Azira Aziz 861013565954 Marwan 951115106133 Md Ashraff 920229086693 Ahmad Nazrin 900810086859 Sidiqin Omar 821001 01 6505 Jay Jay Denis 930505106099 Merico 850920146135 Mohammad afiq arif 900831085169 Muslim aqil 940102_14_5041 Mohamad Khomaimei bin mansor 871208065545 Amir hadiri bin Abd Hadi 910620146637 Tan Kar Hing 820504145443 Afzainizam b. Abdul Rahman-810301-14-5567 Chang Lih Kang 801023-08-5781 Nashita Md Noor 660212025570 Asiah bad Latif anak kepada Nashita, 14 tahun Valerian Mohan Das a/p Chandra Mohan, 850203146028 Rozan Azen Mat Rasip 771208-14-5061 Er Teck Hwa 721217015001 Annie ooi Siew lan 460124025320 Sylvester Lenin de Silva 601121016265 Noor rashid bin Amirdin 861130305107 Fong mei li 641104075622 Saw Hock Hin 500526075367
Info terkini...PAS Cawangan Bkt Permai DUN Teratai dlm Parlimen Pandan
dibubarkan semalam. Ketua Cawangan dan semua AJK isytihar keluar parti
masuk GHB.
Program GHB di Besut, Tganu SEMALAM. Tok ada kat celah2 tu sibuk buat
rakaman utk nk tunjuk kat guru tok agar puak2 jebon ni dipecat segera,
kalau guru tok berani lah. Saksi ada lebih dua org ni....
PRESIDEN PAS SENDIRI PERNAH MENYURUH MEREKA YANG TIDAK BERSETUJU DENGANNYA TUBUH PARTI BAHARU
Greenboc
Gerakan Harapan Baru (GHB) yang diumum baru-baru ini membuatkan mereka
menjadi sasaran tembakan peluru PAS. Pimpinan PAS menyerang mereka
bertubi-tubi samada dalam ceramah, mahupun blog dan media sosial.
Dalam banyak-banyak serangan, saya simpulkan peluru yang digunakan
adalah berupa serangan psikologi dengan menggelar GHB ini sebagai
kumpulan orang kecewa kalah pemilihan.
Serangan psikologi ini diasak dan disalut dengan dalil yang sedap
didengar, tajam menikam, panas berapi - membuatkan ahli dari ceruk
kampung tidak akan mendekati kumpulan ini.
Apa sebenarnya yang pimpinan PAS mahu? Sebenarnya tidak perlu sindir,
tidak perlu serang. Biarlah GHB tubuh parti baru. Tidak perlu pecat,
mereka akan gugur keahlian dengan sendiri jika menubuhkan parti baharu.
Sepatutnya
pimpinan PAS bersyukur kerana orang yang mereka singkir itu benar-benar
hilang daripada PAS. Lega bukan? Tapi sebaliknya, pemimpin PAS
terjerit-jerit serang psikologi seolah-olah tak mahu mereka keluar
daripada PAS.
Apakah PAS mahu mereka terus berada dalam parti supaya psikologi mereka
boleh didera secara halus? Jika tidak suka, biarkan mereka. PAS patut
buat kenduri macam Ibrahim Ali. Syukur kerana jebon-jebon dah lari.
Perlu diingat, kamu gunakan serangan psikologi "orang kecewa kalah pemilihan". Walhal saya beranggapan mereka bukanlah memilih GHB kerana tewas pemilihan. Tetapi mereka tidak boleh terima cara pemilihan yang dilakukan.
Pemilihan itu bukan sekadar hari Muktamar. Semua orang tahu, berbulan-bulan
sebelum Muktamar, mereka digelar sebagai jebon, munafik haraki,
macai-DAP, geng liberal dan sebagainya. Mereka dicaci, disindir,
diherdik sesuaka hati. Malah siap berdalil aqli dan naqli. Bukan itu
saja, mereka diasak dengan persepsi untuk menjatuhkan presiden.
