NAJIB BOSSKU KENA CUKAI BILLION
RINA HAMZAH
Alhamdulillah.. akhirnya Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bekas PM Najib perlu bayar RM1.69 bilion cukai LHDN.
Kalau cukai income Najib saja dah RM1.69 bilion, berapa pendapatan sebenar Najib !!!
RINA HAMZAH
Dari mana dia dapat 'income' sebanyak itu ??!.. dari sumber halal atau haram ??!.. Kalau dari sumber halal kenapa takut sgt nak bayar cukai, ke dari sumber haram..
SEBAB ITULAH, kenapa pemimpin² UMNO & PAS dalam PN sehingga kini tak berani nak isytiharkan aset mereka..
"Penyamun & penyangak mana boleh isytihar harta. Kalau isytihar harta, maka keselamatan mereka akan terjejas" - WALAUN
Sumber:
https://twitter.com/bernamadotcom/status/1285842381690925056
Alhamdulillah.. akhirnya Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bekas PM Najib perlu bayar RM1.69 bilion cukai LHDN.
Kalau cukai income Najib saja dah RM1.69 bilion, berapa pendapatan sebenar Najib !!!
RINA HAMZAH
Dari mana dia dapat 'income' sebanyak itu ??!.. dari sumber halal atau haram ??!.. Kalau dari sumber halal kenapa takut sgt nak bayar cukai, ke dari sumber haram..
SEBAB ITULAH, kenapa pemimpin² UMNO & PAS dalam PN sehingga kini tak berani nak isytiharkan aset mereka..
"Penyamun & penyangak mana boleh isytihar harta. Kalau isytihar harta, maka keselamatan mereka akan terjejas" - WALAUN
Sumber:
https://twitter.com/bernamadotcom/status/1285842381690925056
BOSSKU...HAH TERSUNGKUR LAYU
NIZAM AKA
✓ Najib pernah terkejut..Rosmah pun pernah terkejut..Walaun-walaun Pasmno bila pula nak rasa terkejut?..
✓ Mungkin tak akan terkejut kot sebab orang yang tak ada otak tak mungkin ada perasaan terkejut..
✓ Berapa kerap rakyat Malaysia yang Super Kaya Raya secara individu hingga cukai pendapatan sahaja berjumlah berbillion ringgit?Rasa-rasanya Najib seorang sahaja..
✓ Berapa ramai PM dan Jemaah Menteri Malaysia yang memiliki pendapatan beratus juta ringgit setahun sejak Pm 1 hingga Pm 8? Jawabnya hanya Najib seorang..
✓ Berapa ramai individu dalam Malaysia yang mendapat pendapatan sebanyak RM891,573,465.46 Setahun? Rasa-rasanya hanya Najib seorang sahaja sejak lebih 60 tauhn lalu..
✓ Yang tentu geng-geng penjilat tegar tentu bangga tahap kembang lubang hidung setiap kali mnyambut kedatangan bossku..
✓ On the way balik program,walaun-walaun pasmno singgah ekdai hardware nak beli zink 5 keping nak baiki atap yang dah bertahun-tahun bocor..Itu aje lah standard walaun-walaun..
KERAJAAN WARISAN SABAH TERGUGAT DENGAN PEMBEBASAN MUSA AMAN ?
KENYATAAN MEDIA YB BEN CHONG CHEN BIN ADUN N2 TANJUNG KAPOR
KUDAT : Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Kapor, Ben Chong hari ini sekali lagi menyatakan pendirian beliau akan terus kekal bersama Parti Warisan Sabah.
Kenyataan ini sekaligus menafikan khabar angin yang berlegar sejak petang kelmarin bahawa Pembantu Menteri Perdagangan dan Industri Sabah itu sudah menandatangi Statutory Declaration (SD) untuk menyokong Tan Sri Musa Aman.
Bulan Mei lepas, Ben telah menyatakan pendirian beliau untuk kekal menghormati mandat rakyat Tanjung Kapor yang mengundi beliau atas tiket Parti Warisan Sabah.
“Tiada sebab kenapa saya perlu mengkhianati rakyat di kawasan saya walaupun, saya dikatakan bakal dilantik Menteri Pelajaran dan Inovasi Sabah dalam pentadbiran kerajaan baharu yang kononnya dipimpin oleh Musa sebagai Ketua Menteri.
