SIARAN MEDIA



Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Pulau Pinang mengambil maklum berkenaan tindakan Dr Afif bin Bahardin, ADUN Seberang Jaya yang telah mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia(PPBM).

Beliau sebelum ini telah digugurkan sebagai exco kerajaan negeri Pulau Pinang , dilucutkan hak sebagai ADUN kerajaan Pakatan Harapan negeri bersama 2 adun PPBM selepas disahkan penggantungan serta pemecatan keanggotaannya oleh Lembaga Disiplin, Parti Keadilan Rakyat.

Bagi Zulkifli bin Ibrahim, ADUN Sungai Acheh, Lembaga Disiplin  parti telah menerima laporan dan bukti yang menunjukkan beliau  jelas bersekongkol dengan mereka yang mengkhianati parti serta mandat rakyat, seraya bertindak  menyelar Presiden KEADILAN , Dato' Seri Anwar bin Ibrahim serta parti yang telah memberi laluan beliau bertanding, secara terbuka.

Segala tutur kasar yang keluar daripada individu sebegini - hanyalah mempamerkan kedengkian serta sikap tidak bertanggungjawab demi kepentingan diri sendiri, membelakangi arus perjuangan rakyat.

Selain itu ,beliau juga telah mengadakan perjumpaan bersama Dr Afif dan Adun-Adun pembangkang lainnya dengan niat mencabar kestabilan serta kewibaan PH Pulau Pinang . Percayalah, yang haq sentiasa mengatasi yang batil, InshaaAllah.

Mereka sekarang menikmati jawatan dalam GLC kerajaan PN - sementara kerajaan pusat PH sebelumnya diruntuhkan; di kala rakyat sendiri terpaksa mengharungi ketidaktentuan ekonomi akibat pandemik covid-19.

Klimaks pengkhianatan ini dapat dilihat apabila mereka bertemu PM dan mengisytiharkan sokongan kepada PN , secara terang- terangan  membelakangkan perjuangan parti dan mandat rakyat, sementara terus menikmati kerusi ADUN masing-masing.

KEADILAN Pulau Pinang sentiasa komited dalam usaha memperkukuhkan agenda berkebajikan rakyat menerusi wadah Pakatan Harapan. 

InshaaAllah, kebajikan rakyat akan terus dipertingkatkan dan kami akan sentiasa memberi pembelaan sewajarnya kepada masyarakat terpinggir melalui kerjasama erat bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

MUHAMMAD BAKHTIAR BIN WAN CHIK
Pemangku Pengerusi
Majlis Pimpinan Negeri
KEADILAN Pulau Pinang
24 Jun 2020


Perkukuhkan Bukan Runtuhkan!



Oleh: Muhammad Hafez Darwis


Usah mimpi Pakatan Harapan akan menjadi kerajaan semula jika ia tidak kukuh. Tumbangnya Pakatan Harapan akibat daripada “Langkah Sheraton” adalah juga sebahagiannya kerana ia tidak cukup kukuh. Sebahagian lagi adalah kerana terdapat mereka yang menjual prinsip dan sanggup bersekongkol dengan perasuah.

Mengukuhkan Pakatan Harapan dengan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip keadilan, kesaksamaan, kemanusiaan, pro-kebajikan rakyat dan anti-rasuah adalah pra-syarat sama ada untuk mendapatkan semula mandat rakyat yang diberikan pada PRU-14 yang lepas atau pun untuk menghadapi pilihanraya mengejut.

Malahan untuk menjadi pembangkang yang berkesan, berbisa dan menyengat pun memerlukan pengukuhan Pakatan Harapan. Justeru, mengukuhkan Pakatan Harapan adalah suatu agenda yang berterusan dan tidak boleh dihentikan.

Ini adalah asas, hakikat dan sifat politik Malaysia. Tidak ada parti politik dalam sejarah Malaysia memegang kuasa kerajaan pusat secara bersendirian. Semuanya adalah melalui kaedah membina wadah bersama. Sama ada dalam bentuk pakatan bersama, barisan bersama, muafakat bersama atau perikatan bersama. Kuncinya wajib bersama bukan bersendirian.

Bersama-sama memerangi rasuah, ketidakadilan dan kezaliman di dalam suatu wadah yang kukuh bukan yang runtuh. Dan Pakatan Harapan sebagai suatu wadah bersama perlu diperkukuhkan bukan diruntuhkan.

Keperluan untuk membina dan mengukuhkan wadah bersama adalah asas, hakikat dan sifat politik Malaysia yang masih belum berubah sehingga sekarang dan tak akan berubah untuk suatu jangka masa yang lama selagi wujudnya kerencaman etnik, agama, budaya, bahasa, wilayah kenegerian, ideologi dan kepelbagaian pandangan serta pendirian politik.

Ini yang perlu difahami dan dimasukkan ke dalam otak aktivis-aktivis parti komponen Pakatan Harapan yang dalam beberapa siri kenyataan peribadi mereka menggambarkan seolah-olah parti masing-masing boleh bergerak bersendirian tanpa memerlukan sokongan dari parti komponen yang lain. Kenyataan mereka ini adalah kenyataan yang naif dan kekanak-kanakan.

