CERITA PANJANG-1BESTARINET dan KPM, Apa yang Berlaku?


 1BESTARINET dan KPM, Apa yang Berlaku?

 


Maszlee Malik

 

 

Saya sering ditanyakan apakah permintaan PM ke-7 untuk saya memulangkan jawatan saya kepada beliau adalah disebabkan oleh isu Bestarinet, atau lebih khusus kontrak YTLC dengan KPM yang penuh kontroversi. Saya tidak boleh mengatakan ianya satu-satunya sebab, namun boleh saya katakan itu merupakan antara sebab mengapa PM meminta saya berbuat demikian, di mana menurut beliau di atas permintaan Presiden parti Bersatu Ketika itu.

 



Sebanyak lima kali saya telah dipanggil oleh PM pada Ketika itu untuk bertemu beliau di pejabatnya untuk berbincang isu ini. Malah saya juga telah hadir sebanyak dua kali dengan pimpinan tertinggi KPM untuk menerangkan kepada beliau perihal keputusan yang dibuat oleh KPM. Di mesyuarat terakhir Bersama beliau, saya ingat lagi, beliau mengatakan, “Presiden Bersatu amat marah dengan anda kerana isu ini…”, tidak lama selepas itu saya menerima keiriman emel dari beliau yang meminta saya memulangkan jawatan yang beliau amanahkan kepada saya pada Jun 2018 semula kepada beliau.

 

Biarlah apa yang berlalu itu berlalu. Saya yakin, sepertimana dalam ucapan terakhir saya sebelum meninggalkan KPM, di atas arahan dan nasihat dari PM Ketika itu, saya dengan berat hati, tetapi rela, menyerahkan semula jawatan tersebut kepada beliau di atas dasar patuh kepada arahan pimpinan dan yakin kepada pimpinan dan kebijaksanaan beliau. Itu telah menjadi sejarah. Apa yang penting, umum ingin mengetahui apakah sebenarnya yang berlaku dengan 1Bestarinet dan KPM.

 

Apa yang saya akan bentangkan di artikel ini bukan sesuatu yang sulit. Ia merupakan fakta yang diketahui oleh kebanyakan warga KPM, pernah didedahkan oleh media tetapi tidak disensasikan seperti isu kasut hitam dan jawi, walaupun pihak KPM telah menyerahkannya kepada media terutamanya dalam bentuk jawapan-jawapan oleh Ketua Setiausaha Utama (KSU) KPM pada Ketika itu. Apa yang pasti, kita tahu walaupun di zaman pemerintahan Pakatan harapan (PH) media jauh lebih bebas berbanding di zaman BN apatah lagi di zaman PN, namun tidak semua ketua editor bebas dari pengaruh politik dan kepentingan.

 

 

Projek Mega 1Bestarinet

 

Kontrak mega perkhidmatan 1Bestarinet KPM yang bermula pada tahun 2011 telah diinisiatifkan oleh Menteri pelajaran Ketika itu. Beliau juga merupakan presiden parti Bersatu sewaktu saya menjawat jawatan Menteri Pendidikan. Kontrak mega jangkamasa Panjang ini mempunyai 3 fasa (fasa satu, fasa satu interim dan fasa dua):

Fasa 1, bermula dari 13 Dis 2011 sehingga 12 Jun 2014, yang melibatkan kontrak bernilai RM 1.1 bilion;

Fasa 1 interim, bermula dari 13 Jun 2014 sehingga 30 Jun 2016, dan ia melibatkan kontrak bernilai RM 468 juta,

Fasa 2, bermula dari 1 Jul 2016 sehingga 30 Jun 2019 yang melibatkan RM 1.55 bilion.

 

Kontrak mega jangkamasa Panjang untuk membekalkan internet ke sekolah-sekolah di bawah KPM ini telah menjadi tajuk penuh kontrovesi sewaktu pemerintahan Barisan Nasional. Berkali-kali isu ini telah dibawa ke parlimen oleh pihak pembangkang. Di kalangan guru-guru pula, ianya sering dikritik kerana bekalan internet yang dimonopoli oleh sebuah syarikat ini lembap, tidak memuaskan dan membebankan para guru.

 

Kontrak mega jangkamasa Panjang ini melibatkan tiga komponen utama:

 

1) Pelantar Pembelajaran Maya (Virtual Learning Environment berjenama Frog);

2) Talian internet ke sekolah-sekolah melalui syarikat telekomunikasi YES; dan

3) Struktur 1BRIS yang melibatkan menara telekomunikasi yang dibina untuk menyokong 4G oleh syarikat telekomunikasi YES untuk tujuan komersil.

 

Bilangan Sekolah yang terlibat dengan kontrak 1BestariNet pula ialah 10,182 buah sekolah, di mana 8,271 sekolah​dibekalkan dengan internet dengan kelajuan 6Mbps-30 Mbps, manakala 1,997 sekolah pula dibekalkan dengan internet berkelajuan 2Mbps melalui teknologi Very Small Aperture Terminal (VSAT) & Asymmetric digital subscriber line (ADSL).

 

Bagi kontak Struktur 1BRIS pula, sebanyak 2,746 menara dibina di atas tapak 2,746 sekolah di seluruh negara. Di mana, 1,142​ tapak ditempatkan di tanah di bawah hak milik Pesuruhjaya tanah Persekutuan, dan 1,604 tapak Menara pula dibina di atas tanah Bukan hak milik Kerajaan seperti waqaf, Lembaga Pengelola sek dan sebagainya.

 

Setelah Fasa 2 projek mega 1Bestarinet tamat pada 30 Jun 2019, KPM terpaksa membuat keputusan untuk samada meneruskannya dengan kontrak yang baru, atau tidak meneruskannya. Untuk tujuan tersebut, oleh kerana ianya melibatkan kepentingan awam dan juga masa depan anak-anak watan, KPM telah membuat Langkah yang telus, professional dan juga begitu berakautabiliti berbanding proses-proses sebelum ini.

