Jaga-jaga! arkitek UG masih di dalam Pakatan Rakyat!

Jaga-jaga! arkitek UG masih di dalam Pakatan Rakyat!

oleh: Yong

SANGGUPKAH USTAZ NIK ZAWAWI TERIMA KONSEP 1MALAYSIA PSY GANGNAM STYLE?

Yong tak faham. Macam mana boleh keluar cerita Kerajaan Perpaduang dekat dengan PRU13 ni? Macam mana boleh ada pemimpin dalam PAS yang flip-flop, sedangkan kita tahu perjuangan ameno sudah jauh tersasar dari perjuangan Islam? Sedangkan kita tahu kemenangan sudah berada diambang mata?
Yong telah menulis mengenainya hasil dari risikan sendiri di sini. Masa itu gambar di bawah ini belum tersebar lagi. Yong pun tak tahu adanya gambar pelik ini:

PERLUKAH BUAT APA BN BUAT BILA DUDUK SEKANDANG DENGAN GEROMBOLAN? (SUMBER)

Ustaz Nik Zawawi adalah seorang pemimipin PAS. Apa Ustaz Nik Zawawi buat dengan Soi Lek dengan jari telunjuk terpacak ni? Umum tahu parti Soi Lek telah membawa Psy Gangnam dan penari-penari pompuannya yang berpakaian separuh bogel ke Pulau Pinang. Psy Gangnam buat pertunjukan yang kata Najib berdasarkan "Spirits of 1Malaysia" yang diagung-agungkan BN.

Sila lihat di sini dan di sini kalau tak percaya!
Cuba baca apa kata Nik Zawawi dalam blog rasmi PAS ini. Yong petik sebahagiannya:
SEJAUHMANA KEIKHLASAN KENYATAAN INI?
Kata Ustaz Nik Zawawi 1Malaysia tiada halatuju, sebab itu slogan diwujudkan. Slogan dan simbol jari tunjuk keatas. Komer boleh baca kenyataan penuhnya disini. Tapi, apa yang Ustaz Nik Zawawi buat dengan Soi Lek amat pelik. Alahai...Janganle terlampau naif!

Kata ameno pula, simbol jari itu bermaksud: sambil menunjukkan konsep 1Malaysia, ia juga mentauhidkan Allah. Mentauhidkan Allah dengan menunjuk jari ke atas sambil menjerit 1Malaysia? Ow, Pleeeeease!!!
JARI TELUNJUK MIGUEL DE BENVIDEZ THE THIRD ARCHBISHOP OF THE ARCHDIOCESE OF MANILA, (1552-1605)

Ustaz Nik Zawawi adalah Setiausaha Majlis Syura PAS. Setiausaha ini bukan untuk catat minit. Tetapi untuk menguruskan organisasi. Jika setiausaha cekap, organisasi pun cekap. Dalam hubungan  ini kerja mengeluarkan kenyataan rasmi Majis Syura PAS kerja dia. Ini termasuk kenyataan Nasharuddin Mat Isa telah digugurkann dari Majlis Syura.
Kenapa kenyataan itu lambat dikeluarkan? Teka teki itu Ustaz Nik Zawawi sahaja yang boleh jawab. Jadi, mohon:
  • Nafikan kabar angin Ustaz Nik Zawawi sebenarnya mole ameno dalam PAS. 
  • Nafikan sokongan pada konsep 1Malaysia APCO, sebelum gambar Ustaz Nik Zawawi mengangkat simbol 1Malaysia itu jadi bahan kempen BN. 
  • Katakan ustaz masih istiqamah bersama PAS, sebelum kami di grassroots yang penat dan sakit hati dimaki hamun pencacai ameno, berpaling dari ustaz.
Gambar tambahan

Photo: chua soi lek sedang menerima taklimat negara islam dari ulamak2 tarbos.
Fuiyo! arkitek UG. hahaha

Photo: penyambung tali hayat regim adalah ulamak.
sukanya dia!

ZUL NASIHAT ULAMA MUKTABAR HARON DIN

Aku tak mahu sentuh banyak perkara.Tapi kalau Zul Nordin dah minta Dr Harun Din keluar beramai-ramai, maka sudah tentu banyak juga cerita di sebaliknya.

Ada juga berita yang menyatakan usaha ini diketuai oleh beberapa individu dari majlis sura...seakan ada signal yang sedang cuba untuk melakukan sesuatu.Kita hanya berdoa agar usaha yang jika betul, akan dilindungi bagi mengelak perpecahan melalui perjanjian yang telah dipersetujui bersama.

 

KENAPA PERLU SURUH HARON DIN TINGGALKAN PAS




 
Zulkifli Noordin
Zulkifli Noordin
SHAH ALAM - Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din tampil mengeluarkan dirinya dan ahli Pas yang tidak bersetuju penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian dalam Bible Bahasa Melayu kerana beliau antara pimpinan Pas yang latang bersuara menentangnya.

Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin berkata, sebagai orang yang tinggi pengetahuan agama, Haron Din wajar memisahkan diri daripada parti itu jika didapati ia menyimpang dari akidah.

Katanya, Haron Din wajar berbuat demikian kerana beliau juga telah mengambil ketetapan bahawa isu kalimah boleh memesongkan akidah umat Islam sekiranya diteruskan sebagaimana diputuskan Majlis Sura Ulama Pas.

"Beliau menegaskan bahawa perkara itu tidak boleh, Majlis Syura Ulama Pas iaitu sebuah badan tertinggi dalam parti juga memutuskan atas dasar akidah, bukannya politik.

"Haron Din selama ini yang menyedarinya tidak betul, jadi beliau perlu pimpin ahlinya untuk keluar," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan Pakatan Rakyat (PR) yang tetap berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan PR membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible Bahasa Melayu dengan menggantikan perkataan God.


Keputusan berkenaan dibacakan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 8 Januari lalu sebelum Majlis Syura Ulama Pas membuat keputusan menentang penggunaannya.


Mengulas lanjut, keadaan ini sebagaimana Nabi Muhammad SAW yang memimpin umatnya meninggalkan Makkah ke Madinah apabila gagal kerjasama dengan golongan musyrikin.


Katanya, beliau menyedari kesusahan yang dialami Haron dalam menentang hal ini secara bersendirian.

"Kita perlu memberikan sokongan kepada beliau. Tengok bagaimana Ustaz Nasha (bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa) melaluinya berseorangan," katanya.


Sementara itu, mengulas berkenaan kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang berulang kali memperkatakan PR tetap dengan pendirian 8 Januari itu, beliau yang juga seorang peguam pernah mengendalikan kes qazaf Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan sebagai pengamal undang-undang, "Karpal jangan mengajar rakyat langgar undang-undang".


“Sebagai peguam, ingin saya ingatkan Karpal Singh bahawa adalah satu kesalahan bagi orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah mengikut Enakmen Syariah negeri-negeri yang dibuat berdasarkan Perkara 11 (4) Perlembagaan.


“Untuk Selangor, Enakmen Jenayah Syariah menetapkan 32 perkataan termasuk Allah, wahyu, rahmat dan lain-lain yang tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain.

“Jadi Karpal sebagai peguam sepatutnya tidak mengajar orang melanggar undang-undang,” katanya.
 
 
 
 
 

VIDEO CERAMAH JMR .NEGARA SARAT DENGAN RASUAH: IR KHALID SAMAD