Ya memang mereka boleh bergerak bersendirian. Tapi bergerak ke mana? Ke kerusi pembangkang selama-lamanya? Kalau itu yang menjadi tujuan dan matlamat mereka, hanya dengan kerusi parlimen yang tidak sampai 50 pun daripada 222 kerusi, bagaimana mungkin mereka bisa menjadi pembangkang yang kuat dan berkesan?

Pengukuhan Pakatan Harapan adalah agenda yang tidak boleh dikompromi sama ada tujuannya untuk mendapatkan kembali mandat rakyat pada PRU-14 yang telah dirompak atau untuk menjadi sekadar pembangkang yang berkesan selama-lamanya.

Tapi kalau tujuannya hanya sekadar untuk menjadi pembangkang selama-lamanya dan membiarkan parti-parti lain menjadi kerajaan, mungkin wadah NGO lebih sesuai buat mereka yang ingin bergerak bersendirian ini.

NGO tak perlu pening kepala bertarung dalam pilihanraya untuk menang  kerusi. Tak perlu merajuk kalau tak dapat jadi calon pilihanraya. Tak perlu bertumbuk dalam pemilihan dalaman parti. Malahan jutaan wang ringgit pun tak perlu dikeluarkan untuk menjalankan kempen pilihanraya. Cukup sekadar membangkang sudah pun memenuhi kriteria semak dan imbang sebuah NGO. Buat mereka ini wadah NGO mungkin lebih sesuai.

Wadah bersama dalam sebuah pakatan parti politik tentunya lebih rumit. Membina sebuah wadah bersama yang terdiri daripada pelbagai parti dengan pelbagai karenah, pelbagai kepentingan dan pelbagai aliran pandangan memerlukan kehalusan, kecermatan, ketelusan, kebertanggungjawaban dan kelunakan di dalam memastikan kerjasama yang dijalinkan itu terus mengukuh. Ini adalah suatu kerja seni.

Seni membina dan menjambatani kepelbagaian yang ada untuk membentuk suatu pakatan yang utuh. Bukan meruntuh. Meruntuh jambatan yang sudah dibina adalah kerja mudah. Membina mengambil masa yang lama dan tenaga yang banyak. Sekali sudah runtuh, untuk membina semula bukanlah kerja yang mudah.

Justeru, tindakan beberapa aktivis parti komponen di dalam Pakatan Harapan yang mengeluarkan kenyataan yang tidak halus, tidak cermat dan bercanggah pula antara satu sama lain di ruang awam adalah resepi mudah untuk meruntuhkan jambatan yang telah dibina itu.

Kebebasan bersuara individu di dalam sebuah parti politik perlu diimbangi oleh kebertanggungjawaban untuk memastikan jambatan yang dibina dan wadah yang telah dibentuk bersama itu terus kukuh dan utuh.

Ini adalah suatu kemestian jika sekiranya Pakatan Harapan benar-benar serius dalam usaha mereka untuk mendapatkan kembali mandat rakyat dari PRU-14 yang dirompak atau pun sebagai persediaan untuk menghadapi pilihanraya mengejut.

Akan tetapi kita semua sedia maklumi usaha pengukuhan ini tersekat di titik paling rumit dan kusut iaitu berhubung dengan isu - siapa yang lebih strategik untuk diangkat menjadi PM Malaysia di dalam usaha untuk mendapatkan kembali mandat rakyat yang telah dirompak daripada PRU-14 yang lalu?

Kekusutan persoalan siapa yang akan menjadi PM ini tak akan selesai jika sekiranya wujud serang-menyerang antara parti-parti komponen di dalam Pakatan Harapan. Musuh Pakatan Harapan sama ada yang di luar atau di dalam parti sendiri memang menunggu “bola tanggung” seperti ini untuk terus mengadu-domba mendorong agar berlakunya perpecahan. Kalau Pakatan Harapan pecah siapa yang untung?

Bergerak bersendirian bukanlah jalan untuk mengalahkan Perikatan Nasional. Bergerak bersendirian juga bukan alternatif untuk menjadi pembangkang yang berkesan.

Justeru itu, Pakatan Harapan perlu diperkukuhkan dengan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip keadilan, kesaksamaan, kemanusiaan, pro-kebajikan rakyat dan anti-rasuah. Manakala persoalan siapa yang akan menjadi PM, sama ada Mahathir atau Anwar perlu terus dibuka dan dibahaskan sehinggalah suatu kesepakatan bersama dicapai dan dituntaskan di dalam Pakatan Harapan bersama-sama Pakatan Harapan Plus.

Sehingga kini keputusannya masih belum benar-benar tuntas dan tersekat pada persoalan siapa yang akan menjadi PM - Mahathir atau Anwar?

Mungkin soalan yang lebih membantu untuk menguraikan kekusutan ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu pertamanya siapakah yang lebih berkemungkinan untuk memperolehi sokongan majoriti daripada anggota parlimen pada sidang parlimen 13 Julai nanti - Anwar atau Mahathir?

