ADA INSURAN ATAU TAK ADA NIH....






 Pernah kereta aku dilanggar dari belakang. Malangnya orang yang langgar tu cukai jalan dan insurans dah tamat tempoh, jadi tak boleh nak claim. Nak tak nak terpaksa buat sendiri.


Beribu jugalah kopak. Tapi apa nak buat? Tak bikin tak jalan pulak. Dah la nak raya masa tu.


Sayangnya aku tak tahu kalau kereta kemalangan, nak rwpair boleh minta derma je. Kalau tahu masa tu, aku dah merayu kat FB. Rasa rugi pulak tak buat macam tu masa tu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


APA PUN KABINET NI BUAT KERJA DAN TAK RASUAH DAN MAKAN GAJI BUTA

 

Rombakan kabinet dah diumumkan. Macam aku tulis sebelum ini, itu semata-mata hak PM. Tak semestinya ditukar kementerian kerana tak perform. Mungkin juga kerana ada orang lain yang difikirkan boleh buat kerja yang lebih baik.


Selain daripada itu, walaupun lantikan kabinet ini hak prerogatif PM, tapi ini Kerajaan Perpaduan. Dah pasti PM perlu mendapat pandangan daripada pengerusi gabungan parti dalam kerajaan. Dah tentu setiap parti ada kuotanya.


Selamat kembali Dr. Dzul. Aku tahu Dr. Dzul ni orang yang kuat bekerja. Tapi harapnya tak ulangi kesilapan masa 22 bulan dulu, jadikan rakyat sebagai musuh. Boleh faham kalau dia benci rokok tapi bukan sampai jadikan perokok sebagai musuh.


Harap Dr. Dzul boleh lebih matang kali ini. Jangan lupa tindakannya memberi impak secara langsung kepada kerajaan dan PMX. Jangan sampai PMX kena balun sebab dia. Negara ini amalkan demokrasi dan kerajaan perlukan populariti.


Gobind Deo, yang aku dengar sebenarnya banyak buat kerja masa 22 bulan dulu. Tapi aku dengar lepas dia dah tak jadi menteri. Sebab masa jadi menteri, satu hal yang dia paling gagal adalah uar-uarkan kerja yang dia dah buat.


Dengan Gobind sebagai Menteri Digital, rasanya Fahmi boleh tumpukan kepada kerja penerangan. Bolehlah pusatkan perhatian pada kandungan media sosial kini terutamanya TikTok yang menjadi medan fitnah oleh puak pembangkang 


Secara keseluruhan, aku rasa barisan kabinet kini lebih baik. Perlantikan Armizan sebagai Menteri KPDN juga tepat kerana dia telah memangku tugas tersebut untuk beberapa bulan selepas pemergian Allahyarham DS Salahuddin Ayub.


Pembangkang macam biasa tetap akan ada bunyi tak puas hati. Apatah lagi Hadi tak dilantik duta khas, nak puas hati macamana? Tapi kalau dibanding dengan kabinet PN dulu, waima Kabinet Bayangan sekali pun, jelas kabinet ini lebih hebat.


Biarkan pembangkang terus meroyan. Selain daripada meroyan, apa lagi yang boleh dorang buat? Masa jadi menteri dulu jadi pasu. Sekarang ni boleh pulak nak banyak komen. Komen pulak macam dia dulu hebat sangat buat kerja. Padahal masa dia la rakyat paling teruk menderita. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


Berita paling panas hari ini ialah rombakan Jemaah Menteri.









Saya pun panas juga seharian, tapi sebab bersama-sama peserta IPR INTAN di Tanjung Rambutan, Perak.


Ladang pertanian moden ini dibuka berdekatan dengan Hospital Bahagia memanfaatkan tanah kerajaan yang tidak digunakan sebelum ini.


Ini konsep yang kami perkenalkan untuk memberi peluang kepada lebih ramai B40 dan miskin tegar menjana pendapatan mampan bulanan melalui pertanian moden. Kami kenal pasti tanah-tanah kerajaan yang tidak digunakan untuk dibuka kepada orang ramai.


Saya lebih gembira melihatkan bahagianya semua yang terlibat mengusahakan IPR INTAN setakat ini – dari penerima, jurulatih pertanian, pegawai-pegawai kerajaan sehinggalah pembeli.


