Ustaz Al Asri
Dah beras tempatan berlambak ..walaun cari beras tempatan nagasari pulak..
Serba tak kena 🤣🤣
Ustaz Al Asri
Dah beras tempatan berlambak ..walaun cari beras tempatan nagasari pulak..
Serba tak kena 🤣🤣
BILA KATA ORANG TUA BODO DAN LUPA. NANTI MARAH. ANAK MUDA TAK LUPA PUN APA YANG KAMU BUAT DULU SEWAKTU KAMU JADI KERAJAAN.
Oleh: Lokman Noor Adam
1. Di dalam podcast "Keluar Sekejap", Hamzah Zainuddin menyatakan hasrat bahawa BERSATU bersedia menjalinkan kerjasama dengan UMNO memandangkan ("kononnya") kedua-dua parti ini mempunyai asas perjuangan politik yang sama.
2. Jikalah betul apa yang diinginkan oleh BERSATU ini, iaitu untuk kembali bersama-sama UMNO, kenapa Hamzah Zainuddin dan kuncu-kuncu MP BERSATU yang lain tidak mengikut jejak enam (6) orang MP BERSATU menyokong Perdana Menteri dan bersama dengan blok Kerajaan Perpaduan yang diiktiraf oleh YDP Agong?
3. Kepada Hamzah Zainuddin, kamu kena ingat, BERSATU adalah parti yang jelas ditubuhkan untuk melemahkan kekuatan sebenar orang Melayu melalui UMNO.
4. Kekuatan BERSATU sebelum ini adalah bersifat ‘superficial’. Tidak dibangunkan melalui perjuangan hakiki tetapi dibina melalui sindiket pengkhianatan politik paling licik dan jelik dalam sejarah politik Malaysia.
5. Bagaimana kamu sebut BERSATU dan UMNO mempunyai wadah perjuangan yang sama sedangkan realitinya BERSATU tidak mempunyai ‘standing’ sebagai pendukung kesatuan dan perpaduan Melayu. DNA BERSATU ialah anti UMNO dan karakternya adalah khianat.
6. Berlainan dengan UMNO, UMNO adalah gerakan politik yang terbukti berjaya mengurus dan mentadbir negara dengan cekap dan berjaya. Ia telah dan akan UMNO usahakan dalam pelbagai ruang lingkup, pada setiap masa dan bukan bermusim. Sebab itulah UMNO menjunjung tinggi Titah YDP Agong untuk membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan (bersama Pakatan Harapan) dan menjadikan negara ini lebih harmoni.
7. Ketika pengkhianatan besar-besaran kamu dan BERSATU terhadap UMNO, kamu tidak fikirkan pula kepentingan bangsa dan agama. Tetapi UMNO walau dalam keadaan lemah tetap fokus kepada kelangsungan politiknya dan kepentingan bangsa Melayu. Bagi UMNO, adalah strategik untuk orang Melayu mempunyai parti terbesar dan paling dominan dalam kerajaan dan bukannya jadi pengkhianat sepertimana BERSATU.
8. Fokus UMNO adalah untuk mengembalikan semula kekuatan sebenar parti agar dapat menjadi jurucakap orang Melayu yang berkesan.
9. Usaha ini sudah pasti tidak akan dapat dicapai melalui kerjasama dengan BERSATU kerana telah menjadi cita-cita BERSATU untuk UMNO itu ditanam, ditolak dan dimusnahkan.
10. Kepada Hamzah Zainuddin, UMNO tidak sesekali melupakan Pengkhianatan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada tahun 2020 lalu di mana ia merupakan punca kegagalan kerjasama antara BERSATU dengan UMNO.
11. Sebab apa UMNO perlu bekerjasama dan berkawan dengan BERSATU yang niat sebenar yang mula-mula disorok BERSATU adalah untuk tamatkan riwayat UMNO buat selama-lamanya dengan menggunakan pelbagai cara termasuk menyogok ahli UMNO dan khianat UMNO.