Soalan pertama ini menumpukan kepada kaedah mendapatkan kembali mandat rakyat melalui jalan undi tidak percaya di sidang parlimen terhadap Muhyiddin Yassin. Sosok yang dipercayai boleh mendapat jumlah anggota parlimen yang mencukupi untuk menumbangkan kerajaan Perikatan Nasional, maka sosok itulah yang seharusnya dipilih untuk menjadi PM mengikut syarat-syarat yang telah dipersetujui bersama.

Manakala soalan kedua pula lebih menumpukan kepada kaedah memperolehi kembali mandat rakyat melalui jalan pilihanraya mengejut (jika sekiranya berlaku). Untuk soalan kedua ini yang lebih penting adalah siapakah antara Mahathir dan Anwar yang lebih berkemungkinan untuk mendapat sokongan daripada pengundi-pengundi di seluruh Malaysia jika dipilih menjadi PM untuk menerajui Pakatan Harapan atau Pakatan Harapan Plus?

Jawapan kepada persoalan ini tentunya memerlukan semacam penyelidikan atau kajian impirikal yang akan memperlihatkan siapa yang lebih layak dipilih sebagai PM - Mahathir atau Anwar? Atau mungkin sahaja ada calon lain dari kepimpinan Pakatan Harapan dan Pakatan Harapan Plus yang lebih diterima oleh pengundi-pengundi Malaysia selain daripada Mahathir dan Anwar.

Walau apa pun jawapan kepada kedua-dua soalan ini perkara yang paling mustahak dan menjadi asas kepada kekuatan Pakatan Harapan dalam persaingannya sama ada untuk mendapatkan kembali mandat rakyat menerusi undi tak percaya kepada Muhyiddin atau menghadapi pilihanraya mengejut ialah - Pakatan Harapan wajib diperkukuhkan.

Dan naratif yang seharusnya menjadi semacam panduan dan pegangan kepada aktivis-aktivis Pakatan Harapan adalah memperkukuhkan Pakatan Harapan dan bersama-sama Pakatan Harapan Plus untuk terus membuka ruang bagi mencari kesepakatan bersama buat mendapatkan kembali mandat rakyat di PRU-14 yang telah dirompak oleh Perikatan Nasional.

Itu naratifnya. Mengukuhkan bukan meruntuhkan.

SATU LAGI PIHANRAYA KECIL ( PRK )


Kali ini di Dun Seberang Jaya, Pulau Pinang.
Dr Afif Bahardin - Adun Seberang Jaya istihar lompat parti dari PKR ke Parti Pribumi Bersatu.

Mengikut RUU Anti Lompat Parti 2012, Enakmen Perlembagaan Negeri Pulau Pinang telah dibentangkan dan diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri mana - mana Adun yang melompat parti maka satu Pilihanraya Kecil perlu diadakan.

Ini lah kebodohan Dr Afif dia tak sedar apa yang dia buat. Dia sendiri lupa, dia sendiri yang sokong RUU Lompat Parti tu, dia sendiri langgar dan sengaja cari penyakit.

Maka hilanglah gaji & elaun Adun sebanyak RM 10,000 sebulan.
Selamat bersara Dr Afif !

Aku nak tambah bukan apa..kalau di Seberang Jaya aku rasa dia boleh bungkuih.


SEMUA PM MEWAKILI GABUNGAN PARTI PELBAGAI KAUM, TIADA SEBAB ANWAR DARI PKR TIDAK BOLEH DITERIMA



Alasan pokok yang digunakan oleh Tun Mahathir Mohamad untuk mencadangkan dirinya sendiri sebagai calon Perdana Menteri PH Plus ialah kerana Anwar Ibrahim yang merupakan pesaingnya dianggap tidak boleh diterima bagi jawatan itu kerana memimpin sebuah parti pelbagai kaum.

Dengan itu, kata Tun Mahathir, beliau perlu menjadi Perdana Menteri terlebih dahulu selama enam bulan sebelum menyerahkannya kepada Anwar.

Dalam mesyuarat PH Plus pada 9 Jun lalu, Anwar lantas berhujah bahawa jika itu alasannya, pada enam bulan akan datang di mana peralihan kuasa berlaku seperti yang dijanjikan kepadanya, ketika itu beliau masih lagi memimpin PKR yang merupakan sebuah parti berbilang kaum.

Walaupun Tun Mahathir dilaporkan tidak mampu menyanggah hujah Anwar itu, tetapi alasan itu bukan saja menggambarkan isi hati sebenarnya tidak mahu menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar setelah memegangnya selepas enam bulan nanti, tetapi yang lebih penting ialah menyerlahkan sifat perkauman yang tebal dalam diri bekas Pengerusi Bersatu itu, walau dalam banyak keadaan selalu menyeru agar bibit-bibit perkauman hendaklah dihindarkan.

Beliau nampaknya cuba memainkan sentimen kaum dan menonjolkan isu ketuanan Melayu dalam hujahnya, walhal hakikat sebenarnya semua itu hanyalah untuk kepentingan dirinya semata-mata.

Kenapa baru sekarang isu kedudukan Anwar memimpin parti pelbagai kaum dibangkitkan, sedangkan sebelum ini tidak berbangkit sama sekali?

Tun Mahathir dalam hal ini seolah-olah terlupa bahawa semua Perdana Menteri sebelum ini adalah mewakili sebuah gabungan parti-parti pelbagai kaum untuk memenangi pilihanraya dan membentuk kerajaan.

