ABDULLAH MAT ISA
FBI beritahu di Mahkamah Amerika ...derma Arab tidak pernah wujud) maksudnya tiada apa-apa derma Arab dan FBI confirm bahawa Najib Razak curi RM 3.2 billion + Reza curi RM 1 billion dan Jho Low curi RM 6 billion
ABDULLAH MAT ISA
FBI beritahu di Mahkamah Amerika ...derma Arab tidak pernah wujud) maksudnya tiada apa-apa derma Arab dan FBI confirm bahawa Najib Razak curi RM 3.2 billion + Reza curi RM 1 billion dan Jho Low curi RM 6 billion
Dua tahun selepas Langkah Sheraton yang menyaksikan penyokong pemimpin KEADILAN yang berkhianat meninggalkan perjuangan reformasi, nasib mereka dilihat lebih buruk bersama PN berbanding di dalam parti.
Hal itu diungkapkan oleh calon Ketua Cabang Gombak, Datuk Seri Amirudin Shari dalam ucapan perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) Gombak, semalam.
Dalam ucapan beliau itu, Amirudin menekankan perlunya anggota KEADILAN meneruskan perjuangan dan menolak sebarang usaha untuk memecah belahkan akar umbi bagi mengelakkan terjadi sekali lagi peristiwa 2 tahun lalu.
“Perlu kita pertahankan semangat muafakat yang menjadi kekuatan kita selama ini. Ini bukan soal jawatan MB, Ketua Cabang, YB, ahli majlis. Ini soal perjuangan teras. Kita hampir hampir berjaya untuk melakukan (reformasi total) tetapi dikhianati. Mereka yang mengkhianat ini sebenarnya terbawa bawa elemen yang anti reformasi
“Gerakan memecah belah bermula dengan bisik bisik, hasut menghasut, diikuti tindakan tertentu yang memecah belahkan
“Akhirnya mereka yang ikut Langkah Sheraton itu menjadi hamba dan macai Umno. Mereka akan diperguna oleh Umno BN dan akhirnya mereka akan dibuang ke tepi.
“Tetapi kalau kita utuh dengan perjuangan ini yang lebih 20 tahun, bagaimana gelombang (membadai) sekali pun kita masih boleh move on kerana perjuangan kebenaran ini,” katanya.
Sebelum itu, Amirudin terlebih dahulu mengucapkan penghargaan kepada anggota Cabang Gombak yang masih kekal bersama KEADILAN walaupun dipujuk untuk berkhianat oleh pemimpin tertentu.
“Saya ucap ribuan terima kasih kepada pimpinan Cabang, Angkatan Muda KEADILAN dan Wanita yang kukuh berdiri dan tidak mengikut beberapa individu yang sangat berpengaruh untuk memastikan usaha kita mengekalkan KEADILAN sebagai salah satu penggerak politik di Gombak, memastikan KEADILAN berdiri megah di bumi Selangor dan memastikan perjuangan parti terus bersatu dari masa ke semasa
“Alhamdulillah 80% anggota Cabang Gombak kekal bediri kukuh dalam perjuangan reformasi. Selepas ini bagaimana kita mahu mengekalkan prestasi 4 – 0 (4 kali menang parlimen Gombak) yang kita perolehi pada pilihan raya yang lalu. Fokus dan tumpuan kita harus diberikan, dan kita harus belajar dari kesilapan peristiwa yang lalu,” katanya.
Dalam majlis itu, Menteri Besar Selangor itu juga mengumumkan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang diundang sebagai jemputan dalam MATC berkenaan, melambangkan penyatuan dalam KEADILAN dan tidak lagi wujud perbezaan dalam pemilihan kali ini.
Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, membayangkan kegiatan ‘membeli’ sokongan dalam kalangan pemimpin dan ahli parti masih terus berlaku ketika ini.