 

Keputusan yang dibuat oleh KPM adalah berpandukan kepada beberapa hasil kajian terperinci oleh pihak yang tidak berkepentingan, professional dan berautoriti, antaranya:

 

1) Kajian Impak dan Hala Tuju Pendidikan Digital Negara 2018 (yang telah diusahakan oleh kumpulan penyelidik dari pelbagai Universiti Awam);

2) Siasatan oleh Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dianggotai oleh pihak profesional dari luar KPM.

3) Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2018 Siri 1 khusus berkaitan kontrak mega 1Bestarinet.

4) Laporan Public Accounts Committee Parlimen ke-13 bagi tahun 2015.

 

Premis utama bagi apapun keputusan yang dibuat ialah ianya mesti berteraskan tatakelola kerajaan yang baik (good governance) dan melatakkan kepantingan rakyat dan negara mendahului kepentingan mana-mana pihak.

 

Menurut dapatan yang telah dibentangkan kepada pihak KPM, dan seterusnya telah dikemukakan kepada PM pada tahun 2019, kesemua laporan dari pihak pelbagai itu menunjukkan:

 

1) 1BestariNet tidak mencapai objektif pelaburan Kerajaan.

Hal ini telah dinyatakan oleh Jawatankuasa Semakan KPM yang hanya memperakukan RM52.8 juta daripada RM62.6 pada Jun 2019 atas sebab YTL tidak mematuhi Perjanjian Tahap Perkhidmatan. Manakala Kajian Impak oleh Universiti Awam mendapati kualiti capaian internet tidak memuaskan berdasarkan aduan yang diterima dari majoriti pemegang taruh yang terlibat.

 

2) Program e-Pembelajaran yang berjumlah RM1.13 bilion tidak mencapai objektif yang ditetapkan:-

 

Perkhidmatan 1BestariNet tidak mencapai KPI penggunaan produk Frog VLE. Peratus guru yang membangunkan laman pembelajaran hanya 3,317 (0.8%) guru daripada 423,566 guru. Lebih malang lagi, laman Frog VLE yang boleh dikongsikan ke seluruh Malaysia hanya 46,152 selama 8 tahun iaitu 0.12 laman bagi setiap guru pada setiap tahun (di mana anggaran RM24 ribu untuk satu laman).

 

3) Bekaitan isu Penyewaan tanah bagi Struktur 1BRIS pula:

 


i- Pesuruhjaya Tanah Persekutuan (PTP) Bil.1/2013 telah memberikan arahan bahawa struktur yang dibina di atas tanah PTP perlu melalui proses penyewaan dan caj penggunaan utiliti, dimana selama ini pihak syarikat tidak membayar sesen pun kepada PTP.

ii- Pihak YTLC enggan memuktamadkan perjanjian sewaan Fasa 2 kerana tidak bersetuju dengan terma kos elektrik, kesannya YTLC langsung tidak membayar caj elektrik bermula Fasa 2 yang menyebabkan Kos yang ditampung oleh Kerajaan melalui duit pembayar cukai sepanjang tempoh itu bernilai RM41.8 juta.

iii- Pihak YTLC juga menyatakan bahawa mereka berhak kepada kontrak selama 15 tahun walaupun terma ini tidak dinyatakan dalam kontrak antara pihak YTLC dengan KPM.

iv- Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) telah memutuskan untuk mengenakan caj nominal RM10 setapak sebulan dengan syarat menara 1BRIS adalah untuk kegunaan KPM sahaja.

v- Akan tetapi MCMC telah mengesahkan dalam Laporan JKSTUPKK bahawa menara 1BRIS bukan eksklusif untuk sekolah sahaja malah digunakan juga untuk tujuan komersil. Maka, sewajarnya YTLC membayar kadar sewa komersil semasa Fasa 2. Namun ini ditolak sekerasnya oleh pihak YTLC.

 


 


Keputusan KPM

 

Berdasarkan fakta-fakta yang telah dikemukakan oleh empat pihak berbeza dengan hujah dan fakta yang lengkap, KPM melalui siri mesyuarat pihak tertinggi Bersama Menteri telah memutuskan:

 

1) Berhubung FROG VLE:-

Memandangkan segala kesulitan yang dihadapi oleh majoriti guru di seluruh negara yang telah diambil kira pandangan mereka, KPM mengambil keputusan untuk menghentikan pemaksaan penggunaannya ke atas para guru. Bagi mana-mana sekolah yang selesa menggunakannya, mereka diberikan kebebasan untuk terus menggunakannya. Bagi sekolah-sekolah selebihnya, KPM telah mencadangkan agar para guru menggunakan Google Classroom yang menyediakan perkhidmatan secara percuma untuk semua.


 


2) Berkait Dasar KPM dari segi connectivity:-

i- Selari dengan National Fiberisation and Connectivity Plan (NFCP). KPM juga sedang ke arah penggunaan teknologi fiber menjelang tahun 2022. Tambahan lagi Value Management Lab 1BestariNet Fasa 2 dan surat-surat daripada Kementerian Kewangan telah mencadangkan penggunaan fibre optics. Oleh itu, Menara 1BRIS tidak menjadi keutamaan untuk kegunaan sekolah.

ii- Namun, sebagai usaha interim, KPM telah mencadangkan agar kontrak pembekalan internet ke sekolah-sekolah dibukakan untuk syarikat-syarikat Telekomunikasi yang lain juga dan tidak dimonopoli oleh hanya seuah syarakiat sahaja.

