Menantu Erdogan Yang Mengubah Perang Dunia: Dari Budak 'Nerd' MIT Ke 'Bapa Drone' Yang Memalukan Rusia."









Kalau Tuan-tuan terserempak dengan lelaki ini di jalanan, Tuan mungkin takkan toleh dua kali.

Rupanya biasa.


Pakai jaket juruterbang, muka senyum memanjang dan nampak macam budak IT yang baru habis kelas komputer.


Dia bukan Jeneral tentera yang penuh bintang di dada. Dia bukan ahli politik yang pandai berpidato berapi-api.


Nama dia Selcuk Bayraktar.


Tapi jangan tertipu dengan wajah "innocent" tu. Di pentas geopolitik dunia hari ini, lelaki ini mungkin lebih digeruni daripada ramai Presiden negara lain.

Majalah Time dan media Barat menggelarnya "The Drone Father".


Manakala di Rusia dan Armenia, namanya disumpah seranah kerana ciptaannya telah menukarkan kereta kebal kebanggaan mereka menjadi besi buruk yang terbakar.


Siapa sebenarnya Selcuk Bayraktar?


Dia adalah bukti hidup bahawa "Pena (dan Kod Komputer) itu lebih tajam daripada Pedang".

Kisah bermula di Amerika Syarikat, sekitar tahun 2000-an.


Selcuk adalah seorang pelajar genius. Dia bukan calang-calang pelajar. Dia pemegang Ijazah Sarjana dari University of Pennsylvania (UPenn) dan kemudian menyambung kajian di Massachusetts Institute of Technology (MIT).


Bagi yang tak tahu, MIT ni kira "Kiblat Teknologi" dunia. Kalau masuk situ, keluar confirm gaji 6 angka dalam Dolar. (insyaAllah). 


Selcuk hidup selesa di US. Dia kaji benda-benda pelik macam swarm robots dan algoritma pendaratan helikopter.


Masa depan cerah menanti dia di Silicon Valley.


Tapi, hatinya di Turki.


Masa tu (sekitar 2005-2009), Turki ada masalah besar.


Turki sedang berperang dengan pengganas PKK di kawasan pergunungan. Askar Turki buta. Mereka tak nampak musuh.


Turki terpaksa "mengemis" teknologi dron daripada Isbiol (Heron) dan Amerika (Predator).


Masalahnya, bila minta nak beli, Amerika tak bagi (Kongres sekat). Bila sewa dari Isbiol, ada banyak isu. Sewa tu. Boleh bayangkan tak. 


Kadang-kadang, imej dron tu sampai lambat. Ada dakwaan kata imej tu "ditapis" dulu oleh pihak luar sebelum sampai ke tentera Turki.


Bila askar Turki sampai, musuh dah lari.


Selcuk nampak penghinaan ini. Darah mudanya mendidih.


Dia buat keputusan gila. Dia tinggalkan PhD dia di Amerika, dia tinggalkan tawaran kerja lumayan dan dia balik ke Istanbul.


Dia balik ke kilang bapa dia, Ozdemir Bayraktar.


Masa tu, syarikat Baykar hanyalah sebuah bengkel kecil yang buat komponen kereta (auto parts). Bukan syarikat senjata gergasi.


Selcuk kata kat bapa dia: "Walid, kita kena buat pesawat sendiri. Kita tak boleh harap orang lain."

Bermulalah fasa perjuangan yang perit.


Selcuk bukan duduk dalam ofis berhawa dingin. Dia turun ke lapangan.


Dia tinggal dalam kontena bersama askar di pergunungan Gabar dan Hakkari yang sejuk beku dan bahaya.


Dia nak faham apa yang askar perlukan. Dia nak uji kod komputer dia dalam situasi perang sebenar.


Siang dia pasang wayar, malam dia tulis kod (coding). Bertahun-tahun dia hidup macam tu.


Ramai jeneral tentera masa tu gelakkan dia. "Kau budak mentah, nak lawan teknologi Amerika? Jangan mimpilah."


Pelik juga askar sendiri gelakkan. Betul tak? Rileks. Sambung baca bawah ni. 


Sistem birokrasi Turki masa tu pun masih dikuasai "Old Guard" yang lebih suka beli barang import (sebab ada komisyen masyuk) daripada sokong barang tempatan.


Tapi Selcuk degil. Dia dan abangnya, Haluk Bayraktar, teruskan juga.