“Saya juga sama sekali tidak akan membelot Presiden saya (Datuk Seri Shafie Apdal) yang juga Ketua Menteri Sabah serta rakan-rakan barisan kepimpinan Warisan.” tegas beliau.
Ben yang juga merupakan Ahli Majlis Tertinggi Warisan dan Naib Ketua Bahagian Warisan Kudat terkejut apabila mendapat tahu beliau berada dalam kabinet Musa dengan memegang jawatan menteri penuh.
Walau bagaimanapun, beliau mengucapkan terima kasih kepada pihak yang sengaja mereka cipta propaganda tersebut kerana memandang tinggi kedudukan beliau namun menasihati mereka agar jangan buat kerja sia-sia macam tu kerana tiada yang berubah.
“Ben Chong IS NOT FOR SALE and it’s final. Sudah-sudahlah pihak sebelah menghantar agen mereka untuk melobi saya melalui kawan-kawan rapat saya.
“Rakyat Tanjung Kapor undi saya untuk perjuangkan mereka melalui Parti Warisan Sabah. Kenapa saya perlu membelot kepercayaan yang mereka berikan pada saya hanya semata kerana tawaran Wang Ringgit yang lumayan, nilai projek beratus juta dan jawatan Menteri?”soal Ben.
Ben jelaskan, apa yang penting sekarang ialah bekerja untuk rakyat dengan seikhlas hati kerana itu adalah tanggungjawap beliau sebagai Wakil Rakyat bukan mengejar kekayaan dan jawatan.
“Saya harap kenyataan media ini dapat memberi mesej jelas kepada semua terutama sekali mereka yang berminat dengan saya yang kecil ini.” ujar Ben mengakhiri kenyataan beliau.
#TatapWarisan
#kekalberprinsip
UNTUNG PAS ADA DALAM KERAJAAN. AKHIRNYA ISLAM BERJAYA DI DAULATKAN
Kempen Sayangi Minyak Sawitku yang dimulakan kerajaan Pakatan Harapan (PH), kini sudah dijenamakan semula dengan nama baru – Sawit Anugerah Tuhan.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Mohd Khairuddin Aman Razali di Dewan Rakyat hari ini dengan menyifatkan nama baru itu adalah “lebih baik” berbanding sebelumnya.
Mohd Khairuddin (PAS- Kuala Nerus) menjawab soalan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR- Hang Tuah Jaya) yang bertanya sama ada kempen Sayangi Minyak Sawitku akan diteruskan di bawah kerajaan sekarang atau tidak.
“Saya telah bergerak untuk mengubah kempen itu kepada yang lebih baik, Insya-Allah, namanya iaitu Sawit Anugerah Tuhan.
“Itu pendekatan saya sepanjang saya menjadi menteri,” katanya.
Kempen Sayangi Minyak Sawitku dilancarkan Januari tahun lalu oleh mantan Menter Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim (PH-Seputeh) bagi memerangi kempen antisawit dari negara-negara luar.
Ini termasuklah saranan meminum sesudu minyak sawit merah setiap hari.
Kok bagaimanapun menjadi bahan sendaan, ejekan dan kecaman atas usaha tersebut.
Bagaimanapun pada 9 Julai lalu, Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menegaskan amalan meminum minyak sawit merah memang digalakkan kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi, termasuklah vitamin A dan E yang baik untuk jantung, kesihatan mental, untuk diabetes dan sebagainya.
TUN M MASUK WARISAN PENINGKAN KEPALA SHAFIE APDAL?
Tun M masuk Warisan peningkan kepala Shafie Apdal?
Kemungkinan masuknya Tun Mahathir ke dalam parti Warisan tidak boleh ditolak memandangkan beliau telah dipecat oleh parti yang diasaskannya, Bersatu sebelum ini.
Namun penyertaan Dr Mahathir bagi penganalisis politik akan mengundang kesukaran kepada Warisan berdepan para penyokong mereka.
Demikian kata Arnold Puyok dari Universiti Malaysia Sarawak.
“Mereka perlu jelaskan fokus parti, hala tujunya, dan wawasannya kerana Mahathir tidak dikenali sebagai seorang yang menyokong autonomi untuk Sabah,” katanya dipetik FMT.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Warisan, Liew Vui Keong baru-baru ini yang menjawab laporan tentang spekulasi mengatakan bekas perdana menteri itu mungkin menyertai parti itu.
Liew berkata pemimpin Warisan akan perlu pertimbangkan pindaan pada perlembagaan parti bagi menjadikan ia parti nasional untuk membolehkan penyertaan Mahathir.