Bermula dengan Perikatan, BN, PH dan PN – semuanya adalah gabungan yang mengandungi parti-parti pelbagai kaum di dalamnya.

Bolehkah UMNO, Pas atau Bersatu secara sendirian menjadi parti yang mampu membentuk kerajaan?

Kenapakah ditubuhkan Perikatan, BN, PH dan PN ketika mahu memenangi pilihanraya dan sewaktu menubuhkan kerajaan?

Tidakkah ia menunjukkan bahawa untuk memenangi pilihanraya dan menubuhkan kerajaan, menampilkan gabungan yang menggambarkan kemajmukan kaum adalah mustahak bagi memastikan kerajaan yang dibentuk benar-benar stabil?

Maka itu, apa masalahnya kalau Anwar selaku Presiden PKR, sebuah parti pelbagai kaum dipilih menjadi Perdana Menteri?

Lagi pun, bukankah logo PKR yang bertanding dalam PRU14 telah diberi kemenangan oleh pengundi yang memperlihatkan kedudukannya sebagai parti pelbagai kaum sudah pun dapat diterima dengan baik oleh rakyat?

Selain itu, apa yang mustahak, walaupun PKR merupakan parti pelbagai kaum, ia masih merupakan sebuah parti yang majoriti pemimpin serta diketuai oleh orang Melayu.

Dalam erti kata lain, gambaran kepimpinan atau kemajmukan yang ada dalam PKR adalah tidak ubah seperti kemajmukan yang ada dalam masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Dengan itu, PKR di mana Anwar selaku Presidennya dan jika dipilih sebagai Perdana Menteri, adalah gambaran yang realistik, sesuai dengan kedudukan kaum yang berbagai yang hidup aman damai di negara ini, tetapi tetap meletakkan pemimpin Melayu sebagai ketuanya.

Yang sebetulnya, Tun Mahathir tidak setuju dengan Anwar kerana kedudukannya memimpin parti pelbagai kaum atau disebabkan ada dendam terpendam terhadap diri Presiden PKR itu sendiri? (Shahbudindotcom 24/06/2020)

VIDEO : TEMURAMAH DSAI BERSAMA CNA


VIDEO : Parlimen Julai: Gagal Lulus Usul PN Boleh Jatuh



WARONG MAHATHIR



Oleh HASMI HASHIM

Katakan Keadilan menerima Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri semula, selepas enam bulan, kerajaan itu sangat berkemungkinan dirampas lagi. Ketika itu, hujah sama bisa digunakan.

Konon bukan kerana Dr Mahathir tidak mahu menyerahkan jawatan kepada Anwar Ibrahim, tetapi Anwar—dan sekali lagi Pakatan Harapan (PH)—dikatakan tidak cukup angka. Seperti sekarang, konon yang menyokong Dr Mahathir, tidak mahu menyokong Anwar. Wal-hasil balik-asal.

Helah dan kira-kira begini, orang kampong yang menyembang di warong kopi pun tahu. Bagi mereka, kalau Dr Mahathir ikhlas, beliau perlu menyokong Anwar sekarang. ‘Menyerahkan’ kuasa kepada Anwar sekarang. Bukan enam bulan lagi.

Kalau enam bulan baru hendak sokong, nampak semacam skrip lama mahu diulang. Nampak ada yang tidak kena—ketika Dr Mahathir merayu kepada Anwar dan PH selepas beliau ditekan Muhyiddin Yassin.

Mungkin sahaja, “Langkah Sheraton” tempohari tidak mencapai matlamatnya yang sebenar. Hah!

Makin hari makin nampaklah komplot di dalam Langkah Sheraton bukan benar-benar mahu mengangkat Muhyiddin sebagai PM. Muhyiddin hanya pilihan kedua. Ada pilihan lain yang menjadi pilihan pertama yang hendak diangkat sebagai PM.

Malangnya, matlamat dan pilihan berkenaan tidak kesampaian kerana Langkah Sheraton juga dibuat dalam keadaan tergesa-gesa. Mereka yang berkhianat, waktu itu, sangat takut kalau-kalau Anwar sempat terpilih sebagai PM. Jadi, sekemas mana pun Langkah Sheraton, nampaknya tangkap muat sahaja dahulu.

Bila matlamat masih tidak kesampaian, maka skrip sebelum Langkah Sheraton perlu digunakan kembali. Agar ‘pilihan pertama’ tadi, dapat benar-benar diangkat sebagai PM. Agar misi Langkah Sheraton, pun sempurna.

Begitulah bacaannya—orang-orang kampung yang tidak ada kepentingan apa-apa, melainkan menunggu air pasang untuk ke laut—nampak jauh lebih bijak daripada segelintir yang orang yang berkepentingan. Bagi mereka, mahu menjadi PM buat kali ketiga pada umur 95 itu sendiri sesuatu yang sudah cukup pelik.

Di sebaliknya tentu ada agenda tersendiri, yang hendak dijayakan.