Akhirnya, lahirlah Bayraktar TB2.


Apa yang istimewa sangat pasal TB2 ni? Kenapa satu dunia gila nak beli?


Dari sudut pandang penganalisis ketenteraan, TB2 ni adalah "The Toyota Hilux of Drones".


Ia bukan dron paling laju. Ia bukan dron paling canggih. Dron Reaper milik Amerika jauh lebih besar dan laju.


Tapi TB2 ada satu benda yang Amerika tak ada: Cost-Efficiency (Berbaloi).


Harga sebiji dron Reaper Amerika boleh cecah USD 30 juta. Mengarut harga tu. Mesti makan komisen ni. 


Harga sebiji TB2? Dianggarkan sekitar USD 5 juta sahaja.


Maksudnya, kalau musuh tembak jatuh satu TB2, Turki boleh hantar 5 lagi ganti tanpa bankrap.


Ini mengubah doktrin perang. Dulu dron adalah "barang kayangan", sayang nak guna. Sekarang dron jadi barang pakai-buang (expendable).


Teknologi kedua yang Selcuk masukkan adalah Sistem Autonomi Pintar.


TB2 boleh berlepas, terbang dan mendarat sendiri (autonomous taxiing) tanpa dikawal manusia.

Kalau signal putus, dia pandai balik rumah sendiri.


Tapi senjata paling bisa dron ini adalah peluru pintarnya, MAM-L.


Ini peluru mikro buatan syarikat Roketsan Turki. Kecil, tapi ada pemandu laser.


Selcuk reka software dron tu supaya boleh "bercakap" dengan peluru tu dengan ketepatan pakar bedah.


Ujian sebenar datang pada tahun 2020. Perang Nagorno-Karabakh antara Azerbaijan dan Armenia.


Armenia ada kereta kebal kebanggaan Soviet/Rusia. Mereka ada sistem pertahanan udara S-300 dan Pantsir yang kononnya "kebal".


Tapi di skrin komputer Selcuk, kereta kebal tu nampak macam itik mainan.


Video-video yang dikeluarkan menunjukkan dron TB2 memusnahkan ratusan kereta kebal Armenia.

Askar Armenia tak nampak pun dron tu sebab ia kecil dan senyap.


Rusia malu besar. Sistem pertahanan udara Pantsir mereka (yang berharga jutaan dolar) hancur dibom oleh dron "murah" buatan Turki.


Dunia tergamam.


Majalah pertahanan antarabangsa mula menulis tajuk besar: "The Age of the Tank is Dead" (Zaman Kereta Kebal Sudah Mati).


Dan orang yang membunuhnya adalah seorang jurutera lulusan MIT yang suka pakai jaket bomber.


Kemudian perang Ukraine meletus.


Lagu "Bayraktar" dinyanyikan oleh askar Ukraine.

Dron ini menjadi simbol perlawanan terhadap pencerobohan Rusia di peringkat awal perang.


Kejayaan ini melonjakkan nama Turki.


Dulu Turki dikenali sebagai negara pengimport senjata. Hari ini, negara-negara Eropah seperti Poland, Romania, malah Arab Saudi beratur nak beli dron dari Selcuk.


Tapi, kejayaan Selcuk bukan tanpa kontroversi.


Kita kena adil dan neutral. Ada juga kritikan.

Dron tetap senjata pembunuh. Ramai juga orang awam yang terkorban dalam konflik-konflik ini.


Pihak Barat kadang-kadang label Selcuk sebagai "Merchant of Death" (Saudagar Maut). Barat, kan? Diorang tak cermin diri sendiri rasanya. 


Satu lagi poin kritikal: Selcuk berkahwin dengan Sumeyye Erdogan, anak perempuan Presiden Erdogan pada tahun 2016.


Ramai pengkritik kata kejayaan Baykar adalah sebab kronisme (nepotisme) bapa mertua.


Namun, fakta sejarah menolak dakwaan ini sedikit. Selcuk dah mula buat dron mini pertama sejak 2007, jauh sebelum dia kahwin dengan anak Presiden.


Malah, bapa Selcuk, Ozdemir, adalah kawan lama Erbakan (guru Erdogan). Jadi hubungan itu memang dah lama, tapi kejayaan teknikal dron itu adalah asli.