Hasil cacian dan makian itu meresap masuk ke dalam minda perwakilan dan akhirnya diterjemah melalui pemilihan. Malah pencalonan Ustaz Ahmad Awang memberi bonus kepada kempen "menghapuskan orang yang mahu jatuhkan presiden".
Siapa tidak terasa. Kamu beri contoh Ustaz Hassan Syukri yang tewas tapi
tetap istiqamah dengan PAS. Adakah Ustaz Hassan dimaki dan dicaci
sebagai jebon dan munafik haraki sebelum pemilihan? Tunjukkan siapa yang
terus istiqamah selepas dilabel begitu?
Ustaz Nasharudin Mat Isa pun terbarai akibat serangan "UG UG UG" dan
serangan "agen Umno" yang menyaksikan beliau tewas kepada Mat Sabu. Ke
mana Ustaz Nasharudin selepas itu? Hilang daripada peta politik PAS.
Kecewa dan membawa diri, bukan kerana kalah semata, tetapi kalah kerana
hati terluka akibat dicaci maki. Itu sebab dia seorang. Kalau dia
seramai 20 orang, dah lama dia gerakkan G20 versi dia sendiri.
Pemimpin PAS perlu muhasabah, kenapa mereka mahu menyerang GHB. Saya
terbaca tulisan Dr Zuhdi yang penuh fakta dan kaji selidik, berdalil
bagai. Tetapi saya tidak nampak semua hujah itu terkena kepada kumpulan
GHB itu. Sekadar andaian dan tuduhan tidak berasas.
Ya, orang kampung, pembaca harakah cetak, para penyokong bawahan yang
kurang maklumat, pasti bersertuju dan hadam habis tulisan Dr Zuhdi itu.
Tapi orang yang keluar daripada momokan dan doktrin halus, mereka tidak
akan menerima dakyah sedemikian. Jika tidak suka dengan GHB sekalipun,
bukanlah tulisan Dr Zuhdi itu hujahnya.
Saya antara orang yang tidak bersetuju penubuhan GHB. Tetapi saya tidak
menolak penubuhannya kerana mereka yang mahu menubuh GHB lebih tahu apa
yang mereka perlu buat. Mereka merasai keperitannya dihalau secara clean
sweep.
Berbalik kepada serangan psikologi pemimpin PAS, saya rasa lebih baik
PAS diam sahaja dan biarkan mereka bergerak mengikut haluan mereka. PAS
sudah halau mereka, maka usah sedih dengan kehilangan mereka. Tidak
perlu serang mereka dengan label pengkhianat, jebon dan munafik haraki
lagi.
Semua itu hanya akan mendatangkan simpati kepada mereka dan backfire
kepada PAS. Bukankah PAS yakin dengan kekuatan sendiri dan sudah bersih
daripada unsur-unsur jebon yang mahu jatuhkan presiden? Mereka tidak
akan mampu tarik ahli PAS yang setia. Yang tidak setia kepada PAS, buka
jalan keluar kepada mereka, usah ditangisi, usah dirindui. PAS akan
bersih. Buat kerjalah dengan senang hati. Biarkan mereka, usah meroyan
pula.
Jawapan Kepada Soalan Yang Ditanya Berhubung Harapan Baru
Saya telah menerima beberapa soalan berhubung Harapan Baru dan
kesannya terhadap hala tuju politik Negara. Saya telah berjanji untuk
menjawabnya melalui blog saya kerana saya berpendapat bahawa ianya turut
bermanafaat kepada masyarakat ramai selain yang bertanya.
Soalan 1
“Bagaimana pembahagian kerusi pada PRU 14 akan datang dan seterusnya?
Jika berlaku pertembungan 3 penjuru (PAS, UMNO dan parti baharu) siapa
akan menang?
Pembahagian kerusi akan bergantung kepada suasana sebelum PRU 14. Terdapat 3 kemungkinan.