 


 


3) Berkaitan perjanjian sewaan tapak baharu bersama YTLC. Selaras dengan saranan Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) KPM telah mengemukakan syarat-syarat berikut:-

i- YTLC tetap boleh mengekalkan menara 1BRIS, tetapi mestilah membayar Sewaan tapak bagi 1,142 tapak hak milik PTP mengikut kadar komersil (RM3,000 Bandar; RM2,000 Luar Bandar), dan

ii- membayar Caj elektrik bagi kesemua 2,746 tapak mengikut kadar komersil kerana ianya melibatkan penggunaan mereka unutk tujuan komersil.

iii- Jika ini dipersetujui, KPM sedia menyambung kontrak dengan mereka untuk tempoh 3 tahun dengan sekali pelanjutan (iaitu 3+3 tahun) .

iv- YTLC juga harus menandatangani perjanjian sewaan tapak Fasa 2 sebelum perjanjian sewaan tapak baharu.

v- Sewaan tapak bagi baki 1,604 tapak yang bukan hak milik PTP tidak dapat dikutip buat masa ini.

 

4) KPM juga mengambil keputusan untuk meneroka cara baharu untuk menjana pendapatan melalui penyewaan tapak secara tender terbuka selari dengan amalan kerajaan PH pada ketika itu. Manakala hasil sewaan pula dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Sekolah (SUWA) setelah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan. Ini berteraskan prinsip meletakkan kepantingan sekolah dan rakyat sebagai keutamaan dan bukannya kepentingan pihak pemodal semata-mata.

 

Malangnya, keputusan ini telah ditolak oleh YTLC, walaupun siri pertemuan pihak pengurusan tertinggi KPM dengan mereka. Manakala di pihak PM pula, sepertimana yang telah disebutkan, saya telah dipanggil sebanyak lima kali untuk berbincang mengenai isu ini. Di setiap pertemuan itu jugalah beliau mengatakan bahawa mantan Menteri pelajaran yang mengusahakan kontrak mega tersebut, dan juga presiden parti Bersatu mendesak beliau untuk meminta saya menyambung kontrak tersebut berdasarkan kehendak YTLC dan tidak membuat keputusan sendiri.

Sebagai seorang yang menggalas amanah berdasarkan sumpah setia yang telah diucapkan di hadapan YDPA Ketika perlantikan sebagai anggota cabinet, saya tekad untuk meletakkan kepentingan rakyat dan negara mendahului kepentingan mana-mana pihak mahupun individu. Keputusan KPM adalah keputusan professional berteraskan fakta, hujah dan perundangan. Saya yakin dengan bayaran yang terlalu mahal yang akan saya hadapi dengan prinsip dan keputusan ini. Ianya adalah tribulasi kecil di atas pengorbanan saya semenjak hari pertama lagi saya membuat keputusan untuk terlibat dengan politik.

Apakah keputusan ini yang menyebabkan saya diminta meninggalkan kedudukan saya di Kementerian Pendidikan Malaysia?

 

Wallahua’lam.

 

Artikel ini adalah salah satu bab dalam buku Dr Maszlee, “Memori Bukan Memoir”. Untuk membaca lebih  banyak isu-isu sensasi pendidikan yang tidak diceritakan oleh media, boleh dapatkan dari pautan ini:


https://www.kedaidrmaszlee.com/products/memori-bukan-memoir


Dalam Bahasa Inggeris: https://www.kedaidrmaszlee.com/products/memories-not-memoir


Dalam Bahasa Mandarin: 

https://www.kedaidrmaszlee.com/products/回忆不是回忆录



OWHHH MACAM TU NO..


Perjuangan Reformasi


 Kalau dengan bini pun tergamak tipu dan cakap mohong, apa tah lagi dengan rakyat....!



TOKOH BERPENGARUH DUNIA ISLAM

 

Inilah pemimpin yang benar-benar berpengaruh di Nusantara dan global, bukan sekadar tokoh politik. Mereka adalah individu yang membawa perubahan besar kepada umat, menyebarkan ilmu dan inspirasi merentasi sempadan. 


Ternyata tidak semua yang bercita-cita tinggi layak diiktiraf di pentas dunia.



PASAL MAKLUK ASING NI, MAD JARGON KAITKAN DENGAN IDEA DIA... KAH... TOYAMATMIN KO...

 

Desa HM


Ok betul, yang paling bijak dan paling penting dan paling berkaliber dan paling layak dan paling padu sememangnya Wan Ahmad Fayhsal. Terbaik. 👍






APA LA NASIB HANG DIN. LEPAS KES HINA SULTAN PAHANG, DIREPORT OLEH PIHAK ISTANA, KES TAK DIJEMPUT SG4 DAN KINI PECAH LOBANG SAKAW BESTARINET. KATA MASZLEE KESELURUHAN BUAT TU CUMA 1 BILLION, KEMANA 3 BILLION LAGI?


 

INI PUNCA KENAPA MASLEE MALIK DIPECAT


 

SERANGAN FITNAH CYTRO PRO PEMBANGKANG! SOALAN ISU GST INI JAWAPAN PMX DI...



Pejabat Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan menafikan satu poster tular mendakwa menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu meminta pesawah berjimat cermat menggunakan baja. Dalam satu hantaran di Facebook, kementerian itu menegaskan bahawa menteri tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian. Pejabat juga mengesahkan poster tersebut adalah palsu. “Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ingin menafikan Datuk Seri Mohamad Sabu ada mengeluarkan kenyataan “pesawah diminta berjimat cermat menggunakan baja bagi membantu kerajaan” seperti yang ditularkan dalam poster ini. “Pejabat Menteri juga ingin mengesahkan bahawa tangkap layar yang dibuat adalah palsu,” katanya. Susulan itu satu laporan telah dibuat kepada pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini bagi membolehkan siasatan dan tindakan yang sewajarnya dikenakan kepada pihak yang membuat hantaran palsu dan tidak benar ini.



TERKINI! Poligami: Maria Chin bidas Sanusi | Kerabat salah tetap dihukum...