Kalau dron tu tak bagus, takkan Poland (ahli NATO) dan Ukraine nak beli, kan? Dorang beli sebab kualiti, bukan sebab dia menantu siapa.


Sekarang, Selcuk tak pandang belakang dah.

Dia sedang bangunkan projek gila seterusnya: Bayraktar KIZILELMA (Epal Merah).


Ini bukan lagi dron kipas. Ini adalah Jet Pejuang Tanpa Pemandu.


Ia laju (supersonik), ia halimunan (stealth) dan ia guna enjin jet. Ia direka untuk terbang dari kapal pengangkut pesawat TCG Anadolu.


Visi Selcuk jelas: Masa depan perang udara bukan lagi milik juruterbang manusia (Top Gun), tapi milik AI dan kod komputer.


Kisah Selcuk Bayraktar adalah tamparan hebat buat dunia Islam.


Dia membuktikan bahawa kita tak semestinya jadi pengguna teknologi Barat sampai kiamat.


Kita boleh jadi pencipta. Syaratnya?


Ilmu dan kemahuan untuk tinggalkan rasuah serta komisen. Bukan untuk kayakan diri sendiri tetapi demi agama, bangsa dan negara. 


Selcuk tak balik Turki bawa semangat kosong. Dia balik bawa ilmu MIT. Dia gabungkan semangat patriotik dengan disiplin kejuruteraan yang tinggi.

Dia wujudkan pesta TEKNOFEST di Turki. Pesta sains terbesar di dunia.


Dia nak anak-anak muda Turki jadi macam dia. Jangan mimpi nak jadi artis je, mimpi nak jadi jurutera roket.


Hari ini, bila kita tengok dron Bayraktar terbang di langit, kita bukan sekadar tengok mesin.


Kita tengok hasil keringat seorang anak muda yang menolak zon selesa di Amerika, demi maruah tanah airnya.


Dia ajar kita satu benda: Kedaulatan negara bukan dibina dengan slogan politik, tapi juga dibina di makmal, di kilang dan di barisan kod komputer.


MasyaAllah, hebat perancangan Allah. Siapa sangka dari sebuah bengkel alat ganti kereta, lahir satu teknologi yang menggerunkan kuasa besar dunia.


Moga inspirasi Selcuk Bayraktar ini mengalir dalam darah anak-anak muda kita di Malaysia juga.


___


KITAB TAMADUN UTHMANIYAH 

Banyak lagi fakta 'mindblown' dan sisi gelap sejarah Uthmaniyah yang jarang didedahkan, daripada hubungan rahsia dengan Alam Melayu sampailah ke punca sebenar kejatuhan empayar ini. Buku ini merungkai segala mitos yang selama ini kita percaya bulat-bulat dengan kajian yang sangat teliti dan membuka mata. Korang wajib dapatkan naskhah penuh ilmu ini untuk faham realiti sebenar sejarah dunia Islam di: https://s.shopee.com.my/13AlUSl4r


Dan


KHALIFAH DUNIA ISLAM

Rupa-rupanya ada 125 orang khalifah yang pegang amanah besar ni sepanjang sejarah Islam, bukan cuma empat orang Khulafa ar-Rashidin je. 


Buku ni bongkar profil lengkap mereka dari zaman Madinah sampai kejatuhan Uthmaniyah, sesuai untuk korang yang nak faham sejarah tapi malas baca buku tebal-tebal. Grab naskhah korang sebelum harga naik kat sini: https://s.shopee.com.my/4AsbPLQphp





MAWAS PUNYA PASAL KAMI TERPUTUS HUBUNGAN..

 Abbe Hae








Tentu ramai masih ingat tentang kisah dan gambar sebelah kiri yang abbe siarkan beberapa bulan lepas tentang kawan abbe bernama Along ni..Along pernah jadi kontraktor pembalakan abbe dan kami bersahabat baik..


Gambar ni masa tahun 2004 dan dalam hutan Ulu Balah Jeli Kelantan..Along terpaksa berhenti jadi kontraktor abbe sebab pekerja pekerja orang asli Along terjumpa tapak mawas dan pekerja Along ketakutan dan minta tauke mereka iaitu Along untuk keluar dan tidak lagi bekerja dalam hutan Ulu Balah..Semenjak itu abbe terputus hubungan dengan Along..


