Mahkamah perintah polis, kerajaan Malaysia bayar Pengerusi Anak RM370,000

Mahkamah perintah polis, kerajaan Malaysia bayar Pengerusi Anak RM370,000

October 23, 2013

Mazlan Aliman (baju oren) bersama peguam dan penyokongnya selepas mahkamah membenarkan tuntutan samannya terhadap kerajaan atas kes salah tangkapan. Gambar dari Facebook Mazlan Aliman.

Hakim Datuk Akhtar Tahir dalam keputusannya mendapati polis bersalah membuat tangkapan terhadap Mazlan dalam kes Felda Lembah Klau, Raub, Pahang.

Akhtar memerintahkan kerajaan Malaysia membayar Mazlan RM300,000 bagi ganti rugi am dan ganti rugi teladan (RM50,000) serta kos mahkamah (RM20,000).

Polis menangkap Mazlan yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat di Felda Lembah Klau, Raub pada 18 Ogos lalu.

Sehubungan itu, Mazlan melalui peguamnya menyaman polis dan kerajaan Malaysia atas dakwaan membuat tangkapan salah dan memalukannya.

Mazlan diwakili peguam Wan Rohimi Wan Daud.

-tmi

Syarikat Jepun tak jadi ambil alih hutang NFC