Puyok tidak yakin Warisan akan ada kuasa tarikan di luar Sabah.
Beliau tertanya adakah Warisan kini sedia mengendurkan fahaman hak Sabahnya dan slogan berkaitan, mengatakan ia memainkan peranan dalam kejayaan pada pilihan raya umum 2018.
Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Jeffrey Kitingan percaya Liew tidak memikirkan perkara itu semasak-masaknya sebelum membuat kenyataan itu.
Katanya, penyertaan Mahathir bermakna bekas perdana menteri itu perlu menurut perintah Presiden Shafie Apdal.
“Saya tak fikir Mahathir sedia merendahkan dirinya kecuali beliau lebih terdesak daripada Shafie,” tambahnya.
Beliau juga berkata kesediaan Warisan menerima Mahathir agak ironik memandangkan parti itu berulang kali berikrar akan menuntut semula hak ngeri mengikut Perjanjian Malaysia 1963 dan bekas perdana menteri itu didakwa menafikan hak-hak itu.
“Sekiranya Mahathir sertai parti itu dan menjadi pengerusinya, ia memberi gambaran Shafie dan partinya bawah perintah Tanah Melayu,” tambahnya.
INILAH YANG DINAMAKAN JUAL AGAMA
Bila bermusuh dengan UMNO,
Pertahan HUDUD kerana nyawa PAS..
Bila kawen dgn UMNO & MCA, dapat kuasa,
Mustahil HUDUD dilaksanakan, atas alasan masyarakat majmuk..
Selepas 62 tahun merdeka, BARU NAK KELUAR DALIL BARU sekarang Malaysia sebuah negara majmuk yang berbilang kaum dan agama ka.. ??!
Yabedabedoo !!! Kami (UMNO) dah tak kapiaq lagi.
Hebat penangan MCA walaupun hanya 2 kerusi Parlimen sahaja dah boleh tutup mulut LEBAI PAS..
TAKDIRRR BOSSKU....HAMBIK...
RINA HAMZAH
Alhamdulillah.. akhirnya Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bekas PM Najib perlu bayar RM1.69 bilion cukai LHDN.
Kalau cukai income Najib saja dah RM1.69 bilion, berapa pendapatan sebenar Najib !!!
Dari mana dia dapat 'income' sebanyak itu ??!.. dari sumber halal atau haram ??!.. Kalau dari sumber halal kenapa takut sgt nak bayar cukai, ke dari sumber haram..
SEBAB ITULAH, kenapa pemimpin² UMNO & PAS dalam PN sehingga kini tak berani nak isytiharkan aset mereka..
"Penyamun & penyangak mana boleh isytihar harta. Kalau isytihar harta, maka keselamatan mereka akan terjejas" - WALAUN
7 OGOS: TUN M SERTAI WARISAN ATAU BENTUK PARTI BAHARU?
7 Ogos: Tun M sertai warisan atau bentuk parti baharu?
Oleh: Redzuan RF8 Media
Tarikh 7 Ogos menjadi penentu sama ada Tun Mahathir akan menubuhkan parti baharu bagi meneruskan kesinabungan politiknya atau menyertai Warisan dari Sabah
Bekas Setiausaha Agung Bersatu, Senator Datuk Marzuki Yahya berkata, sebarang ketetapan hanya akan dibuat selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan sama ada membenarkan permohonan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membatalkan saman oleh Dr Mahathir dan empat yang lain berhubung tindakan pemberhentian keahlian mereka daripada parti.
Keputusan berhubung permohonan itu akan diketahui pada 7 Ogos depan.
“Kita menyambut baik cadangan Warisan tetapi buat masa ini tiada sebarang keputusan lagi.
“Jika keputusan mahkamah tidak memihak kepada kita kemungkinan akan adakan platform baharu iaitu kemungkinan besar parti baharu atau kita berbincang juga dengan Warisan.
“Bagaimanapun Warisan ialah sebahagian daripada gabungan kita bersama dengan Tun Mahathir di dalam gabungan bebas,” katanya dipetik.
Katanya, pemecatan dan perlucutan jawatan Dr Mahathir bersama yang lain tidak mengikut perlembagaan parti.
