stabil bagi Amazon yakin untuk menjalankan perniagaan besar mereka.

Aku bertanya-tanya kerana kamu nanyak:

Kalau ulamak penyangak yang pegang kuasa politik, bagaimana pelaburan dari luar negara kita agaknya...?

 

PEJUANG AKHIRNYA MEMOHON MENYERTAI PERIKATAN NASIONAL SETELAH MENYEDARI ...

LOKMAN ADAM DEDAH ADA USAHA MEMUJUK GPS AGAR MENGKHIANATI KERAJAAN PERPADUAN



DENGAR LAGU NI- LAGU MULA ADALAH LAGU SELINGAN


Ada yang minta ulas tentang pendedahan Lokman Adam di mana ada usaha untuk memujuk GPS agar mengkhianati Kerajaan Perpaduan dengan jadikan jawatan PM sebagai umpan.

With all due respect, aku rasa Lokman ada sumber sendiri untuk berkata begitu. Tapi aku pula lebih cenderung untuk untuk anggap isu tebuk atap ni lebih kepada nak alih isu.

Pertama, masa Langkah Sheraton dulu, mereka atur secara senyap. Jadi kenapa kali ni nak dihebohkan? Sedangkan dulu master mind ada dalam kerajaan berbanding sekarang. Logiknya baik heboh yang dulu, rahsiakan yang sekarang.

Kedua, aku tak fikir Mahiaddin akan rela lepaskan jawatan PM kepada orang lain. Dulu mereka tolak pelawaan YDP Agong pun sebab jawatan PM akan jadi milik DS Anwar. Kalau masa tu YDP Agong kata Mahiaddin yang jadi PM, nescaya mereka terima.

Ketiga, akan ada tentangan yang begitu kuat dari kalangan MP Sarawak kerana PAS memang dibenci bukan sahaja oleh rakyat Sarawak, bahkan majoriti ahli parlimen mereka.

Keempat, PN + GPS pun masih belum dapat jumlah yang diperlukan. UMNO masih perlu ikut serta. Tapi selagi Zahid presiden, susah untuk itu berlaku apa lagi permusuhan Mahiaddin dengan Zahid semakin memuncak sekarang.

Tapi itu bukan tak bermakna perkara ini mustahil. Jika Mahiaddin yakin benar dia akan sangkut dalam kes Jana Wibawa, mungkin dia sanggup terima PM dari GPS. Tapi rasanya bakal ada perjanjian untuk tutup kes lepas tukar PM.

Bermakna, jika benar GPS berlaku khianat kepada Kerajaan Perpaduan dan benar PM dilantik dari MP GPS, ertinya Mahiaddin memang dalam keadaan yang sangat terdesak.

Sekarang kuncinya pada ROS. Jika ROS putuskan usul jawatan Presiden UMNO tak dipertandingkan sebagai tidak sah, maka peluang untuk jatuhkan Zahid cerah. Dan dengan itu, tak banyak halangan lagi tu betul tukar kerajaan.

Politik Malaysia susah nak agak. Sebab ahli politik kita ramai yang tak berintegriti. Ramai yang masuk politik sebab nak jadi kaya, bukan sebab nak bantu rakyat sangat pun.

Cuma dari pemikiran logik, satu faedah terbesar yang PN boleh dapat dari cerita tebuk atap ni hanya ia dapat buatkan musuh PN dari berhenti bercakap tentang Jana Wibawa.

Cuba tengok, di media sosial bahkan di parlimen sendiri, lebih ramai bincang soal tebuk atap ini berbanding Jana Wibawa sekarang. Jadi diversion ini boleh dikatakan berjaya.

Apa pun, kita berdoalah semoga kerajaan yang ada ini kekal. Semoga negara ini terlindung daripada perosak-perosak yang telah dan masih lagi mahu merosakkan negara kita. Guane boh?

Raja Gelap

.







ORANG BALING LUMPUR- NILAI TETAP MENYINAR




Permata, walau orang campakkan lumpur padanya, tetap tak jatuh nilainya.

Di Malaysia, ada beberapa pihak berusaha gigih untuk merosakkan reputasi DS Anwar. Tapi hakikat bahawa ketokohan dan kredibiliti DS Anwar jadi sanjungan di peringkat antarabangsa tidak mampu dinafi sesiapa.

