HANGPA NAK TEBUK ATAP LAGI ???



 Ada beberapa orang berkata dengarnya Tebuk Atap 2.0 sedang giat dirancang sekarang ini yang mana ia membawa maksud, akan ada usaha menjatuhkan kerajaan perpaduan yang ada sekarang ini.


Ada yang bertanya, boleh ke berlaku? Kalau dikira logik, nampak macam mustahil. Dengan adanya akta anti-lompat parti dan MoU, jatuhkan kerajaan dengan Langkah Sheraton 2.0 memang tak mudah.


Tapi kita tak tahu. Pencuri ni, pandai kita jaga harta, lagi pandai dia buat rancangan nak mencuri. Jadi kemungkinan itu ada walaupun peratusan ia akan berjaya tu amat kecil. Tetapi tak pernah sifar.


Mungkin juga walaun merungut depan lebai. Jadi lebai tak reti nak balas apa, dia kata tunggulah, kita akan usahakan kerajaan ditikar. Lebai main belasah je tapi walaun terus percaya. Itu yang jadi kecoh.


Tapi memang ada beberapa cara kalau mereka nak buat.


Pertama, melalui Kudeta iaitu rampasan kuasa. Ia kemungkinan paling kecil. Perlukan kerjasama dari badan bersenjata negara seperti tentera dan polis. Aku rasa amat susah untuk ini berlaku.


Kedua, dengan menjatuhkan Zahid Hamidi. Betul jawatan presiden UMNO tak dipertandingkan tapi masih bergantung kepada ROS. Kalau ROS kata usul itu tidak sah, maka akan ada pertandingan untuk jawatan presiden nanti.


Pun begitu, proksi-proksi Mahiaddin dalam UMNO majoritinya telah disingkirkan. Namun masih ada lagi boleh menjalankan kerja menghasut dalam diam. Kedudukan Zahid belum tentu selamat.


Pun begitu, kalau UMNO keluar dari kerajaan pun, mereka terpaksa heret sekali GPS. Jika tidak, ianya takkan berjaya. Apa yang aku lihat, DS Anwar kini agak disenangi oleh pemimpin dan rakyat Sarawak.


Kemungkinan ini besar sedikit berbanding kudeta tapi tak cukup kuat. Agak rumit untuk dilaksanakan.


Dan ketiga, dengan membuat fitnah baharu yang boleh mengganggu kedudukan DS Anwar sebagai ahli parlimen sekaligus menghilangkan kelayakan beliau untuk menjadi Perdana Menteri.


Mungkin fitnah Liwat III. Mungkin fitnah seleweng dan/atau rasuah. Atau fitnah salah guna kuasa. Atau banyak lagi fitnah yang boleh dilakukan. Ada duit, saksi boleh dibeli dan bukti boleh direka.


Antara 3 kaedah ini, aku rasa reka fitnah ke atas DS Anwar paling mudah untuk dilaksanakan. Dengan ada beberapa MP kerajaan yang tak senang dengan DS Anwar, berserta penjawat awam yang tak suka kepada beliau (deep state), tak susah kalau nak cari sukarelawan untuk mencipta fitnah baru.


Dengan situasi di mana ramai pemimpin Bersatu dan PN semakin berada di ambang mahkamah, usaha tebuk atap ini mesti dijalankan secepat yang mungkin. Jadi mungkin plot sedang ditulis waktu ini 


Apa pun, aku berserah kepada Allah. Kita berdoalah agar mereka yang merancang kerosakan ini akan dimusnahkan sebelum usaha jahat mereka menjadi kenyataan. Semoga negara ini selamat. Guane boh?


 

Raja Gelap 

.