Terima kasih kepada semua pihak yang terbabit dan Kerajaan Negeri Perak yang banyak membantu membuka jalan kepada kami.



HISAP ROKOK DI KEDAI MAKAN TAK PEDULI ORANG

 

Tahniah Dr Zul..Abih mengelepar laa walaontaikunta & lebai2 #pas jahat lagi degil yg merokok kat kedai makan lepas niii 🤣..



ADAKAH MP PAS YANG AKAN KENA KAPIAQ





 Hashim Jasin kata, kalau sokong DS Anwar, automatik kena pecat. Jadi aku harap ada la MP PAS yang berani sokong DS Anwar. Sebab aku nak tengok PAS sanggup pecat ke tidak.


Sebab ikut Akta Anti-Lompat Parti, kalau dipecat dari parti tak hilang kerusi. Maknanya tak perlu pilihanraya kecil. Tapi bila MP tu jadi bebas, kerusi PAS yang jadi makin kurang.


Itu yang aku nak tengok. Sanggup ke PAS kalau kerusi jadi kurang? Yang aku tahu PAS ni memang kemaruk nak tebuk atap. Kalau kurang kerusi, makin la susah nak tebuk atap.


Lagi pun kita semua kenal PAS. Jenis cakap berdegar. Tapi tindakan hampeh. Cakap je nak pecat. Kalau betul jadi, dia keluarkan dalil macam-macam nak bagi halal tak pecat.


Demikianlah PAS. Kalau pemimpin PAS la yang beri amaran, tak payah nak risau la. Setakat cakap je tu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


MACAM NI JE LEVEL MENTERI?




Rafizi Ramli


Selepas setahun diberi amanah menjadi Menteri Ekonomi, alhamdulillah beberapa keputusan penting untuk menstrukturkan ekonomi bagi jangka masa panjang telah dibuat.


Keputusan-keputusan ini sukar untuk dibuat dan sukar untuk dilaksana, sebab itu keputusannya tergendala sebelum ini.


Contoh yang paling baik ialah reformasi bantuan sosial ke arah mewujudkan sistem perlindungan sosial yang universal. Kemampuan kerajaan menambahbaik sistem bantuan sosial kepada mereka yang memerlukan bergantung kepada maklumat penerima.


Tidak cukup dengan maklumat nama dan tempat tinggal, kerajaan memerlukan maklumat yang tepat tentang keadaan sosio-ekonomi setiap keluarga. Tanpa pangkalan data ini, berapa banyak peruntukan dibelanjakan pun, ia belum tentu dapat memenuhi sasaran sistem bantuan sosial.


Sebab itu saya fokuskan kepada satu pangkalan data menyeluruh ke arah itu. Setelah penjawat awam dari seluruh jabatan kerajaan bertungkus lumus sejak Mei 2023, Insya Allah sistem Pangkalan Data Utama (PADU) akan dibuka kepada orang ramai untuk validasi bermula Januari ini.


Begitu jugalah dengan beberapa keputusan dasar yang lain. Tahun 2023 memberi tumpuan untuk mencapai sepakat keputusan-keputusan penting yang tertangguh oleh pentadbiran-pentadbiran lalu. Bermula 2024, pelaksanaan dasar-dasar menyeluruh ini akan mula dirasai dan difahami oleh rakyat.


Itu akan memberi sedikit masa terluang kepada saya untuk menumpukan kepada satu lagi tugasan penting: memberi pencerahan untuk melawan propaganda pembodohan oleh pembangkang.


Politik ialah persaingan. Parti-parti politik bersaing untuk meyakinkan rakyat dan ada pelbagai cara untuk bersaing.


Pembangkang sekarang memilih untuk membodohkan rakyat dengan mainan sentimen perkauman, menolak fakta dan mengalihkan pandangan rakyat dari perkara sebenar.


Tujuan mereka ialah supaya rakyat berterusan mengeluh dan menolak fakta-fakta yang ada di depan mata mereka.


Itu hak mereka untuk memilih strategi masing-masing.


Sebagai salah seorang pemimpin PH dan kerajaan, menjadi tanggungjawab dan hak saya untuk melawan usaha pembodohan rakyat demi kuasa ini.


Sebelum ini, saya tidak terlalu memberi perhatian untuk menjawab kerana saya tumpukan sepenuh masa untuk memastikan keputusan-keputusan dasar penting dibuat untuk menambahbaik struktur ekonomi negara.