“Bersatu telah hilang hala tuju yang sebenar dan kesemua pengasas parti yang menyatakan kebenaran semua diambil tindakan. Maka ini menampakkan Bersatu ini telah ‘dihijack’ oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Maka sebab itu kita beranggapan bahawa perlu untuk kita ada platform baharu sama ada parti baharu atau kita bersama-sama dengan Warisan,” katanya.
Sementara itu, bagi mengulas sokongan terhadap parti baharu yang kemungkinan bakal diwujudkan itu, Marzuki berkata, akar umbi Bersatu masih bersama kumpulan mereka.
“Setakat hari ini akar umbi Bersatu yang bersama-sama dari awal penubuhan masih bersama dengan kita dan mereka menyatakan sokongan penuh,” katanya.
Dalam pada itu, bagi mengulas perjalanan kempen ‘blackout’ yang sedang bergerak ketika ini, Marzuki berkata, program seterusnya dijangka akan berlangsung sama ada di Perak atau di Selangor.
“Kempen black out ini untuk kita menyatakan ketidaksokongan terhadap apa yang dilakukan oleh kepimpinan parti, terutama bekerjasama dengan UMNO dan Pas.
“Bagaimanapun, kita belum putuskan lagi (di mana program seterusnya), kemungkinan kita akan adakan di Perak atau Selangor dan kemungkinan besar di Melaka,” katanya.
SELEPAS SETAHUN BERSAMA UMNO, PAS PRO-LIBERAL, KLEPTOKRAT
Selepas setahun bersama Umno, Pas pro-liberal, kleptokrat
Oleh: Redzuan RF8 Media
Tindakan Pas bersekongkol dengan pemimpin Umno yang masih terpalit pelbagai tuduhan rasuah tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia yang berfikiran waras.
Menurut Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke 14 lalu Pas bersungguh-sungguh menafikan mereka bekerjasama dengan BN dan meletakkan calon di setiap kerusi Melayu atau campuran menentang Pakatan Harapan (PH).
Katanya, Pas ketika itu berjaya mendapatkan undi rakyat dengan imej perjuangan suci mereka tetapi kemudian menggunakan mandat yang diperolehi untuk bekerjasama pula membebaskan kleptokrat.
“Pas menafikan sebelum ini mereka bersama kleptokrat. Kononnya kalau bersama, lebih baik bubar Pas daripada menyokong pengkhianat rakyat. Tetapi hari ini mereka angkat kembali pengkhianat yang menguasai kerajaan di bawah pemerintahan PM Muhyiddin sebagai permulaan untuk bebaskan kleptokrat daripada kes-kes rasuah.
“Inilah yang dinamakan pedagang agama. Mereka (Pas) sanggup bersatu (dalam Perikatan Nasional). Sebab itu skandal yang dilakukan pimpinan Pas tidak diambil tindakan oleh Pas Pusat,” katanya dipetik.
Justeru, Mahfuz meminta ahli dan penyokong Pas bermuhasabah serta menilai perjuangan parti agama itu yang kebelakangan ini mempunyai ‘saham besar’ dalam pembebasan beberapa ‘jerung’ perasuah di mahkamah.
Mengulas pelantikan Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang sebelum ini dianggap Pas sebagai liberal, Mahfuz berkata, bukan sahaja ahli Pas di negeri kelahirannya Kedah, malah di seluruh negara terkejut dengan sokongan Pas itu.
Katanya, dukungan Pas ke atas pelantikan Datuk Azhar Azizan@Harun dan Datuk Seri Azalina Othman Said yang diusulkan Muhyiddin membuktikan parti itu telah bersetuju dengan agenda liberal.
“Saya lihat bukan sahaja di Kedah tetapi seluruh Malaysia ahli-ahli Pas terkejut dengan perubahan sikap yang menjurus ke arah liberal.
“Dulu Pas kecam Azhar waktu PH lantik dia jadi Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi hari ini Pas sokong pula orang yang dia kecam. Dan saya lihat rata-rata ahli Pas tidak gembira dengan perkembangan ini.
“Dulu masa saya keluar Pas, pernah dikatakan Mahfuz orang sudah lama mati cuma baru nak ditanam sahaja kerana melanggar sumpah laknat, baiah dan sebagainya.
“Datuk Kamaruddin Jaafar dilabel seolah-olah menceraikan isteri dengan talak tiga. Tetapi sekarang Pas terima (Kamaruddin sebagai sekutu). Membuktikan sebenarnya tiada masalah (langgar baiah) keluar Pas. Dan tindakan Pas ini menunjukkan bahawa dakwaan saya betul kerana mereka ini liberal (pragmatis),” katanya.