Pertama, PAS bersama PR 2.0. Dalam keadaan ini pembahagian kerusi boleh
dirunding kembali. Mungkin PAS di Pantai Timur dan Harapan Baru (HB) di
pantai barat? Perlu tunggu dan lihat. Adakah mungkin PAS kembali
berdamai dengan DAP dan Harapan Baru?
Kedua, PAS bersendirian dan HB bersama PR 2.0. Ini akan menghasilkan 3 kemungkinan lagi.
Kemungkinan 2(a): Diadakan persefahaman politik antara PAS dan PR 2.0
dan dengan itu maka kembali kepada keadaan seperti kemungkinan pertama.
Kemungkinan 2(b): PAS bersendirian, tiada persefahaman politik dengan
mana-mana pihak. Maka berlaku tiga penjuru seperti yang diinginkan oleh
PJ PAS Perak apabila disebut PAS Perak akan bertanding kesemua 59 kerusi
DUN Perak. Maka rakyat perlu pilih antara BN, PR 2.0 atau PAS.
Kemungkinan 2(c): PAS mengadakan persefahaman politik dengan BN dan
dalam keadaan itu rakyat perlu pilih di antara BN/PAS dan PR2.0.
Ketiga, PAS bersama BN. Maka keadaan kemungkinan 2(c) seperti di atas akan kembali merupakan pilihan.
Sekiranya berlaku 3 penjuru, maka rakyat kena bijak apabila memilih
antara calon parti yang ingin menang dan membentuk kerajaan menggantikan
BN dan calon yang bertanding “hanya demi keredhaan Allah, kalah pun
tidak mengapa”. Maka yang bertanding demi keredhaan Allah, kalah pun
tidak mengapa; insyaAllah tercapai matlamat mereka dengan hanya sekadar
bertanding. Oleh itu, tidak perlu undi mereka dan undi pihak yang ingin
menang dan menggantikan kerajaan BN. Maka dengan itu kedua-dua pihak,
iaitu PAS dan HB mencapai matlamat mereka masing-masing. Satu sekadar
ingin bertanding demi keredhaan Allah dan satu lagi pihak bertanding
untuk menang demi keredhaan Allah.
Siapa akan menang? Bergantung pada kefahman rakyat dan betapa kuatnya
keinginan rakyat untuk menggantikan BN. Kalau keinginannya kuat,
mengatasi segala yang lain, maka PR 2.0 akan dimenangkan. Lebih-lebih
lagi apabila disedari bahawa jika dimenangkan PAS sekalipun, terdapat
kemungkinan PAS akan bersama BN untuk tubuh kerajaan seperti pernah
dicadangkan pada 2008 dan semasa krisis MB Selangor.
Soalan 2:
“Apakah probabiliti yang tidak akan wujud parti baharu lain jika
sekiranya wujud serpihan yang tidak puas hati pula dengan performance
parti baharu A pada pilihanraya seterusnya?”
Kemungkinan itu akan sentiasa wujud. Terpulang pada pihak yang terlibat.
‘Serpihan B’ dari PAS pun boleh berlaku bukan sekadar serpihan dari
parti baharu A. Namun akhirnya terpulang pada rakyat samada untuk
menyokong atau tidak.
Kalau sekiranya parti ‘serpihan B’ dapat sokongan mengatasi parti
‘serpihan A’ dan PAS, dan selepas itu mereka memberi khidmat yang baik;
maka satu hari kelak mungkin juga ‘serpihan A’ atau PAS sendiri akan
bungkus. Tiada yang kekal kecuali Allah.
Namun kebiasaannya parti serpihan tidak akan menerima sokongan kecuali terdapat sebab dan alasan kukuh di atas penubuhannya.
Soalan 3:
“Apa value added parti baharu ini kepada gabungan baharu nanti
seperti dulu PAS menjadi value added kepada Pakatan Pembangkang tahun
1990 dulu?”