12. Kesimpulannya, ketika UMNO berada dalam kesusahan selepas PRU-14 (2018) dulu, kamu tinggalkan UMNO. Bila kamu berkuasa, sekali lagi kamu tidak pandang Institusi UMNO. Kini, bila kamu susah, kamu ingin bersama UMNO dengan "beretorik" (konon) untuk memperjuangkan agenda Melayu dan Islam.
13. Bagi UMNO pengkhianat tetap pengkhianat. BERSATU lahir daripada ‘DNA serta rahim pengkhianat. Kalau tidak kerana 'mencuri' kerusi UMNO sebelum ini, tidak mungkin BERSATU mempunyai bilangan ahli parlimen yang ramai dalam Dewan Rakyat.
14. Selepas curi ahli-ahli parlimen UMNO, apa BERSATU buat? BERSATU khianat rakan-rakan mereka dalam PH dan ajak UMNO, PAS, GPS dan parti lain untuk bentuk kerajaan.
15. Semua ini akan menjadi sejarah pengkhianatan terbesar dalam lanskap politik negara.
Lagi isu kuil Dewi Sri Pathrakaliamman:
Menurut peguam, Dr Shamsher Singh Thind: Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan berkaitan kebebasan beragama tidak mengatasi Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan iaitu berkenaan hak terhadap harta.
Tengok viral pakcik jual tepi jalan marah penguatkuasa.
Sebelum korang baca, bersihkan hati.. bersihkan akal. Baca dengan akal dan berfikir dari semua sudut. Bukan EMOSI.
Aku nak tulis pandangan aku, dari beberapa pengalaman aku yang tak seberapa sebagai Ahli Majlis dulu, sebagai PA Adun, sebagai adun.
Kita ni sebagai adun, kerja pun mencabar. Kau lawat banjir kena maki, tak lawat kena maki. Isu berpuluh tahun kau kena maki, isu yang kau berjaya nak selesaikan pun kena maki.
Macam tu juga penguatkuasa.
Penguatkuasa ni adalah pekerjaan yang mencabar. Buat salah, tak buat salah. Buat kena tuduh rasu@h, tak buat kena tuduh rasu@h.
Aku cerita kesilapan aku supaya korang jadikan pengajaran. Aku tak malu pun nak akui kesilapan aku.
Kisah 1
Gerai ikan tepi jalan.
Masa aku jadi Ahli Majlis, dalam masa sama PA kepada Adun. Aku ada bantu seorang wanita ni sakit. Dia kena buat dialisis. Dia meniaga ikan (barangan basah) tepi jalan.
Aku bantu wanita ni. Sebab apa? Tugasan aku membantu wanita yg sakit, susah. Aku suka orang yang berusaha.
Satu hari wanita ni call menangis. “Marina , penguatkuasa angkat barang-barang niaga saya”.
Kau tak tahu.. aku jadi hulk. Ni masa ni memang kawan aku si Maheera saksi. Dia takut tengok muka aku. Aku call penguatkuasa, aku cakap kenapa angkat barang tu semua. Penguatkuasa tu cakap “biar saya jalankan tanggungjawab saya. nanti saya jelaskan”. Aku marah-marah.aku bawa surat akak tu sakit.
Aku depan MPKu diri ke hulu ke hilir. Penguatkuasa sampai, dia bawa aku duduk. Dia terangkan kat aku.
“Marina.. kami buat kerja atas aduan orang awam sahaja. Orang awam adu lalat banyak, air dari barangan basah meleleh.. meniaga di simpang mendatangkan masalah. Kalau kami tak jalankan tugas. Apa orang awam akan cakap? Kami dibayar, kami terima rasu@h.”
Penguatkuasa cuba tenangkan aku.
Aku cakap “tapi akak ni cuba cari rezeki. Sakit. Kita kena bertoleransi. Bantu dia.”
Bahagian lesen ada maklumkan bahawa dia dah ditawarkan tempat di pasar, tapi dia sendiri tak nak pergi. Bila aku tanya , memang akak ni maklumkan niaga tepi simpang sana lebih menguntungkan. Dia cakap leceh di pasar.