Antara menarik pagi ini: 1. Petronas tegaskan operasi di perairan Sarawak patuhi arahan kerajaan dan sah. 2. Malaysia dan Rusia perlu pertimbang penerbangan terus antara dua negara. 3. Tengku Hassanal titah hukuman tegas dikenakan terhadap kerabat Pahang didakwa pukul lelaki. 4. Nancy Shukri arah JPKK ambil tindakan tegas terhadap pemandu bas rakam murid perempuan. 5. Anthony Loke tegaskan ibu bapa akan diheret ke mahkamah jika benarkan kanak - kanak bawah umur pandu kenderaaan. 6. Maria Chin bidas Sanusi berhubung isu poligami, samakan ia macam tukar berus gigi. Ikuti perkembangan semasa isu-isu panas politik Malaysia, setiap hari, hanya di NextStep Malaysia 🇲🇾 “Bersama Melangkah Dengan Yakin”





PAS DAN BERSATU RAKUS KUASA! PENUNGGANG ISU SENSITIF MEMALUKAN!

MP PAS HATI HITAM KENA BALUN!- PRESEDEN KO, PARLIMEN PUN TAK LEH HADIR- PEMBANGKANG KANTOI TEMBERANG BESAR!


Ahli Parlimen Pas, Ahmad Fadhli Shaari membuat ‘troll’ pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Presiden Vladimir Putin. Ia sebagai tindak balas kerana warganet menyindir pertemuan sekumpulan ahli pembangkang dengan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon Selasa lalu. Warganet sebelum ini mendakwa pembangkang membuat gambaran salah apabila menyatakan mereka menerima kunjungan hormat daripada Luxon. Kata warganet, ketua pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainuddin yang sebenarnya membuat kunjungan terhadap Luxon kerana terdapat satu video di mana Luxon berkata “terima kasih kerana datang hari ini” kepada Hamzah. Dalam video sama, Luxon juga berkata “anda (Hamzah) bawa kawan-kawan”, dengan sejumlah pihak menafsirkan ia bermaksud dia tidak menjangka Hamzah akan membawa pemimpin lain bersama dalam pertemuan itu. Pengguna media sosial beranggapan sebenarnya bukan Luxon yang mengunjungi pembangkang, sebaliknya pembangkang yang pergi bertemu Luxon. Atas sebab itu, Ahmad Fadhli yang juga Ketua Penerangan Pas membalas kembali dengan menyindir pertemuan PMX dengan Putin. Sebelum ini Anwar dalam ucapannya berkata, Presiden Putin memintanya hadir ke Vladivostok kerana mahu berbincang dengannya. Ahmad Fadhli kemudian menyertakan tangkap layar berita lawatan kerja PMX ke Russia yang tertulis “Anwar berhasrat bertemu dengan Presiden Russia untuk membincangkan hal ekonomi”. “Presiden Putin yang nak jumpa PMX, bukan PMX yang berhasrat jumpa Putin. Betulkan laporan ini! Jangan lekehkan Perdana Menteri kita. “Saya tak boleh diam jika ada mana-mana pihak buat laporan tak tepat seperti ini, ini wajib diambil tindakan!,” sinisnya di Facebook. Bagaimanapun sindiran berbentuk ‘troll’ itu dianggap “tidak sampai” oleh pengguna media sosial. “Fadhli Shaari cuba nak troll, tapi tak sampai bang, tak sampai. Dia gini. Nak pi forum di Russia tu haruslah ada jemputan dari Presiden Putin. “Betullah PMX Anwar Ibrahim sebut dalam ucapan, Putin nak jumpa dia, sebab tu la Malaysia dapat jemputan rasmi. “Mestilah dalam surat rasmi tu tertulis, “jemputan kepada Perdana Menteri Malaysia”, bukan “jemputan kepada Ahli Parlimen Pasir Mas.” “Dan PMX pun takdak la up status kata “saya menerima kunjungan hormat Presiden Putin di Vladivostok”,” balas seorang pengguna Facebook, Najib Bakar.





LIHAT KRONOLOGI DAN TAHUN MUHYIDDIN JADI MENTERI PENDIDIKAN- SKANDAL MELIBATKAN PENGERUSI PN! KENYATAAN TERKINI DS ANWAR PMX!



𝟮𝟬𝟬𝟵 – Mahiaddin dilantik sebagai Menteri Pendidikan sehingga tahun 2015. 𝟮𝟬𝟭𝟬 – TM mula perkenal Unifi dan Fibre Optic dengan Internet lebih laju dan lebih stabil untuk penggunaan intensif. 𝟮𝟬𝟭𝟭 – Kontrak RM4.077 bilion 1BestariNet diberi kepada YTL menggantikan SchoolNet oleh TM untuk sediakan Internet berkelajuan tinggi 4G di 10,000 sekolah.


𝟮𝟬𝟭𝟭-𝟮𝟬𝟭𝟲 – ‘Fasa 1’ bermula dengan sambungan Internet yang tidak stabil dan penggunaan Frog VLE yang rendah. Pemasangan menara telekomunikasi di sekolah turut timbulkan kontroversi berkaitan bahaya radiasi terhadap anak2 kecil di sekolah. 𝟮𝟬𝟭𝟯 – Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berjanji dalam kempen PRU13 untuk batalkan projek ini jika menang kerana disifatkan ini ‘perjanjian kroni’ dan tidak telus serta gagal capai objektif. 𝟮𝟬𝟭𝟲-𝟮𝟬𝟭𝟵 – Kontrak diperbaharui untuk ‘Fasa 2’ sehingga Jun 2019. Pelbagai isu masih berterusan termasuk kelemahan infra, internet lemah, kos tersembunyi ditanggung kerajaan. 𝟮𝟬𝟭𝟵 – Laporan Audit Negara dedahkan (1) Kos tersembunyi caj Elektrik RM41juta di 2,715 tapak sekolah tidak dibayar dan ditanggung oleh sekolah (2) Penggunaan Frog VLE hanya 0.01% hingga 4.69% guru, pelajar dan ibubapa (3) Sambungan Internet gagal capai kelajuan yang memadai. 𝗝𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟭𝟵 – Kontrak ditamatkan oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee yang akhirnya jadi punca beliau dipecat atas desakan Mahiaddin. 5 sebab diberikan (1) Kos Tersembunyi (2) Hilang pendapatan sewa komersial tapak menara (3) Perlaksanaan fasa 2 lemah (4) Syarikat tidak berupaya guna teknologi terkini (5) Kualiti internet teruk. Perjanjian juga dikatakan berat sebelah. YTL dakwa KPM langgar obligasi kontrak 15 tahun tetapi dinafikan KPM. 𝟮𝟬𝟮3 - Laporan polis dibuat keatas muhyiddin terkait skandal 1bestarinet 𝟮𝟬𝟮𝟰 – SPRM mula menyerbu, menyita dokumen dan siasat berkaitan tuntuan palsu RM2.7 bilion YTL. Ramai Guru-guru merasa lega kerana akhirnya hal ini disiasat.