Mereka yang menghina DS Anwar dengan pelbagai hinaan yang tak masuk akal, tak mampu dapatkan penghormatan seperti yang DS Anwar dapat walau setakat 10% pun.

Pengiktirafan antarabangsa sebegini sebenarnya menguntungkan negara. Ia akan memudahkan urusan perbincangan antara negara. Syukurlah DS Anwar bukan jenis yang berani edarkan pdf sahaja.

InsyaAllah, dalam masa 5 tahun ini banyak faedah yang rakyat akan nikmati hasil mempunyai seorang Perdana Menteri yang dihormati dunia. Guane boh?

Raja Gelap

 

ANWAR DIBERI PENGHORMATAN IJAZAH KEHORMAT DARI UNIVERSITI OF THE PHILIPPINES

 





Sesudah acara rasmi di Rizal Park, saya langsung ke University of the Philippines untuk menyampaikan syarahan umum berjudul ‘30 Years After The Asian Renaissance: Strategic Takeaways for ASEAN.

Sebelumnya saya menerima ijazah Doktor Kehormat (Honoris Causa) Doctor of Law dari University of the Philippines.

Dalam ucaptama, saya singgung sejarah penubuhan ASEAN serta kemajuan dan perubahan dari segi kerjasama antara negara tetangga di rantau ini, dan menekankan bahawa perserikatan ini mesti terus terpahat atas hujah berkongsi identiti yang sama meski rencam bangsa dan budaya.

Konsep ini dicerakinkan dengan baik oleh ‘The Great Malayan’ Dr. José Rizal dalam ‘The Philippines a Century Hence’ tatkala negara Filipina tertubuh kuat meski berlainan kepulauan, bahasa, budaya dan etnik.

Selain itu, saya amat berharap ASEAN terus berpadu dan kukuh dalam menyikapi isu-isu mendesak terutamanya di rantau ini kerana berdiam diri tatkala berdepan kezaliman bukanlah pilihan.

Saya turut menghimbau sejarah lampau tatkala saya sering ke Manila di tahun-tahun lampau semasa masih sebagai seorang mahasiswa dan universiti ini adalah tempat yang akan pasti dikunjungi untuk perbincangan terkait pelbagai hal bersama sahabat-sahabat di sini. Justeru, Manila sangat istimewa dan bukanlah kota asing buat saya secara peribadi.

#MalaysiaMADANI #MASPH

 

BANJIR | PM Mahu Peruntukan Cukup Untuk Bantu Mangsa Terjejas


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu peruntukan yang mencukupi disalurkan segera kepada mangsa banjir di enam negeri yang sehingga kini telah menjejaskan lebih 30,000 orang.

HUKUM KARMA - ANAK TERPAKSA SUJUD KEPADA ORANG YANG PECAT BAPAKNYA




Akhirnya lengkap lah misi pengkhianatan, bapak dia letak jawatan sbg PM, beri laluan mudah abah cow masuk khianat dan tumbangkan kjaan PH. Alhamdulillah, kjaan khianat itu tak kekal lama kerana Allah tak berkatinya. Akhirnya, anak bapak join bersama pengkhianat yg pecat bapak dia. Begitulah peraturan Allah membalas perbuatan khianat.

 






BAPA MAKAN GAJI BUTA


 

Mohd Shah Rim


Jika kami gelar Presiden PAS Hadi Awang Bapa Makan Gaji Buta, jangan pulak marah dan koyak pulak..




SILA GUNA > UNTUK BERITA LANJUT.

 


SILA GUNA > UNTUK MEMBACA BERITA AWAL KERANA RUANG TIDAK MENCUKUPI

Filem ANWAR The Untold Story: Versi sebenar yang belum diceritakan


 Filem ANWAR The Untold Story yang akan ditayangkan pada Mei ini bakal mendedahkan versi sebenar bibit krisis politik sehingga menjurus pemecatan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 September 1998.


Bagi Penerbit Eksekutif filem berkenaan Zukiflee Anwar Haque atau lebih dikenali sebagai Zunar, begitu banyak cerita mengenai sosok tokoh karismatik berkenaan berada di public domain namun sejarah versi sebenarnya hanya sedikit yang diketahui rakyat kerana telah dihitamkan di media massa sejak pemecatan 1998 sehinggalah Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 10 pada November 2022.