Bermula sekarang, saya akan fokus juga kepada usaha memperbaiki komunikasi kementerian saya dan kerajaan keseluruhannya, termasuklah menjawab kebodohan.

Sebahagian dari caranya ialah dengan menunjukkan kebodohan hujah pembangkang.


Saya tahu ada penyokong pembangkang yang akan melenting. Bila mereka tidak boleh menjawab, alasan yang selalu diberikan ialah “ini bukan kerja menteri”, atau “ini je level menteri” dan yang sama waktu dengannya.


Itulah reaksi mereka bila menteri mula menjawab.


Saya diajar beberapa perkara asas – kalau ada yang memukul secara tidak adil, jangan teragak-agak untuk pukul balik.


Ini masa untuk memukul balik siri pembodohan Perikatan Nasional.



ISTIDRAJ DALAM BERBAGAI UJIAN-TERUK SANGAT NI...APA PUNYA INSURAN...LEKEH NGAT

 

Apa la masalah teknikal sampai tak leh claim insurans tu? 🙉🙈




BILA HATI TELAH HITAM.

 

Bila hati dah hitam memang 24 jam kena kutuk orang yer ustaz petir 🙄


Kereta rosak pun nak mintak derma...tak malu ke 😝






TERCAIDUK


W. Faudzin


 Seekor naga buntal akhirnya mengaku kerajaan madani ini adil.  Itulah hikmahnya kejadian ini kan? Malangnya epal tetap masam.  Jalan cerita pun tetap fitnah.



Lantik Amir Hamzah Menteri Kewangan II, PM fokus kukuhkan ekonomi

 



Oleh: Helmi Mohd Foad


ANALISIS: Dalam rombakan Kabinet yang diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pagi tadi, soal pelantikan Menteri Kewangan II sudah tentu menjadi topik paling banyak dibincang dan menjadi tumpuan.


Apakan tidak kerana sejak berbulan-bulan lamanya pelbagai pandangan diutarakan sama ada di peringkat akar umbi dan juga sidang Parlimen, soal kedudukan Menteri Kewangan menjadi perkara utama.


Banyak pihak menganggap seorang Perdana Menteri perlu melantik seorang Menteri Kewangan penuh bagi menumpukan soal pengurusan kewangan negara ketika keadaan ekonomi dunia yang mencabar.


Lonjak pacuan ekonomi negara


Sepanjang setahun mentadbir, Anwar telah memberikan tumpuan kepada soal tatakelola terutamanya dalam proses perolehan membabitkan kementerian-kementerian.


Beliau sempat membentangkan semula Belanjawan 2023 pada Februari dan Belanjawan 2024 pada Oktober lalu dengan tumpuan bagi mengurangkan defisit fizikal.

Dalam masa sama menyaksikan perbelanjaan yang besar terutama melibatkan sokongan sosial kepada rakyat termiskin. Anwar turut mahu pertumbuhan ekonomi tetap melonjak.

Sepanjang setahun lalu, Anwar ternyata telah berjaya memacu ekonomi negara dengan baik apabila angka pelaburan dan pertumbuhan yang baik dan inflasi menurun.


Malah dalam ucapan kepada staf Kementerian Kewangan sebelum mengumumkan rombakan Kabinet pagi ini, Anwar tetap mahu sistem perolehan terutama bagi pasukan keselamatan negara dipercepatkan kelulusannya.


Beliau mahu sistem perolehan juga melalui satu proses rombakan agar lebih telus pada masa akan datang.


Tokoh besar di KWSP


Justeru itu, apabila Perdana Menteri mengumumkan nama seorang teknokrat dilantik menjadi Menteri Kewangan II, ia sudah pasti selari dengan hasrat beliau agar pengurusan kewangan negara dapat dilaksanakan dengan lebih mantap.


Datuk Seri Amir Hamzah Azizan yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Kewangan II hari ini merupakan seorang tokoh yang tepat dipilih oleh Anwar memandangkan beliau mempunyai pengalaman besar terutama sebagai bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).


Perdana Menteri dalam sidang akhbarnya selepas mengumumkan rombakan Kabinet berkata, pelantikan Menteri Kewangan II tersebut dilakukan kerana beliau pasukan profesional yang kuat.