Berucap semasa penggulungan perhimpunan hari ini, bekas menteri besar Negeri Sembilan itu membangkitkan kegiatan mengedar “sampul surat putih” kepada perwakilan.
Malah katanya kegiatan tersebut turut berlaku di bahagian yang diketuainya, Rembau.
Pemberian sampul putih adalah sinonim dengan kegiatan mendapatkan sokongan sebagai tukaran kepada wang yang diberikan.
Untuk rekod Umno pernah digegarkan dengan pendedahan kegiatan politik wang yang menyaksikan ada antara pemimpinnya dikenakan tindakan seperti digantung keahlian parti.
“Balik lepas ini hentikanlah kerja edar envelope (sampul surat) putih ni. Saya cakap terang-terang, saya timbalan presiden… saya jaga parti.
“Sampaikan perwakilan saya dari Rembau pun dapat envelope putih. Nasib baik orang Rembau jujur dia pulangkan kat saya balik.
“Jangan macam tu, takkanlah bahagian datuk lembaga parti ini pun korang (kamu) nak hentam juga.. ke tersasul (tersilap langkah),” katanya.
Mohamad berkata Umno perlu menolak budaya sedemikian kerana ia tidak membantu memperkukuhkan parti sebaliknya menangi hati perwakilan dengan cara yang betul.
Katanya ahli Umno adalah orang yang “pandai” menilai dan akan memberikan sokongan kepada pihak yang betul.
Katanya, jika bahagian diketuai timbalan presiden parti pun berani ‘dilanggar’ pihak berkenaan, bagaimana dengan kawasan yang dipimpin oleh orang lain.
“Bahagian saya pun nak dilanggarnya begitu saja, bahagian timbalan presiden…” katanya kesal.
Ahli Parlimen Kuala Nerus Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali teguh dengan pendiriannya dan menegaskan tidak akan menyertai UMNO susulan tindakannya keluar daripada Pas, baru-baru ini.
Bekas Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu berkata, ramai rakan dalam Pas memberi pandangan termasuk memujuknya kembali kepada parti.
Namun buat masa ini, beliau tidak memikirkan lagi untuk kembali kepada parti itu kerana mempunyai perancangannya sendiri.
“Saya tegaskan saya tidak akan masuk UMNO.
“Ya, biasalah dalam keadaan begini memang ramai yang datang, beri pandangan bertanya khbar tapi saya ada prinsip sendiri saya akan umumkan nanti iaitu bergerak ke hadapan selepas istikharah berbincang dengan kawan saya akan umumkan,” katanya. Isnin lalu Mohd Khairuddin mengumumkan keluar daripada Pas berkuat kuasa serta-merta.
Sementara itu Mohd Khairuddin berkata, beliau tidak menyimpan perasaan kecil hati dengan Presiden Pas Tan Sri Abdul Hadi Awang kerana Islam mengajak sesama manusia terus berukhwah.
Katanya, hubungan kekal seperti biasa sebagai bekas anak murid kepada murabbi.
Saya ingin mengesahkan bahawa Ketua Pembangkang, Dato' Seri
Anwar Ibrahim telah didapati positif COVID-19 hasil ujian PCR yang dijalankan
di Parlimen hari ini.
Dato' Seri Anwar akan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh
hari mengikut protokol kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
SHUKRI SAAD
Setiausaha Sulit kepada Ketua Pembangkang
Alamak... Menteri takkan tulis di FB je? Itu kerja kami netizen. Kalau menteri kerja macam netizen, baik bagi netizen jadi menteri je.
MOHD AFENDI ABAS
Alhamdulillah Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan tegas membuat keputusan untuk tidak melayani taktik kotor Najib dan peguamnya melengahkan-lengahkan perjalanan mahkamah untuk menghumban Najib ke penjara.
PH PERLU BERGABUNG DENGAN PN ELAK KALAH PRU 15 – HASSAN KARIM
Pasca Perhimpunan Agung Umno yang berakhir semalam, parti parti pembangkang sudah boleh menjangkakan bahawa Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 pasti akan diadakan dalam beberapa bulan daripada sekarang.