Membenci Muhyiddin nampaknya hanya alasan, tetapi bagi Dr Mahathir jarang beliau disebutkan—atau hampir tidak pernah—siapakah yang sebenarnya menyusun Langkah Sheraton, yang antara matlamat utamanya mengagalkan peralihan kuasa? Kalau Muhyiddin sahaja yang seperti mendapat rezeki terpijak, muhtahil pengkhianatan sebegitu besar boleh terjadi.

Waktu menjadi PM selama 22 bulan, Dr Mahathir juga enggan membuat rombakan kabinet. Sedangkan desakannya sangat kuat. Alasan yang diberikan Dr Mahathir kerana beliau tidak mahu campur urusan dalaman parti lain, khususnya Keadilan. Hanya seorang menteri, yakni Mazlee Malik yang digugurkan—bagi meredakan tekanan untuk sebuah rombakan lebih besar.

Sedangkan setiap perlantikan menteri kabinet adalah di tangan PM. Untuk melantik, atau membuang. Mudah cakap, semuanya di tangan Dr Mahathir ketika menjadi PM tempohari. Semua tanggungjawab memastikan kaninet yang bersih, beliau abaikan.

Dr Mahathir boleh sahaja tidak menunggu Keadilan membuat keputusan kerana beliau mempunyai akses kepada maklumat. Termasuk polis, pejabat peguam negara serta SPRM. Keadilan sebagai sebuah parti politik, tidak mempunyai peluang akses kepada maklumat, berbanding seorang PM.

Apabila pilihan pertama nampaknya bermasalah, maka Muhyiddin pun didekati bagi diangkat sebagai PM. Sifatnya nampak sebagai ‘PM sementara’, atau menyamai konsep ‘PM peralihan’.

Namun dalam diri Muhyiddin pula, kira punya kira, rasa menarik juga tawaran sebagai PM. Mungkin dalam hatinya berkata, “inilah peluang terbaik bagi aku!” Persoalan akan ditikam belakang, nantilah diuruskan kemudian.

Maka, Muhyiddin pun memgambil kesempatan atau tawaran menjadi PM. Merelakan dirinya seakan-akan diperguna—meski di mata PH dan apatah lagi rakyat, dia akan dikenang sebagai sebahagian daripada kumpulan pengkhianat. Muhyiddin tidak peduli.

Masalah Muhyiddin sekarang, dia tidak mempunyai sesiapa yang boleh dipercayai. Dari luar, dia dimusuhi; dari dalam perikatan, punggungnya dicucuk-cucuk.

Sekali lagi memetik ngomong-ngomong di warong kopi hujung minggu lalu ketika saya balik ke kampung tiga-empat hari sebelum Lebaran berakhir, kata orang, “biar musuh dari luar kerana nampak jelas. Musuh dalam selimut Muhyiddin adalah musuh yang lebih bahaya.”

Di sini, nampaknya Anwar sudah mengambil langkah yang tepat serta cukup berhati-hati. Keadilan tidak mahu masuk ke dalam lubang ular yang sama—di mana usaha untuk menggulingkan Muhyiddin hanya dijadikan sebagai satu lagi bentuk permainan demi akhirnya mengangkat dalang utama yang sedang menyucuk punggung Muhyiddin sekarang.

Inilah yang dinamakan ‘membunuh’ dengan “menggunakan tangan orang lain.” Tidak memakai tangan sendiri. Supaya tangan dan muka ‘pembunuh’ kekal nampak bersih dan tidak bergelumang darah.

Strategi ini sebenarnya strategi klasik di dalam sejarah politik di mana pun dalam sejarah dunia. Tidaklah terlalu menghairankan, tetapi memang menjadi persoalan apabila masih ada ahli politik di era pasca Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang begitu mudah terperangkap.

Jawapannya mungkin satu, yakni gopoh. Mungkin juga akibat terlalu merasa terdesak. Sudah kesedapan 22 bulan lalu jadi menteri ke sana ke mari dengan diiringi pegawai dan pengawal.

Apabila dalam keadaan terdesak dan kesedapan kuasa, maka hujah “untuk mengembalikan mandat rakyat” pun digunakan. Tujuan hujah nampaknya tidak lain ialah untuk melepaskan keterdesakan diri mereka. Bukan kerana rakyat.

Pun begitu, mandat yang dicuri memang perlu dikembalikan. Cuma di dalam masa yang sama, perlulah berhati-hati kerana di dalam kandang politik bukan sahaja wujud pencuri, tetapi wujud juga penipu. Keduanya sama bahaya.

Kita tidak mahu rakyat kecewa kali kedua. Kecewa kerana mandat dirampas, dan kecewa lagi kerana ditipu sehinggakan cita-cita untuk melakukan reformasi dan membela rakyat tetap juga terkandas. Sebagai parti yang berteraskan semangat rakyat, Keadilan nampaknya boleh berbangga dengan keputusan bijak dan cermat yang dibuat.

Sekarang terpulang kepada Dr Mahathir. Bola di kaki beliau.

Beliau mungkin mempunyai peluang terakhir untuk memperlihatkan kejujuran dan keihklasan terutama kepada Anwar—selepas Anwar pernah memberikan peluang kepada beliau di dalam Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Caranya mudah, dengan menyokong—serta meminta semua pihak yang menyokongnya—untuk menyokong Anwar dan PH secara keseluruhan bagi mengambilkan kembali mandat rakyat yang dirampas lebih tiga bulan lepas.