Tahun mungkin tidak betul, bukan 1990 yang dimaksudkan? Masa itu PAS
bersama Semangat 46 iaitu Angkatan Perpaduan Ummah (APU). Atau itu yang
dimaksudkan? Namun soalannya difahami walau apa pun.
‘Value addednya’ adalah terbentuknya satu gabungan yang benar-benar
ingin berkerjasama dan memerintah atas dasar dipersetujui bersama atau
‘common policy framework’. Dasar dipersetujui bersama merujuk kepada
dasar yang akan dilaksanakan sebagai kerajaan. Namun, adanya dasar yang
dipersetujui ini tidak menghalang setiap parti bergerak di tengah
masyarakat membawa agenda khusus parti berkenaan atas nama parti
masing-masing.
Keadaan sebegini di mana usaha kerjasama dilakukan secara
bersungguh-sungguh dan jujur tidak pernah wujud semasa PR bersama PAS.
Dari awal PAS kelihatan teragak-agak seolah-olah berada dalam satu
gabungan yang tidak begitu diingininya. Ingat kembali pengalaman dengan
Dr. Hassan Ali. Mungkin terpaksa atas sebab hujjah yang dibawa ‘golongan
progressive’, atau HB sekarang, yang tidak dapat dijawab sejak dari
dulu.
Oleh itu keberkesanan gabungan PR tidak dapat dibuktikan dengan sejelas
yang diinginkan atas sebab ketiadaan kommitmen 100% dari PAS. Namun
begitu, bertambah kerusi juga di Selangor!
PR Selangor wajar dijadikan bukti untungnya PAS melalui PR. Dasar yang
dilaksanakan oleh kerajaan Negeri dipersetujui bersama. Sambil itu PAS
bergerak di tengah masyarakat membawa kefahaman Islam dan perjuangannya.
Masjid dan Surau dibuka luas dan diberikan kebebasan untuk PAS
memberikan kefahaman kepada ummat Islam berhubung perjuangan Islam.
Malangnya dipersia-siakan peluang ini oleh sebahagian penceramah yang
lebih giat memburukkan individu tertentu yang tidak disenangi. Sedangkan
dengan itu PAS untung dari dua sudut. Pertama, sebahagian dasar yang
ingin dilaksana terlaksana, sebagai contoh, bantuan kepada sekolah
tahfiz. Kedua, pada masa yang sama kebebasan bergerak sepertimana yang
tidak sanggup diberikan BN telah turut dinikmati.
Malangnya kelebihan ini seolah-olah tidak disedari pimpinan utama
walaupun disebut dan dinyatakan berulang-kali oleh PAS Selangor sendiri.
Akhirnya hubungan dengan DAP serta PKR tetap dikucar kacirkan dan
terjadilah apa yang telah terjadi.
Soalan 4:
“Adakah wujud Baiah sehingga menceraikan isteri sebagaimana laporan
Malaysiakini?”
Ya, Baiah itu ada. Pada 2008 hampir semua negeri mengamalkannya. Pada
2013 hanya Kelantan sahaja yang kekal dengan baiah tersebut.
Saya difahamkan ianya mula diamalkan pada 2006 atau 2007 apabila PAS
tinggal majoriti hanya 1 kerusi setelah kalah dalam Pilihanraya kecil.
Pada asalnya ada majoriti 3 kerusi tetapi apabila sudah kalah
pilihanraya kecil tersebut maka kerusi PAS kurang satu dan kerusi
UMNO/BN bertambah satu. Sebagai contoh kalau asalnya 25 PAS dan 22
UMNO/BN, maka apabila PAS kalah 1, maka PAS tinggal 24 kerusi DUN
sahaja. UMNO/BN pula tambah satu maka dari 22 menjadi 23 kerusi DUN.
Bezanya hanya 1 kerusi ADUN.