Dua indikator yang diambil kira adalah ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa beliau tidak akan berlengah untuk membubar Parlimen sekiranya BN ada peluang menang, dan ucapan penggulungan Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan yang menyentuh perlunya dihormati perjanjian memorandum kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) yang bakal tamat pada Julai 2022.
Bagi Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, masa yang dimiliki oleh pembangkang, khususnya PH bagi mempersiap diri ke arah PRU sangat singkat sekitar 3 hingga 4 bulan, manakala pemilihan strategi yang paling tepat akan menentukan PH mampu bertahan atau menerima nasib malang sebagaimana dalam 3 siri Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.
Oleh itu, Hassan mencadangkan agar PH membuka seluas luasnya pintu rundingan bersama parti parti yang berminat untuk berjuang menumbangkan BN.
“Janganlah tutup kemungkinan kerjasama. Jika parti pembangkang berpecah lagi, PH akan kalah, semuanya (termasuk PN) akan kalah. Yang akan menang mudah ialah BN.
“PRU mungkin diadakan selepas Hari Raya Puasa atau seawal bulan Jun.
“Tak banyak masa yang ada untuk PH mengolah kembali kerjasama dengan parti parti pembangkang untuk mewujudkan united front atau front bersatu pembangkang bagi menewaskan BN,” katanya ketika dihubungi.
Mantan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Johor itu juga berkata, PH seharusnya memulakan siri rundingan pakatan pilihan raya (electoral pact) mulai sekarang.
Beliau mencadangkan agar PH bermula dengan MUDA sebagai sekutu dan mungkin boleh dilanjutkan kepada PN.
“Saya nasihatkan PH kuatkan perpaduannya. Kedua, PH adakan perbincangan dengan PN dan MUDA. PH sebagai gabungan teras kepada blok pembangkang, adakan persefahaman strategik dengan MUDA.
“Utamakan diplomasi bukan konfrontasi. Kurangkan prejudis. PH cukup dengan empat parti saja, KEADILAN, DAP, Amanah dan UPKO.
“Yang lain-lain tak perlu jadi anggota PH, tetapi jadi rakan strategik untuk kalahkan BN. Pintu rundingan boleh diteruskan dengan Warisan dan lain lain,” kata Hassan lagi.
Menurut beliau, biar pun idea kerjasama bersama PN dilihat menyongsang arus namun berdasarkan keputusan PRN Johor dan PH di kedudukan ketiga maka strategi seperti itu bukanlah mustahil.
Katanya, rumus kerjasama bersama PN boleh dilihat di 25 kerusi DUN daripada 56 kerusi, yang mana jika jumlah undi PH dicampurkan dengan undi PN maka BN boleh ditewaskan.
Ketidakpastian sama ada akan diteruskan pembentangan Rang Undang
undang (RUU) Anti Lompat Parti pada persidangan Dewan Rakyat sesi Mac akan
diselesaikan melalui mesyuarat Jawatankuasa Pemandu (JP) Memorandum Kerjasama
(MoU).
Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil berkata, hanya jawatankuasa pemandu mempunyai kuasa untuk memutuskan apakah yang akan berlaku kepada jadual pembentangan RUU yang akan meminda Perlembagaan Persekutuan itu.
"Mengikut laporan media, difahamkan di pihak kerajaan masih ada parti yang perlu diperoleh maklum balas. Kedua, perkara yang berhubung MoU akan dirunding dan diurus melalui Jawatankuasa Pemandu MoU
"Setakat ini kita belum terima apa apa maklumat tetapi saya lihat berkemungkinan kita akan adakan mesyuarat.
"Sekiranya ada sebarang perubahan pada rancangan membentang RUU Anti Lompat Parti maka JP MoU akan merundingkan tarikh tersebut untuk mendapat persetujuan dari semua pihak," katanya ketika dihubungi.
Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga menjelaskan, sekiranya terdapat parti yang masih memerlukan masa maka mesyuarat Jawatankuasa Pemandu akan memutuskan sama ada lanjutan tempoh boleh diberikan.
Manakala mengenai desakan agar Pakatan Harapan (PH) menarik diri daripada MoU, kata Fahmi, hal itu tidak timbul pada waktu ini.
Malah katanya, kluster mahkamah yang akan beroleh keuntungan sekiranya PH menarik diri dan kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri tumbang.
"Kita kena hati hati kerana untuk keluar dari MoU inilah yang diharapkan oleh kluster terdesak ini.
"Jangan kita masuk perangkap mereka yang mahukan kerajaan yang ada sekarang tersungkur. Kita kena berhati hati dari kluster terdesak yang mendesak. Mereka yang mahukan MoU ini gagal.
"Dalam MoU mekanisme untuk berbincang dan cari jalan dilakukan oleh JP MoU. Sekiranya ada keputusan yang dibuat (oleh pihak PH) maka ia bukan kenyataan individu tetapi melalui Majlis Presiden PH," katanya.
Mengenai hujah Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam Perhimpunan Agung Umno kononnya PH telah memperdaya PM untuk menandatangani MoU, Fahmi berkata, MoU itu diilhamkan atas titah Yang diPertuan Agong ketika mesyuarat presiden presiden parti bersama Tuanku selepas jatuhnya pentadbiran Muhyiddin, dan bukannya atas kehendak PH semata mata.
"MoU lahir dari titah Tuanku kepada presiden presiden parti yang mana Zahid sendiri hadir. Di mana yang menang tak menang semua dan kalah tak kalah semua.
"Sudah terang dan jelas apa yang dititah Tuanku, atau adakah Presiden Umno sengaja nak sembah derhaka titah Tuanku?
"Saya tak pasti sama ada Zahid dengar tetapi tak faham atau sengaja tak nak faham," katanya.
RUU Anti Lompat Parti memerlukan sokongan kedua dua pihak kerajaan dan pembangkang yang memerlukan majoriti 2/3 dalam mengubah Perlembagaan Persekutuan.
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki dipercayai mabuk yang merempuh ruang makan di luar sebuah restoran hingga mengakibatkan lapan individu cedera di Jalan Klang Lama, malam tadi, ditahan polis.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Sarifudin Mohd Salleh berkata, lelaki berumur 57 tahun itu ditahan di lokasi kejadian, pagi tadi.
Beliau berkata, lelaki itu yang memandu kereta Honda HR-V dari arah Petaling Jaya menghala ke pusat bandar hilang kawalan ketika sampai di lokasi sebelum melanggar sebuah kenderaan jenis Lexus yang diparkir di bahu kiri jalan.
“Akibat pelanggaran itu, kereta Lexus bergerak ke hadapan dan melanggar sebuah kereta Perodua Axia yang diparkir di bahagian hadapan restoran dan melanggar pelanggan yang sedang makan serta dua pejalan kaki,” katanya dalam kenyataan.
Sarifudin berkata, saringan awal mendapati kandungan alkohol dalam badan lelaki itu melebihi had ditetapkan dan kes disiasat bawah Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, orang ramai yang mempunyai pertanyaan atau maklumat boleh menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-2026 0267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Kalau dilihat kepada riuh rendahnya gendang serta paluan untuk mendesak agar PRU15 diadakan dengan segera, sama ada sebelum atau ketika sesi perbahasan PAU2021 yang berlangsung Sabtu lalu, sepatutnya sekarang ini sudah pun ada gambaran yang jelas bila Parlimen akan dibubarkan.
Tetapi, kenapa masih tidak ada?
Yang ada hanyalah ketetapan usul yang diluluskan bahawa pemilihan UMNO akan diadakan enam bulan selepas PRU15 diadakan.