#3 BERSATU DIHARAMKAN ROS!?

NAK UP KISAH ANWAR DITUDUH LIWAT DULU. YANG KOMEN PUN NTAH ADA KA BELUM LAGI ADA.. YA AMPU SALAM.


Dapat tangkap layar ni dari ruang komen.



Nak 𝘶𝘱 𝗸𝗿𝗼𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝗶 𝗸𝗲𝘀 𝗹𝗶𝘄𝗮𝘁 DS Anwar? Baguslah tu. Aku sokong sangat. Jangan lupa 𝘶𝘱 sekali 𝘁𝗿𝗮𝗻𝘀𝗸𝗿𝗶𝗽 𝗽𝗲𝗿𝗯𝗶𝗰𝗮𝗿𝗮𝗮𝗻. Berapa kali pertuduhan dipinda untuk 𝘁𝘂𝗸𝗮𝗿 𝘁𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵.


Letak tarikh ni, DS Anwar 𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗶 𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗻𝗲𝗴𝗮𝗿𝗮. Tukar ke tarikh lain, 𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗹𝘂𝗺 𝘀𝗶𝗮𝗽 𝙧𝙚𝙣𝙤𝙫𝙖𝙩𝙞𝙤𝙣. Akhir sekali letak tarikh 𝘣𝘭𝘢𝘯𝘬𝘦𝘵 dari sekian haribulan hingga sekian haribulan kejadian berlaku. Sebab tak jumpa tarikh yang sesuai.


Biar rakyat ingat balik kezaliman Mahathir. Bagaimana dia kawal mahkamah hingga 𝗯𝘂𝗸𝘁𝗶 𝗽𝗮𝗹𝗶𝗻𝗴 𝗹𝗲𝗺𝗮𝗵 pun boleh dipakai. Sampai heret tilam ke mahkamah.


Itu untuk kes liwat pertama. Tapi kena ingat, untuk kes pertama tu, DS Anwar 𝘁𝗮𝗸 𝗱𝗶𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁𝗶 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵. Kes itu 𝗱𝗶𝗴𝘂𝗴𝘂𝗿𝗸𝗮𝗻 lepas DS Anwar dipenjarakan. Matlamat Mahathir cuma nak penjarakan DS Anwar 


DS Anwar dipenjarakan pun atas tuduhan 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗴𝘂𝗻𝗮 𝗸𝘂𝗮𝘀𝗮. Bukan salah guna kuasa suruh tutup kes tapi 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯 𝘀𝘂𝗿𝘂𝗵 𝘀𝗶𝗮𝘀𝗮𝘁 𝗳𝗶𝘁𝗻𝗮𝗵 𝗸𝗲 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗱𝗶𝗿𝗶𝗻𝘆𝗮.


Kes liwat kedua dengan Saiful tu pun bagus kalau nak 𝘶𝘱 semula. Keluarkan balik cerita bagaimana si Saiful 𝘀𝗶𝗺𝗽𝗮𝗻 𝗮𝗶𝗿 𝗺𝗮𝗻𝗶 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗱𝘂𝗯𝘂𝗿𝗻𝘆𝗮 selama 𝘁𝗶𝗴𝗮 𝗵𝗮𝗿𝗶!


Tiga hari tu termasuk hari Jumaat. Peguam DS Anwar, Mendiang Karpal Singh siap tanya si Saiful "𝘢𝘸𝘢𝘬 𝘵𝘢𝘬 𝘴𝘰𝘭𝘢𝘵 𝘑𝘶𝘮𝘢𝘢𝘵 𝘬𝘦?" Selamba dia jawab tak. Kalau ikut Islam, dah 𝘁𝗲𝗿𝘁𝗼𝗹𝗮𝗸 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗸𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗦𝗮𝗶𝗳𝘂𝗹 sebab 𝗳𝗮𝘀𝗶𝗾.


Eh dia bukan setakat tak mandi wajib, tak solat malah 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗻𝘁𝘂𝘁. 𝗕𝗲𝗿𝗮𝗸 𝗽𝘂𝗻 𝘁𝗮𝗸. Sebab tu boleh simpan air mani DS Anwar dalam duburnya selama 3 hari. Logik ke? Nak percaya?


Kalau betul nak siarkan balik kronologi kes liwat DS Anwar tu, 𝗮𝗸𝘂 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗻𝘂𝗵𝗻𝘆𝗮. Sebab ia hanya akan dedahkan jahatnya pemimpin dulu terutamanya Mahathir yang jadi 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗹𝗮 𝗸𝗼𝗻𝘀𝗽𝗶𝗿𝗮𝘁𝗼𝗿.


Aku rasa mamat yang suruh keluarkan kronologi tu 𝗕𝗕𝗡𝗨. Jenis baru nak tengok dunia. Dia tak tahu pun apa yang berlaku 1998 dulu. 𝗦𝗲𝗯𝗮𝗯 𝘁𝘂 𝗯𝗼𝗱𝗼𝗵 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴 𝗣𝗡.