Setelah posting abbe yang dulu tu tular ada seorang rakan FB abbe yang bernama Rahman Sawa  juga sahabat  Along di Lenggong Perak menghubungi abbe dan memaklumkan yang beliau juga sahabat Along dan Along pernah menceritakan kisah yang sama seperti tulisan dalam FB abbe..Rahmanlah yang  temukan abbe dan Along semula..Along ni memang takde media social..


Hari Sabtu 10 Jan 2026 kami bertemu semula setelah hampir 22 tahun tidak bertemu. Lokasi kami bertemu adalah di kampung Along iaitu di Lenggong Perak..Along dan isterinya serta Rahman dah menanti ketibaan abbe..Sampai saja Along terus peluk abbe erat erat dan wajahnya sangat gembira..Pekerja orang asli Along dulu dah pun ada yang jadi Tok Batin..


Along dah pun berhenti jadi kontraktor balak dan menumpukan pada kerja kerja pertanian di kampung termasuk memanjat pokok petai..Along ni memang tipikal kampung dan tak boleh hidup dibandar..


Pernah sekali Along pergi KL dan duduk rumah kawan dia di apartment tingkat 25 dan satu malam Along tak boleh tidur takut bangunan tu runtuh..Esok Along terus blah dari rumah kawannya..


Abbe terkejut bila dia cakap dia panjat pokok petai sendiri untuk ambil hasil hasil petainya dan dijual pada pemborong tanpa upah orang atau upah orang yang ada beruk..Abbe tanya kenapa tak upah orang yang ada beruk..Jawab Along pada abbe " Aku sendiri sudah macam beruk jadi tak perlulah upah beruk "..🤣🤣🤣🤣🤣🤣. 


Along ada 50 pokok petai yang besar besar dan beberapa puluh pokok durian kampung..Setiap kali naik pokok petai Along akan turunkan 4000 tangkai buah petai untuk dijual pada pemborong..Fuhh satu jumlah yang banyak juga tu untuk orang yang seumur Along..


Kebun durian Along yang ada tu dia beli dari seorang pakcik melayu yang dah lama dia kenal dan pak cik tu dah tak mampu lagi untuk jaga kebun sebab umur pakcik tu dah pun 80 tahun..


Apa yang bagus tentang Along ni walaupun kebun tu telah Along beli tapi anak anak cucu pak cik tu dibenarkan untuk ambik dan makan seberapa banyak pun durian dari kebun durian tersebut..Pada Along tak luak pun buah buah durian tu kalau dimakan oleh anak anak cucu orang tu malah rezeki kebun kebun Along lagi bertambah..


Selain dari berkebun Along juga pemborong ikan ikan sungai dari pencari pencari ikan sekitar Lenggong..Hampir 3 jam kami bertemu dan abbe minta diri dari Along untuk bergerak balik ke Kuala Lumpur..Bulan 7 nanti Along minta abbe  datang balik untuk masuk dusun durian Along dan makan durian puas puas..


MASIH GANTENG LAGIKAN WALAUPUN DAH BERUMUR..




Doktor Kabu Haim Hilman Abdullah retorik!


Syam Ghaz





Zaman PN berkuasa 33 bulan tak mampu pun nak banteras KARTEL RASUAH dalam ATM.


Hanya zaman Madani ja, kartel Rasuah ATM di HANCURKAN.


Semua orang tahu bertapa teruknya Rasuah dalam ATM, tapi hanya mampu cakap sahaja sebelum sebelum ini. 


Kalini kerajaan Madani pimpinan PMX Anwar Ibrahim tapau habis. PM walk the talk! 


Lepas ni Kartel dalam Polis menyusul, ex Supol Hamzah Zainuddin kini dikutip SPRM




NAK HERAN APA..PEMIMPIN KAKI FITNAH WALAUN KELAS BAWAHAN CAM DIA NAK IKUT SAPA LAGI ?

 


SEDEH DIA NI



Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh menang dalam rayuannya untuk mengketepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnahnya terhadap bekas ketua polis negara (IGP), Musa Hassan.




4 LORI.. SEKIQ PUN TAK LAYAK. APA LA OAS NI KOMAN SOANA..

 



MUHYIDDIN KEKAL UNDUR DIRI, PELUANG SUDAH TERBUKA UNTUK PAS TERAJUI PN


13 January 2026


Meskipun ada cubaan untuk memujuk dan mengekalkan Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN, mesyuarat MPT Bersatu malam tadi akur dengan hasrat bekas Perdana Menteri itu untuk berundur.