Sebelum itu, Dr Mahathi mungkin juga perlu menyebutkan kesemua nama-nama mereka yang terlibat dengan Langkah Sheraton—dan setiap kejahatan yang telah dilakukan. Jangan lindungi seorang pun. Jangan tertumpu hanya tertumpu Muhyiddin-Muhyiddin-Muhyiddin. Meski, memang Muhyiddin antara yang terlibat.

Cara memuji satu-dua parti—misalnya DAP yang kini mempunyai jumlah ahli parlimen paling ramai di dalam PH—bukan jalan penyelesaian. Cara mendapat sokongan dengan memuji-muji adalah cara lama. Bahkan, pujian yang berlebih-lebih, sekali lagi boleh dilihat sebagai usaha menyembunyikan sesuatu.

Bagi yang cepat mabuk dek pujian, terpulang. Pujian yang menghilangkan pertimbangan dan kewarasan nampaknya juga menjadi senjata politik yang bahaya.

Kalau benar Dr Mahathir bersama mandat rakyat—dan tidak punya agenda lain atau mahu menyempurnakan misi Langkah Sheraton yang tempohari tidak lengkap—maka dia tidak boleh tidak perlu menyokong Anwar sebagai PM. Di situ, sudah tentu satu bentuk kerjasama yang lebih ikhlas boleh terjalin untuk menyelamatkan Malaysia.

Sebelum meninggalkan warong, orang-orang yang menyembang tadi ketawa terbahak-bahak. Semua strategi yang bagi sesetengah orang sangat sulit, sebenarnya tidak sulit bagi mereka. Bezanya mereka bukanlah orang politik yang kemaruk kuasa.

Mereka hanya ingin ke laut, menangkap ikan. Bila air pasang. Membaca ribut di atas ombak, sama sahaja dengan membaca ribut di atas darat.

(Tulisan ini pertama kali terbit di The Malaysian Insight pada 23 Jun 2020)

ALASAN KERAJAAN PN TERHADAP PATI


Hamsona Hamzah

𝗔𝗟𝗔𝗦𝗔𝗡 𝗞𝗘𝗥𝗔𝗝𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗡 untuk benarkan Pendatang Tanpa Izin (PATI) bekerja semata-mata nak jimatkan belanja ??!
Statistik Kes Positif Covid 19 menunjukkan majoriti adalah di kalangan warga asing termasuk PATI. Takkan semata-mata untuk menjimatkan perbelanjaan makan minum tahanan depoh, terus kerajaan PN ambil jalan mudah untuk melepaskan mereka dan MEMBENARKAN MEREKA BEKERJA DI MALAYSIA.
Takkan tak belajar dari kesilapan Singapura?
Takkan keselamatan rakyat diambil mudah begitu saja?
Bertambah menghairankan, status TANPA IZIN boleh terhapus begitu saja!!! Malaysia sudah jadi negara koboi ka???
Tiada penerangan foto disediakan.

Baru setahun, MB perak jual Camry, beli Lexus

Baru setahun, MB perak jual Camry, beli Lexus





Setahun selepas membuat pembelian kereta Toyota Camry untuk kegunaan kerajaan Negeri, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dikatakan telah menjual kenderaan rasminya dan ditukar kepada kereta jenis sedan Lexus ES.
Kereta berwarna putih baharu itu dilihat semasa lawatannya ketika pembukaan sekolah di SMK Methodist (P) dan SMJK Sam Tet pagi tadi.
Seperti dilaporkan The Star, Faizal berkata bahawa beliau telah memberikan Camrynya kepada Anggota Majlis Eksekutif Negeri.
“Kami mendapat potongan harga antara RM40,000 hingga RM50,000 untuk kereta tahun 2019.
“Kereta ini pada mulanya berharga sekitar RM300,000, dan kami mendapatkannya sekitar RM200,000.
“Kereta itu milik negeri, kita masih mampu membeli,” katanya.
Pada 20 Jun tahun lalu, Kerajaan Perak di bawah Pakatan Harapan membuat pembelian 16 kereta Toyota Camry bagi kegunaan Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Pembelian tersebut bagi menggantikan penggunaan kereta rasmi lama iaitu Proton Perdana yang sudah diguna sejak 2014.
Kerajaan negeri ketika itu dilaporkan membelanjakan kira-kira RM1.74 juta iaitu RM109,000 bagi setiap model Toyota Camry.
Untuk rekod, Kerajaan negeri Perak di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) terbubar selepas Ahmad Faizal melepaskan jawatan Menteri Besar Perak ke-12 pada 10 Mac lalu.
Ahmad Faizal yang juga Pengerusi Bersatu Perak, bagaimanapun mengekalkan kedudukannya sebagai Menteri Besar ke-13 selepas mengumumkan menyokong pentadbiran Perikatan Nasional (PN) di negeri itu.

KERAJAAN PN TIADA IDEA TANGANI GELOMBANG PENGANGGURAN

DAH BERKUASA SEKARANG...

