GAMBAR HARI INI - SEMUA DIA PELUK- KEMUDIAN SEMUA DIA KUTUK










 

100 Hari Kerajaan | Pentadbiran Anwar tidak gambarkan kegagalan mahupun ...


Kerajaan Perpaduan dipimpin Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menggambarkan kegagalan mahupun kejayaan dalam tempoh 100 hari pemerintahan. Malah, jelas Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majilis berkata, adalah satu yang tidak adil untuk menilai pencapaian kerajaan perpaduan dalam tempoh tersebut.


KUMPULAN B40 SILA AKTIF DAN AKTIF DIMANA NAK DAPATKAN BANTUAN INI. TANPA BAYAR SEWA...SILA BANYAK MEMBACA DAN MENYEMAK DIMANA ADA.


 

NAK HAJAT APA DIDUNIA INI, MAKA BACALAH AYATULKURSI 9 WAQOF


 

PN RAHIMAH JANGAN KATA ZALIM- JOM TENGOK DI ISRAEL


 

KAJIAN RASIS MALAYSIA YANG TIDAK NAMPAK


 

BENDA TAK POPULIS. TAPI KERAJAAN DAH TAMBAH 500 DALAM TABUNG DEMI NAK JAGA MASA DePAN PENCARUM YANG DAH TAK ADA DUIT.

 




Benda KWSP ini sensitif bagi sesetengah orang tapi ini cara Kerajaan Perpaduan hendak tolong mereka yang ada kurang dari RM10k dalam akaun 1. Jumlah 1 billion ini kalau masuk ke dalam market, akan menyebabkan inflasi yang lebih teruk, jadi cara paling baik ialah masukkan terus ke dalam akaun 1 KWSP penyimpan. Benda ini memang tidak populis, tapi alternatif yang ada untuk curb inflation satu lagi adalah dengan naikkan OPR. Bila mereka bersara kelak, mungkin duit itu boleh lebih dari 10k.



ORANG MELAYU MALAS MEMBACA. KEMUDIAN SUKA PULAK DENGAR BERITA PELESU YANG DISAMPAIKAN OLEH PELESIT HANTU KEDAI KOPI...PITENAH MAINAN DEPA..NAMA PUN PELESIT HANTU...



Hanya kaum Melayu saja yang majoritinya anggap ekonomi semakin buruk. Kaum-kaum lain semua mula merasakan perubahan.


Berita penuh di https://bit.ly/3KJk6Nb. Tapi kenapa terjadi begini?


Pada aku, ini lebih kepada persepsi, bukan realiti. Persepsi orang Melayu pula banyak dipengaruhi oleh permainan sentimen.


Orang Melayu melihat ekonomi pada harga barang. Bukan pada peluang bisnes. Kalau harga barang mahal, bererti ekonomi buruk.


Dan sekarang harga barang, walaupun sudah ada tanda-tanda penurunan, banyak yang masih mahal. Jadi orang Melayu anggap itu bererti ekonomi kita tak bertambah baik.


Satu lagi, perbandingan harga dibuat dengan era 90an atau 2000. Tidak dibanding dengan tahun 2020. Sebab itu ramai tak nampak keadaan sudah semakin pulih sekarang.


Permainan persepsi ni, susah nak diperbetulkan. Ia akan memakan masa yang lama dan usaha yang berterusan mesti dilakukan.


Kerajaan perlu gunakan semua saluran media milik kerajaan untuk tunjukkan hasil kerja yang baik bagi menghadapi persepsi salah ini.


Jangan abai permainan persepsi begini. Kerajaan boleh runtuh disebabkan persepsi. Kerajaan perlu mula bertindak sekarang. Gerakkan semua media untuk perbetulkan persepsi rakyat. Guane boh?o


 

Raja Gelap 

.


APA KATA PEGANG EDITOR EDISI SIASAT NI- CUBA SIASAT TENGOK MAKLUMAT DIA DAPAT. INI PITENAH NI...PANDAI BUAT BERITA PELESU.

 Aku dapat ni dari WhatsApp Group.



Kalau nak fitnah pun, biar le logik. Ini fikir dari logik akal pun tak pass, camne nak hasut rakyat? Yang bodoh bedooh je boleh percaya.