Kisah 2
“Kau ni Ahli Majlis ambil rasu@h ke? Kenapa pakcik yang meniaga depan kedai aku ni tak payah ambil lesen tapi boleh pacak payung niaga? Aku ni niaga sewa kedai, bayar cukai… kau buta ke ? Penguatkuasa tidur ke?? Makan gaji buta?”
Aku pun keluar malam-malam selama beberapa hari ..duduk dalam kereta. Aku perhatikan keadaan dekat situ.
Orang yang buat aduan tu kedainya penuh orang. Sampai ada yang beratur. Tak cukup ruang.
Pakcik tu pula , ada juga pelanggan tersendiri. Jualan pun berbeza dengan apa yang dijual di restoran tu.
Aku turun kereta, aku beli makanan dekat pakcik tu sambil berborak. Pakcik ni cerita dia sakit, meniaga situ lebih mudah.. tempat lain agak sukar. Duit niaga ni dia guna tampung pengajian anak dia di universiti.
Esoknya lagi, pemilik restoran marah lagi. Call berkali cakap tak buat kerja. Aku terangkan situasi pakcik tu. Kau ingat dia nak dengar? Dia siap cakap “kalau macam tu, baik aku niaga tepi jalan je. Senang hidup tak payah bayar lesen tak payah bayar cukai.”
Kau rasa apa pilihan kau ada masa tu? Antara sifat kemanusiaan, antara undang-undang, antara keengganan orang mengikut cadangan kau?”
Kisah 3
“Stall dia niaga ada sini. Saya meniaga ni sewa kedai bayar cukai. dia pasang stall je , boleh niaga tepi kedai saya. Saya tak peduli.. dia meniaga lagi sini.. saya bakar stall dia. Korang ni ambil rasuah ke apa? Berkali aduan di buat tapi masih berniaga”
Bila tanya empunya stall.. dia pun ada alasan tersendiri. Tawarkan tempat lain taknak. Bila minta ubah kawasan meniaga, dia cakap aku cuba tindas orang susah.
Kisah 4
“Situ dekat Taman XXXX apesal cin@ boleh niaga tepi jalan?? Apesal kawasan melayu semua kena saman?? Penguatkuasa ambil rasu@h ke?”
Takkan masa tu aku nak cakap “tu haaa.. restoran depan tu semua report awak semua jual tepi jalan.”
Korang yang suka main isu kaum patut hentikan benda ni. Kadangkala bukan sebab bayar ke apa.. ada orang hidup dia tahu bertolak ansur. Dia sedar dia mula ada restoran sebab dia mula dari tepi jalan. Sebab tu dia tolak ansur orang nak meniaga depan kedai dia. Dia nak orang tu berjaya juga.
Ada orang merah mata bila nampak orang lain lebih maju, walau pelanggan sendiri ramai. Dia akan fikir “tak adil betull”
Pengalaman aku..
- kalau orang tak report peniaga tepi jalan ni, penguatkuasa bukan kejam atau berhati kaudu sangat nak ambil tindakan.
- orang awam pun ada asas report. Kadangkala meniaga di simpang, atau tempat yang tak sesuai. Meniaga tak jaga kebersihan ambil suntikan ke?
- kadangkala orang awam report kedai satu je. Contoh kedai ni mendatangkan kesesakan trafik hingga kereta nak keluar simpang payah. Yang lain orang awam tak report sebab tak da masalah.
Tapi yang kena report ni tak puas hati. Konsep dia “aku tak boleh niaga sini.. yang lain pun tak boleh. Dah terangkan kesalahan.. pun dia tak nak terima. Lalu dia akan petik “kau jangan saman aku atau halau aku je.. tepi jalan sana semua ada orang niaga. Kau saman sekali. Aku nak pastikan yang lain pun tak boleh niaga kalau aku tak niaga. Jangan pilih bulu”.
- “Apa pasal haritu dah kena angkut barang dia Lepastu boleh niaga balik??ni mesti bayar penguatkuasa” Sebab barang kena angkut, dia boleh ke PBT ke stor majlis, bayar saman dan ambil barang balik. “ kang PBT musnahkan, cakap kejam pula.