𝘚𝘰 Ratu Naga, cepat-cepat 𝘶𝘱 kronologi tu. Rasanya makin kerap Mahathir ke IJN kalau betul dia buat. Dan mungkin kali ni 𝘁𝗮𝗸 𝗸𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿 𝘁𝗲𝗿𝘂𝘀. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.



TAK PASAI PASAI KO NI.. GILA SEX KA APA?


MMMS


 Satu, ambil gambar kanak-kanak di bawah umur kena ada consent dari ibu bapa.



Dua, kalau guna explicit words macam ada crush terhadap kanak-kanak, itu boleh di anggap sebagai sexual grooming dan trait of pedophiles.


Ketiga, sentuh kanak-kanak tanpa izin ibu bapa boleh di anggap sebagai amang seksual. 


Syabas polis sebab bertindak pantas. 


Jangan ambil mudah semua benda terutama pada kanak-kanak yang masih lagi naif dan tak boleh berfikir secara waras. 


Lelaki itu kini disiasat di bawah Seksyen 15(a)(iii) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan Seksyen 15(2) Akta Kanak-kanak 2001.



SIAPA SEBENARNYA ' SERANG ' SAYA ???



Setelah sekian lama membuat penelitian dan kajian , didapati banyak team hartanah dan segelintir peguam-peguam yang terlibat dalam urusan hartanah yang ' menyerang ' saya di media sosial menggunakan fake akaun atau haters upahan!


' Serang peribadi ' dan ' bunuh karakter ' saya.


Sebabnya apa ???


Sebabnya saya jual tanah SECARA ANSURAN TANPA RIBA!



Anda fikir saya akan lemah dan terkesan ???


Sory, sampai akhir nyawa saya akan perjuangkan prinsip perniagaan saya! InsyaAllah.


Saya akan terus membantu masyarakat memiliki hartanah dengan cara ansuran TANPA RIBA , terus melalui pembelian tanpa slip gaji atau steatment bank! InsyaAllah.



SEMBANG.. APA HANG BUAT DI KEDAH.. HAPA PUN TARAK..


 

PEMBOHONG KUAT PUAK LEBAI


 

TUHAN BAGI KUASA UNTUK BETULKAN BANYAK PERKARA DALAM NEGARA. KALAU TAK, BAIK KO PERGI DAKWAH.


 

BUKAN HINA ULAMAK.. ULAMAK NAK PEKENA HANGPA.. SAPA LANTIK HANGPA JADI ULAMAK... MALAYSIA ADA MAJLISNULAMAK KEBANGSAAN LA WOIII


 

MERAPU PUNYA SG4. KITA LIHAT APA NAK JADI.


 

SEKILAS FAKTA MACAMANA MEREKA MERENCANA.


TEDIA. CIRI CIRI NAK TAMBAH PAHALA.

 

Tambah bini pahala lebih besar dari bayar gaji player bola...🙈


Crdits#Fadhlan




INI PERJALANAN MAHATHIR DAN MUHYIDDIN UNTUK KELABUKAN MATA RAKYAT.

 


1𝗕𝗲𝘀𝘁𝗮𝗿𝗶𝗡𝗲𝘁 mungkin jawapan mengapa Mahathir dan Bersatu khianati PH hingga 𝗸𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝘁𝘂𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴 hanya selepas 22 bulan.


Mahiaddin bukanlah suci sangat masa dalam kabinet Najib. Kontrak 1BestariNet adalah salah satu 𝘀𝗸𝗮𝗻𝗱𝗮𝗹 𝗯𝗲𝘀𝗮𝗿 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻.


𝗠𝘂𝗻𝗴𝗸𝗶𝗻 Mahiaddin dan Mahathir menjangka mereka 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗯𝗲𝗹𝗶 ahli parlimen PH jika bentuk kerajaan. Jadi rahsia mereka selamat.


Malangnya itu tak berlaku. Memang ada yang berjaya dibeli seperti 𝗔𝘇𝗺𝗶𝗻 dan 𝗭𝘂𝗿𝗮𝗶𝗱𝗮. Tapi majoriti yang lain tidak.


Kalau PH kekal berkuasa, apatah lagi jika 𝗷𝗮𝘄𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗠 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗿𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗗𝗦 𝗔𝗻𝘄𝗮𝗿, kedudukan mereka pastinya terancam.


Atas sebab itulah Mahathir letakkan jawatan manakala Mahiaddin bawa Bersatu keluar daripada PH.


Mahathir letak jawatan kerana berharap dipilih semula jadi PM dengan 𝘀𝗼𝗸𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗹𝘂𝗮𝗿 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗣𝗛 seperti dari PAS dan GPS,.


Jika itu terjadi, maka Mahathir 𝗯𝗲𝗯𝗮𝘀 𝗱𝗮𝗿𝗶 𝗸𝗼𝗻𝘀𝗲𝗻𝘀𝘂𝘀 𝗣𝗛. Barulah dia boleh buat sesuka hati. Tak perlu lagi dapatkan persetujuan PH.


Ini mungkin sebabnya kerajaan pusat 𝗯𝗲𝗿𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗥𝗠400 𝗷𝗶𝘁𝗮 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗞𝗲𝗹𝗮𝗻𝘁𝗮𝗻 secara 𝘰𝘯𝘦-𝘰𝘧𝘧 tanpa syarat dan sebab tertentu.


Mahiaddin sepatutnya bantu dapatkan sokongan buat Mahathir tetapi 𝗴𝗲𝗹𝗮𝗽 𝗺𝗮𝘁𝗮 𝗯𝗶𝗹𝗮 𝗽𝗲𝗹𝘂𝗮𝗻𝗴 𝗷𝗮𝗱𝗶 𝗣𝗠 itu bergolek depan mata. Mahathir khianati PH kemudian Mahiaddin khianati Mahathir. 𝗠𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗮𝗶𝗸.