Nurul Izzah dikatakan campur tangan dalam urusan kerajaan secara melampau. Nampaknya ada usaha nak jelmakan Izzah sebagai Rosmah II.


Kenapa aku kata tak logik? Sebab ini adalah sebuah kerajaan perpaduan. Yang jadi kerajaan bukan PH je. Ada BN, GPS dan lain-lain lagi.


Dalam PH pun, bukan ada Keadilan je. Ada DAP dan Amanah. Dalam PH sendiri pun ada yang tak suka dengan DS Anwar, contohnya mereka yang masih berkiblatkan Mahathir.


Apa lagi dalam kerajaan. Malah dalam BN pun ada lagi pemimpin yang masih berkiblatkan Mahiaddin. Kalau betul Izzah kawal semua, adakah mereka ini akan berdiam diri?


Bukan setakat itu, bahkan dalam kerajaan juga ada tokoh dan cendekiawan yang hebat seperti Tan Sri Hassan Marican dan Prof. Agus. Ingat mereka ini boleh dijadikan boneka ke?


Yang terjadi, mungkin, mereka minda pandangan Nurul Izzah dan kebetulan, pandangan itu baik, jadi mereka bersetuju. Mungkin.


Tapi untuk Nurul Izzah kawal semua, aku rasa itu sangat mengarut. Bukan sebab aku percaya DS Anwar tapi aku tak percaya yang lain akan berdiam.


Dan kalau betul pun Nurul Izzah boleh kawal semua, aku kagum dan lebih tak sabar untuk lihat dia jadi Perdana Menteri seterusnya.


Bukankah hebat kalau seorang yang tiada kuasa, MP pun bukan, tiba-tiba boleh buat macam-macam dan orang sekadar mengikut sahaja?


Bayangkan kalau Nurul Izzah boleh jadi PM. Aku rasa mungkin PBB, IMF malah Israel pun akan ikut cakapnya. Kan untung kita!


Sudah-sudahlah buat fitnah tu. Ingat, lepas mati kita akan dihidupkan kembali dan setiap amal kita akan dihitung. Cukuplah buat dosa fitnah. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


BACA DAN CARILAH MAKLUMAT TENTANG CUKA YANG AKAN DIKENAKAN. JANGAN JADI ORANG YANG TAK MAHU MEMBACA..




 Ramai yang suarakan bantahan tentang peningkatan kadar cukai bagi pendapatan melebihi RM100K dalam #Belanjawan2023. 


Saya faham pendapatan RM10K sebulan kalo di bandar-bandar besar seperti kat Selangor, KL, Penang, Johor Bahru memang tidaklah semewah yang disangka. Banyak komitmen dan kos kehidupan tinggi. 


Tapi, minta izin korang, kasi saya explain kejap 👨🏻‍🏫: 


Sebenarnya dalam jadual cukai baru, JIKA gaji boleh dicukai (taxable income) KURANG daripada RM230,000 setahun, TIADA sebarang cukai tambahan yang perlu dibayar. 


✅✅✅Ok pendek kata: kalo gaji korang di bawah RM20K sebulan, korang memang TIDAK akan kena bayar lebih cukai. 🤲🏼


In fact, kalau gaji korang di bawah RM20K sebulan, korang akan dapat enjoy potongan kadar cukai yang PMX umumkan. Maksudnya, ada PENJIMATAN cukai sehingga RM1,300.❤️ (Rujuk jadual yang dilampirkan)


⚠️⚠️⚠️Bab naik kadar cukai itu hanya akan affect mereka yang bergaji LEBIH RM20K sebulan. 


Itupun, kalau gaji boleh dicukai dah cecah RM250,000 setahun (gaji bulanan LEBIH RM20K), cukai yang kena bayar lebih untuk tahun itu hanya RM200 je. 


Harap pencerahan ini dapat beri manfaat. Kita sama-sama berusaha dan jalan teruih. 🇲🇾



TAK MASUK AKAL ANTHONY LOKE LEBIH POPULAR BERBANDING ANWAR

 

Sebuah kaji selidik terbaru dilaporkan mendapati Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sebagai menteri paling popular sekali di kalangan rakyat.