Sebagai penggubal dasar, aku boleh cakap.. nak menguatkuasakan undang-undang bukan satu perkara mudah. Antara undang-undang, kemanusiaan, dan keengganan menerima solusi.
𝗧𝗿𝘂𝗺𝗽 ni memang bodoh. Dan kebodohan Trump ingatkan aku kepada 𝗣𝗔𝗦. Jenis bercakap/bertindak tak guna otak. Akhirnya 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗲𝗿𝗮𝘁 𝗱𝗶𝗿𝗶 𝘀𝗲𝗻𝗱𝗶𝗿𝗶.
Rasanya PAS dan Trump memang 𝘀𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮. Mereka macam memiliki 𝗗𝗡𝗔 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗮𝗺𝗮. Mungkin Trump boleh jadi 𝗠𝘂𝗿𝘀𝘆𝗶𝗱𝘂𝗹 𝗔𝗺 𝗣𝗔𝗦 lepas ni.
Kalau 𝗠𝗮𝗵𝗮𝘁𝗵𝗶𝗿 boleh jadi 𝗣𝗲𝗻𝗮𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁 𝗦𝗚4, apalah sangat Trump jadi Mursyidul Am PAS. Guane boh?
Raja Gelap II
.
Orang ramai melahirkan rasa tidak puas hati dengan satu hantaran oleh pengguna akaun Facebook, Prem Esaan yang terang-terang menghina Islam, ayat al-Quran dan Nabi Muhammad SAW.
Tangkap layar bagi hantaran provokasi yang secara terbuka menyentuh isu 3R (raja, agama dan kaum) itu kemudiannya tular di media sosial.
Warganet berharap pihak polis menangkap individu terbabit sebelum mengundang konflik kaum dan agama.
Difahamkan, pengguna Facebook berkenaan sebelum ini aktif memprovokasi malah secara biadab berbalas komen dengan netizen.
Dia juga dikatakan warganegara Malaysia tetapi tinggal atau bekerja di Singapura.
Sehubungan itu, pengguna Facebook Ummah Abdullah menyarankan agar orang ramai membuat laporan polis terhadap penghina Islam berkenaan.
Beliau turut berkongsikan butiran dalam laporan itu dan memaklumkan bahawa pegawai polis bertugas di IPD Ipoh akan membuka kes tersebut untuk siasatan.
“Saya sedang melayari Facebook ada melihat satu status atas nama Facebook Prem Esaan yang menulis kata-kata hinaan dengan mempersendakan ayat-ayat al-Quran, agama Islam, Allah dan Nabi Muhammmad SAW.
“Contoh-contoh ayat hinaan seperti berikut; Allah Maha Penipu (Quran 4:157), Nabi Muhammad seorang pedofilia dan takbir Israel Akbar.
“Saya telah buka Facebook beliau dan dapati banyak status beliau bersifat terus menghina kepada agama Islam dan boleh membawa kepada kemarahan orang Islam.
“Beliau juga mengeluarkan kenyataan yang sama berulang kali dengan bertujuan membangkitkan kemarahan kepada pembaca Islam,” demikian antara keterangan dalam laporan polis yang dikongsikan Ummah Abdullah.
Dalam ramai calon yang menawarkan diri bertanding berbagai jawatan dalam Keadilan sekali lagi diulangi calon paling terselamat setakat ini sdr Muhammad Kamil Munim yang menawarkan diri untuk bertanding ketua AMK. Setakat ini Kamil masih solo untuk bertanding jawatan itu.
Lain lain jawatan seperti ada pertandingan. Untuk jawatan ketua wanita Keadilan, kedudukan Fadhlina Siddik dicabar, apabila ahli Parlimen Ampang Rodhiah Ismail mengumumkan akan bertanding sekali lagi.
Jawatan timbalan ketua AMK dan timbalan ketua Wanita masih belum tentu tiada perebutan. Ada dua nama disebut-sebut akan bertanding jawatan itu. Perbincangan sedang berjalan khabarnya.