Begitu pun, usul tersebut sebenarnya belum pasti benar-benar akan menjadi kenyataan kerana ia masih tertakluk kepada RoS atau Pendaftar Pertubuhan sama ada mahu memberi kebenaran atau sebaliknya.
Bagaimana jika ianya tidak diluluskan oleh RoS?
Sementara semua pembahas PAU2021 tahun ini bagai disusun-atur dengan sempurna untuk menekan serta mendesak Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob agar tidak ada pilihan selain setuju membubarkan Parlimen, apa yang berlaku akhirnya tidaklah seperti yang dijangka.
Selain Ismail Sabri dilihat langsung tidak terkesan atau tertekan dengan semua suara-suara desakan yang ditujukan kepadanya, malah pentas penggulungan PAU2021 akhirnya seperti menjadi miliknya.
Melalui beberapa pengumumannya mengenai keputusan kerajaan seperti pembelaan kepada arwah Adib Kassim yang diberi pampasan RM1.5 juta, penubuhan jawatankuasa siasatan berkaitan Tommy Thomas, pembelaan kepada kaum wanita dengan pembekuan akaun bank bekas suami agar pemberian nafkah terjamin, perkembangan ekonomi dan sebagainya, Ismail Sabri pada petang Sabtu lalu telah berjaya meraih sokongan dan tepukan gemurah dengan perwakilan turut berdiri sebagai tanda terima kasih kepadanya.
Dengan sambutan yang diterimanya, Ismail Sabri kemudian dengan santai dan tenang mengungkapkan soal PRU15 yang didesak agar beliau membubarkan Parlimen dengan segera akan dibincangkan bersama “Top Five” dalam UMNO terlebih dahulu.
Sambil menyeru agar perpaduan dan kesatuan sentiasa dirapatkan bagi memastikan kemenangan, tepukan terhadapnya terus bergema apabila beliau mengatakan tidak akan menunggu walau sesaat pun untuk membubarkan Parlimen kiranya semua pihak sudah bersedia dan kemenangan mampu dicapai.
Menegaskan beliau juga mahu BN menang dan menjadi dominan melalui PRU15, Ismail Sabri terus diberikan tepukan gemuruh dengan perwakilan berdiri beberapa kali sebagai tanda sokongan dan ingin bersama-sama dengannya.
Berikutan intipati dan kebijaksanaan Ismail Sabri dalam penampilannya itu beserta sambutan perwakilan terhadapnya, ucapan pemggulungan Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan selepas itu jadi hambar, tidak menarik, malah seperti kehilangan kata-kata dengan tempoh masa berucap yang pendek saja.
Paling tidak wajar, beliau juga cuba mempengaruhi Ismail Sabri untuk malanggar undang-undang kerajaan dengan meminta Perdana Menteri campurtangan dalam soal permohonan UMNO berkaitan usul yang telah diluluskan.
Bahkan, ucapan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi kemudian daripada itu, diperkatakan pelbagai pihak sebagai lebih banyak merapu, entah apa-apa serta tidak menarik.
Agaknya kedua-dua mereka sudah bersedia untuk menyerang Ismail Sabri kerana menjangkakan beliau akan berdalih dan terus bersilat daripada menyegerakan PRU15 sebagaimana yang didesak oleh para perwakilan.
Realitinya, dengan mengatakan akan berbincang dengan “Top Five” dalam UMNO mengenai PRU15, selain melalui beberapa pengumuman atas kedudukannya sebagai Perdana Menteri, Ismail Sabri telah berjaya menenggelamkan semua yang bakal berucap selepasnya, di samping dapat mengelakkan lidahnya daripada menuturkan perkataan setuju untuk mengadakan pilihan raya dengan segera dan sebelum pemilihan UMNO.