Kaji selidik secara dalam talian itu digerakkan secara bersama oleh Sinar Harian, Astro AWANI, Sin Chew, The Star dan Malaysia Nanban dengan kerjasama firma penyelidikan, O2 Research.

Lebih 36,000 responden mengambil bahagian dalam kaji selidik yang dijalankan selama 10 hari itu.

Dapatan kaji selidik itu menyaksikan Anthony Loke memperolehi 49 peratus undi.

Undi yang diperolehinya melebihi berbanding Perdana Menteri, Anwar Ibrahim yang sekadar mendapat 40 peratus undi.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berada di tempat ketiga dengan 39 peratus undi.

Dua lagi dalam senarai Top 5 menteri paling popular diisi Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming dengan 34 peratus undi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman yang memperoleh 33 peratus undi.

Beberapa lagi menteri yang turut menunjukkan prestasi yang baik berdasarkan pilihan rakyat ialah Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil (30 peratus), Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu (28 peratus) dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Salahuddin Ayub (27 peratus).

Dapatan kaji selidik bagi populariti lain-lain menteri barangkali tidak menimbulkan persoalan sangat, tetapi menjelmakan Anthony Loke lebih popular berbanding Anwar, bukan saja ternampak tidak munasabah, malah sama sekali tidak masuk akal.

Sejak terbentuknya kerajaan perpaduan dengan Anwar sebagai Perdana Menteri, di mana-mana kita dapat menyaksikan beliau sentiasa dikerumuni rakyat, tak kira kecil besar atau tua muda.

Semua ingin berdekat, bersalam dan kalau boleh berselfie dengannya.

Hakikatnya, sekurang-kurangnya setakat hari ini, Anwar adalah paling popular sekali di kalangan rakyat dan tiada mana-mana menteri mampu mengatasi populariti beliau.

Ada Anthony Loke dikerumuni rakyat ke mana-mana beliau pergi sebagaimana yang berlaku kepada Anwar?

Selain itu, bukankah langkahnya memperkenalkan tidak perlu menampal pelekat cukai jalan baru-baru ini banyak dipertikaikan orangramai kerana dilihat tidak memberi apa-apa keuntungan kepada rakyat, cuma sekadar menunjukkan suatu “kegilaan digital” semata-mata?

Agak-agaklah kalau ia pun nak buat kajian untuk mencetuskan kontroversi? – ShahbudinHusin 26/02/2023.



SUKA BAGI RATING PADA ORANG LAIN, KERAJAAN SENDIRI PUN AIR TAK TAK ADA.

 




Mohd Mukhlis Mohd Syariff


Isim lebai ini macam-macam, ada yang isim angkat diri Giant Slayer, ada yang rajin bagi markah dekat lawan tapi lupa nilai kehebatan ketua mereka yang kaki tuang sidang,  yang pasti masa mereka jadi kerajaan, markah yang rakyat bagi pada mereka adalah negatif sampai ada yang terpaksa angkat bendera putih.


KISAH TEBUK ATAP

 




Berita yang ditularkan PMX akan dijatuhkan tidak benar, itu hanya cubaan PAS dan BERSATU wujudkan persepsi Kjaan Perpaduan goyah.


TIDAK ADA SEBARANG PERUBAHAN DALAM KERAJAAN SAMADA DARI PARTI GABUNGAN ATAU MANA MANA MP KERAJAAN.


DISAHKAN OLEH BULETIN RMS.



KISAH BUDGET DAN HUTANG

 

Untuk kita mudah faham tentang bajet 2023.dipetik dari fb page Liyana Marzuki 


Di antara yang baru dan yang lama


Jumlah Bajet 2023 (B) lebih besar pada RM 386 bilion berbanding dengan Bajet 2023 (L) yang berjumlah RM 372 bilion.


Walau bagaimana pun bajet yang baharu menganggarkan pendapatan kerajaan yang lebih tinggi. Hanya 24.5% belanjawan dibiayai oleh hutang (RM 95 bilion) berbanding dengan belanjawan lama yang mana 26.8% (RM 99 bilion) bersumberkan hutang. Maknanya kurang hutang sebanyak RM 4 bilion.