1BestariNet ini mungkin salah satu dari entah berapa banyak banyak 𝘀𝗸𝗮𝗻𝗱𝗮𝗹 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗰𝘂𝗯𝗮 𝗱𝗶𝗹𝗶𝗻𝗱𝘂𝗻𝗴𝗶 𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 𝗱𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗵𝗶𝗮𝗱𝗱𝗶𝗻.


Mereka tahu berdampingan dengan PH takkan dapat lindungi mereka. Lainlah dengan PAS. 𝗦𝘂𝗺𝗯𝗮𝘁 𝘀𝗮𝗴𝘂𝗻, senyaplah lebai.


Sebab itu sampai sekarang masing-masing meroyan bila DS Anwar jadi PM kerana 𝗿𝗶𝘀𝗮𝘂 𝗿𝗮𝗵𝘀𝗷𝗮 𝗺𝗲𝗿𝗲𝗸𝗮 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗯𝗼𝗯𝗴𝗸𝗮𝗿.


Harap SPRM teruskan selongkar kesemua dokumen di setiap jabatan yang ada tak kiralah sudah berapa lama sekalipun. Rasanya ada banyak lagi pendakwaan yang boleh dibuat. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.


DULU NAJIB PULOH BILLION. NI DIN LAK MAIN BILLION GAK.. LAMA DULU PALING LAMA TAK TAU BERAPA BILLION.




TU DIA... Sampai RM2.7 BILION TUNTUTAN PALSU yang disiasat SPRM! Kroni siapa dapat projek ini?

#1bistarinet #SPRM



KES ONEBESTARI NET NI DAH LAMA CIKGU DALAM DILEMA.



 Projek korup 1BestariNet bukanlah perkara baru, rakyat sudah bising sejak tahun 2012-2015 dulu lagi.




Projek sakau yang banyak mesyusahkan ramai pihak, terutama warga pendidik.


Bayangkan projek kerajaan yang bernilai ribuan juta, tapi hasilnya sangat teruk lagi buruk.


Sudah patut SPRM masuk siasat apa yang berlaku sebenarnya, terutamanya siasatan itu difocuskan kepada Mahiaddin yang menjadi menteri ketika itu.


Besar sungguh selera Pengerusi PN yer, asyik ribu juta jer.


Yer la,


Projek bawah KDN ketika beliau jadi PM juga harganya ribuan juta yang dapat kepada menantu hantu yang lari entah ke mana.


Itulah tahap kononnya BERSIH si Abah, tapi di sebaliknya penuh najis jijik yang merosakkan negara dan rakyat.


🤭🤭


Miqdad Zakaria 

Semenyih, Selangor.


@followers @highlight




𝗦𝗚𝟰: 𝗧𝗨𝗡 𝗠𝗔𝗛𝗔𝗧𝗛𝗜𝗥 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗡𝗚𝗚𝗔𝗡𝗚 𝗞𝗘𝗕𝗢𝗗𝗢𝗛𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗦



✍️  Ahmad Mursi 


1.  Zaman Tun M berkuasa, negeri PAS dianaktirikan. Wang Royalti Terengganu ditukar jadi Wang Ehsan—itu 'jasa' Tun M.


2.  Bila Tun M hilang kuasa dan kalah di Langkawi, hilang wang deposit, Tun M menunggang 'kebodohan' PAS. Ini hanya hubungan taktikal Tun M 'memijak' ideologi PAS.


3.  PAS terpaksa telan ucapan Tun M dulu: 'Mangsa Memali mati katak, bukan syahid (2018)' dan juga 'PAS kini parti kafir (2022)'.


4.  PAS membenarkan dirinya 'ditunggang' oleh Tun M bertujuan melemahkan pengaruh PMX. 


5.  Kalau PAS fikirkan soal rakyat, sepatutnya binalah hubungan baik dengan Kerajaan MADANI kerana kebergantungan tinggi kesemua 4 negeri ini kepada pusat.


6.  Terengganu yang PAS anggap kaya itu pun bukanlah kerana kecekapan MB PAS menjana hasil (hanya 14%), tetapi kerana Wang Ehsan RM1 bilion ke RM2 bilion setiap tahun. Tugasnya hanya belanja, bukan cari duit seperti negeri lain yang jauh lebih baik.


7.  Cuba letak Dr Sam di negeri yang tiada Wang Ehsan, nescaya terkial-kial. Sebab itu lucu bila PAS calonkannya 'PM Tepi PAS' ganti Muhyiddin. Dia jaguh kampung sahaja dan Negara jiran pun mungkin tidak kenal. Masuk Parlimen pun senyap seperti tertelan mikrofon dan tiada impak.


8.  SG4 ni seolah-olah PAS berkubu dalam kelompok sendiri untuk melemahkan diri sendiri bersama dengan negeri-negeri miskin yang lain.


9.  Sepatutnya mereka bina hubungan baik dan bukan bermusuh dengan negeri-negeri kaya agar limpahan kekayaan dapat dijana bersama. Itu lebih berpotensi tinggi uruskan hasil bumi negeri.


10.  Yang paling 'loser' dan terkial-kial dalam SG4: BERSATU dan Muhyiddin. Ini usaha PAS merendahkan kepimpinan BERSATU dalam PN. Kesian.



JANGAN BAGIBLEPAS.. MENGANIAYAI ANAK MALAYSIA


 Ibrahim Mat Isa


Bersatu meroyan padahal projek yang telan berbilion ringgit itu menyusahkan semua guru Malaysia. Siapa menterinya pada masa itu? Dia ialah Muhyiddin Yassin! Pasal dia Dr Maszlee Malik dibuang oleh Dr Mahathir. Jangan bagi chance penyamun lepaskan diri!



Sesi Soal Jawab PM Anwar Ibrahim di Sesi Plenari Forum Ekonomi Timur Ke-...