Dalam hal ini, perbincangan dengan “Top Five” UMNO saja tidak mungkin akan selesai dalam sekali atau dua kali pertemuan, kemudian di bawa kepada MT dan selepas itu mahu tidak mahu, perbincangan dengan parti-parti rakan yang sama-sama membentuk kerajaan pusat tentu saja tidak dapat dielakkan.
Makna kata, banyak lagi proses dan perbincangan harus dilalui selepas ini dan bererti, “game” belum lagi berakhir untuk sesiapa berharap PRU15 pasti diadakan pada tahun ini. – ShahbudinHusin 21/03/2022.
Bila penyamun &
penyangak ambil alih.
Jauh sangat
ketinggalan.
Tak kompeten tak apa.
Janji melayu Isle
perintah.
Bab rasyuah, Malaysia
number Wahid.
Pelabur gila mana nak
datang.
Desakan berterusan pemimpin Umno untuk segera dilaksanakan Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 mendapat kecaman rakyat dan memperlihatkan seolah olah parti Ketuanan Melayu itu tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai kuasa pemutus menerima atau tidak pembubaran Parlimen.
Bagi Pengarah Komunikasi KEADILAN, Fahmi Fadzil, jelas isu PRU dalam Perhimpunan Agung Umno ketika ini digerakkan oleh kelompok yang terdesak menghadapi kes mahkamah. Sedangkan, katanya rakyat dan negara tidak memerlukannya kerana tempoh penggal Parlimen ke 14 masih berbaki setahun.
“Nampaknya desakan ini mungkin dikepalai oleh kelompok yang terdesak dan mereka terdesak sebab mahukan PRU diadakan sebelum mereka dihukum mahkamah.
“Saya lihat pandangan ramai, janganlah sebab ada kelompok yang terdesak, kluster yang tersedak ini, mereka arahkan sampai seakan akan mahu tetapkan tarikh pilihan raya.
“Dalam Perlembagaan bukan kuasa menteri, jemaah menteri atau Umno (putuskan PRU). Kuasa itu mengikut Perlembagaan Persekutuan berada di tangan Yang di-Pertuan Agong.
“Jadi mereka tak boleh ketepikan fungsi dan kuasa Tuanku sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan,” katanya.
Selain itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu juga membayangkan tidak praktikalnya PRU diadakan pada tahun ini memandangkan 6 negeri telah menyatakan tidak akan mengikut langkah Kerajaan Persekutuan membubarkan Parlimen, sebaliknya mereka akan menunggu sehingga penggal DUN berakhir pada Mei tahun hadapan.
Menurut Fahmi lagi, PRU tanpa melibatkan negeri akan sangat membazir. Katanya, jika kos untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sahaja mencecah lebih RM100 juta maka berapakah kos untuk PRU dan PRN berjarak dalam tempoh beberapa bulan.
“Saya lihat banyak negeri lain umum mereka tidak akan bubar DUN lebih awal, termasuklah Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Terengganu dan Kelantan.
“Kalau nak dibuat pilihan raya, saya rasa mesti ada satu persefahaman. Supaya kos dari segi pentadbiran, dari segi perjalanan pilihan raya itu terkawal dan tidak berlipat ganda
“Paling penting kita sekarang menerima berita tentang sub varian kepada Omicron (Covid 19) yang mungkin bakal melanda dalam masa beberapa bulan,” katanya.
Fahmi juga meminta para pemimpin Umno agar menyelami derita rakyat yang mula memasuki fasa pemulihan daripada pandemik Covid 19 untuk tidak terus membebankan mereka.
Rakyat, katanya, perlu diberi masa untuk memulihkan ekonomi masing masing sebelum disibukkan dengan hal politik.
“Saya risau pada ketika kita baru nak masuk ke fasa endemik, baru nak mula berjalan semula, tiba tiba ada puak yang hanya memikirkan diri sendiri, yang sangat mementingkan diri dan mahukan semua ikut mereka sahaja.
“Kesan akhirnya (keperitan) akan dirasai oleh rakyat,” katanya lagi.