Ini membolehkan defisit belanjawan diturunkan kepada 5% berbanding dengan 5.6% untuk tahun 2022. Konsolidasi fiskal ini penting agar kita tidak mewariskan hutang yang bertimbun kepada cucu cicit kita.


Walau bagaimana pun, kerajaan kena membayar faedah/keuntungan atas hutangnya berjumlah RM 46 bilion tahun ini. Ini adalah kerana hutang lansung kerajaan sudah mencecah RM 1.2 trilion. Tu belum masuk komitmen jaminan ke atas hutang-hutang lain yang memang akan dibayar oleh kerajaan seperti hutang Tabung Haji.


Ini adalah tinjauan makro yang mudah dibaca. Tinjauan lain kena ambil masa lagi lah.


Kredit: Dato’ Nik Hasyudeen



ORANG MACAM INI AKAN UNTUNG KALAU KWSP AKAN DIBENARKAN.

 

Siapa kata aku tak nak KWSP tu? Aku nak la. Aku baru habis beribu rejuvenate Exora aku. Cat baru, radio android baru, carpet baru, bumper. Eh banyak la. Nak kena cover balik kos tu.


Lagi pun aku dah berkenan dengan satu handphone ni. Tengok harga 3k lebih. Kalau dapat duit KWSP tu boleh lah sambar sebijik. Aircon kat rumah aku pun lama dah tak servis. Banyak nak pakai duit ni.


Korang faham tak?


Kalau kerajaan benarkan pengeluaran KWSP, yang dapat, majoriti bukan golongan sasar. Bukan orang yang benar-benar terdesak. Sebab yang terdesak tu kebanyakannya dan habis simpanan mereka.


Kalau boleh keluar, yang sedap orang macam aku. Takde la perlu sangat pun. Tapi duit ada dalam tu. Kalau dapat keluarkan, boleh la joli sakan. Lagi nak raya ni. Boleh shopping sepuas hati.


So tak boleh keluar KWSP ni, kita beli je la baju raya Rahmah. Makan tengahari kat tempat kerja, kita beli makanan menu Rahmah. Untuk masak kat rumah, beli je la ikan/sayur sebungkus RM5 di KK Mart.


Nak buat macamana lagi? Tapi ok la. Tak boleh nak keluarkan KWSP, at least ada lagi option untuk beli barangan pada harga rendah. Nanti akan ada jualan Rahmah pulak. Kita boleh borong sana nanti.


Hutang berlambak pulak kan? Takpe la. Nanti boleh pergi AKPK untuk strukturkan semula hutang. Boleh susun supaya bayaran bulanan tak sampai jejaskan perbelanjaan keperluan harian.


Cuma kalau boleh, DS Anwar Ibrahim berikan sikit kelonggaran pada yang ada baki mencukupi. Kalau mereka boleh tunjukkan bukti bebanan yang mereka tanggung dan bagaimana pengeluaran KWSP boleh bantu mereka, berikanlah mereka kelulusan.


Memang ada sesetengah orang macam aku sendiri, tak perlukan sangat pun pengeluaran KWSP tu. Tapi menggatal nak keluarkan sebab nampak baki akaun tu ada berapa.


Tapi ada sesetengah lagi, mereka memang betul betul terdesak. Biarlah pengeluaran ini ikut case by case. Jangan beri secara borong dan jangan juga tak benarkan secara borong. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


ANAK MUDA DAH MUFLIS...

 

Muflis: Setakat Januari, lebih 260,000 kes muflis telah direkodkan yang turut melibatkan anak muda dengan majoritinya adalah Melayu.


Akta Insolvensi 1967 akan dibuat pindaan supaya kes muflis dapat dilepaskan secara automatik pada masa yang singkat..


Sementara menunggu pindaan, kes-kes kecil, yang hutangnya kurang  RM50,000 dan yang menepati syarat, akan dilepaskan serta merta mulai 1 Mac.


Dengan langkah ini, sekitar 139,000 rakyat yang muflis akan dilepaskan. Terbaik PMX. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


HANGPA NAK TEBUK ATAP LAGI ???