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, teks yang berkata 'BH BHONLINE Haram bekerja dengan syarikat kafir,arah ahli berhenti serta merta. 6atகm'

FADZIL NOOR TOKOH TERBILANG PAS

TUN YANG TIDAK SABAR


Rohayuddin Yaacob

Betulkah? Langkah politik Tun selalu mendedahkan sikap tidak sabar, gopoh serta khianat orang-orang politik terutama pemimpin-pemimpin politik. Langkah politik Tun selalu berpaksi kepada kepentingan dan sejahtera rakyat.

Walaupun pada awalnya agak pahit dan sukar diterima ramai, langkah politik Tun akhirnya mendedahkan perlunya orang Melayu menilai diri semula, perlunya orang Melayu melonjak ke arah pembangunan, perlunya orang Melayu kembali kepada nilai asal yg murni. Siapakah yg meluat? Orang Melayu atau pemimpin politik yang selama ini mempergunakan orang Melayu untuk kepentingan meereka sendiri?

Imej mungkin mengandungi: 1 orang, rakaman dekat, teks yang berkata 'ASTRO AWANI Orang Melayu sudah meluat dengan langkah politik Tun Mahathir Syed Ali Astro Awani'




Kami dikalangan org melayu tidak meluat pun dgn langkah politik Tun Dr Mahathir, tapi kami amat meluat dgn org yg memburukkan org lain utk kepentingan dirinya sahingga terlupa budi dan jasa org. Klu nak membodek pun janganlah sampai memburukkan org lain.



Maklumat risikan tidak pernah salah..


C&P

Kenyataan saya semalam:

"Tun Mahathir tak minat jatuhkan Muhyiddin jika tidak dapat jadi Perdana Menteri"..

Kenyataan Tun Mahathir hari ini:

"Saya perlu cari cara lain untuk jadi Perdana Menteri"..

Kes ini sama la seperti bila saya dapat maklumat dari team risikan akan ada satu Pakatan baru menggunakan nama 'Nasional' bakal menggulingkan kerajaan Pakatan Harapan dengan bantuan Kartel dan Bersatu. Saya beri amaran siap buat kenyataan media pada 31 Januari 2020 tapi tidak ada siapa pun ambik peduli kecuali page TTKM yang pick up.. Itu pun 5 Februari 2020..

Dan pada 23 Februari 2020 Langkah Sheraton berlaku.. Bila dah berlaku baru pemimpin yang selama ini pena di kerusi empuk melompat seperti kera makan cili.. Semua dah terlambat..

Isu kali ini pula Atuk dan geng "stateless" dia yang tak berparti bersama Warisan cuba untuk menjadi 'kingmaker' dengan tawaran paling gila.. Tun nak jadi Perdana Menteri buat kali ketiga selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri ke-7..

Saya telah katakan sejak 3 minggu lalu Tun tidak ada nombor.. Itu yang pertama.. Dan kedua Tun hanya 'berlakon' lawan Muhyiddin dan tak minat pun nak guling kerajaan PN.. Tapi memandangkan dia nampak melalui sokongan PH dia mampu merampas kembali dan menjadi Perdana Menteri, maka dia sanggup seret Shafie ke Ibupejabat Keadilan semata-mata ingin berunding agar dapat jadi Perdana Menteri..

Dia tahu dia boleh pujuk AMANAH dan DAP dengan mudah sebab siapa yang boleh tahan baru 22 bulan jadi kerajaan dah digulingkan..

Dan dia tahu dia tak mungkin dapat pujuk KEADILAN kerana KEADILAN parti yang berprinsip.. Biar mati berdiri dari hidup melutut dan diperbodohkan lagi..

Maka dia cuba bermacam cara dan langkah terakhir dia adalah pecahkan Pakatan Harapan.. Dia cuba ikat AMANAH dan DAP.. Bukan bincang dengan Presiden2 parti tapi dia bincang dengan 'mantan menteri' yang kepanasan selepas hilang jawatan..

Yelah, Tun pun dikenali sebagai pakar 'pecah dan perintah'.. Tapi disebalik kenyataan dia hari ini dia tahu dia gagal untuk pujuk AMANAH dan DAP..

Saya telah beri amaran awal tentang atuk fosil ni yabg gila nak jadi PM selepas tumbangkan diri sendiri.. Saya sarankan pada Tun Mahathir untuk masuk bertanding Pilihanraya Singapura memandangkan Perdana Menteri Singapura telah umum membubarkan parlimen.. Manatau boleh jadi Perdana Menteri Singapura..



BIJAK P.RAMLEE


YUSOFF BIMBANG LAGI..