Zunar

"Masalah public domain ketika itu banyak perkara yang tidak disiarkan media secara adil. Jadi public domain ketika itu tidak menjadi public domain, kerana digelapkan media.


"Terus terang filem ANWAR The Untold Story ini mengenai cerita dari versinya Anwar. Ada yang jadi public domain dan ada juga yang orang samar samar atau tidak tahu sama sekali. Kami buat filem ini dari versi yang jarang didengar di Malaysia


"Public domain dalam bentuk yang sangat terpendam. Contohnya cerita dalam lokap, kami ambil dari laporan lengkap siasatan Anwar, tiada rakyat yang tahu. Yang lain juga level public domain tetapi masyarakat tidak tahu.


"Kami berusaha mengangkat dari dokumen perundangan dan hasil interview dengan orang orang (rapat) terlibat (dengan kejadian)," katanya menjawab soalan wartawan dalam sidang media di majlis peluncuran filem Anwar di W Hotel, Kuala Lumpur, semalam.


Sidang media filem berkenaan juga membariskan pengarah filem Viva Westi, pelakon utama Farid Kamil yang memegang peranan Anwar, Hasnul Rahmat (Mahathir) serta beberapa yang lain.


Menjawab soalan wartawan mengenai persoalan rasuah yang menjadi tema utama cerita berkenaan dan berkemungkinan tokoh tertentu yang yang masih hidup akan terkesan dan bertindak, Zunar berkata, beliau telah berbincang dengan pengarah dan penerbit sebelum filem itu bermula, dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.


"Filem biopic ini banyak yang tidak puas hati, watak antagonis mungkin digambar secara yang mereka tidak suka. Pasti ada orang yang antara mereka digambar perasuah akan mengambil tindakan


"Kita telah bincang dengan pengarah, namun kita membuat filem ini dari cerita sebenar dan bukan direkayasa. Kita sudah buat kajian tetapi sekiranya ada tindakan kami tak dapat mengelak," katanya.


Zunar turut ditanya mengapakah filem berkenaan diarahkan sutradara Indonesia bukannya Malaysia.


Menurut Zunar, agak sukar untuk mencari pengarah Malaysia yang sanggup untuk membuat filem politik pada waktu negara masih lagi dikawal oleh regim yang kurang demokratik pada ketika penggambaran.


"Kita mesti ingat filem ini adalah satu satunya filem yang tidak ikut naratif pemerintah ketika itu. Bagi saya lebih sulit kalau mengambil pengarah dari Malaysia. Lebih mudah kalau ambil pengarah itu dari Indonesia. Kerana itu ia jadi seperti itu," katanya.

Farid Kamil (kiri)

Berkenaan pemilihan pelakon utama yang dilaporkan ditawarkan kepada beberapa pelakon, tetapi hanya Datuk Farid Kamil yang sanggup memainkan peranan, hal berkenaan berpunca daripada situasi politik ketika filem tersebut dibuat, yang mana Anwar merupakan pesaing utama Perdana Menteri sedia ada.


Datuk Farid Kamil menjawab, beliau sebagai pilihan terakhir dan beliau adalah yang paling berani untuk memainkan peranan.


"Saya pelakon yang terakhir dipilih kerana pelakon lain tidak ada keberanian untuk mengambil risiko yang bakal terjadi.


"Sebab mereka dari negara lain, juga dari negara kita tahu risiko bakal dihadapi sekiranya Anwar tidak menjadi PM dan filem ini siap, dan mereka akan diban (banned) dan mereka akan dikenakan macam macam benda yang tidak sepatutnya dikenakan


"Jadi itulah risiko yang saya ambil. Saya tawakal kerana setelah saya baca nashkah, saya buat kajian, apa yang saya sampaikan saya dapati ada banyak kebenaran dalam cerita ini. Di ketika itu, itulah saya zahirkan (dalam lakonan)," katanya.


Filem Anwar menjalani penggambaran di Malaysia dan Indonesia selama kurang setahun dan menelan belanja sebanyak RM10 juta.


Tempoh penceritaan filem ini dari 1993 hingga 1998 ketika Datuk Seri Anwar menjadi Menteri Kewangan sehingga dipecat pada September 1998.