MPT Bersatu turut menghormati keputusan Muhyiddin untuk berundur itu kerana ia dibuat atas dasar prinsip dan tanggungjawab.


Dengan ketetapan itu bermakna kemungkinan Muhyiddin kembali menerajui PN tidak lagi berbangkit dan dianggap sebagai isu yang sudah selesai.


Mesyuarat PN dalam waktu terdekat ini hanya perlu mengesahkan perletakan Muhyiddin dan seterusnya melantik pengerusi yang baru.


Ketegasan Muhyiddin untuk kekal berundur, walau ada cubaan untuk memujuk, merayu dan menyatakan sokongan kepadanya, keteguhan hati beliau tentunya sesuatu yang boleh dipuji.


Ia memperlihatkan beliau seorang pemimpin yang berprinsip, tidak mudah goyah pendirian dan sentiasa mengota apa yang dikatanya.


Berikutan itu, PN kini perlu terus bergerak ke hadapan dengan segera mengadakan mesyuarat dan melantik pengerusi yang baru.


Sebagaimana disebut banyak kali sebelum ini, PAS sebagai parti terbesar dalam PN adalah paling layak dan sesuai untuk menamakan salah seorang pemimpinnya untuk menerajui gabungan itu.


Inilah masanya PAS harus yakin dan berani menampilkan keyakinan untuk menerajui PN, seterusnya membawa gabungan itu memenangi PRU16 akan datang.


Diulang sekali lagi, dalam keadaan sekarang di mana UMNO bermasalah dan PKR berpecah serta semakin tidak diyakini pengundi, PAS adalah satu-satunya harapan rakyat untuk menyelamat serta membawa hala tuju yang lebih baik bagi negara ini.


Disokong dan diyakini oleh majoriti pengundi Melayu serta meletakkan Islam sebagai panduan perjuangan, PAS kini ada peluang terbuka untuk membuktikan kemampuannya memimpin perubahan.


Menerajui PN adalah langkah pertama yang tidak seharusnya dilepaskan oleh PAS bagi membuktikan ia adalah parti yang tidak kurang kemampuannya dalam pentadbiran negara.


Setelah berjaya mentadbir empat negeri (sekarang tinggal 3), sudah sampai masanya PAS melangkah lebih gagah ke hadapan.


Takbirrrr….


Dalam pada itu, mesyuarat MPT Bersatu malam tadi tidak membincangkan langsung isu disiplin ahli-ahlinya, termasuk ura-ura pemecatan Hamzah Zainuddin yang heboh diperkatakan sebelum ini.


Barangkali disebabkan isu pemecatan Hamzah itu terlalu hangat diperkatakan, maka Bersatu memilih untuk tidak mahu membincangkannya.


Tetapi, semua ini tifak bermakna Timbalan Presiden Bersatu dan Ahli Parlimen Larut itu sudah selamat masa depannya.


Ini kerana  isu disiplin beliau masih lagi ada dalam fail Lembaga Disiplin parti  dan ia boleh diangkat semula pada bila-bila masa..


Oleh itu, Hamzah harus berhati-hati dan jangan sesekali leka diri.


Lagi pula, Muhyiddin hanya berundur sebagai Pengerusi PN, tetapi tidak pernah menarik diri daripada ingin menjadi Perdana Menteri sekali lagi dan pengikutnya juga masih berharap untuk beliau berkuasa semula. - ShahbudinHusin 13Januari2026.


https://shahbudindotcom.net/2026/01/muhyiddin-kekal-undur-diri-peluang-makin-terbuka-untuk-pas-terajui-pn/



PENYUMBANG TETAP PADA TAR SENIK MINTA SEMULA DUAIT.

 


Norshidah Md Daud


Nak tau jumlah sumbangan x susah pun



Tanya la nama dia sape

Check la kat bank statement 


Ada title Dr pun bodo 


Padan pandai menambah anak & mengemis je Mokhtar Bin Senik ni




DUA DUA MELAYU..LAGU MANA NAK OERINGAH MALAYA...WOIII..KIOK


 

TERKEJUT WEIIII.. PAPAGOMO JADI PENGERUSI PN


 

MB GANU TIPU RAKYAT

 


UMNO TAK KELAPAQ KUASA BERSAMA OAS.