Bagaimanapun Mahfuz berpendapat, rakyat semakin bijak menilai putar belit Pas, khususnya di negeri lingkaran Melayu, Kedah, Kelantan dan Terengganu.
Mereka tidak lagi mudah termakan retorik politik. Biarpun kelihatan penyatuan Pas dan Umno agak kuat namun, katanya belum tentu pengundi kedua-dua parti akan mengundi mereka sekali lagi dalam PRU ke 15.
Warisan boleh hancur jika Mahathir sertainya, MT Umno beri amaran
Cadangan agar Tun Dr Mahathir Mohamad menyertai Warisan sangat tidak disenangi oleh Umno sehingga Anggota Majlis Tertinggi parti itu memberikan amaran bahawa Warisan boleh hancur jika menerima bekas Perdana Menteri itu sebagai ahli mereka.
“Bersediakah Warisan terima Mahathir sebagai ahli. Tun adalah ‘trouble maker’ dan pemecah belah,” kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Puad Zarkashi.
Bagi Puad, setelah merosakkan Pakatan Harapan (PH), Tun Mahathir selepas ini akan menjadikan Warisan sebagai mangsa seterusnya.
“Setelah rosakkan PH, Warisan mangsa seterusnya,” kata Puad memberikan amaran kepada Warisan melalui facebook beliau.
Katanya, Warisan adalah “Sabah based party”.
“Baguslah kalau boleh terima Mahathir. Tapi Tun M mesti mahu jadi ketua. Mana boleh dia duduk di bawah.
“Silap haribulan, sebelum sempat dia jadi ahli, Warisan Sabah sudah tumbang. Warisan adalah kerajaan pintu belakang,” kata bekas Ketua Pengarah Jasa, badan yang menjadi badan propaganda kerajaan Barisan Nasional sebelum ini.
Warisan sedia pertimbang penyertaan Mahathir
Sebelum ini, media melaporkan, Warisan sedia mempertimbangkan untuk mengubah perlembagaan parti itu sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad berhasrat menyertai mereka.
Pengerusi Tetap Warisan, Datuk Liew Vui Keong berkata, penyertaan bekas Perdana Menteri itu dalam Warisan berkemungkinan boleh berlaku.
Bagaimanapun katanya, jika perkara itu berlaku, perlembagaan parti tersebut perlu diubah terlebih dahulu.
“Setakat ini parti Warisan hanya tertumpu kepada negeri Sabah tetapi perlembagaan boleh ditukar untuk menjadikannya Parti Warisan Malaysia.
“Sekiranya ada ahli Parlimen lain yang ingin bersama-sama dengan perjuangan Warisan, saya rasa kita boleh mempertimbangkan perkara ini kepada parti,” katanya ketika ditemui dalam lawatan kerja di Kampung Sirabut.
Sebelum ini, ada pihak mencadangkan Ahli Parlimen Langkawi yang mencalonkan Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sebagai Perdana Menteri itu menyertai parti berkenaan.
Terdahulu, pengasas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu mengumumkan berada di blok Bebas dan mengumumkan menyokong Warisan.
Bersama-sama Dr Mahathir empat lagi ahli Parlimen lain ialah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik; Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah dan Ahli Parlimen Seri Gading, Datuk Dr Sharuddin Md Salleh.
Golongan muda perlukan lanjutan moratorium
Pada
oleh PENTADBIR
Oleh Edry Faizal Eddy Yusof
(Adun Dusun Tua dan Ahli Majlis Eksekutif DAPSY Kebangsaan)
Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan memanjangkan tempoh moratarium pembayaran pinjaman bank selepas September. Ini adalah sangat membimbangkan kerana banyak pihak termasuk persatuan perniagaan dan kesatuan pekerja telah memohon agar tempoh moratarium ini dipanjangkan selama 6 bulan lagi.
Alasan yang diberikan adalah kerana kebanyakan perniagaan dan perusahaan sudah mula beroperasi dan kebanyakan peminjam, baik syarikat atau individu, sudah mampu untuk membayar pinjaman mereka. Mereka yang masih memerlukan bantuan untuk membayar pinjaman mereka telah disarankan untuk berbincang sendiri dengan pihak bank.