 Ada beberapa orang berkata dengarnya Tebuk Atap 2.0 sedang giat dirancang sekarang ini yang mana ia membawa maksud, akan ada usaha menjatuhkan kerajaan perpaduan yang ada sekarang ini.


Ada yang bertanya, boleh ke berlaku? Kalau dikira logik, nampak macam mustahil. Dengan adanya akta anti-lompat parti dan MoU, jatuhkan kerajaan dengan Langkah Sheraton 2.0 memang tak mudah.


Tapi kita tak tahu. Pencuri ni, pandai kita jaga harta, lagi pandai dia buat rancangan nak mencuri. Jadi kemungkinan itu ada walaupun peratusan ia akan berjaya tu amat kecil. Tetapi tak pernah sifar.


Mungkin juga walaun merungut depan lebai. Jadi lebai tak reti nak balas apa, dia kata tunggulah, kita akan usahakan kerajaan ditikar. Lebai main belasah je tapi walaun terus percaya. Itu yang jadi kecoh.


Tapi memang ada beberapa cara kalau mereka nak buat.


Pertama, melalui Kudeta iaitu rampasan kuasa. Ia kemungkinan paling kecil. Perlukan kerjasama dari badan bersenjata negara seperti tentera dan polis. Aku rasa amat susah untuk ini berlaku.


Kedua, dengan menjatuhkan Zahid Hamidi. Betul jawatan presiden UMNO tak dipertandingkan tapi masih bergantung kepada ROS. Kalau ROS kata usul itu tidak sah, maka akan ada pertandingan untuk jawatan presiden nanti.


Pun begitu, proksi-proksi Mahiaddin dalam UMNO majoritinya telah disingkirkan. Namun masih ada lagi boleh menjalankan kerja menghasut dalam diam. Kedudukan Zahid belum tentu selamat.


Pun begitu, kalau UMNO keluar dari kerajaan pun, mereka terpaksa heret sekali GPS. Jika tidak, ianya takkan berjaya. Apa yang aku lihat, DS Anwar kini agak disenangi oleh pemimpin dan rakyat Sarawak.


Kemungkinan ini besar sedikit berbanding kudeta tapi tak cukup kuat. Agak rumit untuk dilaksanakan.


Dan ketiga, dengan membuat fitnah baharu yang boleh mengganggu kedudukan DS Anwar sebagai ahli parlimen sekaligus menghilangkan kelayakan beliau untuk menjadi Perdana Menteri.


Mungkin fitnah Liwat III. Mungkin fitnah seleweng dan/atau rasuah. Atau fitnah salah guna kuasa. Atau banyak lagi fitnah yang boleh dilakukan. Ada duit, saksi boleh dibeli dan bukti boleh direka.


Antara 3 kaedah ini, aku rasa reka fitnah ke atas DS Anwar paling mudah untuk dilaksanakan. Dengan ada beberapa MP kerajaan yang tak senang dengan DS Anwar, berserta penjawat awam yang tak suka kepada beliau (deep state), tak susah kalau nak cari sukarelawan untuk mencipta fitnah baru.


Dengan situasi di mana ramai pemimpin Bersatu dan PN semakin berada di ambang mahkamah, usaha tebuk atap ini mesti dijalankan secepat yang mungkin. Jadi mungkin plot sedang ditulis waktu ini 


Apa pun, aku berserah kepada Allah. Kita berdoalah agar mereka yang merancang kerosakan ini akan dimusnahkan sebelum usaha jahat mereka menjadi kenyataan. Semoga negara ini selamat. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


KALAU FITNAH JADI KAYU...MAKA WALAUN AKAN BANYAK JADI KAYU




 Kalau setiap kali bagi fitnah satu anggota badan jadi kayu, rasanya hampir semua walaun dah jadi kayu seluruh badan. Tak habis dengan fitnah.


Biar aku cuba jawab . Penghapusan hutang Felda bukan dihentikan. Pusingan pertama penghapusan hutang dah selesai sewaktu Mahiaddin jadi PM. Tapi ia tak disambung untuk pusingan kedua.


Maknanya yang ikut serta masa pusingan pertama tu dah habis dah. Dah takde hutang. Cuma yang masih berhutang, kena selesaikan hutang yang ada. Felda ni entiti bisnes. Kena jaga aliran tunai.