Begitu juga dengan jawatan lain termasuk timbalan presiden. Walaupun seperti ada arahan agar Rafizi Ramli diberi laluan mengekalkan kedudukan itu, tetapi ia belum pasti. Arahan atau permintaan itu dibuat secara lisan sahaja bukan konsensus.
Keunikan dan sifat politik seni serba mungkin atau art of is possible menyebabkan Rafizi tidak boleh merasa lega, mungkin ada yang mengumum untuk mencabarnya di saat-saat terakhir. Rafizi agaknya memahami hal ini. Dan jangan mudah tidur dalam perut sesiapa. Ada seseorang secara bergurau memberi tahu saya dia akan cabar Rafizi?
Begitu juga jawatan untuk empat naib presiden dirasakan meriah kali ini. Kedudukan tiga naib presiden kini Amiruddin Shaari, Aminuddin Harun, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Chang Li Kang, dalam keadaan tercabar. Setakat ini hanya Li Kang belum menyatakan pendirian. Mungkin ada ahli berbangsa Cina atau India akan ikut serta bagi mengimbangi menurut kaum.
Setakat ini sudah dua orang seperti sahih menyatakan kesediaan untuk merebut jawatan itu, Nurul Izzah Anwar, Fahmi Fadhil manakala Azman Bidin ketua cabang Bandar Tun Razak juga nampak berminat namun masih menunggu wahyu. Bagaimana pun diyakini ada lebih daripada dua akan ikut serta.
Jadi kepada penyandang jangan leka dan merasa selesa sangat, sama seperti Rafizi, kena fahami bahawa “sumpah dan janji politik itu tidak boleh dipercayai, tetapi jangan sesekali merasakan mustahil dengan tindakan orang politik.” Trims.
Pemuda AMANAH menyeru semua pihak untuk bertenang serta memberi ruang kepada proses perbincangan yang sedang berlangsung antara pihak kuil Dewi Sri Pathrakaliamman, pemilik tanah, dan pihak berkuasa tempatan.
Naib Ketua Pemudanya, Asmaaliff Abdul Adam berkata, setiap isu yang melibatkan sensitiviti agama harus diselesaikan dengan berlandaskan prinsip keadilan, rundingan terbuka, dan saling memahami.
“Pemuda AMANAH menghormati hak setiap komuniti dalam menjalankan ibadah mereka dan mengakui kepentingan warisan sejarah dalam membentuk identiti masyarakat.
“Pada masa sama, hak pemilikan tanah yang sah juga perlu dihormati, selagi ia ditangani dengan penuh rasa tanggungjawab dan keprihatinan terhadap semua pihak yang terlibat.
“Berdasarkan maklumat yang telah dikongsikan, usaha mencari penyelesaian terbaik telah berjalan sejak sekian lama, termasuk perbincangan tentang relokasi yang lebih sesuai bagi memastikan keselesaan penganut Hindu terus terjaga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Asmaaliff berkata, beliau melihat adanya kesungguhan daripada pihak pemilik tanah dan pihak berkuasa untuk memastikan peralihan berlaku secara adil dan tidak tergesa-gesa.
Tawaran bantuan penempatan semula dan komitmen untuk mencari tapak alternatif yang lebih sesuai menunjukkan niat baik dalam memastikan semua pihak mendapat penyelesaian yang terbaik.
Oleh itu kata beliau, adalah wajar untuk membiarkan proses rundingan ini berjalan tanpa sebarang campur tangan yang boleh merumitkan keadaan atau menyulitkan usaha mencari titik persetujuan.
“Pemuda AMANAH juga ingin mengingatkan semua pihak agar tidak mempolitikkan isu ini atau menggunakan naratif yang boleh menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat.
“Kami menyeru agar semua pihak memberi kepercayaan kepada mereka yang terlibat untuk menyelesaikan perkara ini dengan cara yang adil dan harmoni, demi kepentingan bersama,” ujarnya.
Tular klip rakaman CCTV memaparkan seorang guard yang sedang bekerja kena tampar dengan lelaki berkopiah hitam yang juga pemandu sebuah kereta.
Sebelum itu, rakannya yang berkopiah putih dan berbaju biru dilihat ‘bertekak’ dengan pengawal keselamatan berkenaan.