"Ini bagi memastikan kita berada pada landasan ekonomi yang tepat dan memberikan fokus kepada ekonomi dan tidak diketepikan atau terjejas akibat tekanan politik.


"Beliau (Amir Hamzah) juga telah menunjukkan cukup keupayaannya dalam menguruskan KWSP dengan cukup cemerlang dan dengan cara yang memuaskan," katanya.


Amir Hamzah merupakan anak sulung kepada Tun Azizan Zainul Abidin yang merupakan tokoh korporat Malaysia dan bekas presiden Perbadanan Putrajaya dan juga Presiden Petronas.


Pengalaman urustadbir ekonomi menyerlah


Beliau yang mengangkat sumpah sebagai Senator hari ini menyertai KWSP pada 2021 telah menunjukkan kepakarannya dalam menguruskan dana pencen terbesar dari segi pengurusan aset.


Selain itu, Amir Hamzah turut pernah menjadi Presiden dan CEO Tenaga Nasional Bhd (TNB) dari April, 2019 hingga Februari, 2021.


Kerjaya Amir Hamzah bermula dengan Shell Group of Companies selama 10 tahun dengan pelbagai kapasiti di Malaysia, Singapura dan United Kingdom.


Beliau menyertai MISC Bhd pada 2000 dan memegang beberapa portfolio pengurusan kanan sebelum dilantik sebagai Presiden dan CEO pada Januari 2009.

Pada Jun 2010, beliau dilantik sebagai Pengarah Urusan dan CEO Petronas Dagangan Bhd.


Pada Ogos 2012, Amir Hamzah menyertai Petronas Lubricants International sebagai Pengarah Urusan dan CEO Kumpulan, serta pada masa sama berkhidmat sebagai Naib Presiden (VP) bagi Pemasaran Hiliran dan seterusnya sebagai Naib Presiden Minyak Pelincir bagi Petronas Group.


Pada Mac 2016, beliau menyertai Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) untuk mengemudi syarikat penerima pelaburan, Icon Offshore Bhd sebagai Pengarah Urusan dan CEO.


Amir Hamzah kemudian dilantik sebagai CEO Themed Attractions Resorts and Hotel Sdn Bhd, anak syarikat Khazanah Nasional Bhd, sebelum menyertai TNB pada April 2019.


Beliau juga Pengerusi Bukan Eksekutif Malaysian Resources Corporation Bhd dan juga menganggotai lembaga pengarah Sime Darby Plantation Bhd dan Sime Darby Oils International Ltd.


Amir Hamzah memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Pengurusan (pengkhususan dalam Kewangan dan Ekonomi) dari Syracuse University, New York, Amerika Syarikat.


Bina landasan kukuh kewangan negara


Dengan latar belakang kukuh Amir Hamzah itu, Anwar ternyata telah meletakkan seorang tokoh yang mampu meletakkan pengurusan kewangan negara di landasan yang lebih kukuh.


Sementara itu, seorang penganalisis politik menganggap pelantikan seorang teknokrat membantu Anwar sebagai Menteri Kewangan II menunjukkan Perdana Menteri bersikap responsif terhadap pandangan pelbagai pihak terutamanya rakyat.


Pengurus Kanan Penyelidikan Institut Darul Ehsan, Khairul Ariffin Mohd Munir berkata dalam pembentukan Kabinet, sosok seorang Perdana Menteri perlu dilihat mempunyai pasukan Jemaah Menteri yang dilihat mampu berfungsi dengan efektif.


"Dalam siri sidang Parlimen termasuk pembentangan Belanjawan, banyak dibangkitkan isu panas tentang ekonomi dan kewangan, isu komunikasi dan sosial. Isu pengurusan kewangan banyak dibangkitkan dan perlu kepada penumpuan," ujarnya di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM), TV1.


Beliau berkata pelantikan seorang teknokrat mampu untuk memberikan tumpuan kepada usaha menggerakkan ekonomi dan pengurusan kewangan negara.


Jelasnya, langkah tersebut juga sejajar dengan proses reformasi yang diungkapkan oleh Perdana Menteri.


Khairul Arif berkata melalui pelantikan tersebut sebagai tepat kerana ia boleh membantu urusan selain dari segi pelaksanaan dasar malah sistem penyampaian dan birokrasi agensi dapat diperkukuhkan.


"Peranan ini dapat dimainkan oleh Amir Hamzah," ujarnya. - Suara Keadilan