Kalau buat lagi Felda mungkin melingkup terus dan itu lebih merugikan orang Melayu nanti. Mahiaddin dulu cuma nak dapatkan pengaruh. Mana dia reti tengok kesan dari sudut ekonomi dan bisnes.


Kedua, soal bayaran royalti. Aku dah tulis malam tadi. Pertama, seperti yang dijelaskan oleh Zafrul sewaktu PAS ada dalam kerajaan lagi, tiada royalti untuk Kelantan. Sebab minyak luar perairan negeri.


Tapi disebabkan dekat dengan negeri, maka diberi wang ehsan. Dah namanya ehsan, terpulang kepada kerajaan nak beri bagaimana. Dan kerajaan lebih percaya agensi daripada kerajaan negeri. Nasib la.


Tak timbul soal menzalimi kerana RAKYAT masih dapat duit tu. Yang tak dapat cuma kerajaan negeri. Tapi kerajaan negeri tetap dapat peruntukan lain macam biasa. Dan yang lebih utama, rakyat akan dapat nikmati terus wang ehsan tu.


Ketiga soal peruntukan pembangkang. Tak perasan dekat bahagian mana yang ada sebut peruntukan tak diberikan. Tapi kalau ya pun, yang tak dapat duit tu cuma ahli parlimen. Pembangunan tetap ada.


Contohnya baik pulih sekolah tetap akan dibuat walau sekolah berada di negeri yang ditadbir oleh PN. Kementerian Pendidikan pun kata, dana yang besar itu untuk semua negeri. Nak risau apa?


Cuma duit tak sampai ke tangan MP. Jadi MP susah nak jual cerita konon mereka baik hati sedangkan perbelanjaan guna dana kerajaan pusat. Sebab itu mereka marah. Sebab tak dapat bergaya.


MP marah aku tak pelik. Yang penyokong pun nak marah sama kenapa? Kalau duit pergi ke MP, ko dapat persen ke? Yang penting pembangunan dan kebajikan tu korang sebagai rakyat akan tetap rasa.


Cuba tengok balik belanjawan. Semua untuk rakyat. MP pembangkang marah sebab tak dapat nak bergaya dengan dana kerajaan je. Tapi tiada rakyat, terutamanya golongan miskin, yang ketinggalan.


Dulu masa PN ada dalam kerajaan, pembangkang tak dapat peruntukan juga. Masa tu tak keluar pun isu MP Islam dinafikan hak. Ramai je MP PH yang mewakili kawasan Melayu tak dapat peruntukan.


Kan nampak sangat mereka gunakan nama Melayu hanya untuk kepentingan politik mereka. Masa ada kuasa, tak fikir pun tentang Melayu. Projek Jana Wibawa yang konon untuk Melayu pun diberikan kepada bukan Melayu. Apa kes?


Sama ada Wan Saiful bersalah atau tak, itu biarlah mahkamah tentukan. Tapi lelaki Cina yang terbabit tu memang sah ada. Jadi dana Jana Wibawa pergi ke bukan Melayu tu memang sah. 


Yang itu walaun tak bising. Gunakan nama Melayu untuk korek dana, tapi beri kepada bukan Melayu. Aku tak ada hal bukan Melayu dapat projek cuma yang aku tak berkenan, guna nama Melayu untuk menipu rakyat. Itu yang jahatnya.


Belanjawan ini baru dibentangkan. Semua MP ada 2 hari untuk belek sebelum dibahas untuk diluluskan. Kalau MP pembangkang rasa ada ketidak adilan, bahaskanlah dan bentangkan fakta nanti.


Tapi orang besar pembangkang selalunya ponteng sidang. Itu yang masalah. Kalau datang pun, dalam dewan buat bising benda bodoh. Tak tunjuk fakta pun. Lepas tu bising kat luar. Yang kesian pengikut yang dungu. Percaya tanpa berfikir. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.


IKUT MUNG ....


 

BIAR DIMAKI HAMUN SEKARANG



Pencarum KWSP berumur 40-54 tahun yg hanya ada baki simpanan di bawah RM10K saja, kerajaan topap RM 500 dlm akaun 1 mereka.