Perbuatan menampar itu dipercayai berlaku kerana berang dengan pengawal keselamatan berkenaan yang tidak membuka palang untuk membenarkan mereka memasuki lokasi tersebut.
Rata-rata mengecam tindakan melampau itu dan menyifatkan perselisihan faham yang berlaku boleh ditangani tanpa perlu melakukan kekasaran fizikal.
“Lebai samseng hanya berani dengan OKU, budak budak kecik, pak guard kurus je. Suka sangat tampar orang. Takpa, balasan Tuhan tetap adil.
“Tak tau lah apa masalah-masalah lebai di Malaysia ni. Langgar budak depan sekolah, tampar budak sampai berdarah, tampar orang Cina tak puasa, sekarang ni tampar guard pulak.
“Dengan pak guard, budak sekolah, budak autistic terus jadi gangster,” demikian antara komentar warganet.
LANJUT MENYUSUL
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada Majlis Berbuka Puasa di perkarangan Masjid Sultan Ahmad, Kemaman pada 21 Mac 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
CHUKAI, 21 Mar – Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri sebanyak RM250 kepada guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut membuktikan bahawa kerajaan amat prihatin terhadap kebajikan golongan agama.
Menurut Bilal Masjid Sultan Ahmad di sini, Muhammad Sya’rani Asa’ari, 36, pemberian khas sempena Aidilfitri ini merupakan satu penghargaan kepada golongan agama yang terus berusaha menaikkan syiar Islam.
“Syukur Alhamdulillah dan sekalung penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang telah mengumumkan pemberian khas untuk guru KAFA dan petugas masjid.
“Walaupun jumlahnya mungkin dianggap kecil oleh sesetengah pihak, namun ia sedikit sebanyak dapat membantu saya membuat persiapan hari raya untuk empat anak yang berusia antara satu hingga 12 tahun.
“Di sini (Masjid Sultan Ahmad), kami mempunyai tiga imam, tiga bilal, dan seorang tok siak. Insya-Allah, sumbangan ini akan dimanfaatkan untuk keperluan kami,” katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa MADANI di masjid tersebut hari ini.
Sementara itu, seorang guru KAFA di Sekolah Kebangsaan Paya Bunga, Kuala Terengganu, Nashuha Azizah Abdul Wahab, 38, menyifatkan bantuan tersebut sangat bermakna buat dirinya dan rakan-rakan guru KAFA lain dalam membuat persiapan Aidilfitri.
Ibu kepada empat cahaya mata itu berkata bantuan tersebut membolehkan beliau membeli barangan tambahan untuk keperluan hari raya yang semakin hampir.
“Suami saya bekerja sebagai pembantu am dan pendapatannya tidaklah besar, sekadar cukup-cukup untuk menampung keperluan keluarga kami.
“Alhamdulillah, saya anggap pemberian ini sebagai rezeki Ramadan. Ia pasti membantu menampung perbelanjaan barang raya yang masih belum lengkap,” katanya.
Perdana Menteri hari ini mengumumkan BKK Aidilfitri sebanyak RM250 kepada guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja, dan marbut di seluruh negara.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata bantuan tersebut akan dibayar minggu depan, melibatkan 70,000 penerima dengan peruntukan sebanyak RM17 juta.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual tiba di Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini pada jam 3.10 petang sebelum bergerak ke Tuaran dan dijadual tiba jam 3.40 petang.
KOTA KINABALU, 22 Mar – Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual akan meneruskan siri lawatan ke Sabah pada Sabtu dengan menghadiri sesi taklimat pembangunan negeri serta majlis berbuka puasa bersama rakyat di Tuaran.
Beliau dijangka tiba di Terminal Dua, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), di sini pada jam 3.10 petang sebelum bergerak ke Tuaran yang terletak kira-kira 34 kilometer di utara bandar raya Kota Kinabalu.
Lawatan kerja Perdana Menteri ke Sabah pada petang akan dimulakan dengan sesi taklimat pembangunan negeri yang berlangsung di Pejabat Daerah Tuaran.