Saya ingin menarik perhatian Menteri Kewangan terhadap situasi sebenar keadaan di bawah. Walaupun sudah banyak perniagaan dan perusahaan mula beroperasi, keadaan ekonomi yang lemah mengakibatkan aliran tunai mereka masih belum stabil untuk membolehkan mereka dapat membayar pinjaman bank seperti biasa. Sektor-sektor seperti perkhidmatan, penerbangan, pelancongan dan hospitaliti masih teruk terkesan akibat krisis Covid-19.
Sebagaiman dilaporkan, kadar pengangguran semakin meningkat naik. Ini bukan sahaja menunjukkan perniagaan dan perusahaan tidak kembali pulih seperti sediakala namun terpaksa mengecilkan perniagaan dan mengurangkan kos dengan memberhentikan pekerja.
Golongan muda paling terjejas
Golongan yang mendapat perhatian saya adalah golongan muda yang berkeluarga. Mereka yang baru mula berkeluarga, tinggal di bandar, mempunyai tanggungan kewangan yang tinggi berbanding pendapatan tetapi telah hilang pendapatan dan pekerjaan disebabkan krisis ekonomi Covid-19.
Golongan muda adalah golongan yang paling berdedah kepada pengangguran. Ini terbukti di mana pada bulan April apabila kadar pengangguran kebangsaan meningkat kepada 5.0 peratus daripada 3.9 peratus dalam bulan Mac, kadar untuk golongan muda berumur dari 15 ke 30 tahun 7.8 peratus kepada 9.0 peratus.
Data daripada Employment Insurance System oleh PERKESO juga menyebutkan bahawa sememangnya yang paling terjejas adalah golongan muda, dengan 6 peratus kehilangan pekerjaan adalah dari kalangan pekerja berusia 40 tahun ke bawah. Daripada kumpulan itu, 29 peratus darinya adalah berusia 30 tahun ke bawah.
Apabila moratarium pembayaran pinjaman bank diperkenalkan, perbelanjaan bulanan isi rumah berkurangan sehingga 50 peratus. Walaupun ada golongan muda yang tidak terkesan daripada segi pekerjaan dan pendapatan dalam tempoh PKP, mereka turut mengambil moratarium ini supaya sebarang penjimatan perbelanjaan dapat disimpan untuk tabung kecemasan seandainya keadaan ekonomi semakin buruk atau sekiranya mereka hilang sumber pendapatan pada masa hadapan.
Kepada golongan muda yang hilang pekerjaan dan hilang pendapatan, moratorium ini tentulah sangat membantu mereka. Dengan keadaan ekonomi yang masih mencabar dan peningkatan jumlah mereka yang menganggur dan hilang pekerjaan, 800,000 orang yang menganggur, yang majoritinya sudah tentulah daripada golongan muda pastinya tidak dapat kembali bekerja seawal September ini.
Jangan mangsakan golongan muda
Saya menyarankan agar kerajaan jika tidak dapat memanjangkan moratarium ini secara keseluruhan seperti sebelum ini, dapat menjadi pengurus dan orang tengah untuk satu program moratarium bersama pihak bank khususnya demi manfaat golongan yang masih memerlukan seperti golongan muda berkeluarga yang hilang pendapatan dan pekerjaan.
Membiarkan golongan yang memerlukan pemanjangan moratarium selepas September untuk berurusan sendiri dengan pihak bank tentulah akan melibatkan lebih banyak syarat dan sekatan yang akan dikenakan oleh pihak bank. Sudah tentu kesan terus adalah berlakunya kejadian seperti kereta dan rumah mereka ditarik dan disita pihak bank. Apa yang lebih merisaukan adalah kesan sosial terhadap golongan ini dan keluarga mereka apabila berlakunya kesempitan kewangan dan kehidupan.
Tayang gaya hidup mewah boleh diharap perjuang nasib rakyat?
Cuba fikir sejenak, layakkah orang yang selalu berkongsikan gambar-gambar kemewahan dalam Facebook diangkat menjadi pemimpin anak muda?
Golongan sebegini hanya mahu jadi freeloader dalam politik dengan menumpang populariti individu lain untuk laba peribadi.
Mereka kebiasaannya tiada idea progresif dan tiada usaha untuk tonjolkan diri sebagai pemimpin membantu rakan-rakan ahli bawahan serta masyarakat setempat.
Kita yang marhaen hanya didekati dengan kata-kata harapan manis apabila tiba musim pemilihan parti dan pilihanraya.