Bekas pembantu Anwar bimbang khabar angin sekitar pertemuan dengan menteri dalam negeri

facebook sharing button 
twitter sharing button 
whatsapp sharing button 
sharethis sharing button 
Yusoff Rawther (kiri) bimbang akan khabar angin mengatakan kesnya ditimbulkan dalam pertemuan antara pemimpin PKR, Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin.
PETALING JAYA: Lelaki di sebalik dakwaan serangan seksual melibatkan Anwar Ibrahim bimbang pertemuan antara presiden PKR itu dengan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin baru-baru ini boleh memberi kesan pada siasatan polis yang sedang berjalan, termasuk dakwaan serangan fizikal melibatkan pembantu ahli politik itu.
Muhammed Yusoff Rawther berkata khabar angin sekitar pertemuan itu membimbangkan. Lelaki ini tahun lepas menuduh pemimpin PKR itu cuba menyerangnya secara seksual. Laporan polisnya terhadap Setiausaha Politik Anwar, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berhubung dakwaan serangan fizikal dipercayai masih dalam siasatan.
Yusoff mengulas dakwaan di media sosial mengatakan Farhash juga berada di pertemuan itu, dan fail siasatan melibatkan dia dan majikannya ditimbulkan dalam pertemuan itu.
“Walaupun saya menganggap ia sebagai khabar angin, pengalaman mengajar saya khabar angin di KL selalunya berdasarkan suatu peristiwa,” kata bekas pegawai penyelidikan di pejabat peribadi Anwar ini kepada FMT. Beliau berkhidmat di pejabat di Petaling Jaya itu sehingga Jun tahun lepas.
Farhash ketika dihubungi enggan mengulas. “Maaf, PKR kenakan ‘gag order’,” katanya.
Ketua PKR Perak itu beberapa kali menolak dakwaan dia menyerang Yusoff tahun lepas.
Difahamkan polis menyerahkan penemuan mereka berhubung kes itu kepada Jabatan Peguam Negara, selepas siasatan dibuka semula.

Yusoff beberapa kali bertanyakan tentang status siasatan polis terhadap Farhash dan bimbang akan campurtangan politik.
Laporan perubatan dari Hospital Pantai menyatakan dia mengalami kecederaan dan koyak pada bahu yang memerlukan pembedahan, yang menelan belanja sehingga RM40,000.
Yusoff juga membuat saman sivil terhadap Farhash, yang akan mula bicara pada Oktober.
Minggu lepas, Ketua Whip PKR, Johari Abdul, seorang pengikut setia Anwar dan ahli Parlimen Sungai Petani, mengesahkan Anwar bertemu Hamzah, di sebalik dakwaan pemimpin PKR itu cuba mengajak ahli Parlimen PPBM bersama Pakatan Harapan dalam usaha gabungan itu untuk kembali berkuasa.
Pemimpin parti juga merestui Anwar mengadakan pertemuan seperti itu.
Meskipun belum ada maklumat sama ada Farhash akan didakwa atas tuduhan serangan, Yusoff yakin sebarang pertemuan antara Hamzah dan Anwar tidak akan memberi kesan pada kesnya.
“Saya amat menghormati menteri itu dan tanggungjawab yang beliau galas, dan saya berharap integriti siasatan dan tindakan polis serta Jabatan Peguam Negara tidak terkompromi di sebalik perkembangan itu,” katanya.
Yusoff berkata dia sebagai seorang “mangsa keagresifan tidak wajar oleh ahli-ahli politik tidak bertanggungjawab” cuba menggunakan saluran undang-undang, dan mempertahankan tuduhan jenayah terhadap Anwar dan Farhash yang dilaporkannya.
“Satu laporan dikelaskan sebagai NFA sementara menunggu penemuan bukti lanjut dan satu laporan terhadap Farhash pula, pada pendapat saya, tertangguh dari segi siasatan dan tindakan lanjut pihak berkuasa.”
FMT sudah menghubungi Hamzah untuk mendapatkan responnya.

UNDI TIDAK PERCAYA LAWAN MUHYIDDIN DITERUSKAN

AKU SEBENARNYA MALAS NAK KISAH BAB YANG BELUM SAHIH..TAPI ADA LOGIK BILA NO KERETA DAN NO HP DI DEDAH.MOKTAR SENIK PERLU TAMPIL ELAK DIFITNAH KERANA SEJAK SEMALAM VIDEO INI BERLEGAR DAN MENIMBULKAN BANYAK FITNAH.KAMU MOKTAR SENIK TERLALU BANYAK BERCAKAP DAN KERANA ITULAH KAMU DIUJI


Alexander Pittsuwan Thomprason

MAKLUMAT TERKINI TERUS KE FB DIATAS


MAKLUMAT TERKINI SILA FB DIATAS


Siri 1: Skandal Seks Mokhtar Senik.


SIRI 1










AS SALAM SEMUA, HUKUM MEMFITNAH ITU BESAR DOSANYA.
MOKTAR SENIK PERLU TAMPIL DAN JELASKAN KEDUDUKAN PERKARA YANG SEBENAR.

BEBERAPA TAHUN DULU DIA DIKAITKAN DENGAN MASSENGER BERNAMA FAEKAH YANG DIREKAYASA DAN MEMANG DITUJUKAN UNTUK BELIAU.

ITU PUN BELIAU BERDIAM DIRI. MENIMBULKAN FITNAH DIKALANGAN MASYARAKAT.

ELOK LAH BELIAU TAMPIL UNTUK MEMBERSIHKAN NAMA.








Ustaz Haji Mokhtar Senik, Dewan Ulama PAS mengganggu dan bercinta dengan Leena, isteri orang. Suami kepada Leena kemudiannya berpakat dengan sekumpulan pemuda, bagi memerangkapnya. Ini penting bagi menyelamatkan masyarakat dari ulama2 scammer agama.