Sesi tersebut dijangka akan dihadiri oleh kepimpinan negeri, pegawai kerajaan, serta wakil-wakil industri bagi membincangkan hala tuju pembangunan ekonomi dan infrastruktur di Sabah.
Selepas sesi taklimat, Anwar dijadual berangkat ke Padang Istiadat Tuaran bagi menghadiri Majlis Berbuka Puasa Madani peringkat negeri Sabah.
Majlis akan turut dihadiri oleh pemimpin negeri, masyarakat setempat sekitar Tuaran.
Selain itu, Perdana Menteri juga akan menyampaikan sumbangan Ramadan kepada wakil rumah kebajikan, masjid dan surau terpilih.
Ia adalah lawatan pertama Anwar selaku Perdana Menteri ke Tuaran yang juga daerah kelahiran Ketua Menteri Sabah.
Kehadiran Anwar kali ini menarik perhatian berikutan Pilihan Raya Negeri Ke-17 Sabah (PRN17) yang bakal diadakan pada tahun ini, khususnya mengenai soal kerjasama antara parti dan gabungan.
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail antara pemimpin senior parti KEADILAN yang mampu membawa parti memperkukuh Pakatan Harapan (PH).
PENDAPAT, 21 Mar – Dalam data pilihan raya menunjukkan mana-mana parti orang Melayu bekerjasama dengan parti DAP pastinya akan mengalami penyusutan jumlah sokongan terutamanya di kalangan pengundi orang Melayu.
Paling ketara adalah di kawasan jajaran pengundinya ramai orang Melayu. Sementara itu, parti KEADILAN telah merekodkan di mana hanya mampu meraih peratusan undi daripada orang Melayu sekadar 18 peratus undi sahaja.
Kenyataan di atas mungkin adalah salah satu cabaran utama buat parti KEADILAN berusaha untuk memenangi undi orang Melayu sekiranya KEADILAN mahu dilihat terus relevan dan kekal sebagai sebuah parti orang Melayu pilihan rakyat.
Walau bagaimanapun kita tidak menafikan bahawa KEADILAN satu-satunya sebuah parti politik serpihan daripada DNA UMNO sehingga kini terus kekal bertahan dan hampir berdekad-dekad lamanya yang kini telah mencecah ke usia 27 tahun.
Ini memandangkan banyak parti serpihan lain bungkus dan tidak dapat terus bertahan berbanding KEADILAN. Bukan itu sahaja, KEADILAN juga memasang impian besar untuk menjadikan antara sebuah parti gergasi politik negara pada masa akan datang.
Impian serta hasrat tersebut pernah disuarakan oleh YAB Dato’ Seri Presiden KEADILAN semasa menyampaikan perutusan Penutup Kongres Nasional KEADILAN 25 tahun di Shah Alam tahun lepas.
Malah susulan daripada ucapan YAB Dato’ Seri Presiden tersebut dan tidak lama kemudian beliau menggesa agar dipercepatkan proses pemilihan baharu keanggotaan kepimpinan KEADILAN di semua peringkat.
Selanjutnya selang beberapa minggu gesaan tersebut dibuat kita dapat menyaksikan telah berlakunya pertukaran jawatan Setiausaha Agung KEADILAN yang baharu yang kini dikendalikan oleh seorang individu berpengalaman luas iaitu YB Senator Dr. Fuziah Salleh.
Keberadaan Dr. Fuziah di Pejabat Setiausaha Agung KEADILAN telah memperlihatkan sedikit kemajuan kerana terdapat beberapa polisi dan dasar parti KEADILAN telah dipinda yang akhirnya menatijahkan sesuatu perubahan terutamanya dalam proses pemilihan calon bertanding.
Pelbagai pendekatan baharu telah diperkenalkan antaranya EKYC dalam talian Aplikasi ADIL yang meminta setiap ahli KEADILAN membuat kemaskini butiran anggota sebelum melayakkan setiap ahli dibenarkan mengundi calon bertanding.