Dalam keadaan itu, dengan penuh kekhuatiran bahawa UMNO akan cuba beli,
ugut dan sebagainya supaya sekurang-kurangnya seorang ADUN PAS akan
lompat, maka demi menyelamatkan kerajaan PAS Kelantan, TGNA memanggil
kesemua ADUN PAS untuk berbaiah dengan baiah ini. Kekhuatiran PAS pada
ketika itu sememangnya berasas. Soal beli calon dianggap amalan biasa
pihak UMNO/BN.
Malangnya selepas suasana yang dianggap cemas dan darurat itu sudah
tiada lagi, baiah itu terus dikekalkan. Tetapi untuk negeri-negeri lain
ianya dibuat tahun itu sahaja dan hasil teguran dan nasihat dalaman
sendiri, ianya tidak lagi diamalkan pada 2013. Kecuali di Kelantan.
Soalan 5:
“Apa perbezaan ketara GHB dan PAS yang memberi keyakinan kepada saya untuk tukar tanpa ragu wadah saya?”
Sebenarnya Harapan Baru sahaja iaitu HB dan bukan GHB. Perbezaannya
adalah pendekatan. Asas perjuangannya insyaAllah sama, iaitu Islam.
Tetapi dalam soal pendekatan HB akan berusaha untuk lebih terbuka dan
jujur dalam berpakat tetapi tanpa menggadaikan prinsip Islamnya. Tidak
akan cakap lain tetapi buat lain, mungkir janji dan istiqamah tidak
hadir mesyuarat. HB ada menunjukkan keinginan bersungguh-sungguh untuk
menang dalam PRU 14 bersama PR 2.0 dengan penuh keyakinan kemenangan itu
boleh dicapai bersama keredhaan Allah. Juga tidak berpegang kepada
kepercayaan khurafat bahawa hanya UMNO/BN boleh memerintah dengan
membela nasib Islam dan ummat Islam. Adalah diyakini bahawa insyaAllah
PR 2.0 yang HB bersamanya akan menguntungkan perjuangan Islam dan
ummatnya dengan lebih baik lagi dan oleh itu HB tidak ‘takut dengan
kemenangan’ (fear of success).
Secara ringkasnya HB berpegang teguh dengan konsep Islam sebagai
1. Rahmatan lil ‘alamin, iaitu rahmat untuk seluruh alam bukan untuk orang Islam Melayu sahaja,
2. Politik Islam adalah politik li ta’arafu iaitu untuk berkenalan dan berbaik-baik bukan untuk mengadu domba antara kaum,
3. Matlamat politik Islam ‘li yaquman nasu bil qist’ iaitu untuk manusia
menegakkan keadilan sesama manusia secara keseluruhannya dan bukan
sahaja untuk Melayu Islam, dan
4. Politik Islam adalah politik amanah dan berpegang pada janji walaupun
dengan yang bukan Islam. Rujuk kisah Hudaibiyyah dan ayat 94 Surah
An-Nahl serta tafsirannya.
Walaupun PAS akan cuba menyatakan bahawa mereka sama sahaja, tetapi itu terpulanglah kepada rakyat untuk membuat penilaian.
Soalan 6:
“Apakah yang dimaksudkan YB bahawa PAS telah terkeluar dari Baiahnya sendiri?”
Sefaham saya, baiah ini adalah di antara dua pihak. Satu yang
memberi dan satu lagi menerima. Kedua-dua pihak ada tanggung-jawabnya
terhadap satu sama lain. Dalam konteks baiah yang dilakukan sebagai
calon PRU 13, ianya adalah untuk melakukan tugas tertentu, iaitu menjadi
calon dalam PRU ke 13 sebagai calon PAS. PAS pula menurunkan calonnya
sebagai sebahagian dari Pakatan Rakyat iaitu gabungan PKR, DAP dan PAS.
Dalam kempen yang dilakukan semua calon PAS memanafaatkan manifesto PR,
bercakap atas nama PR dan berkempen bersama rakan PR. Undi yang
diperolehi sebahagiannya adalah atas sebab PAS bersama PR.