Maksudnya apa?  PMX tidak galakkan pencarum KWSP keluar duit simpanan mereka seperti Abah Cow selalu dok buat.  


Kamu minta keluar duit KWSP, bukan sahaja kerajaan tidak benarkan bahkan kerajaan tolong topap lagi duit dalam tabung kamu.


PMX rela dimaki hamun sekarang oleh segelintir rakyat yg mahu duit KWSP, asalkan tidak dimaki hamun di masa akan datang apabila pencarum2 KWSP dah tua dan tiada tabungan lagi.  


Hakikatnya, telah banyak program dan insentif kerajaan perpaduan telah disediakan untuk membantu rakyat yang tentunya tidak dapat dilihat melalui "cash".  InsyaAllah, semoga keikhlasan PMX itu diberkati Allah dan terus diberi pertunjuk.


WFAUZDIN NS



PM ONLINE TERKINI.

 

Mukhlis Edie


Duta Khas kaki ponteng parlimen dinobatkan sebagai PM online.





BELANJAWAN 2023 – KALI INI TIADA ULASAN DARIPADA SAYA

 

Ramai kawan-kawan dan kenalan menghubungi saya bertanya, apa ulasan saya berkenaan Belanjawan 2023 yang dibentangkan semalam.

Mereka juga bertanya, kenapa tiada ulasan daripada saya ditemui di website atau media sosial?

Sejak saya kembali aktif menulis pada 2011, sebenarnya inilah kali pertama saya tidak mengulas apa-apa mengenai belanjawan.

Biasanya, setiap kali belanjawan dibentangkan, dua tiga jam selepas itu pasti muncul ulasan atau kritikan daripada saya.

Baik ketika ia dibentangkan oleh Najib Razak, Lim Guan Eng atau Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, semuanya tidak terlepas daripada kritikan saya.

Tapi kali ini – entahlah – semacam tiada apa yang boleh saya ulas mengenai belanjawan itu.

Nak kata terlalu baik sehingga perlu saya memujinya, saya tak terjumpa pula sesuatu yang luar biasa.

Banyak perkara yang dibentangkan boleh dikira biasa-biasa saja.

Mengambil kira Anwar pernah dinobat sebagai Menteri Kewangan Terbaik Asia dan selama 25 tahun berjuang sebagai pembangkang dengan puluhan guni idea serta saranan mengenai cara memulihkan ekonomi negara dan membantu rakyat pernah dibentangkannya di pentas ceramah sebelum beroleh kuasa, nampak semacam tidak sepadan dengan apa yang dibentangkan semalam.

Soalnya, ke mana idealisme Anwar yang memukau selama ini?

Nak kata belanjawan semalam terlalu buruk atau lemah, tidak pula sampai ke tahap begitu.

Kalau terlalu lemah dan buruk, tentulah awal-awal lagi saya sudah menulis untuk membelasahnya.

Senang cerita, belanjawan yang dibentang Anwar semalam setelah kali terakhir membentangkannya 27 tahun lalu, hanya boleh dianggap biasa-biasa dan sederhana saja.

Kalau mahu diberi markah, termasuk cara penyampaian Anwar yang nampak tidak teratur dan tidak seperti pemidato yang hebat serta perkataan-perkataan baru yang ditunggu-tunggu tidak muncul, sebaliknya hanya perkataan lama yang sudah kerap diulang, barangkali markah 6.5/10 paling munasabah sekali.

Inilah ulasan sekadar tiada ulasan daripada saya tentang Belanjawan 2023. – ShahbudinHusin 25/02/2023.