5 SEPT 2024 – UCAPTAMA PERDANA MENTERI SEMPENA EASTERN ECONOMIC FORUM EE...

PM Anwar Ibrahim - Walkabout @ Far East Street Exhibition, Vladivostok, ...



Usai pertemuan dan sidang media bersama media Malaysia, PM Anwar Ibrahim langsung ke tapak pameran bersempena Forum Ekonomi Timur Ke-9 (EEF 2024) di Vladivostok. Pameran ini memberi tumpuan utama kepada pelbagai budaya dari pelbagai etnik rakyat Rusia dari pelbagai wilayah dan republik yang membentuk keseluruhan Persekutuan Rusia. Di ruang yang sama juga ditonjolkan bagaimana wilayah Timur Hujung Rusia ini dibangunkan atas nama kesejahteraan sejak dulu hingga sekarang dengan pelbagai projek pembangunan dan ekonomi yang ternyata memberi nilai tambah kepada tahap kehidupan masyarakat di wilayah ini dan akan terus menyemarak.


[panas] FAISAL DISIASAT POLIS KERANA MEMFITNAH! BEKAS YB PENGKHIANAT KES...



Selepas mengeluarkan kenyataan yang didakwa berbaur fitnah terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya hari ini, untuk dirakam percakapan. Ketua Penerangan Bersatu berkenaan yang diiringi beberapa penyokong memasuki IPD Putrajaya secara bersendirian jam 3 petang tadi, memetik BH. Tun Faisal sewaktu sidang media di lokasi berasingan memberitahu bahawa pihak polis memintanya hadir bagi dirakam percakapan. Ia mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988 berkaitan kenyataannya yang dimuat naik di Facebook. Untuk rekod, Tun Faisal menyertai Bersatu berkuat kuasa 9 Julai 2023. Pada 30 Ogos lalu, Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan membuat laporan polis di Balai Polis Setapak terhadap Tun Faisal yang juga bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Putrajaya. Laporan itu susulan artikel berbaur fitnah terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Presiden UMNO berhubung isu pelantikan Perdana Menteri oleh yang di-Pertuan Agong ke-16. Ketua Penerangannya, Nasrun Nasaruddin berkata, hantaran pada 27 Ogos lalu itu juga mencabar kredibiliti Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam urusan lantikan Perdana Menteri.




SOALAN PANAS DIAJUHKAN KEPADA DS ANWAR PMX NAMUN DIJAWAB DENGAN MANTAP D...

SG4 KA APA KA... KITA LIHAT SAJA.

 

Siapa agaknya pihak yang macam 𝗸𝗲𝗿𝗮 𝗸𝗲𝗻𝗮 𝗯𝗲𝗹𝗮𝗰𝗮𝗻 disebabkan REE tu eh? Yang aku nampak macam 𝘁𝗮𝗸 𝗮𝗱𝗮 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗶 𝗽𝗲𝗿𝗵𝗮𝘁𝗶𝗮𝗻 𝗽𝘂𝗻 kepada mesyuarat SG4 baru-baru ni.



Kita tak heran pun dengan REE di SG4. Sebab kita dah kenal sangat pemimpin PN. Semuanya jenis 𝘀𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗲𝗿𝗮𝘀. Muka macam pemimpin PN bercakap, dengar je cukup la. Rugi kalau percaya.


Tapi nanti ada orang tak nak di kilang proses REE tu? Sebab rakyat SG4 majoritinya bekerja di negeri lain. Ke 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗕𝗮𝗻𝗴𝗹𝗮 𝗸𝗲𝗿𝗷𝗮? Lagi pun, nak eksport nanti ikut pelabuhan atau 𝘢𝘪𝘳𝘱𝘰𝘳𝘵 mana tu?


Kita ni takdenya nak cemburu pencapaian orang lain. Kita 𝗯𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝘄𝗮𝗹𝗮𝘂𝗻. Benda baik pun sengaja 𝘴𝘱𝘪𝘯 sebab 𝗻𝗮𝗸 𝗯𝗮𝗴𝗶 𝗻𝗮𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗯𝘂𝗿𝘂𝗸. Sebab dalam hati tu penuh iblis bersarang.


Bagus la kalau REE mampu buat SG4  jadi kaya. Jadi nanti tak adalah dengar rengekan 𝗻𝗮𝗸 𝗽𝗲𝗿𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸𝗮𝗻 macam sekarang. Cumanya kalau tak berjaya, 𝗷𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝙥𝙡𝙖𝙮 𝙫𝙞𝙘𝙩𝙞𝙢 dan 𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗮𝗶𝗻 pulak macam selalu. Guane boh?


 

Raja Gelap II 


.

SEBAB PENGREDAN SAMA

 Sham Ghaz


1. Inilah antara sebab utama secara fizikal mengapa beras SST5 (Super Spesial Tempatan 5%) disalin kampit dan dijual sebagai SI5 (Super Import 5%).



2. Teksturnya hampir sama, kandunganan amilosanya hampir sama, bentuk fizikalnya serupa, bila dikilang dengan baik wajah kosmetiknya pun sama.


3. Yang paling menarik, ukuran purata panjangnya pun sama, iaitu lebih kurang 7mm.



WALAU NEGARA KECIL. KITA SEPENTAS DENGAN NEGARA BESAR


Najib Bakar


 Kenapa Presiden Russia dan wakil China boleh nak duduk sepentas berforum dengan PM dari negara kecil seperti Malaysia? 



Dua negara besar kuasa dunia yang ada kuasa veto di PBB dan ada senjata nuklear.


Bagi aku, PMX Anwar Ibrahim bukan sahaja mewakili Malaysia, tetapi juga mewakili umat Islam sejagat.


Owh, kecuali Russila la.



SOKONGAN TERHADAP PALESTINE DI RUSSIA.


 

ANWAR BEDUCAP DI RUSSIA


 

ANWAR BERUCAP DI RUSSIA