Oleh itu apabila membuat baiah sebagai calon PAS, semua memahami bahawa
hubungan PAS dan PR, lebih-lebih lagi di Selangor di mana PR memerintah
bersama. Ini bererti sambil calon ada baiah dengan PAS dan PAS juga
berjanji (atau baiah) dengan PR. Dan janji PAS dengan PR diketahui dan
dipersetujui semua calon. Janji PAS dengan PR inilah yang telah lama
dilanggar seperti kes Kota Damansara, pil kuda, MB Selangor serta lain
lagi dan akhirnya mengambil bentuk rasmi mutakhir ini. Ini menjadikan
baiah calon juga yang telah bersetuju dalam konteks dan suasana
terdahulu turut tercabar keabsahannya.
Namun demikian saya bersetuju bahawa sekiranya baiah tersebut ingin
dilanggar maka perlu yang melanggarnya beristighfar dan membayar
kaffarah. InsyaAllah sekiranya ianya dilakukan demi yang kebaikan Islam,
Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengampuni.
Soalan 7:
“Bagaimanakah GHB nak atasi persepsi GHB ‘anjing DAP’ untuk meraih undi pengundi luar bandar?”
Persepsi ini akan diatasi melalui kata-kata dan tindakan.
Hakikatnya persoalan perlaksanaan sistem perundangan Islam, termasuk
hudud, tetap ada dalam matlamat perjuagan Harapan Baru (HB). Hanya
pendekatan ke arah perlaksanaannya adalah jauh berbeza di mana
kebergantungan kepada UMNO tidak merupakan sebahagian dari strateginya.
Sebenarnya inilah yang membezakan sikap pengasas HB dan PAS. Pengasas HB
menganggap UMNO hanya memperalatkan hudud untuk memecah-belahkan PR.
PAS berkeyakinan UMNO ikhlas sehingga sanggup memecahkan PR demi
mendapatkan bantuan UMNO supaya hudud terlaksana. Siapa betul perlu
dinilai sendiri oleh semua.
Kedua, terdapat pimpinan PAS yang beranggapan orang Melayu tidak mahu
pada PAS kerana PAS bersama DAP di dalam PR. Kenyataan ini meyakinkan
saya bahawa pimpinan tersebut telah termakan dengan propoganda UMNO/BN.
Oleh itu usaha ‘bergaduh’ dengan DAP dan mengeluarkan DAP dari PR
dilakukan mereka. Sedangkan statistik menunjukkan sokongan Melayu dan
bukan Melayu terhadap PAS telah bertambah apabila bersama PR. Amat
malang apabila terdapat pimpinan terpengaruh dengan kata-kata UMNO/BN
dan MKN. HB menganggap DAP sebagai rakan dan asset, pimpinan PAS melihat
mereka sebagai musuh dan liabiliti. Bagaimana untuk selaras?
Maaf kalau tidak sempat menjawab semua soalan. Terlalu banyak.
InsyaAllah ianya akan turut dijawab oleh website HB apabila ianya siap
dan dilancarkan.
WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD
Video 25 Minit Temubual dengan USTAZ HASRIZAL ABDUL JAMIL (SaifulIslam.com) berkenaan #HarapanBaru oleh Ali Abu.
Antara Soalan ditanya:
1. Siapa calon PM Harapan Baru?
2. Isu Mat Sabu & Syiah.
3. Isu DAP & Harapan Baru
4. Isu title Yb PAS yg mahu ke Harapan Baru
5. Pertembungan/pertandingan 3 penjuru Vs 1 lawan 1
6. Isu bai'ah cerai isteri talak 3
7. Isu hudud & Harapan Baru
8. Pandangan mengenai isu krisis MB Selangor tahun 2014
9. Anwar Ibrahim & Harapan Baru
10. Pakatan Rakyat & Harapan Baru
11. Tun Mahathir & Harapan Baru
PRESIDEN PAS SENDIRI PERNAH MENYURUH MEREKA YANG TIDAK BERSETUJU DENGANNYA TUBUH PARTI BAHARU