Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim yesterday accused his country’s government of seeking to convict him quickly of sodomy as part of efforts to deflect attention against its own woes.
|
Anwar hits out after trial setback
Polis kepung Kolej Keris Mas UKM petang ini!
KUALA LUMPUR : 'Roadshow' dan kempen membantah keputusan pilihan raya kampus yang diadakan bermula petang ini di Kolej Keris Mas UKM, gagal apabila polis bertindak awal mengepung kolej kediaman tersebut bagi menghalang pergerakan kempen anjuran mahasiswa Pro Mahasiswa itu.
"Polis telah kepung Kolej Keris Mas untuk menghalang mahasiswa masuk ke kolej tersebut petang ini dan mereka meminta pimpinan pelajar bertemu mereka untuk berbincang," demikian menurut Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Muhammad Hilman Idham ketika menghubungi erapakatan.com di sini petang ini.
"Mereka bertemu pimpinan pelajar itu sejak 4:30 petang tadi, tapi pimpinan Pro M UKM enggan menemui mereka," kata beliau.
Tambah Muhammad Hilman, bermula jam 6:00 petang, pihak polis mula memasuki kawasan kampus dan terus mengepung Kolej Keris Mas.
Ketika ditanya erapakatan.com berhubung acara-acara malam ini yang menyebabkan polis bertindak menyerbu kumpulan itu, beliau berkata, acara tersebut hanya kempen-kempen biasa.
"Sekarang waktu Maghrib. Kami cuma mengadakan solat Maghrib selepas ini. Kemudiannya, akan ada sedikit tazkirah, disusuli ceramah selepas ini. Kemudian, kita akan keluar ke setiap kolej kediaman dan buat sedikit edaran nota-nota ringkas berhubung penjelasan terhadap isu yang berlaku baru-baru ini.
Kempen dan 'roadshow' berpindah ke Kolej Pendeta Zaa'ba
"Tapi, oleh kerana pihak polis masih mengepung kolej kediaman Keris Mas, maka kami terpaksa mengalihkan rancangan kami. Selepas ini, kami mungkin ke Kolej Pendeta Zaa'ba bagi meneruskan kempen kami," kata beliau lagi.
Kolej Pendeta Zaaba adalah antara kolej kediaman terbaru dan kolej terbesar di kampus berkenaan.
"Sekarang, kita sedang menuju ke sana (Kolej Pendeta Zaa'ba)," kata Muhammad Hilman.
Mengulas perkembangan terbaru, beliau berkata, Timbalan Naib Canselor UKM kini sudah mula membuka ruang ke atas mana-mana mahasiswa yang ingin membuat bantahan ke atas perjalanan pilihan raya kampus baru-baru ini.
"Mahasiswa boleh kemukakan bantahan itu selewat-lewatnya pada jam 5 petang, Isnin depan.
"Dan, TNC UKM akan mengumumkan keputusan berhubung bantahan tersebut pada keesokan harinya," kata Muhammad Hilman.