 

AI BOLEH MENYERUPAI MANUSIA


 

YB SEBERANG JAYA BUAT PERANGAI.

 


Kartel tender Tentera Darat: SPRM reman 17 pengarah syarikat.

Shahrul Azwan








Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman 17 pengarah syarikat yang disyaki terlibat dalam rangkaian kartel tender perolehan Tentera Darat Malaysia (TDM).


Perintah reman selama lima hari sehingga 10 Januari ini terhadap kesemua suspek dikeluarkan oleh Majistret Ezrene Zakariah selepas permohonan dibuat oleh SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.


SPRM memaklumkan kesemua suspek terdiri daripada sembilan lelaki dan lapan wanita berusia lingkungan 20 hingga 60-an.


Mereka ditahan antara jam 8.30 malam hingga 11.30 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Putrajaya.


Siasatan awal mendapati kesemua suspek disyaki membayar wang rasuah kepada pegawai kanan TDM sebagai balasan untuk mendapatkan projek pembekalan dan penyelenggaraan dengan TDM.


Pengarah Kanan Bahagian Siasatan, Datuk Zainul Darus mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 16(b) Akta SPRM 2009.


Penahanan ini adalah susulan pendedahan terhadap mantan Panglima Tentera Darat yang direhatkan Jeneral Tan Sri Dato' Sri Mohd Hafizuddeain Jantan dan isterinya Puan Sri Datin Wira Hartiah binti Hamzah oleh aktivis dikenali sebagai Chegu Bard.


Pendedahan itu antara lain menunjukkan aliran masuk mencurigakan luar biasa tinggi bagi  pegawai kerajaan dan seorang suri rumah. #KartelTender #tenteradaratt #ptgmalaysia #contentmonetizationn #fbprofypjangkauansemuaorang #fbprofollowersemuaorang credit: nurhisyam mazlan




4 ADUN BARU ANGKAT SUMPAH. PAS YANG MELEPAS.


 Empat ADUN Bersatu Angkat Sumpah Exco Perlis














ARAU: Empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perlis di sini hari ini.


Majlis istiadat pelantikan dan angkat sumpah jawatan itu berlangsung pada pukul 11.30 pagi di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail di Istana Arau di sini.


Turut berangkat pada majlis tersebut, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Waris Yang Kedua Perlis, Syed Sirajuddin Areeb Putra Al-Haj Jamalullail.


Hadir sama, Menteri Besar, Abu Bakar Hamzah dan Speaker DUN, Rus’sele Eizan.


Antara ADUN Pas yang hadir mengikuti istiadat angkat sumpah itu terdiri daripada ADUN Sanglang, Mohd. Shukri Ramli; Muhammad Azmir Azizan (Santan); Razali Saad (Simpang Empat); Haziq Asyraf Dun (Beseri) dan Wan Badariah Wan Saad (Mata Ayer) serta ADUN Indera Kayangan dari PKR, Gan Ay Ling.


ADUN dari Bersatu yang dilantik sebagai Exco kerajaan negeri itu terdiri daripada ADUN Titi Tinggi, Izizam Ibrahim; Marzita Mansor (Sena); Megat Hashirat Hassan (Pauh) dan Wan Zikri Afhtar Ishak (Tambun Tulang).


Abu Bakar selaku Menteri Besar akan memegang portfolio Pentadbiran, Kewangan, Pelaburan dan Ekonomi, Tanah dan Sumber Asli, Pelancongan dan Seni Budaya, Infrastruktur dan Kemajuan Luar Bandar dan Keselamatan serta Hubungan Sempadan.


Izizam pula memegang portfolio Hal Ehwal Agama, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Kepenggunaan dan Sumber Manusia dan Modal Insan.


Selain itu, Marzita akan memegang portfolio Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pendidikan, Perpaduan dan Kebajikan serta Pembasmian Kemiskinan.


Megat Hashirat memegang portfolio Pertanian, Kesihatan, Keusahawanan dan Koperasi serta Alam Sekitar manakala Wan Zikri pula memegang portfolio Belia dan Sukan, Komunikasi dan Digital, Pengangkutan dan Sains, Teknologi serta Inovasi.


Tiga kekosongan jawatan masih belum diisi susulan Pas memutuskan untuk tidak menganggotai barisan Exco kerajaan negeri sebagai tanda solidariti kepada peletakan jawatan bekas Menteri Besar, Mohd. Shukri sebelum ini.