Pada kali ini prosesnya sangat berbeza kerana tidak dilaksanakan secara seperti kelaziman di mana semua ahli KEADILAN dimestikan hadir secara fizikal ke tempat atau lokasi tertentu tetapi kini ianya sudah tidak lagi hanya dengan sekali touch di aplikasi ADIL.
Sementara itu pihaknya telah menyediakan satu pautan (link) untuk membolehkan setiap anggota KEADILAN mendapatkan segala kaedah serta panduan atau cara-cara untuk mengisi butiran di dalam talian.
Proses pengundian kali ini hendaklah dilakukan menerusi aplikasi ADIL iaitu atas talian sama ada secara online ataupun ofline hatta bagi calon yang menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan-jawatan yang disediakan di semua peringkat turut dikehendaki melengkapkan borang pencalonan secara online.
Paling kritikal diminta setiap orang calon yang menawarkan diri bertanding dimestikan mendapatkan nombor pengenalan diri daripada salah seorang penyokong dan seorang pencadang.
Namun penulis sedikit agak terkilan dan amat kecewa kerana permohonan untuk menukar cabang di alamat tempat tinggal penulis tidak dilayan oleh pihak Pejabat Keadilan Pusat walaupun permohonan pertukaran cabang telah lama dibuat.
Dapat disimpulkan bahawa, setiap ahli atau anggota KEADILAN di seluruh negara bukan sahaja untuk memilih barisan anggota kepimpinan yang baharu di semua peringkat bagi penggal tahun 2025/2027 akan tetapi hendak memastikan kepimpinan KEADILAN yang baharu dibentuk nanti dapat menunjukkan kemajuan ke arah persediaan menuju ke pilihan raya akan datang tidak berapa lama lagi yang berbaki kurang tiga tahun dari sekarang.
– Pemerhati Bebas Politik
Malaysia berjaya menduduki tempat ketujuh dalam senarai 10 negara terbaik untuk persaraan bagi 2025.
Menurut dapatan dari International Living, majalah yang berpangkalan di Ireland, kos sara hidup yang rendah di negara ini serta infrastruktur yang baik menjadikan ia lokasi tepat untuk pesara.
Penilaian dilakukan terhadap 20 negara berdasarkan beberapa faktor utama termasuk kos sara hidup, penjagaan kesihatan, pilihan visa dan pemastautin, iklim, tadbir urus serta gaya hidup.
Dalam laporan itu, ia turut menyebut bahawa Malaysia menyediakan kemudahan perubatan bertaraf tinggi
“Malaysia menawarkan gabungan luar biasa antara kos yang berpatutan, kemudahan perubatan bertaraf tinggi dan budaya yang kaya, menjadikannya destinasi yang mudah diakses dan memberi pengalaman bermakna kepada pesara,” menurut International Living memetik Bernama.
Di Kuala Lumpur, kadar sewa jauh lebih rendah berbanding bandar utama di Barat, dengan sebuah pangsapuri satu bilik boleh disewa pada harga antara AS$300 hingga AS$500 sebulan, manakala kos utiliti sekitar AS$40 hingga AS$60.
Kos makan di luar juga sangat berpatutan, dengan hidangan tempatan boleh dinikmati serendah AS$2 hingga AS$3.
Bandar seperti Pulau Pinang dan Melaka menawarkan kos sara hidup yang lebih berbaloi dengan suasana yang lebih santai, menjadikannya lokasi persaraan yang menarik.
Laporan itu turut memuji iklim tropika Malaysia dengan suhu sepanjang tahun antara 25 hingga 35 darjah Celsius.
Ditambah dengan kemudahan moden dan populasi yang fasih berbahasa Inggeris, peralihan bagi pesara asing menjadi lebih mudah.
Pilihan visa jangka panjang seperti program Malaysia My Second Home (MM2H) juga diiktiraf sebagai antara kelebihan bagi warga asing yang ingin bersara di Malaysia.
Panama menduduki tempat teratas dalam indeks 2025, diikuti Portugal, Costa Rica, Mexico, Perancis dan Sepanyol. Negara lain dalam kelompok 10 teratas termasuk Greece dan Itali.