ISU KWSP MENJADI ISU DI PIHAK PEMBANGKANG


 

MALU MALAYSIA BILA RASUAH MENINGKAT DALAM NEGARA.....MEMALUKAN


 

DEWAN RAKYAT TELAH LULUSKAN AKTA KETIKA ANWAR MENJADI TPM DI MANA JIKA SESEORANG MENTERI ITU BERSALAH SELAGI ADA BUKTI MEREKA BOLEH DISIASAT


 

TERKEJUT MAKAN NASI LEMAK RM5 ADA SOTONG BAGAI..TEDIAAAA AIHHH NO


 

PERJUANGAN DAP NI KAMI KENANG JASA DAP- WAKTU DIA BERKAWAN- MASA MN BERDERAI AIR MATA DALAM DEWAN PWTC


 

KENAPA KETIKA PAS DAN BERSATU JADI KERAJAAN TAK SELESAIKAN WAKTU MEREKA BERKUASA


 

CERAMAH UAI NI DIBAWAH MAJLIS AGAMA ISLAM- DIBAWAH SULTAN SELANGOR- JAIS PUN TOLAK DR ROZAIMI DAN WAN JI



KELANTAN PUN TOLAK DAN TERENGGANU PUN TOLAK - ISU AGAMA NAK DIPOLITIKKAN ?



KENAPA ROYALTI TIDAK DAPAT- TAKIYUDDIN MASA JADI MENTERI KEHAKIMAN PUN TAK BUAT. TAKI HANYA NAK NAIKKAN KADAR ELEKTRIK SAHAJA.


 

CIKGU FADLI PUJI MENTERI PENDIDIKAN


 

YG ISTIHAR DARURAT PPBM, YG AGIH PROJEK PPBM, YG TERIMA KOMISYEN PPBM, Y...

KETENTUAN ALLAH YANG LEBAI2 MASIH BELUM TERIMA

YB NGA KOR MING! ANTARA MENTERI YANG TERBAIK DAN PADU!

UCAPAN PADU! YB SAIFUDDIN NASUTION DI NEGERI KEDAH!

BILA SABAH MAHU MAJU KALU WAKIL RAKYATNYA PUN TIDAK TATAP PENDIRIAN

 

Biar Lembaga Disiplin Umno buat keputusan, kata Shahelmey

Shahelmey Yahya bersama empat lagi Adun dipanggil Lembaga Disiplin Umno kerana tindakannya menyokong kerajaan Sabah pimpinan Hajiji Noor.

Adun Tanjung Keramat, Shahelmey Yahya berkata, beliau dipanggil Lembaga Disiplin Umno kerana ingkar arahan parti. (Gambar Bernama)

PUTATAN: Adun Tanjung Keramat, Shahelmey Yahya menyerahkan kepada Lembaga Disiplin Umno berhubung tindakannya menyokong kerajaan Sabah pimpinan Hajiji Noor, baru-baru ini.

Ketika krisis politik melanda Sabah, Shahelmey yang kini timbalan ketua menteri III antara wakil rakyat  Umno yang menyokong Hajiji

Katanya, dia tidak mahu mendahului Lembaga Disiplin Umno berhubung perlakuan atau kenyataan kurang wajar.

“Saya seorang daripada Adun Umno Sabah dipanggil Lembaga Disiplin untuk membuat pembelaan atas pertuduhan dinyatakan dan telah menyatakan pembelaan saya.

“Kita berserah kepada Lembaga Disiplin Umno untuk membuat keputusan, jadi kita tunggu,” katanya selepas Karnival Perpaduan Perumahan Daerah Putatan dan Karnival Perpaduan Komuniti Gerak Rahmah, Jom Sihat Daerah Putatan.

Selain Shahelmy, empat lagi Adun berpendirian sama sudah dipanggil Lembaga Disiplin Umno, iaitu Jasnih Daya (Pantai Dalit), James Ratib (Sugut), Arsad Bistari (Tempasuk) dan Yusof Yacob (Sindumin).

Bagaimanapun, Jasnih, James, Arsad dan Yusof bersama seorang lagi Adun Umno, iaitu Hamild@Hamid Awang (Balung) mengumumkan keluar parti dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah Selasa lalu.

Pada 6 Jan lalu, Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin berkata, parti itu menarik balik sokongan terhadap kerajaan Sabah dan Hajiji sebagai ketua menteri.

Mengenai tindakan Adun terbabit meninggalkan Umno, Shahelmy yang juga Ahli Parlimen Putatan berkata, itu hak mereka, namun beliau menganggap keputusan tersebut dibuat bagi mengukuhkan kestabilan politik di Sabah.

“Politik stabil penting agar pentadbiran dan agenda pembangunan negeri seperti Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya dapat dijayakan,” katanya.