📸 : Pejabat SUK Perlis 

.

Artikel Penuh Di Ruangan Komen 🔽

.

Sumber : Utusan Malaysia

.

Teruskan Bersama Perlis Permai Untuk Berita Dan Info Semasa Negeri Perlis.

.

#PerlisPermai

#VisitPerlis

#VisitPerlis2026

#PakatMaiPerlis

#TahunMelawatPerlis




KIOK..NAK TIPU SAPA LA DIA NI

Zuki Zulkifli


 Kenapa gi delete kenyataan berkaitan KB Sentral yang ini...haha .

Kerajaan PAS Kelantan yang memerintah tu bodow .





Berat2 , berat telajok kena takir terr🤣🤣 . Nampak sangat atas darat lagi vodorr dari urat belikat . Guna penjawat awam seperti JKR demi pembohongan selagi boleh .


Cc https://www.facebook.com/share/1AMKnGNX4a/


Cc

https://www.facebook.com/share/1ATpBzEZMD/


Cc

https://www.facebook.com/share/1MiopDBUL8/




JANGAN BIAR MEREKA LEPAS



 The Samurai Attack


Ahhh…mapuh gi lah dio nok sakau duit, tak dok kena mengena pun dengan kita rakyat biasa. Tu kes berprofil tinggi biaq pi lah,pandai2lah SPRM settle”..


~PokMat Kuba.


Tu kata2 si PokMat Kuba sambil hirup kopi panas kat kedai kopi PokMat beruk.


Dia gini citer dia Pokmat weh..rakyat maroh pegawai besar kerajaan dok sakau duit..dok buat party yeay..yeay..tu bukan sebab dengki atau nak menyibuk,tapi atas sebab2 berikut :-


1️⃣ Hok duit dia sakau tu duit rakyat, bukan duit sendiri.


Gaji, projek, elaun dan apa bagai  itu semua datang daripada cukai & hasil negara.

Bila pegawai atasan sakau:

 • Sekolah rosak tak dibaiki.

 • Hospital sesak & alat tak cukup.

 • Jalan berlubang, banjir tak selesai.


Rakyat rasa: “Kami bayar, sek demo suka hati je kaut..?”


2️⃣ Pegawai tinggi sepatutnya contoh teladan kepada pegawai bawahan.


Orang berpangkat tinggi:

 • Ada kuasa.

 • Ada gaji besar.

 • Ada kemudahan.


Bila yang paling atas mencuri, mesejnya jelas:


“Kalau bos buat, kami yg bawah pun boleh buat.”


Ini rosakkan moral seluruh sistem.


3️⃣ Kesan langsung kepada kehidupan rakyat.


Rasuah bukan benda abstrak:

 • Harga barang naik sebab kos projek bocor.

 • Kualiti projek rendah sebab kontraktor kroni.

 • Bantuan tak sampai pada orang susah.


Akhirnya rakyat yang menanggung kesan, bukan si sakau.


4️⃣ Ketidakadilan yang menyakitkan hati

Rakyat biasa:

 • Salah parkir → saman.

 • Tak bayar cukai → disiasat.

 • Hutang PTPTN → dikejar.


Tapi pegawai besar:

 • Sakau juta-juta

 • Lepas bertahun baru dibicara

 • Ada yang lepas atau hukuman ringan.


Ini buat rakyat rasa undang-undang berat sebelah.


5️⃣ Mereka hidup mewah atas penderitaan orang lain.

Jam mahal, rumah besar, kereta mewah 

sedangkan:

 • Ada rakyat ikat perut,nak beli basikal bagi anak pun kena buat loan koperasi.

 • Ada penjawat awam bawahan kerja lebih masa tanpa ganjaran setimpal.


Rakyat nampak jurang itu, sebab tu marah.


6️⃣ Rasuah hancurkan masa depan negara.

Bila rasuah jadi budaya:

 • Pelabur takut nak masuk.

 • Anak muda hilang harapan.

 • Orang bijak lari ke luar negara.


Negara rugi jangka panjang, bukan setakat duit.


Haaa…situ duduk. Jangan dok jadi benok supo patat koli sangat gak PokMat kuba wehh!!!


Ekmin,

MatYoeCino


Sarikata :-

Mapuh = mampus

Kuba = kerbau

Sakau = rompak

Benok = bodoh sombong

Patat koli = bawah kuali