Selepas menang, merekalah paling untung besar dengan jawatan dan projek tetapi yang menyokong mereka tetap hidup seperti biasa.
Mentaliti hamba bertuan seperti zaman feudal raja-raja dahulu masih kuat dalam kepercayaan masyarakat Melayu.
Oleh sebab itu, generasi pengundi muda wajar dididik untuk mengangkat pemimpin yang bekerja dan berkorban meringankan kesusahan masyarakat dengan mengatasi kepentingan peribadi.
Ubahlah legasi ‘political warlord’ kepada merakyatkan politik Malaysia.
DULU KATA PH SEMBUNYIKAN PEMBUNUH ADIB?
Dulu kata PH sembunyikan pembunuh Adib?
Oleh: Pentadbir
Kredit: Omar Mat Nor
Genap setahun….
Dulu cakap pung pang pung pang, kononnya kerajaan PH hantar pembunuh Adib keluar negara dan Tony Thomas terlibat sama. Tapi sekarang dah tak ada protes dan kemana pergi pembela Adib.
Begini lah nasib Adib bila mereka dah dapat jawatan dalam kerajaan.
PRU 15 MUNGKIN HUJUNG TAHUN, MUKTAMADKAN SEGERA ANWAR PM KE 9
PRU 15 mungkin hujung tahun, muktamadkan segera Anwar PM ke 9
Oleh: Selena Tay
Isu calon Perdana Menteri dari Pakatan Harapan (PH) perlu dimutamadkan segera dalam suasana ekonomi negara yang mula meleset dan ketidakstabilan pemerintahan Perikatan Nasional (PN).
Bagi ADUN Sungai Pelek yang juga pemimpin NGO Otai Reformasi 1998, Ronnie Liu Tian Khiew, hanya Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja yang layak dan perlu dinobatkan sebagai calon PM dari PH, bukannya Shafie Apdal atau sesiapa yang lain.
Hal itu penting katanya, jika Parlimen dibubarkan dalam masa terdekat dan PH tidak boleh dilihat dalam keadaan tercari-cari calon PM.
“Sepatutnya isu calon PM jangan dibangkitkan lagi. Pandangan peribadi saya, kita semua dalam PH mesti menyokong Anwar Ibrahim sebagai PM. Kalau perkara ini masih belum atau sukar dibuat keputusan, maka rakyat akan hilang keyakinan terhadap PH yang kelihatan tidak mampu membuat keputusan.
“Jangan lagi berdolak-dalik. Saya telah bersembang dengan ramai penyokong dan pendokong PH dan semuanya bersetuju Anwar dijadikan calon PM ke-9.
“Di masa ekonomi dunia dan ekonomi negara mengalami kelembapan serta situasi wabak Covid-19 yang masih menular di seluruh dunia, kita di dalam koalisi PH mesti cepat memuktamadkan isu calon PM. Dulu sebelum PRU14, semua pihak telah bersetuju bahawa Anwar menjadi PM ke-8. Justeru, kita terus sahaja melaksanakan persetujuan ini,” katanya kepada Suara Pakatan Daily.
Dalam pada itu, Ronnie memberitahu walaupun Malaysia berada pada tahap Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan kembali membuka sepenuhnya aktiviti ekonomi, tinjauan di kedai-kedai runcit dan rangkaian pasar raya besar mendapati jumlah pengunjung berkurangan berbanding era sebelum PKP dilaksanakan.
“Sekarang orang membeli barang keperluan sahaja. Kedai barangan mewah kebanyakannya sunyi-sepi. Pelabur tempatan dalam situasi was-was serta belum bersedia melabur dalam projek besar-besaran. Semua orang berjimat disebabkan keadaan yang tidak menentu. Ekonomi negara amat perlu dibaik-pulih pada kadar segera.
“Umum tahu dalam PN, percaturan politik sedang berlaku di antara beberapa puak. Ini bermakna situasi dalam PN tidak stabil. Siapa berani melaburkan modal dalam keadaan seperti ini?
“Kalau situasi begini terus berlanjutan untuk 3 tahun lagi, maka susah untuk rakyat dan negara kita.
“Oleh itu, apabila berdepan dengan pihak lawan seperti PN yang tidak stabil, kita dalam PH mesti memberi rakyat satu isyarat kestabilan dan keyakinan dengan nama Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan kita harus memberi satu penetapan tegas dalam isu ini,” katanya lagi.
Subscribe to:
Posts (Atom)